tugasan 4

4
REFLEKSI KERJA KURSUS Pada mulanya mendapat tugasan ini pelbagai perasaan timbul.Perasaan teruja, risau,keliru dan rasa janggal bercampur aduk memandangkan subjek Titas ini telah mula-mula memberikan suntikan pertama kepada kami tentang tanggungjawab yang bakal kami jalankan buat pertama kalinya sejak bertahun-tahun meninggalkan tanggungjawab ini sebagai seorang pelajar di Institut Perguruan . Hal ini demikian kerana,kali terakhir kami melakukan tugasan mungkin ketika berada di Maktab Perguruan suatu ketika dahulu.. Namun begitu kami sedaya upaya cuba menerima bahawa kami sudah pun berada dalam progam ijazah dan bukan lagi guru biasa yang rutinnya mengajar di sekolah dan menjalankan tanggungjawab guru seperti biasa di sekolah. Pada mulanya kami mengorak langkah dengan cuba untuk memahami kehendak tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kami, padamulanya juga saya sememangnya memahami kehendak tugasan itu tetapi setelah melihat nota dan bahan yang dikumpul untuk menyiapkan tugasan tersebut saya berasa agak keliru kerana terlalu banyak untuk dilakukan bagi menyiapkan tugasan tersebut. Mujurlah kami diberi masa dan peluang untuk mengumpul bahan dan membincangkan semula cara yang betul bagi menyiapkan tugasan kami . Kami menggunakan peluang ini sebaik mungkin dengan cuba mendapatkan penjelasan secara lebih terperinci agar kami dapat menyelesaikantugasan tersebut dengan lebih mudah. Pesyarah kami sememangnya komited dan cubamembantu kami selagi yang boleh. Setelah mendapatkan penjelasan yang lebihterperinci akhirnya kami memahami kehendak tugasan, yang diberikan dan seterusnya kami membahagikan tugas masing-masing agar tugasan ini dapat diselesaikan dengan lebih mudah serta mewujudkan satu semangat kerjasama dalam pasukan

Upload: syazami-sabri

Post on 17-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

,

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan 4

REFLEKSI KERJA KURSUS

Pada mulanya mendapat tugasan ini pelbagai perasaan timbul.Perasaan teruja, risau,keliru dan

rasa janggal bercampur aduk memandangkan subjek Titas ini telah mula-mula memberikan

suntikan pertama kepada kami tentang tanggungjawab yang bakal kami jalankan buat pertama

kalinya sejak bertahun-tahun meninggalkan tanggungjawab ini sebagai seorang pelajar di Institut

Perguruan . Hal ini demikian kerana,kali terakhir kami melakukan tugasan mungkin ketika berada

di Maktab Perguruan suatu ketika dahulu.. Namun begitu kami sedaya upaya cuba menerima

bahawa kami sudah pun berada dalam progam ijazah dan bukan lagi guru biasa yang rutinnya

mengajar di sekolah dan menjalankan tanggungjawab guru seperti biasa di sekolah. Pada

mulanya kami mengorak langkah dengan cuba untuk memahami kehendak tugasan yang telah

diberikan oleh pensyarah kami, padamulanya juga saya sememangnya memahami kehendak

tugasan itu tetapi setelah melihat nota dan bahan yang dikumpul untuk menyiapkan tugasan

tersebut saya berasa agak keliru kerana terlalu banyak untuk dilakukan bagi menyiapkan tugasan

tersebut. Mujurlah kami diberi masa dan peluang untuk mengumpul bahan dan membincangkan

semula cara yang betul bagi menyiapkan tugasan kami . Kami menggunakan peluang ini sebaik

mungkin dengan cuba mendapatkan penjelasan secara lebih terperinci agar kami dapat

menyelesaikantugasan tersebut dengan lebih mudah. Pesyarah kami sememangnya komited

dan cubamembantu kami selagi yang boleh. Setelah mendapatkan penjelasan yang

lebihterperinci akhirnya kami memahami kehendak tugasan, yang diberikan dan seterusnya kami

membahagikan tugas masing-masing agar tugasan ini dapat diselesaikan dengan lebih

mudah serta mewujudkan satu semangat kerjasama dalam pasukan kami.Setelah mengambil

masa beberapa hari untuk menyiapkan bahagian masing-masing akhirnya kami berjaya juga

menyiapkan bahagian –bahagian terseb ut. Kemudian, kami berkumpulbersama untuk

menggabungkan hasil kerja kami dan melengkapkan segala kandunganyang diperlukan dalam

tugasan kami ini. Akhirnya kami berjaya menyiapkantugasan yang diberikan oleh pensyarah kami

sepenuhnya dalam tempoh yang diberikan. Kami berasa amat lega sekali kerana walaupun

terdapat pelbagai masalahdan ketidakfahaman namun kami berjaya juga menyiapkan tugasan

yang diberikan.Selain itu kami juga berasa cukup gembira dengan kerjasama yang diberikan

antara kami. Di sini kami mengambil kesempatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada setiap orang yang telah membantu kami ketika menyiapkan tugasan ini.

Page 2: tugasan 4

Tugasan ini yang berkait dengan bab 2 dalam subjek TITAS iaitu Interaksi

antara tamadun-tamadun di Asia banyak mengasah memori kami tentang ilmu –ilmu

ketamadunan awal yang telahpun wujud berabad-abad tahun lamanya. Kami akui

banyak perkara yang telah tenggelam dari ingatan, banyak juga yang masih belum

kami ketahui. Jadi, melalui tugasan yang di beri sekurang-kurangnya kami lebih

mendalaminya serta berasa bersyukur dengan keharmonian, kejayaan dan segala

kemajuan yang dikecapi oleh kami selama ini sebagai rakyat Malaysia yang pastinya

tidak terlepas dari menikmati faedah hasil dari kerja kuat , kesungguhan dan

ketabahan tokoh-tokoh dari tamadun Islam terdahulu membangunkan ketamadunan

ini sejak dari awal lagi. Bagi kami, sebagai penganut Agama Islam dan sebagai

muslim kami seharusnya berbangga apabila mengetahui bahawa Tamadun Islam

merupakan satu Tamadun yang sangat pesat berkembang sejak dari dahulu dalam

pelbagai bidang iaitu sains, perubatan,teknologi,matematik, geografi dan berbagai-

bagai lagi. Ianya bukan sahaja memberi manfaatnya kepada orang-orang Islam

namun kehebatan tamadun ini turut memberikan impak besar yang sangat

bermanfaat kepada penganut-penganut agama lain khususnya serta seluruh

manusia di muka bumi amnya. Tugasan ini juga membuatkan kami benar-benar

memahami sejarah kewujudan pelbagai bidang yang menjadi tonggak asas kepada

keperluan kemajuan tamadun pada masa kini. Kami juga sangat tertarik dengan

kaitan antara pelbagai tamadun yang menunjukkan begitu komitednya orang-orang

dari abad-abad terdahulu menerajui kemajuan demi memastikan anak cucu mereka

memperolehi satu kehidupan yang sangat selesa dan sejahtera seperti hari ini. Oleh

yang demikian , setelah meniti satu demi satu maklumat yang terkandung dalam

bahan bagi menyudahkan tugasan ini, kami bersependapat bahawa ada baik

sekiranya generasi pada abad kini lebih didedahkan dan diberi penekanan serta

kesedaran tentang pengorbanan tokoh-tokoh tamadun terdahulu yang banyak

jasanya hingga tidak dapat lagi kita hitung apatah lagi untuk membalasnya. Justeru

itu, Kita sebagai warga pendidik sewajarnya memikul tanggungjawab besar ini iaitu

memastikan generasi akan datang tidak melupakan sejarah ketamadunan mereka

dan mengambil iktibar serta menyahut cabaran meneruskan lagi usaha

memantapkan era ketamadunan ini agar anak cucu mereka lebih bernasib

baik.Sekian dari kami.