tugasan 2 qgj3053 d043438

14
SUKAN INDIVIDU/TUGASAN 2 TUGASAN 2 KOD KURSUS : QGJ3053 TAJUK KURSUS : SUKAN INDIVIDU _______________________________________________________________ __________ SEMESTER : 1 SESI 2013 / 2014 NAMA PENSYARAH : EN YUSRI BIN YAKUB NAMA PELAJAR : FARUK KAISAR BIN ABDUL RASHID KAD PENGENALAN : 720820-13-6401 NOMBOR MATRIK : D20102043438 KUMPULAN : UPSI44(A131PJJ) QGJ3053 Page 1

Upload: fauziah-tahir

Post on 20-Oct-2015

74 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

PRINSIP PRINSIP LATIHAN

SUKAN INDIVIDU/TUGASAN 2

TUGASAN 2KOD KURSUS :

QGJ3053

TAJUK KURSUS : SUKAN INDIVIDU

_________________________________________________________________________SEMESTER :

1 SESI 2013 / 2014

NAMA PENSYARAH :

EN YUSRI BIN YAKUB

NAMA PELAJAR :

FARUK KAISAR BIN ABDUL RASHID

KAD PENGENALAN :

720820-13-6401

NOMBOR MATRIK :

D20102043438

KUMPULAN :

UPSI44(A131PJJ)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3-42. HUKUM FISIOLOGI 43. HUKUM LEBIHAN BEBANAN 4-64. HUKUM KEKHUSUSAN 75. HUKUM KEBOLEHBALIKAN 8-96. RUJUKAN 10PENGENALANKejayaan seseorang atlit itu banyak bergantung kepada pelbagai faktor. Seorang ahli sukan yang berjaya ialah seorang yang dapat mencapai tahap optimum keupayaan tubuh badannya. Diantara faktor faktor yang menyumbang ke arah kejayaan ialah aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh guru/jurulatih serta jenis-jenis latihan dan teknik-teknik yang mampu meningkatkan prestasi dan kesan ke atas seseorang atlit itu. Banyak disiplin ilmu yang harus dipelajari, dikembangkan, dan kemudiannya diaplikasikan. Kesemua ini membantu latihan-latihan menjadimelalui lebih efektif dan efesien.

Pelaksanaan latihan haruslah berpandukan prinsip-prinsip latihan untuk mendapatkan prestasi yang optimum. Setiap guru/jurulatih harus memperhatikan prinsip-prinsip latihan supaya tidak ada kesenjangan dalam pencapaian prestasi atlit di bawah tunjuk ajarnya. Kekurangan penggunaan prinsip latihan mengakibatkan tidak tercapainya prestasi yang optimum sepertimana yang di rangka dalam sesuatu program latihan.

Terdapat banyak sekali prinsip-prinsip latihan yang kita boleh dapati didalam usaha kita untuk melatih anak didik kita yang masih berada di bangku persekolahan. Memandangkan faktor usia dan fizikal, maka setiap perancangan mestilah dirancang dengan lebih teliti lagi. Selain daripada itu, guru/jurulatih haruslah sedia dan sentiasa terbuka untuk improvise dan menerima idea-idea yang sesuai. Kadangkala dengan mengubahsuai sesuatu aspek latihan atau fasa,kita akan mendapat keputusan yang lebih tepat lagi.

Menurut Harsono(1988:102-122), latihan haruslah berlandaskan prinsip-prinsip seperti prinsip over load,individualisme,variasi dalam latihan,tempoh latihan dan perkembangan yang menyeluruh. Walau apa sekalipun, seseorang guru itu harus mahir dan berkebolehan sekurang-kurangnya memahami bagaimana sesuatu prinsip itu di rangka,direncana dan seterusnya menerapkannya ke dalam sesi latihan nya kemudian kelak. Seseorang guru itu mesti memahami kajian Ilmu Fisiologi dalam merencanakan program latihannya. Dengan berpedomankan prinsip-prinsip latihan, maka kita boleh mengkaji dari segi ilmu fisiologi ini dalam usaha kita mencapai satu kaedah yang terbaik mungkin.

Fisiologi merupakan kehidupan manusia. Setiap individu perlulah bernafas,makan,minum,membiak dan berkumuh sebagai satu aktiviti asas manusia. Selain daripada itu, kita juga bersosial,bermain,bersukan,bekerja dan sebagainya. Ini merupakan rutin harian manusia. Kesemua aktiviti ini memerlukan kebergantungan kepada organ-organ yang sihat dalam menjayakan sesuatu aktiviti itu, termasuklah sukan.

HUKUM FISIOLOGISemua sistem latihan dipengaruhi oleh tiga hukum fisiologi, yaitu : hukum Lebihan Beban, hukum Kekhususan, dan hukum Kebolehbalikan. Prinsip- prinsip lainnya merupakan sebahagian aspek-aspek yang terkandung dalam tiga prinsip tersebut.

HUKUM LEBIHAN BEBANHukum ini adalah yang banyak memperbaiki dalam kecergasan seorang atlit, sehingga menginginkan suatu peningkatan beban latihan yang akan mungkin akan mencabar keadaan kecergasan atlit itu sendiri.Beban latihan berfungsi sebagai suatu kayu ukur dan mendatangkan suatu tindakbalas dari tubuh atlit. Apabila beban latihan lebih berat daripada beban normal, maka tubuh akan mengalami keletihan sehingga tingkat kecergasan akan menjadi lebih rendah dari tingkat kecergasan normal. Hal ini akan memerlukan masa pemulihan yang lebih lama. Maksudnya di sini, suatu bebanan akan menyebabkan kelelahan, dan ketika bebanan berakhir, maka sesi pemulihan berlangsung. Jika bebanan adalah optimal (tidak terlalu ringan dan juga tidak terlalu berat) maka setelah pemilihan penuh tingkat kecergasan akan meningkat lebih tinggi daripada tingkat sebelumnya.

Bebanan Latihan

Kesan latihan

Kelelahan PemulihanKesan latihan pada tubuh akan terjadi dalam setiap latihan. Bagaimanapun, jika bebanan latihan terlalu ringan, kesan latihan setelah pemulihan akan menjadi kurang dari yang diharapkan. Jika bebanan latihan terlalu besar / berat maka keadaan akan kembali seperti sediakala.

Beban Latihan Kesan latihan

Pemulihan

Keletihan

------ : Latihan terlalu berat

: Latihan terlalu ringan : Latihan sangat sesuai

Berdasarkan gambarajah di atas maka jika latihan terlalu ringan maka tingkat keletihannya rendah / sedikit,dan waktu pemulihannya pula singkat,serta kesan latihannya sedikit dan terlalu awal. Apabila latihan terlalu berat maka tingkat keletihan tinggi / banyak, memerlukan pemulihan yang lebih lama, sehingga kesan latihannya rendah dan rangsangan menjadi lambat.

Prinsip Individualisasi

Reaksi dan respon seseorang atlit terhadap suatu rangsangan latihan terjadi dengan cara yang berbeza. Perbezaan tersebut mungkin berkaitan dengan usia dan jantina. Disebabkan faktor inilah,maka setiap perancangan mestilah berdasarkan perbezaan ini.Faktor-faktor lain yang perlu diambil kira ialah potensi individu tersebut,kemampuannya serta kemahuan kendiri. Tidak ada satu program latihan yang standard dan seragam untuk individu yang berlainan. Program latihan yang efektif hanya sesuai untuk individu yang telah dikhaskan.Guru juga harus mempertimbangkan faktor usia,kematangan,fizikal,pengalaman serta tahap kecergasan seseorang atlit itu sebelum merancangkan aktiviti-aktiviti latihan di sekolah masing-masing. Hukum KekhususanHukum kekhususan adalah merujuk kepada beban latihan yang di alami atlit dalam menentukan kesan latihan. Latihan harus secara khusus untuk kesan yang diinginkan. Kaedah latihan yang diterapkan harus sesuai dengan keperluan latihan. Beban latihan mestilah tepat supaya ratio/nisbah latihan (beban terhadap latihan) dan struktur bebanan adalah tepat.

Intensiti latihan adalah kualiti. Mengukur intensitibergantung kepada input khusus yang dikembangkan atau diuji.. Kepantasan berlari diukur dalam meter per saat (m/s). kekuatan pula diukur dalam kilogram. Lompat dan lempar dan baling diukur oleh tinggi, jarak, atau jumlah usaha. Intensiti usaha berdasarkan pada peratusan percubaan terbaik seseorang atlit, seperti yang ditunjukkan dalam jadual Freeman ini:

*berdasarkan pada peratusan kadar denyut nadi maksima atlet, bergantung kepada individu.

HUKUM KEBOLEHBALIKANHukum ini menyatakan sekiranya kita tidak melakukan bebanan latihan yang berterusan, maka kita akan kehilangan tahap kecergasan sedia ada. Akan berlaku penurunan dari segi stamina dan keupayaan kita mengharungi sesuatu bebanan dalam sesuatu jangkamasa. Ansur MajuPenambahan aras kesukaran sesuatu aktiviti perlulah dilaksanakan secara beransur-ansur untuk kita melihat kemajuan sepertimana yang diingini. Selain daripada itu, kita juga boleh mengelakkan berlakunya kecederaan yang tidak diingini. Ansur maju amat perlu didalam sesuatu fasa latihan kerana ia penting untuk meningkatkan kemahiran. Selalunya ia dalah perubahan dari kemahiran rendah atau sedia ada kepada kemahiran yang lebih tinggi dan maju.

KebugaranSIKLUSMIKROPrinsip Melanjutkan Tuntutan BebanPrinsip ini menyatakan bahawa atlit jangan terlalu lama berhenti berlatih terutama sekali ketika kemuncakan sedang berlangsung. Beban latihan juga sekiranya dikurangi maka hasilnya akan menurunkan kemampuan sedia ada.PemulihanSesi pemulihan dari suatu beban latihan yang tinggi adalah amat penting. Masa istirahat (interval)

sama pentingnya dengan latihan. Latihan yang berat atau latihan dengan intensity yang

tinggi seharusnya diikuti dengan proses pemulihan yang cukup,manakala jika latihan dilakukan dengan intensity yang rendah maka pemulihan berlangsung lebih singkat.

Setiap atlit akan memiliki kemampuan pemulihan yang berbeza. Pemulihan sangat bergantung pada kemampuan dan kecergasan seseorang. Semakin tinggi kemampuannya dan daya tahan jantung dan otot, maka ia akan memiliki kemampuan pemulihan relatif yang lebih singkat/pendek (cepat pulih).

Kesimpulannya, setiap individu adalah berbeza. Perbezaan dapat dilihat dari segi minat,kebolehan,kemahiran,dan kadar peningkatan prestasi terhadap sesuatu program latihan yang dirancang. Periodisasi latihan yang dirancang perlulah mengambilkira keupayaan dan tahap kecergasan diri supaya matlamat damn objektif program tercapai.Jantina,usia,saiz fizikal dan lain-lain juga adalah faktor yang penting dan berkaitan. Dalam kita merencanakan program kesukanan di sekolah terutamanya, hendaklah ia sesuai dengan sukan itu sendiri di samping mengambilkira faktor-faktor tadi. Sekian, terima kasih.RUJUKAN :

1.William H. Freeman. Peak When It Count. Los Altos : Tafnews Press. 1989.

2.Hj Gapor Ahmad. Kejurulatihan dan Sains Sukan. Utusan Publications.20073.http://www.olahragaselalu.blogspot.com/2011/03/4.http://www.trigonalworld.com

INTENSITIPERATUSAN

TEMPOH

KERJA

KEKUATANDENYUT

NADI*Maksima95 - 10090 - 100190 +100Sub Maksima85 - 9580 - 90180 - 19090Tinggi75 - 8516575Sederhana65 - 7570 - 8015060Rendah50 - 6550 - 70Lebih Rendah30 - 5030 - 5013050

Beban Latihan

QGJ3053Page 1