tugasan tmk 4

Upload: zahiruddin-zahrudin

Post on 13-Oct-2015

130 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

TUGASAN TMK 4

TRANSCRIPT

TUGASAN ________________________________________________________________________HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN /SEMESTER MEI 2014 / MAY 2014 SEMESTER________________________________________________________________________

Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat perkembangan teknologi telefon pintar dan tablet berkembang dengan pesat. Terdapat banyak aplikasi Android dan Apple Apps (iOS) yang berbentuk pendidikan telah dibangunkan dan ada diantaranya mungkin sesuai digunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).

Oleh yang demikian, pelajar dikehendaki;(a) Memilih satu aplikasi Android atau iOS yang sesuai untuk digunakan sebagai satu bahan PPBK di dalam kelas. Sediakan satu borang penilaian sumatif PPBK untuk mendapat maklumbalas daripada guru yang berkaitan dalam menilai aspek isi kandungan dan teknikal.

(b) Sediakan satu laporan yang lengkap dengan menggunakan Microsoft Word untuk membentangkan dan membincangkan hasil dapatan. Analisis data yang dikumpulkan dan plotkan beberapa graf dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. NAMA PELAJAR: NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : E-MEL : NAMA PENSYARAH : PUSAT PEMBELAJARAN : 01. ISI KANDUNGAN

01. ISI KANDUNGAN202. PENGHARGAAN203. PENGENALAN304. KAJIAN ILMIAH RINGKASAN, HURAIAN DAN PENILAIAN SECARA KRITIKAL BAHAN ILMIAH TERKINI UNTUK MEMANTAPKAN PEMAHAMAN TENTANG TOPIK605. METADOLOGI PENERANGAN TENTANG KAEDAH KAJIAN YANG DIGUNAKAN1206. HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN1607. KESIMPULAN3108. BIBLIOGRAFI33

02. PENGHARGAANPertamanya saya melafazkan sepenuh kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan yang telah mengurniakan kekuatan dan keazaman yang tinggi dalam menyiapkan tugasan bagi kursus HBEF2303, Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan bagi semester Mei 2014 ini.Sesungguhnya tugasan bagi kursus HBEF2303, Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan bagi semester Mei 2014 ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu mendapatkan kajian literatur berkaitan perisian PPBK yang berbentuk mudah alih sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Keduanya adalah membuat penilaian ke atas salah satu perisian berbentuk PPBK yang digunakan dalam peranti mudah alih. Pada pandangan saya, perisian PPBK pada hari ini telah mengalami evolusi dan inovasi menerusi penggunaan peranti teknologi maklumat dan komunikasi seperti tablet dan telefon pintar. Ini bererti pembelajaran secara formal dan tidak formal boleh berlangsung pada bila-bila masa dan tanpa sempadan. Ini juga membawa signifikan bahawa para pelajar mampu menaakul konsep dan isi pelajaran dengan lebih berkesan menerusi penggunaan peranti dan perisian yang boleh didapati pada peranti mudah alih. Sementara itu, penilaian ke atas perisian PPBK ini akan membantu saya memahami fungsian dan ciri-ciri yang terdapat dalam perisian English Flash Cards yang menjadi fokus pernilaian saya dalam tugasan ini.Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada e-tutor dan pensayarah yang telah banyak berkongsi pandangan dan idea serta melayan karenah kami sepanjang kursus ini berlangsung. Sesungguhnya pengorbanan dan jasa baik tenaga pengajar amat bererti bagi diri saya dan rakan pelajar lain. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan seperjuangan sekolah saya yang turut sama meluangkan masa dan berkongsi idea dan buah fikiran dalam memastikan saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan spesifikasi yang dikehendaki oleh pihak OUM.Akhirnya, saya juga mengharapkan para tenaga pengajar dapat memberikan wajaran markah yang baik dan setimpal dengan hasilan ini. Selain itu, seandainya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam mana-mana bahagian tugasan ini, saya sekali lagi mengharapkan pihak tenaga pengajar dapat mengemukakan resolusi dan cadangan penambahbaikan yang membina demi memastikan saya dapat menghasilkan dapatan yang lebih berkualiti dan memenuhi kehendak pihak pemeriksa pada masa akan datang. Sekian.Terima kasih.03. PENGENALANKaedah pengajaran tradisional atau konvensional yang menjadi amalan dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini tidak akan dapat memenuhi tuntutan pendidikan abad ke-21. Pembelajaran kini bukan lagi tertumpu di bilik darjah semata-mata, tetapi kaedah pengajaran juga berkembang seiring kepesatan ICT di Malaysia. Sebagai contoh buku teks tradisional tidak dapat menampung peningkatan dan pembaharuan maklumat yang sejajar dengan peredaran zaman (Chan, 2001). Selain itu, kaedah pencarian bahan secara tradisional ternyata memakan masa yang lama berbanding dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pembelajaran dalam talian seperti pembelajaran secara elektronik (E-Learning) telah diperluaskan lagi melalui M-Learning. Perkara ini disebabkan oleh E-Pembelajaran tidak berjaya diterapkan secara sepenuhnya di dalam dunia pendidikan yang disebabkan oleh beberapa faktor. Di dalam kajian yang bertajuk tadbir urus E-Pembelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia yang dikaji oleh Wahab, Siarap & Mustafa (2006), mendapati bahawa ketidakcukupan kakitangan, kekurangan insentif oleh pihak IPT kepada mereka yang bertanggungjawab melaksanakan E-Pembelajaran ke atas IPT masing-masing, ketiadaan polisi yang jelas mengenai E-Pembelajaran dan ketiadaan panduan yang jelas tentang pelaksanaan E-Pembelajaran merupakan faktor-faktor yang menyebabkan E-Pembelajaran gagal dilaksanakan secara sepenuhnya.

M-Learning merupakan suatu konsep baru dalam proses pembelajaran dan menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Dalam kata mudah, proses pembelajaran boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan bukannya di kelas semata-mata. Sebagai seseorang pelajar di institusi pengajian tinggi khususnya di Malaysia, telefon mudah alih, komputer riba, palm talk merupakan gadget yang mampu dimiliki. Dengan adanya peralatan berteknologi ini, secara tidak langsung berpeluang untuk mengubah bentuk kaedah pembelajaran untuk mencipta komuniti pembelajaran yang luas, untuk menghubungkan manusia pada masa nyata ataupun dunia maya, untuk menyediakan kepakaran yang diperlukan dan seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2000).

Sejajar dengan perkembangan M-Learning ini berlakulah kebanjiran pelbagai versi perisian berbentuk PPBK bagi mendedahkan kanak-kanak dengan perisian berbentuk pembelajaran secara santai dan menghiburkan. Perisian-perisian ini buat dimuaturun secara berbayar dan percuma. Antara perisian yang kian menjadi pilihan pembelajaran dan popular dalam kalangan kanak-kanak adalah seperti Toca Hair Salon 2 yang membantu membina daya kreativiti kanak-kanak, Monkey Preschool Lunchbox yang mendedahkan kanak-kanak dengan konsep huruf dan nombor serta Monkey Math School Sunshine yang mendedahkan para pelajar dengan konsep nombor dan operasi asas matematik seperti tambah dan tolak.

Menyedari akan hakikat tersebut, tugasan Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan pada semester ini akan membincangkan aspek perisian berbentuk PPBK pada peranti mudah alih yang kian meluas digunakan pada hari ini berdasarkan kepada objektif-objektif berikut :1. Menyediakan huraian pengenalan ringkas berkaitan intipati tajuk tugasan.2. Menyediakan 6 dapatan kajian literatur berhubung PPBK pada peranti mudah alih.3. Menyediakan metadologi kajian yang digunakan dalam menilai PPBK pada peranti mudah alih.4. Mengemukakan dapatan dan isi kandungan perbincangan.5. Mengemukakan rumusan keseluruhan isi kandungan perbincangan6. Memastikan isi kandungan penulisan tugasan memenuhi kehendak spesifikasi tugasan.

19

04. KAJIAN ILMIAH RINGKASAN, HURAIAN DAN PENILAIAN SECARA KRITIKAL BAHAN ILMIAH TERKINI UNTUK MEMANTAPKAN PEMAHAMAN TENTANG TOPIK

Nama Penulis : Syed Ardi Bin Syed Yahya Kamal, Profesor Madya Dr. Zaidatun Tasir Tajuk Kertas Kerja : Pembelajaran Masa Depan Moblie Learning (M-Learning) Di Malaysia Tahun Diterbitkan : 2009Sumber : Universiti Teknologi MalaysiaDapatan :

Pada era yang serba maju dan moden, kita tidak dapat lari daripada kecanggihan teknologi yang semakin berkembang. Perkembangan pendidikan daripada kaedah tradisional hingga ke Pembelajaran Berasaskan Masalah masih diperkatakan hingga kini. Di Malaysia, Mobile Learning ( M-Learning) baru diperkenalkan. Kertas kerja ini membincangkan tentang perkembangan Pembelajaran M-Learning di Malaysia, faedah serta masalah yang dihadapi dalam mengintegrasikan alatan mudah alih dengan senario pendidikan. Selain itu, kaitan pendidikan dengan teknologi mudah alih turut dibincangkan dengan lebih terperinci. Cadangan untuk menjayakan kaedah pendidikan M-Learning juga diutarakan bagi mengaplikasikan teknik ini di Malaysia. Pendidikan berteraskan M-Learning sememangnya sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Paradigma kita berkenaan teknologi yang baru ini perlulah diubah supaya ianya dapat direalisasikan. Kemudahan kaedah pendidikan yang serba moden dan mudah alih ini perlulah diuji secara kolektif untuk memastikan pelajar kita khususnya di peringkat pengajian tinggi dapat merasai keseronokan pembelajaran di mana-mana sahaja tanpa dibatasi had, tempat dan waktu. Pendedahan yang terhad kepada teknologi mudah alih perlulah ditamatkan dengan mengadakan kelas khusus berkenaan teknologi ini. Oleh itu peluang pelajar untuk memahami kuasa teknologi dapat dipertingkatkan. Pendedahan awal khususnya kepada pelajar tahun pertama di universiti amat penting bagi memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya mengadaptasi kaedah pembelajaran M-Learning di sepanjang pengajian mereka. Tidak dinafikan banyak masalah akan timbul khususnya untuk mengintegrasikan M-Learning dalam persekitaran pembelajaran semasa di institusi pengajian tinggi. Namun sekiranya dibei perhatian yang serius, masalah yang timbul dapat diatasi dengan mudah. Peranan semua pihak khususnya pensyarah dan pelajar perlu diambil kira sepenuhnya agar masalah yang timbul dapat diatasi. Lazimnya, untuk memulakan penggunaan pembelajaran secara elektronik, terdapat pelbagai masalah yang perlu ditempuhi dan diatasi sebelum ianya seratus peratus berjaya dilaksanakan. Begitulah juga halnya dalam merealisasikan penggunaan M-Learning kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Nama Penulis : Aniza Binti AhmadTajuk Kertas Kerja : Pembelajaran Menggunakan Teknologi Mudah Alih Di MalaysiaTahun Diterbitkan : 2008Sumber : Universiiti Kebangsaan MalaysiaDapatan :

Teknologi Mudah Alih atau Mobile Learning ( M -Learning ) merupakan satu konsep baru dalam proses pembelajaran yang menekankan keupayaan untuk memudahkan proses pembelajaran tanpa terikat kepada situasi atau persekitaran proses pembelajaran berlaku. Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan menggunakan telefon bimbit, komputer riba atau netbook, PC tablet dan telefon pintar. Beberapa kajian yang dijalankan telah membuktikan penerimaan dan kecenderungan yang tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar berdasarkan keputusan kajian. Dari hasil kajian , pelajar bersedia untuk menggunakan teknologi mudah alih dalam proses pembelajaran dan mereka mempunyai persepsi yang positif dan kesedaran kepada teknologi mudah alih dan akan menggunakan elemen-elemen dalam teknologi mudah alih dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan prestasi dan minat mereka dalam pembelajaran. Pelbagai kajian perlu diteruskan untuk membangunkan idea serta mewujudkan teori asas, reka bentuk, jenis mobile pembelajaran dan aktiviti yang berhubung kait dengan teknologi mudah alih. Hal ini kerana menggunakan kaedah pembelajaran mudah alih boleh meningkatkan minat pelajar , tumpuan pembelajaran dan prestasi pelajar .

Aktiviti pembelajaran berasaskan teknologi berlaku di tempat-tempat yang tidak bergantung kepada rangkaian, melayari Internet secara bebas, dan boleh diakses tanpa mengira masa dan tempat. Penggunaan telefon bimbit meningkatkan akses kepada pendidikan dan memudahkan perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyokong sebahagian besar proses pembelajaran. Kemudahan ini membolehkan pelajar untuk menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari oleh mereka dari satu situasi biasa kepada situasi yang berbeza. Perkembangan peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet serta kemajuan dalam teknologi wayarles telah meningkatkan potensi pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih untuk menjadi alat yang berkesan bagi meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Hung dan Khine(2006,p.9) dalam kajiannya menyatakan akan pentingnya pendidik untuk menghubungkaitkan pembelajaran dengan teknologi baru dan terkini. Mereka bertanggapan bahawaPenglibatan pembelajaran menjadi lebih bermakna dengan adanya penggunaan teknologi.

Kebanyakan pelajar pada hari ini memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit atau lain-lain telefon bimbit. Pernyataan ini disokong oleh Supyan, Mohd Radzi,Zaini Amir &et.al(2013), yang memetik dalam kajiannya tentang laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tahun 2008 berkenaan pengguna utama rangkaian telefon mudah alih terdiri dalam kalangan mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 49 tahun. Lebih daripada separuh (56.4%) daripada 28000 responden ialah lelaki dan selebihnya (43.6%) ialah kalangan pengguna perempuan. Selain itu Media Digital seluruh Asia pula melaporkan, pada tahun 2009 terdapat 100.8 buah telefon bimbit adalah milik bagi setiap 100 orang rakyat di Malaysia. Hakikatnya, ini menunjukkan bahawa setiap rakyat Malaysia memiliki lebih daripada satu telefon bimbit. Langganan 3G Malaysia juga meningkat dengan ketara daripada 427 langganan pada tahun 2006 meningkat kepada 4366 pada tahun 2008. Peningkatan jumlah ini menunjukkan juga peningkatan pemilik telefon mudah alih. Justifikasinya, perlu bagi kalangan pendidik untuk mengkaji kemungkinan untuk mengintegrasikan pembelajaran teknologi mudah alih dalam pendidikan di Malaysia.

Shahan Ahmad,Waqas Khalid, Haslina Arshad & et.al(2013) dalam kajiannya menyatakan Mobile-Learning merupakan penyampaian kandungan pembelajaran jarak jauh. Mobile pembelajaran ini merupakan satu peringkat baru dalam pembelajaran yang menghasilkan pengalaman pada bila-bila masa dan di mana sahaja proses pembelajaran berlaku. Pembelajaran merupakan satu proses di mana seorang pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan. Hasil pembelajaran perlu diukur untuk memastikan proses pembelajaran telah berlaku. Guru sebagai fasilitator, ditambah dengan pengunaan bahan bantu mengajar seperti LCD, bahan-bahan bacaan dan nota serta alat-alat komunikasi, akan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan terhadap pemahaman pelajar itu sendiri seterusnya membantu pelajar untuk mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.

Penggunaan teknologi mudah alih dalam pembelajaran merupakan satu cara atau kaedah yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Peralatan mudah alih seperti telefon bimbit atau tablet merupakan sebahagian peralatan untuk membantu meningkatkan proses pembelajaran. Penggunaan seperti telefon pintar akan menjadikan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih ini lebih berkesan. Telefon pintar ini bukan sahaja memberi kemudahan untuk berkomunikasi, tetapi juga boleh digunakan untuk membuat dokumen, membaca data fail dan mengakses internet. Selain telefon pintar, tablet atau ipad merupakan teknologi terkini yang lebih inovatif membenarkan aplikasi bersepadu antara sistem pengkomputeran dan komunikasi. Teknologi ini memberikan cara yang lebih mudah untuk menerima e-mel, mesej dalam bentuk multimedia atau teks, menerima nota kuliah dan menggunakan video dalam format 3G. Mereka boleh mencari maklumat di internet, mensintesis maklumat dan membina maklumat untuk menjadikannya sebagai pengetahuan yang lebih bermakna. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih bersifat global dan berada di luar kotak pemikiran pelajar (Supyan, Mohd Radzi, Zaini Amir &et.al,2013). Kenyataan ini disokong oleh Shahan Ahmad,Waqas Khalid, Haslina Arshad & et.al(2013), dalam kajiannya menyatakan bahawa penggunaan mobile-pembelajaran menghasilkan satu pengalaman pembelajaran yang diperoleh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja pembelajaran berlaku. Penggunaannya akan memberikan pengalaman pendidikan yang sangat berbeza. Keadaan ini boleh merubah sistem pendidikan konvensional yang berasaskan bilik darjah kepada pendidikan yang lebih kreatif dan bermotivasi serta memberikan pengalaman dalam pembelajaran pelajar.

Pelajar menjadi lebih aktif dan inovatif dalam aktiviti pembelajaran kerana mereka boleh mengakses maklumat secara meluas melalui internet serta memiliki tahap celik teknologi yang tinggi. Kajian yang dijalankan oleh Issham Ismail et al.(2010b) melaporkan pelajar mudah memperoleh maklumat yang diperlukan oleh mereka pada bila-bila masa sahaja melalui pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih. Hasil dapatan kajian juga mendapati para pelajar mendakwa bahawa kandungan sistem pesanan ringkas(SMS) yang diterima oleh mereka melalu telefon mudah alih sangat mudah untuk diingati oleh mereka. Mereka mahu pembelajaran interaktif, berpusatkan pelajar , saling kerjasama dan saling memenuhi keperluan serta permintaan. Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan serta teknologi mudah alih berupaya memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut DePan (2010), pelajar cenderung untuk melakukan perkara berikut melalui pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih:Bebas dan membina maklumat mereka sendiri dan pengetahuan.Boleh bekerja dengan cara kerjasama.pembelajaran selesa daripada pelbagai sumber maklumat.Dapat belajar dalam ruang bebas dan sentiasa berhubung.Mengisi pelbagai tugas (multi -tasking ) sekali gus.Sentiasa mencari maklumat menggunakan peralatan seperti telefon bimbit dan komputer riba.Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri amalan yang berkesan pembelajaran dalam abad ke-21 yang menekankan ciri-ciri amalan pedagogi inovatif guru-guru (Law et al. , 2002). Hasil kajian telah mendapati bahawa pelajar menunjukkan sikap yang lebih positif di mana mereka dapat berfikir secara kritis, belajar kemahiran literasi maklumat dengan menggunakan Internet, boleh belajar daripada komuniti mereka dengan idea saling menghormati antara satu sama lain dan belajar daripada pelbagai sumber.

Nama Penulis : Jamaluddin harunTajuk Kertas Kerja : M-PembelajaranTahun Diterbitkan : 2008Sumber : Universiti Teknologi Malaysia Dapatan :Kehidupan di masa kini yang dikelilingi oleh peralatan canggih telah memungkinkan satu sistem atau corak pembelajaran yang lain dari yang lain terhasil. Sedikit demi sedikit proses pengajaran dan pembelajaran tradisional berubah ke arah pembelajaran berasaskan teknologi perkomputeran. Khususnya, perkembangan dalam bidang teknologi telah mengubah cara manusia belajar (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004; Ting, 2007). Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) bersifat globalisasi dan sepanjang hayat (Sharples, 2000). Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mudah alih untuk menyokong pembelajaran (Sharples, 2000; Sharples, 2002; Liu, Wang, Chan, Ko, & Yang, 2003). Kajian-kajian lalu menunjukkan teknologi mudah alih dapat memberikan kesan yang signifikan dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran (Perry, 2003; Zurita & Nussbaum, 2004). Sementara itu Wood (2003) pula berpendapat penggunaan teknologi wireless dalam pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang digital dalam kalangan negara-negara membangun, kerana pada umumnya peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan PDA adalah lebih murah berbanding komputer meja.

Nama Penulis : Mohd Fadli Ahdon dan Supian Jolen Tajuk Kertas Kerja : Ke Arah Pembelajaran Mobile Learning Di Politeknik Malaysia Tahun Diterbitkan : 2009Sumber : Universiti Tun hussien Onn, JohorDapatan :

kajian tindakan ini telah dilaksanakan ke atas 40 orang pelajar semester 5 Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang mengambil kursus Pengaturcaraan Java bagi melihat sejauh manakah minat, sikap serta motivasi pelajar terhadap penggunaan m-learning untuk mempelajari pengatucaraan Java dengan menggunakan aplikasi JAMOL (Java Mobile Learning). Ujian pra dan pasca telah dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang telah diperolehi oleh responden sebelum dan selepas kaedah ini dijalankan. Setelah kedua-dua ujian ini dijalankan, dapatan menunjukkan peningkatan markah sebanyak 28.4% daripada 55.60% dalam ujian pra ke 84% dalam ujian pasca. Selain daripada menjalankan ujian pra dan pasca, pengkaji juga telah menyediakan instrumen pengujian berskala likert yang mengandungi empat konstruk Ujian Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS) untuk menguji tahap motivasi pelajar semasa menggunakan aplikasi JAMOL. Dapatan menunjukkan 80 respon telah diterima dengan 53.68% daripada respon memilih skala setuju dan 31.27% lagi memilih skala sangat setuju terhadap keberkesanan penggunaan JAMOL. Hanya 1.6% menyatakan sangat tidak setuju dan 13.45% menyatakan tidak setuju. Data yang diperolehi telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah m-learning dapat menjadi satu alternatif baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pengaturcaraan Java.

Produk JAMOL ini telah mula dibangunkan pada akhir semester Jun 2011 yang lepas dan telah melalui peringkat percubaan selama seminggu dalam cuti semester. Selepas mendapatkan maklumbalas daripada responden yang terbabit, JAMOL mula dilaksanakan sepenuhnya pada semester ini iaitu semester Disember 2011 untuk digunapakai oleh para pelajar JTMK, PTSS. Untuk membolehkan pelajar menggunakan JAMOL, sistem ini telah diletakkan di dalam pelayan (server) jabatan dan para pelajar perlu mengaksesnya untuk memuat turun fail JAR Java untuk dimasukkan di dalam telofon bimbit masing-masing menggunakan kabel atau bluetooth.

Daripada 41 sampel yang mengambil kedua-dua ujian, hasilnya pengurangan sebanyak 7.5% terhadap bilangan pelajar yang mendapat markah di bawah lima berjaya dilakukan pada ujian. Bilangan pelajar yang mendapat markah penuh di dalam ujian pasca juga meningkat daripada seorang ketika ujian pra kepada sembilan orang.

Berdasarkan temubual yang dilakukan kepada 10 orang responden, 80% mengakui bahawa penggunaan JAMOL membantu menarik minat mereka untuk mempelajari pengaturcaraan JAVA. Seramai 7 orang responden bersetuju bahawa penggunaan JAMOL membantu meningkatkan kefahaman mereka mengenai JAVA Namun, 50% responden berpendapat bahawa pengaturcaraan JAVA bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipelajari tanpa melihat penggunaannya secara real-life. Di antara beberapa komen yang telah diberikan oleh pensyarah daripada kursus lain adalah seperti berikut: a. Satu pendekatan menarik dalam sistem pembelajaran elektronik untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar. b. Para pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu konsep yang diajar kerana alat bantu mengajar dapat meningkatkan kefahaman tentang pengaturcaraan yang diajar.

05. METADOLOGI PENERANGAN TENTANG KAEDAH KAJIAN YANG DIGUNAKANBagi tujuan penilaian PPBK perisian ini, saya mengemukakan borang soal selidik penilaian perisian multimedia penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Set borang penilaian ini mengandungi 3 bahagian utama seperti berikut :1. Komponen 1 Kandungan (5 item soalan)2 Komponen 2 Hasil Pembelajaran (4 item soalan)3 Komponen 3 Fungsian (10 item soalan)3. Komponen 4 Multimedia (12 item soalan)

Setiap item soalan mengandungi 5 skala penilaian seperti berikut :

1. Sangat tidak setuju2. Tidak Setuju3. Tidak Pasti4. Setuju5. Sangat Setuju

Bagi tujuan penilaian perisian PPBK ini, saya juga meminta 10 orang respondan dari kalangan guru yang memiliki telefon pintar yang menggunakan Sistem Operasi (OS) android atau IOS untuk memuat turun perisian ini dan menerokanya dalam tempoh 10 hari. Kemudiannya para respondan dikehendaki membuat penilaian berdasarkan pengalaman mereka menggunakan aplikasi berkenaan. Para respondan juga dikehendaki menandakan jawapan masing-masing pada set borang penilaian yang diedarkan dalam tempoh masa 1jam.

Bagi tujuan penilaian perisian PPBK ini juga, saya memilih perisian Translate sebagai fokus penilaian. Perisian berbentuk tunjuk cara ini adalah berkaitan dengan kurikulum mata pelajaran bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Arab yang turut menjadi sebahagian daripada kurikulum dalam sistem pendidikan di negara pada hari ini.

Gambarajah 1 : Antaramuka perisian Google Translate

BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN PERISIAN PPBK DALAM PERANTI MUDAH ALIH

Arahan sila bulatkan jawapan anda mengikut skala di bawah jawab dengan jujur dan ikhlasBorang Penilaian1. Sangat tidak setuju2. Tidak Setuju3. Tidak Pasti4. Setuju5. Sangat Setuju

A. KANDUNGAN BIL.ITEMSKALA

12345

01Maklumat disusun dengan teratur mengikut urutan kurikulum

02Maklumat yang terkandung terlalu cetek

03Maklumat yang terkandung adalah sukar

04Maklumat boleh diaplikasi dalam tugas seharian

05Isi kandungan perisian ini adalah bertepatan dengan kurikulum kursus

B. HASIL PEMBELAJARAN

BIL.ITEMSKALA

12345

06Saya dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pengajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini.

07Selepas menggunakan perisian ini saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pengajaran.

08Saya dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pembelajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini

09Selepas menggunakan perisian ini saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pembelajaran

C. FUNGSIAN

10Saya seronok menggunakan program perisian ini kerana menu dan butang yang digunakan sentiasa membantu saya untuk meneroka perisian ini

11Saya boleh keluar dari perisian ini bila-bila masa

12Tiada gangguan teknikal di sepanjang saya menggunakan perisian ini

13Ikon yang digunakan dalam perisian ini senang dikenal pasti fungsinya

14Ikon yang digunakan dalam perisian ini konsisten dan tersusun

15Butang pertolongan dapat membantu saya sekiranya saya mempunyai masalah

16Manual penggunaan perisian ini mudah difahami

17Setiap arahan yang diberikan oleh perisian ini jelas dan mudah difahami maksudnya

18Hipertext yang digunakan memudahkan proses penjelajahan

19Kesemua butang yang dibina dapat merangsang saya berinteraksi dengan komputer.

C. MULTIMEDIA

BIL.ITEMSKALA

12345

20Saiz, jenis font dan warna teks yang digunakan dalam perisian ini adalah sesuai

21Susunan teks dalam perisian ini teratur

22Susunan teks dalam perisian ini sistematik

23Susunan teks dalam perisian ini tidak terlalu padat

24Animasi yang digunakan bersesuaian dengan perisian ini dan menarik minat saya

25Animasi yang digunakan membantu saya mengingat dan memahami isi kandungan yang dipersembahkan dalam perisian ini

26Warna, bentuk dan lokasi butang interaktif membantu dan memudahkan penerokaan saya

27Gambar latar belakang yang digunakan menarik minat saya

28Klip video yang digunakan bersesuaian serta memberi contoh sebenar

29Penggunaan klip video memudahkan saya memahami tajuk ini

30Muzik latar belakang dalam perisian ini bersesuaian

31Audio yang digunakan membantu saya memahami konsep

06. HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Gambarajah 2 : DAPATAN SOALAN 1 HINGGA 5 BAGI KOMPONEN KANDUNGAN

Bagi item soalan 1, seramai 5 orang respondan bersetuju dan 3 orang amat bersetuju bahawa maklumat dalam perisian ini disusun dengan teratur mengikut urutan kurikulum. Sementara itu, 2 orang respondan lagi tidak pasti sama ada maklumat dalam perisian ini disusun dengan teratur mengikut urutan kurikulum. Bagi item soalan kedua pula seramai 5 orang respondan masing-masing-masing bersetuju dan amat bersetuju bahawa maklumat yang terkandung dalam perisian ini terlalu cetek. Ini mungkin disebabkan perisian Google Translate ini hanya memaparkan takrif atau makna sesuatu perkataan, istilah, wacana, petikan perenggan dan teks semata-mata dan tidak melibatkan sebarang aktiviti menguji minda dan pemikiran para pelajar.

Gambarajah 3 : ANTARAMUKA PERISIAN GOOGLE TRANSLATE

Bagi item soalan 3 menunjukkan seramai 8 orang respondan tidak bersetuju dan 2 orang respondan lain amat tidak bersetuju bahawa maklumat dalam perisian ini sukar. Berdasarkan kepada fungsian perisian ini yang hanya memaparkan maksud sesuatu perkataan maka maklumat di dalam perisian tidak sukar dan mampu difahami oleh mereka yang boleh membaca teks. Bagi item soalan 4 pula, didapai seramai 7 orang respondan bersetuju dan 3 orang respondan lain amat bersetuju bahawa maklumat dalam perisian ini boleh diaplikasi dalam kehidupan harian. Maksud dan makna sesuatu perkataan dan ayat membolehkan seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain dengan berkesan. Bagi item soalan 5 dan terakhir bagi komponen kandungan ini, didapati seramai 6 orang respondan bersetuju dan 4 orang respondan lain amat bersetuju bahawa isi kandungan perisian ini bertepatan dengan kurikulum kursus.

Gambarajah di bawah pula memaparkan dapatan bagi item soalan 1 hingga 4

BIL.ITEMSKALA1234506Saya dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pengajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini.07Selepas menggunakan perisian ini saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pengajaran.08Saya dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pembelajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini09Selepas menggunakan perisian ini saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pembelajaran C. FUNGSIAN10Saya seronok menggunakan program perisian ini kerana menu dan butang yang digunakan sentiasa membantu saya untuk meneroka perisian ini11Saya boleh keluar dari perisian ini bila-bila masa12Tiada gangguan teknikal di sepanjang saya menggunakan perisian ini13Ikon yang digunakan dalam perisian ini senang dikenal pasti fungsinya14Ikon yang digunakan dalam perisian ini konsisten dan tersusun15Butang pertolongan dapat membantu saya sekiranya saya mempunyai masalah16Manual penggunaan perisian ini mudah difahami17Setiap arahan yang diberikan oleh perisian ini jelas dan mudah difahami maksudnya18Hipertext yang digunakan memudahkan proses penjelajahan19Kesemua butang yang dibina dapat merangsang saya berinteraksi dengan komputer.

Gambarajah 2 : DAPATAN RESPONDAN BAGI ITEM SOALAN 1 HINGGA 5 BAHAGIAN ISI KANDUNGAN

Bagi item soalan 1 komponen kandungan ini membicarakan persoalan sama ada maklumat yang terkandung di dalam perisian disusun dengan teratur mengikut urutan kurikulum atau sebaliknya. Didapati seramai 5 orang respondan mengatakan bersetuju dan seramai 3 orang respondan mengatakan bersetuju serta 2 orang respondan lagi mengatakan tidak pasti. Ini menunjukkan bahawa majoriti respondan bersetuju bahawa maklumat di dalam perisian ini disusun mengikut urutan kurikulum bahasa Inggeris di sekolah.

Sementara itu, bagi item soalan kedua pula menunjukkan seramai 4 orang respondan amat tidak bersetuju dan seramai 5 orang respondan mengatakan tidak bersetuju bahawa maklumat di dalam perisian ini terlalu cetek bagi keperluan pembelajaran para pelajar di sekolah. Dalam pada itu, seramai 1 orang respondan mengatakan tidak pasti sama ada maklumat yang terkandung di dalam perisian terlalu cetek atau sebaliknya.

07. KESIMPULAN

Pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih telah mula memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Kewujudan teknologi tanpa wayar mudah alih telah menjadikan inovasi ini satu realiti untuk dibangunkan dalam bidang pendidikan. Fleksibiliti kepada pelajar untuk belajar dan mendapatkan maklumat merupakan satu kepentingan menggunakan teknologi mudah alih dalam pembelajaran. Dengan adanya teknologi canggih dan peranti mudah alih , pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih ini tidak sukar untuk diimplementasikan di negara kita dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran generik pelajar seawal mungkin di sekolah. Bagi pelajar-pelajar dekad ini, mereka mempunyai kesedaran untuk mengaplikasikan teknologi mudah alih dalam proses pembelajaran dan bersedia untuk melaksanakannya pada bila-bila masa . Faedah yang boleh diperolehi dengan penggunaan peranti mudah alih ini, boleh dijadikankan sebagai motivasi dalam menjayakan kaedah pengajaran baru ini. Jadikannya sebagai elemen kunci kejayaan yang perlu diambil kira untuk merealisasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih di dalamnya. Di Malaysia, kita harus merebut peluang yang ada dalam teknologi mudah alih untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran generik yang perlu ada dalam pelajar.

Pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih telah terbukti berkesan di negara-negara lain dan kini telah mula diperkenalkan di Malaysia. Terdapat beberapa institusi pendidikan tinggi telah mengintegrasikan teknologi mudah alih dalam kurikulum pengajaran mereka. Nota-nota boleh dikongsi dengan adanya peranti mudah alih seperti telefon bimbit dan telefon pintar dalam kalangan pelajar. Mereka tidak perlu duduk di hadapan komputer peribadi untuk memuat turun nota. Mereka boleh menggunakan internet yang disediakan melalui telefon bimbit atau menggunakan infrastruktur tanpa wayar yang disediakan oleh fakulti atau jabatan untuk memuat turun nota di mana-mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa . Sebelum ini, kuiz hanya boleh dilakukan di dalam kelas , tetapi kini pelajar boleh mengambil kuiz mereka pada bila-bila masa . Pensyarah boleh memasukkan soalan dan menetapkan masa untuk menjawab soalan kuiz. Perisian untuk kuiz ini boleh didapati dengan mudah dan juga boleh dihasilkan oleh pensyarah menggunakan teknik pengaturcaraan yang mudah. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Triantafillou et al. (2006) untuk ujian dan peperiksaan yang dijalankan melalui peranti mudah alih dalam pendidikan mendapati bahawa penilaian yang dibuat adalah lebih berkesan dan cekap.

Selain itu pelajar boleh mendapatkan markah mereka melalui peranti mudah alih secara nyata. Melalui aktiviti pembelajaran, pelajar menggunakan teknologi mudah alih, fleksibiliti dan kawalan yang diberikan kepada pelajar. Pelajar diberi fleksibiliti untuk menyerahkan tugasan, kuiz, memuat turun nota, berbincang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran mengikut perspektif yang lebih luas berdasarkan keperluan mereka dan keperluan semasa.

Oleh sebab setiap pelajar mempunyai potensi yang berbeza, pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih adalah sebagai satu motivasi bagi mereka untuk meningkatkan prestasi pencapaian dalam pendidikan secara berterusan. Hakikatnya kemudahan peranti mudah alih akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah kerana semua maklumat yang berkaitan boleh dilaksanakan pada masa yang ditetapkan. Kemudahan ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan pelajar dan pensyarah untuk menetapkan jadual harian mereka tanpa terikat pada masa-masa tertentu

08. BIBLIOGRAFI1. Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2001). Sistem Komputer & Aplikasinya. Kuala Lumpur : Venton Publishing.

2. NOTA (2010). Discovering Computers 2009. Kolej Universiti Islam Selangor.

3. Shelly & Vermaat (2010). Discovering Computers 2010 : Living in a Digital Word. United States of America : Course Technology.

4. Syafiq Bakri (2012). Artikel Mobil Majalah PC. Selangor Darul Ehsan : Grup Majalah Karangkraf Sdn. Bhd.

Abu Safian bin Amir (2009). Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar Dengan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Di akses pada 10hb. Disember 2012, jam 10.22 malam. URL : http://images.abusafianamir.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TMmcagooCysAAHR-IU1/ Jurnal%20 ilmiah. pdf? key= abusafianamir :journal:13&nmid=379026446

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang. Di akses pada 10hb. Disember 2012, jam 9.21 malam. URL : http://web.usm.my/km/24-06/km%20art%2011.pdf

Fify Farisa Mohamad Firdaus, Norhayati Osman & Siti Zamriah Mohd. Hussin (2009). Aplikasi IT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Diakses pada 8hb. Disember 2012, 10.00 malam. URL: http://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam

Halijah Binti Pakar, Dyg Hjh Yusni Binti Hj Jaafar, Nourul Hidayah Binti Hj Ibrahim & Hjh Halina Binti Hj Kassim (2009). Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diakses pada 10hb. Disember 2012, jam 9.35 malam. URL : http://www.slideshare.net/adeendra/penggunaan-teknologi-pendidikan-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-1269281 Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan (2012). Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Diakses pada 11hb. Disember 2012, jam 11.11 malam. URL : http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/130.pdf NTD Televisyen (2012). Singapore School Trials iPad as Textbook Replacement. Diakses pada 11hb. Disember 2012, jam 11.37 malam. URL : http://ntdtv.org/en/news/life/2011-01-14/196332269116.html Wikipedia Insiklopedia ( 2012). Komputer Tablet. Diakses pada 10hb. Disember 2012, jam 10.30 malam. URL : http://id.wikipedia.org/wiki/Komputer_tablet Intel Atom Processor Z650 (512K Cache, 1.20 GHz). Diakses pada 23hb. Disember 2012, jam 6.33 petang. URL : http://ark.intel.com/products/55664/Intel-Atom-Processor-Z650-512K-Cache-1_20-GHz Afiq Hanif (2012). Intel perkenal Studybook. Kuala Lumpur : Harian Metro. Diakses pada 23hb. Disember 2012, jam 10.00 malam. URL:http://www.hmetro.com.my/articles/IntelperkenalStudybook/Article/