hbmt 3203 v2

31
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2014 HBMT3203_V2 TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART IV NAMA : HASROLAFFENDI BIN JOHARI NO. MATRIKULASI : 801218025033002 NO. KAD PENGENALAN : 801218025033 NO. TELEFON : 0195133347 E-MEL : [email protected]

Upload: curtis-hodge

Post on 04-Oct-2015

117 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2014

HBMT3203_V2

TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART IV

NAMA : HASROLAFFENDI BIN JOHARI NO. MATRIKULASI : 801218025033002NO. KAD PENGENALAN : 801218025033NO. TELEFON : 0195133347E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: KELANTAN LEARNING CENTRE

HBMT3203_V2 TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART IV

7

801218025033002-Hasrolaffendi bin Johari

ISI KANDUNGAN

PERKARAHALAMAN

1.0 Pengenalan2

2.0 Teknologi Terkini Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah3

2.1 kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (Ict)5

2.2 Perkembangan Dan Kepentingan Ict Dalam P&P5

3.0 Kekangan Dan Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah7

4.0 Prinsip-Prinsip Penggunaan Bahan Teknologi 10

5.0 Bahan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Topik Peratus11

6.0 Cara Penggunaan Bahan Teknologi12

7.0 Refleksi Penggunaan Bahan Teknologi Pengajaran Dan Pembelajaran14

8.0 Kesimpulan15

9.0 Rujukan17

10.0 Lampiran18

1.0 PENGENALAN

Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Dasar dan polisi pembangunan Negara menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan ICT dalam pendidikan, oleh itu impak ICT dalam pendidikan amat ketara sekali. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sekolah Bestari pada awal 1999 yang bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran (Rohani,1999 dan Ab.Rahim 2000).

Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia SuperCorridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-negara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan ICT dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat (knowledge based society). Kemajuan teknologi internet dan multimedia begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta. Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000)

Untuk mengharungi cabaran serta mencapai matlamat Multimedia Super Corridor(MSC) dan Wawasan 2020, mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi pelbagai aspek seperti dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi, manakala dalam konteks pengajaran pula, ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi.

Selain itu, globalisasi merupakan satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Dalam keadaan ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun.

2.0 TEKNOLOGI TERKINI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

ICT (Information Communication Technology) dapat ditakrifkan sebagai sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk melalui media elektronik. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya softwarePerkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan dan penyeliaan, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.Integrasi ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Integrasi ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan disamping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan tahap kebolehan pelajar.Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat PerkembanganKurikulum, 2001).Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu, kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan kearah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara terbuka dan dapat mendalami setiap ilmu yang diperolehi dengan lebih berkesan .

2.1 Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) Menurut Ngan (1994), literasi komputer membawa maksud yang lebih luas kerana bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara computer digunakan dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan penggunaan komputer.Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer,dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki. 2.2 Perkembangan dan kepentingan ICT dalam P&P (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) secara jelas telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan. Pertama literasi ICT untuk semua pelajar, Kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat P&P. Ketiga penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, menjelaskan beberapa manfaat ICT dalam pendidikan diantaranya berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid, membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning), membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi, mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan, membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa, meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid serta memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima serta meningkatkan kemahiran ICT.Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaanKajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapat beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai field dependent berbanding dengan murid field independent. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam field independent adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam field dependent mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajan.

3.0 KEKANGAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Pembaharuan dalam sistem pendidikan terutama dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT.

3.1 Kekurangan Kemahiran Adalah Cabaran Utama Dalam Mengintegrasikan P& P Di sekolahPenggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk,visual, pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan artificial yang penting dalam era ICT. Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternative yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran dikalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran.

3.2 Kekangan Dalam Menghabiskan Sukatan Pelajaran Juga Merupakan Masalah Yang Dihadapi Dalam Mengintegrasikan ICT Dalam P&P Di sekolah.Daripada temubual dengan beberapa guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan sukatan pelajaran kerana menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran. Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan bahawa untuk membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital.

3.3 Kekurangan Prasarana Dan Bahan SokonganKekurangan prasarana dan bahan sokongan juga munyumbang kepada kekangan mengintegrasikan ICT di sekolah .Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting pendidikan sekarang ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.

3.4 Peralatan Tidak SeragamKecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah -sekolah pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memiliki sambungan kepada Internet, ada yang tidak. Guru-guru yang menggunakan panduan yang terkandung dalam dokumen ini haruslah terlebih dahulu mengetahui tahap keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah masing-masing sebelum merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT. Ini bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai dengan objektif pembelajaran.

3.5 Sikap Negatif GuruCabaran lain yang menjadi permasalahan mengintegrasikan ICT dalam P&P di sekolah adalah sikap negatif dikalangan guru yang mendidik. Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black,1994). Kajian ini mendapati bahawa persediaan mental dalam kalangan anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang akan dilaksanakan. Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam menghadapi cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001). Justeru, para pendidik perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas. Dalam mencapai objektif tersebut, guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. (Ambigapathy &Suthagar, 2003).Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Guru perlu bersedia melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.

4.0 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI Sebelum memilih bahan teknologi, guru mestilah telah memikirkan topik yang dipilih, kebolehan murid-murid, isi kandungan pelajaran secara terperinci dan juga objektif-objektif pengajaran. Kemudian guru hendaklah menganalisis pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid dengan menggunakan sumber-sumber pengajaran tertentu. Proses pengajaran yang akan disampaikan oleh guru hendaklah dianalisis berdasarkan objektif dan seterusnya dicatatkan dengan jelas sumber yang diperlukan untuk memaksimumkan pencapaian objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan sifat-sifat bahan teknologi yang hendak disediakan sebelum pemilihan sesuatu sumber pengajaran dan pembelajaran dibuat. Perkara-perkara yang perlu diteliti adalah seperti kandungan, rekabentuk dan persembahan. Banyak hasil yang praktikal dapat dicapai apabila sumber pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi digunakan di dalam bilik darjah. Antara hasil-hasil ini ialah (Kemp dan Smellie,1989): a. Kandungan topik boleh dipilih secara lebih terperinci dan diorganisasikan. b. Penyampaian pengajaran boleh dipiawaikan. c. Pengajaran adalah lebih menarik minat pelajar. d. Pembelajaran adalah lebih interaktif apabila teori-teori pembelajaran diaplikasikan. e. Masa pengajaran boleh disingkatkan. f. Kualiti pembelajaran boleh diperbaiki.g. Arahan boleh diberikan bila dan di mana perlu.h. Sikap positif murid terhadap apa yang mereka pelajari dan juga terhadap proses pembelajaran itu sendiri boleh dikukuhkan.i. Peranan guru juga boleh dikukuhkan.

Dilihat secara keseluruhan, kesemua hasil-hasil di atas menunjukkan bahawa kecekapan pembelajaran dan sikap positif terhadap pembelajaran dapat diperkukuhkan melalui penggunaan bahan teknologi. Untuk mencapai kebaikan-kebaikan di atas, bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mestilah bermutu tinggi dan dipilih atau direka, dihasilkan dan digunakan sebagai satu bahagian yang diintegrasikan di dalam sistem pembelajaran dan pengajaran (Gagne, Briggs,dan Wager, 1992).

5.0 BAHAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK PERATUSTerdapat beberapa garis panduan yang boleh dijadikan rujukan oleh guru dalam menentukan pemilihan bahan teknologi yang boleh digunakan dalam bilik darjah. Anataranya ialah bahan sumber yang dipilih semestinya sesuai. Pemilihan bahan teknologi hendaklah mempunyai hubungan kesesuaian dengan perkara-perkara seperti objektif dan matlamat pengajaran, pendekatan, teknik dan kaedah yang digunakan, keadaan murid, suasana pembelajaran dan minat murid.Guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih dan menentukan bahan bantu belajar yang sesuai digunakan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai untuk dijadikan bahan teknologi yang akan dapat membantu ke arah tercapainya objektif pengajaran tersebut. Bahan teknologi yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Tugasan ini memerlukan saya untuk menyediakan satu pakej bahan teknologi yang sesuai bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah serta menilai sejauh mana penggunaannya dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Bahan teknologi yang saya pilih ialah Penggunaan Laman Pembelajaran Maya ( Virtual Learning Environment ) . Bagi pengajaran kemahiran topik Peratus tahun 4 saya terlebih dahulu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RPH tersebut adalah seperti di Lampiran 1.Hal ini bertepatan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget yang mengatakan kanakkanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun adalah peringkat membina operasi konkrit.

6.0 CARA PENGGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI

6.1 Laman pembelajaran maya Virtual Learning Enviroment

Bahan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi sistem pembelajaran maya, Frog VLE. Melalui sistem ini, kaedah pengajaran bukan sahaja menjadi mudah dan pantas malah lebih interaktif.Semua bahan pengajaran juga boleh diakses melalui satu pangkalan data membolehkan guru dan pelajar berkongsi maklumat yang sama.Diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama YTL Communications menerusi projek 1BestariNet sejak awal tahun lalu, sistem yang dibangunkan di United Kindom itu membolehkan proses pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran di sekolah menjadi mudah dan lancar.Penggunaan Frog VLE menjadikan proses pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran di sekolah menjadi mudah serta lancar.Menerusinya juga, semua sekolah bakal dilengkapi akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.Frog VLE adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.melalui sistem itu pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah sahaja sebaliknya boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.Sistem ini membenarkan pelajar dan guru untuk menghasilkan dan mengakses sebuah tapak pembelajaran secara dalam talian. Ia membolehkan mereka memperoleh hampir semua maklumat di internet seperti video, gambar, sumber pendidikan dan membinanya menjadi sebuah laman yang menarik tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal.Apa yang lebih penting, limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat yang ditawarkan itu adalah selamat dan telah ditapis. Sistem itu menggunakan platform Google Cloud yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi Google seperti Google Email, Google Drive dan sebagainya.Pada masa yang sama, katanya, platform itu juga menawarkan bahan pengajaran berkualiti secara percuma seperti Khan Academy, Ted Education, National Georgaphic dan British Council selain apa yang disediakan oleh KPM.Ini akan memberi kelebihan kepada para guru untuk mencari bahan-bahan pengajaran yang sesuai dengan minat dan kemampuan pelajar mereka. Pada masa sama, mereka juga boleh menghasilkan bahan pengajaran sendiri dan berkongsi bersama guru lain di sekolah atau di seluruh negara

Pembelajaran secara interaktif melalui Frog VLE mampu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek. Sistem itu memberi kelebihan kepada semua pihak sama ada dalam kalangan pentadbir, para guru, pelajar dan ibu bapa.melalui sistem itu, semua maklumat dalam buku teks termasuk latihan dan kerja sekolah akan disimpan dalam satu pangkalan data. Ia dapat mengurangkan jumlah buku teks yang perlu dibawa oleh pelajar ke sekolah dan jumlah buku latihan yang perlu ditanda oleh guru setiap hari kerana peranan itu telah diambil alih oleh komputer. Dengan ini, guru dapat memberi lebih tumpuan kepada pelajar serta merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan.Ibu bapa pula bukan sahaja dapat memantau perkembangan anak-anak mereka malah dapat mengetahui acara-acara di sekolah menerusi ruang kalendar, papan notis sekolah dan sebagainya melalui laman yang tersedia.pada permulaan perlaksanaan agak kekok belajar menggunakan sistem itu namun semuanya menjadi mudah selepas mencubanya beberapa kali.penggunaan sistem pembelajaran maya membolehkan kita berinteraksi atau bertanya soalan dengan guru biarpun selepas sesi persekolahan tamat.Frog VLE tidak sekadar boleh digunakan di sekolah semata-mata sebaliknya di mana-mana sahaja asalkan ia mempunyai kemudahan capaian internet.Frog VLE membolehkan guru memberi lebih tumpuan kepada para pelajar.sistem itu juga menarik minatnya untuk belajar sesuatu subjek kerana bahan pengajaran yang disediakan berorientasikan pelbagai sumber dan bersifat interaktif. Pelajar mempunyai kebebasan membuat rujukan dan ulang kaji sehingga benar-benar faham mengenai subjek dipelajari biarpun tanpa bantuan guru. Ia menjadikan mereka lebih berdikari.Jika sebelum ini purata markah bagi subjek matematik ialah sekitar 80 peratus, kini ia telah meningkat lebih 90 peratus dalam tempoh kurang setahunselain pembelajaran melalui nota dan video, pelajar juga boleh menjawab soalan kuiz, latihan, mendapatkan contoh soalan peperiksaan malah dapat mencuba permainan di akhir topik.Ia merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran konvensional yang lazim berpusat di bilik darjah dan buku teks. Menerusi sistem ini pelajar bukan sahaja lebih tertarik untuk belajar, malah pada masa yang sama berpeluang meneroka ilmu lain yang terkandung di dalamnya.7.0 REFLEKSI PENGGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994) mendapati bahawa penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan-kesan positif. Antaranya termasuklah menjadikan proses pembelajaran lebih baik, dapat mencapai pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat, membantu mencapai objektif pengajaran serta merangsang minat murid.Ini dapat dibuktikan dalam pengajaran yang saya jalankan bersama murid Tahun 4 Aman bagi topik peratus. Sebelum ini, murid mengalami kesukaran dalam menentukan nilai tempat bagi nombor peratus. Kesukaran menguasai konsep nilai tempat dalam nombor peratus akan memberi kesan yang jelas semasa melakukan pengiraan melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Dengan berbantukan Laman Pembelajaran Maya ( Frog VLE ), murid membuat latih tubi menyusun manik-manik pada dekak mengikut nilai tempat yang betul dengan bimbingan guru. Selepas diberikan beberapa siri nombor perpuluhan dan nombor bulat, murid semakin mahir dalam menentukan nilai tempat seperti seperti puluh, sa, persepuluh, perseratus dan perseribu. Melalui pengalaman ini, murid dapat membina pengetahuan yang kukuh. Jelas sekali murid dapat menyatakan jawapan dengan betul apabila ditanya nilai tempat bagi setiap nombor. Dengan berbantukan Frog VLE, murid dilihat lebih seronok dan berminat untuk melibatkan diri secara aktif. Pemilihan bahan bantu yang efektif adalah penting bagi memastikan kejayaan proses pembelajaran dan pengajaran. Melalui sikap positif murid sebegini, objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya

9.0 KESIMPULAN

Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. ICT membolehkan pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status pendidikannya di peringkat global. Peranan istitusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint. ICT menyediakan peluang kepada golongan guru sekolah dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan.Walau bagaimanapun, jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Jadi, prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas di kalangan guru-guru. Masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer merupakan faktor penting ke arah pembentukan sikap positif terhadap komputer yang masih kurang dalam kalangan guru. Usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam kalangan pendidik diperluaskan melalui kursus dan latihan yang berkesan perlu disarankan. Sewajarnya lebih ramai tenaga pengajar di institusi pendidikan mengorak langkah seiring dengan zaman ledakan maklumat dengan membina perisian-perisian kursus serta laman-laman web untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh itu kejayaan pengajaran dan pembelajaran ini terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, kemudahan prasarana yang dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Seterusnya peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan terutamanya guru-guru amat penting untuk membawa integrasi ICT ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada serta semangat, kesungguhan dan iltizam yang tinggi untuk menjayakannya. Justeru pengaplikasian ICT dan rekabentuk pengajaran dalam penggunaan bahan multimedia mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Penggunaan komputer dan Internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed. Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran terutamanyasemasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui Internet.

9.0 RUJUKAN

Dr. Mohamad Jamil dan rakan-rakan (2008).satu Kajian Mengenai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah.Maktab Perguruan Batu Lintang : Jabatan Matematik

Liew dan M. Saridan .(1991).Modul KRM3013 Asas Nombor.Tanjung Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris.

Murugiah Velayutham, Kao Thuan Keat dan Lena Vimalanandan. (2013). HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part 1V. Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Maznah Mahmood. (2000). Pengajaran Matematik : Strategi Membina Kemahiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mok Soon Sang. (1997). Penyuburan Matematik untuk Diploma Perguruan Malaysia. Ipoh, Perak: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (1993).Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Meor Ibrahim Kamaruddin. (2001).Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. (Tidak diterbitkan)

Noor Asmah, (2000).Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah Buku .Kuala Lumpur : DBP, KPM

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000).Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shulman (1986).Seminar Pendidikan Sains dan Matematik : Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi.Open Universiti Malaysia

Troutman Wong Leon Kit (1994).Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk Nombor Perpuluhan. Universiti Teknologi Malaysia

http://gambit283.blogspot.com/2012/11/sesi-pengajaran-dan-pembelajaran.html

http://ahmadkhairulamin.blogspot.com/http://mateduniaku.blogspot.com/2012/11/contoh-aktiviti-pengajaran-2-perpuluhan.htmlhttp://pecahansetara.blogspot.com/

http://pismpsem5.blogspot.com/2012/01/bahan-sumber-pengajaran-dan.htmlhttp://hassansitam.blogspot.com/2012/03/sumber-pengajaran-dan- pembelajaran.html

10.0 LAMPIRAN 1

Bidang: Nombor dan Operasi

Tajuk:Peratus

Standard Kandungan:9.Nilai Peratus

Standard Pembelajaran: Murid dibimbing untuk:9.1 Menukar perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya.

Masa: 60 minit

FasaCadangan AktivitiCadangan Komunikasi

1. Persediaan

Pemerhatian dan Analisis

a. Guru login ke Laman VLE sekolah berdasarkan kata laluan dan password yang telah disediakan hadapan kelas.

b. Guru menerangkan tajuk peratus sebagai topic pembelajaran hari ini.

klik :Laman Virtual Learning Enviroment

Pilih : Site TAJUK: PERATUS

Paparan berikut akan terpapar :

Persediaan murid:Murid telah diminta untuk mengulangkaji tajuk peratus yang telah dipelajari pada tahun 3

2. Pengenalan

Penjanaan Idea

Sintesis Idea i. Guru menerangkan maksud peratus

konsep peratus

b) Guru menunjukkan cara menukar perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya

c) Guru menayangkan video yang berkaitan dengan peratus

Respon murid:

Murid boleh berinteraksi dengan aktif bersama guru.

3. Perkembangan

Penambahbaikan

MenilaiPenilaian

4. TindakanPelaksanaan

Amalan Berterusan

a. lembaran kerja kepada murid murid akan menjawab / membuat aktiviti didalam computer atau tablet

kesimpulan

Guru dan murid akan membuat refleksi berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini

i. Selesaikan tugasan yang diberi.

EMKTMK , Kreativiti dan Inovasi

BBBKad Imbasan, Lembaran Kerja, laptop , LCD

Penilaian / Pentaksiran

Menukarkan perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya

Refleksi