tugasan 2 aktiviti 1 rumusan ceramah pembangunan profesionalisme berterusan

6
IZAZULIANA MUHZAN 821212105292001 HBEF2803 Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumusan Ceramah Tajuk 1 (T2A1) Tajuk 1 : Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri Ceramah Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr Mohd Nasrudin Basar dari Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Beliau telah menyatakan bahawa kajian telah dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pembelajaran di Open Universiti dalam Pensiswazahan Guru. Daripada maklum balas yang diterima Program pembelajaran bersama Open Universiti Malaysia adalah sangat berfaedah dan sangat berkesan. Open Universiti telah menyediakan kelengkapan sepenuhnya dan pelbagai bantuan yang sepenuhnya dari segi modul, tempat yang selesa, segala keperluan, pensyarah dan sebagainya. Kehadiran guru – guru atau pelajar BPG dalam institusi ini sememangnya akan memberikan impak yang besar kepada diri sendiri dan sistem pendidikan. Guru – guru haruslah menggunakan ruang dan peluang yang diberikan oleh institusi ini untuk guru – guru bukan hanya setakat untuk lulus atau bergraduat tetapi ilmu dan kemahiran yang dikuasai dapat digunakan dan dikembangkan kepada orang lain diluar sana. Open Universiti bukan setakat memberikan peningkatan akademik sahaja malah mengubah “mind setting” guru – guru. Guru harus mengaplikasikan elemen yang telah dipelajari semasa belajar di Open Universiti ini semasa di dalam kelas, bersama murid atau rakan pendidik yang lain. Guru harus meneruskan kecemerlangan pembelajaran abad ke 21 ini. Beliau berharap ceramah yang disampaikan dapat memberikan pemikiran baru kepada semua guru. Bagaimana diri kita sendiri yang menginisiatifkan pembangunan profesionalisme keguruan. Jika dilihat kajian terkini kesan yang diperolehi daripada inisiatif kendiri ini adalah lebih hebat dari yang diarahkan oleh orang lain. Pilihan untuk belajar dibuat adalah hasil inisiatif sendiri tanpa paksaan sesiapa. Kertas Kajian yang dibentangkan memfokuskan tentang kecemerlangan

Upload: izazuliana-muhzan

Post on 17-Sep-2015

54 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rumusan

TRANSCRIPT

IZAZULIANA MUHZAN 821212105292001 HBEF2803Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumusan Ceramah Tajuk 1 (T2A1)Tajuk 1: Pembangunan ProfesionalismeBerterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif KendiriCeramah Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr Mohd Nasrudin Basar dari Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Beliau telah menyatakan bahawa kajian telah dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pembelajaran di Open Universiti dalam Pensiswazahan Guru. Daripada maklum balas yang diterima Program pembelajaran bersama Open Universiti Malaysia adalah sangat berfaedah dan sangat berkesan. Open Universiti telah menyediakan kelengkapan sepenuhnya dan pelbagai bantuan yang sepenuhnya dari segi modul, tempat yang selesa, segala keperluan, pensyarah dan sebagainya. Kehadiran guru guru atau pelajar BPG dalam institusi ini sememangnya akan memberikan impak yang besar kepada diri sendiri dan sistem pendidikan. Guru guru haruslah menggunakan ruang dan peluang yang diberikan oleh institusi ini untuk guru guru bukan hanya setakat untuk lulus atau bergraduat tetapi ilmu dan kemahiran yang dikuasai dapat digunakan dan dikembangkan kepada orang lain diluar sana. Open Universiti bukan setakat memberikan peningkatan akademik sahaja malah mengubah mind setting guru guru. Guru harus mengaplikasikan elemen yang telah dipelajari semasa belajar di Open Universiti ini semasa di dalam kelas, bersama murid atau rakan pendidik yang lain. Guru harus meneruskan kecemerlangan pembelajaran abad ke 21 ini. Beliau berharap ceramah yang disampaikan dapat memberikan pemikiran baru kepada semua guru. Bagaimana diri kita sendiri yang menginisiatifkan pembangunan profesionalisme keguruan. Jika dilihat kajian terkini kesan yang diperolehi daripada inisiatif kendiri ini adalah lebih hebat dari yang diarahkan oleh orang lain. Pilihan untuk belajar dibuat adalah hasil inisiatif sendiri tanpa paksaan sesiapa. Kertas Kajian yang dibentangkan memfokuskan tentang kecemerlangan kerjaya seorang guru itu hasilnya adalah daripada inisiatif kendiri. Pembangunan Profesionalisme Berterusan : Kebertangungjawaban Kendiri ini dikupas dari empat aspek utama iaitu yang pertama Konsep Pembangunan Profesionalisme Keguruan, kedua Pembangunan Profesionalisme kendiri iaitu bagaimana kaitannya dengan inisiatif kendiri dimanakah peranan seorang guru dan sumbangan seorang guru dalam mewarnai professional journey sebagai seorang guru. Guru tidak lagi boleh berfikir secara vertical. Guru yang menguasai sesuatu kemahiran tidak boleh hanya berpegang kepada satu satu kemahiran yang mereka miliki. Guru harus berubah dan berfikir secara horizontal dalam menguasai pelbagai ilmu, fungsi dan kemahiran dalam bidang bidang yang lain juga. Kompetensi guru guru pada masa kini haruslah mengaitkan satu molekul dengan molekul yang lain supaya kompetensi guru guru menjadi lebih mantap. Ketiga adalah tentang kebertanggungjawaban guru guru. Keempat adalah potensi dalam laluan kerjaya seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum dalam anjakan yang keempat iaitu mentransformasi Profesion keguruan menjadi Profesion Pilihan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan.Profesion Keguruan ini telah sekian lama dianggap sebagai profesion yang mulia, nobel , hebat namun Negara masih ingin melonjakkan Berdasarkan dialog Nasional yang telah diadakan bersama semua golongan yang berkepentingan dan fokus yang banyak adalah dalam mentransformasikan profesion keguruan. Ini bermaksud kualiti yang kita ada pada masa kini belum lagi menjamin survival Negara kita pada masa akan datang. Walaupun kita telah berbangga kerana ramai yang mencapai kecemerlangan akademik dalam peperiksaan awam, tetapi masih ramai juga yang gagal, dan terdapat juga yang gagal dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan awam. Oleh itu, masih ada ruang dalam memperbaiki dan membangunkan kompetensi profesion keguruan itu sendiri. Jika diperkatakan tentang Kompetensi sebagai seorang guru kita bukan hanya memperbaiki diri sendiri tetapi juga kemenjadian manusia yang kita didik itu. Jika seseorang pendidik itu hebat tetapi murid yang dididik tidak menjadi dan keberhasilan murid tidak berlaku maka tiada maknanya kompetensi yang dimiliki. Kerana yang akan membentuk Negara pada masa akan datang adalah anak murid yang kita didik pada masa ini. Cara kita mendidik pada masa kini akan menyediakan mereka pada berpuluh tahun akan datang. Modal insan itu yang akan membentuk Negara yang maju atau mundur. Malah tiga tahun akan datang pun kita tidak dapat menjamin. Terdapat 3 faktor utama keperluan majikan untuk pelajar yang keluar daripada universiti iaitu yang pertama melahirkan tenaga kerja yang mampu berkomunikasi secara berkesan. Kerana komunikasi yang berkesanlah yang dapat meyakinkan. Yang kedua ialah bagaimana pelajar dapat berkolaborasi dengan semua pihak. Kolaborasi ini penting dalam menghasilkan produk yang baik berdasarkan kepada kepakaran pelbagai pihak. Jika boleh berkolaborasi dengan baik dengan pelbagai pihak maka produk yang dihasilkan akan lebih berkualiti dan canggih. Yang ketiga tenaga kerja yang mahir dalam bidang yang dipelajari. Maka pilihan terhadap pelajar yang mempunyai pointer yang tengah tengah maksudnya yang tidak terlampau tinggi sangat dan tidak pula terlalu rendah kerana murid yang terlalu cemerlang kadang kala mementingkan diri sendiri dan tidak dapat berkolaborasi dengan baik bersama orang lain. Jadi sebagai guru kita harus meningkatkan profesionalisme kita agar dapat meningkatkan juga kualiti murid yang kita hasilkan nanti. Kualiti pendidikan guru sentiasa dibincangkan. Kualiti ini merupakan sesuatu yang dinamik dan berubah dari satu standard kepada satu standard yang lain. Jika kita ingin hasilkan murid yang mencapai ketiga tiga factor yang diinginkan untuk mereka survival pada masa akan dating maka guru juga haruslah berganjak dan mencari kualiti kualiti yang diperlukan. Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi telah lama diaplikasikan oleh OUM dalam modul mereka untuk melatih para guru dan golongan professional dalam pembelajarn supaya dapat diaplikasikan juga kepada murid murid diluar sana. Zaman hari ini setakat lulus peperiksaan masih tidak mencukupi. Tetapi kumpulan professional pendidikan haruslah anjak kehadapan iaitu mengaplikasikan atau mensintesiskan dan menilai untuk keperluan generasiakan dating. Generasi Y kini yang banyak bertanya dan boleh belajar sendiri tetapi mereka ini masih memerlukan guru ini jika mereka merasakan guru ini relevan bagi mereka . Jika ilmu yang diberikan oleh guru sudah tidak relevan maka mereka akan mula tidak mempedulikan pengajaran guru. Kualiti sentiasa berubah, jika kita berjaya pada hari ini tidak semestinya kualiti tersebut dapat digunakan pada anak anak didik kita pada masa masa akan datang. Pihak BPG ingin melihat apakah nilai yang ada pada guru yang boleh ditonjolkan oleh guru. Guru kini adalah guru yang luar biasa yang boleh mengaplikasi pelbagai kemahiran. Skill yang ada perlu bertambah dari semasa ke semasa untuk anak anak didik kita pada masa kini. Kita haruslah sentiasa meningkatkan keupayaan kita untuk mendidikan murid kita menjadi lebih baik lagi. Pemikiran hari ini ialah kita bermula dengan kemampuan yang kita ada disamping meningkatkan inovasi inovasi bermula dengan apa yang ada. Walau di mana pun kita ditempatkan kita haruslah survive kerana semua orang mempunyai perjalanan kerjaya yang berlainan tetapi mempunyai matlamat yang sama. Kita semua mengalami perubahan semakin lama semakin maju. Kita tidak seharusnya menunggu orang lain menyuruh kita melakukan sesuatu kita haruslah proaktif dan sentiasa menunjukkan skill yang ada dalam membangunkan sesuatu untuk anak didik kita dan sekolah. Dengan adanya inisiatif kendiri itulah yang menggerakkan kita untuk memajukan anak anak didik kita dan bukannya dipaksa oleh sesiapa. Ini merupakan aspirasi Bahagian Pendidikan Guru. Tanya pada diri kita adakah kita telah bersedia untuk mencapai aspirasi yang diingini oleh Bahagian Pendidikan Guru ini. Pengalaman tidak penting sekiranya pengajaran yang diberikan masih di takuk lama. Guru haruslah membawa pelbagai benda baru. Sekiranya guru tidak berubah maka sistem pendidikan juga tidak akan berubah. Faktor guru amat penting dalam merubah sistem pendidikan yang lebih berkualiti. Walau apapun pembangunan yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran tetapi tanpa sokongan guru semuanya tidak akan menjadi. Kerana jika tiada guru tidak adalah golongan professional yang lain. Guru masih boleh menjalankan tugas dengan baik di sekolah walaupun tanpa Guru Besar dan Pengetua kerana guru yang berada di sekolah adalah merupakan guru guru yang cemerlang dan dapat menjalankan tugas dengan baik walaupun tanpa arahan sesiapa. Kementerian terpaksa membuat perancangan dan merayu kepada guru supaya menyambung pembelajaran mereka. Gelombang pertama guru yang dijangka akan menyambung pembelajaran mereka adalah 16000 tetapi yang didapati hanyalah 4000 yang telah menyahut cabaran untuk belajar. Pada gelombang kedua jangkaan akan bergerak kepada 60% dan gelombang ketiga sebanyak 80% . Dalam kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa jika diberikan kursus hanya 10% sahaja menberi kesan. Namun begitu kita tidak boleh lari dari kehendak organisasi seperti KSSR, KSSM, PBS dan sebagainya. Pembangunan Profesionalisme bukan setakat kursus, seminar sahaja tetapi meliputi bacaan, perbincangan dengan golongan professional, dialog, kajian yang kita lakukan dan sebagainya untuk membantu murid yang bermasalah bukan membuat kajian tindakan untuk lulus subjek tersebut sahaja. Misalnya jika murid tidak pandai membaca guru haruslah menggunakan pelbagai kaedah agar murid tersebut boleh membaca akhirnya. Guru haruslah menggunakan potensi yang ada dalam membantu murid mencapai kejayaan. Jangan pula guru menjadi penyumbang kepada kegagalan murid dan sekolah menjadi pembunuh potensi yang telah ada pada murid. Pelbagai media telah ada pada pembelajaran pada abad ke 21 ini contohnya facebook, twitter, google drive, Frog VLE dan sebagainya. Dengan ruang pembangunan yang sangat luas ini penggunaan ICT telah digunakan hampir untuk apa sahaja. Sebagai contoh tugasan OUM dihantar menggunakan online, BIG juga online Praktikum dan sebagainya semua menggunakan ICT. Oleh itu, guru yang telah dilatih ini haruslah menggunakan segala kemahiran tersebut untuk diterapkan kepada murid. Kita bukan bermula dengan 0 tetapi telah pun mempunyai beberapa kemahiran. Pembelajaran di OUM ini merupakan nilai tambah kepada Kompetensi kita sebagai guru yang berijazah. Contoh kompetensi yang diharapkan ialah, Pengajaran dan pembelajaran, Nilai professional, Aktiviti Luar Bilik Darjah dan juga Sumbangan Profesional. Tugas Bahagian Pendidikan Guru dan OUM ialah untuk melahirkan guru yang berkualiti yang mempunyai beberapa ciri iaitu, kemajuan diri, kemajuan murid dan peningkatan profesionalisme. Kita sendiri yang mencorakkan perjalanan profesionalisme kita untuk menjadi apa pada masa akan datang. Selepas ini guru mungkin akan dikelompokkan pada 3 kelompok iaitu guru berprestasi tinggi, sederhana dan rendah. Jika guru berprestasi tinggi, guru guru akan diberikan imbuhan. Maksudnya laluan kerjaya guru guru adalah cerah dan cemerlang. Oleh yang demikian semua guru harus berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan. Akhir sekali sebagai guru kita harus sentiasa meningkatkan kompetensi yang seiring dengan perubahan dan dunia pendidikan hari ini. Inisiatif kendiri haruslah sentiasa diamalkan bukan lagi menunggu untuk diarahkan . Kompetensi yang kita ada haruslah sentiasa ditambah nilai kerana anak murid ini memerlukan inisiatif kita untuk membawa kejayaan kepada anak didik kita.