teori pengurusan 2

13
PENGENALAN Menurut laman website wikipedia, pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai mencapai matlamat. Ianya merangkumi beberapa penggunaan sumber sepertinya sumber manusia, kewangan, dan teknologi. Pengurusan juga berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh.

Upload: adulziq

Post on 12-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Teori

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI PENGURUSAN 2

PENGENALAN• Menurut laman website wikipedia, pengurusan terdiri

daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai mencapai matlamat.

• Ianya merangkumi beberapa penggunaan sumber sepertinya sumber manusia, kewangan, dan teknologi.

• Pengurusan juga berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh.

Page 2: TEORI PENGURUSAN 2

TEORI-TEORI PENGURUSAN:• Dalam pengurusan ada beberapa teori yang telah

dihasilkan oleh beberapa orang tokoh dalam bidang pengurusan.

• Sepertinya Teori Pengurusan Frederick Taylor, Teori Pengurusan Henry Fayol, Teori Pengurusan Gilbreth dan lain-lain lagi.

Page 3: TEORI PENGURUSAN 2

TEORI-TEORI PENGURUSAN:1) Teori Pengurusan Frederick Taylor:

oDalam teori Frederick Taylor, Beliau telah menerapkan beberapa prinsip yang masih digunakan pada abad ke-21 iaitu:

I. Penentuan pergerakan: Membina kaedah saintifik dengan menentukan pergerakan dan perjalanan kerja yang dijalankan supaya lebih efisien. Dengan penentuan ini, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan dengan peratusan atau kadar yang lebih tinggi.

II. Pengkhususan kerja: Frederick Taylor telah memikirkan tentang pentingnya seorang pakar di setiap bahagian. Misalnya, seorang mandur (sebagai ketua) dikehendaki bertanggungjawab di dalam bahagian pembaikan mesin, seorang di bahagian perjalanan mesin, seorang di bahagian pemeriksaan dan lain-lain. Dengan cara yang demikian, pekerja dapat memahirkan diri dalam bidang yang khusus.

Page 4: TEORI PENGURUSAN 2

TEORI-TEORI PENGURUSAN:III. Perancangan dan penjadualan yang rapi: Perancangan dan

penjadualan aktiviti organisasi perlu untuk memastikan penggunaan sumber manusia dan bahan pada tempat dan masa yang sesuai.

IV. Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi: Frederick Taylor percaya bahawa pemilihan dan pengambilan kakitangan perlu dibuat dengan teliti untuk menjamin kakitangan yang diambil itu dapat menjalankan tugas seperti yang dikehendaki. Di dalam proses pengambilan ini, ujian tertentu hendaklah diadakan untuk menguji kebolehan dan keupayaan seseorang itu. Proses pemilihan yang teliti beserta dengan program latihan tertentu dapat menjamin prestasi yang tinggi di dalam menjalankan tugas.

Page 5: TEORI PENGURUSAN 2

TEORI-TEORI PENGURUSAN:V. Insentif upah: Program upah yang diadakan

bertujuan membayar upah mengikut jenis kerja yang dibuat. Ini bermakna program upah itu menyediakan kadar upah mengikut jenis kerja. Bonus melalui skim perangsang juga diberikan kepada pekerja yang dapat menyiapkan kerja lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan.

Page 6: TEORI PENGURUSAN 2

TEORI-TEORI PENGURUSAN:

2) Teori Pengurusan Henry Fayol:oHenri Fayol (1841-1925) telah diberi gelaran "Bapa Pemikiran

Pengurusan".oPertama, Fayol telah membezakan antara kemahiran teknikal

dengan kemahiran pengurusan. Keduanya, beliau telah mengenal pasti fungsi-fungsi pengurusan yang khusus dan ketiganya, beliau telah mencadangkan empat belas prinsip pengurusan.

oAntara fungsi-fungsi pengurusan yang telah disenarai oleh Henry Fayol adalah seperti berikut:

I. Perancangan :

Perancangan meliputi aktiviti-aktiviti berhubung dengan ramalan tindakan yang akan diambil pada masa hadapan dan penentuan arah haluan organisasi agar ia dapat berkembang dan mencapai matlamat-matlamatnya.

Page 7: TEORI PENGURUSAN 2

TEORI-TEORI PENGURUSAN:II. . Penyusunan :

Fungsi ini berhubung dengan pembentukan struktur autoriti, tanggungjawab dan tugas-tugas.

III. Pengarahan :

Aktiviti ini berkaitan dengan pengarahan kakitangan bawahan, aspek-aspek komunikasi,perlakuanpengurusan, pemberian ganjaran dan penghukuman.

IV. Penyelarasan : Fungsi penyelarasan berkaitan dengan aktiviti mengabungkan bahagian-bahagian untuk mewujudkan kerjasama bagi mencapai matlamat organisasi.

V. 5. Pengawalan :

Pengawalan ke atas perjalanan aktiviti organisasi itu penting agar ia tidak terpesong atau lari daripada dasar dan perancangan organisasi. Fungsi pengawalan ini juga meliputi penilaian pencapaian bahagian- bahagian dan organisasi keseluruhannya.

Page 8: TEORI PENGURUSAN 2

TEORI-TEORI PENGURUSAN:o Henry Fayol juga telah menyenaraikan beberapa prinsip

belaiu dalam bidang pengurusan, seperti yang berikut:o1. Pembahagian kerja :

Pembahagian kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja menjalankan tugas yang khusus dan dengan demikian mengurangkan beban dan tanggungjawab pekerja.o2. Autoriti :

Fayol mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa untuk menarik seseorang supaya menurut arahan itu.

Page 9: TEORI PENGURUSAN 2

TEORI-TEORI PENGURUSAN:• 3. Disiplin : • Asas disiplin ialah menurut arahan dan prosedur serta

menghormati per-setujuan yang telah dibuat di antara organisasi dan kakitangannya.

• 4. Satu perintah : • Fayol percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahan-

arahan daripada seorang ketua sahaja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan konflik di dalam penerimaan dan pemberian arahan.

• 5. Satu arahan : • Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan

di dalam satu rancangan dan diurus oleh seorang ketua sahaja.

Page 10: TEORI PENGURUSAN 2

TEORI-TEORI PENGURUSAN:• 6. Mengutamakan kepentingan organisasi : • Kepentingan organisasi hendaklah diutamakan daripada

kepentingan peribadi atau individu. Objektif- objektif organisasi adalah paling penting daripada objektif individu.

• 7. Pembayaran upah : • Pekerja mestilah dibayar dengan bayaran yang sewajarnya. Kerja-

sama, sokongan dan ketaatan dapat diperolehi daripada pekerja yang diberi bayaran sewajar dengan perkhidmatan mereka.

• 8. Pemusatan : • Walaupun pengurus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas

organisasi, kakitangan bawahan hendaklah juga diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas dengan efektif.

Page 11: TEORI PENGURUSAN 2

TEORI-TEORI PENGURUSAN:• 9. Rantai pemerintahan : • Rantai pemerintahan ini menunjukkan hierarki autoriti bermula dari

peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan di dalam struktur organisasi. Rantai autoriti ini juga menunjukkan arah aliran

• komunikasi formal di dalam organisasi.• 10. Susunan : • Fayol menggunakan prinsip susunan material dan sumber

manusia yang mana material dan manusia itu hendaklah ditempatkan di tempat yang betul mengikut masa yang tepat.

• 11. Keseimbangan : • Pekerja hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang

untuk melahirkan ketaatan mereka kepada organisasi.

Page 12: TEORI PENGURUSAN 2

TEORI-TEORI PENGURUSAN:• 12. Kestabilan personel : • Firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil.

Pihak pengurusan atasan hendaklah mengimplementasikan amalan yang menggalakkan penglibatan kakitangan kepada organisasi.

• 13. Inisiatif : • Kakitangan hendaklah diberi kebebasan untuk memajukan dan

mengimplementasikan rancangan.• 14. Kekitaan : • Keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan

dan keteguhan organisasi.

Page 13: TEORI PENGURUSAN 2

RumusanTeori-teori yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh

terdahulu telah banyak memberi kesan positif kepada generasi abad ke-21 sekarang dalam bidang pengurusan sepertinya Penolong Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab dalam mengurus pengurusan di Klinik kesihatan kelak.

Sekian,Terima Kasih…..