tugasan esei kpf 3012

Upload: nur-farizah

Post on 19-Jul-2015

932 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

TUGASAN KPF 3012 ESEI ILMIAH SEMESTER 2 NAMA: NUR FARIZAH BINTI ABDUL LATIFF NO MATRIK: D20102042217 NO KAD PENGENALAN: 810325-06-5182 KUMPULAN EL-C03 PENSYARAH: DR. ROSNIDAR BINTI MANSOR TARIKH HANTAR: 4 DISEMBER 2011

2.0 KOD ETIKA PERGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 2.1 (a) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme perguruan. Sebenarnya kod etika pada suatu kerjaya adalah sifat-sifat atau ciri-ciri vokasional, ilmiah dan aqidah yang harus dimiliki oleh seorang pengamal untuk berjaya dalam

kerjayanya. Lebih ketara lagi ciri-ciri ini jelas pada kerjaya keguruan. Dari segi pandangan Islam, maka agar seorang muslim itu berjaya menjalankan tugas yang dipikulkan kepadanya oleh Allah S.W.T pertama sekali dalam masyarakat Islam dan seterusnya di dalam masyarakat antarabangsa maka haruslah guru itu memiliki sifat-sifat seperti mempunyai persiapan ilmiah, vokasional dan budaya menerusi ilmu-ilmu pengkhususannya seperti geografi, ilmu-ilmu keIslaman dan kebudayaan dunia dalam bidang pengkhususannya. Selain itu guru juga haruslah ikhlas dalam kerja-kerja kependidikan dan risalah Islamnya dengan tujuan mencari keredhaan Allah S.W.T dan kebenaran serta melaksanakannya. Etika boleh dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah. Ianya bergerak selari dengan akauntabiliti atau tanggungjawab sebagai seorang guru. Umumnya, guru-guru di Malaysia terikat kepada etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia dan kod etika profesion keguruan Malaysia. Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia terdiri daripada enam prinsip. Prinsip pertama, ialah niat yang betul. Guru

hendaklah melaksanakan tugas dengan betul, sebagaimana yang dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan.Cara guru menjalankan tugas adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani , jasmani dan emosi. Prinsip yang kedua ialah perlakuan yang baik. Guru hendaklah melaksanakan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Penampilan diri, pertuturan dan tindakan mestilah yang

terbaik sepanjang masa. Prinsip ketiga ialah berdisplin dan beradab. Seorang guru mestilah menjaga adab dan tingkah laku agar menjadi contoh kepada setiap murid sebagaimana yang dituntut oleh agama. Guru juga mestilah mematuhi setiap peraturan dan arahan perkhidmatan, prosedur dan kaedah yang ada. Sebagai contoh mematuhi surat akujanji ataupun Pekeliling Ikhtisas. Guru juga dianggap sebagai penggerak ke arah kebaikan. Guru hendaklan menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan. Prinsip kelima ialah memperkota apa yang dikata. Guru telah diberi amanah untuk mendidik anak-anak bangsa. Setiap pengajaran guru hendaklah sesuai, logik dan selari dengan apa yang diperkatakannya. Prinsip yang terakhir ialah menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. Guru hendaklah

sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang pihak PPD, JPN dan KPM telah lakukan untuk memperbaiki perkhidmatan kepada tahap yang lebih baik. Bagi menjamin guru sentiasa benar dan betul, maka Kod Etika Profesion Keguruan tekah digubal. Ianya mengandungi pelbagai perkara. Antaranya ialah guru tidak boleh bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru juga tidak boleh mempunyai tingkah laku yang boleh menjatuhkan maruah diri dan hilangnya amanah berhubung dengan kewangan. Guru hendaklah jujur dalam semua perlakuan dan tugas yang dijalankan. Tanggungjawab utama guru ialah kepada muridnya. Guru hendaklah memastikan keperluan setiap murid terjaga. Perhatian dan pengajaran hendaklah diberi kepada semua murid tanpa mengira agama,bangsa atau kepercayaan. Selain daripada itu, guru juga haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek dan daya cipta masing-masing. Guru tidak harus menerima sebarang bayaran daripada muridnya untuk pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. Selain daripada etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia dan kod etika profesion keguruan, guru juga haruslah mempunyai dan memahami dengan mendalam akauntabiliti perguruan. Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan pula bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara ,

dan profesion keguruan amnya. Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar muridmurid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang dihormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak dibenci,dipandang serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya. Akauntabiliti guru terhadap diri bermula dengan guru menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah dikawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbir sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugastugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah. Guru hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Pupuk nilai dan sikap murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru

hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,

menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat . Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, pelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dan diwartakan bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagi membolehkan bidang pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalan disiplin, peraturan, dan perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagi memudahkan pencapaian matlamat pendidikan negara. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telah pun dibuat pindaannya pada 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara. Penguatkuasaan peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Antara perkara yang termasuk dalam peraturan tersebut adalah Peraturan 3A (Hukuman tindakan tatatertib). Penjawat awam wajib mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.

Pengetahuan dan pemahaman guru-guru dalam etika perguruan dan peraturan-peraturan pendidikan di Malaysia akan melahirkan guru-guru yang bertangungjawab serta komited dalam menjalankan tugas. Antara tanggungjawab guru ialah terhadap pelajar ialah, mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dan bersikap adil dan saksama. Guru hendaklah menjadi teladan ataupun role model kepada pelajar. Bimbing dan didik pelajarpelajar dan pada masa yang sama berusaha mepertingkatkan profesionalisme dari masa ke semasa. Tanggungjawab kepada ibu bapa pula ialah menghormati tanggungjawab utama ibu baoa terhadap anak-anak mereka. Guru hendaklah berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi pendidikan dengan rumah tanggda dan menganggap semua maklumat yang diberi oleh ibu bapa tentang keadaan rumah tangga atau anak mereka adalah sulit dan tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anakanak mereka dan guru mestilah mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.Elakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Guru juga bertanggungjawab ke atas masyarakat dan negara dengan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.Guru haruslah menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat di tempat yang dikhidmatkan dan mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara . Guru mempunyai tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. Antarannya ialah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru.Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat dan mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.Para guru tidak harus melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan mereka sebagai guru atau warga pendidik. Peranan dan tanggungjawab guru terhadap perkembangan Negara amatlah penting. Guru yang berpengalaman dalam kod etika perguruan dan mengetahui peraturan-peraturan pendidikan akan membantu melahirkan masyarakat yang berjaya. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah. Namun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring

kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum. FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjad iperkara yang first and foremost dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya,kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan.Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan. Guru yang

berakauntabiliti pastinya mampu melakukan perubahan ini dan seterusnya meningkatkan tahap kepercayaan dan pandangan masyarakat terhadap profesion perguruan.

Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud kehidupan yang harmoni dengan fitrah insane iaitu gaya hidup yang sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insane yang dianugerahkan Allah S.W.T. Persoalannya bagaimanakah untuk membina kualiti hidup menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan guru yang dapat menjalankan tugasnya sebagai ibadah, dengan sendirinya ia akan berminat untuk membangunkan insan. Insan itulah juga yang akan digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain guru yang mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT.

Kesimpulannya, Dengan dapat memahami

kod etika perguruan dan prinsip

akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya

terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidangtersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya ,maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak

bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

2.2(b) Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pegalaman tentang etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan

masyarakat. Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagungagungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang

mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anakanak. Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan

kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut

peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.

Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai

pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang

membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar

membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul. Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam

menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan. Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di timbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan kadar pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke sekolah rendah. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa berkhidmat. Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran

merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru. Antara cabaran paling utama bagi guru alaf baru ialah pengendalian emosi diri. Kecemerlangan seorang guru di dalam pengajarannya tidak mungkin begitu andai dirinya tidak mampu mengawal emosi sendiri. Guru-guru harus memahami , pendidik masa kini memang terlalu banyak tugasnya. Tetapi ianya harus dilihat dari sudut rasional dan

kepentingan bersama.Seandainya emosi yang tidak berfikir secara waras , maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnya merupakan tanggungjawab pendidik sendiri. Merungut bukanlah penyelesaian yang baik. Menyalahkan orang lain juga bukan suatu jawapan yang baik.Maka tidak lain dan tidak bukan, di dalam menghadapi beban yang pelbagai ini, strategi perlu disusun rapi. Pembahagian tugas perlu dilaksanakan dengan effektif. Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing. Guru kerap mengalami stres pekerjaan adalah disebabkan wujudnya suasana takut dan tegang, hanya memikirkan tentang sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dan bukannya apa yang diperlukan, apa yang dirasakan, apa yang harus diketahui dan apa yang boleh dibuat oleh pelajarnya. Tanpa disedari situasi ini mewujudkan kesan stres dari aspek berpanjangan (Noran Fauziah, 1991). Di seminar

bebanan kerja (work overload) yang

mengenai psikiatri di Pulau Pinang pada tahun 2003, Ketua Unit Psikiatri Hospital Pulau Pinang, Dr Balbir Kaur telah mengenal pasti guru sebagai golongan yang mudah mengalami kemurungan, iaitu tanda yang mungkin berakhir dengan penyakit gangguan mental akibat tekanan di tempat kerja. Tambahnya lagi, guru adalah golongan yang berisiko tinggi

menghadapi tekanan di tempat kerja, terutamanya yang sering murung kerana tekanan sepanjang waktu kerja khususnya guru wanita (Utusan Malaysia, 23 Disember 2004).

Kementerian memahami bahawasanya wujud tekanan kerja (stres kerja) kepada guru semasa menunaikan tanggungjawab mereka akibat beban tugas yang terlalu banyak mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang efektif Datuk Seri Najib Tun Razak (1998)

Kenyataan di atas telah dinyatakan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu dan beliau sememangnya mengakui terdapat kesan stres yang terpaksa ditanggung oleh guru sewaktu melaksanakan tugas mereka. Unsur-unsur tekanan yang negatif mengakibatkan guru

kurang minta untuk bekerja, berasa terasing di tempat kerja, kerap ponteng dan meninggalkan profesion perguruan kesan dari halangan kepada perkembangan kerjaya guru secara tidak langsung akan mendorong untuk membuat keputusan bersara lebih awal atau terus berrhenti dari perkhidmatan. Kesan stress yang tinggi ialah pemberhentian kerja dan ini merupakan ancaman amat serius dalam konteks pendidikan negara. Kajian turut menunjukkan bahawa stres kerja guru di Malaysia semakin meruncing dan

membimbangkan (Rohani, 1991). Malah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres di kalangan guru-guru di negara ini semakin

membimbangkan ekoran daripada beban kerja yang meningkat apabila pelbagai perubahan yang dilaksanakan (Utusan Malaysia, 18 Ogos 2005). Walaupun impak daripada situasi ini sedikit sebanyak berupaya diatasi oleh guru, namun ianya tidak dapat dihindari daripada rutin seorang guru. Tidak ada banyak alternatif bagi guru untuk mengatasi keadaan

tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya tekanan yang dihadapi tidak ditangani dengan baik, ia akan memberi kesan buruk ke atas emosi dan fizikal individu tersebut. Memang guru juga insan biasa. Adakalanya berdepan dengan keadaan murid dan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya. Kita adakalanya pening memikirkannya. Mengapa dahulu, kita tidak melawan apabila dimarahi guru, walaupun adakalanya guru juga silap di dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Setiap guru pasti pernah menghadapi saat-saat getir menghadapi pergolakan emosi.Itu tidak termasuk konflik dengan rakan sekerja yang pasti memeningkan.Bagi guru-guru yang terpaksa berpisah beribu batu dengan keluarga tercinta, nilai kesabaran anda pasti dibalas Allah suatu hari nanti. Apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran emosi yang melemahkan semangat diri, guru-guru sewajarnya bertenang dan mengingat kembali ikrar yang mula-mula dilafazkan apabila menceburkan diridalam bidang perguruan. Pernyataan ikrar tersebut ialah :

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih luas. Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan. Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan kebangsaan

landasan kepada

dasar pendidikan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira. Perubahan sistematik ini, amatlah baik untuk perkembangan dan kemajuan negara kita. Namun begitu, para guru perlu lebiih bersedia untuk menghadapi cabaran ini yang pastinya menuntut pengrbanan yang besar daripada guru-guru atau warga pendidik. Jika dahulu insan bergelar guru menjadi sanjungan sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Tetapi malangnya hari ini guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Kadangkala ada guru yang disaman di atas perbuatan guru itu yang tidaklah berat mana berbanding segala pengorbanan yang telah dicurahkan. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menuding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Ketidakfahaman tentang peranan guru menyebabkan mereka menganggap guru hanyalah mengajar mata pelajaran tertentu dan anak mereka perlu lulus

mata pelajaran tersebut tetapi guru juga berperanan mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Malangnya hari ini, ibu bapa lebih mementingkan kecemerlangan dari akademik semata-mata dan menganggap pembentukkan sahsiah terpuji tidak penting dan inilah sebabnya anak-anak mereka tidak boleh ditegur, walaupun melakukan kesalahan.Semasa proses mendisiplin pelajar guru menghadapi delema bila ada ibu bapa tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan yang dilakukan. Dalam hal ini sepatutnya mereka terlebih dahulu berbincang dengan guru bukan semata-mata mendengar daripada anakanak mereka sahaja di mana sehingga sanggup menyerang pihak sekolah dan membuat pendedahan kepada pihak media. Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan dunia

pendidikanCabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan.

Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Namun perlaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini masih kabur dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang. Ini dapat dilihat pada arus pembangunan dan teknologi yang berlaku tidak seiring dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menuntut tindakan yang bersepadu dalam kehidupan masyarakat dan pembangunan nasional. Cita-cita materialistik dan duniawi yang menghantui pemikiran masyarakat menyebabkan perlaksanaan FPN dalam sistem pendidikan tidak terlaksana dengan berkesan bahkan nilai-nilai murni dan didikan agama dan moral sebenarnya tidak dianggap suatu yang utama. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama dan moral hanya suatu teori yang tertulis sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada proses kognitif yang dikira penting untuk menghadapi peperiksaan dan bernilai komersil untuk masa depan pelajar.

Untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan peroses globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui epembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksankannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Jika dahulu gurulah yang berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar di mana hanya guru sahaja yang bercakap dan menyoal. Namun dalam era baru ini, guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Cara mengajar juga telah berubah di mana dahulu ilmu disampaikan secara lisan dan bertulis. Namun kini teknologi komputer telah memberikan sesi

pembelajaran berjalan secara interaktif dan lebih menarik lagi. Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan

dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin. Kesimpulannya, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam

mengaplikasikan kod etika perguruan, akauntabiliti dan tanggungjawab mereka adalah sangat besar pada era globalisasi ini. Guru haruslah bersedia dan melengkapkan diri dengan ciri-ciri atau kualiti-kualiti yang bersesuaian dengan globalisasi. Antara kualiti tersebut ialah mempunyai kesedaran diri dan kefahaman diri yang baik. kesedaran dan fahaman terhadap kendiri inilah yang menjadi dasar kepada kebijaksanaan dan hemah dalam kepimpinan. Sikap adalah kunci kepada segalanya dan ianya dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-individu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan unsur-unsur dalam diri. Guru perlu bijak memanipulasikan antara kemahiran dan kehendak. Guru juga hendaklah membina kredibiliti sebagai seorang guru yang layak diteladani. Guru sebenar guru ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru tidak boleh jemu untuk menampilkan sikap dan perlakuan positif biarpun berhadapan dengan segilintir pelajar bermasalah yang mempunyai pelbagai kerenah. Walau apa yang berlaku, kita perlu menyedari bahawa, guru merupakan role model kepada pelajarnya. Oleh yang demikian, seorang guru patut mengajar dan menunjukkan adab serta budi pekerti yang luhur.

.

RUJUKAN1) Buku Panduan peperiksaan AM kerajaan, (2009). MDC Publisher Sdn Bhd: Kuala Lumpur . 2) Buntat, Y, (2003). Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai Johor. Jurnal teknologi Universiti Teknologi Malaysia , 65-70. 3)Syed Sofian Syed Salim, Mohamad Nasir Bistaman, (2011) Modul Pembangunan Sahsiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Perak. 4)Perkembangan Pendidikan di Malaysia, (2011). Universiti Pendidikan Sultan Idris: Perak. 5) Mok Soon Sang, (2009). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI . Kumpulan Budiman Sdn Bhd:Kuala Lumpur. 6)Mok Soon Sang (1988). Pendidikan Di Malaysia: Mengikut Sukatan Pelajaran Baru. Kumpulan Budiman: Kuala Lumpur.