tugasan 4 blaus

Upload: khairul-munir

Post on 08-Mar-2016

94 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ved 3033 jahitan

TRANSCRIPT

VED 3033PENGURUSAN PAKAIAN DAN JAHITAN

TUGASAN 4

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKA SURAT

1Lakaran Pakaian (Awal)

2Lakaran Akhir

3Ciri Stail Blaus

4Senarai Ukuran Badan

5Huraian Pakaian

6Huraian Stail Ciri Pakaian

7Huraian Fabrik

8Senarai Bahan Dan Kos

9Susun Atur Pola

10Langkah Menjahit

11Catatan

12Lampiran

13Rujukan

Lakaran Pakaian (Awal)

Lakaran Akhir

Pandangan Hadapan Pandangan Belakang

Ciri Stail BlausKOLAR MANDARIN

BEN

LISU PEMADAN CEMBUNG

BELAH KELEPET SAMA LEBAR

KELEPET LURUS

PANDANGAN HADAPANBUTANG & LUBANG BUTANG

LISU PEMADAN CEMBUNG

KELEPET LURUS

PANDANGAN BELAKANG

SENARAI UKURAN BADANBilBahagian BadanUkuran Badan (cm)Bahagi2Bahagi4Bahagi6

1 Bahu 4120.5

2 Keliling leher366

3 Jarak mercu dada14

4 Pinggang7218

5 Pinggul9323.3

7 Labuh tengah belakang42

8 Labuh baju66

9 Labuh lengan33

10 Ukuran keliling ben26

11 Bidang hadapan39

12 Bidang belakang44

13 Labuh mercu dada21

14Dada 8320.8

HURAIAN PAKAIAN

Blaus kasual ialah pakaian yang boleh dipadankan dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dengan pelbagai garis gaya dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada stail sama ada mengikut bentuk badan atau longgar. Pilihan fabrik juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan blaus ini kerana corak fabrik akan mempengaruhi bentuk badan seseorang. Selain itu juga hiasan pada blaus juga hendaklah bersesuaian dengan majlis yang akan dihadiri sebagai contoh untuk majlis formal blaus yang digayakan tidaklah terlalu banyak aksesori.

Blaus juga sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis tertentu yang tidak formal seperti majlis hari jadi, majlis sambutan tahun baru atau akhir tahun. Antara pakaian kasual yang banyak terdapat di pasaran atau boleh dimiliki oleh semua golongan adalah seperti blaus yang boleh dipadankan dengan skirt atau slek.

Selain blaus longgar terdapat blaus kasual yang dijadikan pakaian harian yang mempunyai ciri stail yang ringkas, selain itu juga blaus yang direka adalah sesuai dipakai semasa bersiar siar.

HURAIAN STAIL CIRI PAKAIANBlaus yang saya hasilkan mempunyai ciri ciri seperti berikut :

1) Penghilangan gelembung- penghilangan gelembung yang digunakan adalah lisu pemadan cembung pada badan hadapan dan badan belakang blaus

2) Belah- belah kelepet sama lebar

3) Kelim- kelim belah kangkung kelim ini digunakan kerana mudah dikendalikan semasa

4) Kolar- kolar mandarin.

5) Lengan- lengan gelembung. Hujung lengan gelembung ini disudahkan dengan ben ( labuh lengan pada paras siku )

6) Penyudah tepi- kelepet lurus

7) Butang dan lubang butang- butang dan lubang butang

HURAIAN FABRIK

Dalam pemilihan fabrik yang saya gunakan untuk menjahit blaus ini ialah fabrik kapas campuran sederhana tebal. Saya memilih fabrik kapas campuran sederhana tebal adalah kerana mempunyai warna yang menarik dan ceria, mudah dicuci, mudah dikendalikan semasa proses menjahit, harga yang berpatutan dan selesa apabila dipakai. Saya juga memilih corak bunga bermotifkan kecil iaitu corak seluruh kerana saya mempunyai bentuk badan yang tinggi, dari segi warna pula saya memilih warna yang ceria kerana bersesuaian dengan kulit saya yang hitam manis, dari segi tekstur dan rupa fabrik yang saya pilih ialah sederhana tebal.

SENARAI BAHAN DAN KOS

A. KOS BAHAN

Bil.Bahan KuantitiHarga Seunit ( RM )Jumlah ( RM )

1. -Fabrik bercorak2 meter5.0010.00

2. -Fabrik polos meter3.601.30

3. - Benang1 buku 0.800.80

4. - Lapik gam berperekat meter3.00 1.50

5. - Butang 5 biji 0.603.00

6. - Lubang butang5 lubang 0.502.50

Jumlah harga19.10

B. KOS SAMPINGAN

Bil.PerkaraMasa (Jam)Kos SeunitHarga

1. - Elektrik8 JAM 2.002.00

Jumlah2.00

Kos Prima

= Kos Bahan + Kos Sampingan = RM 19.10 + RM 2.00 = RM 21.10

Tambah Harga

= 40 % Tambah Harga x Kos Prima = 40 x RM 21.10 100 = RM 8.44

Harga Jualan

= Kos Prima + ( Tambah Harga )= RM 21.10 + RM 8.44= RM 29.54

Untung Kasar

= Harga Jualan Kos Prima = RM 29.54 RM 21.10 = RM 8.44

Untung Bersih

= Untung Kasar Kos Sampingan= RM 8.44 RM 2.00= RM 6.44

SUSUN ATUR POLA

LANGKAH MENJAHIT

I. LANGKAH 1

Tekap pola asas badan hadapan dan badan belakang

II. LANGKAH 2Proses pengubahsuaian yang dilakukan pada 2 (i) ialah mengeluarkan 3 cm dari keruk lengan dan hujung blaus yang asal.

Tandakan 2cm dari garis pinggan untuk mendapat bentuk.

Bentuk semula garis pinggan yang telah dimasukkan 2 cm

III. LANGKAH 3

Tekap pola asas lengan untuk dibuat pengubahsuaian.

Bahagikan lengan yang telah di tekap kepada 6 bahagian

Setelah pola asas lengan dibahagi 6. Lekatkan bahagian lengan mengikut jarak 4 cm untuk mendapat ukuran baru iaitu lengan gelembung.

IV. LANGKAH 4

Setelah siap mengubahsuai pola, susun semua kepingan pola atas fabrik mengikut ira lurus dan corak yang terdapat pada fabrik. Peniti pola pada fabrik, gunting kepingan pola yang telah disusun.

V. LANGKAH 5 Jahit lisu pemadan cembung pada bahagian badan hadapan dan badan belakang.

VI. LANGKAH 6

Cantum bahagian bahu badan hadapan dengan bahu badan belakang

VII. LANGKAH 7

Menyediakan dan menjahit kolar mandarin pada garis leher blaus.

VIII. LANGKAH 8

Mencantum rusuk badan hadapan dengan badan belakang blaus

LANGKAH 9

Menjahit rusuk lengan

LANGKAH 10

Mencantum ben pada hujung lengan

LANGKAH 11 Padankan lengan ke keruk lengan .

LANGKAH 12

Menjahit silang pangkah pada kelepet blaus.

LANGKAH 13

Menjahit butang pada bahagian belah hadapan blaus