gggc6033 isu-isu pendidikan di malaysia tugasan · pdf filegggc6033 isu-isu pendidikan di...

14
1 GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU: PERANAN PENSYARAH: PENDIDIK, PENYELIDIK ATAU KHIDMAT MASYARAKAT (KONSULTASI)? MANA LEBIH PENTING? PENSYARAH: MD YUSOFF DAUD DISEDIAKAN OLEH: UMAYMAH BINTI ALAMIN (P66538)

Upload: duonglien

Post on 31-Jan-2018

374 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

1

GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TUGASAN INDIVIDU:

PERANAN PENSYARAH: PENDIDIK, PENYELIDIK ATAU KHIDMAT

MASYARAKAT (KONSULTASI)? MANA LEBIH PENTING?

PENSYARAH:

MD YUSOFF DAUD

DISEDIAKAN OLEH:

UMAYMAH BINTI ALAMIN

(P66538)

Page 2: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

2

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN ......................................................................................................................... 2

1.0 PENGENALAN ................................................................................................................... 3

2.0 KONSEP / DEFINISI .......................................................................................................... 3

3.0 TEORI .................................................................................................................................. 4

4.0 ISU-ISU BERKAITAN ....................................................................................................... 5

5.0 CABARAN .......................................................................................................................... 8

6.0 MINI-MINI KAJIAN......................................................................................................... 11

7.0 RUMUSAN........................................................................................................................ 13

8.0 RUJUKAN ......................................................................................................................... 14

Page 3: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

3

1.0 PENGENALAN

Pensyarah atau pegawai akademik merupakan golongan kelompok cendekiawan, ilmuan

atau intelektual profesional. Golongan ini mampu memberikan sumbangan kepada anak

bangsa serta menaburkan khidmat bakti kepada negara. Kerjaya sebagai pensyarah

dianggap berprestij dan mendapat pengiktirafan tinggi di mata masyarakat kerana mereka

merupakan tenaga akademik yang terkenal dengan identiti sebagai pusat kecemerlangan

ilmu dan dunia cendekiawan yakni komuniti yang bijak pandai.

Pensyarah juga selalunya dijadikan penanda aras atau ‘benchmark’

kecemerlangan individu dalam hidup dan kerjaya kerana kedudukannya dalam

masyarakat, status kewangannya yang stabil serta pengaruhnya dalam dunia akademik

dan penulisan (Norhasni, 2008). Sumbangan pensyarah sama ada di IPTA atau IPTS

dalam dunia pendidikan akan menjadi pemangkin perubahan dan anjakan paradigma

kepada masyarakat. Oleh yang demikian, perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan

Pensyarah: Pendidik, penyelidik atau khidmat masyarakat (konsultansi)? Mana lebih

penting?’ akan dibincangkan lebih lanjut dalam subtopik-subtopik di bawah.

2.0 KONSEP / DEFINISI

Berdasarkan buku yang ditulis oleh Norhasni (2008) yang bertajuk ‘Kerjaya sebagai

pensyarah’, pensyarah ialah tenaga pakar yang mempunyai kemahiran dan keterampilan

yang tinggi dalam bidangnya. Selain itu, pensyarah secara umumnya dikenali sebagai

orang yang memberi syarahan semasa di dalam kuliah mahupun di dalam kelas ‘tutorial’.

Di sini, tugas pensyarah adalah untuk mengajar dan mendidik pelajar-pelajarnya yakni

sama seperti tugas-tugas guru di sekolah iaitu mengajar dan mendidik murid. Oleh itu,

pensyarah adalah guru, namun guru bukanlah pensyarah. Ini kerana pensyarah perlu

menjalankan penyelidikan yang berupaya menghasilkan penulisan ilmiah yang menjadi

khazanah kepada buat tatapan masyarakat, membentangkan kertas kerja dalam seminar-

Page 4: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

4

seminar sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa bahkan

pensyarah juga ditugaskan untuk menyelia kertas projek atau tesis pelajar.

Selain itu juga, pensyarah perlu terjun ke lapangan memberi sumbangan yang

bermakna melalui kerja-kerja sosial dan kemasyarakatan. Bidang tugas ini akan

membentuk personaliti yang baik seperti berdisiplin, cekap, menepati masa dan

seumpamanya. Pensyarah juga perlu bersedia dalam menghadapi cabaran, mempunyai

idea dan wawasan yang besar, berperanan sebagai pemimpin dan ‘role model’ bagi

masyarakatnya, prolifik dalam kegiatan penulisan dan yang paling utama mempuyai

sikap yang positif, penuh komited dan melihat segala isu-isu dalam masyarakat sebagai

tanggungjawab yang perlu dikongsi dan dipikul bersama. Berdasarkan peranan-peranan

pensyarah dalam dunia ilmu dan penyelidikan inilah yang menyebabkan mereka

dianggap eksklusif dan dipandang tinggi dari dahulu sehinggalah sekarang.

3.0 TEORI

Perkataan ‘pensyarah’ berasal daripada akar kata ‘syarah’ iaitu menyampaikan,

menghuraikan, memperincikan dan menjelaskan. Menurut Kamus Besar Indonesia,

perkataan ‘lecture’ dalam bahasa inggeris diterjemahkan sebagai ‘kuliah’. Kuliah

membawa maksud pelajaran yang diberikan atau sesi ceramah secara berhadapan dengan

kelompok peserta.

Perkataan ‘lecture’ yang bermaksud ‘perbuatan membaca dari pembacaan’.

‘Lecture’ berasal dari perkataan Latin iaitu ‘lecture’ yang bermaksud ‘membaca’ yang

wujud seawal abad ke-14. Maksud yang lebih terperinci lagi ialah ‘perbuatan terhadap

sesuatu perkara di hadapan sekumpulan pendengar bagi tujuan pengarahan’ wujud sejak

dari abad ke-16 lagi. Kata perbuatan ‘to lecture’ (bersyarah) wujud sejak tahun 1590.

Perkataan ‘Lectern’ merujuk kepada meja pembacaan yang digunakan oleh pensyarah.

Page 5: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

5

Penggunaan istilah ini di Medieval Universiti (1350 M), syarah ialah perbuatan

seorang pengajar membaca daripada satu sumber asal di dalam sebuah kelas kepada

sekumpulan pelajar yang mencatat nota. Dalam kebanyakan sejarah, penyebaran ilmu

pengetahuan melalui syarahan penulisan nota adalah perkara yang perlu di dalam

kehidupan akademik. Di Medieval Universiti ini, pensyarah akan membaca sumber

primer di atas ‘podium’ di hadapan peserta kemudian memberikan nota berkaitan apa

yang sedang dibicarakan. Perbicaraan tentang pengetahuan diberikan melalui nota

bertulisan tangan oleh pensyarah yang merupakan elemen penting bagi kehidupan

pensyarah ketika itu.

Dalam kuliah moden hari ini, pensyarah selalunya menggabungkan sesi kuliah

dengan aktiviti tambahan seperti menulis di atas papan putih, membuat latihan, soal

jawab, perbincangan atau pelajar membuat pembentangan menggunakan media yang

bersesuaian. Penggunaan multimedia boleh digunakan bagi mengubah bentuk dan situasi

tegang di bilik kuliah seperti penggunaan video, grafik, animasi atau laman web yang

bersesuaian. Selain daripada itu, pemerolehan ilmu dan capaian ilmiah diperoleh melalui

perbincangan, seminar, bengkel, kajian kes, pemerhatian, aplikasi praktikal, pembelajaran

berasaskan pengalaman, pembelajaran aktif, pengajaran berbantukan komputer dan

tutorial. Semua ini akan memberikan pendedahan ilmu yang pelbagai kepada pelajar.

4.0 ISU-ISU BERKAITAN

Dunken dan Biddle menjelaskan bahawa tahap pengajaran sama ada berkesan atau tidak

bergantung kepada lima faktor yang utama iaitu pertama guru dari segi kemampuan

dalam melaksanakan pengajaran berkesan adalah bergantung kepada sifat personaliti diri,

kemahiran mengajar, gaya pengajaran, keperibadian dan ciri keperibadian. Kedua pula

adalah pelajar. Beliau menjelaskan bahawa kejayaan pengajaran guru bergantung kepada

siapa yang diajar oleh guru, iaitu pelajar, personaliti diri, cara belajar, motivasi dan sikap

penentu kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ketiga ialah faktor sekolah

dan bilik darjah. Faktor sekolah yang meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

Page 6: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

6

pembelajaran terdiri daripada iklim persekolahan, kepelbagaian ras dan saiz sekolah.

Manakala faktor bilik darjah yang menjadi penentu kepada keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran ialah saiz kelas, peralatan dan kemudahan kelas serta iklim kelas. Keempat

ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Proses ini

melibatkan tingkah laku guru dan pelajar. Pada masa ini, peranan guru berkesan akan

sentiasa memerhatikan perkembangan penguasaan pelajar terhadap pengajaran dan

pembelajaran para pelajar mereka. Akhir sekali ialah hasil produk iaitu kejayaan guru

mengubah pelajar dalam bentuk perubahan jangka pendek dan perubahan jangka panjang

merupakan kayu ukur kepada keberkesanan pengajaran guru (Kamarul Azmi Jasmi, Ab

Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah 2012).

Pengajaran merupakan aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan lagi

pengetahuan, kemahiran dan keupayaan ataupun mengubah sikap seseorang agar dapat

meningkatkan lagi penguasaan dalam sesuatu bidang. Namun begitu tidak semua sesi

pembelajaran itu berkesan kepada semua pelajar yang terlibat. Tetapi sekiranya

pembelajaran itu dapat menambahkan penguasaan pelajar, maka pembelajaran itu di

anggap berkesan kepada pelajar (Nooraini Othman, & Khairul Anuar Abdul Rahman

2010). Oleh itu, pengajaran yang berkesan seharusnya dapat membantu melahirkan

pelajar dan seterusnya tenaga kerja yang berkualiti. Ianya bukan sahaja tertumpu kepada

masa depan pelajar dan negara, ia juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian

serta boleh memberi sumbangan kepada sosiologi masyarakat setempat. Pengajaran yang

berkesan memerlukan pendidik yang kompeten untuk menyampaikan pengetahuan dan

kemahiran baru kepada pelajar.

Rowland dan Birkett (1992) pula berpendapat, profession sebagai seorang

pensyarah melibatkan banyak bentuk komunikasi dalam pelbagai perbezaan terhadap

jenis hubungan interpersonal. Pensyarah yang berkemampuan untuk membina kemahiran

interpersonal yang berkesan akan mempunyai peluang yang baik dalam mengekalkan

kepuasan kerja dalam apa jua perubahan keadaan dan pergolakan yang berlaku. Untuk

menjadi seorang pensyarah yang berjaya kita perlu memahami bagaimana hendak

berkomunikasi dengan baik, bagaimana hendak mengadaptasi dan memahami orang

Page 7: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

7

disekeliling, bagaimana hendak menghubungkan ini dengan kehendak diri dan

semestinya untuk meningkatkan kerjaya untuk kepuasan diri. Dengan erti kata lain

keberkesanan diri adalah kunci untuk berjaya.

Pensyarah merupakan elemen penting dalam menjayakan inspirasi sesebuah

institusi pengajian tinggi untuk mencapai misi dan visinya dengan menumpukan

peranannya sebagai penyumbang (input provider) sumber keilmuan serta menjadi model

contoh yang terbaik. Sama ada disedari atau tidak, persepsi pelajar di dalam menilai

kredibiliti pensyarahnya memberikan impak yang serius terhadap penerimaan mereka

kepada "gurunya". Kriteria ini menjadi begitu penting sehingga ianya boleh

mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi

(Abdullah, Mohamad, Majid & Abdul Rashid 2005).

Ali Khomsan (2004) berpendapat pekerjaan pensyarah di universiti merupakan

suatu profesion yang amat mencabar. Pertamanya, kerjaya ini tidak mempunyai

pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Selain

daripada mengajar di waktu pagi, pensyarah dikehendaki datang ke kampus pada waktu

petang, hujung minggu dan termasuk hari cuti. Seseorang pensyarah dituntut untuk

menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kegiatan projek penyelidikan, pembentangan

projek, tesis, seminar-seminar, serta kegiatan perkhidmatan kepada masyarakat.

Profesion pensyarah juga mempunyai peranan tersirat, di mana di dalamnya terkandung

peranan sosial yang sangat penting yakni, sebagai seseorang intelektual di tengah

masyarakat. Selain dari meluluskan pelajar dalam kursus-kursus perkuliahan, adalah

menjadi satu kewajipan pensyarah untuk memastikan pelajar atau anak didiknya menjadi

seorang sarjana muda, sarjana, dan doktor falsafah yang berupaya menubuhkan

kebebasan, mencari kebenaran ilmiah, serta mampu berkomunikasi dan memberi

keadilan dalam perubahan sosial masyarakat. Pensyarah juga terdedah kepada berbagai

isu persekitaran kerja yang melibat dirinya dan sistem pentadbir universiti, rakan sekerja,

serta pelajar. Kepelbagaian isu yang dihadapi mungkin dianggap sebagai cabaran kerja

yang dinamik oleh sesetengah pensyarah, manakala bagi sesetengah yang lain, tekanan

Page 8: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

8

ini mungkin mencetus emosi, sehingga menggugat kesejahteraan diri dan prestasi kerja

individu mahupun kumpulan (Iskandar, & Mahmud 2009).

5.0 CABARAN

Cabaran bidang tugas sebagai seorang pensyarah adalah amat tinggi. Ini kerana

pensyarah memikul bebanan tugas yang tinggi dalam mendidik pelajar-pelajar supaya

dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian mereka terutama

apabila mereka tamat pengajian dan meneruskan ke alam pekerjaan.

Tugas pensyarah secara umumnya ialah melaksanakan pengajaran sama ada di

dalam kelas atau kuliah. Pengajaran di universiti meliputi perkara-perkara seperti aktiviti

perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan

menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan kaedah yang

berkesan. Kaedah pengajaran yang baik ialah dengan mempunyai langkah-langkah dan

strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Justeru, setiap

pensyarah perlu memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik serta

mempunyai bahan bantu mengajar yang canggih.

Selain mengajar, pensyarah juga dibebani dengan tanggungjawab untuk menyelia

dan memeriksa tesis pelajar. Penyeliaan dan pemeriksaan ini memerlukan tahap

kesabaran yang tinggi dalam kalangan pensyarah kerana terpaksa berhadapan dengan

karenah pelajar yang pelbagai latar belakang. Tugasan penyeliaan dan pemeriksaan tesis

merupakan tugasan yang boleh membantu seseorang pensyarah untuk mengembangkan

idea dan ilmu menerusi penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar diperingkat pra-

siswazah dan pasca siswazah. Semasa membuat penyeliaan, pensyarah dikehendaki

untuk memantau dan memberi garis panduan penyelidikan di samping membantu untuk

mencambahkan lagi penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar.

Page 9: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

9

Pensyarah bukan sahaja menjadi penyelia, malah pensyarah juga perlu

menjalankan penyelidikan bagi memberi sumbangan kepada universiti serta berkongsi

kepakaran dalam bidang masing-masing. Oleh itu, penglibatan pensyarah dalam bidang

penyelidikan adalah amat penting dan merupakan antara tugasan wajib bagi seseorang

pensyarah. Penyelidikan ini dijalankan bagi menelusi perkembangan dan kecemerlangan

dalam pendidikan. Penyelidikan dalam kalangan pensyarah biasanya dilakukan secara

berkumpulan dalam bidang masing-masing bagi memudahkan kajian dilakukan dengan

cepat serta mengikut tempoh masa. Bagi sesetengah bidang atau fakulti, pelbagai

pertandingan rekacipta dianjurkan di pelbagai peringkat sama ada secara berkala atau

tidak. Dalam hal ini, pensyarah tidak ketinggalan untuk memainkan peranan dan

menyumbangkan idea yang berkaitan bagi menghasilkan suatu ciptaan atau inovasi.

Keprofesionalisme pensyarah juga dilihat melalui sumbangan mereka terhadap

penerbitan buku atau jurnal, membuat persidangan, seminar atau teknikal. Melalui

penyelidikan yang dilaksanakan oleh para pensyarah, penambahan dan penemuan ilmu-

ilmu baru atau sedia ada perlu dizahirkan dalam bentuk penulisan yang mampu untuk

dikongsi, dihujah serta dibincang bersama dengan ahli-ahli penyelidik yang lain.

Penulisan dalam jurnal dan makalah adalah terbaik kerana ia memaparkan hasil

penyelidikan dan teknologi terkini dalam dunia semasa. Keperluan bidang tugas bagi

menghadiri seminar dan persidangan adalah bagi melihat perkembangan dan kemajuan

dalam bidang yang diceburi. Daripada aktiviti ini, pensyarah berpeluang menambah

pengetahuan atau idea tentang perkembangan penyelidikan dan kajian-kajian lanjutan

yang sentiasa pesat dijalankan sama ada di dalam negara atau di luar negara.

Perkongsian idea dan maklumat-maklumat baru inilah yang menyokong perkembangan

berterusan dunia pendidikan dan seterusnya diserap dalam bidang pengajaran.

Cabaran seterusnya sebagai pensyarah ialah penglibatan dalam pentadbiran pihak

pengurusan sama ada peringkat universiti, fakuti mahupun jabatan. Tanpa pengurusan

dan pentadbiran yang mantap, apa yang dirancang akan gagal dan boleh menyebabkan

kerosakan. Justeru, dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki, khidmat pensyarah

amat diperlukan bagi melancarkan perjalanan, pengurusan dan selok-belok pentadbiran.

Page 10: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

10

Seterusnya, perundingan yang dijalankan oleh pensyarah bertujuan untuk membantu

industri-industri bagi menyelesai atau mengurangkan masalah disamping

memperkenalkan kaedah penyenggaraan atau pemprosesan terkini untuk digunakan oleh

industri-industri tempatan. Selain itu, perundingan yang dilakukan turut membantu

penyelidik dan industri bagi memilih teknik yang sesuai untuk simulasi dan meramal

sesuatu keadaan komponen atau struktur.

Seorang pensyarah mungkin menjadi ahli jawatankuasa, pemerhati atau

kakitangan separuh masa sesuatu pertubuhan antarabangsa/tempatan. Seterusnya,

memainkan peranan yang diberikan mengikut keperluan. Jaringan antarabangsa

bermaksud menjalinkan hubungan yang baik sama ada secara rasmi atau tidak rasmi

dengan dunia luar demi mencapai suatu matlamat atau objektif tertentu yang hampir

sama. Dengan cara ini, matlamat dan perkembangan terbaru dapat diperolehi dengan

lebih cepat selain mampu memantau dan menilai prestasi semasa jabatan. Selain itu,

kerjaya sebagai pensyarah tidak lari dari menyertai khidmat masyarakat antarabangsa

atau kebangsaan bagi menyumbang sesuatu secara langsung atau tidak langsung. Maka

sewajarnya seorang pensyarah juga patut rnenyumbangkan sesuatu sepenuhnya mengikut

kepakaran dan kemampuan yang ada pada dirinya kepada masyarakat setempat atau

antarabangsa. Sumbangan itu mungkin mampu membangunkan dan mengubah

masyarakat setempat dan global dan secara tidak langsung tempias sumbangan itu pasti

akan kembali kepada diri kita.

Akhirnya, kepentingan menyertai dan menganggotai badan profesional dalam

kalangan pensyarah amat diperlukan. Hal ini kerana kekuatan sesebuah organisasi

bergantung kepada kuatnya ahli di dalam organisasi tersebut. Maka, keanggotaan dalam

badan-badan profesional yang berkaitan marnpu memberikan kita satu panduan hala tuju

yang jelas. Selain itu, penyertaan badan profesional mampu mewujudkan satu rangkaian

khusus suatu kumpulan yang mempunyai bidang, minat atau kepakaran yang sama dalam

membincangkan, berhujah dan mempertahankan kepentingan badan professional

bersama. Selain rnewujudkan rangkaian jalinan yang luas, suatu platform perbincangan

Page 11: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

11

secara professional dapat dizahirkan dan kebajikan ahli secara tidak langsung akan

terjaga.

6.0 MINI-MINI KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan oleh Nooraini Othman & Khairul Anuar Abdul Rahman

(2010) adalah bertujuan untuk menentukan elemen-elemen kompetensi pensyarah iaitu

asertif, suara, penggunaan audio-visual dan perlaksanaan aktiviti oleh pensyarah dan

mengkaji hubungan antara kompetensi pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar

Berdasarkan hasil dapatan kajian mereka menunjukkan pelajar bersetuju bahawa asertif,

suara, penggunaan audio-visual dan perlaksanaan aktiviti oleh pensyarah merupakan

faktor kepada kompetensi pensyarah. Kajian juga mendapati tiada hubungan yang

signifikan antara kompetensi pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar. Ini

menunjukkan walaupun pelajar bersetuju keempat-empat elemen ini merupakan faktor

kompetensi pensyarah, tetapi pencapaian akademik mereka tiada kaitan dengan faktor

kompetensi pensyarah.

Sikap asertif perlu ada pada setiap pendidik kerana pendidik yang bersikap asertif

menggambarkan kecendenderungannya untuk menjalankan tugasan dengan berkesan.

Apabila seseorang itu asertif dalam setiap kerjanya terutamanya seorang pendidik,

pendidik itu dikatakan seorang yang berkebolehan dan berwibawa. Apabila seseorang

pendidik itu bersikap asertif, pembelajaran yang berkesan akan berlaku dan secara tidak

langsung menyumbangkan kepeda pencapaian akademik para pelajar. Menurut Jensen

dan Kiley (2005), guru berkesan akan berusaha dengan sedaya upaya mereka berinteraksi

dengan baik dan memperbaiki kepimpinan mereka untuk menentukan kehendak

pelajarnya.

Dalam memberi syarahan, seseorang pensyarah haruslah mempunyai suara yang

baik. Suara yang baik bukanlah semata-mata kuat, tetapi suara yang baik adalah suara

yang jelas. Syarahan itu dikatakan baik jika penyampainya menggunakan intonasi suara

Page 12: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

12

yang baik dan dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang mendengarnya. Selain itu,

intonansi suara perlulah konsisten dan kuat semasa menyampaikan syarahan. Faktor

suara juga berperanan dalam mempengaruhi keberkesanan sesuatu syarahan. Apabila

sesuatu syarahan itu dapat disampaikan dengan baik dan jelas, secara tidak langsung

syarahan atau penyampaian itu boleh dianggap berjaya. Penyampaian yang baik akan

diterima dengan mudah oleh pendengar dan objektif syarahan atau penyampaian juga

akan tercapai.

Dalam memastikan pelajar mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang,

pensyarah juga memainkan peranan dalam merancang aktiviti-aktiviti yang memberi

kesan kepada para pelajar. Jensen dan Kiley berkata (2005), guru bertanggungjawab

terhadap pengurusan dan pengawasan pengajian pelajarnya dan memikirkan secara

sistematik tentang amalan mereka dan belajar daripada pengalaman. Untuk menjadi

seorang pensyarah yang baik bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Namun dengan

pengalaman-pengalaman yang ada pensyarah boleh merancang untuk memperbaiki

pengajarannya supaya objektif pengajaran dapat dicapai dan boleh melibatkan pelajar

turut serta dalam pengajaran dan pembelajaran dengan melakukan pelbagai aktiviti.

Rallis (1995) menyatakan, guru dinamik ialah guru yang sentiasa berusaha memperbaiki

pengajarannya dan bersikap kreatif dalam memastikan pelajar-pelajar mereka membina

kefahaman yang berguna bagi dunia mereka.

Kesimpulan dapatan kajian ini ialah menyatakan tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara kompetensi pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar. Ini

memberi gambaran bahawa pencapaian akademik pelajar tidak bergantung kepada

kompetensi pensyarah. Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini menunjukkan elemen

asertif pensyarah merupakan elemen yang terpenting dalam pengukuran kompetensi

pensyarah. Oleh yang demikian, kajian ini mendapati kemahiran interpersonal

pensyarah adalah tinggi berbanding kemahiran syarahan pensyarah dalam menentukan

kompetensi pensyarah.

Page 13: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

13

7.0 RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan yang telah dikupas mengenai tugas dan tanggungjawab

kerjaya sebagai pensyarah, dapat disimpulkan bahawa pensyarah tidak hanya memegang

peranan untuk mendidik yakni mengajar semata-mata, bahkan juga terlibat dengan

pelbagai lagi tanggungjawab lain seperti yang telah dinyatakan pada subtopik cabaran.

Kerjaya pensyarah ini memerlukan kepakaran yang tinggi kerana mereka perlu

berhadapan dengan pelbagai ragam manusia sama ada pelajar, staf mahupun masyarakat

sekitar. Oleh yang demikian, pada pendapat saya peranan pensyarah sama ada sebagai

pendidik, penyelidik atau khidmat masyarakat, kesemuanya perlulah seimbang dan

penting bagi pensyarah untuk menguasai kesemua peranan tersebut supaya mereka dapat

menjalankan tugas dengan konsisten dan mempunyai kompetensi kerja yang tinggi.

Walau bagaimanapun, tugas untuk mengajar dan mendidik perlulah

dititikberatkan kerana ia merupakan tanggungjawab utama sebagai seorang pensyarah.

Para pensyarah merupakan ramuan penting di dalam resepi pendidikan di seluruh institusi

pendidikan tinggi. Ia merupakan elemen utama yang perlu diberi perhatian kerana

pengaruhnya agak besar terhadap prestasi pengajaran dan pembelajaran pelajar. Banyak

faktor yang mempengaruhi kualiti pengajaran seseorang pensyarah. Antaranya ialah

keintelektualannya dari sudut epistemologi yang dimiliki, sifat, sikap, gaya persembahan

pengajaran dan sebagainya. Keberkesanan pengajaran setiap pensyarah juga

bersangkutan dengan keupayaan dan kemampuan mereka dalam segala bidang. Kriteria-

kriteria baik dan lengkap yang dimiliki oleh seseorang pensyarah akan memastikan

pembelajaran menjadi lebih efisyen dan efektif. Pensyarah yang dedikasi, komited pada

tugas, berpengetahuan tinggi dan berintegriti dalam pelbagai bidang dapat menyumbang

ke arah kegemilangan pelajar-pelajarnya (Abdullah, Mohamad, Majid & Abdul Rashid

2005). Pensyarah mempunyai pengaruh yang sangat besar di dalam pengaliran

pengetahuan kepada pelajar. Pelajar-pelajar yang pintar lahir daripada pensyarah yang

bijak. Oleh itu adalah wajar setiap pensyarah mempersiapkan diri mereka dengan

keilmuan yang tinggi bagi melahirkan pelajar-pelajar gemilang di dalam akademik.

Page 14: GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN · PDF fileGGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU : ... perbincangan mengenai tajuk ‘Peranan ... institusi pengajian

14

8.0 RUJUKAN

Abidin, N. Z. (2008). Kerjaya sebagai pensyarah. PTS Professional.

Abdullah, C. H., Mohamad, Z., Majid, S. K., & Abdul Rashid, S. (2005). Persepsi Pelajar

Terhadap Kredibiliti Pensyarah Pendidikan Islam: Satu Kajian Di UiTM Kampus Jengka,

Pahang.

Iskandar & Mahmud, R. M. M. Z. (2009). Kecerdasan Emosi dan Komitmen Pekerjaan dalam

Kalangan Pensyarah Universiti di Indonesia ( Emotional Quotient and Work Commitment

Among Lecturers at An Indonesian University ). Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):

173 - 186, 34, 173–186.

Jensen, R.A and Kiley, T.J. (2005). Teaching, Leading and Learning. Argosy University and

Western Ilinois University. Houghton Mifflin Company.

Kamarul Azmi Jasmi, Ab Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2012). Sifat dan

Peranan Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan Hubungannya

Dengan Motivasi Pelajar. Jurnal Teknologi, 51, 57–71. Retrieved from

http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/view/157

Othman, N., Rahman, A., & Anuar, K. (2010). Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah Dengan

Pencapaian Akademik Pelajar. Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah Dengan

Pencapaian Akademik Pelajar, 1-9.

Rowland, V. and Birkett, K. (1992). Personal Effective For Teacher. Great Britain. Simon and

Schuster Education.