assignm tafsir 3203

35
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203 730114-10-5551 ILMU TAFSIR ____________________________________________________________ ____________ 1.0 PENDAHULUAN Al-Qur’an adalah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.sebagai mu’jizat yang ditulis dalam mushaf dan diriwayatkan dengan mutawattir serta membacanya adalah ibadah. Diturunkannya kepda jin dan manusia agar bisa dijadikan petunjuk (hudan) dan pembeda (furqan) antara kebenaran dan kesesatan, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 185. Ertinya : (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Allah menurunkan al-Qur’an untuk dibaca dengan penuh penghayatan (Tadabbur), meyakini kebenarannya dan berusaha untuk mengamalkannya. Untuk melaksanakan perintah Allah tersebut, seorang harus memahami makna dan kandungan al quran. Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata; Apabila anda ingin mengambil pelajaran dari Al-Qur’an, maka pusatkanlah hati dan fikiran anda di saat membaca dan mendengarnya. ____________________________________________________________ ____________ 1

Upload: tokayohli-bachok

Post on 26-Oct-2015

941 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN

Al-Qur’an adalah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.sebagai

mu’jizat yang ditulis dalam mushaf dan diriwayatkan dengan mutawattir serta

membacanya adalah ibadah. Diturunkannya kepda jin dan manusia agar bisa dijadikan

petunjuk (hudan) dan pembeda (furqan) antara kebenaran dan kesesatan, sebagaimana

firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 185.

Ertinya : (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang

padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi

keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara

yang benar dengan yang salah.

Allah menurunkan al-Qur’an untuk dibaca dengan penuh penghayatan (Tadabbur),

meyakini kebenarannya dan berusaha untuk mengamalkannya. Untuk melaksanakan

perintah Allah tersebut, seorang harus memahami makna dan kandungan al quran. Ibnu

Qayyim al-Jauziyah berkata; Apabila anda ingin mengambil pelajaran dari Al-Qur’an,

maka pusatkanlah hati dan fikiran anda di saat membaca dan mendengarnya.

Al-Qur’an juga diturunkan dengan bahasa Arab, sebagaimana firman Allah dalam surah

yusuf ayat 2 .

Ertinya :Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Qur’an dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya”.

Dengan demikian, orang yang ingin menafsirkan AL-Qur’an harus memahami bahasa

Arab baik qaidah lughawiyahnya seperti nahwu, sharf (gramatical), maupun ta’biriyah

________________________________________________________________________1

Page 2: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________(Linguistic) seperti majaz, balagah, I’jaz dan lainnya. Juga Ulumul qur’an seperti asbaab

an-nuzul, nasikh mansukh, qira’ah dan lainnya.

2.0 PENGERTIAN TAFSIR

Al-Quran menyeru umat manusia supaya meneliti, memahami serta mentadabbur kitab

Allah s.w.t. Firman Allah:

Maksudnya: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-

Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan

dapati perselisihan yang banyak di dalamnya” (An-Nisa’ ayat 82)

Sehubungan dengan itu, untuk memahami isi kandungan Kitab Suci al-Quran,maka

sewajarnyalah dipelajari ilmu tafsir agar dapat difahami ajaran serta isi kandungan al-

Quran dengan baik.Tafsir adalah kunci untuk membuka gudang simpanan yang terdapat

di dalam al-Quran. Tanpa tafsir, sesiapa pun tidak dapat membuka gedung simpanan

tersebut untuk mendapatkan mutiara dan permata yang amat bernilai yang tersimpan di

dalamnya.

2.1 Makna Tafsir dari Sudut Bahasa

Dari sudut bahasa, perkataan tafsir adalah mengikut wazan taf’il.Perkataan ini berasal

daripada kata akar al-fasr yang bererti menjelaskan (al-tabyin), menerangkan (al-idah),

menyingkap (al-kasyf) dan menampakkan (izhar). Dari sini, bolehlah dikatakan bahawa

tafsir itu bermaksud menerangkan serta menjelaskan sesuatu.Oleh yang demikian,

mentafsirkan ayat-ayat al-Quran adalah dengan menerang atau menjelaskan apa-apa yang

terkandung padanya daripada makna-makna, rahsia dan hukum hakamnya.

2.2 Makna Tafsir dari Sudut Istilah

________________________________________________________________________2

Page 3: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________Manakala dari sudut istilahnya pula, terdapat pelbagai definisi yang telah dikemukakan

oleh para ulama berhubungan dengan maksud tafsir. Para ulama telah mengemukakan

pelbagai definisi mengenai tafsir yang saling melengkapi di antara satu definisi dengan

definisi yang lainnya.

Imam az-Zarkasyi telah mendefinisikan tafsir sebagai berikut:

وسلم عليه الله صلى محمد نبيه على المنزل تعالى الله كتاب به يفهم علموحكمه. أحكامه واستخراج معانيه وبيان

Maksudnya: Ilmu untuk memahami Kitabullah yang diturunkan kepada NabiNya

Muhammad Sallallahu Aalaihi wa sallam,menjelaskan maknanya, serta mengeluarkan

hukum hakam dan hikmahnya-hikmahnya.

Sehubungan dengan itu, sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa tafsir itu

bermaksud menjelaskan makna ayat-ayat al-Quran, kedudukannya, kisah dan sebab

nuzul, susunan ayat makki dan madani,muhkam dan mutashabih, nasikh mansukh,

khusus dan umum, halal,haram dan sebagainya dengan menggunakan ungkapan yang

menunjukkan kepadanya secara jelas dan terang mengikut kadar kemampuan manusia.

3.0 TOKOH TAFSIR MODEN : SHEIKH ABDULLAH BASMEIH

3.1 LATAR BELAKANG

Nama penuh beliau ialah Sheikh Abdullah Basmeih bin Sheikh Muhammad Basmeih.

Beliau berketurunan Arab di kedua-dua belah pihak ibu dan ayah beliau. Ayah beliau

bernama Syeikh Muhammad Basmeih bin Salleh Basmeih yang berasal dari Hadramawt

di Yaman, manakala ibu beliau bernama ‘Aisyah binti Abdullah bin Hammad yang

berasal dari wilayah Bishah Arab Saudi. Basmeih adalah gelaran bagi keturunan beliau.

Syeikh Abdullah Basmeih telah dilahirkan pada 29 Disember 1913. Dalam catatan lain

________________________________________________________________________3

Page 4: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________beliau dikatakan dilahirkan pada tahun 1915 kerana umur beliau sewaktu berhijrah ke

Tanah Melayu pada tahun 1927 ialah 12 tahun. Beliau dilahirkan di kawasan bernama

Ma‘abdah yang terletak berhampiran dengan Mekah. Beliau dibesarkan di bumi Mekah

al-Mukarramah sehinggalah berhijrah ke Tanah Melayu selepas itu kerana mengikut bapa

beliau.

Syeikh Abdullah Basmeih telah menjadi yatim semasa berumur kurang dari dua tahun

sewaktu ibu beliau ‘Aisyah meninggal dunia. Selepas itu beliau dijaga dan dibesarkan

oleh ibu saudara beliau Khadijah Hammad. Khadijah Hammad dipangil beliau sebagai “

‘ammati wa khalati” iaitu yang bermaksud ibu saudara sebelah bapaku dan ibu saudara

sebelah ibuku kerana beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kedua-dua belah

pihak iaitu di pihak ayah dan ibu Sheikh Abdullah Basmeih.

Sheikh Abdullah Basmeih hanya mempunyai dua orang adik beradik lelaki sebapa iaitu

Sheikh Said dan Sheikh Salim. Kedua-duanya adalah hasil daripada perkongsian hidup

Sheikh Muhammad Basmeih dengan wanita Melayu yang bernama Yang Chik binti Haji

Kesah yang berasal dari Kampung Sungai Kertah Pengkalan Balak Melaka.

3.2 PENDIDIKAN

Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang tokoh ilmuwan terulung namun sejarah

pendidikannya tidaklah sepertimana kebanyakan ulama’ lain.Pendidikan awal Sheikh

bermula semasa beliau kecil lagi iaitu semasa berada di Mekah al-Mukarramah. Semasa

di sana beliau telah sempat belajar di Suq al-Layl. Beliau telah dihantar oleh ayah beliau

untuk belajar agama di masjid Mekah semasa berumur 7 tahun. Pembelajaran beliau ini

hanyalah sekejap sahaja kerana semasa beliau berumur 12 tahun ayah beliau telah

membawa beliau bersama berhijrah ke Malaysia di Pengkalan Balak Melaka. Bermula

dari perpindahan itu, beliau telah dididik mengikut suasana masyarakat tempatan pada

masa itu.

________________________________________________________________________4

Page 5: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________Beliau telah dimasukkan ke sekolah Melayu Pengkalan Balak Melaka dan telah belajar

sehingga lulus darjah 5. Hasil daripada persekolahan dan persekitaran telah

membolehkan beliau untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Selepas daripada itu beliau tidak dapat meneruskan pengajian beliau ke peringkat lebih

tinggi disebabkan masalah kewangan. Walaubagaimanapun beliau tetap gigih menimba

ilmu dengan berusaha membaca sendiri antaranya Majalah Guru, hasil-hasil karangan

pendita Zaaba dan sebagainya. Beliau sendiri turut menyebut bahawa guru beliau adalah

buku-buku dan kemahuan, hanya Allah sahaja yang mengetahui kegigihan beliau dalam

menuntut ilmu.

3.3 PEKERJAAN

Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang yang gigih. Sejak kematian ayah beliau, beliau

telah bertanggungjawab untuk berusaha mencari rezeki bagi meringankan beban ibu tiri

beliau walaupun pada masa itu beliau masih bersekolah. Beliau pernah menjual nasi

lemak, menoreh getah, bersawah, menjual buah dan ikan.

Selain daripada itu, Sheikh juga pernah bekerja sebagai buruh di Triang Pahang, sebagai

pembantu tukang masak di kantin Sekolah Inggeris Bandar Hilir Melaka, sebagai buruh

di kilang getah Belanda di Pasir Panjang, peniaga kain dan pembuat dan penjual rojak.

Semasa beliau berniaga rojak beliau telah berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Artikel

beliau pernah tersiar dalam akhbar Warta Malaya. Kebolehan beliau ini disedari oleh

pengarang akhbar Utusan Melayu Haji Mohammad Dahlan Masood (Hamdan). Beliau

telah memberi kepercayaan kepada Sheikh untuk menterjemah rencana-rencana agama

daripada Majalah al-Musawwar untuk dimuatkan ke dalam Utusan Melayu.

Selepas itu beliau terus serius berkecimpung di dalam dunia penulisan dan

________________________________________________________________________5

Page 6: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________penterjemahan. Beliau pernah bekerja dengan Syarikat Qalam Press dan Syarikat Utusan

Melayu. Beliau juga pernah bekerja sebagai penulis dan penterjemah bebas.

3.4 SUMBANGAN

Tafsir Pimpinan al-Rahman adalah sebuah kitab terjemahan al-Qur’an sekaligus

merupakan kitab tafsir al-Qur’an yang telah dihasilkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih.

Kitab tafsir ini digunapakai secara meluas di kalangan masyarakat Islam di Malaysia

malahan ianya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah kitab tafsir yang

sewajarnya dirujuk oleh masyarakat Islam di sini.Selain itu,beliau telah banyak

menghasilkan karya-karya yang amat berharga. Antaranya ialah :

i. Pengertian Ayat-ayat al-Quran ( naskhah jawi dan naskhah rumi )

ii. Mukadimah Mastika Hadis

iii. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( iman- tauhid )

iv. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( sembahyang )

v. Khutbah Haji Wada‘- Khutbah Rasulullah s.a.w.

vi. Panduan Mengurus Jenazah

vii. Kedudukan Masjid Dalam Islam

viii.Sejarah Hidup Siti Aisyah (1950)

ix. Sejarah Hidup Abu Bakar al-Siddik (1951)

x. Sejarah Hidup Nabi Muhammad ( 1952-1953 )

xi. Panduan Kanak-kanak Sembahyang

xii. Muqaddam al-Quran

xiii. Hikayat Salahuddin al-Ayyubi

3.5 KEMATIAN

Sheikh telah kembali ke rahmatullah pada 14 Julai 1996 di rumah beliau yang terletak di

Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat. Pada ketika itu beliau berumur 84 tahun.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada

________________________________________________________________________6

Page 7: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________negara kita lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sumbangan beliau sebagai

penterjemah al-Qur’an.

Bermula dari situ Sheikh telah gigih berusaha secara berperingkat-peringkat sehingga

beliau berjaya menterjemah al-Qur’an ke bahasa Melayu dalam tulisan jawi pada

peringkat awalnya, kemudian dalam tulisan rumi sebagaimana yang dapat kita lihat

sekarang ini. Usaha-usaha gigih beliau ini telah mengambil masa yang lama di bawah

kepimpinan empat orang Perdana Menteri Malaysia.

4.0 METODOLOGI PENTAFSIRAN

Secara keseluruhannya , Sheikh Abdullah Basmeih tidak menentukan format khusus

untuk menterjemah dan mentafsir al-Qur’an. Beliau merujuk kepada kitab-kitab muktabar

kemudian menterjemah ayat-ayat al-Qur’an dengan gaya terjemahan beliau sendiri tanpa

terikut dengan mana-mana penterjemah.

Beliau menterjemah dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami bukannya

menterjemah mengikut huruf (harfiah). Mana-mana ayat yang memerlukan huraian

dibuat huraiannya di tempat nota kaki. Huraian-huraian ini merupakan intipati kepada

bacaan beliau terhadap kitab-kitab rujukan yang digunakan. Kata-kata dari ulama’ seperti

almarhum Dato’ Haji Muhammad Noor turut dimasukkan pada tempat-tempat tertentu.

Perlu difahami di sini bahawa beliau tidak mentafsir ataupun membuat huraian pada

semua ayat al-Qur’an, hanya ayat-ayat tertentu sahaja yang diberi huraian dan penjelasan.

Selebihnya hanyalah terjemahan ayat. Oleh kerana itu kitab tafsir ini sebenarnya adalah

lebih merupakan terjemahan kepada ayat-ayat al-Qur’an.

________________________________________________________________________7

Page 8: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________Sebagai kesimpulannya metodologi pentafsiran beliau kepada bahagian-bahagian berikut:

4.1 Tafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an

Pada ayat-ayat tertentu beliau memberikan penjelasan dengan menyebut nombor ayat dan

nama Surah yang menyokong dan menjelaskan ayat al-Qur’an yang dihurai. Contohnya

pada ayat 37 surah al-Baqarah. Pada bahagian nota kaki ayat ini beliau menyatakan

sebagaimana berikut :

“ kalimah-kalimah pengakuan taubat yang telah diilhamkan oleh Allah Ta‘ala kepada

Nabi Adam (dan isterinya – Hawa) itu ialah yang tersebut di dalam ayat 23 surah al-A‘raf

iaitu

4.2 Tafsir al-Qur’an dengan hadis

Pada sesetengah ayat Sheikh Abdullah Basmeih turut menghuraikan ayat tersebut dengan

hadis Nabi s.a.w. Walaubagaimanapun Sheikh tidak menyatakan matan hadis tersebut.

Begitu juga tidak dinyatakan perawi hadis tersebut. Kekadang beliau hanya menyebut

dari sumber mana sumber tersebut diambil.Contohnya pada ayat 6 surah al-Fatihah.

Kekadang beliau hanya menyebut tentang mafhum hadis sahaja sepertimana dalam ayat

54 dan 55 surah Ali Imran.

4.3 Sebab Penurunan Ayat

Syeikh Abdullah Basmeih turut menyatakan tentang sebab penurunan ayat (sabab al-

Nuzul) di dalam kitab tafsirnya ini, tetapi tidak semua ayat yang mempunyai sabab al-

Nuzul dinyatakan beliau. Antara ayat yang diterangkan sebab penurunannya ialah ayat 1

surah al-Nahl. Selain itu ada juga keterangan yang bersifat sebab penurunan ayat tetapi

________________________________________________________________________8

Page 9: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________tidak dinyatakan oleh beliau sebagai sebab penurunan ayat tersebut walaupun disebut

pada kitab-kitab tafsir lain. Contohnya pada ayat 1 surah al-Munafiqun.

4.4 Huruf muqatta‘ah

Syeikh Abdullah Basmeih tidak menghurai huruf-huruf muqatta‘ah bahkan beliau

menyatakan bahawa “Allah jualah yang mengetahui erti dan maksud huruf-huruf yang

terletak pada permulaan setengah-setengah surah al-Qur’an seperti . . م ل Alif Lam) ا

Mim) ini”.

4.5 Munasabah ayat

Dalam kitab tafsir ini juga sheikh Abdullah Basmeih turut menyatakan tentang hubungan

dan kaitan (munasabah) antara ayat dengan ayat. Contohnya pada ayat 3 surah al-Nahl.

Walaubagaimanapun beliau tidak memberi huraian tentang munasabah antara surah

dengan surah.

4.6 Ayat-ayat hukum

Sheikh Abdullah Basmeih juga telah memberi penekanan pentafsiran kepada ayat-ayat

hukum, tetapi tidak semua ayat hukum dijelaskan oleh beliau. Antara contoh yang dapat

dilihat adalah pada penjelasan tentang hukum mewarisi wanita pada zaman jahiliyah

yang telah diterangkan oleh Allah Taala dalam firmanNya pada surah al-Nisa’ ayat 19.

Begitu juga pada hukum haram membunuh seseorang manusia yang dinyatakan pada

surah al-Isra’ ayat 33.

4.7 Kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu

Sheikh Abdullah Basmeih juga banyak memberikan perhatian terhadap ayat-ayat

________________________________________________________________________9

Page 10: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________berkenaan kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu. Antara contoh yang dapat dilihat ialah

pada kisah Nabi Ibrahim a.s. Kisah tersebut dihuraikan oleh beliau pada nota kaki ayat-

ayat berkenaan. Contohnya pada ayat 71 surah Hud.

4.8 Penjelasan istilah-istilah

Antara ciri-ciri pentafsiran Sheikh Abdullah Basmeih yang lain ialah beliau turut

menghuraikan istilah-istilah tertentu yang dirasakan oleh beliau penting untuk dihuraikan.

Contohnya istilah Allah, al-Rahman, al-Rahim pada surah al-Fatihah.

Daripada penjelasan di atas dapat difahami bahawa Sheikh Abdullah Basmeih telah

memberi tumpuan kepada aspek-aspek tersebut di dalam kitab tafsir beliau ini. Namun

jika ianya dibandingkan dengan kitab-kitab tafsir muktabar yang lain masih ada beberapa

aspek yang tidak disentuh oleh beliau iaitu penerangan tentang masalah nahu, masalah

qira’at dan sebagainya.

5.0 TAFSIR SURAH AL IKHLAS

Berdasarkan tafsir al quran pimpinan Ar Rahman yang ditulis oleh Sheikh Abdullah

Basmeih pada surah Al Ikhlas adalah seperti berikut:

Ertinya:

1 Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;

4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".

Surah Al Ikhlas yang pendek ini menetapkan keesaan zat Allah,keesaan sifat

ketuhannanya dan keesaan perbuatannya.Surah ini memberi kesedaran kepada hati kecil

________________________________________________________________________10

Page 11: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________manusia akan iktikad tauhid yang sebersih-bersihnya supaya dijadikan asas bagi

ibadatnya dan bawaannya dalam kehidupan.Maka dengan itu ia tidak memperhambakan

dirinya melainkan kepada Allah semata-mata dan tidak bertumpu pada masa senang dan

susah melainkan kepada Allah sahaja.Serta tidak menjadikan kata pemutus dalam segala

urusan hidupnya melainkan hukum Allah yang ialah menjadi punca bagi segala

keadaan,kekuasaan dan ketetapan.

Tauhid yang demikian ialah asas yang awal pertama yang wajib diiktiqadkan oleh hati

seseorang semasa lidahnya mengucap –ucapan yang dikehendaki sentiasa disebut

walaupun dengan hati.Sebenarnya tauhid yang sedemikian suci bersihnya sudah tentu

diikuti oleh segala perbuatan dan sifat-sifat mulia,kerana undang-undang peraturan Allah

telah menetapkan bahawa iktikad kepercayaan mempunyai kekuasaan dan pengaruh yang

sangat berkesan kepada bawaan dan amal perbuatan.Maka baik buruk yang terdapat pada

bawaan dan amal perbuatan seseorang adalah berpunca dari baik buruknya akidah

kepercayaannya.

6.0 PEMBAHAGIAN TAFSIR

Para ulamak telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian mengikut aliran yang

wujud dalam perkembangan tafsir Al Quran iaitu:

Pertama : Tafsir bi al-Ma’thur atau juga dikenali dengan Tafsir Bi al-Riwayah dan Tafsir

Bi al-Naqli.

Kedua : Tafsir Bi al-Ra’yi atau dikenali juga dengan Tafsir Bi al-Dirayah atau Tafsir bi-

alAqli.

Ketiga : Tafsir Sufi atau Al-Tafsir Al-Isyari yang dipelopori oleh golongan sufi.

________________________________________________________________________11

Page 12: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________6.1 TAFSIR BI AL-MA’THUR

Tafsir bi al-Ma’thur ialah tafsir yang merujuk kepada al-Quran, As-Sunnah dan pendapat

para sahabat dan tabi’in untuk menjelaskan atau menghuraikan maksud ayat Al-Quran.

Sehubungan dengan itu, tafsir daripada jenis ini hanya berpegang kepada riwayat yang

sahih iaitu penafsiran al-Quran dengan al-Quran sendiri, atau mentafsirkan al-Quran

berpandukan hadis kerana fungsi hadis itu sendiri ialah menerangkan serta menjelaskan

isi kandungan al-Quran,atau riwayat para sahabat yang menafsirkan al-Quran

memandangkan golongan para sahabat merupakan golongan yang paling mengetahui

tentang al-Quran al-Karim.

AKTIVITI 2.1

Tafsir bi al-Ma’thur berkembang melalui dua cara iaitu:

• Pertama: Secara Lisan. Ia juga disebut sebagai periwayatan.

• Kedua: Secara penulisan atau pembukuan (tadwin).

Tafsir bi al-Ma’thur memerlukan kepada beberapa syarat. Antaranya ialah:

• Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah.

• Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir, juga mengenai kata-kata para sahabat

dan tabi’en.

• Mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat-riwayat yang bercanggah.

• Mengetahui tentang asbab al-nuzul dan nasikh mansukh.

• Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat.

Adapun Tafsir bil Ma’thur itu bersumberkan kepada beberapa sumber iaitu tafsir al-

Quran dengan al-Quran, tafsir al-Quran dengan hadis Rasulullah s.a.w, pendapat dan

ijtihad para Sahabat dan pendapat Tabi’in.

6.1.2 Tafsir al-Quran dengan al-Quran

________________________________________________________________________12

Page 13: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________Bentuk tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia. Hal ini kerana tidak

ada seorang pun yang lebih mengetahui kalam Allah selain daripada Allah. Justeru, Ibnu

Kathir telah menyatakan bahawa sekiranya ada orang bertanya tentang kaedah yang

terbaik untuk mentafsir, maka jawapannya ialah al-Quran itu sendiri.Mentafsirkan al-

Quran dengan ayat al-Quran dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antaranya ialah:

(i) Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas

Terdapat ayat yang ringkas di dalam al-Quran, namun telah ditafsirkan dengan lebih jelas

dan lengkap pada ayat yang lain.Contohnya ialah firman Allah dalam surah al-Fatihah:

Maksudnya: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hariAkhirat).

Perkataan ( الدين -ditafsirkan dengan firman Allah dalam surah al-Infitar ayat 17 ( يوم

19:

Maksudnya:Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan

itu? Sekali lagi, apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan

itu? (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun

kepada orang lain, dan Segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah .

6.2TAFSIR BI AL-RA’YI

Tafsir bi al-Ra’yi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihad mencari

sesuatu maksud ayat al-Quran al-Karim.Ahli tafsir bi al-Ra’yi menggunakan seluruh ilmu

yang dikuasai tanpa terikat kepada penjelasan para sahabat atau tabi’in. Mereka

berpandukan kepada ilmu pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan ilmu yang

berkaitan dengan asas-asas agama yang lain seperti usul fiqh, ilmu hadis dan sebagainya.

Tafsir bi al-Ra’yi terbahagi kepada dua iaitu:

________________________________________________________________________13

Page 14: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________

1. Tafsir Mahmud yang bermaksud tafsir yang baik dan terpuji iaitu tafsir yang

bertepatan dengan syarak,tidak terdapat unsure-unsur penyelewengan dan iainya

selari dengan tatabahasa arab dan kaedah syarak.

2. Tafsir Mazmum yang bermaksud tafsir yang buruk dan keji iaitu tafsir yang tidak

berlandaskan ilmu,sebaliknya mengikut hawa nafsu tanpa merujuk kepada

kaedah-kaedah bahasa atau syari’ah atau menafsirkan ayat al Quran berdasarkan

aliran pemikiran mazhab yang sesat dan bid’ah.

Tafsir bi al-Ra’yi berkembang pada zaman Bani Abbasiyah seiring dengan

berkembangnya ilmu pengetahuan pada masa itu. Tafsir ini menggalakkan peranan

ijtihad berbanding dengan penggunaan tafsir bi al-Ma’thur. Dengan bantuan ilmu-ilmu

bahasa Arab, ilmu qiraah, ilmu-ilmu al-Quran, hadis dan ilmu Ulum hadis, usul fiqh dan

ilmu-ilmu lain, seorang ahli tafsir akan

menggunakan kemampuan ijtihadnya untuk menerangkan maksud ayat dan

mengembangkannya lagi dengan bantuan perkembangan ilmu-ilmu pengetahuan yang

ada.

Imam al-Zarkasyi menjelaskan di dalam Kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran bahawa

terdapat empat perkara yang perlu dijadikan sebagai asas sandaran ahli tafsir dalam

mentafsir ayat al-Quran al-Karim iaitu:

• Pertama: Dinaqalkan daripada Rasulullah s.a.w dengan bersikap waspada terhadap

hadis dhaif dan maudhu.

• Kedua: Mengambil riwayat yang sahih daripada para sahabat Rasulullah s.a.w. dan

tabi’in.

• Ketiga: Berpegang dengan bahasa Arab secara total kerana al-Quran diturunkan dalam

bahasa Arab yang fasih.

• Keempat: Berpegang dengan makna yang sesuai dengan pertuturan Arab yang disokong

oleh asas-asas syariat Islam.________________________________________________________________________

14

Page 15: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________

Contoh Tafsir bi al- Ra’yi dalam Tafsir al-Jalalain, firman Allah s.w.t:

Maksudnya: „Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku.(Surah Al-Alaq: ayat 2)

Kata nama ‘alaq di dalam ayat di atas diberi maksud dengan bentuk jamak daripada lafaz

mufrad ‘alaqah yang bererti segumpal darah beku.

6.3 TAFSIR ISYARI/SUFI

Menurut ahli sufi, setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin. Yang zahir adalah

yang segera mudah difahami oleh akal fikiran, sedangkan yang batin adalah yang

merupakan isyarat-isyarat yang tersembunyi di sebaliknya itu yang hanya dapat diketahui

oleh ahlinya.

Menurut al-Zahabi, tafsir Sufi atau Isyari bermaksud mentakwilkan ayat-ayat al-Quran

dengan tidak berpandukan kepada kenyataan-kenyataan zahir ayat,disebabkan terdapat

tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasawuf dan pentakwilan ini

mempunyai titik pertemuan dengan maksud zahir ayat.

Contoh bentuk penafsiran secara Isyari antara lain adalah pada ayat:

Maksudnya: …maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu,padahal

kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) al-Baqarah:22

Al-Tastary mentafsirkan perkataan ( ( أندادا yang bermaksud ‘sekutu’ sebagai nafsu

amarah yang jelek. Jadi maksud ( أندادا ) di sini bukan hanya merujuk kepada patung-

patung berhala, syaitan atau jiwa sahaja, akan tetapi nafsu amarah yang sering dijadikan

Tuhan oleh manusia juga merupakan apa yang dimaksudkan daripada ayat tersebut,

kerana manusia selalu menyekutukan Tuhannya dengan selalu menjadi hamba bagi nafsu

amarahnya.________________________________________________________________________

15

Page 16: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________

Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan melihat isyarat yang ada di dalamnya telah

banyak dilakukan oleh para sahabat Nabi, diantaranya pentafsiran Isyari sahabat iaitu

ketika turunnya ayat daripada surah al-Nasr yang berbunyi:

Maksudnya: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Wahai

Muhammad berjaya menguasai Makkah), Dan engkau melihat manusia masuk dalam

agama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan

mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (al-Nasr: 1-3).

Di antara para sahabat, ada yang memberikan pentafsiran ayat tersebut dengan

mengatakan bahawa ayat tersebut memerintahkan kepada mereka untuk bersyukur

kepada Allah dan meminta keampunannya. Akan tetapi berbeza dengan Ibn Abbas yang

mengatakan bahawa ayat tersebut adalah sebagai tanda hampirnya ajal Rasulullah s.a.w.

6.4 ISRAILIYYAT

Perkataan Israiliyyat ( ( إسرائيليات adalah perkataan jamak di dalam bahasa Arab.

Mufradnya atau kata tunggalnya ialah Israiliyyah ( Ia dinisbahkan kepada .( إسرائيلية

Bani Israil (keturunan Israil). Manakala Israil pada asalnya ialah nama bagi Nabi Allah

Yaakub a.s. yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah. Dalam bahasa Hebrew,

Isra’ bermaksud hamba, manakala ‘iil bermaksud tuhan. Justeru perkataan Israil

membawa maksud hamba tuhan dan ia merujuk kepada Nabi Yaakub a.s.

Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakub a.s yang berkembang

hingga kepada Nabi Musa a.s dan seterusnya nabi-nabi yang datang silih berganti,

sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa a.s.Keturunan Nabi Yaakub a.s

atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang lalu dikenali dengan panggilan Yahudi.

Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa a.s pula dikenali dengan nama Nasara atau

________________________________________________________________________16

Page 17: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________Nasrani. Manakala yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w pula telah menjadi

sebahagian daripada umat Islam dan dikenali dengan Muslim ahl al-Kitab.

Dalam ilmu tafsir Israiliyyat dapatlah didefinisikan sebagai berita-berita atau cerita-cerita

yang diambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya terdiri

daripada golongan Bani Israel atau Yahudi dan sedikit daripada golongan Nasrani. Dalam

bahasa yang lebih mudah, para ahli tafsir mendefinisikannya sebagai pengaruh budaya

Yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama Islam melalui pentafsiran dan penerangan

ayat-ayat suci al-Quran.

Sehubungan dengan itu, Israiliyyat menurut istilah ahli tafsir merujuk kepada kisah-kisah

Yahudi dan Nasrani serta pengaruh dan kesan thaqafah Yahudi dan Nasrani di dalam

tafsir. Walaupun Israiliyyat melibatkan pengaruh Yahudi dan Nasrani, namun digunakan

perkataan Israiliyyat sahaja yang merujuk kepada Yahudi kerana ia dianggap lebih

dominan. Hal ini kerana unsur Yahudi lebih banyak sekiranya dibandingkan dengan

elemen Nasrani disebabkan pada zaman awal Islam, orang Islam lebih banyak bergaul

dan bercampur dengan Yahudi berbanding Nasrani. Walaupun elemen Israiliyyat mula

menyerap masuk sejak zaman sahabat, namun ia semakin berkembang pada zaman

tabi’in.

Di samping pengertian Israiliyyat di atas, para ulama tafsir dan hadis juga menggunakan

istilah Israiliyyat terhadap perkara-perkara yang lebih luas, iaitu bagi setiap kisah

termasuk cerita lama yang diada-adakan, yang telah dimasukkan ke dalam tafsir. Bahkan

sesetengah ulama tafsir dan hadis menganggap bahawa Israiliyyat adalah setiap kisah

yang dicipta dan disampaikan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dengan tujuan

untuk merosakkan kesucian Islam.

Justeru, menurut al-Zahabi Israiliyyat di dalam tafsir mengandungi dua pengertian iaitu:

________________________________________________________________________17

Page 18: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________• Pertama: kisah atau cerita yang dimasukkan ke dalam tafsir yang asal periwayatannya

kembali kepada sumbernya iaitu Yahudi dan Nasrani.

• Kedua: cerita-cerita yang sengaja dimasukkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir

yang sama sekali tidak dijumpai dasarnya dalam mana-mana.

Sesungguhnya Israiliyyat telah mencemarkan ajaran Islam serta menggambarkan

seolahnya Islam adalah agama khurafat, tahyul dan menyesatkan.Contohnya ialah

sebagaimana tafsiran Israiliyyat dalam ayat 7 surah Mukmin, firman Allah:

Maksudnya: Malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya,

bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya….

Ayat ini ditafsirkan dengan mengatakan "Kaki malaikat pemikul `arsy berada di bumi

paling bawah, sedangkan kepalanya menjulang ke 'arsy.Inilah antara kesan dan bahaya

Israiliyyat terhadap akidah umat Islam dan juga terhadap kesucian ajaran Islam. Kaum

Yahudi berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merosakkan akidah umat Islam dan

melemahkan kepercayaan mereka terhadap pegangan suci mereka terhadap al-Quran dan

al-Sunnah.

7.0 ULASAN KITAB TAFSIR

7.1 Keistimewaan

Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Antaranya kerana ia adalah satu-satunya kitab tafsir lengkap 30 juzuk yang diterbitkan

dalam bahasa Malaysia yang mudah difahami. Selain itu penulis kitab ini iaitu Sheikh

Abdullah Basmeih telah menggunakan kitab-kitab yang muktabar sebagai rujukan kepada

pentafsiran kitab ini. Kitab ini juga istimewa kerana selain daripada ditafsir oleh seorang

ilmuwan yang dipercayai ia juga disemak oleh Dato’ Haji Muhammad Noor mufti negeri

________________________________________________________________________18

Page 19: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________Kelantan yang memang tidak diragui keilmuwan dan kealimannya. Kitab ini juga

mendapat perhatian kerajaan Malaysia dengan diadakan Lujnah Tashih yang khusus bagi

kitab ini. Kitab ini menjadi lebih penting kerana diterbitkan dalam dua versi tulisan iaitu

tulisan jawi dan rumi sekaligus membolehkan golongan tua dan muda menggunakannya

mengikut keselesaan masing-masing.

7.2 Kelemahan Dan Kritikan

Sememangnya sifat makhluk tidak sunyi daripada kesilapan, begitu juga dengan kitab ini

yang dikarang dan diterbitkan oleh manusia semestinya tidak sunyi dari kelemahan.

Setelah meneliti kitab tafsir ini dan mengamati pandangan dan kritikan yang diberikan

oleh masyarakat, penulis mendapati masih terdapat beberapa aspek yang perlu diambil

perhatian oleh pihak-pihak berkenaan. Antaranya ialah :

i. Masih terdapat kesalahan cetakan pada ayat-ayat al-Quran. Contohnya pada cetakan

keenam (1995), dan kesembilan (1998)edisi rumi terdapat kesalahan pada pengulangan

perkataan iaitu ma pada ayat 50 surah al-Nahl. Kesalahan ini meskipun dinyatakan ralat

pada bahagian hadapan kitab tafsir ini tetapi pastinya ramai yang tidak menyedari dan

menghiraukannya. Justeru ia tidak boleh dipandang ringan.

ii. Tidak terdapat keselarasan antara kitab tafsir versi jawi dan rumi. Antaranya pada versi

jawi dimasukkan petunjuk ayat sebagai ruangan tambahan tetapi pada versi rumi tidak

dimasukkan. Begitu juga pada bahagian atas di setiap halaman versi rumi tidak

dimasukkan nombor surah sedangkan pada versi jawi dimasukkan.

8.0 RUMUSAN

________________________________________________________________________19

Page 20: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________Mentafsirkan al-Quran merupakan amanah yang berat dan besar. Sehubungan dengan itu,

bukan semua orang mampu untuk memikul amanah yang besar ini. Oleh itu, sesiapa

sahaja yang ingin mentafsirkan al-Quran, hendaklah memenuhi syarat-syarat tertentu agar

terhindar daripada melakukan kesilapan ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran.

Peranan Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman ini tidak dapat dinafikan sebagai satu kitab

tafsir yang amat penting kepada masyarakat Islam di Malaysia. Sumbangan Sheikh

Abdullah Basmeih terhadap umat Islam di Malaysia khususnya melalui penghasilan kitab

tafsir ini adalah amat wajar dihargai oleh semua masyarakat.

9.0 RUJUKAN

________________________________________________________________________20

Page 21: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________

Dr Fauzi Deraman & Mustaffa Abdullah.(2001).Pengantar usul tafsir.Akademi Pengajian Islam UM.Kuala Lumpur.Intel Multimedia Publication.

Mushaf Al-Quran Rasm Uthmani.

Sheikh Abdullah Basmeih.(2000).Tafsir Pimpinan Ar Rahman.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,Kuala Lumpur:Darul Fikr.

Mohd.Fauzi Haji Awang (1990). Tafsir Al-Quranul Karim. Kelantan Darul Naim : Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.

Manna Khalil Qattan.(1998).Mabahis Fi ‘Ulum al Quran.Beirut:Muassasah al Risalah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Al Zahabi,Muhammad Husayn.(1989).Al Tafsir wa al Mufassirun.Kaherah:Maktabah Wahbah.

Al Khalidi,Solah Abdul Fattah.(1996).Al Tafsir wa al Ta’wil fi al Quran.Jordan:Dar al Nafa’is.

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

________________________________________________________________________21

Page 22: Assignm Tafsir 3203

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203730114-10-5551 ILMU TAFSIR________________________________________________________________________

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Pengertian Tafsir 2

3.0 Tokoh Tafsir Moden: Sheikh Abdullah Basmeih 3

4.0 Metodologi Pentafsiran 7

5.0 Tafsir Surah Al Ikhlas 10

6.0 Pembahagian Tafsir 11

Tafsir Bi Al Ma’Thur

Tafsir Bi Al Ra’yi

Tafsir Isyari

Tafsir Israiliyyat

7.0 Ulasan Kitab Tafsir 18

8.0 Rumusan 20

9.0 Rujukan 21

________________________________________________________________________22