tugasan 3 refleksi

Upload: siti-norfadhilatul-maryam-razali

Post on 10-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

GURU DAN CABARAN SEMASA

TRANSCRIPT

REFLEKSI SITI NORFADHILATUL MARYAM BT RAZALI910331-03-5340

Syukur Alhamdulillah kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Puan Ani Salwiah binti Zakaria dan terima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh tugasan.

Semasa menjalankan tugasan ini saya dan rakan telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek Guru dan Cabaran Semasa. Melalui tugasan ini kami berpeluang meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mengenai apa itu isu, masalah, cabaran dan cara untuk mengatasinya. Di samping itu, kami dapat mengaplikasi nilai-nilai murni serta mengamalkan sikap positif secara berterusan melalui penglibatan dalam aktiviti sekolah dan insya Allah kami akan menjadi guru yang sihat fiziakal dan mental di sekolah kelak.

Sebelum saya menceritakan kekuatan dan kelemahan yang ada, saya terangkan beberapa objektif kerja kursus ini. Yang pertama kami perlu menghasilkan satu ulasan kritis berdasarkan sebuah artikel. Selain itu saya perlu baca artikel itu dan buat ulasan berasaskan lima aspirasi pendidikan Malaysia iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Uniti dan Efisien sebagaimana yang dinyatakan dalam PPM. Objektif akhir tugasan ini ialah kami dikehendaki menghasilkan refleksi berkaitan dengan tugasan.

Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini terdapat pelbagai pengalaman, cabaran yang dilalui dan masalah yang dihadapi. Pertama sekali selepas mendapat tugasan, proses mencari maklumat tidaklah begitu susah kerana artikel atau bahan bacaan boleh dicari melalui internet atau bahan bercetak lain. Apabila bahan yang dijumpai ada bermacam-macam menjadikan saya rambang mata untuk memilih. Yang agak mencabar bagi saya ialah untuk memilih isu yang perlu dianalisis. Sebelum ini tugasan hanya sekadar membaca dan mengeluarkan sahaja faktor, ciri, masalah, dan kesan daripada keratan akhbar. Amat jarang atau mungkin saya tidak pernah menganalisis artikel terutama apabila perlu dikaitkan pula dengan lima aspirasi pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, setelah mencari bahan dan buku rujukan saya berasa kesuntukan masa kerana betindan dengan tugas di sekolah sewaktu internship selama sebulan. Mubgkin juga kelemahan daripada saya kerana tidak menguruskan waktu dengan betul.

Bagi saya sepatutnya tugasan ini perlu diberi sebelum semester bermula agar kami dapat membuat persiapan awal atau selepas program intership agar tekanan yang diahadapi dapat dikurangkan. Namun, bagi guru pelatih yang bagus perkara ini tidak menjadi masalah baginya tetapi keupayaan manusia berbeza seperti yang selalu di sebut dalam alam persekolahan iaitu guru perlu tahu setiap murid berbeza-beza dan datang dari latar belakang yang berbeza. Bagi saya pihak institut atau yang lebih dekat lagi para pensyarah juga perlu memahami situasi kami.

Bagi saya dari segi rujukan dan bahan tidak mendatangkan begitu banyak masalah cuma dari segi cara untuk menganalisis artikel atau bahan bacaan itu agak rumit sedikit. Namun, saya telah memilih isu tentang masalah guru. Boleh dikatakan semakin hari semakin ramai guru yang mengalami tekanan. Banyak faktor yang menjadi penyebabnya dan saya juga boleh kaitkan dengan masalah di sekeliling saya. Suka saya sebut di sini, sepanjang internship saya dan guru pelatih lain akan mendapat tugasan yang sama dan kerja kami lebih kurang sama sahaja. Tetapi akibat tekanan yang begitu kuat saya andaikan ada juga rakan guru pelatih yang saya kenali menghadapi stres sehinggakan memburukkan kesihatan. Saya terkejut apabila rakan terdekat mengatakan bahawa ia berpunca daripada kerisauan mengenai kerja yang dia hadapi. Sehingga hari ini hanya rakan dan keluarga sahaja yang dapat membantunya.

Seperti yang saya sebut di atas, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membuat perbincangan tentang serahan tugasan dan juga memberi penerangan dan contoh untuk menganalisis sesuatu artikel. Bagi masalah yang rakan saya hadapi itu, jika berlarutan akan menjejaskan hidupnya sendiri. Saya juga cadangkan kami diberi ruang yang lebih untuk menyiapkan tugasan-tugasan kerana sewaktu intership guru pelatih diberi masa 4 minggu untuk meneruskan kajian tindakan, membuat projek berkumpulan dan individu di sekolah, menjalankan sesi PdP 2 hingga 4 masa seminggu juga perlu menyiapkan kerja kursus.

Saya sedar bahawa sebagai bakal guru sekolah rendah saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Persediaan awal amat penting bagi seorang guru pelatih untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Selain itu, guru pelatih juga perlukan usaha yang berterusan dan sentiasa membaiki diri ke arah yang lebih baik. Belajar dari pengalaman terutama semasa menjalankan aktiviti seperti ini. Sebagai guru sekolah rendah, kita tidak boleh mengabaikan aspek yang penting dalam pengurusan atau projek yang ingin dijalankan. Perkembangan diri guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak kita dan murid-murid. Semakin hari semakin mencabar tugas seorang guru dan guru haruslah sentiasa bersiap sedia dengan cabaran yang akan dihadapi. Banyak faktor yang menyebabkan masalah dan banyak juga cara untuk kita atasinya. Sekali lagi saya ingin tegaskan melalui tugasan ini sedikit sebanyak saya telah memperoleh pelbagai ilmu berkaitan dengan tugasan projek ini terutama berkaitan dengan guru dan cabaran semasa.