nota dan tugasan

28
KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala saling ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia mungkin menyatakan yang dia sedang menguji pencapaian, mengukur pencapaian atau menilai pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya saling ditukar ganti. Rajah 1 : Konsep pengujian, pengukuran, dan penilaian 1. Konsep Berdasarkan rangka konsep di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan pengertian antara ketiga-tiga istilah tersebut. 1 Penilaian Pengukuran Pengujian

Upload: japar-yusup

Post on 21-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sce3111

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU

Konsep Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian

Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang.

Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala saling ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia mungkin menyatakan yang dia sedang menguji pencapaian, mengukur pencapaian atau menilai pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya saling ditukar ganti.

Rajah 1 : Konsep pengujian, pengukuran, dan penilaian1.KonsepBerdasarkan rangka konsep di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan pengertian antara ketiga-tiga istilah tersebut.Perbezaan Pentaksiran, Pengukuran dan Pengujian

Jenis / Perbezaan

Pengujian

Pengukuran

Pentaksiran

Pengertian

Proses menentukan perubahan tingkah laku

Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar

Proses membuat analisi dengan mentafsir hasil pengukuran

Tujuan

Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran

Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran

Memberi maklumat tentang penncapaian pelajar,objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum

Kegunaan

Untuk menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai

Untuk pengelasan, pensijilan dan menempatkan pelajar dalam jurusan yang sesuai dan untuk penyelidikan

Untuk membaiki rancangan mengaar,kurikulum, pengesan punca kelemahan dan membuat ramalan

Bentuk

Pemerhatian,ujian, lisan dan bertulis

Ujian bertulis dengan markah dan gred

Jadual / gred berdasarkan teknik perangkaan

Masa

Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran

Selepas beberapa pelajaran

Sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran

Proses Perlaksanaan

persediaan ujianpentadbiranpemeriksaan

Proses pengujianmerekod markah/gred

Proses pengukuranProses penganalisaanProses interpretasiMelapor tindakan

Jadual 1 : Perbezaan Pentaksiran, Pengukuran dan Pengujian

Ujian ialah satu alat. Ujian selalunya ada perkaitan dengan ketiga-tiga konsep di atas. Dalam pengajaran dan pembelajaran Sains ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran Sains. Misalnya, guru membina satu ujian bagi menguji kefahaman murid berkaitan kemhiran proses Sains. Pelaksanaan ujian mestilah jelas, tanpa menyembunyikan maksud sebenar ujian itu.

Rajah 2 : Pelaksanaan Ujian

Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan aras yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.

Rajah 3 : Keperluan Pengukuran Dalam PengujianTujuan Pengujian dan PenilaianGuru di sekolah kerap kali mengadakan ujian dari semasa ke semasa. Ini kerana ujian merupakan cara tunggal guru dan pelajar dapat mengetahui sama ada pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah atau sebaliknya. Jelas ternyata bahawa ujian sangat penting untuk menilai kemajuan pelajar dan kejayaan guru, juga mengesan kebolehan dan kelemahan pelajar serta menilai pembelajaran yang sedang berlaku . Dengan cara ini, pelajar atau guru dapat mengetahui tindakan susulan yang seharusnya diambil. Pengujian boleh dijalankan sebelum pengajaran, untuk mengetahui pencapaian asas pelajar, supaya guru dapat memilih aktiviti yang sesuai dengan pencapaian pelajar tersebut. Pengujian yang dilakukan pada akhir pelajaran pula ialah untuk menilai kesan pelajaran pada pelajar dan aspek-aspek pelajaran yang perlu dibaiki. Oleh itu, antara tujuan ujian adalah seperti yang berikut:

i. Sebagai penggerak

Ujian memainkan peranan sebagai penggerak bagi pelajar. Dengan adanya ujian, para pelajar cenderung untuk memberi perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru.

i. Sebagai alat mencari punca kelemahan

Dalam pendidikan pemulihan, ujian diagnostik dijalankan untuk mengesan punca kelemahan para pelajar. Setelah diberi ujian diagnostik, barulah guru menggunakan maklumat itu untuk membuat perancangan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran pemulihan.

ii. Bagi mendapatkan maklum balas

Hasil yang diperoleh daripada satu-satu ujian akan memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan pelajar. iii. Penilaian

Guru menggunakan ujian untuk menilai prestasi dan kemajuan para pelajar. Ujian ini merupakan ujian formatif yang diberikan sepanjang tahun atau ujian sumatif yang diberikan bagi setiap akhir semester atau akhir tahun. Kedua-dua jenis ujian itu bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar.

iv. Pembelajaran lampau

Ujian juga dijalankan oleh seorang guru untuk mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar. Hasil daripada ini, guru dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang pengetahuan sedia ada pada pelajar.

v. Pensijilan

Pelajar-pelajar di peringkat PMR, SPM dan STPM akan menerima sijil-sijil yang berkenaan setelah lulus peperiksaan tersebut. Dalam situasi sekolah, jelas satu lagi peranan pengujian adalah untuk pensijilan. vi. Bagi membuat ramalan

Sesetengah ujian dijalankan dengan tujuan membuat ramalan tentang kemungkinan seseorang calon itu mencapai kejayaan dalam sesuatu kursus. Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa memilih calon-calon bagi sesuatu kursus atau latihan. Contoh ujian yang bertujuan membuat ramalan adalah seperi Ujian Kelayakan Latihan Perguruan.

vii. Bagi membuat klasifikasi

Prestasi pelajar dalam satu-satu ujian boleh digunakan untuk tujuan klasifikasi. Guru sentiasa menggunakan kriteria kebolehan untuk membahagikan pelajar-pelajar. pemulihan.viii. Pemilihan

Hasil ujian sentiasa digunakan oleh pihak-pihak berkuasa untuk memilih calon-calon memasuki satu-satu kursus atau jurusan. Misalnya, pelajar-pelajar yang ingin masuk ke Maktab Rendah Sains MARA atau sekolah-sekolah berasrama penuh perlu menduduki ujian-ujian tertentu.

ix. Penyelidikan

Sesuatu penyelidikan memerlukan maklumat daripada berbagai-bagai sumber. Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dapat diperoleh daripada ujian, pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya. Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Rajah 4: Kepentingan penilaianKejayaan dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan penilaian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Raja 4 di atas.Rumusan

Berdasarkan kenyataan bahawa penilaian itu sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah sering berusaha ke arah menggubal alat-lat penilaian yang praktis dan realistik. Alat-alat penilaian itu seharusnya dapat mengukur apa yang hendak diukur. Di samping itu, hasil alat-alat itu juga hendaklah boleh dipercayai.TAKSONOMI BLOOM DAN TAKSONOMI SOLO

.

Aras Taksonomi Kognitif Bloom Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed Learning Outcome". Ini merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.

Domain Kognitif

Taksonomi Bloom

Rajah 5: Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Taksonomi Solo1) PrestructuralJawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.

2) UnistructuralJawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.3) MultistructuralJawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.4) RelationalJawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.5) Extended AbstractJawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumat tambahan. Contoh ArasTaksonomi Bloom.

Jadual 2 : Taksonomi Bloom PERBANDINGAN UJIAN SUMATIF DAN FORMATIF

Jadual 3 : Ujian Sumatif dan FormatifPerkaitan Antara PBS dan Penilaian Berpusat

PBS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PBS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PBS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.

PBS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

Melalui PBS guru akan dapat :

mengesan perkembangan murid secara menyeluruh; mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa;

mengetahui keberkesanan pengajarannya;

merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan

menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN DAN PMMi.Definisi

Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU yang dikenali sebagai Test Blue Print dan Test Specification adalah merupakan satu matriks yang terdiri daripada dua paksi: paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).

ii.Maklumat Dalam JSU

JPU mempunyai maklumat seperti yang berikut:

Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.

Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.

Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%

iii. Pentingnya JSU Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. Memberi panduan untuk membentuk format ujian. Memberi panduan untuk membentuk soalan. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

iv.Contoh JSU

BilBentuk SoalanObjektif

Kemahiran Kognitif

Bidang/Topik/Topik KecilJam 123456Jumlah

Item

1.1Tatabahasa201

22

2

21

1

21

1116

Kata ganda

Kata majmuk

Kata terbitan

1.2Membaca dan Memaham15

2211112

Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Panjang petikan ialah lebih kurang 150 patah perkataan.

Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di atas.221

1.3Peribahasa5114

Simpulan Bahasa

Perumpamaan11

Jumlah4032

Jadual 4: Contoh JSU

Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yang hendak diuji yang seterusnya memenuhi empat syarat JSU iaitu:

ujian tidak dibina sembarangan,

menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji,

memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan

memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik

Bil.Bidang/Topik/Topik KecilMasa Belajar Anggaran Jumlah ItemJumlah

Item

1.1Tatabahasa20

16

Kata ganda

Tanda baca

Membentuk ayat

1.2Membaca dan Memaham15

12

Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Petikan prosa yang penjangnya lebih kurang 150 patah perkataan

Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di atas.

1.3Peribahasa5

4

Simpulan bahasa

Perumpaan

Jumlah4032

Jadual 5: Pengiraan Soalan Mengikut TopikRumusan

Dalam penilaian, JSU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti pelajar, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. Oleh itu, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran, dan prosedur penilaian perlu diambil perhatian.Pemarkahan dan Markah.

Tujuan PemarkahanSalah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah atau gred. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang kadang kala menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha. Markah bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas tentang pencapaian pelajar.Teknik Pemarkahan Ujian Esei

a. Secara Keseluruhan (Holistik)

Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal ialah:

Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan,

Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di atas dan prestasi terburuk di bawah,

Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D dan sebagainya,

Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah dipertimbangkan untuk setiap kumpulan.

Proses pemarkahan dengan cara holistik merupakan cara pemarkahan yang subjektif. Mutu pemarkahan banyak bergantung kepada pemeriksa yang berpengalaman serta mahir dalam bidang yang berkenaan. Bagaimanapun, ciri keobjektifan dalam pemarkahan cara holistik boleh dipertingkatkan dengan mengadakan penyelarasan antara pemeriksa-pemeriksa yang memeriksa skrip pelajar- pelajar tersebutb. Secara Perincian (Analitikal)

Cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Dengan cara ini, unsur-unsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses adalah diperiksa secara berasingan. Semasa pemarkahan, unit-unit kecil jawapan pelajar akan dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang diberi dalam skim pemarkahan. Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti.

c.Kebaikan dan Kelemahan Kedua-dua Teknik Pemarkahan

Bil.TeknikKebaikanKelemahan

1Keseluruhan / Holistik1. Semua aspek penulisan diberikan pertimbangan yang sama rata.

2. Dapat menilai kebolehan am dalam bidang penulisan.

3. Pemeriksaan boleh dibuat dengan lebih tepat; latihan yang banyak boleh dijalankan.

4. Pelajar bebas menulis Menulis esei merupakan suatu kemahiran yang memerlukan gabungan beberapa proses.

1. Guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa.

2. Tiada maklumat diagnostik yang khusus; oleh itu pelajar tidak dapat melihat di mana kekuatan dan kelemahan karangan mereka.

3. Sekiranya pemeriksaan memerlukan ramai guru, kordinasi sukar dilaksanakan.

2Perincian / Analitikal1. Kesalahan pelajar dapat diperlihatkan dengan jelas.

2. Esei boleh diperiksa hanya dengan sekali baca.

3. Orang yang kurang mahir dalam bidang penulisan boleh menjalankan tugas pemeriksaan.

4. Pelajar-pelajar dapat melihat di mana dan apa kelemahan mereka.1. Dengan mengasingkan aspek-aspek yang dinilai, kemahiran penulisan seolah-olah terasing. Penulisan bukan lagi merupakan paduan beberapa proses secara natural.

2. Pemeriksaan memerlukan masa yang panjang.

3. Kebolehan penulisan secara keseluruhan sukar dilihat.

4. Mungkin menekankan kepada mencari kesalahan drp mencari kekuatan esei.

Jadual 6 : Kebaikan dan Kelemahan Teknik PemarkahanKepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara institusi pendidikan. Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada kelas yang leibh pandai atau sebaliknya. RUMUSAN

Pentaksiran dan penilaian kemahiran dalam Sains beserta konsepnya wajar dijalankan secara berterusan, iaitu secara formal atau tidak formal dengan pelbagai bentuk pentaksiran dan pelbagai jenis instrumen yang sesuai dengan kemahiran Sains . Penilaian berterusan perlu dijalankan secara sistematik dan bijak kerana penguasaan kemahiran Sains dan konsep Sains tidak berlaku dengan serta merta tetapi merupakan proses developmental.Tegasnya, sepertimana yang telah dihurai dan perbincangkan terdahulu, jelaslah bahawa dalam Sains, penilaian adalah sama pentingnya dengan sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran yang digunakan. Penilaian sangat penting untuk memastikan objektif pengajaran tercapai.

CONTOH JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)SAINS TAHUN 5

BAHAGIAN A (30 Soalan)

NOTOPIK SOALAN OBJEKTIFTAHAP TAKSONOMIJUMLAH

123456

1Menyiasat Alam Kehidupan

(Mikroorganisma)1

2Menyiasat Alam Kehidupan

(Mikroorganisma)1

3Menyiasat Alam Kehidupan

(Mikroorganisma)1

4Menyiasat Alam Kehidupan

(Kemandirian Spesies)1

5Menyiasat Alam Kehidupan

(Kemandirian Spesies)1

6Menyiasat Alam Kehidupan

(Kemandirian Spesies)1

7Menyiasat Daya & Tenaga

(Eletrik)1

8Menyiasat Daya & Tenaga

(Tenaga)1

9Menyiasat Alam Kehidupan

(Rantai dan Siratan Makanan)1

10Menyiasat Alam Kehidupan

(Rantai dan Siratan Makanan)1

11Menyiasat Daya & Tenaga

(Cahaya)1

12Menyiasat Daya & Tenaga

(Cahaya)1

13Menyiasat Daya & Tenaga

(Haba)1

14Menyiasat Daya & Tenaga

(Haba)1

15Menyiasat Daya & Tenaga

(Eletrik)1

16Menyiasat Daya & Tenaga

(Tenaga)1

17Menyiasat Daya & Tenaga

(Eletrik)1

18Menyiasat Daya & Tenaga

(Tenaga)

1

19Menyiasat Alam Bahan

(Asid dan alkali)1

20Menyiasat Alam Bahan

(Asid dan alkali)1

21Menyiasat Alam Bahan

(Asid dan alkali)1

22Menyiasat Alam Bahan

(Keadaan Jirim)1

23Menyiasat Alam Bahan

(Perubahan Keadaan Jirim)1

24Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta

(Buruj)1

25Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta

(Bumi, Bulan dan Matahari)1

26Menyiasat Alam Bahan

(Keadaan Jirim)1

27Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta

(Bumi, Bulan dan Matahari)1

28Menyiasat Dunia Teknologi

(Kekuatan dan Kestabilan)1

29Menyiasat Dunia Teknologi

(Kekuatan dan Kestabilan)1

30Menyiasat Dunia Teknologi

(Kekuatan dan Kestabilan)1

JUMLAH SOALAN77743230

CONTOH ITEM UJIAN OBJEKTIF

1. Soalan : Aras Pengetahuan

Karnivor ialah haiwan yang makan

I. Rumput

II. Daging

III. Ikan

IV. Buah

A. I dan III

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

Jawapan : C

2. Soalan : Aras Pemahaman

Rajah 4 Menunjukkan lalat

Rajah 4

Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh lalat ?

A. Campak

B. Selesema

C. Pereputan gigi

D. Keracunan makanan

Jawapan : D

3. Soalan : Aras Aplikasi

Rajah 11 menunjukkan suatu rantai makanan.

Rajah 11

Apakah yang akan mengurangkan populasi ular ?

I. Membela lebih banyak ularII. Menghapus semua ulatIII. Membunuh burungIV. Membunuh ular

A. I dan III

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

Jawapan : D

4. Soalan : Aras Analisis

Antara berikut, yang manakah faktor yang menyebabkan kejadian siang dan malam ?

A. Bumi yang berputar pada paksinya

B. Bulan yang berputar pada paksinya

C. Bulan yang bergerak mengelilingi bumi

D. Bumi yang beredar mengelilingi matahari

Jawapan : A

5. Soalan : Aras Sintesis

Seorang budak lelaki menutup suis lampu dengan tangan basah. Antara berikut, ramalkan yang manakah mungkin berlaku ?

A. Lecuran

B. Kebakaran

C. Kejutan eletrik

D. Renjatan eletrik

Jawapan : C

6. Soalan : Aras Penilaian

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi kekuatan sesuatu struktur?

I. Luas tapak struktur

II. Bahan yang digunakan

III. Ketinggian struktur

IV. Cara struktur itu dibina

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

Jawapan : C

SAINS BAHAGIAN B

Soalan Satu

(a) Pemerhatian Kayu P terapung berbanding Q

Inferens Kayu P ringan/kering/ reput / sudah lama

berbanding Q dll yang sesuai

(b) Kayu P kulitnya sudah tanggal/ warnanya sudah pudar/dll yang

sesuai berbanding Q

(c) Semakin ringan/kering/reput/lama dibiarkan kayu semakin

terapung (mesti rujuk inferens no 2)

Soalan Dua

(a) Bekas L larutan garamnya berbeza/diletakkan di tempat

panas/mulut bekasnya lebih luas/saiz bekas lebih besar/jenis

bekasnya berbeza berbanding bekas M

(b) Mengkaji kesan hari terhadap isipadu larutan garam

(c) (i) 30 cm padu

(ii) Berdasarkan Jadual 1, pengurangan isipadu larutan garam di

Bekas M adalah 10 cm padu setiap hari

(d) Hari dan Isipadu larutan garam

(e) Semakin bertambah hari semain berkurang isipadu larutan garam

Soalan Tiga

(a) Menurun

(b) Berat/jenis garam/jenis jam/jenis air

(c) Semakin bertambah isipadu air, semakin berkurang masa garam

larut

(d) Isipadu air dan masa garam larut

(e) Semakin besar/kecil saiz butiran garam semakin cepat/lambat

masa garam melarut

Soalan Empat

(a) Mengkaji kesan masa terhadap isipadu air yang terkumpul dalam

selinder penyukat

(b) Masa dan isipadu air yang terkumpul

(c) Semakin lama masa semakin banyak isipadu air yang terkumpul

Penilaian

Pengukuran

Pengujian

Fakta Penting

Pengujian Satu alat atau prosedur sistematik bagi mengukur satu sampel tingkah laku. Ini menjawab soalan kepada setakat mana prestasi individu jika dibandingkan dengan prestasi individu yang lain, atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.

Fakta Penting

Pengukuran Proses mendapatkan penjelasan secara numerik setakat mana individu mempunyai ciri-ciri tertentu.

Fakta Penting

Penilaian Proses mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.

Pengumpulan mengikut kebolehan.

Laporan kemajuan untuk kegunaan pelajar, ibu bapa dan guru.

Kepentingan penilaian

Pengesahan paras pencapaian .

Bimbingan konsep dan kemahiran.

Laporan dan rekod untuk kegunaan kaunselor dan ahli psikologi.

Sukar

Aras Tinggi

6 Penilaian : memilih, menilai,

mengadili

5 Sintesis : melahirkan pendapat,

kreatif, mengembangkan

4 Analisis : logik, induktif, deduktif,

penaakulan formal

3 Aplikasi : Ada pemindahan kemahiran,

menyelesaikan masalah

2 Kefahaman : menerangkan, membandingkan,

menjelaskan, mengatakan

Aras Rendah

Mudah

1 Pengetahuan : mengingat semula fakta, data dan lain-lain

Ulat

Burung

Ular

PAGE 25

_1438718624.unknown

_1438718658.unknown

_1438718569.unknown