tugasan edu3093 jamilah

Upload: jamilah

Post on 07-Mar-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

Guru alaf baru mempunyai pelbagai peluang untuk melengkapkan diri dengan kemahiran terkini. Walau bagaimanapun, seseorang guru yang cemerlang tidak seharusnya bergantung kepada organisasi untuk menyediakan latihan untuk memperkembangkan kemahiran professional.

TUGASAN A

Huraikan langkah-langkah yang dijalankan oleh guru dari segi inovasi teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.

Pengenalan Bidang pendidikan merupakan suatu bidang yang sering mendapat perhatian oleh pelbagai pihak di negara ini. Pihak kerajaan amat mengambil berat tentang isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan. Bidang pendidikan memikul tanggungjawab yang besar bagi melahirkan modal insan yang berkualiti untuk membangunkan negara kita. Menurut Johnson, Cleborne dan Liu (1997), persaingan pada abad ini memerlukan sesebuah kreativiti dan inovasi sebagai kemampuansesebuah organisasi untuk berjaya dan berdaya saing dalam dunia globalisasi. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya keperluan inovasi, kreativiti bagi membentuk satu negara yang maju dengan rakyatnya yang sentiasa bersedia untuk bersaing ke peringkat dunia. Oleh itu, penerapan ini seharusnya diterapkan dari bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika kita lihat negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis mereka mengambil berat dalam matapelajaran kreativiti dan inovasi dalam pendidikan (Smaldino, Rusell, Heinich dan Molendo, 2005). Malah, Malaysia sendiri seharusnya menjadikannya contohsaingan untuk menjadi lebih maju dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi.Aspek inovasi merupakan agenda cabaran abad ke-21 yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan (Zamri, 2006). Terdapat beberapa kajian tentang Kemahiran Abad ke-21 yang telah diperolehi dari pelbagai bahan.Sesungguhnya, Falsafah Pendidikan Negara bertekad untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta berkesinambungan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Langkah-langkah Guru Menjalankan Inovasi Teknologi PdP Bagi Membantu Murid-murid yang Mempunyai Masalah Pembelajaran

Menurut Mohd. Izzam dan Norazah (2007), guru memainkan perananyangpenting dalam dunia pendidikandengan menyediakanpelajar ke arahmencapai matlamat danwawasanpendidikan. Olehitu, tahap pengetahuan guru dan persepsiguruterhadap pengajarankemahiranberfikir akan mempengaruhiamalan dalam pengajaran. Justeru itu, keyakinan dan kesedaran dalam diri guru itu sendiri seharusnya dididik terlebih dahulu supaya apa yang dipegang dapat diaplikasikan dalam mendidik anak murid. Kemahiran berfikir itu termasuklah cara pemikiran yang kreatif, mahir strategi pemikiran metakognitif, pemikiran kritis, inovasi dan futuristik.Razhiyah (2006) mendefinisi pendidikan khas ialah program pendidikan yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/ketidakupyaan. Justeru itu, penglibatan guru dalam aliran ini sangat memerlukan cara pengajaran yang kreatif,inovatif dan kritis kerana ianya melibatkan pelajar yang memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan aliran perdana dan mereka juga memerlukan pendekatan yang sesuai dengan kelainan upaya yang mereka miliki. Oleh itu, konsep pembelajaran individu yang menekankanmodel gaya pembelajaran Dunn & Dunn boleh juga di gunakan dalam pengajaran pelajar berkeperluan khas kerana menekan aspek pengajaran berteraskan keperluan pelajar (Rahmad Sukor & Mohd. Subhi, 2001).Sebenarnya golongan pelajar istimewa terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan fizikal yang memerlukan penggunaan perisian teknologi yang sememangnya mendatangkan pelbagai faedah kepada mereka.Selain pendidikan aliran biasa, pendidikan khas juga perlu diambil langkah-langkah dari segi inovasi teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam pendidikan khas mendapat manfaat menerusi teknologi pendidikan yang direka bentuk. Oleh itu, untuk menggalakkan inovasi teknologi di kalangan guru-guru, pihak sekolah sendiri perlulah menyediakan kursus khas untuk meningkatkan kemahiran guru-gurunovis mahupun guru lama dalampenggunaan teknologi Information Communication Technology (ICT). Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian.Terdapat pelbagai usaha dan aktiviti dilaksanakan dalam usaha memupuk dan menanam minat serta membudayakan penggunaan teknologi kepada guru-guru pendidikan khas untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti. Secara umum, program pembangunan kemahiran teknologi,kursus-kursus atau pertandingan yang berkaitan dengan inovasi wajar dilaksanakan bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan mendalami inovasi teknologi. Contohnya, melibatkan ibu bapa, pelajar-pelajar, para pentadbir sekolah serta guru-guru dalam penyertaan inovasi teknologi. Penyertaan dari pelbagai pihak dapat memberi sokongan antara satu sama lain.Selain daripada itu, forum-forum atau perbincangan masyarakat untuk menjana pemikiran masyarakat dengan menggalakkan setiap individu menyumbangkan idea daripada kebolehan yang dimiliki juga boleh dijalankan. Contohnya, mengadakan hari reka cipta antara sekolah, universiti, pihak swasta dan sebagainya. Di sini, penjanaan idea kreatif dan meningkatkan lagi minat serta kepakaran yang dimiliki setiap individu mengenai teknologi.Bagi mempercepatkan lagi proses guru-guru terlibat dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran, penggunaan ICT dan teknologi terkini yang tersedia dimanfaatkan. Sebagai contoh melalui penggunaan laman web, internet,mobile learning,e-pembelajaran, pembelajaran maya, pembelajaran jarak jauh dan sebagainya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara ini bukan sahaja menjadi lebih keberkesanan kos, tetapi juga memudahkan guru-guru pendidikan khas mengikuti perkembangan inovasi dalam pendidikan kerana mereka dapat belajar secara maya tanpa perlu menghadiri kelas sepanjang masa secara fizikal (Rossafri & Balaskrishan, 2007). Secara tidak langsung masyarakat telah mendekati dunia teknologi dan menggunakan teknologi yang ada untuk mencapai inovasi pengajaran dan pembelajaran.Langkah seterusnya ialah melalui kajian dan penyelidikan dalam bidang inovasi pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Seperti yang kita ketahui, banyak persidangan penyelidikan dan kajian inovasi yang diadakan dalam bidang pendidikan di Malaysia, tetapi jarang yang memberi tumpuan kepada inovasi teknologi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas atau murid bermasalah pembelajaran. Boomberg Business (2002) menyatakan salah satu Inovasi teknologi pengajaran dan pembelajaran boleh dalam bentuk produk seperti berikut:

Rajah 1:Iveo Tactile Touch & Audio Learning SystemSumber: Boomberg Business (2002)

Menurut Produk ini sesuai digunakan untuk pelajar yang mengalami masalah penglihatan atau juga mereka yang mengalami masalah pembelajaran. Hal ini kerana sistem Iveo dapat mengajar melalui sentuhan, bunyi dan penglihatan. Jadi ia merupakan produk pembelajaran interaktif untuk pembaca. Selain itu, ia boleh diadaptasi menggunakan semua kaedah pembelajaran yang membolehkan pengekalan ilmu yang diperolehi adalah lebih lama. Tambahan juga, alat ini boleh mengeluarkan Braille yang sesuai untuk mereka yang bermasalah penglihatan.Oleh itu, pengintegrasian teknologi dalam bilik darjah telah membantu guru menangani kepelbagaian keperluan pelajar sama ada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran atau masalah fizikal selain mereka yang pintar cerdas.

TUGASAN B

Dalam proses berinteraksi dengan rakan sekerja, seorang guru yang berkesan perlu mengurus emosi. Berdasarkan temuduga dengan dua orang guru di sekolah, analisis dan jelaskan strategi yang berkesan untuk mengurus emosi.

PengenalanEmosi boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan pada orang dan benda iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat dan terkejut.Bolehkah kita tidak beremosi? Jawapannya ialah tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang. Menurut Kokkino (2007), perkataan emosi berasal daripada latin emover yang bermaksud bergerak, kegembiraan dan kegusaran. Perkataan emosi digunakan bagi menggambarkan pengalaman subjektif seeorang seperti cinta, marah, suka, resah, tertekan, malu, benci, duka, gembira, tenang dan pelbagai lagi. McCormick (1997) menyatakan emosi sebagai satu perasaan yang kuat dan pelbagai jenis contohnya, kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan ataupun berlakunya gangguan pada perasaan. Emosi lahir dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri. Justeru itu, emosi sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia yang boleh mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara maluri bergantung pada sesuatu situasi. Pendidikan tempatan yang sering mengalami perubahan turut menjadi satubebankepadagolonganguru.Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikandiMalaysiaterutamanyamasalahpelajar, bebanantugas, isu penilaian prestasi guru sertaperubahandasar-dasaryangtidakpernahselesai (Sevakame, 2003). Kesemuanya ini memerlukan pandangan guru terhadap apa yang dialami. Perubahan ini juga pasti akan menyebabkan tekanan ke atasguru. Berdasarkan kajian terhadap guru-guru prasekolah, terdapat beberapa punca yang menyebabkanberlakunyatekananke atasguru iaitu guru selalu dipersalahkan jika berlaku salah laku atau pencapaian akademik yang rendah. Ibu bapa masa kini terlalu memanjakan anak-anak sehingga menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap perilaku mereka. Adakalanya,ibu bapacepat mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkananakmereka.Menurut Cooper (1998), isugangguan emosi di kalangangurutidakhanyaberpuncadaripada persekitarandisekolahtetapiberlaku disebabkanoleh masalahperibadiyang dihadapi oleh mereka.

Strategi Berkesan Mengurus Emosi.Setiap guru mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza dan mereka juga tidak terlepas dari masalah yang berlaku di persekitaran mereka iaitu penceraian,masalahkeluarga,masalahkewangandansikapyangtidakberminat dengankerjaya guru. Apabila beradaditahapkritikal,gurutidakmampumengawal masalah yang dihadapi dan membawa masalah tersebut ke tempat kerja. Dalam tugasan ini, saya telah menemubual dua orang guru iaitu seorang guru bimbingan dan kaunseling dan seorang penolong kanan pentadbiran sekolah) ditemubual berkaitan cara mengurus emosi yang berkesan di kalangan mereka. Guru bimbingan dan kaunseling, Cikgu Noor (bukan nama sebenar) mempunyai pengalaman mengajar dua belas tahun. Semasa temubual bermula, tujuan dan definisi emosi diterangkan kepada beliau. Oleh kerana beliau merupakan seorang guru bimbingan dan kaunseling, beliau sangat arif dalam bidang pengurusan emosi. Mengikut pendapat beliau, untuk membolehkan seseorang meningkat daya tahan mengawal emosi, jiwa seseorang perlu ditenangkan terlebih dahulu. Fikiran yang kusut dan kerunsingan serta ketegangan emosi adalah punca cepat marah. Bila emosi telah menjajah pemikirannya, kewarasan menilai dan membuat keputusan pun hilang. Tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita mencari ketenangan jiwa jika diri kita tidak berusaha untuknya. Beliau mengemukakan dua strategi mengurus emosi secara berkesan. Berikut ini disenaraikan rukun-rukun ketenangan jiwa beliau. Ia membantu beliau melegakan jiwa yang bergelora dan bertindak dengan penuh kematangan.Yang pertama, mendekatkan diri kita dengan agama. Bagi beliau, setiap agama menyeru kita untuk berdamai dan bersahabatan antara satu sama lain. Jika diri kita mengenang kembali setiap seruan agama, kita akan lebih mudah menerima sikap individu yang kurang menyenangkan (Jaafar, 2003). Sebenarnya, tiada manusia yang dikatakan sempurna. Kalau diri kita hendakkan insan yang memuaskan emosi dan hasrat kita sahaja, kita tidak akan mempunyai kawan. Yang penting, kita mencari kelebihan dan kesamaan setiap insan dunia. Akhirnya, dirinya juga akan terpedaya oleh kesopanan dan kemuliaan kita. Kata pepatah Setiap corak komunikasi yang kita dapat adalah suatu gambaran dari komunikasi diri sendiri. Bagaimana kita melayan orang , begitu jugalah orang lain akan melayan dengan diri kita.Yang kedua, beliau cuba mengelakkan individu yang bermasalah. Menurut Tan (1991), strategi pengelakkan merupakan salah satu strategi mengurus emosi. Cara terbaik untuk mengelakkan diri kita dari kemarahan ialah dengan mengasingkan diri kita dari individu yang tidak seiras dengan perjuangan kita. Contohnya, jika kita merasai seseorang mempunyai nilai hidup dan sikap yang memang bercanggahan dengan citarasa kita, elakkan sahaja. Jangan rosakkan perasaan kita. Jika diri kita masih kecil dan kita tidak dapat melarikan diri dari sikap ibu bapa yang bermasalah, belajar memaafkan mereka. Ingat, setiap individu yang bermasalah adalah cermin kepada hidup kita sendiri. Katakan dengan diri sendiri, saya tidak mahu menjadi orang sepertinya. Kita juga boleh berdoa, Semoga orang yang bermasalah ini akan sedar suatu hari. Kalau tidak, hidup dirinya juga tidak akan sampai ke mana. Kita perlu berasa bangga kerana kita mempunyai keperibadian yang jauh lebih mulia darinya.Manakala responden kedua, Cikgu Mohamad (bukan nama sebenar) mengemukakan tiga strategi lain untuk mengurus emosinya. Beliau merupakan penolong kanan pentadbiran sekolah, guru Bahasa Melayu Tahun 5 dan juga merupakan pentadbir sekolah. Beliau menyatakan bahawa kobolehan mengendalikan emosi memerlukan usaha dan pembelajaran yang berterusan. Menurut beliau, dalam Islam, cara khusus diajar supaya manusia dapat mengendalikan emosinya dengan baik seperti selalu mengingati Tuhan dengan berzikir dan bertahmid. Menurut Boyle, Borg, Falzan dan Baglioni (1995), meditasi merupakan salah satu cara mengurus emosi yang berkesan. Selain itu, Islam juga mengajar kita supaya banyakkan berdoa dan bermuhasabah diri. Beliau selalu menasihatkan diri sendiri supaya banyak bersabar, selalu bertenang, usah kecewa dan sebagainya. Hasil dapatan temu bual responden kedua adalah sama dengan responden pertama iaitu mendekati tuhan.Selain daripada itu, strategi kedua beliau mengurus emosi ialah dengan memotivasikan diri sendiri. Menurut Chaplan (1995), kepintaran emosi dapat ditingkatkan dengan mendorong diri sendiri supaya membina emosi yang stabil dan seimbang. Beliau menyatakan bahawa walaupun ramai daripada kita masih memerlukan pihak lain untuk memotivasikan diri sendiri namun amat penting bagi diri sendiri memiliki keyakinan diri untuk berubah. Memilih sama ada hendak berubah ataupun tidak, terletak atas diri sendiri (Punanesvara, 2000). Orang lain hanya sekadar membantu mempertingkatkan iltizam dan kemahuannya untuk berubah. Oleh itu, dalam konteks kepintaran emosi, seseorang itu seharusnya berusaha mendorong emosi supaya lebih stabil dan seimbang dalam pelbagai keadaan dan situasi. Beliau sentiasa jadikan kemarahan sebagai punca kesedaran diri. Belajar dari emosi diri kita dan berusaha mendapat ajaran dari setiap pergolakan emosi. Strategi ketiga beliau adalah mengenal perasaan orang lain. Beliau berpendapat bahawa apabila kita mempertahankan pendirian diri, kita akan gagal memahami mengapa orang lain berbuat sesuatu yang menyakitkan kita. Setiap individu mempunyai sebab yang tersendiri waktu dirinya melakukan sesuatu. Jika kita gagal menilai makna di sebalik perbuatannya, kita akan terus menuduh dan menyalahkan orang lain. Dalam hal ini, masalah bukan sahaja tidak diselesaikan; sebaliknya permusuhan dan rasa tidak puas hati akan berlarutan. Black (2003) menyatakan bahawa bila kita tahu masalah yang dihadapi oleh dirinya, kita akan berkata tidak apa, saya maafkan kita. Saya tahu kita buat begini dalam keadaaa yang terpaksa dan saya faham diri saya juga mungkin akan melakukan perkara yang sama jika diri saya terjebak dalam keadaan yang sama.Oleh itu, kata pepatah Emosi kita adalah guru yang paling baik (Jaafar, 2003). Setiap perasaan memberitahu kita tentang kualiti hidup kita sendiri, sama ada yang baik atau yang jahat. Amalkan semua pendekatan diatas dan kita akan dapat mengawal hidup lebih lebih berkesan. Dengan erti kata lain, kita adalah tuan pada hidup kita sendiri. Ilmu pengawalan emosi juga dikenal sebagai Ilmu Penguasaan Diri (Self Mastery). Semakin kita dapat mengawal diri sendiri, semakin tinggilah kualiti motivasi hidup kita.

TUGASAN C

Tuliskan satu artikel yang member focus kepada Sejauhmanakah guru bersedia menangani cabaran perpaduan dalam masyarakat majmuk.

PengenalanSelepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Di sini guru perlu main peranan dalam menerapkan semangat perpaduan di kalangan pelajar agar masalah ini dapat di atasi.Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) ....the road to a cohesive and proggressivesociety is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan duri.

Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari :

i. Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Sosialii. Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomiiii. Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politikiv. Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Agamav. Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Globalisasi

Persediaan Guru Menangani Cabaran Perpaduan dalam Masyarakat MajmukMerujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku Pengajian Malaysia , terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.Sebagai seorang guru, kita perlu tahu strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Antaranya ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya. Guru perlu tahu sejarah dengan lebih mendalam supaya dapat menyampaikannya kepada para pelajar. Peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan.Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum perlu disemai dan dipraktikan oleh pelajar di bangku sekolah rendah lagi.. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang program pembangunan negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.Guru-guru sepatutnya memahami maksud dan arah tuju konsep hubungan etnik dalam dasar pembangunan Negara. Seseorang guru perlu menyedarkan para pelajar tentang usaha kerajaan untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Jurang kemiskinan sepatutnya bukan penghalang untuk seseorang guru memupuk semangat perpaduan di kalangan muridnya kerana usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Guru perlu mengambilkira pembangunan yang seimbang para pelajar dari setiap sudut kerana perkara itu mampu menggerakkan para pelajar untuk sentiasa mengamalkan nilai2 kerjasama dan bersatu padu di atara pelbagai kaum untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.Program-program dan aktiviti perpaduan seperti RIMUP, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara juga merupakan persediaan dalam menangani cabaran perpaduan dalam masyarakat majmuk. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini. Selain itu, guru perlu berperanan dan menjadi role model kepada pelajar dengan penerimaan budaya setiap pelajarnya secara terbuka. Secara amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik. Disamping itu kepentingan agama didahulukan.. Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Oleh sebab itu, seseorang guru sewajarnya sentiasa mengamalkan cirri-ciri akhlak yang mulia tanpa mengira kaum dan kepercayaan serta pegangan agama. Adat istiadat yang sentiasa dlpatuhl dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan hendaklah diterima secara terbuka oleh seseorang guru agar para pelajar dapat mencontohinya.Menghormati dan mengiktiraf hari-hari perayaan semua kaum amatlah penting ditanamkan kepada para pelajar. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Kesemua adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung beragama Islam hendaklah memmberi salam 'Assalamu'alaikum'. Pengunjung bukan Islam memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut.Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum ialah semasa memberi hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan kata-kata yang bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu mestilah membuka kasut kecuali jika tuan rumah membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan mengatakan 'saya akan datang lagi' serta berjabat tangan. Masyarakat Cina pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa berkunjung ke rumah orang dna, tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah. Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan. Semua perkara seperti ini hendaklah sentiasa dipupuk kepada para pelajar kerana adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling memahami adat dan kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak timbullah persoalan ketidak sefahaman antara kaum. Kesimpulannya, seseorang guru perlu memastikan setiap pelajarnya menghayati dan menanamkan sikap perpaduan antara semua kaum. Ini adalah perkara utama yang harus diberi perhatian. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak terutamanya para guru adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

Rujukan

Punanesvaran, A. N. (2000). Hubungan bebanan kerja dengan tekanan kerja di kalangan guru lelaki dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di kawasan bandar (Kajian Ilmiah). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rossafri Mohamad dan Balaskrishnan A/L Munindy. (2007). Kepimpinan teknologi bagi melahirkan kepimpinan instruktional yang cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Pendidikan, 17(02), 91-104.

Razhiyah, K. A. (2005). Menjadi guru pendidikan khas. Kuala Lumpur: PTS Professional.

http://www.ippbm.gov.my/dokumen/jurnal/Jurnal_IPPBM_Volume8%284_july%29.pdf di akses pada 01 Sept 2015

http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1783/4/INTERNET.pdf di akses pada 01 Sept 2015

CIKGU RAZAK di Isnin, Jun 30, 2014. Perpaduan kaum di Malaysia. http://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/tugasan-pt-3-sejarah_365.html di capai pada 01 Sept 2015.

Rapii B. Salam. Kepentingan memupuk Perpaduan kaum. http://zaizak69.blogspot.com/2011/09/perpaduan-kaum-di-malaysia.html di capai pada 01 Sept 2015

http://www.slideshare.net/nurinbatrisyia/134819243-tugasanulasankritikaljurnaldanartikel diakses pada )1 Sept 2015

http://www.assafii.com/v2/index.php/en/kepimpinan-dan-organisasi/skksm di capai pada 4 September 2015.

SALINAN SOFTCOPY (CD)Jamilah Binti Mail 18