bab 2.docx

29
BAB II PENGENALAN KEPADA INDUSTRI PEMBERI PINJAM WANG DI MALAYSIA 2.0 SEJARAH PEMBERI PINJAM WANG DI MALAYSIA Industri pemberi pinjam wang merupakan industri yang telah lama bertapak di negara ini dimana asal usulnya boleh dikesan sehingga ke zaman sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, iaitu pada pertengahan abad ke-19. Pada zaman tersebut, pemberi pinjam wang pertama yang bertapak di Tanah Melayu merupakan pendatang daripada selatan India. Mereka menggelar diri mereka sebagai ceti , di dalam bahasa Tamil Ceti dipanggil Cettu kerana ia merupakan kata dasar bagi perkataan ceti. Cettu membawa dua maksud iaitu Chikkanam yang membawa maksud berjimat-cermat dan keuntungan. Perkataan ceti ini juga mendapat asal usulnya daripada dua epik masyarakat selatan India iaitu Epik Silappatikaram yang menceritakan mengenai seorang pedagang kaya raya bernama Etti Sayalan dan Epik Manimegalai iaitu kisah mengenai pedagang bernama Etti Kumaran yang berdagang di Kaveri Poompattinam, iaitu Pugar pada masa kini. 1 Ceti membawa gelaran yang diberikan kepada pedagang-pedagang yang berjaya di dalam perniagaan mereka semasa pemerintahan Kerajaan Tamil Chola dan Pandya sekitar abad ke-3 hingga abad ke-10. 1 Umma Devi Suppiah, Siva Chandralingam Sundara Raja. 2013. Sejarah Asal-Usul dan Kegiatan Ekonomi Chettiar di Tanah Melayu. Malaysian Journal of History, Politics & Strategy Vol. 40 (1): 63-90.

Upload: hood-ismail

Post on 14-Jan-2016

58 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2.docx

BAB II

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI PEMBERI PINJAM WANG DI

MALAYSIA

2.0 SEJARAH PEMBERI PINJAM WANG DI MALAYSIA

Industri pemberi pinjam wang merupakan industri yang telah lama bertapak di

negara ini dimana asal usulnya boleh dikesan sehingga ke zaman sebelum Malaysia

mencapai kemerdekaan, iaitu pada pertengahan abad ke-19. Pada zaman tersebut,

pemberi pinjam wang pertama yang bertapak di Tanah Melayu merupakan pendatang

daripada selatan India. Mereka menggelar diri mereka sebagai ‘ceti’, di dalam bahasa

Tamil Ceti dipanggil Cettu kerana ia merupakan kata dasar bagi perkataan ceti. Cettu

membawa dua maksud iaitu Chikkanam yang membawa maksud berjimat-cermat dan

keuntungan. Perkataan ceti ini juga mendapat asal usulnya daripada dua epik

masyarakat selatan India iaitu Epik Silappatikaram yang menceritakan mengenai

seorang pedagang kaya raya bernama Etti Sayalan dan Epik Manimegalai iaitu kisah

mengenai pedagang bernama Etti Kumaran yang berdagang di Kaveri Poompattinam,

iaitu Pugar pada masa kini.1 Ceti membawa gelaran yang diberikan kepada pedagang-

pedagang yang berjaya di dalam perniagaan mereka semasa pemerintahan Kerajaan

Tamil Chola dan Pandya sekitar abad ke-3 hingga abad ke-10.

Kedatangan mereka ke Tanah Melayu bermula pada abad ke-19 apabila British

yang telah menjajah India pada ketika itu telah memaksa komuniti ini untuk

menjalankan aktiviti-aktiviti ceti ini ke dunia luar, dan Tanah Melayu pada ketika itu

1 Umma Devi Suppiah, Siva Chandralingam Sundara Raja. 2013. Sejarah Asal-Usul dan

Kegiatan Ekonomi Chettiar di Tanah Melayu. Malaysian Journal of History, Politics & Strategy Vol.

40 (1): 63-90.

Page 2: Bab 2.docx

11

menjadi tumpuan utama bagi mereka yang ingin mencari peluang baru kerana ia juga

merupakan sebuah koloni di bawah jajahan British. Kedatangan mereka di Tanah

Melayu pada ketika itu membawa kepada banyak perubahan positif dari segi

perniagaan tempatan dimana komuniti ceti ini telah memberikan pertolongan

kewangan kepada masyarakat tempatan pada ketika itu bagi memulakan dan

meluaskan lagi sektor perniagaan masing-masing. Golongan yang meminjam

merupakan golongan Melayu, Cina dan juga India yang merupakan majoriti penduduk

di Tanah Melayu pada ketika itu sehingga sekarang. Kebanyakan peminjam daripada

komuniti Melayu yang meminjam adalah dari golongan petani yang menanam padi

sawah, pekebun kecik seperti getah, penjawat awam dan juga golongan bangsawan.

Manakala bagi komuniti Cina pula, ceti merupakan pemberi pinjam wang utama

kepada mereka contohnya seperti Tun Tan Cheng Lock yang juga merupakan

pengasas Malaysian Chinese Association (MCA), ada membuat pinjaman daripada

komuniti Ceti sebanyak sepuluh dollar pada tahun 1921. 2

Disebabkan oleh sambutan yang memberangsangkan yang diberikan oleh

penduduk di Tanah Melayu pada zaman itu, ekonomi komuniti chettiar telah naik dan

kekal kukuh. Pada tahun 1930-an kemelesetan ekonomi telah berlaku dan secara

langsung, menjejaskan ekonomi tempatan terutamanya golongan orang Melayu yang

terpaksa menjual tanah-tanah yang dicagar kepada ceti. Namun selepas Perang Dunia

ke-2 tamat, ekonomi komuniti ceti ini telah merosot dan pelbagai tindakan telah

dilakukan bagi komuniti ini untuk memulihkan ekonomi mereka, tetapi gagal sama

sekali. British yang telah mengambil alih semula pemerintahan di Tanah Melayu

daripada askar Jepun, telah menggubal pelbagai undang-undang bagi memulihkan

semula ekonomi pada ketika itu. Salah satu daripada undang-undang yang digubal

pada ketika itu adalah Ordinan Pemberi Pinjam Wang 1951 telah diperkenalkan dan

dikuatkuasakan di Tanah Melayu. Lantas telah menjadikan keadaan lebih sukar bagi

komuniti yang menjalankan aktiviti ceti ini untuk memulihkan ekonomi mereka.

Penggubalan akta baru itu telah mencetus kemarahan komuniti chettiar kerana akta itu

memperuntukkan hanya pemberi pinjam wang professional yang berlesen sahaja yang

2 Umma Devi Suppiah, Siva Chandralingam Sundara Raja. 2013. Sejarah Asal-Usul dan

Kegiatan Ekonomi Chettiar di Tanah Melayu. Malaysian Journal of History, Politics & Strategy Vol.

40 (1): 63-90.

Page 3: Bab 2.docx

12

dibenarkan menjalankan aktiviti memberi pinjam wang, dan bukan kepada golongan

pemberi pijam wang seperti ceti. Akibat daripada perubahan drastik di Tanah Melayu

ketika itu, ramai chettiar telah pulang ke Madras diatas sebab telah berputus asa

didalam meneruskan aktiviti ceti disini. Walaubagaimanapun, masih terdapat

segelintir chettiar yang masih beroperasi di Malaysia pada ketika ini, namun

bilanganya adalah sangat sedikit jika dibandingkan pada zaman ketika Ordinan

Pemberi Pinjam Wang 1951 belum diperkenalkan.

Kemerosotan ekonomi chettiar telah di Tanah Melayu telah memberikan

peluang baru bagi penduduk tempatan untuk memulakan aktiviti pemberi pinjam

wang, lantas menggantikan tempat ceti sebagai permberi pinjam wang utama. Dengan

Ordinan Pemberi Pinjam Wang 1951 yang baru digubal pada ketika itu dan

dikuatkuasakan pada 31 Mac 1952, pemberi pinjam wang adalah wajib untuk

mengikut segala syarat dan garis panduan yang telah dinyatakan di dalam akta

tersebut. Mereka dikehendaki untuk mendapatkan lesen dan juga permit daripada

pihak berkuasa untuk menjalankan aktiviti pemberi pinjam wang secara sah di Tanah

Melayu ketika itu, dan sehingga kini, peraturan sama masih digunapakai. Sebelum

adanya akta ini yang mengawalselia industri pemberi pinjam wang sehingga sekarang,

terdapat tiada peruntukan atau undang-undang yang mengawalselia industri ini, dan

komuniti chettiar pada ketika itu adalah bebas untuk menjalankan aktiviti ceti mereka

tanpa ada batasan. Disebabkan itu, komuniti ceti boleh mengenakan peratusan bunga

atau faedah secara bebas mengikut budi bicara mereka sendiri diatas setiap kontrak

pinjaman yang diberi. Tetapi pasca penguatkuasaan Ordinan Pemberi Pinjam Wang

1951, golongan ceti telah dihalang untuk mengenakan kadar bunga atau faedah sesuka

hati, dan mereka terpaksa mendapatkan lesen dan permit dahulu untuk menjalankan

aktiviti meminjamkan wang kerana akta ini memperuntukkan sedemikian.

Selepas Ordinan Pemberi Pinjam Wang 1951 telah dikuatkuasakan secara

menyeluruh selepas penggubalannya, ini secara langsung mengawal industri pemberi

pinjam wang di negara ini dengan mengenakan garis panduan yang wajib dipatuhi

terhadap pemberi pinjam wang di dalam menjalankan aktiviti mereka. Akta ini

digubal bertujuan untuk mengawal aktiviti pemberi pinjam wang berlesen yang pada

mulanya beroperasi secara berskala kecil dan juga bertujuan untuk menyeragamkan

Page 4: Bab 2.docx

13

undang-undang pemberi pinjam wang yang telah sedia ada, tetapi wujud secara

berasingan di beberapa negeri di Tanah Melayu pada ketika itu. Pada tahun 1989, akta

ini dipinda buat pertama kalinnya dan dikenali sebagai Akta Pemberi Pinjam Wang

1951 (Akta 400) yang sehingga kini masih digunakan. Pindaan yang dibuat pada

tahun 1989 disemak oleh oleh Pesuruhjaya Semakan Undang-Undang yang telah

diberikan kuasa untuk menyemak mana-mana undang-undang, seperti yang telah

dinyatakan di bawah peruntukan Akta Semakan Undang-Undang di bawah sekyen 6

yang memberikan pesuruhjaya ini bidangkuasa tersebut. Setelah beberapa dekad

selepas penggubalannya, ekonomi dan pembangunan di Malaysia telah membangun

secara drastik dalam jangka masa yang sangat pendek bagi sebuah negara dunia ke-3

yang baru sahaja mencapai kemerdekaan. Pertumbuhan ekonomi negara ini secara

langsung telah merangsang perniagaan pemberi pinjam wang di negara ini yang pada

mulanya hanya melakukan operasi secara kecil-kecilan kepada sebuah perniagaan

yang semakin kompleks yang mana sesetenggahnya melibatkan urusniaga pemberian

pinjaman berskala besar.

Perubahan industri ini dalam jangka masa yang singkat telah membawa kepada

pelbagai isu-isu sampingan. Perkara seperti ini sememangnya telah dijangka akan

berlaku di masa hadapan oleh penggubal undang-undang semasa ianya diperdebatkan,

dimana debat di dalam parlimen pada tahun 1951 ramai telah mengakui tentang

kepentingan untuk mempunyai pengawalan yang ketat di dalam industri ini

terutamanya dari segi pemberian pinjaman wang bersama faedah, yang mana jika

gagal dikawal, ia boleh membawa kepada penyalahgunaan undang-undang, pada masa

yang sama ia akan menyebabkan permasalahan dari aspek sosial dan juga korupsi.

Apa yang telah diperdebatkan pada tahun 1951 adalah tepat dengan situasi yang

sedang melanda industri ini pada ketika ini. Akta 400 yang telah digubal beberapa

dekad dahulu, terbukti mempunyai beberapa lakuna yang membolehkan pemberi

pinjam wang untuk mengambil kesempatan ke atas undang-undang ini bagi

kepentingan mereka supaya mendapat keuntungan yang maksimum daripada para

peminjam, lalu membebankan para peminjam. Selain itu, peruntukannya adalah terlalu

umum dan juga ketinggalan zaman kerana negara ini telah berubah mengikut

peredaran masa. Disebabkan oleh ekonomi negara yang telah membangun, nilai

matawang negara juga telah berubah, maka, hukuman denda bagi pemberi pinjam

Page 5: Bab 2.docx

14

wang juga tidak lagi relevan dengan keadaan semasa kerana ianya terlalu ringan jika

dibandingkan dengan keadaan semasa ianya baru diperkenalkan.

Oleh kerana kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam akta ini, banyak kes

telah dilaporkan oleh peminjam-peminjam wang kepada pihak berkuasa yang

menyatakan terdapat jenayah seperti penipuan di dalam kadar faedah pinjaman,

kehidupan seharian mereka juga sering diganggu akibat kelewatan membayar, ada

juga kes yang melibatkan kecederaan fizikal dan juga kes melibatkan penderaan, ada

juga kes melibatkan pembunuhan akibat tidak dapat membayar hutang yang

tertunggak. Kejadian ini, walaupun telah mendapat liputan secara luas di media massa

dan cetak yang mendedahkan kepada masyarakat terhadap bahayanya meminjam

daripada pemberi pinjam wang, tidak dapat mengubah persepsi rakyat mengenai

golongan ini kerana masih terdapat ramai yang menjadi mangsa daripada golongan ini

walaupun mereka mengetahui akan risiko yang bakal ditimpa mereka sekiranya gagal

untuk menunaikan bayaran.

Pada tahun 2003, Akta 400 telah dipinda buat kali kedua oleh Parlimen dimana

pindaan akta ini dibuat atas dasar ingin mengatasi segala masalah dan juga lakuna

yang terdapat didalamnya. Pindaan akta ini menekankan mengenai pelbagai aspek dari

segi kawalan, garispanduan, perlesenan, permit, denda, hukuman, keselamatan,

bidangkuasa dan penguatkasaan aktiviti industri pemberi pinjam wang di negara ini.

Namun, walaupun pindaan telah dibuat, pemberi pinjam wang berlesen masih lagi

licik dan berani melanggar peruntukan undang-undang tersebut. Pada tahun 2011, akta

ini telah dipinda buat kali ketiga bagi menyesuaikan undang-undang yang mengawal

industri ini dengan keadaan semasa.

2.1 DEFINISI PEMBERI PINJAM WANG

Pemberi pinjam wang mengikut fahaman biasa merujuk kepada sesiapa yang

melakukan aktiviti memberi pinjaman di dalam bentuk wang kepada pihak ketiga iaitu

peminjam. Namun mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta 400, seorang

pemberi pinjam wang hendaklah mempunyai beberapa kriteria-kriteria penting untuk

Page 6: Bab 2.docx

15

menjadikannya seseorang itu pemberi pinjam wang yang sah di sisi undang-undang.

Oleh itu, adalah penting untuk mengenalpasti siapakah pemberi pinjam wang yang sah

atau yang tidak sah di sisi undang-undang kerana terdapat perbezaan yang ketara

diantara kedua-dua ini. Tindakan yang boleh diambil juga adalah berlainan jika

seseorang yang meminjam dengan pemberi pinjam wang yang tidak sah, jika

dibandingkan dengan pemberi pinjam wang yang sah.

Masyarakat di negara ini tidak peka tentang perkara ini dan tidak mengambil

endah mengenai perbezaanya. Seringkali pemberi pinjam wang berlesen disalah

anggap sebagai ‘Ah Long’ kerana kedua-dua mereka beroperasi dengan cara yang

berbeza dan merupakan dua entiti yang berbeza walaupun menjalankan aktiviti yang

sama. Seperti yang telah dinyatakan, pemberi pinjam wang yang sah adalah pemberi

pinjam yang mempunyai lesen dan permit untuk menjalankan aktiviti memberi pinjam

wang, dan oleh itu segala tingkah lakunya adalah tertakhluk kepada Akta 400.

Manakala pemberi pinjam wang tidak berlesen seperti seperti ah long atau ceti

merupakan pemberi pinjam wang yang tidak berdaftar, tanpa lesen dan tidak

mempunyai permit untuk menjalankan operasinya, demikian itu, salah di sisi undang-

undang.

Mengikut sejarah penggubalan Akta 400, ianya digubal dan dikuatkuasakan

pada tahun 1952 dan definisi seorang ‘pemberi pinjam wang’ adalah berbeza jika

dibandingkan dengan definisi pada masa sekarang. Pada tahun 1951, menurut Seksyen

2 ‘mana-mana orang yang menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang’. Definisi

pemberi pinjam wang ini adalah definisi sebelum akta ini dipinda, bermaksud,

mengikut definisi yang telah diberikan pada tahun 1951 yang mana penggubal hanya

melihat aktiviti pemberi pinjam wang ini sebagai seseorang yang melakukan

perniagaan pemberi pinjam wang semata-mata, oleh itu, sesiapa sahaja boleh menjadi

seorang pemberi pinjam wang di bawah peruntukan lama ini kerana tiada definisi

yang spesifik yang menyatakan bahawa hanya individu perseorangan sahaja yang

boleh menjadi pemberi pinjam wang yang sah. Jadi, mengikut definisi yang telah

diberikan, sebuah badan korporat ataupun sebuah perkongsian juga boleh menjadi

pemberi pinjam wang yang sah, jika mereka diberikan lesen. Sesiapa sahaja yang

menjalankan aktiviti memberi pinjam wang adalah dikira sebagai pemberi pinjam

Page 7: Bab 2.docx

16

wang, definisi ini menggambarkan bahawa untuk menjadi pemberi pinjam wang yang

sah pada zaman itu adalah sangat mudah.

Semasa akta ini digubal, penggubal undang-undang hanya melihat pemberi

pinjam wang ini sebagai sebuah komuniti yang menjalankan operasi perniagaan

berskala kecil seperti ceti, dimana pelanggan utamanya hanyalah para petani, pekerja

ladang dan kebun, dan pekerja-pekerja buruh. Namun anggapan itu salah kerana

setelah negara ini mencapai kemerdekaan, banyak perubahan telah berlaku dan

pemberi pinjam wang yang berskala kecil ini juga telah berubah mengikut peredaran

zaman. Akta Pemberi Pinjam Wang pada tahun 1951 adalah terlalu umum untuk

digunapakai kepada pemberi pinjam wang yang semakin kompleks pada zaman

sekarang.

Pada tahun 2003 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 telah dipinda diatas sebab

industri pemberi pinjam wang pada zaman sekarang telah melalui pelbagai perubahan

dan peruntukan yang lebih ketat dan efisyen adalah diperlukan bagi mengawalnya.

Pemberi pinjam wang telah menjadi satu komuniti yang kompleks, dan penggunaan

peruntukan lama akan menimbul banyak isu dan permasalahan jika ianya masih terus

digunapakai. Oleh itu, akta ini dipinda bagi menukar segala peruntukan lama di

dalamnya dan telah digantikan dengan peruntukan yang lebih teliti dan ketat, salah

satunya adalah mengenai definisi ‘pemberi pinjam wang’ itu sendiri. Menurut Akta

Pemberi Pinjam Wang (Pindaan 2003), dibawah seksyen 2 menyatakan:

“seorang permberi pinjam wang adalah mana-mana orang yang memberi

pinjam sejumlah wang kepada peminjam dengan bayaran balik yang lebih

banyak kepadanya sebagai balasan.”

Terdapat perbezaan dengan definisi lama dimana akta pindaan ini telah

membuang frasa ‘yang melakukan perniagaan memberi pinjaman wang’. Jika takrifan

baru ‘pemberi pinjam wang’ ini dibaca didalam skop yang lebih luas, tujuan utamanya

ialah adalah untuk membanteras kegiatan pemberi pinjam wang tidak berlesen seperti

ceti haram atau ah long. Dengan pemansuhan Seksyen 2A(H) juga, pinjaman dalam

syarikat, pekerja atau pinjaman kereta yang akan diberikan daripada pelbagai majikan

Page 8: Bab 2.docx

17

atau kerajaan akan termasuk dalam takrifan baru seorang ‘pemberi pinjam wang’.

Oleh itu, ia menjadi tugas mahkamah untuk membuat interpretasi definisi baru

‘pemberi pinjam wang’ ini supaya ketidakpastian ini boleh ditangani. Menurut

penghakiman di dalam kes T. Chelliah v. Laxman Singh & Anor,3 tafsiran seorang

pemberi pinjam wang adalah berdasarkan fakta kes. Ini kerana setiap kes mempunyai

situasi yang berlainan dan tidak boleh dibicarakan secara sama. Dalam kes Muhibbah

Teguh Sdn Bhd v. Yaacob bin Mat Yim (t/a Tetuan Yacob Mat Yim & Rakan-

Rakan),4 elemen utama yang menunjukkan seorang itu menjalankan perniagaan

pinjaman wang ialah sistem pinjaman yang berterusan terhadap sesuatu transaksi

pinjaman wang. Disebabkan itu, walaupun telah dipinda, akta ini masih lagi tidak

berjaya untuk menentukan siapa pemberi pinjam wang secara khusus kerana

takrifannya di bawah Seksyen 2 masih lagi terlalu umum dan memerlukan

pertolongan daripada mahkamah untuk menentukan samada seseorang itu pemberi

pinjam wang yang sah atau tidak.

Pada tahun 2011, Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 sekali lagi dipinda, dan

definisi ‘pemberi pinjam wang’ sekali lagi diubah di mana menurut seksyan 2 akta

pindaan tersebut memperuntukkan bahawa:

‘pemberi pinjam wang’ bermaksud ‘seorang yang menjalankan atau

mengiklankan atau mengumumkan dirinya atau mengemukakan dirinya

dengan apa cara di dalam menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang,

sama ada dia ada menjalankan perniagaan lain atau tidak".

Namun, persoalannya ialah adakah pindaan kepada definisi pemberi pinjam

wang ini akan dapat mengurangkan permasalahan-permasalahan yang ada dalam

industri pemberi pinjaman wang ini?

3 [1954] MLJ 210

4 [2005] 7 MLJ 270

Page 9: Bab 2.docx

18

2.2 PEMBERI PINJAM WANG DAHULU DAN SEKARANG

Seperti yang pernah dinyatakan, pemberi pinjam wang semasa mula-mula

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 digubal adalah berlainan jika dibandingkan dengan

pemberi pinjam wang pada zaman sekarang. Daripada sebuah komuniti yang hanya

menjalankan aktiviti pemberi pinjaman wang berskala kecil kepada golongan miskin

dan sederhana, yang hampir sama seperti aktiviti yang dijalankan oleh ceti sebelum

akta ini digubal kepada pemberi pinjam wang yang menjalankan aktiviti memberi

pinjaman berskala besar yang membuatkan industri ini menjadi lebih kompleks dan

sukar untuk dikawalselia. Jika pada mulanya pemberi pinjam wang ini hanya

memberikan pinjaman kepada peminjam hanya dengan skala puluhan riggit hingga

ratusan ringgit sahaja, sekarang ianya berbeza kerana pinjaman minimum yang dibuat

oleh peminjam adalah dalam lingkungan ribuan ringgit, dan terdapat sesetengah

pinjaman dibuat sehingga mencapai nilai jutaan riggit. Menurut satu perbincangan

yang disertai oleh Professor Abdul Ghaffar bin Ismail dari Fakulti Ekonomi Universiti

Kebangsaan Malaysia,5 contoh pinjaman secara berskala besar yang boleh dikenalpasti

ialah pinjaman kepada peminjam-peminjam dari golongan yang melakukan

perniagaan yang menggunapakai wang yang banyak untuk dijadikan modal seperti

kontraktor pembinaan yang mendapat tender daripada kerajaan yang memerlukan

wang bagi memulakan projek yang diberikan.

Sesetengah daripada mereka terpaksa meminjam dengan pemberi pinjam wang

kerana untuk menyiapkan projek tersebut, mereka terpaksa membayar gaji pekerja-

pekerja yang melakukan kerja pembinaan, membeli barang-barang yang perlu untuk

kerja-kerja pembinaan dan sebagainya. Mereka hanya mendapat bayaran penuh

daripada kerajaan apabila seluruh projek itu telah siap, sebelum itu, kebanyakannya

wang yang digunakan untuk membayar gaji pekerja dan menyiapkan sesuatu projek

itu adalah menggunakan duit syarikat sendiri, yang mana, tidak mencukupi.

Penggubal undang-undang pada ketika itu, walaupun telah mengetahui betapa

pentingnya pengawalan yang ketat ke atas industri ini telah terlepas pandang

5 Abdul Ghaffar. Ismail. 2013. Professor Ekonomi di Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan

Malaysia. Temu Bual. 2 Disember.

Page 10: Bab 2.docx

19

mengenai perubahan yang akan dilalui oleh negara ini selepas mencapai kemerdekaan.

Semasa tahun 1951, golongan peminjam wang daripada pemberi pinjam wang ini

terdiri daripada golongan-golongan yang miskin dan sederhana, dan pinjaman mereka

hanyalah berskala kecil kerana nilai matawang pada zaman itu adalah sangat tinggi.

Pada masa kini, walaupun negara telah mencapai tahap kemodenan yang tinggi dan

ekonomi yang stabil, nilai matawang Malaysia semakin jatuh jika dibandingkan

dengan tahun 1951, terutamanya selepas krisis ekonomi yang melanda Asia pada

tahun 1997 dan juga krisis ekonomi dunia pada tahun 2008 yang secara langsung,

telah menyebabkan nilai matawang negara jatuh. lantas, jumlah pinjaman wang yang

dilakukan pada masa sekarang adalah berbeza dan kebanyakannya berskala besar,

kerana pinjaman yang dibuat adalah mengikut nilai matawang semasa. Apabila nilai

matawang berubah menjadi semakin rendah, hukuman dari segi denda tidak lagi

setimpal kerana ianya adalah kecil jika dibandingkan ketika mula-mula ia digubal.

Akibatnya, ramai yang berani menggunakan kesempatan ini untuk melakukan

pinjaman dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi, menipu peminjam,

menggunakan kekerasan dan sebagainya kerana denda yang bakal diterima adalah

tidak setimpal dengan keuntungan yang diperolehi. Situasi ini mendorong kepada

kenaikan komuniti pemberi pinjam wang tidak berlesen seperti ceti haram dan ah long

untuk beroperasi di negara ini secara langsung.

Kegiatan ekonomi negara ini merupakan pendorong utama yang

menghidupkan industri ini. Perniagaan daripada pelbagai jenis sektor mula

berkembang dan taraf hidup juga makin meningkat. Peningkatan ini membawa kepada

permintaan tinggi untuk membuat pinjaman yang cepat dan senang tanpa perlu

melalui proses yang rumit seperti yang dilakukan oleh bank dan institusi kewangan

lain. Bilangan pemberi pinjam wang telah naik secara mendadak semenjak itu. Dahulu

pemberi pinjam wang ini hanya boleh dijumpai di beberapa tempat sahaja seperti di

Jalan Klyne, namun sekarang ianya telah mula beroperasi di seluruh negeri dan

semakin meningkat. Mengikut data yang dikumpul oleh Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan, terdapat kenaikan di dalam aktiviti pemberi pinjam wang yang

sah sedang beroperasi pada ketika ini. Contohnya, sebelum akta ini dipinda pada

2003, pada tahun 2002 terdapat kurang pemberi pinjam wang di negeri pantai timur

Page 11: Bab 2.docx

20

jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, dan pada ketika itu Negeri Terengganu

langsung tidak mempunyai pemberi pinjam wang yang beroperasi pada tahun itu. 6

Namun selepas pindaan dibuat pada tahun 2003, terdapat kenaikan di dalam

bilangan pengoperasi pemberi pinjam wang di seluruh negeri. Mengikut statistik yang

telah dikumpul oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT) sehingga bulan Jun 2008 terdapat 2988 pemberi pinjam wang

berlesen sedang beroperasi di seluruh negeri.7

Jadual 2.1 : Laporan Tahunan KPKT Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pegang

Pajak Gadai

NEGERI 2009 2010 2011 2012 2013

Johor 330 329 312 294 283

Kedah 179 179 164 153 139

Kelantan 19 19 16 15 13

Melaka 119 118 105 102 95

N.Sembilan 159 156 132 125 117

Pahang 107 107 109 101 93

Perak 305 304 284 285 268

Perlis 18 18 13 9 8

P.Pinang 440 439 375 358 330

Selangor 629 623 612 643 614

Terengganu 27 27 25 26 25

W.P Kuala Lumpur 503 498 466 455 434

W.P Putrajaya 0 0 0 2 2

W.P Labuan 0 0 0 0 5

Sabah 417

Sarawak 312 421 421 381 439

JUMLAH 3147 2814 2613 2568 3258

6 Kementerian Kesjahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 2002. Bilangan

Pemberi Pinjam Wang Yang Aktif Mengikut Negeri Dari Januari Hingga Disember 2002”.

7 Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 2008. Bilangan

Pemberi Pinjam Wang Yang Aktif Mengikut Negeri Dari Januari Hingga Disember 2008.

Page 12: Bab 2.docx

21

Sumber: KPKT 2013

Menurut jadual ini, tahun 2009 menunjukkan peningkatan dengan terdapat

3147 pemberi pinjam wang yang beroperasi di seluruh negeri terutamanya di negeri-

negeri pantai timur seperti di Kelantan dan Terengganu. Trend kenaikan bilangan

perniagaan pemberi pinjam wang ini kemudiannya mula menurun bermula dari tahun

2010 sehingga tahun 2012 (Sabah tidak termasuk kerana tiada statistik yang

dikeluarkan). Selepas pindaan dibuat sekali lagi pada tahun 2011, industri ini

menyaksikan peningkatan secara drastik kepada bilangan pemberi pinjam wang yang

beroperasi terutamnya pada tahun 2013 yang mencatatkan bilangan tertinggi iaitu

3258 syarikat pemberi pinjam wang yang beroperasi. Jadual ini menunjukkan bahawa

pindaan terbaru ini telah menjadikan industri ini semakin berkembang.

Jadual 2.2 : Bilangan Peminjam Bagi Rekod Transaksi Pemberi Pinjam Wang Dari

2009 Hingga 2012

Tahun Bilangan Peminjam

2009 388,728

2010 406,427

2011 421,104

2012 297,793

Sumber: KPKT 2012

Jadual ini menunjukkan bahawa permintaan bagi industri adalah semakin

meningkat setiap tahun, kecuali pada tahun 2012 yang menunjukkan penurunan yang

drastik kepada bilangan pinjaman yang telah direkodkan. Namun, jumlah transaksi

pinjaman individu yang dibuat dari tahun 2010 hingga 2012 adalah konsisten

walaupun terdapat penurun dari segi bilangan peminjam.

Page 13: Bab 2.docx

22

Jadual 2.3: Nilai Pinjaman Individu bagi Rekod Transaksi Pemberi Pinjam Wang

Mengikut Kaum dari 2009 sehingga 2012

Kaum Nilai Pinjaman (RM)

2009 2010 2011 2012

Melayu 1,387,981,337.80 1,149,870,936.10 1,060,123,674.60 1,289,971,720.10

Cina 483,473,620.79 406,724,981.83 523,129,208.68 299,865,385.73

India 283,754,203.61 158,503,339.12 179,015,166.89 149,113,922.35

Lain-

Lain

70,920,518.49 27,869,103.32 27,057,954.68 23,661,145.70

JUMLAH 2,226,129,680.66 1,742,968,360.37 1,789,326,004.85 1,759,612,173.88

Sumber: KPKT 2012

Menurut jadual ini, peminjam utama dalam industri ini merupakan golongan

daripada kaum Bumiputera dan Melayu yang mana jumlahnya mencecah RM 1 bilion

setiap tahun. Ini disebabkan oleh faktor kaum itu sendiri yang merupakan penduduk

majoriti di Malaysia dengan meliputi sebanyak 67.3% daripada 28.3 juta orang.8

Disebabkan itu, golongan ini menjadi peminjam utama oleh sebab mereka juga

merupakan golongan yang mempunyai bilangan berpendapatan rendah dan sederhana

paling banyak.

Jadual 2.4 : Bilangan Peminjam dan Nilai Syarikat bagi Rekod Transaksi Pemberi

Pinjam Wang untuk Bumiputra dan Bukan Bumiputra dari 2009

sehingga 2012

8 Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas

Demografi 2010. http://www.statistic.gov/index.php?

option=com_context&id=1215&Itemid=89&lang=bm

Page 14: Bab 2.docx

23

Kaum 2009 2010

Bilangan

Peminjam

Nilai Pinjaman

(RM)

Bilangan

Peminjam

Nilai Pinjaman (RM)

Bumiputra 500 1,085,363,959.15 664 1,674,142,154.22

Bukan

Bumiputra

626 832,041,857.77 718 380,916,083.94

JUMLAH 1126 1,917,405,816.92 1382 2,055,058,238.16

Kaum 2011 2012

Bilangan

Peminjam

Nilai Pinjaman

(RM)

Bilangan

Peminjam

Nilai Pinjaman

(RM)

Bumiputra 283 765,651,431.70 383 981,906,473.88

Bukan

Bumiputra

1889 854,434,286.12 1536 1,146,381,573.08

JUMLAH 2169 1,620,085,717.82 1919 2,128,288,046.96

Sumber: KPKT 2012

Jadual 2.4 memberikan informasi mengenai pinjaman syarikat pula

menunjukkan kenaikan selepas pindaan pada tahun 2011 dibuat. Syarikat merupakan

penyumbang utama kepada kenaikan jumlah pinjaman bagi industri ini. Selain itu,

data ini menunjukkan peningkatan pinjaman oleh kedua-dua bumiputra dan bukan

bumiputra yang mana nilai pinjaman yang dibuat telah mencecah RM 2 bilion pada

tahun 2012. Dapat disimpulkan disini bahawa pinjaman peribadi adalah didominasi

oleh kaum bumiputra terutamanya kaum Melayu yang membawa purata melebihi

separuh jumlah pinjaman keseluruhan pada setiap tahun. Manakala pinjaman yang

dibuat oleh syarikat menunjukkan kebanyakannya syarikat bukan bumiputera yang

Page 15: Bab 2.docx

24

mendominasi jumlah bilangan pinjaman yang dibuat setiap tahun, namun jumlah

pinjaman yang dibuat adalah hampir sama dengan pinjaman yang dibuat oleh kaum

bumiputra walaupun bilanganya jauh lebih sedikit.

Laporan ini memberikan gambaran jelas bahawa kaum bumiputra lebih

memerlukan wang lebih daripada kaum lain, namun statistik ini tidak menjelaskan

apakah faktor-faktor yang mendorong kepada kumpulan ini terutamanya orang

Melayu untuk membuat pinjaman dengan sebegitu banyak. Menurut SAC Wong Wai

Loong 9 dari Polis DiRaja Malaysia Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (PDRM)

kebanyakan kes yang dilaporkan kepada pihaknya menunjukkan kebanyakan

peminjam adalah dari golongan peniaga-peniaga kecil, pemandu teksi, kumpulan

pekerja bergaji rendah dan golongan yang berjudi, dan kebanyakan laporan yang

diterima adalah daripada golongan kaum Melayu.

Kesimpulannya, dengan permintaan yang tinggi terhadap industri pemberi

pinjam wang, adalah penting bagi industri ini untuk mempunyai satu set undang-

undang yang lengkap dan efisyen bagi mengawalselia kedua-dua pemberi pinjam

wang dan peminjam kerana kegagalannya akan membawa kepada peningkatan kes-

kes seperti ah long dan ceti haram, yang mana, boleh mencabul para peminjam,

terutamanya golongan bumiputera.

2.3 PERBEZAAN AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 SELEPAS

PINDAAN

Beberapa pindaan yang telah dibuat keatas Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

selama ia dikuatkuasakan untuk mengatasi permasalahan yang timbul akibat

perubahan yang berlaku di negara ini. Pindaan yang dilakukan menyentuh pelbagai

aspek yang mengawalselia industri ini iaitu dari segi perlesenan hinggalah kepada

hukuman yang dikenakan bagi pemberi pinjam wang yang gagal mematuhi akta ini.

Pada tahun 2003, pindaan buat kali kedua telah dibuat dan akta ini telah diperketatkan

bagi mengawal kegiatan-kegiatan pemberi pinjam wang yang melanggar peraturan. 9 Wong Wai. Loong. 2014. Pegawai Polis DiRaja Malaysia Jabatan Siasatan Jenayah

Komersil. Temu Bual, 16 April.

Page 16: Bab 2.docx

25

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung, dia

menyatakan bahawa peruntukan penguatkuasaan dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang

1951 yang longgar adalah punca kerajaan gagal mengambil tindakan secara berkesan

terhadap kegiatan pemberi pinjam wang haram. Beliau menambah dengan

menyatakan bahawa hukuman dan denda adalah terlalu ringan dan tidak setimpal

dengan situasi serta bentuk kesalahan yang dilakukan.10 Oleh itu, pindaan kedua ini

dibuat bagi memperbaiki pelbagai aspek terutamanya dari segi perlesenan dan

hukuman. Pindaan ini telah menukar bidangkuasa pentadbiran industri ini kepada

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sahaja yang mana tertumpu

kepada hanya satu pusat bagi mentadbir segala aktiviti mengenai industri pemberi

pinjam wang di negara ini. Dibawah pindaan ini, pihak berkuasa tempatan tidak lagi

memproses permohonan lesen bagi permberi pinjam wang. Sistem perlesenan adalah

dikawal oleh Pendaftar Pemberi Pinajam Wang, Penolong Pendaftar dan Pemeriksa

Pemberi Pinjam Wang.

Di bawah undang-undang lama, sistem perlesenannya adalah longgar,

peruntukan yang terlalu umum dan lesen senang untuk didapati. Terdapat juga laporan

yang menyatakan bahawa sistem perlesenan sebelum ini mempunyai masalah yang

serius dalam pentadbirannya kerana terdapat perncaggahan. Ini kerana terdapat

banyak negeri yang tidak mempunyai peraturan bertulis atau panduan yang rasmi bagi

permohonan lesen, manakala di negeri seperti Perak mereka mempunyai satu

peraturan yang rasmi disediakan secara terperinci bagi sesiapa yang ingin memohon

termasuklah perlu melalui peperiksaan bertulis dan temu duga sebelum mendapatkan

geran lesen. Perkara seperti ini menyebabkan pihak pentadbiran gagal untuk

menguatkuasakan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 secara berkesan, lantas membawa

kepada pengawalan industri ini dengan tidak efisyen. Kejadian ini menyebabkan

perminjam ditindas serta permberi pinjam wang mengambil kesempatan keatas

kekurangan yang terdapat di dalam akta ini.

Oleh itu, pindaan pada tahun 2003 dibuat bertujuan untuk menangani

permasalahan yang terdapat di dalam undang-undang lama iaitu untuk mempunyai

satu badan pentadbiran baru dan sistem perlesenan yang mantap bagi mengawal

10 Utusan Malaysia, 2010. 14 Oktober.

Page 17: Bab 2.docx

26

industri ini dengan lebih efisyen dan cekap. Terdapat hampir dua puluh peruntukan

yang menyentuh bahagian perlesenan bagi pindaan tahun 2003 berbanding

sebelumnya yang hanya mempunyai enam peruntukan bagi perlesenan. Pindaan ini

menunjukkan bahawa kerajaan ingin mempunyai satu sistem perlesenan yang

berkuasa untuk mengawal industri pemberi pinjam wang secara efisyen supaya tidak

mempunyai kesukaran untuk mengenalpasti pemberi pinjam wang yang tidak berlesen

dan pada masa yang sama memberikan perlindungan kepada peminjam.

2.3.1 PERMOHONAN LESEN

Untuk mendapatkan lesen, pemohon hendaklah menghantar satu borang

permohonan bertulis kepada Pendaftar di dalam borang seperti yang telah dinyatakan

di dalam Jadual A Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan

Perlesenan) 2003. Lesen tidak akan diberikan kepada mana-mana pemohon kecuali

pemohon mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM 1, 000, 000 bagi

pemohon baru dan RM 500, 000 keuntungan selama tiga tahun berturut-turut untuk

membuat pembaharuan lesen. Peraturan baru ini akan memastikan pemberi pinjam

wang adalah layak dari segi kewangan mereka untuk menjalankan operasi sebagai

pemberi pinjam wang. Menurut Seksyen 5 Akta Pemberi Pinjam Wang 2003, seorang

pemberi pinjam wang adalah wajib untuk mempunyai lesen yang sah sebelum

memulakan operasi sebagai pemberi pinjam wang di negara ini. Mana-mana orang

yang memohon lesen pemberi pinjam wang jika mereka boleh memenuhi segala

syarat-syarat yang telah dinyatakan di dalam akta dan Peraturan-Peraturan Pemberi

Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003. Walaugaimanapun, hanya satu lesen

sahaja yang boleh dimohon oleh seseorang untuk satu premis pemberi pinjam wang

seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 6. Oleh itu, di bawah Peraturan 3 (5)11,

lesen berlainan adalah diperlukan bagi membuka premis perniagaan yang baru oleh

orang yang sama. Pindaan yang dibuat pada tahun 2011 tidak mengubah bahagian ini

dan masih menggunapakai peruntukan yang sama bagi permohonan lesen.

2.3.2 UJIAN ‘KESESUAIAN DAN KELAYAKAN

11 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.

Page 18: Bab 2.docx

27

Ujian ini diperkenalkan buat pertama kalinya dalam Akta Pemberi Pinjam

Wang (Pindaan) 2003 dibawah Seksyen 9 yang memerlukan seorang pemohon itu

untuk diuji kesesuaian dan kelayakannya sebelum pemohon diberikan lesen. Ujian ini

adalah penting untuk mengenalpasti samada seseorang itu layak atau tidak untuk

menjalankan perniagaan pemberi pinjam wang. Ini kerana undang-undang lama yang

dikatakan terlalu longgar telah memberikan maklumat yang sedikit kepada Pendaftar

Pemberi Pinjam Wang untuk mengenalpasti kelayakan seseorang pemohon untuk

mendapatkan lesen, dan telah menyebabkan berlakunya laporan bahawa lesen ini

senang untuk didapati. Dengan adanya peruntukan baru ini, Pendaftar Pemberi Pinjam

Wang mempunyai kuasa untuk tidak memberikan lesen kepada pemohon kerana

peruntukan baru ini menyatakan terdapat enam situasi dimana Pendaftar boleh

melakukan sedemikian. Enam situasi tersebut ialah sabitan jenayah di bawah Akta

Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Kanun Keseksaan, seorang bankrap, pembatalan

lesen pemberi pinjam wang, mempunyai bukti perwatakan yang tidak baik dan tidak

sesuai untuk memegang lesen. Manakala, pindaan pada tahun 2011 menunjukkan

terdapat satu perubahan bagi peruntukan ini dibawah Seksyen 9F mengenai

penyerahan kembali lesen dengan menambah tiga Sub-Seksyen baru iaitu sub-seksyen

(3) yang menyatakan bahawa seseorang pemegang lesen hendaklah menyerahkan

lesen dengan inisiatif sendiri dengan notis bertulis kepada Pendaftar manakala sub-

seksyen (4) menyatakan mengenai penguatkuasaan penyerahan lesen tersebut akan

bermula empat belas hari selepas Pendaftar menerima lesen dan notis tersebut.

Dibawah sub-seksyen (5) pula menyatakan pihak Pendaftar tidak akan membayar

balik kepada pemegang lesen apa-apa bayaran yang dikenakan kepada mereka di

bawah sub-seksyen (3) dan (4). Peruntukan baru ini menyatakan lagi secara spesifik

mengenai prosedur seseorang pemberi pinjam wang dalam urusan penyerahan lesen

kepada pihak Pendaftar.

2.3.3 FI

Di bawah akta pindaan 2003, permohonan untuk mendapatkan lesen pemberi

pinjam wang hanya akan dipertimbangkan apabila bayaran telah dibuat kepada

Page 19: Bab 2.docx

28

Pendaftar seperti yang telah dinyatakan dibawah Seksyen 5B(3), dan Peraturan 3(4)12

iaitu sebanyak RM 2000. Sebelum pindaan ini dilakukan, amalan yang dilakukan

selama lima puluh tahun ialah bayaran yang dikenakan adalah hanya RM 120 setahun.

Amalan ini telah menyebabkan masalah kerana bayaran yang dikenakan adalah terlalu

sedikit dan kecil, ia tidak setimpal dengan nilai matawang sekarang dan tidak

mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan di bahagian pentadbiran. Selain tu

terdapat juga bayaran bagi pembaharuan lesen seperti yang dinyatakan di bawah

Seksyen 5E(4). Pindaan tahun 2011 tidak meminda bahagian ini kerana bayaran yang

dikenakan adalah tinggi dan sesuai dengan keadaan semasa. Menurut Inspektor Noor

Azizul Rahim bin Taharim dari Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak

Gadai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) beliau menyatakan bahawa bayaran yang dikenakan ini adalah lebih dari

mencukupi, dan bagi sesetengah pemberi pinjam wang, bayaran ini adalah terlalu

tinggi tambahnya. 13

2.3.4 TEMPOH PEMBAHARUAN LESEN

Lesen pemberi pinjam wang yang dikeluarkan mesti diperbaharui dalam

tempoh masa satu tahun dan tarikh luputnnya bermula pada 30 Jun setiap tahun. Ianya

dinyatakan dibawah Seksyen 5 (5). Dengan pindaan baru seperti yang dinyatakan di

bawah Seksyen 5C, sesuatu lesen, apabila diberikan, akan sah untuk digunakan selama

tempoh dua tahun. Seorang pemberi pinjam wang mesti membayar bayaran fi

sebanyak RM 2000 semasa permohonan pembaruan lesen dibuat mengikut Peraturan

5(3).14 Kadar bayaran ini juga dinaikkan untuk diselarikan dengan nilai matawang

sekarang bagi menanpung kos pentadbiran. Dibawah Seksyen 5E(3), gagal untuk

memperbarui lesen sebelum tarikh luput akan menyebabkan pemegang lesen dihalang

12 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.13

Noor Azizul Rahim. Taharim. 2014. Pegawai Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang

Pajak Gadai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Temu Bual, 16

April.14

Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.

Page 20: Bab 2.docx

29

untuk membuat permohonan baru untuk tempoh masa dua tahun. Ia dicadangkan

untuk dilakukan sedemikian kerana tidak terdapat banyak pemberi pinjam wang

berlesen di Malaysia. Sekaligus akan meringankan lagi beban kos pentadbiran yang

ditanggung oleh Kementerian. Manakala pindaan pada tahun 2011 tidak membuat

apa-apa perubahan bagi bahagian ini.

2.3.5 BUTIR-BUTIR YANG PERLU DITUNJUKKAN PADA LESEN

Tidak ada perubahan besar yang dilakukan keatas peruntukan mengenai

keperluan untuk menunjukkan lesen di premis secara jelas keatas Akta Pemberi

Pinjam Wang 1951. Sekysen 6 menyatakan bahawa sesuatu lesen itu perlulah

mempunyai nama sebenar pemberi pinjam wang dan alamat yang dibenarkan, iaitu

alamat premis dimana perniagaan itu dijalankan. Definisi ‘nama sebenar’ ialah nama

yang didapati pada tarikh kelahiran, bagi seorang individu, nama yang dinyatakan di

dalam kad pengenalan (atau nama yang didaftarkan bagi kes seperti didalam syarikat

atau firma). Manakala suatu ‘alamat yang dibenarkan’ pula ialah alamat yang

dinyatakn di dalam lesen, yang mana pemberi pinjam wang dibenarkan untuk

menjalankan perniagaan seperti dinyatakan dibawah Seksyen 6(2) Akta Pemberi

Pinjam Wang 2003. Menurut Seksyen 8 pula, seorang pemberi pinjam wang yang

mengeluarkan lesennya dengan menggunakan nama selain daripada nama

sebenarnuya adalah bertanggungan dibawah kedua-dua tindakan jenayah dan sivil.

Dalam kes Menaka v Ng Siew San15, Perayu merupakan pemberi pinjam wang

berdaftar yang menjalankan perniagaanya di bawah nama AR. PR. M. Firm. Melalui

peguamnya, dia meminjamkan duit kepada Responden di bawah namanya sendiri bagi

jaminan untuk gadaian kepada beberapa tanah milik Responden. Apabila Responden

gagal membayar bayaran prinsipal bersama faedah, perayu kemudiannya telah

memfailkan satu arahan untuk penjualan tanah tersebut. Responden telah membuat

bantahan terhadap arahan penjualan tanah tersebut dengan sebab bahawa perayu telah

menjalankan aktiviti sebagai pemberi pinjam wang di bawah nama selain daripada

nama yang dibenarkan dan telah mengambil jaminan kepada duit yang dipinjamkan

15 [1997] 1 MLJ 91 PC

Page 21: Bab 2.docx

30

kepadanya tanpa menggunakan nama yang telah dibenarkan oleh Akta Pemberi

Pinjam Wang 1951, dan juga merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 8(b) dan

(c). Keputusan mahkamah Privy telah menyebelahi pihak Responden dan telah

memutuskan bahawa kedua-dua kontrak dan jaminan yang telah disepakati telah

melanggar Seksyen 8, oleh itu, tidak boleh dikuatkuasakan.

Di dalam kes lain, iaitu Chai Sau Yin v. Kok Seng Fatt 16 dimana Defendan

merupakan seorang pemberi pinjam wang dengan nama Kok Seng Fatt sebagai nama

yang dibenarkan dan dia merupakan salah seorang daripada ahli yang menjalankan

perniagaan dibawah nama Yoong Shing Finance Company, ia telah diputuskan oleh

mahkamah persekutuan bahawa perbuatannya yang memberi pinjaman dengan

menyatakan d dalam Memorandum Pinjaman dan jaminan sebagai ‘Kok Seng Fatt of

Yoong Shing Finance Company’ adalah sah dan mengikut Ordinan Pemberi Pinjam

Wang 1951. Keperluan dibawah Seksyen 6 untuk meletakkan nama pemberi pinjam

wang yang sebenar dan alamat sebenar di dalam lesen pemberi pinjam wang adalah

satu peruntukan yang penting yang dikekalkan dibawah pindaan Akta Pemberi Pinjam

Wang 2003. Ini kerana ia melindungi pihak peminjam daripada mana-mana pemberi

pinjam wang yang melanggar undang-undang yang berselindung di bawah nama yang

tidak dibenarkan. Peruntukan Seksyen 6 dan kes-kes yang telah diputuskan telah

menunjukkan bahawa jikalau pemberi pinjam wang telah melakukan kesalahan

tersebut, kontrak pinjaman yang telah dimaterai oleh mereka dan peminjam yang

teraniaya adalah terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan. Bagi pindaan tahun 2011,

penggunaan peruntukan yang sama masih diteruskan kerana tiada apa-apa pindaan

telah dibuat keatas bahagian ini.

2.3.6 KEPERLUAN MENUNJUKKAN LESEN

Dibawah pindaan tahun 2003, seorang pemberi pinjam adalah diwajibkan

untuk menunjukkan lesen di tempat-tempat yang mudah dilihat di dalam premis

dimana dia menjalankan aktiviti perniagaannya. Keperluan ini dinyatakan di bawah

Seksyen 5F(1) dan keperluan ini adalah merupakan satu keperluan yang baru

diperkenalkan dengan mengantikan peruntukan yang memerlukan seorang pemberi

16 [1966] 2 MLJ 54

Page 22: Bab 2.docx

31

pinjam wang untuk menaikkan satu papan yang bertulis ‘Pemberi Pinjam Wang

Berlesen’, juga di tempat yang senang dilihat diluar premis perniagaan yang

dibenarkan. Peruntukan yang memperkenalkan keperluan baru ini di bawah Seksyen

5F telah memperketatkan lagi undang-undang lama dan ianya adalah bertujuan untuk

mengawal kepentingan peminjam supaya mereka tahu bahawa mereka sedang

berurusan dengan pemberi pinjam wang berlesen. Seksyen 5F(1) juga memerlukan

pemberi pinjam wang untuk menjalankan urusniaga mereka di dalam premis yang

dibenarkan. Ia disokong oleh Peraturan 15,17 dimana ia menyatakan bahawa semua

transaksi yang dilakukan oleh pemberi pinjam wang dengan peminjam mestilah

dilakukan di permis yang didaftarkan. Walaupun Akta 400 (Pindaan) 2003 dan

Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003 tidak

menyatakan secara langsung bahawa pengutipan bayaran hutang mesti dilakukan di

premis pemberi pinjam wang, namun itulah tafsiran yang digunakan oleh Menteri.

Peruntukan baru ini nampak seperti bukan sahaja menghadkan transaksi pinjaman

wang seperti membuat perjanjian dan melepaskan hutang prisipal, di premis pemberi

pinjam wang, tetapi juga memerlukan pembayaran semula hutang dan kutipan-hutang

untuk dilakukan di premis yang sama. ketidakpatuhan ini akan menyebabkan pemberi

pinjam wang bertanggungan di bawah kesalahan jenayah, tetapi tidak membuatkan

transaksi tersebut terbatal kerana Peraturan 15 tidak menyatakan mengenai

pembatalan transaksi jika berlaku situasi seperti ini.

Namun pada 2011, pindaan pada peruntukan ini dibuat dimana dibawah sub-

seksyen (1) ini dimana perkataan ‘pemberi pinjam wang’ telah dipinda kepada

‘pemegang lesen’ dan perkataan ‘lesen’ dipinda kepada ‘lesen asal’. Pindaan ini

memberi fokus kepada dua perkara iaitu pemegang lesen yang mana ia merujuk

kepada pemberi pinjam wang yang diberikan lesen kepadanya melalui Pendaftar

secara sah, dan transaksi yang dilakukan mestilah dengan memaparkan atau

menunjukkan lesen asal yang diberikan kepadanya supaya tidak berlaku kes penipuan.

Ini kerana terdapat banyak kes yang telah dilaporkan kepada pihak polis dan KPKT

yang menyatakan bahawa mereka ditipu untuk membuat pinjaman daripada pihak

yang mengaku dan menyamar sebagai pemberi pinjam wang berlesen sedangkan

mereka sebenarnya ah long atau ceti haram.

17 Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.

Page 23: Bab 2.docx

32

2.3.7 PEMBATALAN ATAU PENGGANTUNGAN LESEN

Seksyen 9A merupakan satu peruntukan baru yang memberi kuasa kepada

Pendaftar untuk membatalkan atau menggantung lesen mana-mana pember pinjam

wang apabila berlakunya kejadian atau situasi yang telah dinyatakan dibawah seksyen

ini. Peruntukan ini menjelaskan secara terperinci akan situasi seperti mana yang akan

menyebabkan sesuatu lesen itu dibatalkan atau digantung, kerana undang-undang

lama tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai hal ini. Seksyen 9(1) memberikan

kuasa kepada Pendaftar untuk membatalkan atau menggantung lesen di dalam

keadaan yang mana dalam pendapat pihak Pendaftar, pemberi pinjam wang itu telah

menjalankan aktiviti yang boleh membawa kerugian terhadap kepentingan pihak

peminjam atau kepada masyarakat, atau telah melanggar mana-mana peruntukan di

bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 atau peraturan-peraturan yang dibuat

dibawah akta ini, atau telah diberikan lesen melalui penipuan, kesilapan atau

kesalahnyataann, atau telah gagal untuk mengikut mana-mana syarat di dalam lesen.

Pindaan tahun 2011 masih lagi memakai peruntukan yang sama seperti pindaan tahun

2003.

2.3.8 RAYUAN

Dibawah Seksyen 9C, mana-mana pemberi pinjam wang tidak berpuas hati

dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh pihak Pendaftar boleh membuat rayuan

kepada Menteri untuk melawan keputusan tersebut dalam masa empat belas hari.

Rayuan tersebut mestilah dibuat secara bertulis, di dalam bahasa kebangsaan iaitu

Bahasa Malaysia (terjemahan dalam bahasa Inggeris boleh disertakan) menyatakan

alasan rayuan seperti yang dinyatakan di bawah (Peraturan 13(2) dan (3))18. Tiada

perubahan besar dilakukan kepada peruntukan mengenai rayuan, kecuali peruntukan

baru yang diperkenalkan ini adalah lebih tegas keatas keputusan akhir yang dibuat

oleh Menteri, seperti yang telah dinyatakan, keputusan yang dilakukan tidak boleh

dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah. Pindaan tahun 2011 masih lagi

memakai peruntukan yang sama.

18 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.

Page 24: Bab 2.docx

33

2.3.9 HUKUMAN JENAYAH

Hukuman jenayah adalah satu mekanisma yang digunakan untuk mengawal

aktiviti perlesenan, dan Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2003 memperuntukkan

hukuman yang tegas bagi kegagalan bagi mendapatkan lesen secara sah. Kepentingan

mempunyai lesen pemberi pinjam wang yang sah adalah dinyatakan dibawah Seksyen

5. Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2003 telah menyatakan secara jelas bahwa

seseorang itu boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM 20, 000 sehingga RM

100, 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-

duanya sekali jika disabitkan bersalah, jika kesalahan sama dilakukan pemberi pinjam

wang akan menyebabkan pemberi pinjam wang bertanggungan bagi hukuman sebat

dibawah Seksyen 5 (2). Manakala pindaan tahun 2011 menunjukkan perubahan secara

mendadak mengenai hukuman-hukuman yang bakal dikenakan kepada para pemberi

pinjam wang yang gagal mematuhi peraturan yang telah diperuntukkan di bawah akta

ini. Perubahan boleh dilihat dari segi denda dimana Seksyen 5(2) telah dipinda dengan

mengenakan denda yang lebih berat iaitu RM 250,000 hingga RM 1,000,000 bagi

kesalahan menjalankan aktiviti pemberi pinjam wang tanpa lesen yang sah, atau lesen

yang telah tamat tempoh. Hukuman yang dikenakan adalah jauh berbeza dengan

hukuman yang terdapat dalam undang-undang lama, dimana denda yang dikenakan

bagi menjalankan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen hanyalah RM 1000

sahaja. Kenaikan denda dari ini menunjukkan keseriusan kesalahan tersebut dan

bertujuan untuk menghalang pemberi pinjam wang untuk melakukan aktiviti pemberi

pinjaman wang secara tidak sah. Tujuan utama kerajaan dalam menambahbaik

kelemahan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dari sudut melindungi kepentingan

peminjam dalam transaksi ini boleh dilihat kepada kuasa yang diberikan kepada

penguatkuasa Akta Pemberi Pinjam Wang dan juga pihak polis untuk menangani

gejala pemberi pinjam wang yang tidak sah.

2.3.10 KUASA POLIS

Pindaan tahun 2003 telah memberikan kuasa yang luas kepada pihak polis bagi

menangani masalah yang timbul di dalam industri ini yang mana ianya telah

Page 25: Bab 2.docx

34

dinyatakan secara jelas di bawah Seksyen 10A hingga 10K Akta Pemberi Pinjam

Wang 1950 (Akta 400). Bidangkuasa yang diberikan kepada polis termasuk kuasa

untuk membuat penyiasatan oleh seorang Inspektor atau pegawai polis,19 kuasa untuk

menyiasat keatas aduan yang dilaporkan dan kuasa untuk mendapatkan maklumat,20

kuasa untuk memeriksa orang,21 kuasa untuk membuat penggeledahan dengan

waran,22 kuasa untuk membuat penahanan,23 kuasa untuk membuat penggeledahan

tanpa waran,24 kuasa untuk merampas harta boleh alih,25 kuasa untuk membuat

tindakan,26 dan kuasa unutk melepaskan harta yang dirampas.27 Menurut CP Khalil

Azlan Bin Hj. Chik dari Bahagian Penggubahan Wang Haram,28 bidangkuasa yang

telah diberikan di dalam akta ini adalah dilaksanakan oleh tiga pihak PDRM iaitu

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi siasatan kes mengenai pemberi pinjam wang

tak berlesen. Kedua ialah Jabatan Siasatan Jenayah yang menyiasat jenayah-jenayah

harta benda dan jenayah kekerasan yang dilakukan oleh sindiket Ah Long, Ceti Haram

atau pemberi pinjam wang. Ketiga ialah Bahagian Penggubahan Wang Haram yang

merupakan pasukan tindakan khas PDRM bagi siasatan dari segi kewangan atau harta

benda yang diperolehi oleh sindiket hasil daripada kegiatan haram yang dilakukan

19 Seksyen 10A, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)

20 Seksyen 10B, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)21

Seksyen 10C, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)22

Seksyen 10D, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)23

Seksyen 10E, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)24

Seksyen 10F, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)25

Seksyen 10G, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)26

Seksyen 10J, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)27

Seksyen 10K, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)

28 Khalil Azlan. Hj. Chik. 2014. Pegawai Bahagian Penggubahan Wang Haram Polis Diraja

Malaysia. Temu Bual. 22 Januari.

Page 26: Bab 2.docx

35

oleh Ah Long, Ceti Haram dan pemberi pinjam wang. Pindaan tahun 2003 ini

menunjukkan bahawa kerajaan tegas bagi menangani isu-isu seperti pemberi pinjam

wang yang tidak mengikut peraturan, dan juga isu-isu sindiket ah long dan ceti haram

yang beroperasi di negara ini.

Pada tahun 2011, peruntukan ini dipinda sekali lagi bertujuan untuk

memberikan kuasa yang lebih jelas, terperinci dan lebih luas kepada pihak polis untuk

bahagian ini. Seksyen 10B dipinda dengan meletakkan perkataan ‘yang berpangkat

tidak rendah daripada Sarjan’ di bawah sub-seksyen (5). Jika pada pindaan tahun 2003

memberikan kuasa kepada pegawai polis berpangkat Inspektor dan keatas untuk

mengambil tindakan keatas apa-apa kesalahan, pindaan baru ini memberi kuasa

kepada pegawai polis yang berpangkat Sarjan yang mana merupakan lebih rendah

pangkatnya berbanding Inspektor. Pindaan ini dibuat kerana terdapat kesukaran bagi

pihak polis untuk menjalankan operasi dengan lebih efisyen apabila akta ini hanya

memberikan kuasa kepada pegawai polis berpangkat Inspektor untuk mejalankan

penyiasatan. Dibawah Seksyen 10D(1) pula, perkataan ‘atau mana-mana keterangan

yang perlu untuk membuktikan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah akta ini’

ditambah bagi memberikan kuasa yang lebih luas kepada pihak polis untuk membuat

penggeledahan keatas premis dengan waran. Walaubagaimanapun, peruntukan ini

masih memerlukan seseorang yang berpangkat Inspektor dan bukan Sarjan untuk

membuat penggeledahan keatas mana-mana premis.

Pindaan 2011 juga memberikan kuasa kepada Inspektor polis untuk membuat

penahan orang tanpa waran seseorang itu melakukan kesalahan, cuba untuk

melakukan kesalahan atau mengesyaki bahawa seseorang itu cuba untuk melakukan

kesalahan dibawah Akta 400. Pindaan Seksyen 10E ini memberi impak yang besar

kerana polis boleh menahan seseorang tanpa perlu menunggu arahan daripada seorang

Majistret yang mana memakan masa yang lama dan secara langusng melambatkan

proses penangkapan. Pindaan ini adalah penting kerana pihak polis boleh menjalankan

penyiasatan atau operasinya dengan cepat dan tangkas. Selain itu, terdapat peruntukan

baru iaitu Seksyen 10GA dan 10GB yang memberikan kuasa tambahan kepada pihak

polis. Seksyen 10GA memberikan kuasa kepada polis berpangkat Inspektor atau

pegawai polis senior untuk memasuki dan memeriksa premis yang mereka percaya

Page 27: Bab 2.docx

36

menjalankan aktiviti perniagaan pemberi pinjam wang, mengambil gambar, merampas

dan mengambil apa-apa buku, rekod atau dokumen daripada premis yang dimasuki.

Manakala Seksyen 10GB pula memberikan mereka kuasa untuk mengakses data

komputer termasuk kata laluan, kod sulit, perisian dan perkakasan yang disimpan di

dalam komputer bagi tujuan penyiasatan. Semasa pembentangan rang undang-undang

Akta 400 di Dewan Negara, pindaan 2011 adalah bertujuan untuk memperketatkan

pengawalseliaan perjalanan perniagaan pemberi pinjam wang oleh pemegang lesen

dengan memasukkan peruntukan kesalahan obligasi yang baru. Beliau menyokong

dengan mengatakan ia satu peruntukan yang baik kerana ia memberikan satu setu

senjata kepada pihak pendakwa untuk membanteras jenayah seperti ini. 29

Konklusinya, walaupun akta ini telah dipinda beberapa kali, masih terdapat

banyak permasalahan yang timbul dalam industri ini terutamanya dari aspek sosial

dan ekonomi. Ini kerana terdapat peningkatan dari segi bilangan pemberi pinjam wang

tidak berlesen seperti ah long dan ceti haram semenjak pindaa terakhir dibuat, juga

terdpat lebih banyak aduan mengenai salah laku pemberi pinjam wang terhadap

peminjam.

29 Malaysia, Pembentangan Dewan Negara 2010, Bacaan Kali Kedua dan Ketiga, 14 Oktober

2010, (Senator Datuk Maijol Mahap)