tugasan 4: amalan terbaik (a156816)

13
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN LMCP1532 Tugasan 4 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Bandar Mapan Disediakan oleh: Siti Hajar bt Mohd Khusari (A156816)

Upload: siti-hajar-mohd-khusairi

Post on 11-Feb-2017

138 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

LMCP1532

Tugasan 4Amalan Terbaik dalam Pembangunan Bandar Mapan

Disediakan oleh: Siti Hajar bt Mohd Khusari (A156816)

Page 2: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Arahan tugasan:

Anda diminta untuk mencari  amalan terbaik di mana-mana bandar, termasuk bandar tempat anda duduk. Buat laporan ringkas dengan gambar-gambar dan rajah-rajah yang sesuai dalam bentuk MS PowerPoint. Muat naik slides anda ke SlideShare.com dan berikan link nya.

Page 3: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Amalan terbaik bagi pembangunan bandar SELAYANG

• Sistem pengangkutan awam yang mapan.

• Kemudahan yang serba lengkap.

Page 4: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Sistem pengangkutan awam yang mapan.

Kemudahan sistem pengangkutan awam di kawasan saya ini adalah satu sistem yang mapan dalam memastikan pembangunan bandar ini.

Disetiap kawasan perumahan di sekitar kawasan ini telah disediakan satu bus stand untuk kemudahan para penduduk.

Laluan perjalanan bas di bandar saya ini telah menghubungkan kawasan perumahan saya dengan bandar-bandar lain di sekitar Kuala Lumpur.

Laluan perjalanan bas di sekitar kawasan ini sememangnya memudahkan para penduduk untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Page 5: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Selain daripada kemudahan pengangkutan bas awam, kawasan perumahan saya juga berhampiran dengan stesen komuter Taman Wahyu. Penduduk boleh memilih jenis pengangkutan awam mengikut keselesaan diri masing-masing. Dengan adanya kemudahan ini, darjah ketersampaian penduduk setempat ke destinasi yang dituju dapat ditingkatkan. Kemudahan ini memudahkan masyarakat setempat khususnya bagi mereka yang bekerja di sekitar ibu kota. Selain dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, ia juga mampu menjimatkan masa dan tenaga penduduk setempat.

Page 6: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Kemudahan yang serba lengkap

Bagi saya, kemudahan yang serba lengkap disekitar kawasan perumahan juga merupakan penyumbang kepada pembangunan sesebuah bandar.

Di kawasan bandar saya, terdapat pelbagai kemudahan yang mampu menaiktaraf tahap kehidupan penduduknya. Sekaligus kemudaha-kemudahan ini menjadi penyumbang kepada kemapanan bandar ini.

Antara kemudahan yang terdapat di bandar saya ialah:1) Masjid dan surau2) Kedai-kedai runcit3) Pusat membeli belah3) Dewan Komuniti4) Taman rekreasi5) Sekolah rendah dan menengah

Page 7: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Sekolah Masjid

Pusat membeli belah Premis-premis jualan

Page 8: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Amalan terbaik di negara Jepun• Amalan pengasingan sampah di rumah untuk kitar semula.

Amalan kitar semula sampah adalah budaya yang perlu ada dalam segenap lapisan masyarakat. Di negara-negara maju seperti United Kingdom, Jepun, Jerman dan sebagainya sememangnya menjadikan kitar semula sebagai amalan harian mereka. Bukan hanya untuk menjaga kebersihan kawasan sahaja, malah amalan ini mampu melihara dan melindungi bumi daripada kerosakan dan kemusnahan.

Page 9: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Tujuan pengasingan sampah di rumah ialah:1) Bagi mengelakkan pembuangan sampah yang boleh dikitar semula2) Dapat mengurangkan kadar sisa pepejal yang dihantar ke pusat

pelupusan sampah3) Menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan4) Memudahkan proses kitar semula bahan

Sistem pengurusan sampah di negara ini adalah sangat efisien. Sampah di asingkan mengikut jenis sampah yang dibuang.

Di Jepun, proses kitar semula bermula dengan melakukan pengasingan sampah di rumah oleh setiap isi rumah.

Page 10: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Kategori-kategori sampah di negara Jepun:1) Sampah yang boleh dibakar seperti

sisa dapur, sisa makanan.2) Sampah yang tidak boleh dibakar

seperti bateri.3) Sampah yang boleh dikitar semula

seperti tin-tin, botol kaca, botol plastik.

4) Barang-barang yang bersaiz besar seperti perabot-perabot.

Page 11: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Pelbagai pihak memainkan peranan dalam memastikan sistem pengurusan sampah dapat difahami dan dipatuhi oleh segenap lapisan masyarakat. Antaranya ialah:

Di peringkat permulaan: pihak Majlis Perbandaran memberikan penerangan berkenaan proses pembahagian sampah yang perlu dijalankan.

Pihak sekolah pula berperanan dalam mendidik pelajar untuk mengamalkan sistem pembuangan sampah secara berasingan. Terdapat beberapa program yang dijalankan bertujuan untuk mendidik para pelajar. Antaranya ialah program di mana para pelajar perlu membawa tin, botol kaca dan plastik, surat khabar dan barang-barang kitar semula yang lain untuk dijual kepada pihak tertentu. Hasil jualan barang-barang tersebut digunakan bagi program-program sekolah.

Page 12: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Info menarik tentang sistem pengurusan sampah di negara Jepun !!

Sampah diasingkan sebelum dibuang ke tempat pembuangan sampah.

Pembuangan sampah adalah mengikut jadual berkala seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Setiap penduduk dibekalkan dengan jadual pembuangan sampah untuk setiap tahun mengikut zon kawasan masing-masing.

Setiap sampah perlu dibuang di tempat yang telah ditetapkan mengikut hari tertentu seperti yang telah dijadualkan.

Setiap penduduk dibekalkan dengan buku manual pembuangan sampah sebagai rujukan untuk menentukan jenis sampah yang dibuang.

Terdapat plastik khas yang membeza jenis sampah yang dibuang. Plastik merah contohnya adalah sampah jenis boleh bakar dan plastik biru adalah untuk sampah yang boleh dikitar semula.

Page 13: Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)

Sekian Terima Kasih