tugasan bm jue mei 2011 terkini (a)

Upload: julia-bt-benjamin-siri

Post on 07-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah BM

TRANSCRIPT

ABSTRAK

HBML4103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAMEI / 2011

HBML4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUNO. MATRIKULASI

: 691017135522002

NO. KAD PENGNEALAN: 691017-13-5522

NO. TELEFON

: 0199885256 / 0148236950

E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA KAMPUS DATO

RAZALI ISMAIL, KUALA

TERENGGANUKANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2

2.0 KONSEP DALAM PENULISAN

2.1 Penulisan Perenggan Pendahuluan

2.2 Penulisan Perenggan Isi

2.3 Penulisan Perenggan Penutup6

7

10

12

3.0 PROSES MENULIS DAN KAEDAH PENULISAN

PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP

3.1 Penulisan Perenggan Pendahuluan

3.2 Penulisan Perenggan Isi

3.3 Penulisan Perenggan Penutup13

13

15

17

4.0 RUMUSAN

19

5.0 RUJUKAN

20

ABSTRAKMakalah ini membincangkan tentang kaitan ketidakupayaan bahasa Melayu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Berdasarkan kupasan tersebut dirumuskan bahawa terdapat tiga faktor utama, yakni faktor sejarah, faktor pendidikan dan faktor sikap pengguna bahasa Melayu yang menjadi punca bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Makalah ini selanjutnya membincangkan langkah-langkah yang harus diambil oleh pelbagai pihak dalam memartabatkan bahasa Melayu. Kekuatan bahasa Melayu seharusnya setanding dengan kekuatan bahasa Inggeris dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman, dan bahasa Jepun yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya.1.0PENGENALAN

Hubungan antara bahasa dengan sesuatu bangsa memang hal yang penting difahami dengan mendalam agar kewujudan bahasa itu tidak dinilai sekadar sebagai alat komunikasi semata-mata. Apabila bahasa dinilai daripada sudut yang sempit, iaitu sebagai alat komunikasi semata-mata, maka peranan bahasa sebagai roh atau jiwa sesuatu bangsa tidak difahami atau tidak dianggap penting, sehingga orang yang berkaitan dengan pandangan itu tidak menilai pentingnya bahasa milik bangsanya sebagai asas jati diri. Hubungan antara pemartabatan bahasa kebangsaan dengan pembinaan negara bangsa amat relevan dengan kemelut yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai salah satu asas pembinaan negara bangsa, sejak kemerdekaan hingga kini. Kita perlu sedar dalam pertumbuhan dan perkembangan tamadun manusia, bahasa menjadi salah satu unsur penting sebagai penayang pandangan sarwa masyarakat, sebagai pengungkap falsafah, ilmu dan pemikiran serta sebagai alat kreativiti insan dalam pelbagai bidang kehidupan.Seperti sedia maklum, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipersoalkan lagi. Ia amat jelas terpahat dalam Perkara 152. Oleh itu, usaha mengatasi masalah penggunaan bahasa ini di kalangan rakyat di negara ini mesti dipergiatkan lagi supaya ia kekal revelan dalam era globalisasi polisi bahasa yang melanda dunia pada masa ini. Bahasa memainkan peranan yang penting dalam membina semangat dan jati diri berkaitan kenegaraaan. Ini adalah sebahagian kaedah untuk mengukuhkan semangat patrriotisme. Bahasa adalah sembolik kepada perpaduan di kalangan masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang. Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu perkara yang sangat mencabar dan penuh permasalahan. Ia berkait rapat dengan soal jati diri orang Melayu dan bangsa Malaysia amnya. Bahasa Melayu itu sendiri sedang menghadapi cabaran dan rintangan yang hebat di dalam negara sendiri. 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUNZaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. Bahasa Melayu dalam zaman Kesultanan Melayu benar-benar menjadi tonggak tamadun kerana digunakan dalam segenap lapangan kehidupan, pentadbiran, undang-undang, diplomasi, perdagangan, ilmu dan pendidikan. Kehebatan bahasa Melayu pada abad ke-16 dirakamkan oleh sarjana Belanda Francois Valentijn sebagai yang berikut:

Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja difahami di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina.

(Nik Safiah Karim et al. 2003: 14)3.0FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BAHASA MELAYU HILANG UPAYA UNTUK BERSAING DENGAN BAHASA BAHASA LAIN DI DUNIA3.1Faktor Sejarah

Martabat bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah (Belanda di Indonesia dan Inggeris di Malaysia) dengan menurunkan darjat bahasa itu daripada bahasa besar dan bahasa perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular yang disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk lingkungan masyarakat Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disetarafkan dengan bahasa keturunan yang dibawa oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu keturunan Cina dan India dengan menjadikannya bahasa penghantar di sekolah vernakular Melayu, sama halnya dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah vernakular India. Sehingga kini kita telah 54 tahun mencapai kemerdekaan dan kesemua bangsa di Malaysia khususnya orang Melayu telah menunjukkan tolak ansur dalam pelbagai isu. Di peringkat awal kaum Melayu telah menerima kaum-kaum bukan Melayu sebagai warganegara dan nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia. Tetapi kini apa yang membimbangkan ialah beberapa hak asasi orang Melayu telah dan akan tertolak secara sistematik. Apa yang berlaku hari ini ialah berlaku penolakan secara ansur-ansur nilai-nilai Melayu. Kini bahasa Melayu ditukarkan kepada bahasa Malaysia . Wajib diingat ungkapan bahawa Bahasa Jiwa Bangsa. Secara jelas bahasa Melayu melambangkan jiwa Melayu. Ketika di zaman British, Kad Pengenalan ada tertera perkataan BANGSA MELAYU tapi sekarang tiada lagi. Seharus juga diingat, dahulu, kita ada sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Namun sekarang ini kita cuma ada sekolah Kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Mana sekolah Melayu? Apabila sekolah Melayu ditukar menjadi sekolah Kebangsaan, apakah orang Cina dan orang India telah menghantar anak mereka ke sekolah Kebangsaan? Janganlah barang yang dikejar tidak dapat, barang yang dikendung pula keciciran. Apakah dengan perubahan bahasa Melayu ditukar menjadi bahasa Malaysia ini akan merangsang orang Cina, India dan kaum yang lain-lain akan bercakap dan menulis di dalam bahasa Malaysia? Kita percaya bahawa integrasi dan asimilasi penting untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bersifat multi-etnik demi keharmonian dan pembangunan negara . Tetapi apabila setiap kali nama atau istilah Melayu ingin dipadamkan maka ianya perlu dibincangkan secara berhati-hati serta perlu mendapat kebenaran secara total daripada keseluruhan strata orang Melayu.3.2Faktor PendidikanDalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu hanya menjadi bahasa penghantar sekolah Melayu yang terbatas pula jangkauan bidang ilmu dan kemahirannya. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-mata untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa dan dengan demikian berupaya membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan. Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keeksklusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris. Namun, apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Secara ketara, pendidikan negara mulai disalut dengan kaedah-kaedah baru dengan perantaraan media baru iaitu bahasa Inggeris.Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tonggak pembinaan negara. Di Malaysia, para bahasawan, pemikir dan budayawan amat bimbang dengan kerapnya terjadi perubahan terhadap pendekatan pelaksanaan dasar bahasanya. Fungsi bahasa dalam sistem pendidikan negara merupakan sesuatu yang utama, kerana kesan dan akibat jangka panjangnya. Suatu waktu di Malaysia banyak dibahaskan tentang penulisan dan penterjemahan ilmu dalam bahasa Melayu yang masih kekurangan dan perlu dipergiatkan. Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman, Rusia, Itali dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap, tetapi kita kelihatan tidak berupaya berlangkah seiring dengan mereka. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka dan sentiasa mementingkan bahasa mereka sebagai bahasa sains dan bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya situasi mutakhir di rantau ini telah banyak menimbulkan keraguan terhadap keyakinan, keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Cuba bayangkan apakah akibat jangka panjangnya, kalau sistem pendidikan nasional berubah dasar bahasa pengantarnya kepada bahasa Inggeris. Institusi-institusi pengajian tinggi akan mengubah dasar mereka terhadap bahasa dan muncul paradigma yang menganggap ilmu hanya mampu diungkapkan dalam bahasa Inggeris itu. Lingkaran fikiran dan perasaan bangsa akan ikut betukar kepada persepsi yang lebih kepada yang asing bukannya amalan positif kepada bahasa negara sendiri. Kedaulatan bahasa Melayu tidak akan dapat dipertahan dan diperkukuh walhal bahasa Melayu itu sudah terbukti kemampuannya menjadi bahasa ilmu, sains dan teknologi. Ketaksuban bahawa bahasa Inggerislah yang akan menjadikan maju mundurnya sesebuah bangsa akan merugikan peradaban sendiri. 3.3Faktor Sikap Pengguna Bahasa MelayuSebagai bahasa yang boleh membawa kejayaan pragmatik kepada rakyat Malaysia, bahasa Melayu mempunyai modal linguistik yang bukan saja mencukupi, malah agam sekali. Ia memiliki korpus yang efisien sekali. Antaranya, sistem ejaan yang kemas, dua sistem tulisan Rumi dan Jawi yang mantap, kosa kata yang senantiasa berkembang, bilangan lebih daripada sejuta istilah ilmiah dan nahu yang dibakukan. Tetapi malangnya, bahasa Melayu tidak pernah diyakini sepenuhnya oleh rakyatnya sendiri, sejak dinobatkan sebagai bahasa negara pada 1957. Untuk sekian lama, ia dibelenggu pelbagai persoalan kemasyarakatan yang semuanya ditimbulkan rakyat Malaysia sendiri, sering kali pula oleh orang Melayu sebagai penutur natifnya. Pelbagai komen yang memperlihat sikap negatif daripada orang Melayu sendiri terhadap kemampuan bahasa Melayu, bukan saja amat dikesali tetapi yang lebih mudarat lagi adalah ia boleh memberi implikasi tidak baik kepada orang bukan Melayu untuk terus menghormati bahasa Melayu, apatah lagi menyanjunginya. Bahasa Melayu mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaitu: i. Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan. ii. Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa SMS, bahasa sembang di Internet dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.

Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing, misalnya precinct, parcel dan boulevard. Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada beberapa perkara berikut:i.Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan

peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

sehingga masih banyak urusan rasmi tidak mengutamakan bahasa Melayu.ii.Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan penggunaan bahasa dalasektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam dan penyiaran.iii.Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan pelaksanaan beberapa keputusan dan pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib.iv.Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang kadangkala berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan bahasa Melayu.

v.Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Jika bahasa Melayu digunakan pula, masih besar jumlah anggota masyarakat yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang tidak begitu mencerminkan budaya tinggi.vi.Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut

mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pada DBP mengusahakan penglibatan sektor swasta menggunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan mereka, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004) membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada papan perniagaan dan iklan. Seorang menteri kanan pula, mengajak masyarakat mengabaikan pejuang bahasa yang didakwanya berfikiran sempit.Sebenarnya usaha memperkasakan Bahasa Melayu semacam sudah dilupai, seolah-olah seperti bidalan terpijak pergi terlanda pulang. Boleh juga dikatakan bahawa piel atau sikap yang ada ialah sikap tangkap muat. Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan internet. Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms, dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita. Perkataan terbaru sering memasuki perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. Fenomena kini, bahasa Melayu dituturkan separuh Melayu separuh Inggeris, di kalangan sektor swasta pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam bahasa Melayu, itu pun adunan bahasanya dalam keadaan lintang-pukang seolah-olah sekerat ular sekerat belut. Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. Bersediakah kita mempertahankan diri agar jati diri dan kesinambungan bina bangsa terjamin?4.0LANGKAH-LANGKAH GOLONGAN INTELEK DALAM

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU4.1 Peranan Pihak Kerajaan

Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu, contohnya, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan semula supaya semua urusan rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua peruntukan tentang bahasa kebangsaan yang terdapat dalam undang-undang negara hendaklah bukan sahaja dihormati malah dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur oleh semua lapisan, daripada pemimpin negara hingga penjawat awam dan masyarakat umum. Pindaan dan perluasan peruntukan akta yang berkaitan - pindaan Akta Bahasa Kebangsaan yang memberikan cakupan lebih luas penggunaan bahasa Melayu. Selain itu, akta yang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Penyiaran dan Undang-Undang Kecil Pengiklanan mestilah dikuatkuasakan pelaksanaannya secara tegas.

4.2 Peranan Dewan Bahasa dan PustakaPengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu merupakan usaha yang perlu ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai bahasa budaya tinggi, melalui penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan elektronik). Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebangsaan melalui semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak swasta hendaklah secara aktif dan terancang menyertai program pemasyarakatan bahasa kebangsaan di seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksanakan setiap tahun selama sebulan. Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah diminta merancang dan menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari waktu ke waktu dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir dalam sektor di luar lingkungan orang atau institusi khusus dalam bidang bahasa dan sastera.

4.3 Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia

Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula, dari peringkat prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi. Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia dalam dua aspek yang penting. Aspek pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Sebarang usaha berundur daripada keputusan yang penting dan bijaksana serta telah membuktikan kejayaan dalam proses pembinaan negara hendaklah dielakkan. Kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti-universiti lain dalam pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk pelbagai bidang ilmu tidak harus direncatkan. Aspek yang kedua ialah pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan pengajaran dan pembelajaran, sukatan pelajaran, buku teks dan bacaan tambahan serta melalui pelbagai kegiatan kokurikulum.

4.4Peranan Guru

Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. Peranan guru amat besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar memartabatkan bahasa Melayu. Semua dasar dan pembaharuan pendidikan, terutamanya dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif. 4.5Peranan sektor swasta

Sektor swasta harus memainkan peranannya untuk memartabatkan bahasa Melayu. Sektor swasta juga perlu mengakui nilai ekonomi bahasa Melayu dan menjadikan bahasa Melayu alat komunikasi dalam menjalankan urus niaga. Misalnya, mesyuarat syarikat, dokuman perjanjian, laporan tahunan dan sebagainya bolehlah ditulis dalam bahasa Melayu. Melalui cara ini martabat bahasa Melayu dapat ditingkatkan. Selain itu sektor swasta haruslah lebih prihatin dalam soal penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam pengiklanan. Keyakinan dan perubahan sikap sektor swasta terhadap penggunaan bahasa Melayu dapat menjadikan bahasa Melayu sebagai pelopor dalam pengiklanan.Usaha ini patut dilaksanakan secara menyeluruh dengan meningkatkan paparan iklan dalam bahasa Melayu.4.6 Peranan Media Massa

Dalam era globalisasi kini, perkembangan media massa sebagai alat atau medium penyampai maklumat yang pantas tidak dapat dipertikaikan. Ia memberikan satu momentum baru dalam kehidupan manusia. Jika dahulu penggunaannya terbatas namun dengan kecanggihan teknologi segala maklumat dapat diperolehi dengan mudah. Kemudahan ini telah memberi peluang bagi memartabatkan bahasa Melayu. Segala maklumat dapat diakses melalui portal-portal yang dicipta dan disebarkan melalui sesawang atau internet oleh mana-mana individu. Proses-proses kempen memartabatkan bahasa melayu dapat dilakukan oleh pencinta bahasa Melayu.

5.0RUMUSAN

Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang yang penting diberi perhatian yang sama beratnya, termasuk bidang bahasa. Dalam konteks pembentukan jati diri dan citra negara ini pula, dasar-dasar yang bersifat endoglosia, iaitu berasaskan keperibumian yang disokong oleh hakikat sejarah kebudayaan dan tamadun di negara dan di rantau ini perlu dipertahankan dan ditingkatkan. Tidak seharusnya berlaku keadaan negara menuju kejayaan ekonomi dan industri sementara mengalami kehancuran dari segi unsur dalaman bangsa, terutama bahasa dan budaya. Oleh itu, kerjasama antara semua kementerian, jabatan, agensi, pertubuhan, sektor swasta dan orang perseorangan perlu digemblengkan secara bersepadu oleh pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan pencapaian yang seimbang. Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa ranah-ranah lain di negara berdaulat ini hendaklah dilihat sebagai amanah besar yang perlu dilaksanakan oleh semua warganegara. Yang paling utama ialah ketekalan sikap dan pendirian para pemimpin negara agar peranan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang pembinaan negara bangsa terus ditingkatkan dan diperkukuh. Bahasa kebangsaan, yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera sebagai roh bangsa dan negara yang merdeka tidak seharusnya dikorbankan atas nama pembangunan dan kemajuan, kerana kemajuan yang hakiki turut meliputi keupayaan kita maju dalam bahasa dan landasan budaya kita sendiri.(2964 patah perkataan)6.0BIBLIOGRAFI

A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Abdul Hamid Mahmood, 1995. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran dan

Harapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan (Ed.). 2005. Suara Pejuang Bahasa. Kuala

Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia dan Dawama.

Asraf (Ed.). Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur:

Persatuan Linguistik Melayu.

Awang Sariyan, 1984. Isu-Isu Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Awang Sariyan. 2005. Hakikat Bahasa dan Realisasi Fungsinya dalam Pembinaan

dan Penakatan Tamadun. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Russel Jones, 1990. Sejarah Bahasa Melayu. Pensejarahan Bahasa Melayu di

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

_1253083327.bin