tugasan-1-semantik

8
Pengenalan Peribahasa ditemui dalam hampir semua bahasa dan budaya di dunia ini. Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Wujudnya dalam peribahasa itu ialah kebijaksanaan suatu masyarakat yang dihimpunkan dari zaman- berzaman dan diwarisi secara turun temurun. Peribahasa melambangkan juga kekayaan suatu masyarakat dari segi kebudayaan, pemikiran dan falsafah hidup anggota masyarakat itu. Seperti bahasa lain, bahasa Melayu juga kaya dengan pelbagai jenis peribahasa. Peribahasa Melayu menjadi alat penting untuk merakam pemikiran dan mengungkapkan peradaban bangsa Melayu menggunakan bahasa yang puitis dan disampaikan secara tersurat. Pemikiran dalam peribahasa Melayu lahir daripada minda bangsa Melayu yang cukup peka terhadap keindahan alam flora dan faunanya, budi pekerti masyarakatnya, sistem nilai, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat berjiran, dan kepentingan konsep keadilan sebagai asas keamanan masyarakat dan negeri. 1

Upload: juz-pieda

Post on 13-Apr-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jkk

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan-1-Semantik

Pengenalan

Peribahasa ditemui dalam hampir semua bahasa dan budaya di dunia ini. Peribahasa sesuatu

bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu.

Wujudnya dalam peribahasa itu ialah kebijaksanaan suatu masyarakat yang dihimpunkan dari

zaman-berzaman dan diwarisi secara turun temurun. Peribahasa melambangkan juga

kekayaan suatu masyarakat dari segi kebudayaan, pemikiran dan falsafah hidup anggota

masyarakat itu. Seperti bahasa lain, bahasa Melayu juga kaya dengan pelbagai jenis

peribahasa. Peribahasa Melayu menjadi alat penting untuk merakam pemikiran dan

mengungkapkan peradaban bangsa Melayu menggunakan bahasa yang puitis dan

disampaikan secara tersurat. Pemikiran dalam peribahasa Melayu lahir daripada minda bangsa

Melayu yang cukup peka terhadap keindahan alam flora dan faunanya, budi pekerti

masyarakatnya, sistem nilai, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat berjiran, dan

kepentingan konsep keadilan sebagai asas keamanan masyarakat dan negeri.

1

Page 2: Tugasan-1-Semantik

Analisis Peristiwa dan Peribahasa

Bil Jenis Peribahasa Contoh Peristiwa Peribahasa Yang

Dapat Dikaitkan

1. Simpulan Bahasa “Mereka bimbang kerana tahu

benar apa yang bakal diterimanya

kelak apabila berada di

permukaan.”

“ Terasa ingin sahaja berada dalam

tanah dan terus tidak dihidupkan

lagi kerana dalam keadaan mati

itulah lebih selesa dan tenteram

tetapi bukan begitu janji-Nya”.

Cacing kepanasan

Putih tulang

2. Perumpamaan “ Bumi benar-benar rata bak

dipangkas dan benar-benar luas

pula ; seluas di luar tangapan mata

dan tanggapan telinga, bagaikan

sengaja hendak menghidangkan

kekosongan yang maha luas,

membentangkan kegersangan dan

kekeringan yang maha dahsyat”.

“ Mereka lebih bimbang dan takut

kepada-Nya yang akan memanggil

mereka satu demi satu dan

menentukan nasib mereka sama

ada ke taman penuh nikmat atau ke

Bagai padang jarak

padang terkukur

Ibarat dielakkan

harimau, gajah tentu

dengan londarnya,

dielakkan untung,

2

Page 3: Tugasan-1-Semantik

kawah penuh derita”.

“ Tidak ubah seperti tanah rimba

dan belukar yang asalnya kering

dan keras tetapi apabila ditimpa

hujan yang lebat, maka tumbuhlah

berbagai-bagai pokok sehingga

berpelukan dan beriringan

membesar untuk mencari sinar.”

“Mereka bimbang kerana tahu

benar apa yang bakal diterimanya

kelak apabila berada di

permukaan.”

tak tentu lendarnya

Bak cendawan

tumbuh selepas

hujan

i. Seperti duduk

dalam duri

ii. Seperti berdiri

atas titian

3. Pepatah “ Dia hanya menyerah kepada-Nya

kerana yang berkuasa pada detik-

detik itu hanya-Nya. Tidak ada lagi

yang lebih berkuasa selain-Nya.”

Duri di hutan siapa

pertajam

4. Bidalan “Sudah lama tercabut dari tulang-

tulang tepi tongkeng tetap kebal

berketulan bagaikan sedang

menunggu sesuatu yang pasti

bakal tiba. Begitu hendaklah

hakikat. Dan hakikat itu diyakini

seluruhnya. Dan yang ditunggu

oleh tongkeng pun pasti bakal tiba

jua akhirnya kerana itu pun

hakikatnya”.

“Mereka tidak ubah seperti

diserkupi kawah besar. Tetapi

Rezeki kalau

secupak tidak akan

jadi segantang

Hidup tidak kerana

kaul, mati tidak

3

Page 4: Tugasan-1-Semantik

mereka tidak ada pilihan lain lagi.

Mana ada pilihan lagi? Mereka

tidak boleh minta untuk mati sekali

lagi kerana kematian hanya sekali”.

kerana sumpah”.

4

Page 5: Tugasan-1-Semantik

Analisis Makna Peribahasa Berdasarkan Peristiwa Dalam Cerpen

Orang Melayu pada suatu ketika dahulu telah merakamkan perihal, keadaan, sifat, cara,

kejadian, peristiwa dan sebagainya menggunakan medium bahasa yang sangat puitis, ringkas,

berirama dan sebagainya berdasarkan pemerhatian melalui peribahasa. Boleh dikatakan

peribahasa Melayu menonjolkan aspek nilai dan pemikiran Melayu.

Jika dianalisis peribahasa jenis simpulan bahasa yang dikaitkan dengan cerpen ‘Tumbuh Langit

& Tunggu Lagi’,kedua-dua simpulan bahasa dikaitkan jika digantikan dengan situasinya boleh

menjadikannya lebih manis dan menyampaikan maklumat secara tersirat dan bukannya terang-

benderang. Misalnya, di peristiwa yang dinyatakan di bawah menunjukkan watak dalam

kebimbangan kerana memikirkan perkara yang bakal berlaku. Situasi ini dapat dikaitkan dengan

simpulan bahasa ‘cacing kepanasan’ yang membawa makna gelisah. Gelisah adalah perasaan

tidak tenteram hati dan berasa khuatir. Keadaan watak yang berada dalam kebimbangan,

ketakutan dan tidak tenteram hati sesuai digantikan secara tersirat dengan simpulan bahasa

‘cacing kepanasan’.

Peristiwa seterusnya adalah di mana watak yang terlibat menyatakan perasaannya yang

untuk tidak dihidupkan lagi kerasa berasa keadaan mati itu lebih selesa dan tenteram. Ini

menunjukkan hasrat watak untuk mati dan sesuai dikaitkan dengan simpulan bahasa ‘putih

tulang’ yang makna asalnya adalah mati.

Disingkap dari aspek perumpamaan, perumpamaan yang dikaitkan dengan peristiwa-

peristiwa dalam cerpen adalah untuk menunjukkan perbandingan dengan apa yang ada di

sekeliling kita. Melalui penggunaan perumpamaan yang dikaitkan pembaca dapat

membayangkan keadaan yang dinyatakan dalam cerita kerana dapat membandingkan dengan

keadaan yang sebenar yang diketahuinya. Tamsilnya, peristiwa di cerpen menghuraikan

keadaan tanah luas yang kering dan tidak subur. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan

perumpamaan ‘bagai padang jarak padang terkukur’ yang bermaksud padang atau tanah luas

yang ditinggalkan. Jika perumpamaam ini diselitkan dalam huraian peristiwa yang berkenaan

pembaca dapat membayangkan kawasan tanah luas yang kegersangan dan kekeringan

dimana hampir kesemua makhluk di dunia musnah atau tiada.

Peristiwa yang kedua adalah keadaan watak yang bimbang dan takut terhadap nasib

mereka yang tidak menentu. Mereka tidak pasti sama ada mereka akan memperolehi

kebahagiaan atau kesedihan selepas ini. Situasi ini dapat dikaitkan dengan perumpamaan 5

Page 6: Tugasan-1-Semantik

‘ibarat dielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya, dielakkan untung, tak tentu

lendarnya’. Peribahasa ini membawa maksud nasib tidak dapat ditentukan. Makna

perumpamaan ini yang sangat jelas dan terang dapat menjelaskan kepada pembaca tentang

keadaan watak yang tidak tahu akan nasib yang bakal menunggunya sama ada nasib baik atau

nasib buruk.

Situasi seterusnya yang dapat dikaitkan dengan perumpamaan adalah situasi penulis

menjelaskan keadaan tumbuh banyak pokok selepas hujan dan berlumba antara satu sama lain

untuk membesar. Situasi ini boleh dihubungkan dengan perbandingan ‘bak cendawan tumbuh

selepas hujan’. Maksud asal perbandingan ini adalah terlalu banyak pada satu masa.

Peribahasa ini jika diselitkan dalam cerpen dapat menunjukkan secara terang-terangan

keadaan pokok-pokok yang terlalu banyak tumbuh dengan cepat selepas hujan selepas

kekeringan.

Selanjutnya, peristiwa akhir yang dapat dihubungkan dengan dua perumpamaan adalah

keadaan watak yang bimbang kerana tahu nasib yang bakal dilalui. Situasi ini dapat diselitkan

dengan dua perumpamaan iaitu, ‘seperti duduk dalam duri’ atau ‘seperti di atas titian’.

Perbandingan ‘seperti duduk dalam duri’ bermaksud sangat gelisah manakala perbandingan

“seperti di atas titian’ pula mengandungi erti dalam kebimbangan. Kedua-dua perumpamaan di

atas dapat memaparkan suasana yang diselubungi kebimbangan dan rasa gelisah watak.

Perumpamaan ini dapat membantu pembaca untuk membayangkan dan merasai perasaan

watak yang risau dan khuatir.

6