tugasan 1 dan 2.docx

16
Peringka t Permulaa n mempelajari fakta dan menimba pengalaman diajar peraturan umum yang sesuai untuk semua konteks Peringka t Lebih Maju pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun Pengalaman dan konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkahlaku guru Peringka t Cekap mampu membuat pilihan tentang tindakan membuat keutamaan dan membuat perancangan lpeka terhadap perkara yang penting atau remeh kemahiran mengajar masih kaku dan tidak fleksibel Peringka t Mahir berpengalaman mengajar selama lima tahun boleh mengesan maklumat yang wujud mampu membuat ramalan tentang sesuatu kejadian Peringka t Pakar Pengajaran lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai “satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan” (Sanidan Norzaini, Peringkat perkembangan guru (Berliner,19

Upload: busyraizzaty

Post on 01-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Asas Kepemimpinan Dan Profesional Guru

TRANSCRIPT

Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan (Sanidan Norzaini, 2007)ni dan Norzaini, 2007).

Peringkat perkembangan guru (Berliner,1995)

Teori Keprihatinan (Fuller,1969)Teori keprihatinan mengkonsepkan perkembangan guru sebagai proses yang dilalui oleh guru dari peringkat keprihatinan terhadapdiri (guru)kepadatugas (pengajaran)dan seterusnyaimpak (pelajar)

1. Novis

2. Novis LanjutanLima Peringkat Perkembangan Guru(Trotter,1986)

5. Pakar4. Mahir3. Cekap

Tahun Mengajar

1 3 5 10 15

Peringkat Perkembangan Guru dan Jangka Masa yang Diambil (Berliner, 1988)Novis LanjutanCekapMahirPakarNovis

Cara guru mencapai peringkat perkembangan dan tahap profesionalismePengetahuan kandungan pedagogi merupakan kebolehan seseorang guru untuk menyampaikan kefahaman isi kandungannya melalui pelbagai strategi dan kaedah pengajaran agar pelajar dapat mencapai kefahaman dan menunjukkan pencapaian dalam pembelajaran tersebut. Jika dibandingkan, pengetahuan isi kandungan guru pakar adalah mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang berbeza secara bersepadu. Tindakan pedagogi mereka adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai. Guru pakar mengajar dengan mengambil kira cara pelajar belajar, cara pelajar membina konsep dalam perwakilan struktur kognitifnya. Mereka memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran pelajar dan boleh mengubahsuai perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaian dengan keperluan konteks. Berbeza dengan guru novis, pengetahuan isi kandungan mereka adalah terhad secara berasinga. Tindakan pedagogi guru novis adalah terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi pengajaran.Guru Permulaan (novice)Pada peringkat awal penempatan, seorang guru akan dikategorikan sebagai guru permulaan. Jika sebelum ini dipanggil murid atau pelajar, maka tugas kini sudah berubah, guru permulaan pula mengajar dan menjadi pengajar. Kita sering mendengar teguran dan pandangan mengenai kualiti guru yang dihasilkan oleh institut perguruan. Kebanyakan dari pandangan dan teguran itu adalah mengenai kualiti guru yang tidak mencapai tahap yang diharapkan. Rasa tidak puas hati telah didedahkan melalui media massa. Guru sibuk mengajar tetapi pembelajaran tidak berlaku. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan tidak memuaskan di samping gejala sosial remaja yang berleluasa semuanya diletakkan pada pihak guru. Guru dikatakan tidak cekap. Ini memberi imej yang kurang baik kepada institut perguruan sebagai institusi yang ditugaskan melatih guru. Pelatih yang cemerlang di institut perguruan tidak pula cemerlang di sekolah.Kebanyakan guru permulaan dikatakan pasif, tidak kreatif, membosankan, tidak inovatif, tidak imaginatif dan tidak dapat merangsang pembelajaran murid. Mereka dikatakan tidak dapat menggunakan ilmu dan idea yang dipelajari di institut perguruan di dalam situasi bilik darjah yang sebenarnya. Mereka juga tidak boleh menyesuaikan ilmu dan kemahiran yang didapati serta menggunakannya di dalam pengurusan bilik darjah secara berkesan. Guru permulaan ini boleh dikatakan hilang punca terutamanya di tahun pertama mula mengajar. Dalam hal ini, pihak sekolah sudah tentu beranggapan bahawa institut perguruan kurang berkesan dalam melahirkan guru permulaan yang lengkap. Perubahan peranan daripada seorang guru pelatih kepada guru permulaan merupakan satu pengalaman yang penuh dengan cabaran. Ini kerana guru permulaan menghadapi suasana yang berbeza daripada suasana semasa latihan. Seringkali guru permulaan terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah seperti kejutan realiti, penyusuaian diri kepada persekitaran sekolah dan masalah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru mereka harus pandai memainkan peranan sebagai guru permulaan dalam usaha untuk membentuk sikap dan amalan ke arah perkembangan yang positif demi program latihan dalam perkhidmatan. Pihak sekolah pula harus memainkan peranan untuk membantu guru permulaan memperlengkapkan kemahiran profesional guru permulaan yang telah diberikan oleh institut perguruan. Ini kerana ada aspek tertentu yang tidak dapat disampaikan melalui kurikulum perguruan di institut perguruan tetapi lebih sesuai disampaikan di peringkat sekolah. Sebagai guru permulaan serta guru baharu di sekolah yang ditempatkan, seharusnya banyak lagi perkara yang perlu dipelajari sama ada dari aspek pengurusan mahu pun aspek pengajaran. Walau bagaimanapun kejayaan kedua-dua aspek ini banyak bergantung kepada keperibadian anda.Sebagai guru permulaan anda perlu menyedari bahawa kerjaya keguruan merupakan satu bidang profesion yang istimewa dan unik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya berlaku di bilik darjah malah ia menjangkau masa, tempat dan bidang tugas. Pengurusan jadual waktu, pengurusan bilik darjah, pengurusan pendaftaran, pengurusan peperiksaan, pengurusan kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan dengan bilik darjah, murid dan sekolah merupakan ruang lingkup tugas guru yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Oleh itu sebagai guru permulaan, anda seharusnya sedar akan tanggungjawab ini tanpa banyak persoalan serta bertindak secara proaktif berlandaskan peraturan yang sedia ada. Perkara pertama yang harus dilakukan ialah menerima dan menghayati tugas yang diberikan dan seterusnya berusaha ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Di samping itu, guru permulaan harus juga menawarkan diri membantu tugas-tugas lain terutamanya dalam bidang kokurikulum yang diceburi ketika berada di institusi pendidikan. Personaliti dan kebolehan anda sebagai guru permulaan akan dilihat dari pelbagai sudut oleh pihak pengurusan sekolah dan guru-guru senior yang berpengalaman. Oleh yang demikian, anda haruslah menunjukkan kebolehan dan keterampilan dari segenap sudut, khususnya dalam aspek yang berikut;I. Kualiti diri dan kebolehan anda menyesuaikan diriII. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjahIII. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolahIV. Pengurusan kerja di mana anda ditempatkanGuru permulaan juga perlu menyesuai diri dengan budaya sekolah. Sebagai guru permulaan, anda harus menyesuaikan diri dengan budaya sekolah termasuk keadaan, tempat, cara berinteraksi dengan guru-guru lama serta keseluruhan warga pendidik di sekolah tersebut. Cuba wujudkan budaya yang mesra supaya kehadiran anda disenangi oleh semua pihak, khususnya pihak pengurusan sekolah. Sebagai guru permulaan anda harus juga peka dan sentiasa mendapat maklumat tentang pelbagai aspek. Maklumat ini akan dapat membantu anda dalam proses perancangan pengajaran serta proses peningkatan profesionalisme.Sebagai guru permulaan, anda harus mempunyai kepelbagaian idea yang bukan sahaja dilihat dari aspek isi pengajaran atau perancangan, bahkan juga dari aspek pedagogi dan sistem penyampaian. Seorang guru terutamanya bagi mereka yang baru memulakan bidang perguruan harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru permulaan juga harus mewujudkan keseronokan dan keceriaan belajar dalan kalangan murid. Antara langkah yang mampu menbantu kemahiran sistem penyampaian dalam menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menceriakan lagi menyeronokkan adalah seperti berikut;I. Mengenali dan memahami ciri muridII. Kreatif dan inovatifIII. Personaliti guruAnda sebagai seorang manusia yang kreatif, inovatif dan mempunyai daya keintelektualan yang tinggi harus memikul akauntabiliti untuk memperlengkapkan kemahiran profesional guru supaya anda tidak dilabelkan sebagai guru permulaan yang bermasalah dan tidak boleh diterima sekolah. Sebagai seseorang guru yang profesional, anda harus berusaha untuk menjadi guru yang berkesan, disegani dan dihormati oleh para murid, ibu bapa dan rakan sejawat. Prestasi guru yang cemerlang pula bukan hanya terletak pada nama, pangkat atau gelaran jawatan tetapi mereka yang mampu membuat penyampaian dengan amat menarik, kreatif serta berkebolehan memberi pemahaman sepenuhnya kepada murid dengan penuh prihatin,berakauntabiliti dan ambil peduli terhadap perkembangan murid sepenuhnya.Guru Cekap (competent)Profesionalisme keguruan merujuk kepada sifat yang ada dalam diri seseorang guru untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, akauntabiliti, kecekapan dan kemahiran untuk mengajar (Sufean, 1995). Jika seseorang guru itu mengamalkan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan, maka guru berkenaan dianggap telah mengamalkan nilai murni dalam kehidupannya (Hedderdof, 1971).Menurut Johnson (1972), profesionalisme keguruan adalah kualiti pekerjaan atau sifat yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Seorang guru yang cekap perlulah mempunyai komitmen terhadap pekerjaan atau sesebuah pertubuhan serta dedikasi dalam menyampaikan pengetahuan dan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran. Seseorang guru dikatakan profesional apabila beliau cekap menggunakan strategi dalam menguruskan pekerjaan dan pengajarannya. Pada pandangan kasar, profesion sebagai guru dianggap suatu kerja yang mudah dan remeh oleh masyarakat. Mereka tidak memahami kesukaran yang dihadapi oleh guru untuk membimbing anak bangsa supaya menjadi insan yang berilmu. Oleh yang demikian, anda perlu cekap menguruskan tanggungjawab dan murid supaya anda tidak terus dipandang sinis oleh masyarakat. Kecekapan seorang guru akan sentiasa diperhati dan dinilai oleh masyarakat dan organisasi. Menjadi guru yang cekap bukanlah bererti cekap dari segi fizikal dan tenaga sahaja tetapi yang lebih penting ialah kecekapan dari pelbagai aspek, antaranya adalah seperti berikut;i. Kecekapan profesionalismeii. Kecekapan melaksanakan visi dan prinsipiii. Keutuhan keperibadianiv. Kecekapan menggunakan teknologi maklumatv. Kecekapan dan kecerdasan mental dan keintelektualanvi. Kestabilan emosi dan spiritualvii. Kebijaksanaan dan kepimpinanEilane (2000) telah mengenal pasti beberapa ciri seseorang guru yang amat cekap dan dinyatakannya dengan mempunyai tiga ciri yang berikut iaitu;i. Ciri peribadiSeorang yang bermatlamat (mission-driven) dan juga seorang yang asyik dalam pekerjaannya. Kedua, ianya bersikap positif dan real yakni yakin dalam apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima kenyataan biar pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang guru pemimpin, disamping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan sesiapa sahaja yang perlukan bimbingannya.ii. Ciri mengajarSeorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek dengannya (with-it-ness) dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga mempunyai gaya yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Guru juga memiliki kepakaran motivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.iii.Ciri intelektualSeorang yang suka membaca buku, dan mempunyai mental life yang segar, berkembang dan mempunyai kesungguhan kendiri (self-actualization) dengan minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak.Oleh itu menjadi seorang guru yang cekap amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya seperti teguh, tegas dan utuh atau rapuh, lemah dan tidak tegas pegangan hidup dan prinsipnya luas, tinggi dan mendalam atau sebaliknya dari segi intelektualnya yang digambarkan menerusi kesedaran diri dan faham-kendiri yang mendasari kebijaksanaan dan hemah dalam kepimpinan. Seorang guru yang cekap juga akan berupaya untuk menjalankan segala tugasnya dengan berkesan dan seterusnya berupaya meningkatkan kualiti diri serta pendidikan negara.Guru Berkesan (effective)Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama harus meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka perlu bekerja keras bagi memastikan objektif setiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat pengiktirafan masyarakat. Kerja keras dan semangat bekerja yang diberikan oleh golongan guru ini akan meningkatkan kualiti martabat keguruan ke tahap yang sepatutnya seiring matlamat yang telah ditetapkan oleh KPM.Ciri-ciri seorang guru berkesan menurut Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah:i. Bersikap profesionalii. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teoriiii. Kaya ilmuiv. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerjav. Bermoral teguhvi. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaranvii. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapaviii. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-muridix. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasax. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masaxi. Mempastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelasxii. Berupaya melahirkan persekolahan berwatak suapaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.xiii. Berupaya membina minda murid yang cemerlang akademikxiv. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu)xv. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.xvi. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.xvii. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolahBerdasarkan kepada ciri-ciri di atas, guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seorang guru itu untuk menjadi pendidik yang berkesan. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan mereka menjadi guru yang berkesan. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada seorang guru akan mewujudkan pengajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada murid dan secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk terus belajar.Seorang guru yang berkesan haruslah mengutamakan tanggungjawabnya terhadap ilmu, kebajikan dan keselamatan muridnya (Mok Soon Sang, 2002). Setiap guru harus mempunyai budi pekerti termasuk berkelakuan sopan semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti kemasyarakatan. Guru yang sentiasa memelihara kemuliaan profesion keguruan ini akan mudah diterima oleh murid dan akhirnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang dijalankan oleh guru.Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan ketermpilan di samping keperluan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah. Seorang guru yang berkesan akan mempunyai sifat merendah diri dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Seorang guru yang berkesan juga harus pandai menyesuikan diri dan elakkan daripada tidak suka bergaul dengan rakan sejawat yang lain. Setiap guru harus berusaha untuk melaksanakan pengajaran yang akan memberikan kesan maksimum kepada para murid. Seorang guru yang berkesan juga perlulah cekap menggunakan sumber maklumat yang ada bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Setiap guru perlu merancang pengajaran dengan teliti dan sentiasa membuat reflektif sebagai proses pengajaran suapaya boleh menjadikan proses pemgajaran adalah sesuatu yang bermakna dan memberi kesan kepada pembelajaran murid. Perkembangan murid juga dipengaruhi oleh tahap pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (Mok Soon Sang, 2002).Selain itu juga seorang guru yang berkesan akan dapat menghasilkan prestasi kerja yang baik dan tidak akan melakukan tugasan yang diberikan secara sambil lewa sahaja (Drs. Syaiful Bahri Djamarah, 2000). Guru yang berkesan akan melibatkan diri secara menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran murid, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka akan memberikan sepenuh komitmen terhadap kerjaya memandangkan sebahagian besar masa seorang guru dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas (Sufean Hussin, 1993).Untuk mencapai kejayaan peribadi, kita perlulah berkebolehan menguruskan hubungan interpersonal. Ini bermaksud setiap guru perlu bijak berinteraksi dengan orang di dalam organisasi, sama ada rasmi atau tidak rasmi. Kemahiran hubungan interpersonal akan memberikan kesan dan pengaruh terhadap perkembangan peribadi guru dan murid. Kemahiran ini juga akan memberikan kesan kepada keberkesanan guru dalam konteks yang lebih luas, sama ada untuk menguruskan bahan pengajaran mahupun meningkatkan imej kendiri guru.Guru yang berkesan seharusnya berupaya untuk memajukan sekolah dan setiap tindakan yang diambil hendaklah berfokuskan kepada;i. Pencapaian matlamat murid dan sekolah iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para muridii. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan murid dan kelas menjadi tidak kondusifiii. Membentuk atau mewujudkan budaya baharu bagi menggantikan budaya yang sedia ada melalui atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktifiv. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-matlamat sekolah melalui pengajaran yang berkesanGuru yang berkesan boleh menjadi model kepada murid dan rakan sejawat. Murid juga akan lebih mudah mendekati guru yang berjaya melaksanakan pengajaran secara berkesan. Keberkesanan seorang guru juga sentiasa didorong oleh motivasi yang tinggi dan mampu menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada muridnya dengan cara yang kreatif, proaktif, dan inovatif. Guru yang berkesan akan sentiasa mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.Guru boleh meningkatkan profesionalisme mereka dalam bidang pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran melalui seminar, kursus, ceramah, bengkel dan latihan. SeminarSeminar ialah suatu pertemuan atau persidangan untuk membahas suatu masalah di bawah pimpinan ketua sidang iaitu guru besar atau seseorang ahli. Pertemuan atau persidangan dalam seminar biasanya terdapat satu atau beberapa pembicaraan atau kertas kerja yang telah disediakan. Seminar juga biasanya diadakan untuk membahas suatu masalah secara ilmiah. Sementara itu, peserta berperanan untuk menyampaikan pertanyaan, ulasan, dan perbahasan sehingga menghasilkan pemahaman tentang suatu masalah.Dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah, guru perlu memainkan peranan penting dalam mengikuti seminar yang dilaksanakan di sekolah mahupun di tempat yang ditetapkan. Seminar diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan guru dalam mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih efektif dan teratur. Bagi guru guru yang telah diberikan tanggungjawab dalam menguruskan sesuatu kerja, mereka perlu menghadiri seminar yang berkaitan dengan bidang tugas masing masing. Seminar juga bertujuan dalam meningkatkan kecekapan guru dalam mengendalikan pengurusan sekolah serta memberi peluang kepada mereka dalam mengutarakan pendapat berkaitan dengan tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah. Antara contoh seminar yang dilaksanakan ialah seminar peningkatan profesionalisme guru cemerlang, seminar guru kreatif, seminar motivasi Menjadi Guru Profesional , seminar guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan sebagainya. Kursus Kursus merupakan salah satu pelajaran tentang suatu pengetahuan atau keterampilan yang diberikan dalam waktu singkat. Kursus yang diadakan kepada pihak sekolah membantu untuk mengembangkan kemampuan para pendidik dan memberi penekanan kepada penguasaan keterampilan, kompentensi, perkembangan sikap pendidik serta mengembangkan keperibadian professional. Dalam aspek pengurusan dan pentadbiran ini, guru guru yang telah diberikan tanggungjawab dalam menjalankan tugas masing masing perlu menguasai perkara asas bidang mereka sebelum mereka melaksanakannya di sekolah. Justeru itu, kursus dalaman diadakan bagi memberikan pendedahan kepada guru tentang inovasi terkini dalam pendidikan yang sejajar dengan globalisasi yang berlaku, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan serta mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan professional keguruan. Tujuan kursus juga adalah untuk membudayakan ilmu di mana guru perlu sentiasa ada budaya membaca, berfikir, berkarya dan refleksi bagi menilai keberkesanan tugas yang telah dilaksanakan bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran malah dalam proses pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Tambahan lagi, melalui kursus juga, guru dapat menerokai pelbagai maklumat baru berkaitan dengan pengendalian pentadbiran sekolah dengan menjalankan kajian tindakan di mana kajian ini perlu sentiasa dilaksanakan bagi membantu guru meningkatkan kemahiran mereka ke arah yang lebih cemerlang. Guru juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam memperluaskan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan dan pentadbiran, meningkatkan kemahiran kejurulatihan bagi kokurikulum, meningkatkan kreativiti guru dalam menguruskan tugas yang diberikan serta mempertingkakan kemahiran komunikasi di antara pihak sekolah, ibu bapa serta masyarakat. Antara contoh kursus yang dilaksanakan ialah kursus peningkatan profesionalisme keguruan, kursus dalam perkhidmatan, kursus Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan lain lain.CeramahBagi setiap agensi kerajaan, ceramah dan perbincangan kerap diadakan untuk memberikan pengetahuan kepada penjawat penjawat awam bagi meningkatkan lagi kualiti dan kesedaran tentanga pentingnya kualiti dalam sesuatu urusan pekerjaan. Kementerian Pelajaran juga mendedahkan kepada pegawai pegawai dengan ceramah dan perbincangan yang dilakukan untuk meningkatkan kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Pihak sekolah juga berperanan dalam melaksanakan program ini bagi membantu guru guru dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang teratur dan bersistematik. Jabatan Pelajaran Negeri juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mendedahkan kepada pegawai pegawainya khususnya guru guru tentang peningkatan kualiti. Di sekolah pula, pengetua bersama dengan barisan pentadbiranya sentiasa mencari dan memikirkan idea idea baru bagi orang bawahannya bagi mendapatkan maklum balas yang terkini untuk peningkatan prestasi kerja di sekolah. Aspek pengurusan dan pentadbiran ini memerlukan guru menguasai kemahiran yang ada dalam mengaplikasikannya ke dalam tugas yang telah diberikan. Salah satu daripada aspek yang diberikan perhatian ialah mendedahkan guru guru dengan ceramah yang berkesan. Antara ceramah yang diadakan ialah ceramah mengurangkan stress atau tekanan dalam melaksanakan kerja. Ceramah juga diadakan bagi meningkatkan keupayaan dan kompentensi guru di setiap peringkat di mana ia dapat membantu guru dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan cemerlang. Di samping itu, ceramah juga dilaksanakan bagi menyedari guru tentang tugas dan tanggungjawab sebagai guru tidak kira dalam pelbagai aspek supaya mereka dapat meningkatkan profesionalisme mereka ke arah yang lebih berkesan. Antara contoh ceramah ialah ceramah menangani tekanan kerja, ceramah mengurus pentadbiran sekolah, ceramah peningkatan profesionalisme guru dan sebagainya. Bengkel Bengkel bengkel dan latihan diberikan kepada guru dan pihak sekolah di peringkat atasan sehinggalah peringkat bawahan dan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kualiti dan pencapaian mutu kerja yang lebik baik di kalangan warga pendidikan, pihak sekolah, guru pentadbir dan lain lain. Bengkel ini juga diberikan kepada mereka bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka terhadap sesuatu bidang yang dipertanggungjawabkan di sekolah. Kementerian Pelajaran sedar bahawa untuk mencapai tahap cemerlang sesebuah agensi bukan hanya bergantung kepada kecekapan segelintir warganya sahaja malah kesemua warga sekolah perlu memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan pentadbiran sekolah. Justeru itu di kalangan guru guru, staf - staf yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran dan membantu serta membimbing rakan rakan mereka yang masih berada di tahap rendah. Pihak sekolah juga mengadakan bengkel dalaman di sekolah masing masing untuk memperkukuhkan lagi penguasaan bidang bidang ilmu yang belum dikuasai oleh guru di setiap sekolah. Bengkel dan latihan yang diberikan bertujuan untuk memperoleh, menguasai, memperkukuh, memantapkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahan bahan rujukan dan dokumen dokumen yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabtan Pelajaran Negeri dan juga Jemaah Nazir Sekolah Persatuan. Antara contoh bengkel yang dilaksanakan ialah bengkel penyediaan modul latihan bagi setiap mata pelajaran, bengkel latihan teknik menjawab dan latihan memeriksa kertas, bengkel penggubalan soalan latihan soalan bersama, bengkel peningkatan prestasi mata, program bengkel peningkatan profesionalisme guru mat. tambahan daerah hilir perak dan perak tengah, bengkel peningkatan profesionalisme pengurusan pusat sumber sekolah negeri melaka tahun 2012 dan juga bengkel peningkatan profesionalisme guru cemerlang negeri kedah 2010.Latihan Program latihan yang dibuat di sekolah terhadap guru-guru dan kakitangan sekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap profesionalisme anggota organisasi samada guru atau kakitangan sokongan sekolah agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Program latihan berbentuk ceramah, bengkel atau perbincangan yang dikendalikan oleh penceramah atau fasilitator dalaman atau luaran untuk menambahkan pengetahuan, kefahaman serta kemahiran bagi meningkatkan perkhidmatan mereka. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah merupakan satu kaedah meningkatkan pengetahuan, kefahaman tentang amalan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dibilik darjah serta tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah .. Bagi menjadikan latihan ini sentiasa bertambah baik dari masa ke masa maka para guru perlulah didedahkan dengan program program peningkatan profesionalisme perguruan. Latihan Dalam Perkhidmatan dibuat bertujuan menambah pengetahuan dan meningkatkan kefahaman oleh itu cara yang sesuai ialah melalui ceramah dan bengkel. Latihan ini juga bagi memantapkan kepimpinan dan pengurusan organisasi kerana masih terdapat keupayaan dan kompetensi kepimpinan dalam pengurusan organisasi belum pada tahap yang cemerlang iaitu dengan mengadakan khidmat latihan kaunseling penanda aras dan pemantauan serta melaksanakan projek kepada guru guru yang memerlukannya. Bagi membantu guru dalam menguruskan tugas mereka dengan cepat dan tepat, mereka perlu menguasai bidang tugas mereka terlebih dahulu serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian dalam tugas yang diberikan.Selain itu, latihan yang diberikan juga dapat memperkukuhkan integriti dan akauntibiliti guru kerana terdapat guru guru yang masih tidak mematuhi kod etika, perintah am dan peraturan perkhidmatan dalam melaksanakan tugas mereka. justeru itu, latihan perlu dilaksanakan di kalangan guru guru bagi meningkatkan profesionalisme mereka dengan cemerlang.