mpu 3012 penggunaan tatabahasa bahasa melayu yang berkesan

61
PENGGUNAAN TATABAHASA BAHASA MELAYU BERKESAN DIBENTANGKAN OLEH, FAMELIA P. MENJAYA MPU3012 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Upload: fpm

Post on 13-Apr-2016

1.068 views

Category:

Documents


76 download

DESCRIPTION

MPU 3012 Bahasa Melayu Komunikatif,Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan, Mata Pelajaran Umum, Penggunaan, Tatabahasa Bahasa, Melayu, Berkesan, Sebutan, Homonim, Homofon, Homograf, Fonetik

TRANSCRIPT

Page 1: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

PENGGUNAAN TATABAHASA

BAHASA MELAYU

BERKESAND I B E N T A N G K A N O L E H ,

FA M E L I A P. M E N J A Y A

MPU3012 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Page 2: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

SEBUTANK E P E L B A G A I A N M A K N A

Page 3: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

HOMONIMKesamaan ejaan dan sebutan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), homonim ialah perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza

maknanya.

Homonim menurut Abdullah Hassan (1980: 246, dlm. Darwis Harahap, 1994: 34) ialah perkataan yang sama

bunyinya dan ejaannya tetapi mengandungi makna yang berbeza.

Seperti yang ditakrifkan di atas, homonim mempunyai:

BUNYI = BUNYI , EJAAN = EJAANMAKNA x MAKNA

Page 4: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

Contoh berikut menjelaskan penggunaan homonim dengan berlatarbelakangkan konteks. Perkataan ‘lalu’ yang digunakan dalam setiap ayat di atas memberi makna yang berbeza:

Dia masuk ke bilik lalu menutup pintu. • hubung yang menyambungkan dua klausa menjadi

satuSetiap petang lalu di hadapan rumah saya.

• ‘lalu’ membawa maksud ‘melintas’ atau ‘menempuhi’

Dia tidak lalu makan kerana demam.

• ‘lalu’ memberi makna ‘berdaya’ atau ‘sanggup’Dia mendapat keputusan cemerlang tahun lalu.

• ‘lalu’ membawa makna ‘lepas’ atau ‘lampau’Setelah berehat seketika mereka lalu meneruskan perjalanan ke kampung.

• ‘lalu’ membawa maksud ‘sesudah itu’ atau ‘kemudian daripada itu’

Page 5: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

1. HOMOFON

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 543), homofon ialah perkataan yang sama bunyi dengan

perkataan lain tetapi berbeza maknanya.

Homofon menurut Abdullah Hassan (1980: 246, dlm. Darwis Harahap, 1994: 35), ialah perkataan yang sama

bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza.

Seperti yang ditakrifkan di atas, homofon mempunyai:

BUNYI = BUNYIEJAAN x EJAAN , MAKNA x MAKNA

Sama sebutan namun berbeza ejaan dan makna

Page 6: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

2. HOMOGRAF

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 543), homograf ialah perkataan yang sama ejaannya

dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.

Homograf menurut Siti Hajar (2009: 267) ialah perkataan yang mempunyai kesamaan bentuk ejaan,

tetapi tidak sama dari segi sebutan dan makna.

Seperti yang ditakrifkan di atas, homofon mempunyai:

EJAAN = EJAANBUNYI x BUNYI , MAKNA x MAKNA

Sama ejaan namun berbeza sebutan dan makna

Page 7: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

Contoh berikut menjelaskan penggunaan homofon dan homograf:Jenis Homonim ContohHomofon Penggunaan dua bahasa, contohnya:

nun – jauh di sana Noon – bermaksud tengah hari dalam bahasa Inggeris.

Homograf Contohnya: Bedak – bahan yang disapu pada mukaBedak – bahagi sesuatu

Perang [pəraŋ] – perkelahian atau pertempuran. Perang [peraŋ] – warna merah yang kekuning-kuningan.

Page 8: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

SEBUTANKO N S E P F O N E T I K & F O N O LO G I

Page 9: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

FONETIKAsal usul perkataan fonetik menurut Siti Hajar Abdul

Aziz (2011), adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran

manusia.

Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi

bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Ruang liput fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi, anatomi, pengelasan dan persepsi bunyi bahasa.

Dalam aspek disiplin ilmu, kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi

bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

ilmu yang mengkaji bunyi bahasa

Page 10: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

FONOLOGIAbdul Chaer (2003:102) menjelaskan secara etimologi

istilah “fonologi” ini dibentuk dari kata “fon” yang bermakna “bunyi” dan “logi”  yang berarti “ilmu”.

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa fonologi pada umumnya merupakan ilmu yang menyelidiki

bunyi-bunyi bahasa.

mengkaji fungsi-fungsi bunyi bahasa

Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di samping

menemui jumlah fonem di dalamnya. Ia dapat menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan

berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau tidak distigtif.

Page 11: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

FONETIK VS FONOLOGIFonetik Fonologi

Fenomena bunyi atau pertuturan manusia

seluruhnya.

Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan

bagi sesuatu bahasa. Asas kepada kajian fonologi. Input kepada kajian linguistik

tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis.

Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan

oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak

dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia

dengan sempurna.

Dapat merumuskan, menghuraikan dan

menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci

dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan

bentuk bunyi secara spesifik. (Diadaptasi daripada Siti Hajar Abd. Aziz, 2008:90)

Page 12: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

EJAAN DAN TANDA BACA

Page 13: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

EJAAN1. Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan

Rumi• Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun

1904 dandiisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia.

• Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut: i. Huruf vokal : a, e, i, o, u ii. Huruf diftong : ai, au, oi iii. Huruf konsonan : huruf selain huruf vokal iv. Huruf konsonan gabungan : gh, kh, ny, ng, sy

Page 14: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

EJAAN2. Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil

Nama Khas

• Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, syarikat, jabatan, jalan, taman perumahan dan cogan kata hendaklah ditulis dengan huruf besar.

• Contohnya:• Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)• Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)• Akhlak Mulia Masyarakat Jaya• Jalan Maharajalela• Taman Tun Dr. Ismail

Page 15: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

Ejaan Nama Tempat / Nama Khas • Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis

menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.

Dalam Malaysia (Sebelum 1972)

•Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya:•Cheras, Klang, Ayer Keroh, Kampong Nyior

Dalam Malaysia (Selepas 1972)

•Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972 digalakkan menggunakan ejaan baru. Contohnya:•Teluk Intan, Taman Bukit Cahaya, Teluk Air Tawar

Luar Negeri (Melayu)

•Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan demikian. Contohnya:•Perancis, Belanda, Kanada

Luar Negeri (Antarabangsa)

•Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian. Contohnya:•England, New York, Cuba, Bosnia-Herzegovina

EJAAN

Page 16: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

EJAAN2. Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil

Kata Sendi dan Kata Hubung

• Huruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke, dan, atas, dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil.

• Contohnya:• Dewan Bahasa dan Pustaka• Sejarah Ekonomi dan Politik di Malaysia• Diari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan

(tajuk surat / memo)

Page 17: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

PENGGUNAAN TANDA BACA1. Tanda Titik atau Noktah• Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sisipan

ditulis menggunakan titik. • Contohnya:

Dr. (Doktor) Sdr. (Saudara)En. (Encik) Y.A.B. (Yang Amat

Berhormat) Tn. (Tuan) Y.M. (Yang Mulia)

Prof. (Profesor) Kol. (Kolonel)

Page 18: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

PENGGUNAAN TANDA BACA2. Singkatan Umum • Singkatan yang sudah umum ditulis dengan

menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja.

• Contohnya:b.p. (bagi pihak) s.k. (salinan

kepada)u.p.(untuk perhatian) m.s. (muka surat)dsb. (dan sebagainya) dll. (dan lain-

lain)hlm. (halaman) spt. (seperti)

Page 19: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

PENGGUNAAN KATA

Page 20: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

PENGGUNAAN KATA

Penggunaan kata meliputi :• Kata Nama

- Kata ganti nama, Kata kerja, Kata adjektif, Kata bilangan, Kata sendi, Kata bantu, Kata hubung, Kata seru, Kata arah, Kata tanya, Kata nafi

• Kata majmuk• Kata ganda• Kata banyak makna• Kata hampir sama makna• Peribahasa

Page 21: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAKata Ganti Nama• Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata

nama khas dan kata nama am. Golongan kata ganti nama dapat dipecahkan kepada beberapa subgolongan seperti:

1. Kata ganti nama tunjuk - terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu: itu, ini 2. Kata ganti nama diri - Kata ganti nama diri tanya terbahagi kepada dua, iaitu: i. kata ganti nama tanya, yang terdiri daripada

tiga:  apa,  siapa,  mana ii. kata ganti diri orang, terdiri daripada tiga

jenis:  pertama,  kedua, ketiga• Kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau

sebagai penunjuk. • Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk

bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Page 22: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAKata Kerja Transitif• Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh

pembuatnya kepada benda lain. • Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut

(objek). • Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai

penyambut (objek). • Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada

sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata Kerja Tak Transitif• Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan

oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain.

• Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. • Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak

transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Page 23: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAKata Adjektif• dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti

dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

• Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

• Contohnya:

• menerangkan sifat keadaan atau seseorang

• contoh: baru (new), baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, secantik, terkuat, tercantik

Sifat

• contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsatWarna

• contoh: pendek, panjang, tebal, tipis, dalam, besar, sebesar, tertipisUkuran

Page 24: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAKata bilangan• Kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda. • Terdapat 6 jenis kata bilangan, iaitu :

1. Kata bilangan tentuContoh: satu, dua, tiga2. Kata bilangan tak tentuContoh: beberapa, banyak, segala3. Kata bilangan himpunanContoh: kedua-dua, berbulan-bulan4. Kata bilangan pecahanContoh: setengah, tiga suku5. Kata bilangan pisahanContoh: tiap-tiap, masing-masing6. Kata bilangan tingkatContoh: pertama, kedua, ketiga 

Page 25: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAKata Sendi• Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan

untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

• Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.

• Contoh:– Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)– Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa

kerja)– Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa

nama)

Page 26: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAKata Bantu• Kata bantu ialah perkataan yang bertugas membantu frasa kerja

(kata kerja bantu), frasa adjektif dan frasa sendi nama untuk menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.

• Selain itu, kata bantu boleh dibahagi bahagi kepada dua jenis iaitu:– Kata bantu aspek

• Contoh: telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.– Kata bantu ragam

• Contoh: hendak, mahu, harus.

Page 27: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAKata hubung• Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk

menggabungkan:– perkataan dengan perkataan;– rangkai kata dengan rangkai kata; dan– ayat dengan ayat.

• Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:– Kata hubung gabungan– Kata hubung pancangan

• Kata hubung pancangan relatif• Kata hubung pancangan komplemen• Kata hubung pancangan keterangan

– Kata hubung pasangan

Page 28: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAJenis Kata Hubung

Penjelasan Contoh

Kata hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.

Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

Kata hubung berpasangan

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan.

Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, danwalaupun...namun..

Contoh ayat:Kian lama kian banyak orang yang ke sana.Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Page 29: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

Jenis Kata

Hubung

Penjelasan Contoh

Kata hubung pancangan 

Kata hubung pancangan relatif- Menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil)

Contoh kata hubung: yang

Kata hubung pancangan komplemen- Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama

Contoh kata hubung: bahawa dan untuk

Kata hubung pancangan keterangan- Menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.

Contohnya: kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga

Page 30: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAKata seru• Kata seru ialah kata yang digunakan untuk

menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya.

• Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

• Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru.

Page 31: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

Kata Seru Penerangan Ayat Contoh

Aduh

Digunakan untuk(a)Menyatakan perasaan sakit(b)Menyatakan perasaan kagum/hairan

1. Aduh, sakitnya tanganku!2. Aduh, indah sekali pemandangan di sini!

AduhaiDigunakan untuk menyatakan perasaan sedih/dukacita

1. Aduhai, malang sekali nasib peminta sedekah itu!2. Aduhai, apalah malang nasibku ini!

AhDigunakan untuk menyatakan perasaan penolakan/tidak bersetuju/membantah

1. Ah, aku tidak bersetuju!2. Ah, aku tiada masa untuk melayan engkau!

AmboiDigunakan untuk menyatakan perasaan kagum/hairan

1. Amboi, sombongnya dia!2. Amboi, hebat sekali engkau beraksi!

KATA NAMAContohnya :

Page 32: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAKata Arah• Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk

menyatakan kedudukan atau hala sesuatu benda.• Kata arah didahului dengan kata sendi nama.• Contoh kata arah adalah:

– atas, antara, bawah, belakang, dalam, depan/hadapan, hilir, hulu, luar, penjuru/sudut, seberang, sisi, tengah

Page 33: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAKata Tanya• Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.• Ayat untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda

Tanya (?) dalam tulisan.• Contoh kata tanya ialah apa, siapa, mengapa, berapa, bila, di

mana, bagaimana.• Contoh kata tanya dan penggunaannya dalam ayat:

a)  Apa                – menanyakan benda atau haiwan– Contoh:  Apakah pekerjaan ayah awak?

Apakah yang ada di dalam kotak itu?

Page 34: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA NAMAKata nafi• Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu

pernyataan.• Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.• Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa

sendi nama. Contohnya:– Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.

• Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya:

– Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.

• Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara. Contohnya:

– Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

Page 35: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA MAJMUK• Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang

mencantumkan atau merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Contohnya:

          kapal terbang                  balai polis          jalan raya                          balai raya          buku kerja                        alat tulis• Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja secara  terpisah

kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada dua perkataan. Contoh kata majmuk dieja rapat sebagai satu perkataan:

kerjasama manakalamanalagi olahragapadahal pesuruhjaya

Page 36: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA GANDA• Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang

digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya. Kata ganda terdiri daripada:

– kata ganda seluruh• Buku-buku (gandaan kata nama), baring-baring (gandaan kata

kerja), awal-awal (gandaan kata adjektif)– kata ganda semu

• Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus, umpamanya: biri-biri, kanak-kanak, kupu-kupu.

– kata ganda separa (separuh)• Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada

kata saja yang digandakan. Misalnya:– cecair (mana-manan bahan yang berada dalam keadaan

cair, seperti air atau bendalir)– kekunci (butang untuk menaip dari komputer, diilhamkan

dari perkataan Inggeris key yang juga bermaksud kunci)

Page 37: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA GANDA– kata ganda bersajak atau berima

• persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah• persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai• penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik

– kata ganda berimbuhan• Imbuhan awalan di awal kata: tergesa-gesa, berpura-pura• Imbuhan awalan selepas tanda sengkang: tahu-menahu, kejar-

mengejar• Imbuhan akhiran di akhir kata: barang-barangan, terang-

terangan• Apitan seluruh kata ganda: tergila-gilakan, menghuru-harakan

Page 38: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA BANYAK MAKNA• Sesuatu  perkataan itu mempunyai beberapa makna yang

berlainan mengikut konteks ayat. • Juga dikenali sebagai polisim.• Contoh :·         alamat – tanda keterangan tentang tempat tinggal seseorang.·        ahli – anggota / pakar  ·         ada – boleh didapati di sesuatu  tempat / mempunyai / hidup• Contoh ayat :·         Langgit mendung alamat hendak hujan.·         Saya datang ke sini berpandukan alamat ini.·         Semua buku rujukan saya ada di atas meja.·         Nenek saya masih ada. Dia tinggal di kampung.·         Kasman ada seorang adik lelaki.

·         

Page 39: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA HAMPIR SAMA MAKNA• Kata hampir sama makna merupakan himpunan

beberapa perkataan yang mempunyai maksud yang hampir sama.

• Walaupun perkataan-perkataan tersebut mempunyai maksud yang hampir sama, namun setiap perkataan hendaklah digunakan dengan tepat mengikut situasi sesuatu ayat.

• Kesilapan dalam memilih perkataan akan membawa maksud yang berbeza daripada situasi sebenar.

Page 40: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

KATA HAMPIR SAMA MAKNA

Page 41: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

PERIBAHASA• Simpulan bahasa  ialah rangkai kata yang

mempunyai makna tersirat.

• Simpulan bahasa: darah panas

• Maksud: orang yang cepat marah

• Contoh ayat: Ricky  yang darah panas itu menumbuk  Alex kerana  mengejeknya

SIMPULAN BAHASA

Page 42: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

PERIBAHASAPERUMPAMAAN• Perumpamaan ialah susunan kata yang

memberikan makna dalam bentuk perbandingan dan menggunakan pangkal kata seperti bak, bagai,macam, ibarat, laksana, seperti serta umpama.Perumpamaan juga adalah hasil daripada analogi dua perkara.

• Seperti kaca terhempas ke batu• Bagai tikus jatuh ke beras• Seperti bumi dengan langit• Bagai pinang dibelah dua

Page 43: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

PERIBAHASABIDALAN• Bidalan ialah susunan bahasa yang berbentuk kiasan

yang mempunyai ertiselapis yang menggambarkan perbandingan. Bidalan juga merupakanungkapan yang menjadi panduan nilai sosial, mengandungi teladan dannasihat.

• Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit• Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan• Belakang parang diasah lagikan tajam• Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak

Page 44: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

PERIBAHASAPEPATAH• Pepatah ialah susunan bahasa yang menjadi sebutan

yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah

• Berakit-rakit ke hulu, berenan-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

• Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih• Ada padi semua jadi, ada beras semua deras• Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

Page 45: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

PENGGUNAAN AYAT

Page 46: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

PENGGUNAAN AYATJenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada

empat ragam:• Ayat penyata:

– Ayat aktif dan ayat pasif– Ayat nafi– Ayat inti dan ayat gabungan

• Ayat perintah• Ayat tanya• Ayat seru

Page 47: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

AYAT PENYATAAyat aktif

• Ayat aktif dengan kata kerja transitif• Ayat aktif dengan kata kerja pasif

Ayat pasif• ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan

penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan.

• Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan.

• Contohnya:• Perkara itu sudah diselesaikannya• Perkara itu sudah diselesaikan

• adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu.

• Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".

Page 48: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

AYAT PENYATAAyat Nafi• Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan

"tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:

– Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.– Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.

• Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud.

Page 49: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

AYAT PENYATA• Penggunaan dengan frasa nama

– Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:• Ini bukan kucing.• Malaysia bukan negara republik.

– Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:• Dia bukan bodoh, tetapi malas.• Dia bukan belajar, tetapi bermain.

– Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":• Dia tidak bodoh, tetapi malas.• Dia tidak belajar, tetapi bermain.

Page 50: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

AYAT PENYATAAyat inti

• Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. • boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan

ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.

• Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu.

• amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Ayat gabungan

• Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain.

Page 51: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

AYAT PERINTAH• Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa

perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

Jenis perintah Contoh penggunaanPerintah Berdiri di atas kerusi itu.

Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul.

Larangan Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.

Permintaan Tolong angkat baju itu.

Ajakan Mengucaplah banyak-banyak.

Silaan Sila jamu selera.

Doa Syukurlah kamu sudah kembali.

Harapan Harap-harap hari tidak hujan.

Page 52: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

AYAT TANYA1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

2. Menggunakan partikel "kah”– Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui

penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:

3. Menggunakan pelbagai kata– Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan

kata ada, apa, bila,bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa.

Ayat penyata Ayat tanyaTetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?

Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?

Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?

Ayat penyata Ayat tanyaTetamu sudah tiba? Sudah tibakah tetamu?

Buah itu sudah masak? Sudah masakkah buah itu?Mereka hendak menolong

kita?Hendak menolong kitakahmereka?

Page 53: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

AYAT SERU1.Kata seru adalah kata yang

menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

2.Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

3.Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

Page 54: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

AYAT SERUContohnya:• Aduh, sakitnya gigiku yang berdarah ini !• Aduhai, malang sungguh nasib anak kecil itu !• Ah, jangan engkau datang mengacauku lagi !• Amboi,lama sungguh kamu mandi !• Cis, berani engkau menentang kata-kataku !• Eh, rupa-rupanya dialah yang membantu saya

menyelesaikan   masalah itu!• Hai, jemputlah masuk ke rumahku!• Kasihan, sudah tiga hari anak kucing ini

mengiau kesakitan !

Page 55: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

ASPEK SEMANTIK

Page 56: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

ASPEK SEMANTIK• Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan

ini berasal daripada perkataanGreek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".

• Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantiks" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur).

Page 57: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu : a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana. b. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

Page 58: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana

i. Hubungan Sebab dan Akibat Contoh : Amir tidak bersungguh-sungguh semasa

belajar. Dia gagal dalam peperiksaan.Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.

ii. Hubungan Sebab Dan Tujuan. Contoh : Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya

dalam pelajaran. Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang

cemerlang.

 

Page 59: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

iii. Hubungan Sebab Dan Hasil Contoh :

Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.Dia seorang pekerja yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri.

iv. Hubungan latar dan kesimpulan Contoh :Lagu itu sungguh enak didengar. Sebenarnya M.Nasir yang menciptanya.

v. Hubungan memperkuatkan isi Contoh :

Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal mayang, berlesung pipit dan hidung mancung.

Page 60: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

b. Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana

i. Kesatuan tajuk atau topik Contoh :

Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)

ii. Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar. Contoh :A. Sudah siap? B. Belum. Bekalan tidak mencukupi.

(Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya)

iii. Laras Bahasa yang bersesuaian. Contoh:

Laras bahasa dalam iklan. Walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.

Page 61: MPU 3012 Penggunaan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Berkesan

SEKIAN,TERIMA KASIH