tugasan kelas : nota

3
Konsep Kajian Tindakan Kajian Tindakan adalah salah satu pendekatan untuk memperbaiki atau maningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Oleh yang demikian, terdapat beberapa definisi yang berkaitan dengan kajian tindakan yang dibuat oleh pakar iaitu: Elliot (1981) mendefinisikan kajian tindakan sebagai kerangka untuk penilaian kendiri (framework for self-evaluation) di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial yang. Menurut Elliott (1991:69) lagi, kajian tindakan adalah sebagai kajian situasi sosial yang bertujuan memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri. McNiff (1994) mentakrifkan kajian tindakan sebagai suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan menjadi bersedia mengubah amalan. Menurut beliau lagi, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru- guru lain secara kolaboratif dan dengan ini, ia melibatkan orang lain sebagai sebahagian daripada inkuiri bersama. Ini kerana kajian tindakan adalah kajian bersama (research with) dan bukannya kajian ke atas ( research on). Dalam kajian tindakan ini, terdapat 4 langkah-langkah asas iaitu Merancang, Bertindak, Memerhati, dan Mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Model-model kajian tindakan

Upload: national-university-of-malaysia

Post on 28-Jul-2015

1.082 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Kelas : Nota

Konsep Kajian Tindakan

Kajian Tindakan adalah salah satu pendekatan untuk memperbaiki atau maningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Oleh yang demikian, terdapat beberapa definisi yang berkaitan dengan kajian tindakan yang dibuat oleh pakar iaitu:

Elliot (1981) mendefinisikan kajian tindakan sebagai kerangka untuk penilaian kendiri (framework for self-evaluation) di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial yang. Menurut Elliott (1991:69) lagi, kajian tindakan adalah sebagai kajian situasi sosial yang bertujuan memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri.

McNiff (1994) mentakrifkan kajian tindakan sebagai suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan menjadi bersedia mengubah amalan. Menurut beliau lagi, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif dan dengan ini, ia melibatkan orang lain sebagai sebahagian daripada inkuiri bersama. Ini kerana kajian tindakan adalah kajian bersama (research with) dan bukannya kajian ke atas ( research on).

Dalam kajian tindakan ini, terdapat 4 langkah-langkah asas iaitu Merancang, Bertindak, Memerhati, dan Mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.

Model-model kajian tindakan

Page 2: Tugasan Kelas : Nota

Model Mckernan (1996)

Model Kemmis and McTanggart (1988)

Page 3: Tugasan Kelas : Nota

Model Elliot (1991)

Model Ebbutt (1985)