Download - Topik 6 Komunikasi berkesan
Bab 6 : Kemahiran Komunikasi
Guru
Budaya & Pembelajaran(EDU 3063)
Disediakan oleh : B.ANISHA B.JAMUNAH I.KEMALATHA
Komunikasi• Penghantaran sesuatu mesej sama ada secara lisan
atau bukan lisan oleh seseorang kepada pihak lain dan berlaku tindak balas daripada penerima mesej.
• Interaksi manusia dalam perkongsian idea, pandangan & perasaan sama ada secara pertuturan/gerak isyarat/simbol.
• Komunikasi berkesan ialah :-• Mesej yang dihantar berjaya difahami dan penerima
mesej melakukan tindakan sejajar dengan maksud mesej
• Komunikasi berlaku secara lisan
bukan lisan
Kepentingan guru menguasai kemahiran
komunikasi dapat dilihat dalam peranan yang
dimainkan oleh guru dalam menunaikan
tanggungjawab sebagai
Pengajar
Pendidik
Agen perubahan
Pemimpin
Agen hubungan
sosial
Moderator
Pengajar Sampaikan fakta, jelaskan fakta, sebarkan ilmu
tentukan minat belajar murid, tentukan pencapaian prestasi pembelajaran murid
Pendidik Personaliti guru ketika berinteraksi dengan murid,
murid terpengaruh dengan cara guru berkomunikasi
Pemimpin Menjalinkan hubungan baik dan berkerjasama
dengan ibu bapa bagi memastikan perubahan proses pembelajaran murid berjalan dengan baik.
Guru bertemu dan bersemuka atau hubungi dengan ibu bapa untuk berbincang tentang masalah pencapaian murid
Agen perubahan Mengubah tingkah laku negatif murid kepada
positif, komunikasi yang hebat dapat dilihat apabila tingkah laku murid mengalami perubahan yang positif
Agen hubungan sosial Setiap mesej, arahan dan penerangan perlu
jelas dan difahami oleh semua murid pelbagai latar belakang, memastikan semua murid menghormati dan hormat akan perbezaan budaya
Moderator Kepada muird, ibu bapa dan komuniti. Menjelaskan setiap perkara yang wajib
dikuasai dan dicapai oleh murid melalui pnp.
Kemahiran Mendengar• Kemahiran komunikasi bermula dengan kemahiran
mendengar.
• Seseorang guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk bertutur atau menyatakan sesuatu yang mahu dikongsi bersama-sama dengan guru dan rakan-rakan mereka.
• Guru juga menunjukkan minat terhadap segala yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak dengan mendengar percakapan mereka dengan sepenuh hati.
Birakan murid bercakap
Pandang ke arah muka
muird, mengadakan kontak mata
Sabar melayan kerenah mereka
Jangan potong
percakapan mereka
sesuka hati
Tunjukkan tindak balas
Bersikap terbuka
Mendorong mereka aktif
berkomunikasi-2 hala
Perlakuan yang
ditonjolkan guru untuk
menunjukkan bahawa guru
sedang mendengar percakapan
murid
Kemahiran Lisan• Kemahiran berbahasa bagi seseorang kanak-kanak
bermula apabila kanak-kanak menggunakan bahasa sebagai alat untuk interaksi sosial.
• Dalam interaksi sosial, seorang kanak-kanak belajar berinteraksi melalui kemahiran lisan yang dikuasainya terlebih dahulu melalui aktiviti bercakap dengan diri sendiri (self talk)
• Kemahiran lisan kanak-kanak berkembang dalam dua cara:-
menerusi percakapan dalaman komunikasi sosial di mana kanak-kanak mula
menghubungkan dan mengawal aktiviti melalui pemikiran dengan menggunakan unsur-unsur perlambangan yang difahami
Kemahiran lisan yang perlu dikuasai oleh guru ialah :-
Sebutan
Jelas dan tersusun
Intonasi
Sebutan
o Sebutan guru mestilah jelas dan tepat
o Dalam penggunaan bahasa Melayu, penggunaan bahasa baku sangat penting bagi mengelakkan bahasa dialek dalam pnp
o Begitu juga dengan bahasa Inggeris, bahasa ibunda
o Guru perlu menyebut perkataan dengan jelas dan betul supaya murid berupaya menguasai bahasa dengan baik
Jelas dan tersusun
o Penerangan guru kepada murid perlu mengikut tahap penguasaan bahasa dan latar belakang murid.
o Pemilihan kata-kata yang sesuai menjadikan
sesuatu mesej itu mudah difahami dan didengari dengan penuh minat.
Intonasi• Penggunaan intonasi suara yang berbeza-beza
menyebabkan guru menerima reaksi yang berbeza
• Guru perlu tahu bagaimana melontarkan suaranya mengikut konteks dan keadaan, iaitu bilakah guru perlu meninggikan suara dan bilakah perlu melembutkan suara.
• Cara-cara untuk meningkatkan keberkesanan intonasi Bersemangat ketika menyampaikan sesuatu perkara Elakkan menggunakan ton suara yang mendatar
(monotone) Bijak menggunakan volum suara rendah & tinggi
Kemahiran Lisano Kemahiran bukan lisan merupakan proses komunikasi yang
melibatkan penghantaran mesej melalui pelbagai cara tanpa menggunakan perkataan.
o Amalan dan pemahaman perlakuan bukan lisan sangat berkait rapat dengan budaya sesuatu masyarakat, semakin banyak etnik meduduki sebuah negara, semakin banyak amalan dan perlakuan bukan lisan yang terkumpul di negara tersebut
o Bagi membolehkan guru menjalinkan hubungan yang mesra dan rapat dengan murid dan masyarakat setempat, guru perlu memahami unsur perlakuan bukan lisan.
o Komunikasi bukan lisan dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bahasa tubuh, mesej melalui lambang dan artifak, dan mesej melalui muzik dan bunyi-bunyian
Bahasa tubuh Membantu manusia menyampaikan mesej tanpa ujaran Menggantikan peranan bahasa verbal dalam menyampaikan
maksud dengan lebih berkesan Untuk menyampaikan emosi dan perasaan yang ada
kalanya tidak mampu diucapkan melalui kata-kata.
Jenis bahasa tubuh
Postur dan kedudukan
tubuh badan
Ekspresi muka
Gestur atau
pengerakkan tubuh
badan
Sentuhan
Kontak mata dan renungan
Mesej melalui lambang dan artifak
Sebuah masyarakat mempunyai lambang yang memberi makna dan maksud yang tersirat
Setiap guru perlu memahami makna lambang-lambang yang digunakan dalam sesebuah masyarakat dan etnik muridnya bagi mengelakkan kekeliruan dan terlanggar adat dan fahaman
Cth: - mengikat tali di pergelangan tangan oleh kakak, abang dan adik dalam upacara ‘Rakhi’ ialah lambang persaudaraan.
- ‘Thali’ menjadi lambang ikatan pasangan yang menjadi suami isteri yang
dikalungkan ke leher isteri oleh suami pada hari perkhawinan mereka
- Masyarakat Iban yang mengenakan manik- manik sebagai rantai atau perhiasan tubuh badan ialah lambang kemewahan dan penghormatan.
- Pakaian
Mesej melalui muzik dan bunyi-bunyian
Terdapat juga masyarakat atau entik yang menunjukkan perasaan mereka melalui nada atau bunyi-bunyian, sama ada bunyi-bunyian daripada suara mereka sendiri atau daripada peralatan seperti gong atau gendang
Cth: - Bagi masyarakat Iban, bunyi-bunyian pada waktu malam perkhawinan dipercayai membawa maksud tertentu, sama ada petanda baik atau buruk.
- Bagi orang Melayu, acara pengebumian adalah ringkas dan berlaku dalam keadaan yang tidah
riuh atau bising & Acara perkhawinan diiringi dengan pukulan
kompang.
Laras Bahasa
Laras BahasaLaras bahasa adalah
gaya dan penggunaan sesuatu
bahasa.
Gaya bahasa merujuk kepada
bahasa lisan atau bahasa penulisan.
Sesuatu laras bahasa bermaksud
variasi yang ada pada tiap-tiap
penutur.
Ciri laras bahasa yang penting ialah perbendaharaan
kata, susunan ayat dan frasa yang
digunakan.
Sesuatu laras digunakan dalam keadaan / situasi yang tertentu.
Laras bahasa juga bergantung kepada
latar belakang audiens dan budaya.
Terdapat beberapa laras bahasa yang
perlu diberikan penekanan semasa guru berkomunikasi
dan murid.
Penggunaan laras bahasa yang mudah akan memudahkan guru berkomunikasi
dengan murid.
Jenis-Jenis Laras Bahasa
Laras Bahasa Biasa
Digunakan dalam keadaan biasa, kurang penggunaan imbuhan, tiada istilah teknikal
serta mudah difahami.
Laras Bahasa Akademik
Bahasa yang berkaitan dengan
bidang-bidang tertentu
Jenis Laras Bahasa Biasa. Akademik Sastera Agama
SukanSainsRencanaIklan/ Perniagaan
Media Massa
Undang-undang Ekonomi
Laras Bahasa Biasa Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang
bidang ilmu Penggunaan dalam perbualan harian Tiada istilah khusus Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat Kata pinjaman tidak banyak digunakan Tidak terdapat istilah teknikal Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan
dalam situasi rasmi sahaja Bentuk laras bahasa biasa tidak formal
menggunakan ciri-ciri bahasa basahan Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana?
Laras Bahasa Akademik
Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa laras seperti laras ekonomi, laras sastera dan sbgnya.
Guru juga boleh menerangkan laras bahasa penulisan seperti nota kaki, bibliografi dan indeks.
Guru perlu mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penguhuraian yang lebih khusus.
Ayat yang digunakan sempurna dari segi kestabilan, kelenturan kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan maksudnya.
Istilah yang digunakan bersifat khusus dan hanya difahami oleh orang tertentu sahaja.
menunjukkan kematangan dan keintelektualan penutur kerana berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat
dan berkesan.
bersifat ilmiah, formal dan objektif.
Laras Bahasa Sastera
mementingkan istilah-istilah yang khusus.
Apabila berbicara tentang
kesusateraan, kita
sebenarnya membincangka
n tentang aspek seperti
tema, kronologi, dan
metafora.
Laras bahasa sastera
bersifat lebih kreatif.
Guru perlu mementingkan
pemilihan diksi, ayat tersirat,
hiperbola dll.
Laras Bahasa Agama
boleh digunakan semasa guru membincangkan isi agama terutamanya dalam pelajaran agama.
Dalam laras bahasa ini terdapat istilah kata pinjaman dan terdapat rujukan untuk mengukuhkan hujah.
Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat pada kala mati, dan
keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan lepaskan kami dari neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.
Laras Bahasa Sukan
boleh digunakan semasa guru
mengajar pendidikan jasmani.
Laras ini bertujuan untuk
menyampaikan tentang sukan.
Bahasa yang digunakan adalah ringkas dan jelas.
Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala
Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu
dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.
Laras Bahasa Sains
mempunyai unsur ilmiah, berbahasa
moden, bersifat formal dan
menidakkan bahasa basahan.
gunakan istilah
teknologi.
Guru haruslah jelaskan dengan
lebih jelas semasa
menggunakan laras bahasa
sains.
Jirim terdiri daripada banyak zarah yang disebut molekul.
Terdapat beberapa bukti bagi
menunjukkan wujudnya molekul dalam jirim.
Satu daripadanya ialah eksprimen tentang
Gerakan Brown.
Laras Bahasa Rencana
bersifat umum.
Tujuannya adalah untuk menyampaikan pelbagai ilmu dan idea tentang sesuatu isu.
Laras bahasa ini adalah untuk melaporkan sesuatu kepada pembaca.
Proton Satria GTi’ masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan
ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran
dalam dan luar negara.
Laras Bahasa PerniagaanDigunakan untuk
menyampaikan sesuatu maklumat dengan berkesan
tentang sesuatu produk.
Guru boleh menggunakan ayat ringkas dan pendek yang lebih
banyak menggunakan kata sifat.
Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan
setiap pembelian minyak Unicorn empat liter.
Gaya bahasa yang digunakan biasanya untuk memujuk pembeli
membeli barangan mereka.
Laras Bahasa Media
Menunjukkan peranan media untuk melapor atau menyampaikan berita. Tiada istilah khusus atau teknikal.
Bahasanya ringkas dan padat supaya berita yang padat dapat disampaikan kepada pembaca.
Contoh : Saranan Perdana Menteri supaya projek pembinaan sekolah tidak dilakukan secara mewah perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Projek pembinaan sekolah yang mewah seperti menggunakan hiasan seni bina yang mahal adalah membazir kerana pelajar tidak dapat memanfaatkannya.
Laras Bahasa Undang - Undang
Merupakan laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa melayu semenjak dahulu.
Bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.
Guru sangat kurang menggunakan laras bahasa ini.
Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.
Laras Bahasa Ekonomi
Laras bahasa ini lebih berbentuk ilmiah dan berkaitan isu ekonomi.
Terdapat penggunaan istilah teknikalyang berkaitan ekonomi.
Penutur tidak mengutamakan stuktur ayat, gaya bahasa formal, maklumat jelas dan eksplisit dan fakta adalah berdasarkan bukti data serta statistik.
Guru boleh menggunakan laras bahasa ini ketika mengajar ekonomi.Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.
Kesimpulan
Oleh itu, jenis komunikasi yang digunakan haruslah sesuai dengan tahap kognitif murid.
Guru juga haruslah memberikan pertimbangan kepada faktor persekitaran dan latar belakang murid.
Penggunaan laras bahasa di kelas tidak seharusnya dicemari dengan bahasa pasar atau dialek daerah.
Perbendaharaan Kata
Kronologi = susunan peristiwa (kejadian), menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.
Diksi = pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan utk mengunhkapkan idea secara bertulis atau lisan
KESANTUNAN
Kesantunan guru bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.
Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial.
Oleh yang demikian, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru itu terlebih dahulu.
Berdasarkan pengertian di atas, kesantunan guru dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan dan perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan pihak pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat.
Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesional keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:
i. Kesantunan berpakaian ii. Kesantunan tingkah laku iii. Kesantunan berbahasa
Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara berkomunikasi sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa.
Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.
Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat.
Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.
Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.
Cara berbahasa amat penting dikuasai oleh guru untuk kelancaran berkomunikasi.
Dengan mengetahui cara berbahasa seseorang guru akan dapat menyampaikan mesej dengan jelas dalam komunikasi tersebut khususnya ketika melaksanakan pengajaran.
Cara berbahasa seseorang guru dipengaruhi oleh norma-norma budaya atau kelompok masyarakat tertentu.
Contohnya orang Kelantan berbeza dengan cara berbahasa orang Pulau Pinang meskipun mereka sama-sama berbahasa Melayu.
Hal ini menunjukkan kebudayaan yang menjadi darah daging pada seseorang itu berpengaruh pada pola bahasanya.
Oleh itu seorang guru seharusnya mengetahui dan memahami norma-norma bahasa sebelum menggunakannya ketika berhadapan dengan murid-murid.
Perkara ini amat penting kerana cara berbahasa mengikut norma-norma budaya akan menghasilkan kesantunan berbahasa.
Selain itu kesantunan tutur kata, senyuman manis dan tulus serta sapaan berbentuk pujian merupakan aspek kesantunan yang diberi perhatian oleh seseorang yang berilmu dan terpuji akhlaknya.
Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah.
Guru juga menjadi teladan bagi murid dengan menera[pkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.
Kesantuan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid. Ciri-ciri kesantunan termasuklah
i. Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berjuang. ii. Bersyukur dan berterima kasih. iii. Berani, tegas dan mengelakkan perkara keji daripada berlaku . iv. Menghargai dan menghormati pihak lain. v. Menggunakan kata-kata yang baik. vi. Peramah, pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri .
Kesimpulannya kesantunan bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi merupakan nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru sebagai model kepada murid. Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007)
TERIMA KASIH