mohd amin bin othman tugasan eps 313 sejarah dan perkembangan bahasa melayu n

34
TUGASAN SEMESTER SEPTEMBER 2013 KOD KURSUS ESP 313 NAMA KURSUS SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR MOHD AMIN BIN OTHMAN NO. MATRIK E30209121175 NAMA FASILITATOR AKADEMIK CIK ASMIDAR BINTI ARANI PUSAT PEMBELAJARAN AEU ( UPM BINTULU) 1

Upload: almeraqsy6973

Post on 28-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

TUGASAN

SEMESTER SEPTEMBER 2013

KOD KURSUS ESP 313

NAMA KURSUSSEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

PROGRAMSARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MOHD AMIN BIN OTHMAN

NO. MATRIK E30209121175

NAMA FASILITATORAKADEMIK

CIK ASMIDAR BINTI ARANI

PUSAT PEMBELAJARAN

AEU ( UPM BINTULU)

1

Page 2: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

BAHAGIAN A

Tidak ada bahasa di dunia ini yang tidak dipengaruhi oleh bahasa asing, baik bahasa

Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina mahupun bahasa Melayu.  Proses penyerapan atau

peminjaman bahasa asing dalam bahasa Melayu ini ialah satu proses yang mendorong bahasa

penerima meminjam unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu

cara/kaedah yang berperaturan dan sistematik. Peminjaman bahasa berlaku apabila suatu

bahasa bertembung dengan bahasa lain . Bahasa yang berpengaruh atau berbudaya tinggi akan

saling melengkapi antara satu sama lain apabila bertembung dengan bahasa yang kurang

berpengaruh atau berbudaya rendah .

Bynon (1994) mengatakan bahawa pertembungan antara bahasa boleh mempengaruhi

bahasa yang berlainan berbanding dengan kelainan geografi dan sosial bahasa yang sama.

Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan bunyi

atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis. Akibat dari

pertembungan bahasa dan budaya ini berlakulah peminjaman kata dalam masyarakat tersebut.

Maka, kata pinjaman merupakan satu produk dari pembangunan bahasa dan kontak

budaya yang mana bahasa merupakan satu perkara yang penting kepada hubungan sesama

manusia dan satu tindak balas perhubungan sosial yang mengalami perubahan yang pantas

dalam sejarah (Yingying 2009). Sapir (1994) berpendapat sesuatu bahasa yang menggunakan

bahasa lain dinamakan sebagai peminjaman yang mana ia berlaku secara semulajadi dalam

kontak bahasa yang menekankan impak yang mendalam terhadap kedua-dua kosa kata yang

saling memahami budaya. Ini menyebabkan kedua-dua bahasa tersebut saling mempengaruhi

dalam menggunakan perkataan-perkataan tersebut untuk merujuk kepada beberapa perkara,

proses dan cara pemikiran.

Faktor-Faktor Yang Mendorong Peminjaman Kata.

Terdapat faktor luaran yang mempengaruhi kata pinjaman. Faktor luaran dalam perhubungan

antara dua bahasa yang berbeza merupakan satu dorongan yang penting dalam kata pinjaman.

Menurut Sapir (1921) perhubungan mungkin berlaku melalui persahabatan atau permusuhan. Ia

juga mungkin berlaku secara lazimnya melalui perancangan perniagaan dan hubungan

perdagangan atau ia mungkin mengandungi peminjaman atau pertukaran ke arah yang positif

seperti seni, sains, agama. Yun Yan (2009) menyatakan kata pinjaman adalah satu perkara yang

2

Page 3: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

biasa berlaku di bawah faktor luaran seperti keadaan geografi kejiranan, politik, ekonomi,

budaya, ketenteraan dan aktiviti di antara negara yang berbeza.

Kedatangan kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan teknologi moden ke

negara kita telah mencetuskan kekangan dalam kekurangan kata-kata atau istilah untuk

mengembangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat . Peminjaman kata daripada bahasa

asing berlaku kerana kemegahan dan keperluan terhadap bahasa asing yang membawa kepada

sesuatu teknologi dalam masyarakat . Faktor kemegahan dikaitkan dengan kebajikan sosial ,

keuntungan , atau kemenangan sekiranya masyarakat mampu mengetahui beberapa patah

perkataan asing dalam pertuturan mereka . Contohnya , sebelum merdeka seseorang itu

dianggap mempunyai kedudukan yang tinggi apabila mereka mampu menutur menggunakan

perkataan darpada bahasa Inggeris atau Arab .

Menurut Weinreich ( 1968) dalam buku Bahasa Melayu STPM Kertas 1 dan 2 edisi

kedua , terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sesuatu bangsa meminjam perbendaharaan

kata bahasa lain seperti :

a. Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, tempat dan konsep yang baharu dalam

sesuatu bahasa . Peminjaman ini dilakukan kerana sukar untuk mencari perkataan yang sama

dengan apa yang ingin disampaikan dalam bahasa natif dan dirasakan lebih ekonomi

menggunakan bahasa yang dipinjam .

b. Untuk mengatasi masalah sinonim . Contohnya , perkataan nikah dipinjam daripada

bahasa Arab untuk maksud yang lebih sopan dan rasmi bagi perkataan kahwin .

c. Kekerapan penggunaan perkataan asing yang lebih tinggi berbanding dengan

penggunaan perkataan itu dalam bahasa penutur natif menyumbang kepada bahasa pinjaman ini

lebih banyak digunakan dalam kehidupan seharian .

d. Untuk mengungkapkan sesuatu kata dengan lebih tepat, maka kata pinjaman diambil

daripada bahasa lain . Contohnya , dalam bahasa Melayu telah ada perkataan buruk, tetapi

untuk mengungkapkan sesuatu yang lebih buruk digunakan perkataan dahsyat yang dipinjam

daripada perkataan Arab untuk menggambarkan situasi yang lebih teruk .

3

Page 4: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Terdapat tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam proses peminjaman kosa

kata kepada bahasa Melayu iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Kajian telah menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 677 patah

perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Kata-kata itu merangkumi pelbagai bidang

kehidupan seperti bidang agama, falsafah, alam semula jadi, kenegaraan, hubungan

kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan tumbuh-tumbuhan, bahagian-bahagian tubuh

badan, penyakit, perdagangan dan perniagaan, barangan dagangan, bahasa, pembelajaran dan

kesusasteraan, angka-angka, tanda masa dan arah, sifat dan keadaan, kata-kata kerja, keterangan

ganti nama, penghubung dan seru, unsur-unsur awalan dan akhiran dan kata majmuk.

Contoh: :

a. Agama dan falsafah 

Syurga, agama, bidadari, dewa, dewi, budi, dewata, puasa, sakti, sengsara

b. Bunga dan Tumbuh-tumbuhan

Amra, angsana, cempaka, melati, penaga 

c. Istilah Abstrak

Asmara, bencana, cinta, cedera, dirgahayu, dusta, gembira, guna, jasa, sentosa, usaha, 

d. Hubungan dan kekeluargaan 

Bangsa, belia, dara, isteri, suami, janda, saudari, saudara, seteru

d. Alam semula jadi 

angkasa/udara, bumi, bayu, gua, tanah, samudera, ombak, suria, cahaya, nyala

e. bahagian tubuh badan

anggota, bahu, badan, kepala, muka, nadi

f. Kenegaraan dan hubungan kekerabatan

desa, kota, pengawal, raja, maharaja, permaisuri, putera, puteri, mulia, menteri

g. penyakit

selesema, demam, kusta,

h. Haiwan dan Margastua 

angsa, gajah, ketam, serigala, singa,  unta, jelawat

i. perdagangan dan barangan 

arak,  gangsa, curiga, bahara, kunci, biaya, warna, berat

Selain daripada bahasa Sanskrit, unsur bahasa Arab juga meresap masuk ke dalam

bahasa Melayu. Kesannya, pengaruh bahasa Arab menular masuk bukan sahaja dalam aspek-

aspek keagamaaan, tetapi juga meliputi aspek pentadbiran dan kelimuan.

4

Page 5: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Antara perkataan Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah;

a. Berkenaan agama 

Islam, iman, syarat, rukun, sah, anbia, nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat, syariah, baligh,

rukuk, ajal, haji, kiblat, fitrah, syaitan, masjid, al-Quran dsb.

b. berkenaan ilmu

ilmu, nahu, surat, jahil, maktab, kitab,sejarah, riwayat, hisab, tafsir, tasawuf, kamus, fikir, hafa

z, loghat, tarikh, tawarikh, darab, alim, kertas,  huruf, baki 

c. Berkenaan fikiran dan Perasaan

Akal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus, yakin, khas, ikhlas, ijtihad, nasib, nasihat, aib, hajat,

hawa, ilham, musibah 

d. Berkenaan hukuman dan peraturan

Hukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah, wakil, wali,kadi, makam, sultan, wakaf, wazir, mans

uh, uzur, daftar 

e. Adat dan  pergaulan manusia 

kaum, umat, awam, nikah, muhrim, tahniah, layak, syukur, lazat, martabat, watan, mastautin,

lazim, maruah, rezeki, darjat, batin, fitnah

f. Benda-benda, kejadian dan perbuatan

Haiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas, maut, roh,kubur, jubah, kubah, dunia, alam, akhirat, 

rezeki, jati, ijazah, kuat, jenazah, musafir, darurat, sihat, fitnah, berkat  .

Kedatangan kuasa-kuasa Barat merupakan langkah pertama ke arah pengenalan mereka

dengan bangsa Melayu. Keperluan terhadap ilmu dan desakan zaman yang berubah,

menyebabkan banyak perkataan bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu.

Pinjaman perkataan daripada bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris terus berlaku. Ini

kerana bahasa Melayu memerlukan istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya

dalam bidang sains dan teknologi.

Antara perkataan awal yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah ; saman, 

notis, berek,  pensel,  gelas, setem,  hotel,  tiub,  basikal,  lesen, bil,  lokap,  kompas,  biskut, 

setokin, drebar,mesin, telefon, biro dan banyak lagi.

5

Page 6: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis yang menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu

ialah:

baldi, bangku, meja, bomba, bendera, kemeja, garpu, kebaya, paderi, tuala, dadu, mentega, kej

u, pita, lampu, palsu, beranda, wizurai, gereja, merinyu, lelong, sepatu, almari, nanas, tembaka

u, tangki, pita 

Perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa Belanda, antaranya ialah:

engsel, duit, pos, persen, polisi, sekolah, senapang, laci, pelekat, persen, rokok, kantor, kamar, 

peleser,  permisi, dansa, super 

Selain bahasa-bahasa Eropah, bahasa Melayu juga menerima unsur-unsur bahasa lain seperti

Tamil, Hindustan, Parsi, dan Cina. 

Perkataan pinjaman daripada bahasa Tamil : ayah, sebagai, cuma, macam, pinggan, bagai,

bagaimana, kalap, segala, cuci, kedai, modal, tirai, cuma, percuma, nelayan, koko 

Perkataan pinjaman daripada bahasa Hindustan : acar, cuti, kunci, budiman, kapas, palka,

cukai, kari, roti, curi, kelasi, 

Perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi : agar, bakhtiar, banjir, bazar, badam, cap, kolah,

nakhoda, syabas, taj, andai, pasar, daftar, firman, khurma, lasykar, syah, saudagar, jam,

bandar, temasya, nisan, takhta, pelampung,

Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina : tauke, tong, tauhu,loteng, laici, kuli, pungki, cap,

maajun, cawan, taugeh, cat, sampan, kongsi, ping pong, taufan, mi, bihun, kue tiaw, pau, kueh.

Unsur bahasa asing dipinjam oleh bahasa Melayu yang terdiri daripada aspek bunyi , bentuk

morfem dan sintaksis .

Pinjaman Bunyi

Terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu , iaitu 6 vokal , 3 diftong , dan 18 konsonan . Contoh

beberapa bunyi konsonan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris adalah

seperti berikut :

Bahasa Sanskrit:

Contoh

Sy - syurga

Sw - swasta

6

Page 7: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Bahasa Arab:

kh - khairat, bakhil, fasakh

gh - ghaib, maghrib, baligh

sy - syarikat, masygul, Quraisy

F - fikir, fatsir, takrif

z - zahir, azab, lafaz

q - Quran, furqan

Selain itu, peminjaman bunyi juga berlaku seperti dh dan th , tetapi kini untuk penulisan dalam

bahasa Melayu , masing-masing diubah bentuk menjadi d dan s sahaja .

dh - dharab (darab), fardhu (fardu)

th - Thalatha (Selasa) , Ithnin (Isnin) , hadith (hadis)

Bahasa Inggeris:

f - filem, fokus sy - syif

v - vokal, variasi , novel, levi z - zoo, zink

Tatabahasa asing yang kuat mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris.

Pengaruh struktur bahasa ini menyebabkan sukar dibezakannya daripada bahasa Melayu.

Unsur tatabahasa yang dipinjam ialah bentuk ” ialah” dan ” adalah” daripada bahasa Inggeris,

iaitu bentuk kopula is. Bentuk kopula tidak wujud dalam bahasa Melayu , tetapi diterima

sebagai betul dan digunakan dengan fungsinya sebagai pemeri kerana pernah dihuraikan oleh

Za’ba melalui bukunya , Ilmu Mengarang Melayu.

Contoh : Ali ialah penoreh getah. (Pengaruh bahasa Inggeris)

Ali penoreh getah. Bentuk ialah dan adalah tiada dalam bahasa Melayu klasik.

Pinjaman Bentuk Majmuk

Pinjaman bentuk majmuk kebanyakannya daripada bahasa Inggeris, untuk memenuhi keperluan

melengkapkan istilah.

bawah tanah (underground) ; beban kerja (work load) ; buku hijau (green book) ; bulan

madu (honey moon) ; duit poket (pocket money) ; gajah putih (white elephant) ; kepala

surat (letter head) ; nota kaki (footnote) ; pencakar langit (skyscraper); perang dingin (cold

war).

7

Page 8: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan

bahasa -bahasa Eropah yang lain,penyesuaian ejaan dalam bahasa Melayu mempunyai

peraturan khas seperti berikut :-.

1. Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu Huruf BahasaInggeris Bahasa Melayuc -

scent, cylinder - sen, silinderc,cc - k carbon, classic - karbon, klasik,sc - skscooter, telescope -

skuter,telesko,pq - kquality, tecchnique - kualiti, teknik,x - ksexpress,taxi - ekspres, teksi.

2. Pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama.

Huruf Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu(b, bb - bbarbecue, lobby - barbeku, lobi), (f, ff -

f factor, traffic -faktor, trafik), (m, mm - mmammal –mamalia), (p, pp - ppassport, apple -

pasport, epal), (t, tt - ttractor, battery - traktor,bateri)

3. Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu :

(ie - icalorie –kalori), (oa - o cardboard, coat - kadbod, kot), (oe -

efoetus, gonorrhea - fetus,gonorea), (ou - ucoupon, serious - kupon, serius), (ea - ibeaker,grease

- bikar, gris)

5. Pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa Inggeris Bahasa

Melayu: (ae - aeaerial, aerograph - aerial,aerograf), (au - auautomatic, auditorium -

automatik,auditorium), (io - ioiodine –iodin), (iu - iupremium, stadium -premium, stadium), (ue

- ueduet - duet)

Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dalam bahasa

Melayu dilakukan mengikut peraturan-peraturan berikut :-

1. Mengeja kata pinjaman yang dipentingkan ialah bentuk visualnya.

2. Terdapat beberapa kata pinjaman yang dikecualikan daripada peraturan sistem

keselarasan huruf vokal.

3. Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dikekalkan bentuknya.

4. Kata-kata asing yang sudah diserap dan telah mantap ( selainejaan gugus konsonan )

dan dieja Melayu tidak diubah ejaan.

5. Huruf “g”diucap sebagai /j/ menurut sebutan bahasa Inggeris ditulis dan disebut

/g/ dalam bahasa Melayu.

8

Page 9: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

6. Kata pinjaman yang berakhir dengan - sion , - tion , -tional dan sional menjadi -syen , -

si , - sional dan - sen .

7. Kata pinjaman yang berakhir dengan - ism menjadi - isme.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan

sejak lebih setengah abad yang lalu telah mencipta kira-kira sejuta istilah dalam pelbagai

bidang. Konsep pinjam terjemah dipinjam daripada bahasa lain , kemudiannya disesuaikan

dan diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran . Sebagai contoh, frasa kapal terbang atau pesawat

terbang adalah frasa pinjam terjemah daripada bahasa Belanda, vliegtuig, manakala frasa kapal

udara adalah pinjam terjemah daripada kata bahasa Inggeris, air-plane. Begitu juga dengan kata

dalam bahasa Inggeris, skyscraper menjadi ungratte-ciel dalam bahasa Perancis. Kini, terdapat

sebahagian penutur bahasa Sepanyol menyebut perros calientes (secara literal bermaksud "dog

hot") atau hot dogs dalam bahasa Inggeris bagi menamakan sejenis makanan . Kata bahasa

Inggeris honeymoon menjadi lune de miel dengan maksud moon of honey dalam bahasa

Perancis dan "bulan madu" dalam bahasa Melayu. Selain itu, berlaku juga penciptaan kata baru

yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baru sama ada dalam

bentuk satu perkataan , frasa atau gandaan separa seperti terjemahan "tanih" daripada soil, biak

baka daripada breed dan "cecair" daripada liquid.

Oleh kerana Bahasa Melayu masih kurang efisien untuk mendukung konsep yang

saintifik yang timbul bersama-sama dengan kemajuan negara dalam bidang sains, teknologi

dan ikhtisas. Kaedah yang sesuai adalah melalui peminjaman dan kaedah ini dilaksanakan

dalam pembentukan istilah dalam banyak bahasa di dunia. Kaedah peminjaman ini banyak

diterapkan oleh penggubal istilah bahasa Melayu dalam bidang yang khusus. Ada bentuk

pinjaman yang tidak diasimilasikan , iaitu tidak disesuaikan secara ortografi iaitu dari aspek

sistem ejaannya . Oleh itu, istilah pinjaman ini sama dari segi bentuk mahupun maknanya

dalam bahasa asal , seperti istilah "lamina", "orbit" dan "organ".

Istilah pinjaman yang diasimilasikan separa dengan cara penyesuaian dari segi

ortografi bahasa Melayu, seperti terjemahan "analisis" daripada analysis dan "cip" (elektronik)

daripada chip. Bentuk ini berbeza dengan istilah pinjaman yang diasimilasikan sepenuhnya,

seperti rizab (reserve) dan resit (receipt). Bentuk lain yang wujud ialah kata dasar yang

merupakan kata pinjaman dan berimbuhan bahasa Melayu, seperti "kadar kemortalan"

(mortality rate) dan "meneutralkan" (neutralise).

9

Page 10: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Peminjaman berlaku bukan kerana penggubal istilah bersikap merendahkan martabat bahasa

Melayu tetapi sesungguhnya masih banyak makna kata dalam bahasa Melayu yang tidak sejajar

dengan makna konsep dalam bahasa Inggeris, dan ada kalanya istilah bahasa Melayu harus

digandingkan dengan istilah pinjaman untuk membentuk istilah tersebut. Hasil daripada

penyediaan istilah ini telah membawa perubahan dalam leksikon iaitu kamus bahasa Melayu .

Bahasa Melayu seperti bahasa yang lain juga mempunyai kosa kata dalam bahasanya dan

memerlukan kata yang dipinjam daripada bahasa lain untuk melangsungkan komunikasi.

Pinjaman unsur daripada bahasa asing mempunyai kesan positif dan negatif .

Kesan positif peminjaman adalah dapat menambahkan kekuatan makna konsep yang hendak

diperkatakan atau diperjelaskan . Hal ini akan mewujudkan keadaan saling terjemah dengan

bahasa moden lain . Sebaliknya , menurut Za’ba menggunakan perkataan daripada bahasa asing

dengan sengaja atau dipaksa-paksa dapat menimbulkan kerugian kerana akan memburukkan

rupa dan bunyi bahasa Melayu itu sendiri , dan membanyakkan perkataan yang tidak akan

difahami oleh para pembaca . Kemungkinan besar akan terjadinya pencemaran bahasa . Hal ini

terjadi sekiranya peminjaman dibuat sesuka hati.

Kedatangan kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan teknologi moden ke

negara kita telah mencetuskan kekangan dalam kekurangan kata-kata atau istilah untuk

mengembangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat . Peminjaman kata daripada bahasa

asing berlaku kerana kemegahan dan keperluan terhadap bahasa asing yang membawa kepada

sesuatu teknologi dalam masyarakat . Faktor kemegahan dikaitkan dengan kebajikan sosial ,

keuntungan , atau kemenangan sekiranya masyarakat mampu mengetahui beberapa patah

perkataan asing dalam pertuturan mereka . Contohnya , sebelum merdeka seseorang itu

dianggap mempunyai kedudukan yang tinggi apabila mereka mampu menutur menggunakan

perkataan darpada bahasa Inggeris atau Arab .

Sebagai rumusan, peminjaman bahasa merupakan satu proses bahasa yang penting

dalam perkembangan sesuatu bahasa. Gejala peminjaman ini berlaku tanpa disedari oleh

sesebuah masyarakat akibat dari pertembungan bahasa dan budaya. Oleh itu, kata pinjaman

adalah sesuatu bahasa atau penuturan bahasa pertama meminjam perkataan perkataan dari

bahasa yang lain dan menjadikannya sebagai sebahagian dari perbendaharaan katanya. Apabila

peminjaman bahasa itu berlaku, maka perubahan akan berlaku dari sudut linguistik iaaitu yang

bersifat sistematik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sekali gus, peminjaman

kata memberi impak kepada masyarakat yang mana ianya memperkayakan bahasa dan

memperkemaskan sistem komunikasi kebahasaan. Dengan demikian, peminjaman bahasa

10

Page 11: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

asing memberi pengaruh yang amat besar terhadap perluasan perbendaharaan kata bahasa

Melayu. Oleh yang demikian, memandangkan begitu banyaknya perkataan bahasa pinjaman

yang masuk ke dalam bahasa Melayu, maka secara langsung atau tidak langsung ia bukan

sahaja memperkayakan khazanan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Malah menjadikan

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa lingua franca di Nusantara.

11

Page 12: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Bahagian B

SEJARAH kegemilangan zaman lampau Bahasa Melayu, kedudukannya sebagai bahasa

pribumi, fungsinya sebagai lingua franca, sifatnya yang sangat lentur dan senang dipelajari

menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.Oleh itu, pembinaan bahasa

dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu

sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut pakar

bahasa, Dr. Nik Safiah Karim, pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa

yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala

bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih

berterusan dan masih perlukan pemantapan.

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang penggunaannya sangat meluas dan

bilangan penuturnya sangat besar. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh

bertutur dalam bahasa Melayu. Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu

membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah diangkat sebagai bahasa lingua franca di Asia

Tenggara, khususnya pada zaman kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka. Pada hari ini,

bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia,

Singapura dan Brunei. Di Malaysia, bahasa Melayu dimartabatkan dalam Perlembagaan

Persekutuan (Perkara 152) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara.

Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu hanya menjadi

bahasa penghantar sekolah Melayu yang terbatas pula jangkauan bidang ilmu dan

kemahirannya. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-mata

untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa dan dengan

demikian berupaya membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan.Selama hampir

setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas

pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa

rasmi dan bahasa ilmu.

Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya

pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar

dalam bahasa kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik

serta keeksklusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris.

12

Page 13: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Namun, apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai

wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pendidikan, maka

martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa

Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta

Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung

akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tonggak pembinaan negara.

Walau bagaimanapun dengan adanya tantangan-tantangan semasa, bahasa Melayu

mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaitu aspek taraf dan mutunya.Kemerosotan dalam

aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang

telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh, penggunaan bahasa

Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan.

Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya

sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa

Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan

pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak

atau istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa SMS, bahasa sembang di Internet dan

sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu

kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.

Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena

penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran

negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing (misalnya precinct, parcel dan

boulevard). Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang

terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam

konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu..

Oleh itu, wajarlah usaha memartabatkan Bahasa Melayu dilakukan dengan

bersungguh-sungguh dan memerlukan tindakan berani pelbagai pihak termasuk dalam kalangan

ahli politik, agensi-agensi kerajaan dan juga orang-orang Melayu sendiri. Usaha pemartabatan

Bahasa Melayu bukanlah usaha minoriti. Usaha ini sebenarnya adalah usaha yang telah wujud

serentak dengan adanya struktur negara bangsa Malaysia pada 1963. Toleransi kerajaan pada

1957 untuk membenarkan rakyat menggunakan bahasa Inggeris untuk tempoh 10 tahun

13

Page 14: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

rupanya telah membawa petaka kepada Bahawa Melayu lantaran bahasa penjajah itu telah

berjaya membina nilai akar umbi yang cukup erat dengan institusi awam, pendidikan dan

perundangan terutamanya.

Namun begitu, usaha memartabatkan Bahasa Melayu kini hanya dilihat secara formaliti

dilihat apabila usaha ini turut dimainkan oleh kerajaan tetapi tidak membawa apa-apa nilai

tujah yang berkesan lantaran perjuangan bahasa ini sekadar bertindak sebagai ‘gula-gula’

dalam politik tempatan. Lebih malang lagi, apabila usaha daripada badan-badan tertentu seperti

DBP, usaha daripada NGO yang sedar seperti TERAS dan sebagainya, usaha-usaha tokoh

akademik dan pendeta kebangsaan seperti Prof. Shahnon Ahmad dan Prof. DiRaja Ungku Aziz

mahupun usaha-usaha peribadi tidak memberi kesan dalam masyarakat.

Bahasa Melayu dalam perundangan Malaysia

Untuk memartabatkan Bahasa Melayu, Bahasa Melayu juga perlu dijadikan sebagai

bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa perwakilan kepada keharmonian kaum di Malaysia.

Pemilihan Bahasa Melayu sebagai perwakilan kaum tidak wajar dinilai sebagai usaha

menghegemonikan bahasa ini kepada kaum lain, tetapi telah menjadi lumrah bahasa majoriti

dan terkenal serta berakar umbi dijadikan pengantar di mana-mana negara besar sekalipun.

Selain itu bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai lingua franca yang akan membawa bahasa ini

sebagai agen penghubung kaum, industri dan meliputi keseluruhan massa dan sektor. Bahasa

Melayu pernah menjadi pengantar utama dalam semua Kanun dan perundangan melayu

terutama dalam Kesultanan Melayu Melaka. Sudah sewajarnya bahasa Melayu sejak lama dulu

digunakan dalam sistem perundangan Malaysia.

Kata pendeta Za’ba,

“ Dalam Malaya yang merdeka sekarang tentulah bahasa Melayu pun sepatutnya merdeka

juga, yakni tidak semestinya dihadkan gunanya pada hal rendah-rendah dan soal bercakap

akan perkara-perkara yang orang Melayu biasa sahaja seperti yang sudah-sudah. Sebaliknya

setelah Malaya merdeka, sepatutnya bahasa Melayu dilayakkan selangkah lagi bagi

penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula, seperti jadi alat mengajarkan

pelajar pemerintahan negeri dan juga menjalankan kerja kehakiman”.

14

Page 15: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Bahasa menjadi utama kuasa ekonomi dan politik.

Satu teori umum berkenaan survival bahasa adalah apabila ianya mengiringi

pembawaan kuasa ekonomi dan politik sesuatu tamadun. Bahasa Greek dan Latin pernah

menjadi pengantar kepada tamadun Gangsa. Bahasa Melayu pula telah diinstitusikan sebagai

bahasa utama, bahasa epik dan bahasa adat apabila Kesultanan Melayu Acheh, Melaka dan

Johor Lama membina empayar. Akibatnya bahasa ini turut mempengaruhi bangsa-bangsa

pedagang asing untuk turut menyebar dan menggunakan bahasa melayu di tempat asal mereka.

Dr. Gerry Knowles (Pensyarah Linguistik University Of Lancaster UK) pernah

membentang kertas kerja yang menyatakan bahawa bahasa boleh berkembang maju dan

menjadi bahasa dunia disebabkan dua faktor utama, iaitu kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan.

Bahasa yang mempunyai salah satu kuasa atau kedua-dua kuasa tersebut mampu berkembang

maju dan menjadi salh satu bahasa utama dunia. Kita mendapati bahawa Bahasa Inggeris

meningkat dan meluas akibat bertapaknya hegemoni dan globalisasi tajaan British. Kemudian

klonnya yang terkemudian iaitu Amerika Syarikat pula telah melengkapkan lagi hegemoni

bahasa tersebut walaupun tedapat beberapa perubahan dielek dan sebutan tertentu. Sejarah juga

merakamkan bahawa bahasa juga berkemungkinan akan jatuh serentak dengan kejatuhannya

kerajaan dan empayar berkenaan seperti empayar Perancis, Jerman dan Uthmaniyyah sendiri.

Nilai inklusif menyelamatkan survival bahasa.

Tidak dapat dinafikan bahasa Melayu adalah bahasa yang lentur serta kaya dengan khazanah

kosa dan istilah yang banyak. Penyerapan atau peminjaman unsur daripada bahasa luar

menyebabkan bahasa ini anjal dengan ketamadunan global. Menurut Haugen, sejarah bahasa

memperlihatkan bahawa tidak terdapat bahasa yang secara semulajadinya tidak mampu atau

terencat kerana semua bahasa yang maju pada hari ini suatu ketika dahulu tidak maju, tetapi

kerana peluang diberikan kepada bahasa itu untuk berkembang, bahasa berkenaan dapat

mencapai taraf kemodenan, kecanggihan dan keintelektulan seperti hari ini.

15

Page 16: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Menjadi paradoks besar kepada bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan jika bahasa

ini tidak dinobatkan serta dijalinkan dengan sosial masyarakat Malaysia secara harmoni. Metos

yang mengatakan Bahasa Inggeris sebagai agen utama dan satu-satunya jalan untuk pencapaian

ketamadunan adalah suatu metos besar yang akan membawa petaka paranoid kepada generasi

akan datang. Keterhakisan nilai setempat, aura Islam dan ketamadunan Melayu dalamnya akan

menimbulkan simptom jelas pada masa akan datang. Bahasa yang inklusif adalah suatu klausa

yang salah. Inklusifnya bahasa bergantung kepada sikap pendeta dan pemikir bahasa itu sendiri

untuk bersikap inklusif atau eksklusif. Sifat keterbukaan perlu ada di kalangan pemikir bahasa

melayu untuk menyelamatkan bahasa ini daripada hanyut terus daripada arus perkembangan

global.

Kita telah melihat bagaimana bahasa Latin telah pupus akibat ketiadaan transaksi kosa

kata dan perbendaharaan kata daripada bahasa lain yang menguasai dunia. Hal ini turut

menimpa bahasa Sanskrit yang hanya dijadikan bahasa indah kaum Rahib-rahib India serta

mematikan terus keupayaan politik daripada bahasa tersebut. Kini bahasa Sanskrit tidak lagi

ditutur luas apatah lagi untuk difahami.

Kemandirian bahasa Melayu bermula apabila kehadiran Tamadun India, Buddha dan

Ketamadunan eropah seperti Portugis dan Belanda yang telah memperkayakan lagi

perbendaharaan kata bahasa tersebut serta menjadikan ianya relevan untuk digunapakai.

Indonesia berjaya menjulang bahasa Melayu-Indo melalui sikap inklusif di kalangan pendeta

bahasa mereka sehingga sebegitu banyak perkataan Inggeris yang diIndonesiakan.

Penterjemahan filem dan buku-buku secara pesat menjadikan rakyat ‘amat bergantung’ dengan

bahasa tersebut sekaligus menjadi bukti penataran bahasa Melayu di sana. Transaksi dan

transisi bahasa Melayu untuk menerima unsur-unsur bahasa asing adalah suatu sikap dan

keterbukaan yang akan membawa kembali Bahasa Melayu ke persada dunia glokal

Apabila membincangkan perihal bahasa Melayu, hala tuju bahasa Melayu, masa depan

bahasa Melayu, kita tidak terlepas daripada membincangkan soal cabaran bahasa Melayu

terutamanya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Walaupun bahasa Melayu

ketika ini menerima hambatan begitu hebat dalam bentuk nasional dan supernasional. Kita

sebagai pengguna, penutur, dan pencinta bahasa Melayu perlu bersiap siaga dan berusaha lebih

gigih untuk meletakkan bahasa Melayu mampu duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi

dengan bahasa-bahasa terutama dunia lebih-lebih lagi bahasa Inggeris sebagai bahasa

antarabangsa.

16

Page 17: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang

dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah

memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa,

peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2004 :34), pemantapan

sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya

pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah

mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih memerlukan

pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Awang Sariyan (2006: 17) mengatakan bahawa usaha-usaha perlu dilakukan oleh pihak

pemerintah negara agar lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu jika ingin melihat

bahasa Melayu itu terus berkembang maju dan seterusnya menjadi bahasa ilmu.Bahasa Melayu

seharusnya telah diangkat menjadi sebuah bahasa yang unggul dan tidak seharusnya dipertikai

kewujudannya. Manakala, Kamarudin Hj Kachar (1989 : 83) mengatakan bahawa konsep

pendidikan dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Pendidikan memerlukan masyarakat

untuk dijadikan asas falsafah, matlamat,dan tujuan.

Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individu-

individu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Perkembangan

bahasa Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan sesuatu

perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak

kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan

perkembangan pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk

memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Implimentasi

Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Negara.

Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai alat

kemajuan negara atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula berubah. Peranan Bahasa

Melayu dalam agenda pembangunan negara yang baru itu makin tidak diambil kira lagi. Rakyat

Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka

hendak menjadi bangsa yang maju. Proses globalisasi digunakan sebagai alasan bangsa Melayu

dan seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui bahasa Inggeris. Pada hal sudah ada dasar sejak

tahun 1957 yang diperakukan oleh Laporan Razak sendiri bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa

kedua yang wajib diajarkan di sekolah.

17

Page 18: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa kelemahan pelajar

Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-olah bahasa Inggeris

itu merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan

pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi.

Hal ini, menyebabkan bahasa Melayu turut mengharungi satu cabaran getir dalam

bentuk dimensi baru yang memerlukan perhatian semua pihak terutamanya golongan pejuang-

pejuang dan aktivis-aktivis  bahasa. Apabila kita melihat negara-negara yang sudah

sememangnya maju dari segi sains dan teknologi seperti Jepun, Korea, dan Perancis. Mereka

membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu.

Malah negara-negara berkenaan tetap mempertahankan bahasa ibunda mereka dan menjadikan

bahasa berkenaan sebagai bahasa wahana ilmu pengetahuan dan bahasa sains teknologi.

Menurut, Asiah Idris dalam makalahnya Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu Pelita Bahasa

1995, petikan syarahan Prof.Dr.Abdul Hamid Mahmood menyatakan bahasa Inggeris bukanlah

faktor yang menentukan sama ada sesebuah negara akan menjadi maju atau rakyatnya akan

menjadi kaya. Yang menjadi faktor penentu dalam hal ini bukanlah bahasa tetapi orang yang

menggunakan bahasa itu. Malah, beliau menambah lagi yang penting jika kita benar-benar

mahu menjadikan bahas Melayu sebagai bahasa ilmu, kita perlu mengubah sikap negatif dan

keraguan kita terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu termasuklah  dalam bidang sains

dan teknologi. Ramai melihat potensi bahasa Melayu sebagai bahasa peneraju dunia keilmuan,

bahasa sains teknologi adalah masih lagi jauh. Menurut Hassan Ahmad masalah sebenarnya

bukan cabaran bahasa Inggeris tetapi masalah orang rakyat yang tidak mengetahui keupayaan

untuk memajukan bangsa dengan menggunakan bahasa sendiri sebagai alat yang utama.

Masyarakat memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individu-

individu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Melalui pendidikan

sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak

kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan

perkembangan pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk

memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Implimentasi

Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Negara.

18

Page 19: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Kerancuan Bahasa

Kekacauan bahasa sering kali berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini

sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Dari mana datangnya kekacauan bahasa ini

juga mendapat jawapan yang samar. Menurut Ismail Jusoh (2000:48),mengatakan bahawa

bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata

yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-

istilah tersebut dalam berkomunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung

terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka.

Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya

menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir-akhir ini, banyak rungutan

mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam

pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga adalah satu

kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah.

Bahasa ini sering 154 digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawanan

melepak, atau pelajar universiti seperti di UPM atau golongan profesional untuk

menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain.

Bahasa Slanga ini cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman.

Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek,

bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-lain lagi. Para pensyarah sering merungut tahap

penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan hal ini tidak sepatutnya

berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu

tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada

pembangunan negara.

Kekurangan Buku-buku Rujukan

Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah

kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan

bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti.

Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat

penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah ini didatangkan dari luar negara untuk

19

Page 20: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

rujukan para pelajar. Dasar mempercayai budaya orang luar telah menular di dalam diri

masyarakat di negara Malaysia.

Para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya. Peranan Kerajaan Untuk

Memartabatkan Bahasa Melayu Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka Menurut Abdullah

Hassan (1987) mengatakan bahawa langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan

dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah dengan melantik sebuah badan berkanun seperti

Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu badan berkanun yang

berperanan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP berperanan untuk memupuk

dan memperkaya bahasa kebangsaan, memperluas bidang pengetahuan masyarakat terhadap

penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu, menerbitkan, menggalakkan dan

menyelaraskan penerbitan buku dan jenis penerbitan lain yang berkaitan dengan kajian dan

pembinaan bahasa Melayu, membakukan sistem ejaan dan sebutan, mencipta istilah saintifik

yang sesuai dengan bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa

kebangsaan.

Pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebangsaan perlu dilaksanakan oleh pihak

kerajaan kerajaan, melalui semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak

swasta serta secara aktif dan terancang menyertai program pemasyarakatan bahasa

kebangsaan di seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka, khususnya Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksanakan setiap tahun selama

sebulan. Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah diminta merancang dan

menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari waktu

ke waktu dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir

dalam sektor di luar lingkungan orang atau institusi khusus dalam bidang bahasa dan sastera.

Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang

yang penting diberi perhatian yang sama beratnya, termasuk bidang bahasa dan budaya. Dalam

konteks pembentukan jati diri dan citra negara ini pula, dasar-dasar yang bersifat endoglosia,

iaitu berasaskan keperibumian yang disokong oleh hakikat sejarah kebudayaan dan tamadun di

negara dan dirantau ini perlu dipertahankan dan ditingkatkan. Tidak seharusnya berlaku

keadaan negara menuju kejayaan ekonomi dan industri sementara mengalami kehancuran dari

segi unsur dalaman bangsa, terutama bahasa dan budaya. Oleh itu, kerjasama antara semua

kementerian, jabatan, agensi, pertubuhan, sektor swasta dan orang perseorangan perlu

20

Page 21: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

digemblengkan secara bersepadu oleh pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk

memastikan pencapaian yang seimbang.

Walaupun Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa pengantar di sekolah

hinggalah ke peringkat pengajian tinggi namun masih banyak masalah serta cabaran dalam

memartabatkan bahasa Melayu perjuangannya mesti diteruskan. Pihak kerajaan seharusnya

memandang serius setiap isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu lebih-lebih lagi jika ia

melibatkan bidang pendidikan. Hal ini kerana warga pendidikan yang sebenarnya akan

membawa wadah perjuangan sama ada bahasa Melayu akan berkembang atau terus terkubur.

Sejajar dengan hal itu, generasi muda terutama pelajar sekolah harus dipupuk jati dirinya

terhadap bahasa kebangsaan sejak di bangku sekolah. Usahlah dibebankan mereka dengan

bahasa yang lain untuk mempelajari ilmu pengetahuan moden. Kuasailah bahasa Melayu

terlebih dahulu kemudian barulah kuasai bahasa kedua.

Dengan cara ini, Malaysia akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun

2020. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Dalam usaha

mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kita harus lebih dahulu memupuk jati diri

dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang tiada jati diri terhadap bahasa, yang terlalu

kuat sentimennya terhadap bahasa Melayu dan golongan yang kurang kepercayaan dan

keyakinan diri terhadap bahasa Melayu. Bahasa menunjukkan bangsa dan maju bahasa majulah

bangsa.

21

Page 22: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood. (2007). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui

Latihan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1994). Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

KualaLumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur :Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2008).

Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ani Awang dan Zumurni Hamzah. Ke arah Memartabatkan Bahasa Melayu.

Http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp. Diakses pada 21.10 .2013.

Awang Sariyan (2006). Bahasa Melayu dalam Mendepani Era Globalisasi: Upaya dari Sudut

Pengayaan Khazanah Ilmu. Dlm Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ismail Jusoh (2000). Bahasa dan Masyarakat. Dlm Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya

Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Kamarudin Hj. Kachar (1989). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Teks

Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. 1978. Bahasa Malaysia syntax: some of aspects to standardization.Kuala

22

Page 23: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

Sapir, E. 1921. Language. New York.Theodora Bynon. 1994. Linguistik sejarawi. Terj. Noor

Ein Moh. Noor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Weinreich, U. 1968. Language in contact. The Hague: Mouton.

Yingying Shan. 2009. Borrowed words in English and Chinese vocabulary.

Guangzhou:Guangdong University of Foreign Studies.

Yun Yan & Tianbai Deng. 2009. On Chinese loan words from English language.

China:Yangzhou Vocational College of Environment & Resources.

Dari laman web:

Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekat Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

http://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/185-memartabatkan-bahasa-

melayu-perlukan-kesungguhan Dilayari pada 20 Oktober 2013

http://anelyza.blogspot.com/2010/11/usaha-usaha-memartabatkan-bahasa.html. Dilayari pada

20 Oktober 2013.

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=769

Dilayari pada 20 Oktober 2013

23

Page 24: Mohd Amin Bin Othman Tugasan Eps 313 Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu n

24