2 teori hanyutan benua

15
HANYUTAN BENUA.

Upload: haralhaj

Post on 13-Jul-2015

334 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2 teori hanyutan benua

HANYUTAN BENUA.

Page 2: 2 teori hanyutan benua

KONSEP HANYUTAN BENUA

• Satu teori yang menerangkanbahawa bahagian-bahagian benua bolehbergerak di permukaan bumi disebabkanoleh kelemahan-kelemahan yang terdapatpada plat tektonik ( kerak bumi ).

Page 3: 2 teori hanyutan benua

TEORI –TEORI HANYUTAN BENUA

• ( i ) Teori awal• Salah seorang ahli sains terawal mengemukakan teori

hanyutan benua ialah Alfred Wegener pada tahun 1925• Kira- kira 200 juta tahun lampau terdapat hanya satu benua

di permukaan bumi dikenali sebagai Pangea.• Pangea dikelilingi oleh sebuah lautan purba yang dikenali

sebagai Panthalassa ( merupakan lautan pasifik hari ini )• Pangea dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Laurasia di

hemisfera utara dan Gondwanaland di hemisfera selatan.• Benua-benua ini kemudiannya berpecah dan bergerak

secara perlahan-lahan meninggalkan antara satu sama lain.

Page 4: 2 teori hanyutan benua

Alfred Waganer

Page 5: 2 teori hanyutan benua

• 225 juta tahun yang lalu ( zaman Karboniferus)

• Bumi mempunyai hanya sebuah benua yang besar yang dikenali sebagai Pangaea.

• Daratan atau tanah besar ini dikelilingi olehsebuah laut purba yang dikenali sebagaiPanthalassa ( merupakan dasar lautan Pasifikpada hari ini ).

• Pangaea ini boleh dibahagikan kepada duabahagian iaitu Laurasia di hemisfera utara danGondwana di hemisfera selatan.

Page 6: 2 teori hanyutan benua

• 200 juta tahun yang lalu ( zaman Triasik tengah )• Berlaku 2 hanyutan atau pergerakan benua.• Hanyutan pertama telah memisahkan Pangaea kepada 2 bahagian

yang utama iaitu Laurasia di sebelah utara yang mengandungibenua-benua Amerika Utara, Eropah dan Asia.Laurasia jugamengandungi lautan Atlantik Utara dan Lautan Artik.

• Manakala di sebelah selatan ialah Gondwana yang terdiri daripadabenua-benua Afrika, Amerika Selatan,Antartik,Australia dan benuakecil India. Bahagian ini juga mengandungi Lautan Atlantik Selatan, dan lautan Hindi.

• Lautan Pasifik terletak di sebelah timur dan terpisah daripadakedua-dua bahagian ini.

Page 7: 2 teori hanyutan benua

• 135 juta tahun yang lalu ( zaman JurasikAkhir)

• Proses hanyutan benua telah berlaku denganlebih giat.

• Pada masa ini, benua Amerika Selatan mulabergerak meninggalkan Afrika dan benua kecilIndia pula hanyut kearah utara menghampiribenua Asia. Benua Australia bergerak kearahtimur dan berpisah daripada Antartik.

Page 8: 2 teori hanyutan benua

• 65 juta tahun yang lalu ( zaman Kretasius Akhir)

• Proses hanyutan benua berlaku dengan lebih serius.

• Pada masa ini Amerika Selatan bergerak lebihjauh meninggalkan benua Afrika.

• Benua Afrika hanyut 10 darjah kearah timur danmenghampiri benua Asia.

• Benua kecil India terus hanyut kearah utaramenghampiri benua Asia. Benua Australia terusbergerak meninggalkan lautan Atlantik.

Page 9: 2 teori hanyutan benua

• 50 juta tahun yang lalu ( zaman Tertiari )

• Proses hanyutan benua terus berlaku.

• Pada masa ini benua Amerika Utara berpisah daripada benua Eropah. India telah bersambung dengan Asia, Amerika Utara dan Selatan bercantum semula.

• Saki baki tanah daratan yang hanyut tertinggal lalu membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau seperti Kepulauan Asia Tenggara,Madagascar, Hindia Barat dan Kepulauan Pasifik.

Page 11: 2 teori hanyutan benua

BUKTI-BUKTI KEJADIAN HANYUTAN BENUA

• Bukti keselanjaran benua• Wujudnya persamaan garis pantai antara pantai timur

Amerika Selatan dengan pantai Barat Afrika.• Kedua-dua benua ini sepadan dan boleh dicantumkan.• Bukti geologi• Persamaan ciri bijih besi yang dijumpai di Singhbum dan

Bastar , India dengan yang dilombong Yampi Sound, Australia.

• Emas yang dilombong di Kolar, India, sama usianya ( 2,400 juta tahun ) dengan emas yang terdapat di Kalgoorlie, Australia.

• Bukti-bukti tersebut menunjukkan kedua-dua benuatersebut pernah bercantum.

Page 12: 2 teori hanyutan benua

• Bukti iklim purba

• Proses glasier purba zaman Karboniferus membuktikanbahawa benua Afrika dan Amerika Selatan pernahbercantum. Contoh, terdapat persamaan kedudukanbatuan yang terdapat di Iapo, berdekatan Sao Paulo, Brazil dengan lapisan batuan yang terdapat di Cape Town , Afrika Selatan.

• Mendapan glasier Pra Kambrian yang terdapat di Katanga, Barat laut Afrika sama jenis denganmendapan glasier yang dijumpai di Lavras, Brazil ( kedua-duanya berusia antara 600 -800 juta tahun )

Page 13: 2 teori hanyutan benua

• Bukti Paleontologi atau fosil• G.G. Simpsons ( 1943 ), menyatakan sebahagian

besar reptilia Trasik yang pernah hidup di Amerika Selatan bersamaan keturunan yang hidup di Afrika. Di kedua-dua benua ini pernahdijumpai fosil reptilia yang hidup di dalam air bernama Mesosaurus.

• Fosil kerangan dan lapisan batu kapur yang dijumpai di Umaria, bahagian utara Indiamempunyai persamaan dengan yang dijumpai di Pantai Barat Australia.

Page 14: 2 teori hanyutan benua

• Bukti sistem gunung lipat• Tanah Tinggi Appalachian di sebelah timur

Amerika utara mempunyai persamaan denganbanjaran-banjaran yang wujud di Scotland.

• Banjaran-banjaran Kaledonia yang terdapat disebelah barat Greenland dikatakan mempunyaisifat yang sama dengan Tanah Tinggi Scandinavia di barat laut Eropah.

• Kedua-dua persamaan ini membuktikan bahawabenua Amerika utara pernah bercantum denganbenua Eropah

Page 15: 2 teori hanyutan benua

• Bukti Paleomagnetisme / kemagnetan purba• S.K. Runcorn ( 1962 ), menyatakan bahawa batuan

mempunyai kandungan mineral yang tertentu semasapembentukannya dan akan menetap medanmagnetnya supaya sama dengan medan magnet bumiiaitu ke arah utara .

• Kedudukan magnet batuan yang mengarah ke arahkutub utara mula mengalami perubahan pada zamangeologi yang berlainan.

• Kedudukan kutub utara sebenarnya tidak pernahberubah tetapi perubahan medan magnet batuantersebut berlaku disebabkan pergerakan benua-benua