tugasan kkbi bmm 3173e ppg sem 6 2014

7

Click here to load reader

Upload: norzuraidah-jaafar

Post on 27-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Kkbi Bmm 3173e Ppg Sem 6 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN14000 BUKIT MERTAJAM

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PPG NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS: BMM 3173E KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Semester : 2/2014

TARIKH MULA 28 Jun 2014 TARIKH HANTAR 28 Julai 2014

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa di dalam bilik darjah;

2. Menjelaskankan komponen pengajaran mikro dan makro dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

3. Menghuraikan pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa Melayu di dalam bilik darjah bagi memupuk potensi insan murid yang kritis, kreatif, dan inovatif;

4. Menganalisis pengisian kurikulum sebagai elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

5. Mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa Melayu dalam rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerapkan pengisian kurikulum.

Projek ini menilai hasil pembelajaran 3 dan 5

Objektif Projek:

1 Menjelaskan peranan dan kepentingan Pendekatan Komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah yang lebih memberikan penekanan terhadap proses komunikasi dalam konteks sebenar kehidupan berbanding pendekatan lain.

2 Menghasilkan dua jenis permainan bahasa yang bermakna, kreatif dan inovatif.

TUGASAN 1 (40%)

Page 2: Tugasan Kkbi Bmm 3173e Ppg Sem 6 2014

Pendekatan Komunikatif yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah lebih memberikan penekanan terhadap proses komunikasi dalam konteks sebenar kehidupan berbanding pendekatan lain. Bincangkan.

TUGASAN 2 (60%)

Anda dikehendaki menyediakan dua jenis aktiviti permainan bahasa yang bermakna, kreatif dan inovatif seperti yang berikut:

1. Cari perkataan tersembunyi

2. Pemintal lidah

Prosedur:

1. Tugasan ini ialah tugasan individu.

2. Panjang tugasan adalah antara 7 hingga 10 muka surat. Esei perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris.

3. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet.

4. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association) 5. Esei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

7. Muka depan esei merangkumi: Nama Pelajar Angka Giliran No. Kad Pengenalan Kumpulan/Unit Kod dan Nama Kursus Tajuk Tugasan Projek Nama Pensyarah Tarikh hantar

8. Sila rujuk kepada ”Panduan untuk tugasan”.

Tugasan ini ditaksirkan berdasarkan kriteria berikut:Liputan dan Kandungan Kualiti ReviuOrganisasiKualiti Sumber

9. Sila rujuk kepada kriteria pemarkahan.

Page 3: Tugasan Kkbi Bmm 3173e Ppg Sem 6 2014

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh

(JOHARI BIN HARUN) (TN. HJ. ABDULLAH BIN CHIK)Penyelaras Kursus Kaedah Pengajaran Pakar Bidang (SME) Bahasa MelayuBahasa Melayu Sekolah Rendah Jabatan Pengajian MelayuJabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tuanku Bainun IPG Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam Pulau Pinang.Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Disahkan oleh:

(EN. OTHAMAN BIN AHAMAD)Ketua Jabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Page 4: Tugasan Kkbi Bmm 3173e Ppg Sem 6 2014

Panduan untuk Tugasan

Tugasan 1

Perancangan dan Rangka Esei

(a) Liputan esei yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. (b) Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:

a. Pengenalan yang menarik b. Perkembangan

c. Implikasi d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan

(c) Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah anda seperti graf, gambar rajah dan lain-lain yang berkaitan hendaklah dikemukakan (Di dalam lampiran).

(d) Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah.

(e) Format dan organisasi perlu jelas dan koheren.(f) Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa,

laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

Format

(a) Panjang esei lebih kurang 5 muka surat. Esei perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris.

(b) Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 Internet, 3 jurnal).

(c) Cara merujuk perlu mengikut gaya Publication Manual of the American Psychological Association (APA).

Pengenalan

(a) Memperkenalkan topik. Anda boleh memberikan satu penerangan ringkas tentang Pendekatan Komunikatif dalam pengajaran Bahasa Malysia.

(b) Secara ringkas huraikan tentang cara esei akan distrukturkan dan nyatakan topik-topik dan subtopik-subtopik yang akan dibincangkan.

(c) Pengenalan ini seharusnya tidak melebihi 200 patah perkataan.

Bahagian Utama Esei

Page 5: Tugasan Kkbi Bmm 3173e Ppg Sem 6 2014

(a) Reviu pelbagai sumber rujuka seperti buku, tesis dan artikel berkaitan topik anda. Perlu juga ada sumber-sumber yang berkait dengan bilik darjah dalam konteks negara Malaysia.

(b) Digalakkan untuk mengambil kira teori-teori pendidikan dalam perbincangan.

(c) Perlu ada subtopik supaya esei lebih diorganisasi dengan baik.

(d) Membuat rumusan pada akhir setiap bahagian untuk mengait balik kepada tugasan. Hal ini untuk memastikan anda mengolah pada landasan yang betul.

Tugasan 2

Perancangan Aktiviti Permainan Bahasa

(a) Menyediakan dua jenis aktiviti permainan bahasa yang bermakna, kreatif dan inovatif seperti yang berikut:

1. Cari perkataan tersembunyi 1.1 Perkataan tersembunyi mesti bertemakan keluarga.1.2 Mengandungi 10 perkataan tersembunyi.

2. Pemintal lidah 2.1 Pemintal lidah mesti berkaitan dengan nilai-nilai murni.2.2 Menulis lima ayat pemintal lidah dan setiap satu ayat tidak kurang

daripada 10 patah perkataan.

(b) Tugasan ini tidak kurang daripada 2 muka surat. Setiap jenis aktiviti permainan bahasa mestilah pada muka surat yang berasingan.