kuliah 1.1 pkp 3203 pismp pm 1614 sem jan 2015 pengurusan tingkahlaku

29
PKP 3203 PENGURUSAN TINGKAH LAKU UNTUK PENDIDIKAN PEMULIHAN PISMP PM 1614 SEMESTER JANURAI 2015 SAPIEE BIN SAIDI JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

Upload: syed-aieman

Post on 07-Dec-2015

248 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pemulihan

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

PKP 3203PENGURUSAN TINGKAH LAKU UNTUK

PENDIDIKAN PEMULIHAN

PKP 3203PENGURUSAN TINGKAH LAKU UNTUK

PENDIDIKAN PEMULIHAN

PISMP PM 1614SEMESTER JANURAI 2015

PISMP PM 1614SEMESTER JANURAI 2015

SAPIEE BIN SAIDIJABATAN PENGAJIAN MELAYU

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

SAPIEE BIN SAIDIJABATAN PENGAJIAN MELAYU

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

Page 2: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Kandungan

1. Pengenalan konsep dan definisi2. Langkah-Langkah mengenal pasti tingkah laku3. Prinsip-prinsip asas mengurus tingkah laku4. Langkah-langkah dalam proses perubahan

tingkahLaku5. Strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku6. Isu dan etika7. Program Ekonomi Token

Page 3: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

PENGENALAN KONSEP DAN DEFINISI Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam kelas sangat bergantung kepada kawalan kelas yang baik oleh guru. Dalam hal ini tingkah laku murid sangat perlu dikawal oleh guru supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Bagi murid-murid berkeperluan khas dan juga murid pemulihan, tingkah laku mereka adalah ketara. Oleh itu guru perlu mahir tentang pengurusan tingkah laku supaya masalah yang dihadapi oleh murid dapat dikurangkan.

Page 4: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Definisi dan konsep pengurusan tingkah laku

“ Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa.”

“ Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan

harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik.”

“Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang

berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu”

(Bear, Wolf and Risley, 1968)

Page 5: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Definisi dan konsep pengurusan tingkah laku

“Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku.”

(Kamus Dewan, 1979)

Page 6: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Modifikasi atau pengubahsuaian adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini.

Page 7: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut; • perancangan yang rapi• tentukan individu atau kumpulan• teknik intervensi yang berkesan• penilaian secara objektif

Page 8: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid pemulihan sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu; •setiap murid adalah unik•tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid•proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid saling berkait).

Page 9: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif,

Zirpoli dan Melloy (1993) memberikan empat perkara yang perlu dilakukan oleh pelaksana, iaitu: •memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa;•kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran;•tentukan objektif tingkah laku baru; dan •bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang telah dikenal pasti.

Page 10: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

PERSPEKTIF SEJARAH

tingkah laku individu itu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik, kandungan kimia dalam badan, dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang menyebabkan individu berkelakuan demikian.

sesuatu peristiwa akan merangsang seseorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus.

Page 11: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Umumnya hasil kajian tingkah laku menunjukkan bahawa: •”Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa.” •”Tingkah laku yang tidak sesuai seperti agresif atau tingkah laku suka merosakkan harta benda boleh di diubah kepada tingkah laku baru jika individu itu diberi pengajaran.”

Page 12: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Menurut Hewett & Forness (1984) dalam Walker & Shea (1995) tingkah laku seseorang itu, sama ada terhadap dirinya dan juga orang lain adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut: •Keperluan dan kehendak untuk bertahan (survival) dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra.

•Kepercayaan kepada khurafat / tahyul, atau keperluan untuk bertindak balas terhadap sesuatu yang tidak diketahui.

•Kepercayaan kepada sains, atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis, dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui.•Perkhidmatan, atau keperluan membantu, membimbing, mengawal, dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

Page 13: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.Psikodinamik2.Biofizikal3.Persekitaran4.Behavioral

Page 14: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Model PsikodinamikBerasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personaliti seseorang.

Page 15: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Psikodinamik• Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah

laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual (oral stage, anal stage, phallic, latency, genital).

Page 16: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Model Psikopendidikan -menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku

Page 17: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh:

•Masalah dalaman individu •Faktor persekitaran yang

mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang

Page 18: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Antara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah:

1. Model Psikopendidikan2. Teknik Kaunseling3. Seni Ekspresif: permainan bebas,

main peranan, tarian kreatif, muzik, terapi seni 4. Teknik Pengurusan Tingkah Laku:

Page 19: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Prinsip model ini ialah:•Pemikiran dan tindakan adalah dua proses

yang saling berkaitan•Seseorang perlulah menerima dan

memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak

•Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak dengan adil dan kasih saying

•Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-kanak.

Page 20: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Teknik kaunseling - diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang produktif.

Page 21: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Teknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting yang terkawal dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor

Page 22: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

teknik-teknik yang boleh digunakan:

•Permainan Bebas•Permainan Puppet•Main Peranan•Pergerakan dan Tarian Kreatif•Penulisan Perkataan•Terapi Seni•Muzik•Fotografi dan rakaman video

Page 23: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa sahaja.

Page 24: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Model PersekitaranKesan persekitaran ke atas tingkah laku individu. Pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia.

Page 25: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Antara teknik yang boleh diguna ialah:•Intervensi berpusatkan kanak-kanak•Intervensi berpusatkan persekitaran•Intervensi berpusatkan kanak-kanak

dan persekitaran•Intervensi berpusatkan perantaraan

antara kanak-kanak dan persekitaran

Page 26: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

Model Biofizikal

Menekankan kepada perkaitan tingkah laku dengan faktor organik individu seperti keadaan fizikal, penyakit yang dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi anggota badan (kecacatan). Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku berpunca dari faktor biokimia/neurologikal yang menyebabkan fungsi otak yang tidak normal, faktor persekitaran dan baka.

Page 27: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

MODEL BIOFIZIKAL

• Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu.

Page 28: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

PERSEKITARAN

• Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu berlaku.

Page 29: Kuliah 1.1 Pkp 3203 Pismp Pm 1614 Sem Jan 2015 Pengurusan Tingkahlaku

MODEL BEHAVIORAL

• Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran di sekelilingya.