teori kemahiran membaca

11
TEORI KEMAHIRAN MEMBACA DISEDIAKAN OLEH: ANIS SYAKIRA BT AZIZMAI @ AZMI NURFARAHIM BT MOHD ADLI NURUL ASMIDA BT ASRI

Upload: fida-su

Post on 06-Dec-2014

147 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

TEORI KEMAHIRAN MEMBACA

DISEDIAKAN OLEH:ANIS SYAKIRA BT AZIZMAI @ AZMI

NURFARAHIM BT MOHD ADLINURUL ASMIDA BT ASRI

TEORI MEMINDAHKAN MAKLUMAT

Teori yang berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985) dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat.

Mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan.

Pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapat makna daripada apa yang dibaca kepada pemikirannya.

Aktiviti membaca bertujuan membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks.

Kemahiran ini dibina dengan memberikan pelajar petikan ringkas dan diikuti dengan beberapa soalan khusus yang menumpukan kepada beberapa kemahiran membaca bagi kefahaman seperti membuat kesimpulan.

Kemahiran ini dibina dengan memberikan pelajar petikan ringkas dan diikuti dengan beberapa soalan khusus yang menumpukan kepada beberapa kemahiran membaca bagi kefahaman seperti membuat kesimpulan.

TEORI MEMBACA SECARA AUTOMATIK

La Berge dan Samuel (1985) telah mengemukakan teori ini.

Mengaggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik.

Menganggap wujud perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca.

Sub komponen dalam kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan dikuasai secara automatik melalui latihan.

Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan lebih faham.

• Pembaca perlu menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan.

TEORI KECEKAPAN VERBAL

Teori kecekapan verbal ini dikemukakan oleh Perfetti (1985,1988).

Menekankan kemahiran membaca dengan meluaskannya melangkaui proses mentafsirkan kod.

Setiap pembaca mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal.

Teori ini berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian, merujuk kepada perhatian dan sumber ingatan yang terhad yang terdapat dalam diri pembaca (Benjafield,1997).

Membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung dengan pemahaman.

Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibaca.

Tidak cekap dalam membaca juga disebabkan oleh skemata yang terhad.

Kekurangan pengetahuan lalu berkaitan dengan teks yang dibaca juga akan menyukarkan pembaca memahami kandungan teks.