institut pendidikan guru- muka depan (1) new 1111.docx

57
Penghargaan Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083 saya. Saya bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang boleh saya pelajari seperti peringkat perkembangan bagi seorang guru, cara pengurusan dalam organisasi sekolah dan peranan yang perlu dimainkan semasa bergelar seorang guru. Saya juga tahu bagaimana pihak pentadbiran menguruskan sesuatu tugasan untuk melicinkan pentadbiran sekolah tersebut. Saya ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah yang banyak membantu saya iaitu En Vello Ragavan. Beliau banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada suami saya yang banyak memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Beliau juga memberi beberapa maklumat tentang cabaran guru dan peranan , ciri- ciri seorang guru untuk memajukan murid di arena antarabangsa . Selain itu, saya juga ingin mngucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini . Mereka sentiasa memberikan maklumat semasa jika ada perubahan dalam soalan tugasan kerja kursus ini. Syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Upload: parames-mes

Post on 07-Sep-2015

278 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Penghargaan Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083 saya. Saya bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang boleh saya pelajari seperti peringkat perkembangan bagi seorang guru, cara pengurusan dalam organisasi sekolah dan peranan yang perlu dimainkan semasa bergelar seorang guru. Saya juga tahu bagaimana pihak pentadbiran menguruskan sesuatu tugasan untuk melicinkan pentadbiran sekolah tersebut.Saya ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah yang banyak membantu saya iaitu En Vello Ragavan. Beliau banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada suami saya yang banyak memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Beliau juga memberi beberapa maklumat tentang cabaran guru dan peranan , ciri-ciri seorang guru untuk memajukan murid di arena antarabangsa . Selain itu, saya juga ingin mngucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini . Mereka sentiasa memberikan maklumat semasa jika ada perubahan dalam soalan tugasan kerja kursus ini. Syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

PengenalanProfesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21 .Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum . Program program pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal soal yang berkaitan dengan pendidikan ( Lieberman 1956 ) .

Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas . Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid . Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .

Peranan yang dapat dimainkan oleh individu guru dalam menyediakan diri terhadap kelangsungan kerjaya yang berdaya tinggi bagi memproleh tempat dalam masyarakat dan dunia.

Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21 .Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .

Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu : pengetahuan (murid yang berpengetahuan). kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) . kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) . kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) . etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi) . identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya , terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk memastikan kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar .Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum .Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku guru adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar . Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif .Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah . Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan .Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid , guru hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah membaca . PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian kurang menggalakkan. Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat. Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat. PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan. Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas tindakan. Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh , permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P. Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini. PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut ? Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia. Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami perasaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru mestilah menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada memetik kata-kata David Ryans dalam bukunya Characteristics Of TeachersTheir Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting yang mesti ada pada setiap guru dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah ciri dan kualiti professional, pengajaran yang efektif, peningkatan profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab.

Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional

Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Mewujudkan Pengajaran yang Efektif

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)

Mempertingkatkan Profesionalisme

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICTPerkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak MuliaSelain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010)Bertanggungjawab

Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

Cara-cara untuk mencapai cita-cita untuk menjadi guru bestari.Cekap menggunakan pendekatan teknologi kepada murid-murid

Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidikMemahami perkembangan murid-murid dan menyayangi merekaMahir dan berktrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)

GURU BESTARI

PEMBAHAGIAN CIRI-CIRI PERANAN PENDIDIK

CARA-CARA YANG DAPAT DILAKUKAN UNTUK MENCAPAI IMPIAN STRATEGIK DALAM SISTEM PENDIDIKAN BAGI MEMBENTUK RAKYAT MALAYSIA YANG CEMERLANG DAN BERKUALITI

Perlaksanaan sekolah bestari MAHIR MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIAPENDIDIK HARUSLAH MEMENTINGKAN KEMAHIRAN ICT,KREATIF DAN INOVATIF DARI SEMASA KE SEMASA AGAR DAPAT MELAHIRKAN IDEA-IDEA YANG BARU PEMIMPIN YANG KONSTRUKTIVISTPENGGALAK PEMBELAJARAN YANG BERPUSATKAN PELAJAR DAN PENCETUS PEMIKIRAN PELAJAR

PENDIDIK YANG INOVATIF DAN KREATIFMAHIR MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN PELAJAR YANG BERBEZA DARI SEGI KEPENTINGAN GAYA PEMBELAJARAN

PERANAN PENDIDIK DALAM PEMBESTARIAN SEKOLAH

PEMUPUK NILAI YANG GIGIHHARUS MENERAPKAN NILAI YANG BOLEH MEMBAWA PERHUBUNGAN ILMU YANG DIAJAR DARI ASPEK NILAI MURNI.

PENGUASAAN ILMU YANG MANTAPMENGUASAI ILMU DALAM BIDANG YANG DIAJAR ADALAH PRASYARAT YANG PENTING UNTUK MENJADI GURU YANG BERKESAN DALAM SEKOLAH BESTARI

PENGGUNA KOMUNIKASI YANG CEKAPHARUSLAH MEMPUNYAI KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG BERKESAN AGAR SEGALA ILMU DAN MAKLUMAT DAPAT DISAMPAIKAN DENGAN JAYANYA

RumusanSecara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.Seseorang guru perlulah menjadi penjana transformasi pendidikan Negara. Hal ini bertepatan dengan pemilihan tema Hari Guru tahun 2011 iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Tanpa guru, sudah tentu tidak akan lahir ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini. Muhyiddin Yassin (2011) semasa menyampaikan ucapan sempena Sambuatn Hari Guru 2011 meletakkan harapan yang tinggi kepada guru untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya, guru perlu mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Guru juga perlu bijak menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang. Selain itu, peranan guru sebagai suri teladan kepada murid dan masyarakat perlulah dihidupkan. Setiap masa, masyarakat akan memandang kepada perwatakan seorang guru. Jadi, sekiranya seorang guru menunjukkan contoh teladan atau perangai yang tidak baik akan mengakibatkan masyarakat akan hilang rasa keyakinan dan kepercayaan kepada guru.

Guru sepatutnya sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik ke dalam diri murid-murid seperti nilai toleransi, kerjasama, bertolak ansur, perpaduan dan sebagainya. Sekiranya nilai-nilai ini telah tertanam dalam diri mereka, maka menjadi mudahlah proses menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara kita.

Rujukan bukuAwang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010. Asas Kepimpinan dan Profesionalisme Guru. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar.Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Rujukan InternetPeranan sekolah dalam merialisasikan pentadbiran. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari http://pelangipetang89.blogspot.com/2010/03/peranan-sekolah-dalam-merealisasikan.htmlBidang tugas unit peperiksaan. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari http://www.smktj.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:bidang-tugas-unit-peperiksaan&catid=8:kurikulum&Itemid=16Tanggungjawab guru penasihat sukan dan permainan. Diperoleh Ogos 20, 2013 dari http://skhijrah.wordpress.com/kokurikulum/tanggungjawab-guru-penasihat-sukan-permainan-dan-rumah-sukan/Bidang tugas guru perpustakaan. Diperoleh Ogos 21, 2013 dari http://pssmkcas.wordpress.com/2013/01/10/bidang-tugas-guru-perpustakaan-media/Peringkat perkembangan guru. (n.d.). Diperoleh Ogos 21, 2013 dari http://educatestory.blogspot.com/2012/10/peringkat-peringkat-perkembangan-guru.htmlTugasan 2Artikel 1 : Guru Sambung Belajar

ARKIB : 17/07/2013Guru bukan siswazah disaran sambung belajar

AdvertisementJame Alip (tengah) bermesra dengan pelajar dalam majlis sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Nabawan, Sabah, baru-baru ini.

NABAWAN 16 Julai - Semua guru berusia 50 tahun ke bawah di negeri ini yang masih belum memperoleh ijazah daripada mana-mana universiti atau institut pendidikan guru (IPG) diminta segera berbuat demikian kerana skim biasiswa kemudahan pensiswazahan akan dihentikan menjelang hujung tahun ini.Pengarah Pendidikan negeri, Jame Alip berkata, peluang terakhir itu perlu direbut kerana menjelang tahun 2020 kesemua guru termasuk di sekolah rendah diwajibkan memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.Menurutnya, pada masa ini pihak kementerian memberi kelonggaran kepada pemohon untuk memilih pusat pengajian termasuk IPG Keningau, Gaya dan Kent berbanding sebelum ini yang dikhususkan di Universiti Malaysia Sabah sahaja. "Kepada guru-guru yang belum menjadi siswazah, sila ambil peluang keemasan yang terakhir ini kerana jika tidak anda akan ketinggalan," katanya dalam ucapan semasa merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Nabawan di sini kelmarin.Dalam masa sama, Jame mengingatkan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) agar proaktif untuk mencari dan membantu para guru yang belum berijazah untuk segera berbuat demikian."Pendekatan kita sekarang adalah menjejak kasih guru-guru di pedalaman kerana mungkin terdapat dalam kalangan mereka yang kurang mengetahui tentang program pensiswazahan guru ini. Kalau ada guru-guru yang berminat, sila isi borang dan jumpa PPD untuk proses permohonan," katanya.Sementara itu, kepada guru-guru siswazah sedia ada pula, Jame mengingatkan mereka supaya jangan terlalu cepat berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh tetapi sebaliknya perlu berusaha untuk memajukan diri dengan menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi."Lipat gandakan usaha terutama bagi mereka yang masih berusia dalam lingkungan 40-an, saya secara peribadi akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana guru yang memilih untuk memaju dan memantapkan kualiti diri sendiri," katanya.Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130717/wb_03/Guru-bukan-siswazah-disaran-sambung-belajar#ixzz3SBRwm6et Utusan Melayu (M) Bhd

1.0 PengenalanPendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup, bermula sebelum orang itu menceburi profesion perguruan pra perkhidmatan atau masa percubaan dan terus bersambung sepanjang kerjayanya. Kedua perkembangan guru dan sekolah hendahlah seiringan. Kedua dua ini tidak dapat dipisahkan (Micheal G Fullen. Fullen, Successful School Improvement). Pada tarikh 16 Julai 2007, akhbar Berita Harian terh mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik. Rumusan dari artikel berkenan menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi menyahut seruan kementerian yang berhasrat mencapai sasaran semua guru siswazah di sekolah menengah dan sekurang kurangnya 50% guru bersiswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Datuk Alimuddin Mohd Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan bahawa pihak kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan guru menyambung pelajaran seperti biasiswa dan cuti separuh gaji kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan kualiti akademiknya.Kepentingan mencari ilmu turut digariskan dalam agama. Bagi agama Islam, hal tersebut begitu jelas melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhnya untuk menuju ke syurga.Sabda Rasullullah SAW itu menggambarkan bahawa betapa Islam memberikan ganjaran syurga kepada golongan yang mahu menuntut ilmu, memandangkan ilmu itu sangat penting dalm membina kesejagatan manusia, mendekatkan manusia dengan perkara perkara yang baik. Kualiti dibawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan ciri ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat. Guru adalah pendidik yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan datang. Peranan guru dalam bidang pendidikan tidak dapat dinafikan kepentingannya. Oleh yang demikian guru harus mempunyai kualiti diri yang baik. Kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah. Seorang guru yang memperolehipengetahuan dalam bidang pendidikan adalah guru yang bertauliah. Guru ini akan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu mengenai kurikulum dan sebagainya. Guru yang melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperolehi kualiti profesional dan konteks pendidikan.

2.0 Perkembangan hujah hujahPerubahan dan perkembangan dunia hari ini dalam pelbagai disiplin menuntut setiap individu sentiasa memandang jauh ke hadapan. Sektor pendidikan di negara kita sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke 21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (centre for academic excellence) di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status World Class Education. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima diperingkat antarabangsa. Perubahan yang pantas memerlukan individu yang sentiasa belajar bagi meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap. Disebabkan kemahiran memerlukanpengetahuan, maka pembelajaran berterusan adalah penting untuk seseorang itu mejadi lebih profesional dan sentiasa releven mengikut perubahan semasa. Konsep pembelajaran sepanjang hayat juga dibicangkan oleh Basil Yeaxlee dan Edward Lindman (1926) yang menegaskan bahawa pendidikan merupakan aspek yang berterusan dalam kehidupan manusia. Pembelajaran sepenjang hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional. Setiap guru perlu mempunyai semangat dan cita cita yang kuat untuk meneruskan kehidupan dengan menambahkan ilmu pengetahuan. Setiap guru perlu mengemaskini ilmu dan kemahiran dalam memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar dengan perubahan cabaran yang dihadapi dari masa ke masa. Memetik kata kata Pat Basset, Presiden National Assosiation of Independent School (2009) bahawa terdapat satu korelasi yang kuat secara langsung antara perkembangan profesional guru terhadap pencapaian murid. Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi kini menuntut setiap guru untuk menguasai ilmu. Pengetahuan dalam kalangan individu merupakan kunci kejayaan dalam sesebuah organisasi. Jesteru, organisasi di mana anggotanya sentiasa mencari ilmu akan berusaha mencapai matlamat yang dikehendaki. Ilmu pengetahuan bagi setiap individu akan meningkatkan lagi kompentensi dalam melaksanakan tugas. Pengetahuan yang diperoleh oleh setiap individu dalam sesebuah organisasi dapat memperkuatkan lagi kemahiran bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang serta mewujudkan peluang baharu dimasa hadapan. Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu yang berkaitan, khususnya bagi subjek yang diajar. Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda kearah daya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial mahukan ahlinya menguasai ilmu. Tambahan pula guru merupakan orang yang akan menyebarkan ilmu. Oleh itu, ilmu guru haruslah lengkap bagi memastikan penyebaran ilmu yang dilakukan adalah tepat. Dr Wan Mohd. Nor Wan Daud menjelaskan bahawa Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsang atau tdak langsung dengan kegiatan ke ilmuan si setiap kesempatan dan keadaan dimana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi diperingkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Menurut beliau lagi, budaya ilmu adalah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Oleh yang demikian, memang sangat wajar bagi guru untuk merangka pelan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi supaya mereka sentiasa mempunyai pengetahuan terkini untuk di kongsi bersama dengan murid. Guru dalam bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu responsif kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Tanpa kesediaan mereka usaha reformasi pendidikan akan mengahadapi kegagalan (Fullan, 1991; Sarason, 1982). Antara syarat utama bagi membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima perubahan ialah melalui pembelajaran yang berterusan. Oleh itu, setiap guru harus bersedia dari segi mental, emosi serta fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan dengan melakukan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Penghayatan konsep pendidikan tentang pentingkan mendalami ilmu dengan lebih meluas lagi bagi semua profesion terutamnya profesion keguruan bagi membolehkan ahli profesion itu memberi sumbangan yang cemerlang terhadap profesionnya secara khusus dan kepada negara secara amnya. Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah satu amalan yang amat tepat. Memandang guru adalah contoh atau role model yang paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar (learn how to learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri. Setiap guru harus merangka pelan pembelajaran peribadi mereka. Antara yang terbaik dapat dilakukan oleh guru untuk mencapai pembelajaran peribadi mereka adalah dengan berusaha untuk meningkatkan kuaiti akademik dan sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti pembelajaran atas rasa keperluan dan mencapai kepuasan peribadi. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama. Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme antaranya adalah seperti berikut :

i. Program Diploma Perguruan KhasMula diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah bagi semua sekolah menengah menjelang tahun 2005.

ii. Program Diploma Perguruan MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini. iii. Program Pensiswazahan GuruKursus kursus seperti Program Khas Pensiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus kursus yang diadakan dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk guru guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk Guru Besar. iv. Program Pensiswazahan Guru Sekolah RendahProgram ini memberikan peluang kepada semua guru di sekolah rendah untuk mendapat ijazah dengan mengkuti kursus di Institut Pendidikan Guru. Tempoh pengajian adalah selama empat tahun. Guru yang mengikuti program ini akan mengikuti kursus yang sama seperti mana pelajar sepenuh masa di IPG dengan kurikulum yang sama. v. Program Berkembar IAB dengan pihak UniversitiBidang pendidikan kini sentiasa bekembang mengikut peredaran zaman. Banyak dasar yang dibuat dahulu yang tidak lagi sesuai dengan alaf ini. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan mutu pendidikan terus dikawal dan sentiasa berda di paras yang maksimum telah menjalankan bebrapa program khas bagi memastikan terus berkembang.Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin Baki dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan program yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan universiti universiti di Britain, Amerika Syarikat dan Australia.Guru sebagai barisan hadapan pelaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem pendidikan negara, Guru mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah pembelajarn dan pengajaran (P&P) akan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini amatlah penting agar pengajaran guru tidak nampak ketinggalan oleh muridnya.3.0 Implikasi dan kesanTokoh tokoh dalam bidang pendidikan seperti Zaba, Profesor Tan Sri Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Wan Zahid dan ramai lagi menjadi tokoh dalam bidang pendidikan kerana mereka mampu memainkan peranan sebagai insan yang mampu menjentik dan menyuntik kesedaran kepada masyarakat. Melalui ilmu yang dimiliki oleh mereka tokoh tokoh ini memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Mereka merupakan insan yang tidak jemu jemu meneroka ilmu walaupun telah mempunyai ijazah dan kehidupan yang selesa. Perkembangan dalam dunia pendidikan menuntut setiap guru meningkatkan kemahiran mereka sejajar dengan keperluan semasa.Kesan positif apabila guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ialah dapat menigkatkan kualiti profesioanal dalam diri seorang guru. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah. Seorang guru yang mempunyai daya usaha untuk meningkatkan tahap pencapaian diri tidak akan terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai daya usaha untuk menigkatkan diri akan berusaha mencari dan sentiasa memikirkan kaedah pengajaran yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan.Sebagai seorang profesional, guru mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion perguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap. Dengan cara melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi ini akan membantu guru supaya dapat menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna kerana kemahiran yang dimiliki semakin bertambah. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan. Perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini bukan sahaja pesat tetapi juga telah sampai ke peringkat meledak. Jesteru itu, sekiranya seseorang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, lambat laun akan ketinggalan zaman. Sebagai contoh, kemahiran mengajar yang diperolehi oleh seseorang guru terlatih di maktab perguruan sepuluh tahun dahulu, telah tidak berguna lagi dalam perkembangan pendidikan hari ini. Ini bermakna, untuk menyesuaikan diri dalam bidang kerja yang semakin kompleks dan canggih, guru perlu mengejar ilmu pengetahuan. Kita mungkin tidak mahu bidang pendidikan dipandang rendah. Oleh itu, kejayaan guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan membuka mata masyarakat tentang kerjaya seorang guru bukan mudah dan sama tarafnya dengan kerjaya profesional lain seperti juruterbang. Kesan positif lain yang dapat disenaraikan di sini ialah guru dapat menghadapi cabaran dan tuntutan daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya lebih berkesan. Perubahan peranan guru hari ini menuntut guru supaya melengkapkan diri dengan ilmu ilmu baru agar seiring dengan ledakan dunia pendidikan. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu dianggap kurang sesuai dan tidak releven untuk digunakan lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Guru pada hari ini hendaklah sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Kesan negatif sekiranya guru sambung belajar juga tetap wujud, Contohnya ialah akan wujud masalah pengurusan masa sekiranya guru tersebut tidak dapat membahagikan masa dengan baik. Pengurusan masa merupakan aspek penting di dalam gaya hidup yang sihat. Kebanyakkan guru yang menyambung pelajaran megalami masalah untuk membahagikan masa dengan kerjaya, pelajaran serta keluarga. Komitmen mereka terhadap tiga aspek yang besar ini akan menyebabkan kualiti diri mereka terjejas. Disini, kemahiran dalam pengurusan masa amat penting kerana tanpanya guru tersebut mungkin gagal mencapai matlamat yang dikejarnya. Tanpa kemahiran pengurusan masa memungkinkan guru tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik. Kesan kedua ialah wujudnya kerjaya sambilan seperti berniaga kerana tekanan kehidupan. Sambung belajar memerlukan kos yang tinggi Jadi dengan keadaan taraf hidup yang tinggi sekarang dan komitmen kepada keluarga serta yuran pengajian ini akan memaksa guru bertindak untuk mencari kerja sampingan yang lain, Setelah penat bekerja di sekolah sepanjang hari, guru menyambung kerja mereka dengan melakukan kerja sampingan tersebut. Keadaan in sudah pasti memerlukantenaga kerja yang maksimum dan akhirnya guru berkenaan menerima padahnya. Mereka pasti keletihan dan pergi ke sekolah pada keesokan harinya dengan keadaan yang lesu. Akhirnya pengajaran terjejas dan di buat ala kadar sahaja.4.0 CadanganSaya mencadangkan bahawa bagi mengatasi masalah kekangan ketika guru sambung belajar ini ialah kerana mengenakan yuran percuma kepada guru yang ingin melanjutkan pelajaran. Ini merupakan sebahagian daripada galakan kerajaan untuk menggalakkan guru guru untuk meningkatkan kualiti diri mereka agar seiring dengan perkembangan dunia pendidikan hari ini. Sememangnya ada biasiswa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan namun jumlahnya adalah terhad. Jadi, ini menutup peluang guru guru yang berminat untuk menyambung pelajaran. Dengan adanya yuran pengajian yang percuma, maka semoga ia menjadi suntikan semangat untuk guru guru untuk memajukan diri. Cadangan saya yang kedua ialah pembelajaran secara maya digunakan bagi guru yang sedang belajar. Mereka tidak perlu menghadiri kelas seperti pelajar sepenuh masa dan hanya perlu melihat webcam dan pensyarah mengajar secara maya. Urusan seperti tugasan juga dibuat secara maya. Sekiranya perlu, guru ini boleh berjumpa dengan pensyarah sewaktu cuti sekolah. Pembelajaran secara maya juga dapat menjimatkan kos perjalanan dan juga menjimatkan masa untuk pergi ke kelas. Pembelajaran seperti ini lebih mudah bagi individu yang mempunyai banyak komitmen lain.

5.0 RumusanSaya bersetuju sekiranya kerajaan menggalakkan semua guru melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi masa depan dunia pendidikan yang lebih berkualiti. Perkembangan kualiti diri pada guru adalah penting. Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja sahaja tamat latihan perguruan. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri. Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akan memberi nafas baru kepada dunia pendidikan. Perubahan dunia pendidikan memerlukan guru harus sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pegetahuan.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR: PARAMESWARI SUBRAMANIAMKUMPULAN : F / PPG AMBILAN JAN 2012 SEMESTER : BTM 7F / 2015MATAPELAJARN : EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK: VELLO RAGAVANTARIKHPERKARAKOMENTANDATANGAN

24 JAN 2015Berbincang kertas kerja kursus pendek ddengan pensyarahSangat jelas

26 JAN 2015 Mengadakan berbincangan bersama guru di sekolah tentang soalan.

Baik

27 JAN 2015Mencari bahan bahan yang berkaitan di perpustakaan awam berdekatan.

Baik

29 JAN 2015Menggunakan internet untuk mencari maklumat.

Baik

30 JAN 2015Membaca bahan bahan yang dapat dan mengumpulkan maklumat- maklumat yang dikehendaki untuk tugasan.

Sempurna

01 FEB 2015Mengadakan sesi perbinacangan bersama kawan melalui internet untuk mengenalpasti maklumat yang dicari adalah berkaitan dengan tugasan.

Jelas Baik

05 FEB 2015Mengagihkan maklumat maklumat yang dapat mengikut tajuk tugasan dengan bantuan guru penolong kanan di sekolah.

Membahagian jelas

07 FEB 2015Mencari maklumat dan artikel tentang guru dalam talian internet.

Baik

10 FEB 2015menganalis artikel yang didapat dan mencari maklumat yang disenarai dalam artikel.

Membaikian esei

12 FEB 2015Membuat ulasan berdasarkan artikel yang dicari.Menulis ulasan dengan lengkap.

Baik

14 Feb 2015 Merangka karangan berdasarkan peranan dan tanggungjawab seseorang guru.

Perlu dibaiki

20 FEB 2015Membaiki kesalahan kesalahan yang ada pada esei dengan bantuan guru bahasa.

baik

22 FEB 2015Menulis semula jawapan soalan dengan betul.

sempurna

Bil PerkaraMuka Surat

1Kertas soalan

2Borang kolaborasi

3Surat akuan kerja kursus

5Tugasan 1 : Penghargaan 1

6Pengenalan 2-3

7Peranan yang dapat dimainkan oleh individu guru dalam menyediakan diri terhadap kelangsungan kerjaya yang berdaya tinggi bagi memproleh tempat dalam masyarakat dan dunia4-20

8Rumusan 21-22

9Bibiliografi / Rujukan 23

10Tugasan 2 : ARTIKEL Guru sambung belajar24-25

11Pengenalan 26-27

12Perkembangan hujah hujah28-35