kajian semula ketepatan arah kiblat di surau (new).docx

22
KESAN BENCANA ALAM TERHADAP PESONGAN ARAH KIBLAT :KAJIAN KESAN GEMPA BUMI TERHADAP PESONGAN ARAH KIBLAT DI KUALA MUDA DAN ACHEH. PENDAHULUAN Menurut syarak menghadap kearah Kiblat diertikan tubuh badan seseorang menghadap kearah Kaabah yang terletak di Makkatul Mukarramah. Arah Kiblat merupakan arah hadap umat islam bagi menyempurnakan ibadat tertentu seperti solat dan lain-lain ibadat. Menghadap kearah kiblat adalah menjadi syarat sah solat lima waktu sehari semalam dan solat sunat yang lain. Dalil-dalil syarak berhubung dengan arah kiblat adalah seperti berikut: a. Dalil-dalil Dari Al-Quran I. Surah al-Baqarah ayat 149: Maksudnya: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) hadapkanlah mukamu kearah Masjidil Haram (Kaabah). Sesungguhnya perintah berqiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Allah (Tuhanmu). Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

Upload: suzie-din

Post on 29-Nov-2015

157 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

astronomi islam

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

KESAN BENCANA ALAM TERHADAP PESONGAN ARAH KIBLAT :KAJIAN KESAN GEMPA BUMI TERHADAP PESONGAN ARAH KIBLAT DI KUALA MUDA

DAN ACHEH.

PENDAHULUAN

Menurut syarak menghadap kearah Kiblat diertikan tubuh badan seseorang menghadap

kearah Kaabah yang terletak di Makkatul Mukarramah. Arah Kiblat merupakan arah hadap umat

islam bagi menyempurnakan ibadat tertentu seperti solat dan lain-lain ibadat.

Menghadap kearah kiblat adalah menjadi syarat sah solat lima waktu sehari semalam dan solat

sunat yang lain.

Dalil-dalil syarak berhubung dengan arah kiblat adalah seperti berikut:

a. Dalil-dalil Dari Al-Quran

I. Surah al-Baqarah ayat 149:

Maksudnya:

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) hadapkanlah mukamu

kearah Masjidil Haram (Kaabah). Sesungguhnya perintah berqiblat ke Kaabah itu

adalah benar dari Allah (Tuhanmu). Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan

segala apa yang kamu lakukan.

Page 2: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

Ternyata daripada maksud maksud ayat di atas umat islam di seluruh dunia yang

ingin menunaikan ibadat solat sama ada fardu atau sunat hendaklah memastikan

dirinya menghadap kiblat.

b. Dalil-dalil Dari Hadith Rasulullah s.a.w.

I. Dari Abu Hurairah r.a.

Maksudnya :

Dari Abu Hurairah r.a. berkata sabda Rasulullah s.a.w. “Di antara Masyrik dan

Maqhrib terletak Qiblat”

(Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibni Majah)

Berhubung dengan maksud hadith di atas, Rasulullah s.a.w. telah memberi

pendekatan dan penekanan arah letaknya Qiblat itu di antara Masyrik (matahari terbit)

dan Maqhrib (matahari terbenam). Bagi mereka yang berada di Masyrik atau di Maqhrib,

Qiblatnya tidak ke arah Utara atau ke Selatan. Sekurang-kurangnya mereka dari Masyrik

(Timur), Qiblat mereka adalah ke arah Barat dan mereka dari Maqhrib (Barat),

Qiblat ,ereka adalah ke arah timur. Kaedah yang telah ditetapkan oleh hadith di atas,

adalah merupakan garis panduan umum. Namun demikian penentuan dengan lebih tepat

boleh dilaksanakan melalui ilmu falak atau astronomi.

Dari Anas b. Malik r.a.

Page 3: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

“Bahawasanya Rasulullah s.a.w. (pada suatu hari) sedang mendirikan solat dengan

menghadap ke Baitulmaqdis. Kemudian turunlah ayat Al Quran: “Sesungguhnya kami

selalu melihat mukamu menengadah ke langit (selalu melihat ke langit berdoa)”. Maka

turun wahyu memerintahkan baginda menghadap ke Baitullah (Kaabah). “Sesungguh

kamu palingkan mukamu ke qiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah

Masjidil Haram”. Kemudian ada orang dari Bani Salamah sedang mereka melakukan

ruku' pada rakaat yang kedua solat fajar. Sesungguhnya mereka telah solat satu rakaat.

Lalu diserukan. “Sesungguhnya qiblat telah berubah. Lalu mereka berpaling ke arah

qiblat”.

(Diriwayatkan oleh Muslim)

Mengikut cerita Yahya b. Al-Akhnas peristiwa di atas berlaku ketika Rasulullah

s.a.w. menziarahi Ummu Basyir dari Qabilah Bani Salamah. Baginda dihidangkan makanan,

kemudian masuk waktu Zohor, Rasulullah ke masjid untuk menunaikan solat Zohor berjemaah.

Setelah selesai rakaat kedua baginda diperintahkan menghadap ke Kaabah, maka

Rasulullah memalingkan dirinya dari qiblat Baitulmaqdis ke arah Kaabah dan menghadap

bahagian al-Mizab (dinding Kaabah yang setentang dengan Baitulmaqdis). Ekoran daripada itu

masjid tersebut dinamakan Masjid Qiblatain (Masjid Dua Qiblat) kerana Rasulullah s.a.w.

mendirikan solat dua rakaat menghadap Baitul Maqdis dan dua rakaat lagi menghadap Baitullah

(Kaabah). Masjid Qiblatain ini terletak di Madinatul Munawwarah.Oleh itu,kajian terhadap

ketepatan arah kiblat haruslah dilakukan dari semasa ke semasa dalam memastikan

kesempurnaan dalam beribadah.

LATAR BELAKANG MASALAH

Page 4: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

Masalah berhubung ketepatan arah kiblat yang tidak tepat menghadap kearah kiblat yang

sebenar,dan ianya terpesong beberapa darjah samada kearah Utara mahupun kearah

Selatan.

Bencana Alam yang sering berlaku di indonesia seperti gempa bumi dan tsunami telah

menyebabkan berlaku perubahan pada lapisan permukaan bumi paling atas.Hal ini

mungkin telah menyebabkan berlaku perubahan arah kiblat selepas berlakunya bencana

alam tersebut.

kajian semakan arah kiblat ini dilakukan untuk mengetahui samada bencana alam seperti

gempa bumi dan tsunami boleh memberi kesan kepada perubahan arah kiblat sehingga

beberapa darjah samada ke arah utara atau selatan.

MASALAH KAJIAN

Kedudukan indonesia di lingkaran api pasifik telah menyebabkan bencana alam sering terjadi di

negara ini dan di antara yang kerap terjadi adalah gempa bumi seterusnya mencetuskan

tsunami.sehubungan kejadian bencana alam yang sering terjadi di indonesia dikhuatiri telah

memberi kesan terhadap pesongan kiblat yang sedia ada.sehubungan itu kajian ini dijalankan

bagi mengetahui samaada bencana alam yang sering berlaku boleh memberi kesan terhadap

perubahan arah kiblat sedia ada.

HIPOTESIS

Page 5: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

Berdasarkan maklumat pembacaan dan hasil tinjauan awal penulis mengenai kajian ini

maka,penulis beranggapan bahawa bencana alam yang sering berlaku boleh memberi

kesan terhadap perubahan arah kiblat sehingga beberapa darjah ke utara mahupun ke arah

selatan.

OBJEKTIF

Kajian ini disasarkan untuk memenuhi beberapa objektif iaitu:

1. Menentukan data koordinat (latitud dan longitud) setiap masjid dan surau di kawasan

yang dikenalpasti sebagai kawasan yang sering berlaku bencana alam.

2. Membandingkan data koordinat kawasan bencana alam yang diambil selepas berlaku

bencana alam dengan data sebelum berlaku bencana alam .

3. Membangunkan sistem semakan arah qiblat yang berasaskan formula falak di mana arah

qiblat yang digunapakai setiap masjid dan surau boleh disemak menggunapakai bayang

matahari yang sepadan arah qiblat sebenar pada detik tertentu setiap hari mengikut

koordinat masing-masing.

SKOP KAJIAN

Page 6: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

Kajian ini berkisar penetuan arah kiblat di surau dan masjid yang terpesong dari arah kiblat yang

sepatutnya disebabkan berlaku bencana alam. Limitasi kajian ini adalah seperti berikut:

1. Menghuraikan pengertian arah kiblat berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan al-Hadis , dan

bagaimana bencana alam boleh mempengaruhi pesongan arah kiblat

2. Membandingkan arah kiblat sebelum berlaku Tsunami dengan arah kiblat selepas

kejadian tsunami di daerah Kuala Muda dan Acheh,Indonesia.

3. Penggunaan teodolit Gowin dan Data Matahari dari almanak untuk menyemak arah

kiblat berdasarkan kedudukan matahari dan arah bayang-bayang yang jatuh berserta

pengiraan.

4. Tempoh kajian adalah selama 8 bulan, bermula januari 2013

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan penulis penting bagi :

1- Menjelaskan pendifinisian arah kiblat menurut al-quran dan hadis

2- Mengenalpasti arah kiblat yang tepat dalam menunaikan ibadah.

3- Mengumpul data koordinat dan membuat semakan arah kiblat masjid di kawasan yang

sering berlaku bencana alam.

4- Membandingkan data arah kiblat yang diperolehi selepas berlaku bencana alam dengan

data sebelum berlaku bencana alam.

5- Mengetahui sejauhmana kesan bencana alam mempengaruhi kadar perubahan arah kiblat.

6- Membuat pembetulan arah qiblat sekiranya didapati arah yang sedia ada terpesong.

Page 7: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

METODOLOGI KAJIAN:

Dua metodologi utama digunakan iaitu :

a. Metod penyelidikan lapangan

i. Pengambilan Data Koordinat dan Arah Qiblat yang digunapakai di Masjid Kuala Muda dan

Acheh, Data-data yang diambil adalah nama masjid, koordinat, dan arah qiblat.

ii. Pengujudan Pengkalan Data

Kesemua data koordinat dan bearing arah qiblat yang digunapakai akan dimasukkan ke dalam

sebuah pangkalan data.

b. Metod Komparatif

i. Arah Qiblat sebenar masjid dan surau boleh ditentukan berasaskan formula falak

daripada koordinat-koordinat masing-masing yang telah diambil.

ii. Suatu sistem semakan arah qiblat yang menggunapakai bayang matahari akan

dibangunkan. Melalui system ini, detik tertentu bayang matahari pada setiap hari

yang menunjukkan kepada arah qiblat sebenar di koordinat masing-masing akan

disediakan dalam bentuk jadual. Semakan arah qiblat melalui penggunaan bayang

matahari lebih praktikal untuk bilangan masjid dan surau yang besar di samping

ketepatannya menyamai penggunaan teodolit.

Page 8: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

SOROTAN LITERATUR

Kajian semakan arah kiblat dikawasan yang sering berlaku bencana alam ini merupakan

kajian bagi memperbetulkan kembali arah kiblat yang sedia ada yang mungkin terpesong dari

arah kiblat yang sebenar setelah berlaku bencana dan di samping itu kajian ini juga bertujuan

mengemaskini serta merekod kembali data-data yang sedia ada untuk tujuan penyemakan arah

kiblat yang akan datang . Sebelum menjalankan kajian ini, penulis terlebih dahulu merujuk

kajian-kajian yang lepas agar penyelidikan yang dijalankan dapat mencari satu pendekatan yang

baru dalam memastikan arah kiblat yang dibuat tidak terpesong dan merupakan arah kiblat yang

paling tepat mengikut kehendak syarak.

Antara penulisan kajian-kajian lepas yang telah dikaji adalah seperti Buku “Ilmu Falak

Syar’I Arah Kiblat”1 oleh Haji Abdul Ghani (1996) kandungan buku tersebut merangkumi

penghisaban menentukan Arah Kiblat mengikut kedudukan latitude dan longitude,mengikut

koordinat geografi,mengikut kedudukan bintang-bintang yang tertentu di langit,mengikut arah

bayang matahari,mengikut kedudukan matahari di atas ka’bah(mekah),mengikut arah mata angin

Utara Benar dan Pengiraan jarak dari suatu tempat (Bandar) dengan sesuatu tempat yang lain

atau dengan Ka’abah di Mekah.Selain itu beliau juga menerangkan implikasi sekiranya terdapat

ralat walaupun hanya satu darjah terpesong dari arah kiblat yang sebenar dan beliau juga

menyertakan senarai arah kiblat kepada Bandar-bandar besar di seluruh dunia termasuklah

Negara-negara Asean.

Selain itu, menurut Baharuddin Zainal (2003), dalam penulisannya tentang Ilmu

Falak :Teori,Praktikal dan Hitungan2,beliau membincangkan mengenai penentuan arah kiblat

1 Abdul Ghani Salleh (1996),” Ilmu Falak Syar’I Arah Kiblat ”Kuala Terengganu.

2 Baharuddin Zainal (2003),” Ilmu Falak Teori ,Praktikal dan Hitungan “ Kuala Terengganu : UNISZA

Page 9: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

didalam bab yang keempat iaitu menurut beliau terdapat dua kaedah penentuan arah kiblat yang

boleh dilaksanakan iaitu melalui kaedah ijtihad menggunakan sumber-sumber tabie dan melalui

pengetahuan ahli falak. Selain itu beliau juga turut membincangkan kaedah –kaedah falak

tradisional yang digunakan dalam penentuan arah kiblat berdasarkan kemahiran semasa seperti

kaedah menggunakan buruj-buruj bintang dan matahari,fenomena istiwa utama matahari di

Kaabah,dan Kaedah lintasan matahari harian.Beliau juga turut memuatkan kaedah pengiraan

arah kiblat melalui hitungan azimuth

Berdasarkan penulisan Ilias M.Fernini( 2009), “Astronomy at the service of the Islamic

society”, yang membincangkan pengkajian dan perlatan canggih di dua buah balai cerap utama

iaitu Maragaha dan Samarqand yang menyumbang kepada penubuhan institut-institut pengajian

saintifik. Sebelum itu, beliau menyatakan bahawa kehidupan umat Islam mempunyai hubungan

yang kuat dengan astronomi. Di mana, permulaan setiap bulan hijri berdasarkan kenampakan

hilal, Mekah merupakan arah kiblat dan penentuan waktu solat yang lima itu adalah berkait

rapat dengan dua objek astronomi yang utama iaitu, Bulan dan Matahari. ketiga-tiga amalan ini

merupakan pendorong utama perkembangan ilmu astronomi di kalangan umat Islam . Di mana

semuanya mewujudkan pelbagai permasalahan serta perhitungan matematik astronomi. Jadi,

satu ruang pengawasan astronomi diperlukan bagi mengkaji lebih mendalam ketiga-tiga amalan

tersebut serta membantu memperkembangkannya. Inilah sebab utama balai cerap diwujudkan.

Selain itu di dalam buku beliau , Astronomi Islam Dan Perkembangan Sains(2003)

Juneta Zawawi, Norlida Jantan (terj.). Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. Beliau turut

menghuraikan perkembangan ilmu astronomi dalam dunia Islam, dimana astronomi dan Islam

Page 10: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

sangat rapat dan saling berkait rapat diantara satu sama lain. Banyak kaedah pengiraan arah

kiblat telah dihasilkan pada suatu masa dahulu. Semua hasil ini mempunyai kejituan hingga 1

minit lengkok berbanding hasil pengiraan moden.

Buku Ilmiah yang berjudul “Ilmu Falak ”3 (2004) oleh Baharuddin Zainal,didalam bab

yang keenam beliau membincangkan mengenai penentuan arah kiblat yang mana melibatkan

kaedah serta pengiraan yang digunakan dalam menentukan arah kiblat.

Selain itu, Mohamad Faizal(2011) dalam penulisannya yang bertajuk“Muzakirah Ilmu

Falak Fi Ithna Asyara Syahran ”4 telah membincangkan tentang Kiblat menurut perspektif syara’

dan falak. Seterusnya takrif dan ijtihad penetapan arah kiblat yang mana menurut empat mazhab

menghadap kiblat menjadi syarat sah solat.Beliau juga turut memuatkan perbincangan mengenai

penentuan arah kiblat dari angkasa,manakala dalam kuliah lima beliau membincangkan

mengenai hukum mempelajari ilmu menentukan arah kiblat menurut Syeikh Tahir Jalaluddin

didalam Natijatul Umur disamping itu beliau juga turut membincangkan mengenai penggunaan

alat bagi menentukan arah kiblat seperti kompas.

Manakala A.Awang Md.Isa,Z.Zakaria,F.Mohd.Johar dan A.F.Othman (2006) telah

membincangkan mengenai arah kiblat dalam kapal terbang dalam artikel yang bertajuk “in-

Fligth Times and Qiblat Direction”5 dan menunjukan konsepnya adalah sama iaitu merujuk

kepada arah hadap ke Ka’bah.Hasil yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan

menunjukkan arah kiblat di atas kapal terbang berubah 2 darjah setiap 5 minit perjalanan dari

Kuala Lumpur ke Jeddah dengan kelajuan yang konsisten iaitu 700km/jam.

3 Baharuddin Zainal (2004),”Ilmu Falak”Edisi kedua,Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur4 Mohamad Faizal bin Jani(2011), “Muzakirah Ilmu Falak Fi Ithna Asyara Syahran” Perak.5 A.Awang Md.Isa,Z.zakaria,F.Mohd.Johar dan A.F.Othman (2006),”In-Flight Prayer Times and Qiblat Direction”,Falculti of Electronic and Computer Engineering,Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia,Melaka.

Page 11: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

Buku “Ar-Risalah fi Ta’yin Al-Qiblah.” (2006) yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti

Negeri Pulau Pinang,Penulisnya terdiri daripada Prof.Madya Dr.Abdul Halim bin Abdul

Aziz,Dr.Baharrudin Zainal,Hamzah Jaafar,Ghazali Saad,Hardi Mohamad Sadali.menghuraikan

secara ringkas berkenaan hukum penetuan arah kiblat menurut pandangan mazhab dan ulamak

muktabar.

SISTEMATIKA PENULISAN

Penulis telah membahagikan kajian ini kepada dua bahagian iaitu bahagian permulaan

dan isi serta teks perbincangan. Bahagian permulaan, penulis telah meletakkan halaman isi

kandungan, dedikasi, penghargaan, abstrak dan transliterasi.

Seterusnya pada bahagian kedua pula, merupakan bahagian perbahasan dan perbincangan

mengenai permasalahan yang dikaji oleh penulis. Penulis telah membahagikan kajian ini kepada

lima bab utama. Berikut adalah skop perbincangan berdasarkan bab-bab utama yang telah

dibahagikan oleh penulis:

Bab 1 : Pengenalan

1.1. Pendahuluan

1.2. Masalah kajian

1.3. Persoalan kajian

1.4. Objektif kajian

1.5. Hipotesis

1.6. Skop Kajian

1.7. Kepentingan Kajian

1.8. Sorotan Literatur

Page 12: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

1.9. Metodologi Penyelidikan

1.10. Penutup

1.11. Sistematika Penulisan

1.12. Bibiliografi

Bab 2 : Pengenalan kepada Kiblat dan Dalil-dalil al-Quran,Al-Hadith,Pandangan

Ijtimak,serta Kiblat dari Perspektif Astronomi.

2.1 Pendahuluan

2.2 Kiblat

2.2.1 Takrif Kiblat

2.2.2 Sejarah Penentuan Kiblat

2.3 Sorotan Terhadap Al-Quran

2.4 Sorotan Terhadap Al-Hadith

2.5 Sorotan Terhadap Ijtimak

2.6 Kiblat Dari Perspektif Astronomi

Bab 3 : Instrumentasi dan Metod Kajian

3.1 Pendahuluan

3.2 Instrumentasi Kajian

3.2.1 Pengenalan Total Station TKS-202

Page 13: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

3.2.1.1 Komponen Total Station TKS-202 dan Fungsinya

3.3 Metod Kajian dalam Proses Mendapatkan Data

3.3.1 Langkah-langkah Persediaan sebelum Cerapan

3.3.2 Langkah-langkah Mendirisiap Total Station

3.3.2.1 Pelarasan Sementara

3.3.2.2 Pelarasan Tetap

3.3.3 Langkah-langkah Cerapan Bearing Rujukan

Bagi Satu Kedudukan Total Station

3.3.4 Langkah-langkah Semasa Mendapatkan Data

3.3.5 Langkah-langkah Memproses Data

Bab 4 :Perolehan data dan Analisis

4.1 Pendahuluan

4.2 Perolehan Data arah kiblat dan pengiraan

4.3 Pemplotan Data Melalui Graf

4.4 Keputusan Analisis

Bab 5 : Kesimpulan dan Saranan

5.1 Pendahuluan

Page 14: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

5.2 Kesimpulan

5.3 Saranan

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

PENUTUP

Arah kiblat merupakan satu tuntutan syarak dalam syarat sah solat.Maka dalam

menentukan arah kiblat,al-quran dan as-sunnah telah memberikan panduan dalam penetuan arah

kiblat,ia bergantung kepada kedudukan dan situasi kita yang merangkumi jarak dari

Mekah,Kemampuan untuk mengenalpasti atau menghadap arah Mekah dan kemahiran

penggunaan kaedah penentuan.

Kepelbagaian kaedah dan keluasan ketepatan arah memberikan satu kemudahan untuk

umat islam menunaikan solat sebagai matlamatnya.Jesteru arah kiblat merupakan antara syarat

bagi menjadikan solat itu sah.

Malahan penentuan arah kiblat ini juga telah menyumbangkan kepada kajian dalam

geografi,matematik dan astronomi oleh umat islam.Penetapan koordinat,pengiraan trigonometri

dan jadual buruj adalah sebahagian natijah dari pengsyariatan arah kiblat.

Kajian dalam kaedah penentuan arah kiblat terus dilakukan oleh para ahli falak hari

ini,walaupun mungkin ia tidak serancak seperti zaman kegemilangan islam dalu.Namun dengan

kecanggihan yang semakin tinggi dengan sains dan teknologi,penciptaan peralatan yang khusus

untuk digunakan bagi pengukuran arah kiblat boleh dihasilkan.Berbanding hari ini kebanyakkan

peralatan dimanipulasikan untuk pengukuran arah kiblat telah diciptakan.Oleh itu,seharusnya

kita dapat memperolehi arah kiblat yang lebih jitu dan tepat.

Page 15: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

BIBILIOGRAFI

1) Abdul Ghani Salleh (1999) ,”Ilmu Falak Syar’i Arah Kiblat” Kuala Terengganu.

2) Baharuddin Zainal (2004),”Ilmu Falak”(ed.2),Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur

3) Baharuddin Zainal (2003),” Ilmu Falak Teori ,Praktikal dan Hitungan “ Kuala

Terengganu : UNISZA

4) Mohamad Faizal bin Jani(2011), “Muzakirah Ilmu Falak Fi Ithna Asyara Syahran” Perak.

5) A.King David. (1993).Astronomy in the service of islam.Britain:VARIORUM

6) Abdul Halim Abdul Aziz ,Baharrudin Zainal,Hamzah Jaafar,Hardi (2010),”Ar-Risalah Fi

Ta’yin Al-Qiblah”,Pulau Pinang:JMNPP

7) A.Awang Md.Isa,Z.zakaria,F.Mohd.Johar dan A.F.Othman (2006),”In-Flight Prayer

Times and Qiblat Direction”,Falculti of Electronic and Computer Engineering,Kolej

Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia,Melaka.

8) A.King’s,The Earliest Islamic Mathematical Methods & tables For Finding The Direction

Of Mecca,Frankfurt,Germany,1987/88

9) Professor Madya Dr Zainol Abidin Abdul Rashid,Kaedah Penentuan Waktu Solat dan

Arah Qiblat di Angkasa.In Equatorial Hotel,Bang,Selangor,2006,pp 33-39.

10) JAKIM (2001).Kaedah Panduan Falak Syarie.Kuala Lumpur:JAKIM

11) Omar Musa,(1990).” Kajian Arah Kiblat Masjid Kampung Tualang,Manir,Kuala

Terengganu”.Laporan Program Sijil Falak Syarie 1990.KUSZA,Kuala Terengganu.

12) Muslim ibn al-Hajjaj,Sahih Muslim bersama syarahnya al-Nawawi ,jilid

4,Beirut:Maktabah al-Masriyah:t.t

Page 16: KAJIAN SEMULA  KETEPATAN ARAH KIBLAT DI SURAU (new).docx

13) Majdi bin Manshui bin Sayyid asy-syri (1995),”Tafsir Imam Asy-Syafi’i”,Dar al-Kutub Al

Ilmiyah,Beirut:Lebanon.

14) Karim D.Lrow,A.Kazemi Moussavi (2005).Facing One Qiblah.Pustaka Nasional PTE

LTP:Singapore

15) Encup Supriatma,M.Si (2007).Hisab Rukyah dan Aplikasinya.Bandung:ADITAMA

16) Ahmad Nizam(2007,Januari 07).Arah Kiblat. Diperolehi Dis 21,2011, dari

http://hikmatun.wordpress.com/2007/01/07/arah-kiblat/

17) T Djamaluddin, Profesor Riset Astronomi-Astrofisika LAPAN, Anggo (2010,Julai

16).Cara Mudah Menentukan Arah Kiblat Diperolehi Dis 22,2011,dari

http://www.republika.co.id/berita/ensiklopedia-islam/khazanah/10/07/16/125024-cara-

mudah-menentukan-arah-kiblat

18) Mohamad Saupi Che Awang,Abdullah Daud (1994).KeperluanPengeluaran Almanak

Falak Syarie Kebangsaan Diperolehi pada Dis 22,2011 dari

http://eprints.utm.my/4979/1/Keperluan.pdf

19) Dr. Azhari bin Mohamed(,2006). Perisian Interaktif Percuma untuk Menentukan Arah

Kiblat bagi Bandar Acheh Melalui Kaedah Lintasan Matahari. Prosiding Persidangan

Antarabangsa Pembangunan Aceh 26-27 Disember 2006, UKM Bangi :Selangor

20) Rukyatul Hilal Indonesia (2009,Mei 7 ).Menentukan Arah Kiblat.Diperolehi pada Dis

22,2011,dari http://rukyatulhilal.org/arah-kiblat/index.html