tugasan modul 3

5
TUGASAN INDIVIDU (MODUL 3) Program NILAM adalah merupakan satu program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan pembacaan di kalangan para pelajar di seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan namun masih terdapat beberapa masalah yang timbul sehingga menghalang program ini untuk mencapai matlamatnya. Di antara masalah yang telah dikenalpasti ialah jumlah bacaan NILAM para pelajar masih di tahap rendah. Beberapa punca kepada masalah tersebut telahpun dikenalpasti dan di antaranya ialah kurangnya pemantauan daripada guru-guru, Rekod bacaan para pelajar yang tidak kemas kini, bahan bacaan yang tidak sesuai dan tidak menarik serta ruang bacaan di perpustakaan yang kurang kondusif dan sangat terhad. Kesemua punca masalah ini dikenal pasti melalui pemantauan terhadap program NILAM yang telah dijalankan serta pemantauan terhadap Rekod bacaan NILAM para pelajar. Secara ringkasnya dapatlah kita lihat melalui peta minda di bawah ini: Kurang pemantauan daripada guru-guru

Upload: keez72

Post on 11-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NILAM

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Modul 3

TUGASAN INDIVIDU (MODUL 3)

Program NILAM adalah merupakan satu program di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan pembacaan di

kalangan para pelajar di seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan namun

masih terdapat beberapa masalah yang timbul sehingga menghalang program ini untuk

mencapai matlamatnya. Di antara masalah yang telah dikenalpasti ialah jumlah bacaan

NILAM para pelajar masih di tahap rendah.

Beberapa punca kepada masalah tersebut telahpun dikenalpasti dan di

antaranya ialah kurangnya pemantauan daripada guru-guru, Rekod bacaan para pelajar

yang tidak kemas kini, bahan bacaan yang tidak sesuai dan tidak menarik serta ruang

bacaan di perpustakaan yang kurang kondusif dan sangat terhad. Kesemua punca

masalah ini dikenal pasti melalui pemantauan terhadap program NILAM yang telah

dijalankan serta pemantauan terhadap Rekod bacaan NILAM para pelajar. Secara

ringkasnya dapatlah kita lihat melalui peta minda di bawah ini:

JUMLAH BACAAN NILAM RENDAH

Kurang pemantauan

daripada guru-guru

Rekod bacaan NILAM tidak dikemaskini

Bahan bacaan tidak sesuai & menarik

Ruang bacaan tidak kondusif

& terhad

Page 2: Tugasan Modul 3

Merujuk kepada punca masalah yang telah dinyatakan di atas, maka di

antara strategi yang diambil untuk menanganinya ialah melaksanakan Program

Anjung Nilam. Melalui program ini, sebuah anjung akan dibina di kawasan sekolah

yang dirasakan sesuai. Para pelajar akan berada di Anjung ini selama 30 minit

mengikut jadual yang telah disediakan yang mana mereka akan dibahagikan

kepada beberapa kumpulan yang akan dipantau oleh memtor mereka masing-

masing. Ini akan dapat mengurangkan masalah kesukaran bagi guru untuk merekod

bacaan NILAM memandangkan jumlahnya adalah sedikit dan guru dapat

mengenalpasti pelajar di bawah pemantauannya. Pelajar bolehlah terus berjumpa

dengan mentor masing-masing setelah selesai membaca. Suasana Anjung NILAM

ini dirasakan lebih kondusif dan menarik minat pelajar untuk membaca

memandangkan ruangnya lebih luas dan selesa. Mereka juga dibenarkan untuk

makan dan minum semasa menggunakan kemudahan Anjung berkenaan. Sedikit

sebanyak ianya juga dapat menanamkan sikap suka membaca dalam diri para

pelajar walau di manapun mereka berada. Bahan bacaan di Anjung ini juga akan

disusun mengikut tahun oleh pengawas perpustakaan yang telah ditugaskan. Bagi

pelajar yang paling banyak membaca akan diberikan ganjaran berbentuk hadiah

pada setiap bulan.

Saya merasakan bahawa Program Anjung NILAM ini dapat membantu

menyelesaikan masalah kurangnya pembacaan di kalangan para pelajar. Sekaligus

mampu membantu pihak Kementerian Pendidikan untuk mencapai matlamat

budaya membaca di kalangan anak didik di Malaysia.

Page 3: Tugasan Modul 3

PROGRAM ANJUNG NILAM

Bagi melaksanakan Program Anjung ini, terdapat beberapa implikasi

contohnya daripada segi kos yang mana anjung yang hendak dibina memerlukan

kos bagi membeli barang keperluan seperti kayu, atap, rak buku, bahan perhiasan

dan sebagainya. Bagi menampung kos berkenaan memerlukan bantuan dan

kerjasama daripada pihak sekolah serta PIBG. Implikasi lainnya ialah guru-guru

terpaksa meluangkan masa lebih sedikit iaitu selama 30 minit selepas waktu

persekolahan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, masalah kurangnya rekod bacaan para pelajar dapat

diselesaikan dengan melaksanakan program Anjung Nilam. Walaupun ianya

memakan kos yang lebih dan masa kerja yang juga lebih di kalangan guru namun

ianya dapat membantu dan boleh diselesaikan sekiranya ada kerjasama daripada

semua pihak.

ANJUNG NILAM

30 Minit bersama Anjung

Mentor NILAM

Ruang kondusif

Bahan bacaan mengikut tahun

Page 4: Tugasan Modul 3