tugasan 3203

18
ABDUL RAHMAN BIN ALI ____________________________________________________________ ____________ 1.0 PENGENALAN Keselamatan merupakan perihal yang berkaitan dengan selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripda sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi. Sekolah pula adalah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar, tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah juga dianggap sebagai pusat menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Maka keselamatan dan sekolah adalah perkara yang saling bergantungan kerana sekolah menunjukkan tempat manakala keselamatan lebih cenderung kepada keadaan dan suasana di sesuatu tempat. Oleh itu, keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang sihat dan selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara Malaysia. Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk menggalakkan perkembangan JERI yang sihat dan selamat bagi peringkat awal murid di sekolah. Keselamatan di sekolah tidak merujuk kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata- mata, tetapi juga meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah. Pengurusan sekolah perlu sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994 serta kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan. Pihak HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 1

Upload: zee-hashim

Post on 28-Dec-2015

97 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Keselamatan merupakan perihal yang berkaitan dengan selamat, kesejahteraan

atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindung daripada masalah

fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-

perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga

termasuk dalam konteks terlindung daripda sesuatu malapetaka atau kejadian yang

berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.

Sekolah pula adalah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar, tempat untuk

memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah juga dianggap sebagai pusat

menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah

rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Maka keselamatan dan sekolah adalah perkara yang saling bergantungan kerana

sekolah menunjukkan tempat manakala keselamatan lebih cenderung kepada keadaan dan

suasana di sesuatu tempat. Oleh itu, keselamatan di sekolah adalah penting bagi

melahirkan individu yang sihat dan selamat untuk merangsang kecemerlang

pembelajaran dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara Malaysia. Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk

menggalakkan perkembangan JERI yang sihat dan selamat bagi peringkat awal murid di

sekolah.

Keselamatan di sekolah tidak merujuk kepada masalah disiplin, jenayah,

ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata-mata, tetapi juga meliputi

aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah. Pengurusan sekolah

perlu sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan

Kesihatan 1994 serta kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan. Pihak pengurusan

sekolah dan Jabatan Pelajaran yang mewakili majikan, mempunyai tanggungjawab am

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 1

Page 2: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

bagi memastikan keselamatan dan kebajikan guru dan kakitangan sokongan serta

melindungi murid dan pelawat.

Persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan

tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi,

inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah

selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana

yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di

mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan

bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang

mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya

satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah

adil serta berterusan (Young, 1999).

Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996)

sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat

serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh,

sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan

yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan

masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di

mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi

fizikal, mental dan psikologi.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula

menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas

daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa,

penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan

gangster dan sebagainya. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan

undang-undang tidak diambil kira.

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 2

Page 3: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

Salleh Buang (1996) pula menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di

dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan,

kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, keselamatan di sekolah

sangat penting kerana sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha

memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat

fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses

pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan di sekolah sering meliputi struktur fizikal,

trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.

2.0 PROSEDUR PENJAGAAN KESELAMATAN

Aspek pengajaan keselamatan merupakan agenda utama pengurusan sesebuah

sekolah untuk mengurangkan berlakunya sesuatu kemalangan di sekolah. Seperti kata

pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”, hal ini adalah penting untuk seorang guru

supaya senantiasa mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya sesuatu

kemalangan yang tidak diingini kepada mutid mahupun guru sendiri.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan sekolah perlu menjadikan agenda

pengajaan keselamatan sebagai sebahagian daripada Peraturan Sekolah yang perlu

difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, para pekerja dan ibu bapa.

Pelaksanaan mengenai peraturan penjagaan keselamatan di sekolah perlu dijalankan

secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan

kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal,

disiplin murid, lawatan dan aktiviti aktiviti yang melibatkan murid.

Elemen keselamatan sekolah, murid dan guru (National Educational Association,

1996) sangat penting di dalam aspek penjagaan keselamatan supaya amalannya

terlaksana di dalam kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lain-lain dimana pihak

pengurusan sekolah mengambil kira faktor keselamatan sebagai indikator piawai

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 3

Page 4: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

keberkesanannya. Contohnya, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) perlu

menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam dan di luar bilik darjah.

Justeru, tidak akan timbul insiden-insiden seperti kes Khairul Rohaidy Mohd. Noor,

seorang pelajar sekolah menengah di Raub , Pahang yang mati ditimpa tiang gol pada

tahun 1999 (Berita Minggu, 1999).

Pihak pengurusan sekolah perlulah memastikan semua dokumen mengenai

pekeliling berkaitan, undang-undang, akta yang dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti

Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling

Perkhidmatan, Kementerian Pelajaran, Pekeliling Perkhidmatan, surat-surat siaran dari

Bahagian Sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri, Akta Pendidikan 1996, Buku Panduan

Disiplin dan lain-lain disimpan, didedahkan kepada semua guru dan pelajar serta

difahami dengan jelas oleh semua pihak yang terlibat di sekolah

2.1 PROSEDUR PENJAGAAN KESELAMATAN DI STOR SUKAN

Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang

tidak melibatkan waktu pembelajaran. Oleh kerana waktu yang tidak sama, setiap barang

permainan mempunyai tempat penyimpanan tersendiri iaitu stor sukan. Stor sukan

berfungsi memyimpan semua bahan dan peralatan pendidikan jasmani dan aktiviti ko-

kurikulum.

Secara rasionalnya, pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah

yang selamat semasa aktiviti ko-kurikulum dijalankan. Murid sekolah barangkali mudah

terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan peralatan sukan.

Oleh itu, pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan sangatlah diperlukan untuk

memastikan tiada kemalangan jiwa dan keselamatan murid-murid terjamin. Disamping

itu, murid berupaya mendisiplin diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum serta guru

dapat memastikan pengurusan peralatan dan diri murid mengikut tatacara yang

disediakan.

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 4

Page 5: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

2.1.1 Tatacara Penggunaan Am.

Alat-alat sukan mestilah diletakkan atau disusun pada tempat khas yang mudah

diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas. Guru atau

murid yang menggunakan alatan di dalam stor sukan mestilah merekodkan semua alat

yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk peralatan sukan supaya

sebarang kehilangan atau kerosakan dapat di ketahui dengan cepat dan mudah

diselenggara. Tanggungjawab mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan

pada masa yang ditetapkan adalah diperlukan di dalam diri setiap guru atau murid yang

hendak meminjam barang agar menggunakan alatan dari stor sukan dengan berhemah.

Tidak kira sesiapa yang menggunakan stor sukan, perkara yang senantiasa di titik

beratkan ialah kebersihan stor, oleh itu, guru dan murid hendaklah sentiasa menjaga

kebersihan stor kerana kebersihan dijaga tanggungjawab bersama. Sementara itu, setiap

guru mahupun murid perlulah memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari

stor sukan. Peraturan yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi dari semasa ke semasa

supaya kadar disiplin di dalam stor sukan terkawal. Mematuhi peraturan stor sukan yang

telah ditetapkan.

2.1.2 Tatacara Penggunaan Murid.

Tatacara penggunaan murid di dalam stor sukan ialah mematuhi peraturan Am

sekolah terlebih dahulu. Murid yang ingin menggunakan stor sukan perlu mendapat

kelulusan daripada Guru Besar atau Penolong Kanan Sekolah ataupun guru yang

bertugas. Murid juga tidak dibenarkan membawa keluar peralatan tanpa kebenaran guru

yang bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang dipinjam diletakkan pada

kedudukan asalnya. Murid sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika menggunakan

peralatan sukan. Murid juga perlu melaporkan sebarang kerosakan, kecederaan dan

kemalangan semasa bersukan kepada guru yang bertanggungjawab. Terakhir murid juga

perlu memastikan semua suis lampu dan kipas, tingkap, pintu dan grill telah dikunci

selepas digunakan. Sekiranya semua peraturan dipatuhi, keselamatan diri pasti terjamin.

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 5

Page 6: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

2.1.3 Tatacara Penggunaan Guru.

Guru bertugas harus memastikan semua bahan dilabel dan disusun dengan kemas

dan teratur dengan sistematik supaya bilik tersusun kemas. Guru yang bertanggungjawab

harus membuat inventori bagi semua bahan dan peralatan di bawah tanggungannya

supaya peralatan yang diperlukan senantiasa ada di dalam stor sukan. Guru bertugas

harus memastikan disiplin dan pergerakan pelajar terkawal bersesuaian dengan aktiviti

yang dijalankan sewaktu penggunaan peralatan di stor sukan.

Guru bertugas harus memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat

sebarang kekurangan atau masalah untuk diambil tindakan segera. Hal ini dapat

mengelakkan kekurangan peralatan dan memudahkan guru pendidikan jasmani mengajar

subjeknya. Guru bertugas haruslah memastikan semua suis elektrik, pintu, tingkap dan

grill telah ditutup selepas digunakan supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak

diingini.

Guru bertugas haruslah memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar

tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum

melalui Poster yang ditampal di dalam stor sukan agar dapat memotivasikan pelajar.

Guru bertugas perlu menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan sekiranya

berlaku perkara yang tidak diingini mengenai peralatan yang digunakan atau peralatan di

dalam stor sukan. Semua aduan perlu direkodkan bagi sebarang insiden atau mereka yang

disyaki mempunyai niat jahat supaya tidak menjejaskan sebarang peralatan dan

keselamatan murid dan peralatan.

Guru bertugas harus mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid

dalam aktiviti ko-kurikulum dan setiap maklumat perlulah di sampaikan di dalam poster

ataupun papan kenyataan di dalam stor sukan. Guru haruslah memberi taklimat

keselamatan kepada murid supaya murid lebih mengetahui dan mempunyai pelan

keselamatan di dalam stor dan dalam penggunaan peralatan.

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 6

Page 7: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya

dengan rapi sepanjang masa. Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang

mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas

sahaja. Guru harus memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan

yang selamat dan membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang

digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki. Selain itu, guru harus

memastikan peralatan sukan mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada

undang-undang persatuan  sukan. Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan harus

dilupuskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

2.2 PROSEDUR PENJAGAAN KESELAMATAN DI KANTIN

Makanan merupakan keperluan asasi yang sangat penting dalam kehidupan untuk

memastikan kesihatan individu lebih terjamin di samping ia memberikan tenaga kepada

manusia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti (Aishah, 2003). Oleh itu, pengambilan

makanan yang seimbang dan terjamin kebersihannya dapat memberikan kesempurnaan

kesihatan hidup. Makanan juga memainkan peranan yang sangat penting bagi penyebab dan

pencegahan dalam pelbagai jenis penyakit (Mary Stewart, 2000).

Aspek pemakanan di sekolah sangat berkait rapat dengan penggunaan kantin sekolah.

Maka adalah menjadi tanggungjawab bersama pihak pengurusan sekolah dan murid dalam

menjamin keseluruhan nilai makanan yang diberikan kepada murid-murid disekolah

(FOMCA, 2007). Isu berkaitan kebersihan makanan di kantin sekolah sentiasa diberi

perhatian yang serius oleh jabatan-jabatan kerajaan yang tertentu. Malahan, ia menjadi

keutamaan bagi pihak kerajaan untuk mengawasi kesihatan pelajar-pelajar di sekolah (Jurnal

Pengguna Malaysia, 2002).

Perkhidmatan kantin di sekolah merupakan tempat utama di mana murid-murid

memperolehi makanan pada sesi persekolahan. Dengan itu, pihak pengurusan sekolah perlu

memberikan perhatian penuh terhadap kebersihan dan keselamatan kantin. Sebagaimana

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 7

Page 8: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

tumpuan diberikan kepada kelas dengan pengajaran dan pembelajarannya, tumpuan sebegitu

juga harus diberikan kepada kantin sekolah. Ini kerana kantin bukan sekadar tempat makan,

tetapi sebagai tempat di mana murid harus mendapat apa yang dihajati dan berpuas hati

dengan adanya makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar dan mengenyangkan

(Panduan Pengurusan Kantin Sekolah, 2004).

Oleh itu, perkhidmatan makanan di kantin sekolah perlu menyediakan makanan yang

selamat, sesuai dan berkhasiat (Neill, 1980). Pernyataan ini disokong oleh Cleland et al

(2004), menyatakan bahawa makanan yang dijual di kantin sekolah memainkan peranan

penting dalam memastikan murid mendapat makanan yang seimbang,berkhasiat, bersih serta

selamat. Jeannies (2002), juga mengatakan bahawa kebersihan dan keselamatan makanan

merupakan perkara penting dalam menyediakan makanan yang sesuai, selamat dan

berkhasiat kepada murid sekolah.

Merujuk kepada Surat pekeliling ikhtisas bil : 5/ 1995 - Keracunan makanan di

sekolah-sekolah. dan Surat pekeliling ikhtisas bil : 6/ 19968 - Menjaga kesihatan

pelajar sekolah, kantin adalah tempat yang sangat memberikan impak kepada guru dan

murid sekiranya berlakunya keracunan makanan dan kelalaian menjaga kebersihan

kantin.

2.2.1 Tatacara Penggunaan Am.

Setiap murid harus beratur dengan tertib dan sopan. Kebersihan diri haruslah

dijaga dengan membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Baca doa sebelum dan

selepas makan. Kemudian letak pinggan dan gelas di tempat yang disediakan. Kebersihan

tanggungjawab bersama supaya keadaan persekitaran jelas terjamin dan bebas dari

sebarang kemalangan.

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 8

Page 9: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

2.2.2 Tatacara Penggunaan Murid.

Setiap murid harus membaca, memahami dan mematuhi peraturan penggunaan

kantin yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sekolah. Murid hendaklah mengikut

arahan guru dan pengawas bertugas supaya keadaan kantin lebih terkawal dan dapat

mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Murid beratur dengan tertib, sopan

dan mengamalkan displin diri yang tinggi ketika membeli makanan dan minuman di

kantin. Murid menggunakan sabun dan tuala yang disediakan. Sekiranya ada sinki yang

rosak, jangan guna sinki yang rosak dan tersumbat itu.

Murid sekeras-kerasnya dihalang ddan tidak dibenarkan masuk ke ruang

penyediaan makanan. Murid hanyalah dibenarkan makan dan minum pada waktu rehat

sahaja. Murid tidak dibenarkan berlari dan berkejar-kejaran dalam dan di luar kantin.

Murid digalakkan makan, minum di kantin, di pondok rehat umum dan bukan di dalam

bilik kelas. Murid perlulah membuang sisa dan bungkusan makanan ke dalam tong

sampah yang disediakan.

2.2.3 Tatacara Penggunaan Guru.

Tatacara penggunaan yang paling penting ialah melantik Jawatankuasa Tindakan

Kantin dalam kalangan guru untuk memantau dan memastikan pengusaha kantin

mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pendidikan dan Kesihatan. Guru

haruslah memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.

Senarai harga hendaklah dipamerkan. Tugas guru memastikan peralatan yang digunakan

bersih, selamat serta penjual menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. Guru

juga memastikan pengusaha menyediakan keadaan dan persekitaran dalamam dan luar

kantin yang bersih, kemas dan ceria. Sementara itu, guru juga harus memastikan pekerja

kantin ada menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.

Kemudian guru harus memastikan semua makanan ditutup dengan rapi dan

makanan yang disediakan untuk harian mencukupi. Guru harus memastikan pelajar dan

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 9

Page 10: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan selesa. Seterusnya laporan

mingguan dalam buku laporan kantin perlu dilengkapkan guru agar setiap perlaksanaan

perkara yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan di kantin dapat dijalankan

secara sistematik. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun dan

perbincangan dari semasa ke semasa. Guru harus memastikan pekerja kantin

menggunakan pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih seperti alas kepala, apron dan

lain-lain. Memastikan pengusaha kantin menjual makanan dan minuman yang HALAL,

SUCI dan BERSIH serta memastikan pengusaha kantin mematuhi jadual masa operasi.

2.3 PROSEDUR PENJAGAAN KESELAMATAN DI DEWAN/FOYER

Dewan adalah suatu tempat yang tertutup dan luas yang menjadi tempat

berhimpun atau sesuatu peristiwa di adakan di sekolah. Dewan yang diperuntukkan di

setiap sekolah mempunyai kemudahan yang lengkap dari semua segi. Hal ini

menyebabkan setiap warga sekolah perlu menjaga kebajikan dan kebersihan dewan agar

tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

2.3.1 Tatacara Penggunaan Am.

Guru dan murid haruslah memastikan suis dibuka dan di tutup selepas digunakan

bagi mengelakan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Setiap warga sekolah

haruslah menjaga kebersihan yang menjadi tanggungjawab bersama di dalam sekolah.

Setiap warga sekolah haruslah menjaga harta kerajaan dengan baik dan berhemah supaya

dapat memanjangkan lagi tempoh masa penggunaan dan menjimatkan wang peruntukan

oleh kerajaan.

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 10

Page 11: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

2.3.2 Tatacara Penggunaan Murid.

Murid haruslah mematuhi peraturan am sekolah. Murid tidak dibenarkan ke

dalam dewan masuk tanpa guru yang bertugas. Murid perlulah berbaris dengan tertib

ketika berjalan dan melakukan aktiviti di dalam dewan. Murid tidak dibenarkan membuat

bising dan bermain serta melakukan aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan tanpa

kebenaran guru. Murid menjaga tatatertib dan tidak membuat bising. Murid memastikan

keadaan dewan senantiasa sentiasa kemas dan bersih tanpa sebarang sampah. Dilarang

membawa berlari dan bermain di dalam dewan sewaktu majlis formal diadakan. Pastikan

semua suis elektrik ditutup, pintu dan gril ditutup dan dikunci sebelum balik.

2.3.3 Tatacara Penggunaan Guru.

Guru juga perlu mematuhi tatacara penggunaan am, di samping menjadi

pemantau murid-murid semasa murid berada di dalam dewan. Guru juga harus membuat

inventori bagi semua bahan dan peralatan elektrik di dalam dewan supaya memudahkan

segala peralatan dapat digunakan pada waktu yang diperlukan. Guru harus memastikan

disiplin dan pergerakan pelajar terkawal bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan di

dalam dewan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Sebagai pembimbing, guru juga perlu memaklumkan kepada pihak pentadbir

sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau masalah untuk diambil tindakan segera serta

memastikan semua suis elektrik, pintu, tingkap dan grill telah ditutup selepas digunakan.

Guru juga memberikan kesedaran dan kefahaman kepada murid tentang pentingnya

keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti di dalam dewan. Guru juga

bertanggungjawab memberi taklimat keselamatan kepada murid supaya mengetahui dan

mempunyai pelan keselamatan di sekolah. Bersama-sama dengan itu, guru juga harus

memastikan murid mematuhi peraturan dan arahan disamping membuat pengawasan

yang rapi sebelum, semasa dan sesudah dewan digunakan.

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 11

Page 12: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

2.4 PROSEDUR PENJAGAAN KESELAMATAN DI BILIK KOMPUTER

Makmal komputer adalah satu tempat yang menjadi tumpuan murid sekolah

kerana mempunyai komputer yang dilengkapi talian yang boleh menyambungkan mereka

kepada dunia luar. Oleh kerana itu, murid-murid akan lebih teruja dan berebut-rebut

untuk mendapatkan komputer yang terhad di dalam makmal. Hal ini boleh menyebabkan

kemalangan sekiranya mereka leka kerana murid-muird ini memerlukan pantauan yang

terperinci dan kawalan yang ketat supaya mereka mematuhi peraturan penggunaan

komputer.

2.4.1 Tatacara Penggunaan Am.

Setiap pengguna yang menggunakan bilik komputer haruslah memastikan suis

dibuka dan di tutup selepas digunakan. Kemudia kebersihan bilik komputer juga perlu

dijaga kerana ianya adalah tanggungjawab bersama penggunanya. Oleh kerana, makmal

komputer mempunyai komputer yang berharga, maka semua penggunanya haruslah

menjaga harta kerajaan dengan berhemah supaya penggunaannya dapat dimaksimakan.

2.4.2 Tatacara Penggunaan Murid.

Murid haruslah mematuhi peraturan am sekolah. Murid tidak dibenarkan masuk

tanpa guru bertugas atau guru pembimbing. Murid tidak dibenarkan membawa masuk

beg, makanan dan minuman bagi mengelakkan sebarang sampah atau lebihan sisa

makanan yang tertinggal. Murid tidak dibenarkan membuat bising dan bermain serta

melakukan aktiviti tanpa kebenaran guru. Murid hendaklah menulis nama, kelas, masa

masuk dan keluar serta nombor komputer yang digunakan di dalam buku rekod yang

disediakan. Murid juga harus menjaga tatatertib dan tidak membuat bising. Murid juga

harus mastikan disket bebas dari virus sebelum menggunakannya. Kemudian tutup

komputer dengan tatacara yang betul dan pastikan bilik sentiasa kemas dan bersih selepas

digunakan. Murid dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 12

Page 13: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT. Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau

benda terbakar, bahagian  komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak

normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis

yang perlu. Pastikan semua suis elektrik ditutup, pintu dan gril ditutup dan dikunci

sebelum balik bagi memastikan tiada kehilangan akan berlaku.

2.4.3 Tatacara Penggunaan Guru.

Guru bertugas harus membuat inventori bagi semua bahan dan peralatan di bawah

tanggungannya. Kemudian memastikan jadual kelas bimbingan komputer dan jadual

tugasan kebersihan berjalan dengan lancar. Kadar disiplin dan pergerakan pelajar

terkawal bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan juga perlu dipastikan dari semasa ke

semasa. Guru harus memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sebarang

kekurangan atau masalah untuk diambil tindakan segera. Serta memastikan semua suis

elektrik, pintu, tingkap dan grill telah ditutup selepas digunakan.

Guru juga perlu memastikan cctv dapat digunakan 24 jam bagi memerhatikan

keadaan komputer digunakan sebelum semasa dan selepas. Guru harus memberikan

kesedaran dan kefahaman kepada murid tentang pentingnya penggunaan ICT melalui

pelbagai pendekatan sepertinya poster atau sebagainya. Guru menerima aduan murid dan

mengambil tindakan susulan terhadap aduan yang diberikan itu. Guru juga harus merekod

semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.

Disamping itu, guru harus memberi taklimat keselamatan kepada murid serta mengetahui

dan mempunyai pelan keselamatan di dalam makmal komputer. Guru perlu memastikan

murid mematuhi peraturan dan arahan serta membuat pengawasan yang rapi sebelum,

semasa dan sesudah digunakan. Memastikan tiada sebarang makanan dan minuman di

bawa masuk supaya tidak berlaku sebarang pembuangan sisa lebihan makanan. Membuat

laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan komputer yang digunakan yang sudah

rosak, hilang atau perlu diperbaiki. Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan harus

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 13

Page 14: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

dilupuskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan serta mengambil tindakan segera

atas laporan kerosakan peralatan.

3. 0 RUMUSAN

Bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha

secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus

sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG,

pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan

dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan

dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan

berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah.

Kesimpulannya aspek penjagaan keselamatan di dalam sekolah sangat penting

bagi mengurangkan kadar kemalangan di sekolah. Maka konsep keselamatan diri atau

keupayaan seseorang untuk melindungi dirinya daripada mendapat kemudaratan secara

fizikal dan mental, sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam

dirinya serta di sekelilingnya diterapkan di dalam diri setiap murid.

Kemalangan tidak memilih mangsa sekiranya seseorang itu tidak mengambil

langkah-langkah pencegahan. Konsep keselamatan bergantung pada di mana, bagaimana

dan kenapa ia berlaku. Penggunaan alat-alat perlindungan keselamatan merupakan

kaedah kawalan yang penting setelah langkah-langkah kawalan yang lain dilakukan.

Penjagaan keselamatan bukan setakat menjadi hangat hanya apabila berlakunya sesuatu

kemalangan di sekolah tetapi mestilah menjadi salah satu agenda utama pengurusan

sekolah. Bertindaklah sebelum sesuatu kemalangan berlaku dan bukannya bertindak

selepas sesuatu kemalangan berlaku.

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 14

Page 15: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

Infrastruktur bilik darjah, kantin, dewan, stor sukan, perpustakaan dan sebagainya

yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran seseorang murid bukan setakat bersih

dan ceria tetapi mestilah selamat. Penyelenggaraan alat-alat bantuan mengajar sentiasa

menjadi salah satu keutamaan pihak sekolah. Peralatan yang tidak diselenggarakan secara

berkala dan sempurna boleh mengurangkan jangka hayat penggunaan peralatan tersebut.

Prosedur keselamatan di setiap pelusuk sekolah haruslah sentiasa diingatkan dan

dimaklumkan kepada semua warga sekolah. Prosedur keselamatan mengutamakan tiga

perkara yang paling utama iaitu tahu, faham serta buat. Persekitaran sekolah yang

berteraskan kepada empat elemen iaitu kecantikan, keindahan, keselamatan dan

keselesaan (4K) amatlah berguna dalam membentuk dan menjamin suasana yang

kondusif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kemalangan dan kecederaan di

kawasan persekitaran sekolah dapat dikurangkan dengan kaedah menilai dan mengawal

risiko.

Jumlah perkataan : 3501 perkataan termasuk tajuk.

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 15

Page 16: tugasan 3203

ABDUL RAHMAN BIN ALI

________________________________________________________________________

4. 0 RUJUKAN

Azrina Ahzan (1999). “Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah”. Berita

Minggu 11 Jun 1999.Halaman 4.

Carolyn, R.Pool (1998). “A Safe And Caring Place”. Jurnal Association for

Supervision and Curriculum Developmental.Vol.21, 1998.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999.

Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah.

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 700312025002 16