nota ringkas hbml 3203 a dalam pengajaran bm

41
TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011 Sistem bahasa mengandungi morfem dan penyusunan morfem. Struktur pertuturan atau penulisan yang diulang adalah berasaskan fungsi dan tindak balas. Pernyataan jelas tentang ikatan asas adalah dibenarkan. Alat untuk menghasilkan ayat yang betul adalah tidak terbatas. Sistem rumus adalah terbatas untuk mewujudkan struktur yang tidak terbatas. Sistem bahasa salah satu cabang kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa. Sistem bahasa ialah ilmu yang membicarakan aturan, kaedah atau sistem yang umum, meliputi bidang morfologi dan sintaksis, iaitu bersifat nalar dalam sesuatu bahasa. Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur, bentuk dan golongan kata, serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata. Sintaksis ialah ilmu yang membicarakan proses pembinaan ayat, cara perkataan itu disusun menjadi ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat, iaitu dalam membentuk frasa, klausa dan ayat. KLAUSA: Unit lebih rendah daripada ayat terdiri daripada satu kumpulan atau lebih.

Upload: kdarakotot3278

Post on 01-Jul-2015

3.951 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

DA'A 2011 skdt

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Sistem bahasa mengandungi morfem dan penyusunan morfem.

Struktur pertuturan atau penulisan yang diulang adalah berasaskan fungsi

dan tindak balas.

Pernyataan jelas tentang ikatan asas adalah dibenarkan.

Alat untuk menghasilkan ayat yang betul adalah tidak terbatas.

Sistem rumus adalah terbatas untuk mewujudkan struktur yang tidak terbatas.

Sistem bahasa salah satu cabang kajian linguistik atau analisis morfologi dan

sintaksis sesuatu bahasa.

Sistem bahasa ialah ilmu yang membicarakan aturan, kaedah atau sistem

yang umum, meliputi bidang morfologi dan sintaksis, iaitu bersifat nalar dalam

sesuatu bahasa.

Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur, bentuk dan golongan kata,

serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnya

terhadap makna kata.

Sintaksis ialah ilmu yang membicarakan proses pembinaan ayat, cara

perkataan itu disusun menjadi ayat dan cara hubungan antara kata dalam

ayat, iaitu dalam membentuk frasa, klausa dan ayat.

KLAUSA: Unit lebih rendah daripada ayat terdiri daripada satu kumpulan atau

lebih.

FRASA: Kata yang membentuk unit sintaksis letaknya antara kata dengan

klausa.

KATA: Morfem atau gabungan morfem ialah unit terkecil yang berstatus ayat

atau ujaran.

Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik.

Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa.

Ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat dan dirumuskan.

Page 2: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem.

Fungsi rumus tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik.

Wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya

tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa

ayat selalunya didapati dalam struktur dan sistem yang teratur.

Ayat sistem ialah ayat atau tutur yang dikeluar dan diasingkan daripada

konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah

ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.

Hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu

perujukan, kata-kata penghubung (verbindings woorden) dan pengguguran

(ellips). Kesatuan makna dalam wacana akan dilihat dari segi makna logik

dan makna tautan.

Makna tautan merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan

kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana.

Terdapat persamaan dan perbezaan pendapat tentang definisi wacana yang

diperoleh daripada ahli-ahli linguistik ataupun penulis.

Wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa

dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan

(cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan

maklumat.

Unsur-unsur penting dalam wacana adalah seperti satuan bahasa,

terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi,

berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.

Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana. Dengan itu kohesi

adalah 'organisasi sintaktik'. Organisasi sintaktik merupakan wadah ayat-ayat

yang disusun secara padu dan padat. Dengan susunan sebegitu, organisasi

tersebut adalah untuk menghasilkan tuturan.

Kohesi merupakan hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana, tidak

kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu.

Page 3: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Dengan penguasaan dan juga pengetahuan kohesi yang begitu baik akan

dapat menghasilkan wacana yang baik.

Dalam kohesi, kaedah-kaedah yang digunakan berdasarkan penyampaian

maklumat lama dan maklumat baru. Kaedah-kaedah itu adalah seperti

kaedah perujukan, kaedah penggantian, kaedah pengguguran, kaedah

konjungsi dan kohesi leksikal. Wacana juga dicirikan oleh kesinambungan

maklumat yang diertikan sebagai kesatuan makna. Kesatuan makna dalam

wacana ini pula dapat dilihat dari segi makna logik dan makna tautan.

Tautan (cohesion) berbeza dengan keteraturan fikiran, ini bermaksud bahawa

kohesi ataupun tautan adalah merupakan konsep semantik yang juga

merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang

membentuk wacana. Manakala menurut Halliday dan Hasan (1976), tautan

merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk

menjadikan suatu 'teks' itu berkesatuan.

Hubungan makna, sama ada makna leksikal mahupun makna nahuan, perlu

diwujudkan secara padu dalam kesatuan yang membentuk teks. Tautan

makna dari dua sudut, iatu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua

nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Tautan ataupun kohesi ini

juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu

teks atau konteks dengan cara menghubungkan makna yang terkandung di

dalam unsur. Kaedah pertautan ini lebih dikenali dalam istilah perujukan,

penggantian, pengguguran, konjungsi dan nahuan leksikal.

Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kesepaduan dan

sebagainya.

Perujukan ataupun rujukan ini ialah merujuk kepada unsur sebelum atau

selepas yang berkaitan dengan hubungan semantik. Perujukan ini dilihat dari

dua sudut, iaitu perujukan Eksoforik dan Endoforik.

Perujukan Eksoforik ini digunakan untuk merujuk kepada hal-hal yang

mempunyai kaitan dengan situasi yang berkembang di depan penutur

ataupun pendengar yang menerima mesej ataupun maklumat yang telah

disampaikan kepadanya.

Page 4: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Perujukan eksoforik ini menerangkan tentang situasi yang merujuk kepada

sesuatu yang telah diidentifikasi dalam sesuatu konteks bagi sesebuah

situasi.

Perujukan eksoforik ini merupakan hal ataupun fungsi yang menunjukkan

kembali kepada sesuatu yang ada di luar daripada sesebuah situasi.

Suatu wacana mempunyai ciri-ciri koheren (keutuhan wacana), maksud

pengirim, keboleh terimaan, memberikan informasi, situasi pengujaran dan

intertekstualisasi.

Koheren bermaksud keterikatan unsur-unsur dunia teks, terutamanya

susunan gagasan atau konsep; berkat hubungan-hubungan yang

mengetengahkan hal tersebut dan isi teks dapat difahami secara relevan.

Koheren dapat dipertahankan apabila dipenuhi dengan aturan-aturan berikut:

a. Aturan pengulangan;

b. Aturan perkembangan;

c. Aturan hubungan; dan

d. Aturan yang tidak terkandung pertentangan.

Untuk mempelajari wacana, terlebih dahulu perlu diketahui tentang teori

komunikasi, sama ada unsur-unsurnya mahu pun kaedah komunikasi.

Wacana merupakan satuan yang terlengkap dan terbesar atas ayat atau

klausa dengan kerapian (koheren) berkesinambungan yang mempunyai awal

dan akhir nyata yang disampaikan secara lisan atau bertulis.

Kepaduan makna dan kerapian bentuk merupakan faktor penting untuk

menentukan tingkat keterbacaan dan kefahaman wacana.

Kepaduan dan kerapian merupakan unsur hakikat wacana, iaitu unsur yang

turut menentukan keutuhan wacana.

Page 5: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan

kesinambungan idea yang dikemukakan.

Pelajar yang tersilap memilih penanda wacana akan mengakibatkan hilang

pertautan isi dalam penulisan. Keadaan ini melemahkan pengolahan dan

seterusnya mengakibatkan penyampaian penulisan menjadi kabur.

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang

berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang

semasa menulis ataupun berucap.

Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana

yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan

tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

Tiga jenis penanda wacana adalah:

a. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi;

b. Memperjitu organisasi penulisan; dan

c. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain.

Antara fungsi penanda wacana adalah:

a. Untuk menunjukkan maksud tambahan;

b. Untuk menunjukkan maksud sebaliknya;

c. Untuk menunjukkan sebab; dan

d. Untuk menunjukkan maksud ketika.

Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang

mengandung format-format tertentu.

Penulisan tersebut adalah seperti berikut: 

a. Surat kiriman tidak rasmi;

b. Surat kiriman rasmi;

Page 6: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

c. Dialog;

d. Syarahan;

e. Ucapan;

f. Laporan;

g. Berita;

h. Catatan harian; dan

i. Perbahasan.

Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan

berformat yang ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, boleh

menjejaskan konsep wacana.

Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah

rendah dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan penulisan,

proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud

kesinambungan.

Peraturan wacana berformat: 

a. Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai sekurang-

kurangnya tiga isi minimum yang dikembangkan dengan huraian dan

contoh atau bukti yang kukuh dan relevan dengan isu-isu semasa yang

dikemukakan dan bertepatan dengan tajuk yang dipilih.

b. Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberi.

c. Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi

agar terlihat kesinambungan idea antara ayat.

d. Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul.

e. Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar agar

tidak menampakkan ketergantungan idea.

Page 7: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

f. Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang.

Pemerengganan yang dicadangkan antara lima hingga tujuh

perenggan dan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat.

g. Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan

bahasa sahaja.

h. Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam ayat dan penggunaan

struktur ayat yang betul.

i. Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang

dikehendaki jika penulisan berkehendakkan format.

j. Hasilkan peta minda atau membuat rangka penulisan sebelum menulis

agar dapat membimbing pelajar/memberi contoh dalam menyusun

isi/idea.

Proses menulis pula adalah seperti berikut:

a. Pilihlah tajuk yang benar-benar difahami, sesuai dengan pengetahuan,

pemahaman dan keupayaan mengolah dan mengembangkan isinya.

Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih adalah dari segi: 

i. Bentuk atau format penulisan

ii. Isi-isi

1. Laras bahasa

iii. Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah dapat

membuat pemilihan yang terbaik dan sekali gus mampu

menghasilkan penulisan yang sempurna.

iv. Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang

tajuk atau soalan yang diberi, tetapi tidak tahu kehendaknya, ini

juga bukanlah satu pilihan yang baik dan tepat kerana ini akan

memerangkap diri sendiri.

v. Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan faham dengan

kehendak soalan atau tajuk, tetapi tidak yakin akan kemampuan

Page 8: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

untuk menghurai atau mengembangkannya, maka itu juga

bukan satu pilihan yang tepat.

vi. Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar

difahami dan yakin boleh menguasainya.

vii. Untuk menguasai kemahiran tentang format

karangan dan laras bahasanya, perlu memahami perbezaan

format dan laras bahasa bagi penulisan yang pelbagai jenisnya

dan perlulah rajin membuat latihan pelbagai jenis penulisan.

viii. Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajuk

penulisan, murid perlu banyak membaca bahan bacaan, seperti

buku ilmu pengetahuan, majalah, surat khabar dan sebagainya.

ix. Catatlah fakta daripada bahan bacaan yang dibaca, kemudian

simpan dengan baik. Dengan cara ini, murid boleh membuat

rujukan pada bila-bila masa.

b. Susunan penulisan berformat ialah:

i. Rangka ialah garis kasar bagi membentuk penulisan yang

lengkap.

ii. Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid

menulis.

iii. Rangka penulisan membantu murid: 

1. Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan

tidak lari/terpesong daripada tajuk atau soalan.

2. Menyusun isi-isi/fakta mengikut susunan yang betul.

Menghasilkan perenggan yang cemerlang.

Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam

setiap isi yang dihuraikan/diolah.

Page 9: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Memastikan had karangan ditulis mengikut arahan

melebihi jumlah patah perkataan dikehendaki.

Mengelakkan pengulangan fakta.

3. Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-

baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting untuk

menjimatkan masa.

iv. Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri

daripada: 

1. Pendahuluan

2. Isi-isi penting

3. Penutup

v. Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan perkara-

perkara berikut:

a. Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-

kurangnya satu isi yang lengkap

dengan huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi.

b. Huraian yang dimaksudkan ini ialah keterangan atau

penjelasan berupa maklumat tambahan, ulasan dan

sokongan tentang isi-isi tersebut.

c. Struktur perenggan yang baik ialah memulakan

perenggan dengan menyatakan isi pokok, diikuti oleh

huraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuh isi

penting.

d. Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak

semestinya tetap. Anda boleh juga memulakan

perenggan itu dengan isi pokok.

Page 10: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

e. Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai

pertalian. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk

mewujudkan kesinambungan isi.

f. Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-

baiknya panjang pendahuluan dan penutup harus

seimbang dengan isi.

ii. Proses penyemakan adalah seperti berikut:

a. Proses akhir selepas menulis ialah menyemak atau

menyunting. Perkara ini perlu dilakukan untuk

memastikan segala aspek dalam penulisan dipatuhi.

b. Aspek yang perlu disemak atau disunting

ialah kesalahan bahasa, jumlah

perkataan, pemerengganan.

c. Ketika menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang

tertinggal.

d. Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai

contoh atau contoh yang disertakan itu agak lemah,

tambahlah contoh yang lebih tepat.

e. Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan, tanda

baca dantatabahasa.

f. Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, maka

kemaskanlah tulisan kata-kata tersebut.

g. Penulisan yang disunting dengan baik akan

memudahkan pembaca membaca dan mengesan isi;

oleh yang demikian, penulisan akan menjadi mantap.

iii. Rangka penulisan meliputi contoh tentang pendahuluan, isi-isi

dan penutup.

Page 11: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Konsep wacana tak berformat dalam bahasa Melayu berfokus kepada

pengujian kefahaman mengenai topik penulisan, pengujian kebolehan,

kemahiran dan keupayaan untuk menarik minat pembaca, pengujian fikiran,

pendapat dan idea-idea dan pengujian tentang pengukuran pembacaan.

Sebelum membuat sesuatu penulisan, pelajar hendaklah memilih dan

memahami tajuk atau kehendak sesuatu soalan. Selepas itu kita fikirkanlah

pula tentang: 

a. Pengenalan;

b. Isi-isi; dan

c. Penutup.

Setiap penulisan wacana tak berformat juga mestilah mempunyai pembukaan

atau pengenalan. Dalam pengenalan, hendaklah diperkenalkan sesuatu

perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Pelajar

hendaklah mampu menarik perhatian pembaca supaya ingin membaca

sesuatu penulisan itu. Pengenalan dibuat secara ringkas dan am sahaja,

memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan penulisan yang menarik akan

meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pembaca. Oleh itu,

pastikanlah terlebih dahulu pembukaan penulisan hendaklah bersih daripada

kesalahan tatabahasa atau ejaan.

Isi hendaklah mengikut kehendak sesuatu topik. Penulisan perlu mempunyai

sekurang-kurangnya empat isi. Isi yang lebih tidak menjadi masalah, tetapi

mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun

denganteratur dan berkait antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan

dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Setiap isi perlu

dikembang atau dihuraikan dan ada contoh/bukti. Sebaik-baiknya satu isi bagi

satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiaptiap

perenggan tidak semestinya sama panjang. Mungkin sesuatu perenggan itu

lebih panjang daripada perenggan yang lain. Hal ini demikian kerana sesuatu

isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang

daripada perenggan yang lain.

Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk

Page 12: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

mengikuti penulisan tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberikan

sesuatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan /

rumusan atau akhiran sesuatu penulisan. Dalam penutup digambarkan juga

pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan

menamatkan penulisan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu, penutup

juga penting dalam tiap-tiap penulisan.

Wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan

sebagai penulisan yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format.

Walau bagaimanapun, penulisan jenis ini banyak berfokus kepada

pencorakan idea dan kesinambungan yang kreatif.

Ciri-ciri wacana tak berformat berkisar kepada penggunaan kaedah,

penyusunan, proses semasa penulisan dan penyemakan.

Penyusunan rangka penulisan: 

a. Pilih mana-mana kaedah yang mudah untuk memperoleh isi.

b. Senaraikan semua isi penting secara ringkas.

c. Susun isi mengikut urutan kepentingannya.

d. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan

dihuraikan.

e. Isi penting jangan diulang-ulang.

Semasa penulisan: 

a. Semasa menulis, mulakan dengan pendahuluan terlebih dahulu dalam

satu perenggan.

b. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta

dengan contoh.

Bahagian-bahagian penulisan yang ideal: 

a. Perenggan pendahuluan

b. Perenggan isi pertama

Page 13: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

c. Perenggan isi kedua

d. Perenggan isi ketiga

e. Perenggan isi keempat

f. Perenggan penutup

Penyemakan: 

a. Setelah selesai menulis, murid perlu menyemak untuk memastikan

sama ada terdapat tulisan yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda

baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek

tatabahasa yang lain.

b. Baca berulang kali untuk memastikan ketepatan penulisan.

Murid digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas, tepat dan padat

berbanding ayat yang panjang. Hal ini demikian kerana ayat yang panjang

biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.

Biasakan diri untuk mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.

Aplikasi dalam pengajaran penulisan wacana tak berformat di sekolah rendah

dan menengah kebiasaannya menjurus kepada konteks panduan dan

kerangka.

Contoh Panduan Penulisan Perbincangan / Pendapat: 

a. Penulisan jenis ini tidak mempunyai format khusus.

b. Lazimnya, penulisan jenis ini menghendaki murid membincangkan

sesuatu topik yang diberikan dengan berdasarkan pengalaman.

c. Bagi menulis karangan jenis ini, murid perlu mempunyai kemahiran

berhujah dan pengetahuan yang luas tentang topik yang dibincangkan.

d. Hujah yang diberi mestilah logik untuk menunjukkan kematangan dan

kebijaksanaan dalam menghuraikan contoh berdasarkan isi.

Page 14: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

e. Murid perlu mempunyai sikap yang rasional untuk membuat

pertimbangan dan menghuraikan isu-isu yang sensitif.

Bagi sesuatu topik, murid perlu bergantung kepada kehendak penulisan. 

a. Sesuatu topik selalunya menghendaki murid: 

i. mengemukakan hujah daripada satu pihak sahaja; atau

ii. mengemukakan hujah daripada dua pihak.

b. Contoh topik yang memerlukan murid mengemukakan hujah daripada

satu pihak ialah: Bincangkan keburukan kedatangan pekerja asing ke

negara ini.

c. Contoh topik yang memerlukan murid mengemukakan hujah daripada

kedua-dua pihak ialah: Bincangkan kebaikan dan keburukan kehadiran

pekerja asing ke negara ini.

d. Gunakan bahasa yang mudah, tepat, padat dan ringkas. Elakkan

daripada menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dan terlalu

panjang.

e. Penulisan mesti mengikut kebiasaan format penulisan sebenar, iaitu

terdapatnya pendahuluan, isi dan penutup, iaitu: 

i. Pendahuluan - Membayangkan perkara yang ingin dibincangkan

selanjutnya.

ii. Isi - Mengandungi hujah, ulasan dan pendapat tentang isu yang

dikemukakan. Sertakan contoh yang sesuai.

iii. Penutup - Kesimpulan tentang isu yang dibincangkan.

Wacana argumentatif biasanya digunakan untuk mempengaruhi penerima

pesan (adressee) agar melakukan perubahan sikap dan tindakan. Di dalam

wacana ini, yang terpenting adalah fungsi ajakan (appeal) yang terdapat pada

mana-mana model organon Bühler, iaitu disebut sebagai

aspek signal bahasa, iaitu penerima pesan mengesan sesuatu daripada

pesanan.

Page 15: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai wacana

persuasif yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan

dengan lebih berkesan.

Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi atau berbentuk

propaganda, wacana persuasif adalah wahana dalam penulisan untuk

mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai.

Secara umumnya, kemahiran dalam wacana persuasif melibatkan: 

a. Penguasaan tatabahasa

b. Penggunaan pelbagai ragam bahasa

c. Penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik(

d. Penguasaan corak dan bentuk penulisan

Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi seseorang, wacana yang

terhasil merupakan manifestasi yang dipengaruhi oleh khalayak wacana

berkenaan. Di samping itu, struktur wacana persuasif pula dipengaruhi oleh

niat dan hasrat wacana. Wacana persuasif dikembangkan kepada empat

cara,

iaitu naratif (penceritaan),deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan)

atau penghujahan.

Induktif

Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk

khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau

rumusan.

DeduktifMengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti

oleh fakta dan maklumat yang khusus.

Analogi

Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk

menunjukkan persamaan atau perbezaan antara dua

perkara atau senario.

Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Dalam penulisan

pemujukan, penyampaian ideologi atau berbentuk propaganda, persuasif

Page 16: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi sikap dan pendirian

orang ramai. Secara umumnya, kemahiran persuasif melibatkan penguasaan

tatabahasa, penggunaan pelbagai ragam bahasa, penyampaian pemikiran

secara teratur dan sistematik dan penguasaan corak dan bentuk penulisan.

Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian dalam

penggunaan persuasif. Yang pertama, seseorang penghasil wacana perlu

menguasai sesuatu bahasa dengan baik. Kedua, penghasil wacana mestilah

tahu akan perkara atau tajuk yang hendak disampaikan dengan bahasa

tersebut.

Persuasif pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas

kepada khalayak seperti dalam pelukisan.

Dalam persuasif pemerian, penghasil wacana memindahkan pengamatan dan

perhatiannya kepada khalayak. Bahan yang dipindahkan termasuklah imej,

hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar dan sebagainya. Pemerian

seharusnya dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.

Untuk menghasilkan wacana dengan persuasif pemerian, penghasil wacana

boleh memberikan gambaran secara realistik atau impresionistik. Selain

bentuk prosa, persuasif pemerian juga terdapat dalam bentuk puisi.

Persuasif pemujukan dikenal juga sebagai persuasif pengaruhan.

Dalam persuasif pemujukan, penulis atau penutur berusaha untuk mengubah

dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca atau

pendengar.

Persuasif pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa dengan

menyelitkan unsur-unsur psikologi serta perbandingan kebaikan dan

keburukan.

Salah satu ciri penting dalam persuasif pemujukan ialah penghasil wacana

akan memainkan emosi penerima wacana.

Page 17: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Dengan memanipulasikan emosi khalayak, penghasil wacana berharap

pendirian penerima wacana akan berubah, lalu bertindak mengikut kehendak

penghasil wacana.

Persuasif pemujukan juga sering menggunakan bahasa yang manis dan

menarik. Penggunaan bahasa yang demikian terdapat dalam iklan yang

menggunakan persuasif pemujukan.

Persuasif pemujukan memberikan penerangan tentang sesuatu perkara

dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.

Persuasif penerangan bertujuan untuk memberikan maklumat kepada

penguna wacana.

Persuasif pemujukan dikatakan bersifat informatik.

Dalam lisan, persuasif penerangan menyampaikan maklumat dan mesej

tertentu dengan intonasi dan nada yang menarik.

Persuasif penerangan menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan

bernas supaya orang yang diberi penerangan mengetahui dan memahami

maklumat yang dsampaikan.

Persuasif ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada

dalam bentuk penulisan mahupun lisan. Selain itu, gaya naratif ini boleh

ditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah

syarahan yang menerangkan sesuatu.

Persuasif penceritaan menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan

beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik.

Persuasif penceritaan digunakan dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi,

lipur lara, hikayat dan sebagainya. Persuasif ini mengandung empat prinsip

yang bertalian iaitu kesatuan, pertautan, penekanan dan gaya bahasa yang

menarik.

Persuasif pendedahan merujuk kepada satu teknik pemakaian bahasa yang

menampakkan sesuatu perkara atau topik sehingga perkara atau topik

Page 18: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

tersebut dapat diketahui dan difahami oleh khalayak. Selain pendedahan,

persuasif ini juga dikenali sebagai persuasif penjelasan.

Hal ini demikian kerana tujuan persuasif adalah untuk memberikan

pemahaman kepada khalayak.

Dalam persuasif pendedahan, penghasil wacana berusaha memindahkan

ideanya kepada khalayak secara berkesan. Biasanya idea sering dijelaskan

adalah dengan menggunakan persuasif pendedahan, iaitu idea yang

berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis,

proses dan dasar tertentu.

Sama seperti persuasif pemujukan, persuasif penghujahan juga tergolong

sebagai persuasif pengaruh.

Persuasif penghujahan turut dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek.

Perbezaan lain antara persuasif pemujukan dengan persuasif penghujahan

adalah dari segi pendekatan. Dalam hal ini, persuasif pemujukan agak agresif

sehingga menghendaki khalayak bertindak mengikut kemahuan penghasil

wacana.

Persuasif penghujahan hanya memerlukan khalayak bersetuju dan yakin

akan pendapat yang dikemukakan.

Khalayak dianggap orang yang sangat bijak, objektif dan berkemampuan

membuat penilaian sendiri terhadap sesuatu usul.

Terdapat tiga unsur penting dalam persuasif penghujahan, iaitu kenyataan

tesis, premis dan khalayak.

Umumnya, persuasif penghujahan boleh memanfaatkan teknik penyampaian

idea secara deduksi dan induksi. Persuasif penghujahan sering digunakan

dalam perbahasan, perbicaraan, forum, tesis, kertas kerja dan latihan ilmiah.

Prinsip-prinsip persuasif ini adalah berlandaskan Sistem Teoritikal Koheren,

iaitu segala bentuk pendapat, penyusunan dan gaya penyampaian adalah

berkaitan.

Page 19: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Berkaitan antara satu idea merupakan satu proses pemikiran yang penting

untuk melahirkankesinambungan dalam penulisan. Setiap pendapat adalah

saling berhubungan dengan simbolik penjelmaan dalam proses berfikir.

Proses pemikiran yang tidak logik juga penting dalam proses penulisan.

Proses penulisan adalah satu proses yang murni. Murni jika penulisan

mengikut ketepatan tajuk.

Proses menulis bermula daripada satu pergerakan idea yang tidak dikenali

keseluruhannya kepada yang diketahui keseluruhannya. Pengulangan dalam

proses perubahan adalah daripada bentuk terhad kepada luas. Pembentukan

wacana adalah penting dalam setiap bahagian penulisan.

Analisis sintagmatik dan paradigmatik juga sangat penting untuk

mengembangkan wacana dalam proses penulisan.

Dalam memperkatakan persuasif penulisan, aspek yang utama adalah frasa

penghubung dan kata rujukan.

Dalam kemahiran menulis, terdapat beberapa subkemahiran yang perlu

sekiranya mahu menghasilkan penulisan yang berkualiti baik. Antara

subkemahiran yang penting adalah kemahiran sintaksis pada peringkat ayat

yang merupakan perkara utama dan paling asas dalam ekspresi dan

penyampaian idea.

Perenggan-perenggan yang baik tidak dapat dibina tanpa ayat-ayat yang

efektif untuk menyampaikan hasrat dan maksud penulis.

Satu gejala universal wujud dalam berbahasa sesuatu sama ada tentang

manusia, benda atau hal tidak akan dipergunakan berulang kali dalam

konteks yang sama.

Pengulangan kata yang sama tanpa satu tujuan yang jelas akan

menimbulkan rasa kurang selesa.

Kata ganti tersebut timbul untuk menghindari pengulangan dalam ayat

berikutnya. Dengan demikian, kata rujukan atau kata ganti dapat berfungsi

Page 20: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

untuk menjadi kesepaduan yang baik dan teratur antara ayat-ayat yang

membina sesuatu penulisan.

Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh penghasil wacana untuk

menyampaikan idea dengan berkesan dalam sesebuah penulisan. Antaranya

ialah takrifan, pencerakinan, analogi, petikan, deduksi dan induksi.

Pendekatan persuasif menggunakan asas pemujukan sebagai elemen

penting dalam sesuatu penulisan.

Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisan terletak kepada

input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logik serta

kemahiran menulis yang dimilikinya. Kesemua elemen ini akan

merangkumkan perenggan-perenggan penulisan.

Kemahiran persuasif merupakan kemahiran menulis yang diperlukan oleh

seseorang penulis sebelum dapat menghasilkan penulisan yang berkesan

serta idea yang jelas dan tepat.

Kemahiran persuasif memerlukan latihan yang sistematik dan berterusan.

Penulis yang telah dapat menguasai kemahiran persuasif pastinya akan

dapat menghasilkan penulisan yang bermutu dan menarik. Dalam penulisan

surat rasmi, persuasif yang digunakan ialah persuasif penerangan, iaitu

persuasif yang menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas

supaya orang yang diberikan penerangan mengetahui dan memaklumi

maklumat yang disampaikan.

Dalam penulisan rencana, persuasif yang digunakan ialah persuasif

penerangan, pendedahan dan penghujahan. Persuasif tersebut digunakan

dalam rencana adalah untuk menyampaikan maklumat dan mesej tertentu

dengan intonasi dan nada yag menarik, memberi pemahaman dan hujah

yang logik.

Bagi penulisan laporan dan minit mesyuarat, persuasif yang digunakan

adalah persuasif penerangan untuk memberikan maklumat kepada pembaca,

sekali gus bersifat informatif. Dalam persuasif jenis ini, bahasa formal yang

jelas dan tepat digunakan untuk memberikan penerangan terhadap maklumat

Page 21: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

yang disampaikan. Ulasan dan komentar juga menggunakan persuasif

penerangan dalam penulisannya.

Pengumuman dan pengacaraan majlis menggunakan persuasif penerangan

dan pendedahan.

Persuasif penerangan bertujuan memberikan maklumat kepada pendengar

dan mesej serta maklumat disampaikan dengan nada dan intonasi yang

menarik.

Persuasif pendedahan pula berfungsi untuk memberikan pemahaman kepada

khalayak supaya khalayak dapat memahami sesuatu topik.

Beberapa definisi dan pendapat daripada pakar-pakar bahasa tentang

wacana deskriptif. Dalam pengertian linguistik, wacana deskriptif adalah

kesatuan makna (semantik) antara bahagian dalam sesuatu binaan bahasa.

Wacana deskriptif berfungsi sebagai kesatuan makna dan dilihat sebagai

pembina bahasa yang utuh. Hal ini demikian kerana setiap bahagian dalam

wacana tersebut saling berhubungan dan padu kedudukannya. Selain dibina

atas hubungan makna antara satuan bahasa, wacana deskriptif juga terikat

dengan konteks.

Kontekslah yang dapat membezakannya dengan wacana lain yang digunakan

dalam pemakaian bahasa komunikasi dan bahasa yang bukan untuk tujuan

komunikasi.

Wacana deskriptif adalah komunikasi kebahasaan yang terlihat sebagai

pertukaran antara penutur dengan pendengar, juga sebagai aktiviti personal,

iaitu bentuknya ditentukan oleh tujuan sosial.

Wacana deskriptif adalah komunikasi lisan dan tulisan yang dilihat daripada

penghayatan, nilai dan kategori dalamannya. Wacana deskriptif juga sebagai

bidang daripada semua pernyataan. Kadangkala turut dikenali sebagai

kelompok pernyataan atau praktik kebiasaan dan dilihat daripada sejumlah

pernyataan.

Page 22: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Wacana deskriptif sebagai cara objek atau idea dibincangkan secara terbuka

kepada awam sehingga menimbulkan pemahaman tertentu yang tersebar

luas.

Wacana deskriptif dapat dilihat daripada tahap teoritikal konseptual, konteks

penggunaan dan kaedah penjelasan.

Wacana deskriptif diertikan sebagai domain daripada semua pernyataan, iaitu

semua ujaran atau teks yang mempunyai makna dan kesan dalam dunia

nyata. Wacana deskriptif menurut konteks penggunaannya merupakan

sekumpulan pernyataan yang dapat dikelompokkan dalam kategori teoritikal

konseptual tertentu. Menurut kaedah penjelasannya, wacana deskriptif

merupakan suatu praktik yang diatur untuk menjelaskan sejumlah

pernyataan.

Wacana deskriptif merupakan suatu pernyataan atau rangkaian pernyataan

yang dinyatakan secara lisan ataupun tulisan serta memiliki hubungan makna

antara satuan bahasanya serta terikat kepada konteks. Dengan demikian,

apapun bentuk pernyataan yang disalurkan melalui pelbagaian media, makna

konteks dikatakan sebagai sebuah wacana deskriptif.

Klasifikasi wacana lain berdasarkan fungsi bahasa, seperti dijelaskan berikut:

o Wacana ekspresif – wacana ini bersumberkan gagasan penutur atau

penulis sebagai saranan ekspresi, seperti wacana pidato.

o Wacana fatis – wacana ini bersumberkan saluran untuk melancarkan

komunikasi.

o Wacana informasi – wacana ini bersumberkan pesanan atau

informasi, seperti wacana berita dalam media massa.

o Wacana estetik – wacana ini bersumberkan pesanan dengan tekanan

keindahan, seperti wacana puisi dan lagu.

o Wacana direktif – wacana ini diarahkan pada tindakan atau reaksi

daripada mitra penutur atau pembaca, seperti wacana khutbah.

Page 23: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Berdasarkan saluran komunikasi, wacana lain dapat dibezakan atas wacana

lisan dan tulisan. Wacana lisan memiliki ciri, iaitu adanya penutur dan mitra

penutur bahasa yang dituturkan serta pertukaran pertuturan dengan bermula

daripada giliran bicara.

Wacana tulisan dicirikan dengan adanya penulis dan pembaca, bahasa yang

ditulis dan penerapan sistem ejaan.

Wacana lain juga dapat dibezakan berdasarkan cara pemaparannya, iaitu

yang terdiri daripada wacana naratif, wacana ekspositoris, wacana hortatoris

dan wacana prosedural.

Setiap wacana memiliki tema sebab.

Tema merupakan hal yang diceritakan sepanjang isi wacana. Tema menjadi

acuan atau ruang lingkup agar isi wacana teratur, terarah dan tidak

menyimpang. Sebelum menulis wacana, seseorang harus terlebih dahulu

menentukan tema, setelah itu barulah tujuan.

Tujuan ini berkaitan dengan bentuk atau model isi wacana. Tema wacana

akan diungkapkan dalam corak atau jenis tulisan seperti bergantung pada

tujuan dan keinginan si penulis.

Kerangka penulisan bermanfaat adalah seperti berikut:

o Pedoman agar penulisan dapat teratur dan terarah.

o Menggambarkan pola susunan dan kaitan antara pemikiran pokok /

topik.

o Membantu penulis melihat adanya pokok kebahasaan yang

menyimpang daripada topik dan adanya pemikiran pokok yang sama.

o Menjadikan gambaran secara umum tentang struktur idea penulisan

sehingga membantu pengumpulan bahan-bahan yang diperlukan.

Kaedah penyusunan kerangka penulisan supaya efektif, iaitu seperti berikut:

o Menentukan tema/topik penulisan.

Page 24: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

o Menghayati tema dalam topik-topik/subtema.

o Mengembangkan topik-topik menjadi subtopik.

o Mengintegrasikan beberapa subtopik.

o Menyelaraskan topik dan subsubtopik.

o Menentukan pola pengembangan penulisan.

Kerangka Penulisan dapat ditulis dalam dua bentuk, iaitu seperti berikut:

o Kerangka kalimat adalah kerangka penulisan yang disusun dalam

bentuk kalimat lengkap yang menggarap idea-idea pokok penulisan.

o Kerangka topik adalah kerangka penulisan yang digarap dalam bentuk

frasa dan klausa sehingga tampak lebih praktik.

Narasi adalah cerita yang didasarkan pada urutan suatu kejadian atau

peristiwa. Narasi dapat berupa fakta, misalnya biografi (riwayat seseorang),

riwayat hidup seseorang yang ditulisnya sendiri atau kisah pengalaman.

Narasi seperti ini disebut dengan narasi ekspositoris.

Unsur-unsur penting dalam sebuah narasi adalah:

o Kejadian

o Tokoh

o Konflik

o Alur / plot

o Latar yang terdiri atas latar waktu, tempat dan suasana.

Narasi dihuraikan dalam bentuk penceritaan yang ditandakan oleh adanya

huraian secara kronologis (urutan waktu). Penggunaan kata hubung yang

menyatakan waktu atau urutan, seperti lalu, selanjutnya, keesokan harinya,

atau setahun kemudiankerap digunakan.

Tahap menulis narasi, iaitu sebagai berikut:

Page 25: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

o Menentukan tema cerita.

o Menentukan tujuan.

o Mendaftarkan topik atau gagasan pokok.

o Menyusun gagasan pokok menjadi kerangka penulisan.

o Secara kronologis atau urutan waktu.

o Mengembangkan kerangka menjadi penulisan.

Kerangka penulisan yang bersifat naratif dapat dikembangkan dengan pola

urutan waktu. Penyajian berdasarkan urutan waktu adalah urutan yang

didasarkan pada tahap-tahap peristiwa atau kejadian. Pola urutan waktu ini

sering digunakan pada cerpen, novel, cinta, kisah perjalanan, cerita sejarah

dan sebagainya.

Tahap penulisan eksposisi:

o Menentukan objek pengamatan

o Menentukan tujuan dan pola eksposisi

o Mengumpulkan data atau bahan

o Menyusun kerangka penulisan

o Mengembangkan kerangka menjadi penulisan

Pengembangan kerangka penulisan berbentuk eksposisi yang berpolakan

penyampaian berikut:

o Urutan topik yang ada:

Pola urutan ini berkaitan dengan penyebutan bahagian-bahagian bagi

sesuatu benda, hal atau peristiwa tanpa mengecualikan yang

terpenting. Semua bahagian dianggap bernilai sama.

o Urutan klimaks dan antiklimaks:

Pola persembahan dimulai dari hal yang mudah / yang sederhana

Page 26: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

menuju kepada hal yang semakin penting atau puncak peristiwa dan

sebaliknya bagi antiklimaks.

Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi jika penulisan

mempunyai perkara yang ditetapkan, iaitu pengenalan, isi yang lebih daripada

tiga dan penutup.

Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa jika

penulisan mengandungi wacana yang mantap, selain tidak melakukan

sebarang kesalahan.

Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak 3

markah boleh ditolak daripada markah keseluruhan.

Bagi penulisan yang terpesong pula, hanya 5 markah sahaja diberi.

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha

menghasilkan penulisan yang baik.

Fahami kehendak soalan dan format penulisannya (jika karangan berformat).

Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.

Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup.

Pelbagai cara mencatat isi, antaranya menggunakan konsep peta minda dan

penomboran.

Menulis berdasarkan isi/kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan).

Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.

Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti dengan penjelasan atau

keterangan lanjut serta contohnya. Memadai dengan tiga atau empat ayat.

Penutup juga ringkas sebagai rumusan atau kesimpulan. Memadai dengan

satu atau dua ayat.

Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama

semak pelbagai perkara, iaitu:

o Format

Page 27: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

o Isi / Huraian

o Imbuhan

o Struktur Ayat

o Ejaan

o Tanda Baca

o Perbendaharaan Kata

Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.

Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk

mengikuti penulisan tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberi

suatu kepuasan kepada pembaca.

Penutuplah yang menjadi wacana kesimpulan / rumusan atau akhiran

sesuatu penulisan.

Dalam penutup digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu

perbincangan atau tajuk.

Menulis atau menghasilkan karangan merupakan satu kemahiran yang

penting dalam penguasaan bahasa. Sesebuah karangan atau wacana itu

sendiri didirikan oleh pelbagai ciri kebahasaan yang meliputi perkataan,

rangkai kata atau frasa dan ayat.

Pengajaran penulisan secara umum meliputi pengajaran dan pengaplikasian

aspek-aspek bahasa yang lain seperti pengajaran tatabahasa, fonetik,

fonologi dan semantik.

Melalui pengajaran penulisan di sekolah-sekolah sama ada di peringkat

rendah mahupun di peringkat menengah, pelajar sebenarnya dilatih untuk

mengungkapkan gagasan, buah fikiran dengan tepat dan jelas tentang segala

macam perkara, baik yang berbentuk akademik ataupun kegiatan-kegiatan

harian dan pengalaman dalam berbagai jenis tulisan.

Pengajaran penulisan bagi pelajar sekolah mempunyai beberapa konsep: 

Page 28: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

o Membolehkan pelajar:

Bercerita; dan

Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau

tajuk perbincangan

o Membolehkan pelajar mengarang:

Pengalaman sendiri;

Cerita;

Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri;

Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah mengenai

beberapa perkara yang sesuai; dan

Surat kiriman formal dan tidak formal.

Penulisan lisan adalah satu aktiviti latihan bercakap untuk menulis dengan

menggunakan bahasa yang diajarkan lalu mempraktikkannya di dalam bilik

darjah. Antara aktiviti-aktiviti dan teknik-teknik pengajaran yang dapat

dijalankan dan digunakan oleh guru untuk melaksanakan pengajaran

penulisan jenis ini ialah:

o Bersoal jawab tentang perkara-perkara yang telah dialami oleh pelajar

dalam kehidupan sehari-hari;

o Menceritakan semula cerita yang didengar daripada ibu bapa, guru,

individu lain atau buku dan majalah yang pernah dibaca;

o Penulisan bergambar iaitu latihan bercakap mengenai gambar (atau

carta aliran) yang disediakan oleh guru; dan

o Ucapan-ucapan yang disediakan oleh pelajar berkaitan dengan

pengalamannya.

Penulisan biasa adalah kesinambungan daripada penulisan lisan. Lazimnya

penulisan jenis ini dilakukan selepas pelajar menjalani latihan-latihan praktikal

dalam bahasa lisan yang dapat dibahagikan kepada dua bahagian:

Page 29: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

o Penulisan terkawal; dan

o Penulisan bebas. 

Penulisan terkawal ialah penulisan yang segala isi dan bahasanya dikawal

oleh guru.

o Pendekatan Terkawal;

o Pendekatan Bebas;

o Pendekatan Pola-Perenggan; dan

o Pendekatan Komunikatif.

Menerusi pendekatan ini, guru memandu dan mengawal pelajar daripada

melakukan kesalahan. Pada peringkat permulaan, kawalan yang diberikan

guru adalah secara menyeluruh. Pada peringkat seterusnya semakin

berkurangan. Bagaimanapun pelajar masih diberi kebebasan untuk memilih

perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri.

Melalui pendekatan ini, pelajar diberi kebebasan untuk menyuarakan

pendapat mereka mengenai tentang sesuatu tajuk penulisan. Walau

bagaimanapun pendekatan ini hanya sesuai digunakan kepada pelajar yang

sudah dapat menguasai bahasa dengan baik.

Pendekatan bebas menegaskan bahawa seseorang yang sudah mempunyai

pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat

yang gramatis tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik

dan berkesan. Memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu

juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya seperti

aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.

Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik

dalam sesebuah karangan. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan

untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur.

Page 30: Nota Ringkas Hbml 3203 a Dalam Pengajaran Bm

TATABAHASA DALAMPENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML 3203 NOTA RINGKAS DA’A 2011

Method atau kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah

bagaimana seseorang guru menyampaikan isi pengajarannya dengan

kehendak dan cita rasa pelajarnya, di samping mencapai objektif pengajaran.

Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dibuat bagi membantu mencapai

objektif pengajaran dan menjayakan kaedah pengajaran. Dalam pengajaran

bahasa terdapat pelbagai teknik pengajaran dan biasanya penggabungjalinan

teknik-teknik pengajaran kerap dilakukan.

Kaedah komunikatif dapat diaplikasikan dalam pengajaran karangan dengan

pelbagai cara, antaranya:

o Menjelaskan tujuan setiap latihan atau aktiviti pengajaran

pembelajaran karangan yang dijalankan;

o Mengadakan aktiviti perbincangan, sumbang saran atau bersoal jawab

untuk memastikan pelajar mengikuti dan memahami (isi-isi) karangan;

o Mempelbagaikan latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

seperti lakonan, simulasi, drama, main peranan dan sebagainya yang

mewujudkan unsur-unsur komunikasi di kalangan pelajar.

Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan ialah

berdasarkan gambar yang dilihat dan ditunjukkan.