tugasan-isu dan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran

Upload: nabil-fikri

Post on 03-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    1/19

    1

    PENGENALAN

    Pendidikan pemulihan di negara kita bermula sejak tahun enam puluhan. Titik tolaknya

    ialah tinjauan keperluan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun 1967.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengadakan tinjauan itu di sembilan buah

    sekolah. Tinjauan itu berterusan hingga tahun 1970.

    Pada bulan Ogos 1975, KPM menganjurkan seminar pengajaran pemulihan

    untuk pengurus dan guru sekolah rendah. Pada tahun 1975 juga, KPM menghantar

    empat orang pegawai pendidikan mengikuti kursus dalam bidang pengajaran pemulihan

    di luar negara. Pada tahun 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas melatih 55 orang guru

    sekolah rendah untuk menjadi guru khas pemulihan. Pada tahun yang sama, MPIK

    mengadakan seminar pengajaran pemulihan untuk 50 orang pensyarah maktab

    perguruan.

    Selain itu, pada tahun 1972 hingga 1981, KPM melaksanakan Projek Pendidikan

    Imbuhan untuk 12 buah sekolah rendah. Projek itu bertujuan mengenal pasti masalah

    pengajaran dan pembelajaran pemulihan murid-murid tahun satu hingga tahun tiga.

    Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

    Pelajaran memperakukan supaya sekolah mengadakan ujian rujukan kriteria. Dengan

    berdasarkan dapatan ujian itu, pihak sekolah perlu melakukan tindakan

    penambahbaikan. Tindakan itu termasuklah penggunaan kaedah dan sumber

    pengajaran yang sesuai dalam kelas yang lebih kecil. KPM pula perlu menyediakan

    guru yang mampu mengendalikan pengajaran pemulihan.

    Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan

    perakuan yang berkenaan. KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu

    penggabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pemulihan dan pengayaan. Halini jelas memperlihatkan pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR.

    Mulai tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang

    mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah

    masing-masing. Arahan itu membayangkan bahawa pelaksanaan program sebelumnya

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    2/19

    2

    adalah pada tahap yang tidak memuaskan. Antara sebabnya ialah kerajaan tidak

    berupaya menyediakan guru khas pemulihan yang mencukupi untuk semua sekolah

    rendah.

    Pada tahun 1987, hanya terdapat 4,331 orang guru khas pemulihan berbanding

    dengan 6,700 buah sekolah rendah yang memerlukannya. Daripada jumlah itu,

    kerajaan hanya mampu mewujudkan 2,233 jawatan guru khas pemulihan.

    Pada tahun 1997, KPM mengeluarkan dapatan tinjauan kadar celik huruf selepas

    enam bulan murid berada dalam tahun satu. Tinjauan itu menunjukkan hampir 75,000

    orang murid belum celik huruf. Jumlah ini bersamaan dengan 22 peratus daripada

    keseluruhan murid. Satu sumber lain (KPM, 1999) menyatakan, antara sepuluh hingga

    lima belas peratus murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan

    pembelajaran. Mereka gagal menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis,

    mengira).

    Mulai tahun 1998, program pemulihan menjadi agenda penting KPM. Antara

    tindakan KPM ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan pemulihan ringan

    dalam bilik darjah. Tindakan lain ialah menambah guru pemulihan khas (GPK) yang

    mampu mengendalikan pemulihan berat.

    Selain itu, pada bulan November 1998, KPM memulakan usaha untuk

    menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas. Buku itu

    terbit pada tahun 1999. Buku itu menjadi sumber penting GPK dan guru Bahasa

    Melayu.

    Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ada mencatatkan bahawa pada tahun

    2005 sebanyak 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah

    menengah masih belum menguasai 3M. Peratusan ini termasuk juga pelajar yangmempunyai masalah pembelajaran. Jadi, mulai tahun 2006 KPM menambah baik

    program yang sedia ada dan melaksanakan program baharu bagi mengurangkan

    peratusan murid yang tidak menguasai 3M.

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    3/19

    3

    Program terpenting ialah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M).

    Program ini bertujuan untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran

    membaca dan menulis. Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu.

    Usaha lain ialah menambah guru pemulihan khas melalui program Kursus

    Perguruan Lepas Ijazah, Kursus Dalam Perkhidmatan untuk guru sekolah kurang murid

    dan beberapa kursus jangka pendek yang lain.

    Pada tahun 2010 Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS)

    menggantikan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M). LINUS

    berkaitan pula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minister Key

    Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa

    semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi

    selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

    ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN DI SEKOLAH

    RENDAH

    1. Celik Huruf

    Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior

    Shaharuddin berkata, KPM menetapkan agar semua murid-muridnormal yang

    bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika

    melangkah ke tahun empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Beliau berkata

    demikian semasa merasmikan Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan

    Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota Kinabalu pada awal Oktober 2009.

    Sukatan pelajaran pemulihan, antara lain, bertujuan untuk mencelik hurufkan

    murid. Ada guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima

    masuk ke kelas tahun satu sudah celik huruf. Apabila anggapannya itu meleset, mereka

    mengeluh. Mereka berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang

    murid yang tidak berpeluang mengikuti kelas pemulihan.

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    4/19

    4

    Ada juga murid yang sudah mengikuti pemulihan tetapi masih belum celik huruf.

    Murid-murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelik hurufkan oleh guru Bahasa

    Melayu tahun satu.

    Dahulu, pada semester pertama, memang ada program khas. Mulai tahun 2006

    KPM memperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis

    (KIA2M). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 menyatakan,

    KIA2M bertujuan untuk memastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M

    selepas enam bulan belajar di sekolah. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir

    Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahun satu belum celik huruf. Pada akhir September

    2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satu belum menguasai 2M.

    Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya

    dalam BHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah murid tahun satu yang belum

    celik huruf pada akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan 50,000 orang. Malah,

    apabila kita mengambil kira jumlah kelahiran yang semakin meningkat, jumlah ini tidak

    banyak berubah pada akhir tahun 2012. Jadi, penetapan sasaran 85 hingga 87 peratus

    murid-muridberpeluang mengikuti pemulihan pada tahun 2012 itu rendah.

    Penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PIPP yangingin melihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan

    belajar di sekolah. Kenyataan bahawa semua murid-muridnormal yang bersekolah

    boleh menguasai kemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan

    mengesahkan kehampaan pendukung PIPP.

    2. Kesukaran Menguasai Konsep Nombor

    Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-

    muridpemulihan. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai

    pembelajaran Matematik pemulihan. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak

    memahami perkembangan murid-muriddan asas dalam perkembangan Matematik

    dengan terus mengajar murid-murid simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    5/19

    5

    mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini

    menyebabkan murid-murid tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.

    3. Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Murid-murid Pemulihan

    Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio.

    Terdapat berbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan

    kotak, fail, folder atau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada

    pengalaman guru menyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat

    ketidakcekapan guru mengumpul hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering

    kali memasukkan kesemua hasil kerja tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang

    dikumpul terlalu banyak dan menjejaskan bentuk fizikal portfolio.

    Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004), berjudul

    Persepsi Guru Terhadap Pelaksaan Penilaian Di Pemulihan JAWI mendapati guru

    melibatkan murid-muridsemasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja

    disimpan ke dalam portfolio tanpa melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah

    secara langsung atau spontan di mana guru memberi komen secara lisan tentang

    kesalahan hasil kerja terus kepada murid-murid. Kandungan portfolio terutamanya hasil

    seni dipamerkan di kelas. Kajian tersebut mendapati pengesanan perkembangan

    keseluruhan murid-murid memerlukan pemerhatian ke atas aktiviti murid-murid dan

    interaksi bersama murid-murid selain dari maklumat dari hasil kerja.

    Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang

    berbentuk lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari

    buku-buku rujukan di pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan

    mengikut prosedur tertentu dengan penglibatan murid-murid yang terhad. Dari segi

    tatacara menilai kandungan portfolio, kaedah semakan yang paling menonjol adalah

    secara memberi ganjaran. Penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk

    perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    6/19

    6

    kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap

    perkembangan.

    Menurut Surayah Zaidon (2004), penyemakan yang dijalankan adalah lebih

    berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu.

    Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan

    tahap perkembangan. Kajian beliau telah mengenal pasti antara masalah yang

    dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang

    terbatas, bilangan murid-muridy ang terlalu ramai, peruntukan masa yang banyak

    diperlukan untuk menilai hasil kerja murid-murid dan limitasi portfolio dalam

    menggambarkan perkembangan murid-murid secara keseluruhan.

    Banyak kajian menunjukkan guru disekolah rendah mempunyai pengetahuan

    yang terhad dalam aspek penilaian perkembangan kanakkanak akibat pendekatan

    latihan pra perkhidmatan yang berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun

    memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakal guru perlu diberi pendedahan kepada

    input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan penilaian. Kanakkanak

    mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru, guru perlu

    didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan

    pratikal seperti rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk

    penilaian yang perlu dijalankan di peringkat pemulihan dan tidak mengambil jalan

    mudah dengan menggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif

    kanakkanak.

    4. Kesukaran Guru Dalam Menjalankan Aktiviti Kaedah Belajar Melalui Bermain .

    Pendidikan Pemulihan adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat

    perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam

    perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya

    di rumah. Di Malaysia, program pendidikan pemulihan adalah satu program pendidikan

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    7/19

    7

    untuk golongan murid-muridberusia antara 7 hingga 9 tahun sebelum mereka

    memasuki pendidikan secara formal di Tahap 2.

    Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang

    berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan

    keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak

    disampaikan. Dengan bermain juga murid-murid akan dapat menguasai perkembangan

    dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan

    tatabahasa.

    Main adalah sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya

    cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat

    memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.

    Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan

    kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara

    permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad

    nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya.

    Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan

    saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan

    keseronokan. Almy (1984, Fagen) menyatakan murid-muridbermain dengan di arah

    oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain,

    mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, murid-muridmendapat tingkah

    laku yang baru. Kanak kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang

    dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan tokoh-tokoh lain dimana

    dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut; Pertama, main adalah motivasi

    dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa

    melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan

    memilih oleh peserta.

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    8/19

    8

    Mengikut Vygotsky (1962) Main membantu perkembangan bahasa dan

    pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga

    membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada murid-

    muriduntuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini

    murid-murid dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar.

    Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.

    (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1983) menganggap imaginative

    play sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka

    dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan,

    murid-murid meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam

    menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.

    Namun begitu, masih terdapat isu iaitu guru sukar untuk melaksanakan kaedah

    belajar melalui bermain kepada kanak kanak. Strategi pengajaran dan pembelajaran

    masih bertumpu kepada aktiviti menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan

    mewarna. Perbezaan strategi pengajaran guru KEMAS, JAIM, PERPADUAN , KPM,

    dan SWASTA terdapat pada pendekatan yang digunakan dalam pengajaran, bentuk

    rancangan pelajaran yang disediakan dan interaksi guru-murid dalam pengajaran dan

    pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan guru juga tiada atau pun kurang kefahaman

    serta tidak memahami perkembangan dan minat murid-murid disamping keperluan

    mereka.

    Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan pengajaran melalui aktiviti bermain,

    terdapat faktor - faktor masalah guru-guru dalam menjalankan aktiviti belajar melalui

    bermain. Antara faktor faktor tersebut adalah mereka kekurangan pengetahuan dan

    kemahiran untuk menyampaikan aktiviti belajar melalui bermain. Menurut mereka lagi,

    masalah ini berpunca daripada perkembangan yang pesat dalam pendidikan

    pemulihan. Guru-guru yang ditemubual mengatakan mereka berkeyakinan bahawa

    masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika mereka diberi peluang mengadakan

    perbincangan pendidikan dengan pakar-pakar, pentadbir dan penyelidik pendidikan

    pemulihan.

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    9/19

    9

    Menyentuh hal tersebut, kebanyakan guru-guru mengatakan terdapat beberapa

    perkara penting berkaitan dengan masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran

    iaitu seperti guru kurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti,

    guru kurang yakin dengan pengajaran yang ingin disampaikan, guru juga kurang

    memahami psikologi kanak-kanak, guru kurang mahir membuat alat bantu mengajar,

    guru kurang faham dengan kurikulum pemulihan kebangsaan, dan guru mengalami

    kesukaran membuat pemerhatian dan penilaian ke atas kanak-kanak.

    Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain

    ialah bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari

    dan bersesuaian dengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam

    komponen iaitu komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan

    Kognitif, Perkembangan Fizikal, Perkembangan Kerohanian dan Moral, Perkembangan

    Kreativiti dan Estetika dan Perkembangan Sosioemosi. Boleh dikatakan guru-guru

    pemulihan memahami dan berpengalaman dalam pengurusan dan pengendalian kelas

    pemulihan, tetapi bahan bantu mengajar tidak mencukupi. Mereka boleh menggunakan

    bahan terbuang tetapi ia bergantung kepada kreativiti guru sendiri dalam mengolah

    bahan tersebut. Bahan-bahan seperti kotak tisu, kotak mancis, cawan plastik, botol

    plastik, tin susu, bekas telur, daun kering dan lain-lain lagi boleh digunakan sebagi

    bahan bantu mengajar yang menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain.

    Walau bagaimanapun usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi yang tepat dan

    betul.

    Kebanyakan guru juga masih kurang faham tentang Huraian sukatan pelajaran

    pemulihan Bahasa Melayu. Mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan

    kebolehan mental dan fizikal murid. Mereka juga sukar menentukan apakah jenis aktiviti

    tahap pelajaran yang hendak dijalankan supaya menjadi lebih berkesan. Turut

    dikenalpasti ialah masalah yang berkaitan dengan penyediaan bahan pengajaran.

    Didapati isi kandungan buku aktiviti oleh panel pemulihan masing-masing perlu

    disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Pemulihan Kebangsaan dengan tahap umur

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    10/19

    10

    dan pencapaian murid-murid. Ini pula menyebabkan kesukaran guru mengenal pasti

    tahap-tahap pencapaian murid-murid seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut.

    Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan murid-murid

    beraktiviti belajar melalui bermain. Masalah ini berpunca daripada tempat belajar yang

    sering digunakan untuk majlis dan upacara kemasyarakatan. Ini mengakibatkan

    keceriaan sekolah tidak dapat dibentuk mengikut matlamat pemulihan yang

    sebenarnya. Terdapat banyak kelas atau bangunan di mana kelas ini dijalankan tidak

    begitu selesa dan kurang menggalakkan dari segi pembelajaran murid-murid

    pemulihan. Contohnya, terdapat sebahagian kelas pemulihan yang begitu sempit dan

    tidak kondusif.

    Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah, menilai

    dan membuat dendaan. Ini penting kerana seseorang guru pemulihan seharusnya

    mempunyai kemahiran mengendalikan kelas di samping menjadi pembimbing,

    penasihat, pengajar, pentadbir dan lain-lain lagi kepada murid-murid ini.

    Mengenai proses penyampaian aktiviti, masalah yang ditimbulkan berkisar

    kepada penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan boneka, model-model, doh

    serta bahan lakonan kurang dititik beratkan. Perkara yang menjadi punca masalah

    adalah disebabkan kurang kemahiran, kurang peruntukan membiayai pembuatan

    bahan dan peralatan. Ini dikuatkan lagi dengan faktor sikap yang negatif di sesetengah

    kalangan guru tersebut. Berkaitan dengan penilaian, jelas terbukti bahawa kemahiran

    pengukuran dan penilaian di kalangan guru-guru masih di tahap asas. Konsep penilaian

    yang melibatkan pemerhatian, temuduga, ujian dan persepsi masih belum difahami

    sepenuhnya oleh sesetengah guru-guru. Umumnya kemahiran pengurusan mikro di

    kalangan guru-guru masih ditahap yang minima.

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    11/19

    11

    CARA-CARA MENGATASI

    Isu Celik Huruf

    Berdasarkan pendapat Abdul Rahman Abdul Rashid (1995), bahawa penggunaan BBM

    yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas adalah

    penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi

    untuk pengajaran Bahasa Melayu.

    Selain itu, aktiviti bermain yang diselitkan dalam pelaksanaan Rancangn

    Pengajaran Harian (RPH), turut membantu meningkatkan kemahiran membaca.

    Didapati bahawa apabila aktiviti bermain diselitkan, pelajar akan menjadi lebih berminat

    mengikuti p&p berkaitan kemahiran asas membaca. Aktiviti bermain ini mampu

    menambah minat serta mendapati pengajaran guru amat menyeronokkan.

    Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa, oleh kerana guru

    pemulihan ditugaskan untuk membantu murid lambat dalam penguasaan 3M, maka

    adalah lebih baik jika mereka didedahkan kepada konsep dan amalan yang terbaru

    dalam pemulihan kesukaran asas membaca melalui penggunaan teknologi pendidikan

    yang terkini bersesuaian dengan tahap perkembangan murid pemulihan.

    Isu Kesukaran Menguasai Konsep Nombor

    Bagi mengatasi masalah kesukaran menguasai konsep nombor bagi murid-murid

    pemulihan adalah melalui pendekatan permainan dan melalui penggunaan komputer.

    Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada

    peringkat kanak-kanak. Almy et. al. (1984) menyatakan murid-murid bermain dengan

    diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain,

    mereka bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, murid-murid mendapat tingkah

    laku yang baru. Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang

    menarik, mampu memberi pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada murid-

    murid normal.

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    12/19

    12

    Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran

    dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar.

    Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam Matematik boleh ditunjukkan melalui

    aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi

    kehidupan dalam seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan

    jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi Matematik. Flansburg (1994) telah

    menyatakan bahawa pembelajaran Matematik bukanlah dengan mengingat tetapi

    merupakan aktiviti yang kreatif seperti melukis, menulis atau bermain bola keranjang.

    Definisi terbaik yang pernah didengari oleh beliau ialah keratif adalah permainan.

    Aktivit bermain membenarkan mereka memenuhi keperluan perasaan ingin tahu,

    di samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka (Rohani,

    2004). Menurut Vygotsky (1962), permainan pilihan murid-murid sendiri disokong oleh

    seorang guru ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab

    menggalakkan pencapaian kognitif yang lebih tinggi.

    Dalam mengendalikan aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Piaget mengesyorkan

    supaya murid-murid diberi kebebasan memilih aktiviti permainan mereka sendiri. Murid-

    murid biasanya akan menumpu kepada keperluan perkembangan mereka, ketika

    memilih aktivit bermain. Hanya dengan cara demikian kita dapat memastikan mereka

    memilih sesuatu aktiviti yang menarik dan menggembirakan. Pada masa yang sama,

    mereka dapat memilih sesuatu yang bukan menumpu kepada kemahiran atau

    pengetahuan yang telah lama dikuasai dan tidak terlalu sukar atau jauh daripada tahap

    perkembangan semasa.

    Dengan perkataan lain, murid-murid dibenarkan memilih aktiviti permainannya

    sendiri dapat memilih aktiviti yang tepat dengan keperluan perkembangannya. Aktiviti

    bermain bersifat meransang perkembangan dan merupakan bahagian utama (integral)dalam kurikulum perkembangan. Konsep bermain sambil belajar dapat memenuhi

    keperluan dan perkembangan mental, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    13/19

    13

    Isu Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Murid-murid Pemulihan

    Penggunaan portfolio membawa kesan positif dalam kurikulum dan pengajaran

    walaupun penggunaannya berhadapan dengan beberapa masalah. Dalam penilaian

    berasaskan portfolio pelajar menunjukkan apa yang mereka boleh buat dan pelajar

    dinilai berdasarkan apa yang mereka sepadukan dalam membina portfolio dan bukan

    apa yang mereka dapat ingat kembali. Hal yang demikian, disebabkan portfolio sebagai

    alat penilaian adalah untuk mengumpul bukti tentang bagaimana pelajar mengolah,

    memproses dan menyempurnakan tugasan dalam sesuatu domain.

    Kajian Surayah Zaidon (2004), telah mengenal pasti antara masalah yang

    dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang

    terbatas, bilangan murid-muridyang terlalu ramai, peruntukan masa yang banyak

    diperlukan untuk menilai hasil kerja murid-muriddan limitasi portfolio dalam

    menggambarkan perkembangan murid-murid secara keseluruhan.

    Portfolio berpotensi sebagai salah satu alat penilaian alternatif dalam menilai

    perkembangan murid-murid masa kini. Namun, permasalahan seperti yang dinyatakan

    perlu mendapat pertimbangan sewajarnya agar pelaksanaannya memenuhi matlamat.

    Isu Kesukaran Guru Dalam Menjalankan Aktiviti Kaedah Belajar Melalui Bermain.

    Guru memainkan peranan dalam mencetak atau melahirkan individu yang baik,

    berguna dan bersepadu. Mereka merupakan jambatan atau agen langsung yang

    mendidik murid-murid. Oleh itu guru memerlukan latihan seperti kursus atau bengkel

    yang sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan pemulihan amnya. Beberapa

    kursus dan bengkel dicadangkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

    guru-guru. Latihan yang perlu ialah mengenai pemahaman kurikulum, kaedah

    pengajaran dan pembelajaran, pengurusan pengajaran mikro, psikologi perkembagan

    kanak - kanak, pengukuran dan penilaian, pengurusan tingkah laku murid-muriddan

    membina dan menggunakan bahan bantu mengajar. Selain itu guru-guru pemulihan

    perlu mahir dalam pengajaran mikro termasuk menentu dan memilih objektif, bahan-

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    14/19

    14

    bahan pengajaran, kaedah mengajar, ukuran-ukuran pencapaian dan penilaian, tindak

    balas murid-muriddan kawalan bilik darjah.

    Di samping itu mereka berperanan menerapkan nilai-nilai murni dan bersepadu

    semasa di dalam bilik darjah. Di sini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru

    pemulihan perlu mempunyai persediaan perasaan dan sikap yang positif. Ini penting

    bagi mempengaruhi pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya.

    Tambahan pula harapan ibu bapa dan masyarakat sekitar terhadap pemulihan begitu

    tinggi bagi mendapatkan pendidikan yang sempurna. Guru Pemulihan juga perlu

    memahami dengan secukupnya Falsafah Pendidikan Negara iaitu hasrat yang

    dikandunginya dan matlamat yang ditujuinya. Kefahaman perlu diiringi dengan

    kesedaran serta keinsafan, amalan dan penghayatan. Mereka harus mendokong penuh

    paksi pendidikan iaitu percaya dan patuh kepada Tuhan.

    Guru Pemulihan perlu menampilkan diri sebagai keibubapaan (parenting) kepada

    murid - muridnya. Mereka kaya dengan kasih sayang, menjaga dan prihatin terhadap

    perkembangan kanak-kanak. Justeru itu akan terbentuk hubungan harmonis yang

    dilimpahi dengan ciri hormat, taat, kasih sayang dan keberkatan. Guru Pemulihan

    adalah model yang hampir dengan anak didik. Guru menjadi suri teladan yang baik

    kepada mereka. Ini dimanifestasikan pada budi bahasa, penguasaan bahasa yang

    baku, kesempurnaan kerja, rupa diri, kesesuaian pakaian, amanah, rajin dan cekap

    bekerja.

    Guru Pemulihan juga perlu mempertingkatkan penguasaan dan menjiwai Bahasa

    Malaysia sebagai bahasa ilmu. Guru-guru pemulihan hendaklah merancangkan aktiviti

    supaya murid-muriddapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira.

    Menerusi permainan, murid-muriddapat menyiasat benda-benda, mencipta, meruntuh

    dan membina. Selain itu, secara tidak langsung mereka mempelajari berbagai-bagai

    kemahiran seperti kemahiran sosial, bahasa dan berfikir disamping menggalakkan

    pertumbuhan rohani dan jasmani.

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    15/19

    15

    Guru perlu lebih aktif dan kreatif. Guru boleh menggunakan bahan terbuang

    dalam membuat bahan bantu mengajar yang mudah didapati dipersekitaran. Ianya

    menjimatkan kos dan murid-muridlebih biasa dengan bahan tersebut. Selain itu, guru

    perlu membuat persediaan awal dalam membuat perancangan aktiviti, supaya

    pemilihan bahan bantu mengajar untuk sesuatu aktiviti dapat membantu murid-murid

    untuk mencapai tahap perkembangan mereka. Mereka juga mesti melibatkan diri

    bersama-sama dengan kanak-kanak. Aktiviti yang dijalankan oleh murid-muridmestilah

    mendapat perhatian dari guru. Ini bermaksud, guru bukan sahaja berfungsi sebagai

    pengarah tetapi lebih kepada pembimbing. Mereka mesti ada bersama-sama murid-

    murid dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk memastikan murid-murid membuat

    aktiviti belajar melalui bermain mencapai objektif yang diharapkan.

    Guru juga perlu menyertai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-

    kanak. Bagi memastikan guru lebih memahami konsep belajar melalui bermain , guru

    perlu didedahkan dengan pelbagai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal

    kanak-kanak. Konsep pendidikan secara tradisional dapat digantikan dengan konsep

    belajar melalui bermain jika sekranya kaedah tersebut dapat memberi kefahaman yang

    lebih jelas kepada guru.

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    16/19

    16

    KESIMPULAN

    Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi

    serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa

    Melayu. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju

    bahawa faktor kebolehan dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran

    bahawa mereka juga mempunyai potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Dalam

    kerjasama yang melibatkan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim

    persekolahan yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat

    merangsang murid bermotivasi untuk terus belajar. Selain itu, faktor guru yang

    berketerampilan serta berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan aktiviti serta

    menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan

    pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna.

    Faktor ini sememangnya dapat membina pembelajaran yang menggalakkan hala tuju

    pengajaran yang hendak dicapai oleh guru.

    Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

    dewasa ini memang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik

    Bahasa Melayu mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran

    dan seterusnya memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran Bahasa

    Melayu sebaik mungkin. Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu merupakan

    pemangkin akauntabiliti bahasa dan bangsa Melayu. Ini amat bertepatan dengan

    saranan Menteri Pelajaran yang mahu sistem pendidikan negara kita terus maju seiring

    dengan kemajuan negara berimpak tinggi.

    Kesimpulannya, guru-guru mempunyai latar belakang dan sikap yang positif

    sahaja terhadap Bahasa Melayu, tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam penguasaanisi kandungan mata pelajaran ini. Guru yang tidak mahir dalam kaedah pengajaran dan

    pembelajaran bahasa tidak semestinya dapat memberi komitmen yang tinggi semasan

    mengajar dibilik darjah. Situasi seperti ini perlu diberi perhatian, iaitu komitmen yang

    tinggi perlu seiring dengan penguasaan pedagogi yang cemerlang dalam pengajaran

    dan pembelajaran Bahasa Melayu.

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    17/19

    17

    RUJUKAN

    Yahya Othman, (2005) Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS

    Publication & Distributors sdn.bhd.

    Muhammad Hassan Abdul Rahman. (2002). Media Pengajaran: Penghasilan bahan

    pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia.

    Yahya Othman, (2004) Mengajar Membaca: Teori dan aplikasi. Bentong: PTS

    Publication & Distributors Sdn.Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. ( 2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kementerian Pelajaran Malaysia, (1982). Buku Panduan Khas Program Pemulihan

    KBSR (Edisi Percubaan). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Buku Panduan Pelaksanaan Program

    Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur:

    Jabatan Pendidikan Khas.

    Robiah Kulop Hamzah, 1992. Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah, Satu

    Kajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu.

    Shah Alam: Karisma Publications Sdn.Bhd.

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    18/19

    18

    REFLEKSI

    Dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah mengenalpasti beberapa cadangan

    yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi pembelajaran

    murid untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid pemulihan sekolah

    rendah antaranya, iaitu pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya

    diberikan penekanan yang serius agar murid dapat menguasainya. Pengajaran Bahasa

    Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan

    kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan

    mampu memperkembang lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid.

    Kepelbagai kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat

    semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu, penggunaan

    bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan

    perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat

    merangsangkan minat murid dan bermotivasi untuk terus belajar. Bahan bantu

    mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar

    menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri

    murid.

    Menurut Muhamad Hasan (2000), penggunaan media bertujuan untuk

    memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua hala yang dapat

    menarik minat penerima untuk bertindak balas. Usaha yang berterusan pihak

    pengurusan sekolah seharusnya konsisten menggembeleng usaha mencapai matlamat

    membantu murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan

    mengadakan kelas pemulihan.

    Seminar serta kursus yang bermanfaat seharusnya diberikan penekanan yang

    jelas kepada guru dengan memberi maklumat dan input tentang keperluan khas murid-

    murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, ujian

    pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik bagi

    menilai keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lembam.

    Persepsi guru tentang imej murid lembam yang memerlukan bantuan pemulihan

  • 7/29/2019 TUGASAN-Isu Dan Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    19/19

    19

    seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan

    secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang

    beruntung. Tambahan lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi

    membentuk amalan membantu murid yang lembam untuk berjaya. Akhirnya, KPM perlu

    mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam

    permasalahan kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, penerbitan teks panduan

    guru pemulihan.