tugasan kerancuan bahasa melayu

26
TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTER KOD KURSUS ESP 313 NAMA KURSUS SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR MUHAMAD IEZWAN ABDUL MALEK NO. MATRIK E30203120223 NAMA FASILITATOR AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN AeU KUALA LUMPUR

Upload: iezwan-malique

Post on 12-Aug-2015

2.259 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

TUGASAN

JANUARI 2013 SEMESTER

KOD KURSUS ESP 313

NAMA KURSUS SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MUHAMAD IEZWAN ABDUL MALEK

NO. MATRIK E30203120223

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN AeU KUALA LUMPUR

Page 2: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

SOALAN TUGASAN in terdiri daripada DUA Bahagian.

Kerancuan Bahasa Melayu

Kamus Dewan, mentakrifkan ‘rancu’ sebagai keadaan tidak teratur atau kekacauan. Kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, ejaan, peristilahan, kosa kata serta tatabahasa dan laras bahansa. Perkataan-perkataan yang sama maksud ialah ialah pencemaran, kecelaruan, kekacauan, kesalahan dan kesilapan.

Bahagian A

Kumpulkan bukti kerancuan bahasa dikalangan murid-murid di sekolah anda disebabkan oleh pengaruh:

Bahasa ibunda Bahasa dialek / daerah Bahasa Inggeris Bahasa-bahasa lain Media masa (filem, iklan, TV, radio. laman web) Majalah, cerpen & novel Teknologi (bahasa singkatan seperti SMS, email, blog, twitter) Lain-lain (sila nyatakan)

Berikan seberapa banyak contoh kerancuan Bahasa Melayu daripada segi sebutan, ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa.

Page 3: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran

dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa sebagai salah satu

tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa yang mana tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan

mesti diperkukuhkan dan diperluaskan peranannya. Kerancuan bahasa adalah penyakit yang

mencemari dalam berbahasa di mana ia dipandang remeh oleh kita sebelum ini namun jika

dibiarkan begitu saja , keindahan dan nilai bahasa itu tidak dapat dilihat lagi. Kajian telah dibuat

melalui pemerhatian di sekolah saya berkhidmat, didapati kerancuan bahasa di kalangan murid-

murid sering berlaku terutamanya apabila di dalam kelas Bahasa Melayu saya. Hal ini berlaku

adalah disebabkan oleh beberapa pengaruh yang berada di sekeliling mereka. Sedar atau tidak,

masalah ini sering terjadi kepada murid-murid sekolah saya. Malah kadang kala guru sendiri pun

mengalami masalah yang sama sebab kerancuan Bahasa Melayu ini sudah dibudayakan dan

dipandang remeh sahaja. Namun sebagai guru Bahasa Melayu di sekolah ini, tugasnya amat

berat di mana saya perlu membetulkan semula laras bahasa yang telah dipesongkan kepada

pembakuan bahasa yang betul.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan perkataan kerancuan ini sebagai

keadaan yang tidak teratur atau kekacauan. . Kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang

melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan,

ejaan, peristilahan, kosa kata serta tatabahasa dan laras bahansa. Perkataan-perkataan yang sama

maksud ialah ialah pencemaran, kecelaruan, kekacauan, kesalahan dan kesilapan. Jelaslah

disini bahawa kerancuan bahasa adalah pencemaran bahasa yang sudah tiada nilai yang sebenar

di dalam berbahasa khasnya Bahasa Melayu. Bagaimana kita hendak mengenali masalah

kerancuan bahasa ini? Apakah pengaruh yang merosakkan nilai bahasa kita? Di dalam teks ini ,

saya akan menjelaskan beberapa pengaruh yang menyebabkan kerancuan bahasa ini terjadi.

Menurut Awang Sariyan (1994), bahasa seseorang dikatakan baku apabila dia menguasai

sistem ejaan, peristilahan dan kosa kata serta tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. Berikut saya

menyenaraikan kerancuan dalam bahasa Melayu dari segi sebutan;

Page 4: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

KERANCUAN BAHASA MELAYU DALAM SEBUTAN

Bahasa Ibunda

Salah satu kesalahan umum yang berlaku kepada penutur bukan Melayu terutama murid

berbangsa Cina saya di dalam tahun 3 ialah kegagalan mereka mengenali perbezaan bunyi é dan

e (schwa) semasa membaca dan menulis (Abdullah Hassan, 1980:28). Perbezaan antara sepak

dan sépak adalah jauh berbeza. Kebanyakkan murid berbangsa Cina tidak dapat menyebut bunyi

sengau lelangit keras nv dan lelangit lembut ng dengan tepat. Oleh sebab ejaan setiap bunyi itu

mempunyai dua lambing maka ia sering disebut sebagai dua bunyi. Hal ini terjadi juga kepada

murid saya berbangsa Melayu. Kesalahan tersebut sering terjadi apabila huruf gabung ny

diucapkan sebagai dua bunyi iaitu n dan y/i, seperti dalam banyak atau ban-niak (sepatutnya ba-

nyak), ni-a-muk atau n-va-muk (sepatutnya nya-muk) dan lain-lain lagi. Dalam hal ng juga, n

diasingkan daripada g seperti dalam ung-gu atau un-gu (sepatutnya u-ngu) dan tan-gan

(sepatutnya ta-ngan)

Selain itu, contoh pengguna Bahasa Melayu menggunakan perterjemahan secara

langsung, sama ada perkataan demi perkataan ataupun frasa, tanpa mengambil kira struktur

Bahasa Melayu yang betul.

Bahasa Dialek / Daerah

Bahasa Terjemahan

Ni hau ma? Awak apa khabar?

What is your name? Apa nama awak?

Dhosthi kya hai? Persahabatan apakah itu?

Page 5: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

Perkataan ‘ dialek’ berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘dialektos’ iaitu perkataan yang pada

mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek variasi

daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu

masyarakat bahasa.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, dialek (dialék) bermaksud satu bentuk bahasa yang

digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa

standard, loghat, pelat daerah, pelat negeri dan lain-lain. Pemilihan penggunaan bahasa daerah

boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya di sekolah saya semasa saya mengajar di

daerah Sabah sesuatu ketika dahulu , guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung

menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa pengantar dengan alasan murid lebih

memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat

menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid. Namun tanpa

disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan murid yang lemah dalam penguasaan bahasa

sehinggalah mereka akan membawanya ke alam pekerjaannya akan datang.

Dalam konteks masyarakat pula, pemilihan bahasa dialek atau daerah ini waima dalam

situasi-situasi rasmi adalah untuk memudahkan komunikasi dan juga mewujudkan jalinan

kemesraan diantara mereka. Sebagai seorang guru seharusnya dielakkan agar kekeliruan

penggunaan bahasa Melayu dapat dibendung dan usaha pembakuan itu dapat mencapai satu

tahap yang membanggakan

Contoh di mana berlakunya kerancuan bahasa terutamanya murid Tahun 1 saya

mempunyai masalah bahasa yang ketara terutamanya mereka yang berasal dari pantai timur

Semenanjung Malaysia. Memandangkan percakapan ibu bapa mereka di rumah menggunakan

dialek Kelantan, sampai satu tahap murid tersebut menggunakan bahasa berkenaan di dalam

percakapan hariannya sehinggalah di bawa ke sekolah. Hal ini memang lucu kerana serba serbi

murid tersebut menjawab soalan lisan yang diberikan oleh guru dalam versi Kelantan. Sebagai

guru Bahasa Melayu tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut dengan

membetulkan kesalahan bahasa yang digunakan oleh murid itu.

Page 6: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

Contoh lain dalam bahasa dialek atau daerah yang sering digunakan dalam kalangan

pengguna bahasa Melayu Brunei (daerah Papar, Sabah) semasa saya bertugas di Sabah dahulu

adalah seperti berikut:

Bahasa dialek Melayu Brunei

banar                                                   benar

basar                                                    besar

kadai                                                   kedai

butak                                                   botak

karang                                                 nanti

kan                                                      akan/ hendak

kapal tarabang kapal terbang

Contoh ayat ;

Bahasa dialek Melayu Brunei

i)  Rumah itu basar.                             Rumah itu besar.

ii)  Kan ke mana kamu?                      Kamu hendak ke mana?

iii) Kemari kita?                                  Marilah ke sini.

iv) Karangku ke rumahmu.                 Nanti saya datang ke rumah awak.

Bahasa Inggeris

Page 7: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

Penggunaan Bahasa Inggeris di dalam Bahasa Melayu adalah salah satu pencemaran bahasa yang

seringkali digunakan oleh murid bukan sahaja kadang kala guru sendiri tidak menyedari masalah

yang sama mereka alami. Malah dialog percakapan antara mereka juga dipengaruhi dengan

masalah penggunaan Bahasa Inggeris di dalam Bahasa Melayu. Penggunaan I sebagai saya , You

sebagai awak sering digunakan malah panggilan seperti papa dan mama dalam keluarga juga

sering dipraktikan oleh generasi muda sekarang. Bagi mereka jika mereka bercakap dua bahasa

sekaligus ia melambangkan standard diri mereka sendiri namun sebaliknya merosakkan kualiti

Bahasa Melayu sendiri.

Contoh ayat yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu sering kita lihat dan

dengar di dalam drama-drama tempatan negara kita .

By the way , siapa yang merancang semua ini ¿

I still sayang you ¡

You understand apa I cakapkan ni.

Bahasa-bahasa lain

Disini saya boleh bahagikan kepada 2 jenis kerancuan Bahasa Melayu kita iaitu ;

1. Bahasa Pasar

Bahasa pasar dikenali sebagai bahasa kacukan kerana salah satu sifat ragam

bahasa ini ialah sifat kacukannya. Dalam bahasa ini banyak terdapat unsur-unsur bahasa

asing digunakan. Bahasa pasar ialah bahasa yang terdiri perkataan-perkataan Melayu

tetapi menggunakan ragam bahasa dan bentuk ayat-ayat bahasa lain seperti Bahasa Cina,

Bahasa Tamil dan sebagainya. Bahasa pasar juga bermaksud bahasa yang digunakan oleh

penutur yang dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Penggunaan bahasa ini tidak

begitu gramatis kerana bahasa ini mengabaikan nahu bahasa ibunda dan mengikut telor

bahasa tersebut.

Page 8: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

Sebagai contoh, ketika berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka

menggunakan bahasa pasar atau bahasa kacukan. Penggunaan bahasa ini telah begitu

sebati di kalangan orang Melayu sehinggakan orang Melayu tidak sedar kesalahan

penggunaan bahasa tersebut. Orang Melayu menyangka bahawa bentuk ayat yang

digunakan itu adalah bentuk-bentuk bahasa Melayu tulen.Antara perkataan-perkataan

yang sering digunakan dalam bahasa pasar ;

apa mahu

boleh bikin

kasi tahu

banyak mahal

sedikit masa

jangan bilang sama dia

itu macam

saya punya adik

Berikut adalah contoh perbualan bahasa pasar yang sering kita perhatikan di pasar:

Melah: amoi, itu kain,belapa halga?

Amoi: anam balat semeter.

Melah: Kasi kulanglah sikit...manyak mahal oo...

Amoi: Mana boleh. ini kain baik punya.

Melah: Takpalah, kasi 2 meter la.

2. Bahasa Rojak

Page 9: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

Bahasa rojak ialah Bahasa Melayu yang bercampur aduk antara bahasa asing sama ada

bercampur dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan sebagainya. Bahasa rojak sering

digunakan oleh segolongan penutur yang tidak mementingkan penggunaan Bahasa

Melayu yang betul. Bahasa ini dipertuturkan mengikut trend dan ia tidak menggunakan

tatabahasa yang betul. Walaubagaimana hal ini jarang berlaku di sekolah saya

memandangkan guru-guru banyak menegur murid-murid yang bercakap sebegitu dan

murid-murid menyedari bahawa apabila bercakap sedemikian seolah-olah hilang

kesopanan dan kesantunan mereka bila bercakap.

KERANCUAN BAHASA MELAYU DALAM EJAAN , PERISTILAHAN DAN KOSA KATA

Media masa (filem, iklan, TV, radio. laman web)

Media cetak mahupun elektronik memainkan peranan yang cukup penting sebagai wahana

penyebaran penggunaan bahasa yang baik, indah dan persis. Tambahan pula media dengan

keupayaan, kepantasan dan keluasan liputannya serta integritinya dalam penyampaian serta

penyebaran pelbagai bentuk maklumat, berita dan peristiwa berwahanakan bahasa amat

mempengaruhi gaya bahasa dan berkomunikasi dalam kalangan masyarakat.

Page 10: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

Oleh itu, media seperti televisyen dan filem bukan sahaja harus mementingkan aspek

makluman hiburan dan pujukan dalam melaksanakan agenda media masing-masing malah

memainkan tanggungjawab moral dan sosialnya untuk menyebarkan penggunaan bahasa yang

baik, indah dan persis. Masalah kerancuan bahasa perlulah dihindarkan.

Masalah kerancuan bahasa kita sering kita lihat di dalam rancangan televisyen yang mana

memaparkan sedikit sebanyak kerancuan bahasa. Antaranya ialah;

Konsert Sure Heboh telah ditukarkan kepada JOM Heboh

Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Manakala bagi filem-filem yang banyak menggunakan judul, bahasa dialek, bahasa rojak atau

bahasa pasar di dalam setiap babak ialah

KL Gangster Senario The Movie

Bunohan Remp – it Lu Pikirlah Sendiri The Movie

Main-main cinta Antoo Fighter

Manakala untuk laman web, terdapat beberapa laman web yang dikenalpasti mempunyai

kerancuan bahasa. Antaranya :

Rakan Cop telah ditukarkan kepada Rakan Polis

Majalah, cerpen & novel

Tidak banyak maklumat yang boleh didapati mengenai kerancuan bahasa dalam majalah, cerpen

dan novel. Ini kerana kebanyakkan penerbit dan penulis novel sudah sedia maklum dalam

menjaga kualiti bahasa dalam menyampaikan sesuatu bahan bacaan kepada pembaca yang sedia

ada. Namun ada juga penerbit majalah meletakkan judul majalah seperti Gempak, Kliks dan

beberapa buah majalah lagi menggunakan bahasa rojak sebagai judul majalah mereka. Manakala

Page 11: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

novel juga ada menggunakan judul berdasarkan bahasa rojak , biasanya saya dapati novel

berkisarkan cinta banyak dipengaruhi dengan kerancuan bahasa. Contohnya 123…I Love You,

Lagenda Budak Setan. Namun begitu, kerancuan bahasa boleh ditemui di dalam setiap novel

atau cerpen yang ada. Ini kerana penulis cuba menggambarkan realiti kehidupan sesuatu watak

atau masyarakat dengan penggunaan laras bahasa yang mudah untuk membentuk identiti sesuatu

watak. Di samping itu penulis tidak mahu menjadikan perbualan yang direka dalam cerpen atau

novel terlalu formal sehinggakan menjadikan penceritaan yang di sampaikan membosankan.

Teknologi (bahasa singkatan seperti SMS, email, blog, twitter)

Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka cukup membahayakan dan

boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat

pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar SMS kepada rakan-rakan,

mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof Dr. Hashim

Hj. Musa, kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama

ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang

mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan,

sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini , terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan

semasa menghantar sms.  Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum

(assalamualaikum), w’lam (wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal

(mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier

(dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila),

camner (bagaimana) dan maner (mana). Hal ini bukan sahaja boleh didapati di dalam SMS,

malah boleh ditemui dalam laman web media sosial iaitu Twitter , melalui email ataupun melalui

blog.

Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan

keteraturan,kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan

peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan

martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan

Page 12: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi

sedikit oleh pengguna bahasanya. 

KERANCUAN BAHASA MELAYU DALAM TATABAHASA

Kekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa juga merupakan salah satu sebab perlaksanaan

pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan. Kesilapan dalam tatabahasa ini adalah termasuk

kesilapan penggunaan kata pemeri adalah dan ialah, kata sendi nama di, ke , dari dan daripada, di

antara dan antara dan lain-lain lagi. Di samping itu, kekeliruan dalam tatabahasa ini juga boleh

mengubah makna dalam sesuatu ayat jika ia dipandang remeh . Berikut adalah senarai kesilapan-

kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna Bahasa Melayu.

1. Kesilapan penggunaan adalah atau ialah

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala

adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh- contoh dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata ialah seperti berikut;

i) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah

Salah Betul

Anak adalah anugerah Allah. Anak ialah anugerah Allah.

Beliau adalah orang yang pertama

berhijrah.

Beliau ialah orang yang pertama

berhijrah.

Matlamat NURY adalah

pembinaan masyarakat cemerlang.

Matlamat NURY ialah pembinaan

masyarakat cemerlang

Page 13: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah

iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.

Salah Betul

Kursus ini ialah untuk kaum

wanita.

Kursus ini adalah untuk kaum

wanita.

Baju itu ialah baik. Baju itu adalah baik.

Salah Betul

Matlamat utama syarikat ini

adalah membantu para golongan

muda.

Usaha yang dijalankan adalah

menerbitkan risalah.

Matlamat utama syarikat ini adalah

untuk membantu para golongan

muda.

Usaha yang dijalankan adalah

dengan menerbitkan risalah

Page 14: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

iv)

Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.

v ) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja

Salah Betul

Adalah dengan ini diisytiharkan

bahawa...

Dengan ini dimaklumkan bahawa...

Adalah dimaklumkan bahawa... Dengan ini dimaklumkan bahawa...

Salah Betul

Keputusan ini diambil adalah

berdasarkan...

Keputusan ini diambil

berdasarkan...

Para pelajar adalah dipelawa

memohon...

Para pelajar dipelawa memohon...

Page 15: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

2. Kesilapan Penggunaan Kata Sendi di

Pengguna sering terkeliru antara penggunaan di sebagai kata sendi dan di sebagai

imbuhan. Bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan ejaannya.

i ) Kata sendi nama di

Kata sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama

yang mengikutinya. Contohnya :

Salah Betul

diangkasa di angkasa

disana di sana

dilaut di laut

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan dihadapan kata nama atau frasa

nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contohnya :

Salah Betul

di abad ke – 20 pada abad ke-20

Page 16: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

di saat ini pada saat ini

di zaman ini pada zaman ini

ii ) Imbuhan Awalan di

Seperti imbuhan yang lain, awalan di hendaklah dieja serangkai dengan

kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja, iaitu kata

kerja pasif diri ketiga. Contohnya ;

Salah Betul

di basahi dibasahi

di catat dicatat

di isi diisi

3. Kesilapan Penggunaan Kata Dalam Ayat

Penggunaan kata dalam ayat amat penting kerana penggunaan kata yang tidak tepat boleh

menyebabkan terjadinya perubahan makna. Berikut disenaraikan ayat-ayat yang sering

digunakan oleh pengguna bahasa Melayu :

Page 17: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

Salah Betul

Ada berbagai barang di kedai itu. Ada berbagai-bagai barang di kedai

itu.

Ada pelbagai barang di kedai itu.

Ali dihadiahkan sebuah buku. Ali dihadiahi sebuah buku.

Sebuah buku dihadiahkan kepada Ali

Saya menghadiahkan Salim sebuah

basikal.

Saya menghadiahi Salim sebuah

basikal.

Saya menghadiahkan sebuah basikal

kepada Salim.

Dia merindukan anaknya.

Ibu meniduri adik.

Dia merindui anaknya.

Ibu menidurkan adik.

Hakim menjatuhkan pembunuh itu

hukuman gantung.

Hakim menjatuhi pembunuh itu

hukuman gantung.

Bola itu ditendang oleh saya.

Bola itu Ali tendang.

Bola itu saya tendang.

Bola itu ditendang oleh Ali.

Di atas perhatian daripada pihak

tuan, saya mengucapkan terima

kasih.

Atas perhatian daripada pihak tuan,

saya mengucapkan terima kasih.

Saya tidak menyebelahi kedua belah

pihak.

Saya tidak menyebelahi kedua-dua

pihak.

Setengah orang suka makanan

manis.

Sesetengah orang suka makanan

manis.

Segala sesuatu yang dilakukan itu Segala sesuatu yang dilakukan itu

Page 18: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

KERANCUAN BAHASA MELAYU DALAM EJAAN

MEMPERBETULKAN KESILAPAN EJAAN (KATA)

SALAH BETUL SALAH BETULauto matifaudienagregetarithmetikagen (wakil)ampanganakedakitekanalisaatlitatnikanggrikbaucerbistaribowlingbuffetbumiputraburohcaluncocok (tusuk)cucuk (sesuai)catitcendiawancopdasyhatdialogdefinasideligasiderafdurhakaefisyenekurehsanengzosekslusifekspotekspressemelengkarfadhilatfax

automotifaudiensagregataritmetikejen (wakil)empanganarkedarkitekanalisisatletetnikanggerikbaucarbestaribolingbufetbumiputeraburuhcaloncucuk (tusuk)cocok (sesuai)catatcendekiawancap (cetak)dahsyatdialogdefinisidelegasidrafderhakaefisienekorihsanekzoseksklusifeksporteksprese-melingkarfadilatfaks

gerafgeharuhajjahhurmatideidapiktizamimpotinjininspekterinsuranInsyaallahInsya Allahistiharistirehatisyajustrujeketkampongkapitalismakatunkefeteriakomidikomisyenkondaktorkonsotiumkontrekkorumkaptainkarenah (ragam)kelenderkeredhaankerintingkianatko-kurikulumkolestrolkomersilkomplekkontingenlagendalakunlapuran

grafgaharuhajahhormatideahidapiltizamimportenjininspektorinsuransinsya- Allahisytiharistirahatisyakjusterujaketkampungkapitalismekartunkafeteriakomedikomisenkonduktorkonsortiumkontrakkuorumkaptenkerenahkalendarkeredaankeritingkhianatkokurikulumkolesterolkomersialkomplekskontinjenlegendalakonlaporan

Page 19: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

faksimiliFebuarigembeling / gembeleng

faksimileFebruarigembleng

lebellencunganleukimia

labellenconganleukemia

SALAH BETUL SALAH BETULlojiklosyenletriklojistikmaksimamanafaatmasaalahmeemekanismamencatitmengenengahkanmegenepikanmengujudkanmengwujudkanmenteramerbahayaminimamunshinasionalismaoditoditoriumoptimaorganismeotomatikotomobilpamirpaspotpatriotismapehakpelancungpemerosesanpemilekanpengembalapengemblenganpensilperabutperihatinperlaburanperlancaranperletakanpertunjukkan

logiklosenelektriklogistikmaksimummanfaatmasalahmimekanismemencatatmengetengahkanmegetepikanmewujudkanmewujudkanmanteraberbahayaminimummunsyinasionalismeauditauditoriumoptimumorganismaautomatikautomobilpamerpasportpatriotismepihakpelancongpemprosesanpemilikanpenggembalapenggemblenganpenselperabotprihatinpelaburanpelancaranpeletakanpertunjukan

protinpekejpesonal (kakitangan)petroliumplatfomprofailprofesyenalsekalasekeliansekimsessisetorsiksasilaturrahimsnookerstesyenstokinsunnahsabsidisanwicselinderskimaspesisstemtalipontaugeh (sayuran)trampiltulinugamausekwarongvokasyenalyunit

proteinpakejpersonelpetroleumplatformprofilprofesionalskalasekalianskimsesistorseksasilaturahimsnukerstesenstokingsunahsubsidisandwicsilinderskemaspesiessetemtelefontaugeterampiltulenagamausikwarungvokasionalunit

Page 20: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

pesaraanpesiaranplanprofessionprosidur

persaraanpersiaranpelanprofesionprosedur

Bahagian B

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, jelaskan dengan contoh tertentu langkah-langkah yang

diambil untuk membantu murid-murid menguasai Bahasa Melayu standard.

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, guru seharusnya menitikberatkan cara

penyampaian Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam

kalangan murid sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya murid-murid dapat mengetahui

kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat

dan gramatis dalam lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat

dengan betul, tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman

(2005:11) bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga

membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat.

Abdul Aziz Abdul Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa

membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan

kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan

Page 21: TUGASAN Kerancuan Bahasa Melayu

berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu yang

tercemar dari segi tatabahasa.

Tambahan lagi, guru perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa

yang teratur dan beranggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu

dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan murid. Penguasaan Bahasa Melayu yang

baik dan teratur. Menurut Awang Sariyan pula, bagi mengelakkan Bahasa Melayu tercemar

akibat penggunaan bahasa SMS, guru mesti memberi penekanan kepada murid supaya tahu

membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi. Menurutnya juga, penggunaan

singkatan perkataaan berlaku terhadap semua bahasa di dunia.,tetapi tidak menjadi masalah jika

mereka dapat membezakan penggunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak.

Selain itu, kempen Bulan Bahasa turut memainkan peranan penting dalam

menggerakkan kempen membanteras kerancuan bahasa. Pelbagai aktiviti seperti pameran

kerancuan bahasa yang bertujuan untuk menyedarkan murid-murid tentang kerancuan bahasa

dan kepentingan berbahasa Melayu dengan betul. Apabila murid melihat bahan-bahan ini,

barulah murid-murid akan mengenali mana satu bahasa yang telah tercemar atau tidak.

Strategi pengajaran dan pembelajaran juga penting dalam menyampaikan penguasaan

Bahasa Melayu dengan betul. Galakkan murid membaca dengan kuat dan mengikut intonasi

dengan betul serta sebutan yang jelas dan betul. Guru membimbing dan memantau murid

membaca dan menegur jika terdapat kesalahan dalam membaca.