tugasan 1 (2)

5
Tugasan 1 (Bahagian 2) Kepentingan Perkhidmatan atau Program Kaunseling Perkhidmatan kaunseling ini menawarkan pelbagai khidmat atau pertolongan yang diperlukan oleh murid. Guru kaunseling akan cuba menyiasat masalah-masalah yang berlaku kepada murid atau kliennya supaya pertolongan yang disalurkan itu menepati dengan keperluan klien tersebut. Terdapat 3 jenis perkhidmatan kaunseling yang disediakan di Sekolah Kebangsaan Semeling ini iaitu kaunseling individu, kaunseling kelompok dan bimbingan kelompok. Murid-murid sekolah rendah di Malaysia berada dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun, iaitu di peringkat kanak-kanak. Murid yang berusia 11 dan 12 tahun juga boleh dikategorikan sebagai kumpulan pra-remaja dan merupakan satu tahap yang penting di mana pemikiran mereka sudah mula kearah kematangan dan bersifat ingin tahu. Perubahan cara berfikir ini selalunya menimbulkan pelbagai masalah kepada diri sendiri, ibu bapa, guru-guru atau persekitaran sosial mereka. Bagi murid yang dikhuatiri telah ataupun hampir terjebak dengan masalah disiplin ini sangat sesuai untuk diberi sesi kaunseling samada secara individu ataupun kelompok. Sesi kaunseling adalah salah satu cara bagi membantu murid berada dijalan atau landasan yang betul agar mereka tidak berasa selesa dengan pemikiran atau tatacara hidup yang salah. Perkhidmatan kaunseling ini juga amat penting kepada murid sekolah rendah bagi membantu mereka memperkembangkan lagi potensi diri mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Sesi kaunseling ini menyedarkan murid akan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental serta perhubungan antara masyarakat sekeliling mereka. Selain itu, murid juga akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan juga menerokai tujuan hidupnya. Di samping itu menolong mereka serta merancang hidup mereka dengan berkesan dengan berorientasikan masa

Upload: najmi-tajudin

Post on 12-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

  • Tugasan 1 (Bahagian 2)

    Kepentingan Perkhidmatan atau Program

    Kaunseling

    Perkhidmatan kaunseling ini menawarkan pelbagai khidmat atau pertolongan

    yang diperlukan oleh murid. Guru kaunseling akan cuba menyiasat masalah-masalah

    yang berlaku kepada murid atau kliennya supaya pertolongan yang disalurkan itu

    menepati dengan keperluan klien tersebut. Terdapat 3 jenis perkhidmatan kaunseling

    yang disediakan di Sekolah Kebangsaan Semeling ini iaitu kaunseling individu,

    kaunseling kelompok dan bimbingan kelompok.

    Murid-murid sekolah rendah di Malaysia berada dalam lingkungan umur 7

    hingga 12 tahun, iaitu di peringkat kanak-kanak. Murid yang berusia 11 dan 12 tahun

    juga boleh dikategorikan sebagai kumpulan pra-remaja dan merupakan satu tahap

    yang penting di mana pemikiran mereka sudah mula kearah kematangan dan bersifat

    ingin tahu. Perubahan cara berfikir ini selalunya menimbulkan pelbagai masalah

    kepada diri sendiri, ibu bapa, guru-guru atau persekitaran sosial mereka. Bagi murid

    yang dikhuatiri telah ataupun hampir terjebak dengan masalah disiplin ini sangat

    sesuai untuk diberi sesi kaunseling samada secara individu ataupun kelompok. Sesi

    kaunseling adalah salah satu cara bagi membantu murid berada dijalan atau landasan

    yang betul agar mereka tidak berasa selesa dengan pemikiran atau tatacara hidup

    yang salah.

    Perkhidmatan kaunseling ini juga amat penting kepada murid sekolah rendah

    bagi membantu mereka memperkembangkan lagi potensi diri mereka dari segi

    jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan falsafah pendidikan

    kebangsaan. Sesi kaunseling ini menyedarkan murid akan kepentingan menjaga

    kesihatan fizikal dan mental serta perhubungan antara masyarakat sekeliling mereka.

    Selain itu, murid juga akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan

    mendalam dan juga menerokai tujuan hidupnya. Di samping itu menolong mereka

    serta merancang hidup mereka dengan berkesan dengan berorientasikan masa

  • depan dan masa kini. Hasilnya murid akan menjadi lebih asertif, boleh menyesuaikan

    diri serta memahami kesan daripada segala tingkah lakunya pada masa kini dan juga

    masa depan. Dengan ini juga, murid dapat belajar untuk menyedari segala kelemahan

    dan kekuatan mereka dan kemudiannya mempelajari memperbaiki kelemahan itu.

  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

    Khidmat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu khidmat

    sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

    Oleh sebab murid adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan

    perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih

    dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi

    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

    Ahli PRS yang telah dilatih sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan

    mereka di sekolah dalam pelbagai aspek contohnya aspek akademik. Ahli PRS yang

    terlatih mungkin dapat memberi pendapat kepada murid yang bermasalah tentang

    cara-cara belajar yang lebih efektif untuk sesuatu mata pelajaran di samping

    memupuk budaya kasih mesra dan bantu membantu dalam kalangan murid.

    Selain itu, program PRS ini juga mampu menjana potensi serta menggilap

    bakat kepimpinan murid memimpin sesuatu kelompok kecil. Sifat pemimpin seperti

    bertoleransi, bertanggungjawab, peka dengan keadaan sekeliling, ringan tulang dan

    sebagainya dapat dipupuk ke dalam diri murid-murid. Dalam dunia serba canggih ini,

    jika murid tidak dapat menyaingi rakan-rakan lain atau tidak mempunyai kelebihan

    pada diri, sudah tentu murid tersebut akan terus ketinggalan.

  • Pembangunan Diri Murid

    Projek Pembangunan Diri Murid ini adalah satu projek yang dirancang oleh Unit

    Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Semeling bagi meningkatkan lagi

    kesedaran murid-murid terhadap dunia sekarang. Ianya juga adalah bagi merancang

    dan menyelaras penyebaran informasi dan maklumat yang tepat dan terkini dengan

    cara yang menarik, interaktif dan agresif kepada semua murid sekolah.

    Pelbagai aktiviti dan program yang telah dijalankan di bawah Projek

    Pembangunan Diri Murid ini. Antaranya ialah Kempen Pencegahan Anti Dadah.

    Kempen ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada murid tentang bahaya dan

    kesan penyalahgunaan dadah ini. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi

    penerangan tentang punca-punca seseorang itu boleh terjebak dengan kes-kes

    dadah serta tentang pelbagai jenis dadah yang merbahaya.

    Di samping itu juga, Sambutan Bulan Kemerdekaan juga adalah salah satu

    daripada program di bawah Projek Pembangunan Diri Murid. Program seperti ini

    mampu menyedarkan serta memperkukuhkan jati diri murid. Seperti yang kita dapat

    lihat keadaan di Malaysia sekarang di mana generasi muda terutamanya golongan

    awal remaja dan remaja semakin hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagung-

    agungkan budaya Barat yang amat bertentangan dengan norma masyarat Timur.

    Tambahan pula, projek ini adalah antara usaha Unit Bimbingan dan Kaunseling

    sekolah untuk menaikkan motivasi dalaman murid untuk menjadi rakyat yang berjaya

    serta berguna seperti pemimpin-pemimpin terdahulu dan pejuang-pejuang

    kemerdekaan Tanah Melayu.

    Secara amnya, projek ini adalah bertujuaan untuk membentuk rohani serta

    semangat dalaman murid supaya lebih yakin pada diri serta menjadi modal insan yang

    berguna kepada negara pada masa akan datang.