thn5 rph

Upload: ajeerah-nur

Post on 14-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INSTRUMEN PENILAIAN BAHASA MELAYU

5.0 Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran: Bahasa MelayuTarikh : 19 April 2011Minggu : Ketiga Masa : 10.30 pagi 11.30 pagi (60 minit)Tahun : 5 BegoniaTema : PertanianTajuk : Buah Seribu KegunaanBilangan Murid : 28 orang

Fokus Utama ::8.2: Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.Aras 1(i) : Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Fokus Sampingan :5.1 : Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.Aras 2(ii) : Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.2.2 : Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.Aras 1(i) : Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.

Pengetahuan sedia ada: i) Murid pernah melihat dan mengenali pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan persekitaran mereka.ii) Murid sudah dapat menguasai asas kemahiran menulis.

Objektif Eksplisit : Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:i. Membina ayat sekurang-kurangnya tiga daripada ayat majmuk berdasarkan tajuk di lembaran kerja dengan betul dan tepat.ii. Membaca lancar dua daripada lima perenggan daripada petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang di baca.iii. Membentangkan sekurang-kurangnya lima data hasil daripada perbincangan murid tentang tajuk yang diberi.

Sistem Bahasa : Tatabahasa : Kata HubungSebutan dan intonasi : Menyebut dengan intonasi yang betulKosa Kata : envo diesel, bahan kimia, asid lemak, karbohidrat, sosio ekonomi.

Pengisian Kurikulum :i) Ilmu : Sains, Pendidikan Moralii) Nilai Murni : Hormat-menghormati, kerajinan, Berdikari

Kemahiran Bernilai Tambah :i) Kajian Masa Depan :ii) Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, iii) Kecerdasan Pelbagai : verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal, dlliv) Belajar Cara Belajar : Bacaan mentalis, bacaan mekanis

Bahan Sumber Mengajar : i) Petikanii) Kad gambariii) Slaidiv) Kamusv) Kad perkataanvi) Lembaran Kerjavii)Speaker

Langkah/ MasaIsi PelajaranAktiviti P & P Catatan

Set induksi( 5 minit )Klip video proses penghasilan santan dan minyak daripada buah kelapa.

Soalan:1. Apakah yang dapat dihasilkan daripada pokok kelapa? -Guru menayangkan klip video

-Guru bersoal jawab dengan murid mengenai paparan klip video

-Guru mengaitkan klip dengan tajuk pelajaran hari iniBSM :-klip video-Speaker-Laptop-LCD-Lirik lagu

TKP:-Interpersonal,-Intrapersonal-Verbal Linguistik, -muzik

Kemahiran Berfikir :-Menghubungkait

Ilmu :Sains

Penilaian HPFS : 2.2 Aras 1

Langkah 1 ( 15minit )-Petikan teks Kegunaan Pokok Kelapa

(Rujuk Lampiran 1)

-Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan

-Guru mengedarkan petikan teks.-Murid membaca mentalis secara individu.

-Murid kemudiannya berbincang dan menulis isi-isi utama sahaja di atas kertas majong.

- Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.

BSM :-Petikan teks- Kertas Majong-Kamus

TKP : Verbal linguistik, kinestik, interpersonal

Kaedah & Teknik:i) sumbangsaran

Penilaian HPFU : 8.2 Aras 1FS : 2.2 Aras 1FU : 5.1 Aras 2(ii)

Langkah 2( 10 minit )Petikan Teks Kegunaan Pokok Kelapa Sawit

(Rujuk Lampiran 2)

- Guru mengedarkan petikan teks dan meminta murid membaca mekanis secara individu.

- Murid mencari makna yang diwarnakan di dalam petikan menggunakan kamus.

-Murid diminta membina ayat majmuk berdasarkan kosa kata yang diwarnakan dan ditulis di dalam buku latihan.

Strategi:-Berpusatkan murid

TKP :Verbal linguistik, kinestetik

Kaedah & Teknik:-Kaedah tatabahasa terjemahan

Nilai Murni :-Berdikari-Kejujuran

Penilaian HPFU : 8.2 Aras 1FS : 5.1 Aras 2(ii)

Langkah 3 (15 minit )Sistem BahasaKata Hubung :Contoh:1. Dan2. walaupun3. jikalau4. apabila5. Lagi

Kad Perkataan1. Tetapi2. Apabila3. Jikalau4. Sambil5. Meskipun

Kad Gambar

Teka Silang Kata

- Guru meminta bantuan murid mengedarkan soalan teka silang kata

-Murid juga diminta melekatkan kad perkataan di papan tulis

-Murid dikehendaki menjawab soalan tersebut

Kumpulan A & B-Membina ayat majmuk berdasarkan setiap kata hubung yang dilekatkan pada papan tulis

Kump C-Membina ayat majmuk 3 daripada 6 kad gambar yang dilekatkan di papan tulis

- Guru menerangkan konsep kata hubung.BSM :-Teka Silang Kata-Kad perkataan-Kad Gambar

Nilai Murni :-Tolong-menolong-Kerjasama-kesyukuran

Pendekatan :Induktif

KBT:-KB -TKP: Kinestetik

Penilaian HPFU : 8.2 Aras 1

Langkah 4( 10 minit )Pengayaan

Pemulihan

Lembaran Kerja(Rujuk Lampiran 4)

Kump A & BMembina sebuah karangan berdasarkan gambarajah yang telah diberikan.

Kump C-Murid dikehendaki mengisi borang pengurusan grafik yang telah diberikan.

BSM :-Lembaran Kerja

Kaedah&Teknik:-Pemudahcara-Perbincangan & Sumbangsaran

Nilai Murni :-kerajinan

Penilaian HP :FU 8.2 Aras 1

Penutup ( 5 minit )RumusanKata Hubung ialah perkataan yang berperanan menyambung dua klausa atau lebih supaya menjadi suatu ayat majmuk.

Penerapan Nilai Murni-Murid merumuskan isi pelajaran pada hari itu.

-Guru menerapkan nilai murni yang terdapat dalam sesi p&p.Kemahiran Berfikir :-Membuat Kesimpulan

Nilai Murni:-Kasih sayang

Strategi:Berpusatkan Murid

Ilmu:-P. Moral

Penilaian HPFS 2.2 Aras 1

Aktiviti Susulan : Murid diminta membina sebuah karangan mengenai kegunaan tumbuh-tumbuhan di persekitaran rumah mereka.

Instrumen Penilaian Aktiviti PenulisanNama pelajar : Rayyan DanishTahun : 5 BegoniaTarikh: 19 April 2011Masa: 10.30 pagi 11.30 pagi (60 minit)

BilAspek yang dinilaiSkala1 2 3 4 5

1Tulisan yang jelas dan kemas

2Menggunakan kata hubung yang betul

3Penggunaan tanda baca yang betul dan sesuai.

4Ejaan yang betul.

5Mampu membina ayat yang gramatis.

6Penggunaan kosa kata yang luas.

7Pemerengganan yang rapi.

8Menggunakan struktur ayat yang betul

SKALATAHUN 5INSTRUMEN PENILAIAN BAHASA MELAYU

Cemerlang - 5Baik - 4Memuaskan - 3Sederhana - 2Lemah - 1