teori an kognitif piaget & vygotsky

5
JURNAL MINGGUAN OLEH: RAFIDAH BINTI SITAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM TARIKH: 8 JANUARI 2009 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF (PIAGET & VYGOTSKY Dalam teori perkembangan kognitif terdapat dua teori yang sering digunapakai iaitu teori yang telah diasaskan oleh Jean Piaget dan Vygotsky. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan terdapat sedikit perbezaan. Walaubagaimanapun, samada teori Piaget mahupun Vygotsky, kedua-duanya menjurus kearah perkembangan kognitif manusia iaitu sejak lahir sehingga hingga dewasa. Piaget yang juga merupakan ahli psikologi kanak-kanak yang terkenal telah menyatakan bahawa, terdapat empat tahap yang mempengaruhi proses pemikiran kanak-kanak dari sejak lahir hingga meningkat dewasa. Namun kita hendaklah terlebih dahulu mengetahui dan memahami konsep penting dalam teori Piaget, iaitu terdiri daripada skema, asimilasi, akomodasi dan adoptasi.

Upload: ryudoyuki

Post on 19-Jun-2015

5.591 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori an Kognitif Piaget & Vygotsky

JURNAL MINGGUAN

OLEH: RAFIDAH BINTI SITAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH: 8 JANUARI 2009

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF (PIAGET & VYGOTSKY

Dalam teori perkembangan kognitif terdapat dua teori yang sering

digunapakai iaitu teori yang telah diasaskan oleh Jean Piaget dan Vygotsky.

Kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan terdapat sedikit

perbezaan. Walaubagaimanapun, samada teori Piaget mahupun Vygotsky,

kedua-duanya menjurus kearah perkembangan kognitif manusia iaitu sejak

lahir sehingga hingga dewasa.

Piaget yang juga merupakan ahli psikologi kanak-kanak yang terkenal

telah menyatakan bahawa, terdapat empat tahap yang mempengaruhi

proses pemikiran kanak-kanak dari sejak lahir hingga meningkat dewasa.

Namun kita hendaklah terlebih dahulu mengetahui dan memahami konsep

penting dalam teori Piaget, iaitu terdiri daripada skema, asimilasi, akomodasi

dan adoptasi.

Skema adalah konsep yang merujuk kepada potensi yang ada pada

setiap individu yang akan mendorongnya untuk melakukan sesuatu perkara

atau perbuatan. Dengan kata lain ia adalah merupakan blok asas pemikiran

manusia. Asimilasi pula merupakan satu proses penyesuaian yang berlaku

Page 2: Teori an Kognitif Piaget & Vygotsky

apabila adanya sesuatu yang baru diperolehi dengan skema yang telah sedia

ada. Melalui proses ini, seseorang individu akan mengikuti sesuatu

modifikasi skema di mana ia adalah hasil daripada pengetahuan dan

pengalaman yang baru tadi.

Konsep yang seterusnya ialah akomodasi. Akomodasi merupakan satu

proses yang melibatkan perubahan pada struktur kognitif seseorang

individu. Proses akomodasi hanya akan terjadi apabila skema yang sedia ada

tidak dapat mengasimilasi atau menyesuaikan sesuatu yang baru yang

belum lagi masuk ke kotak pemikiran seseorang individu.

Manakala konsep yang terakhir ialah adaptasi. Ia adalah merupakan

satu situasi yang mana wujud keseimbangan antara akomodasi dan

asimilasi. Adaptasi juga merupakan kecenderungan untuk menyesuaikan diri

dengan dua proses tadi iaitu akomodasi dan asimilasi. Keseimbangan antara

kedunya hanya akan wujud setelah kanak-kanak mempunyai kecenderungan

dan keupayaan dalam diri nya untuk mencipta hubungan antara apa yang

telah diperolehi dan dipelajari dengan keadaan sekililingnya.

Seterusnya ialah empat tahap menurut Piaget iaitu tahap sensorimotor

atau deria motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi

formal. Pada tahap sensorimotor, kebolehan deria motor bayi yang baru lahir

akan berkembang dengan melihat kepada hubungannya dengan keadaan di

sekitarnya. Pada tahap ini juga terdapat enam sub tahap iaitu refleks, reaksi

Page 3: Teori an Kognitif Piaget & Vygotsky

asas sekular, reaksi kordinasi, reaksi secular kedua, reaksi secular ketiga dan

penggambaran pemikiran awal.

Tahap praoperasi pula melibatkan penggunaan bahasa. Di mana ia

akan mempengaruhi perkembangan pada tahap ini. Ia juga terbahagi

kepada dua sub tahap iaitu tahap pro-konseptual dan tahap pra –operasi.

Seterusnya ialah tahap operasi konkrit. Tahap operasi konkrit menunjukkan

kanak-kanak tidak akan berfikir dengan cara egosentrik lagi kerana meraka

lebih gemar bertanya sesuatu perkara yang menarik minatnya yang

didorong oleh perasaan ingin tahu yang sangat tinggi.

Peringkat yang terakhir ialah tahap operasi formal. Pada tahap ini

perkembangan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Mereka

juga mampu membuat keputusan, memikirkan jalan penyelesaian, berfikir

lebih rasional dan bersifat sistematik.

Sebagai seorang bakal guru, saya pastinya akan mengaplikasikan teori

Piaget dalam pengajaran dan pembelajaran nanti. Saya akan menumpukan

dan memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajar serta menghargai

kepintaran, kecerdasan serta minat yang ditunjukkan. Di samping itu, saya

akan memfokuskan kepada proses pemikiran pelajar dengan mengglakkkan

mereka berfikir dan menghuraikan sesuatu pendapat. Selain dari itu, saya

akan menyediakan bebrapa aktiviti yang sesuai dengan tahap pemikiran

pelajar-pelajar saya kerana menurut Piaget manusia memiliki tahap dan

keupayaan berfikir dan penakulan yang berbeza.

Page 4: Teori an Kognitif Piaget & Vygotsky

Menurut Vygostky pula, bahasa merupakan alat mental yang

terpenting bagi bayi dalam proses perkembangannya. Apabila kemahiran

bahasa kanak-kanak berkembang, ia akan menjadi alat untuk

menyelesaikanm masalah dan regulasi kendiri. Zon perkembangan

proksimal juga menunjukkan bahawa tahap kompetensi kanak-kanak

semasa dengan tahap yang boleh dicapai dengan bimbingan atau pun

‘scalffolding’. Selain dari itu, Vygotsky menjelaskan bahawa perkembangan

kognitif adalah satu proses sosial kerana kanak-kanak akan mempelajari dan

terbentuk pemikiran dengan fokus kepada faktor sosial dan pembelajaran.

Sebagai seorang guru, saya akan mengaplikasikan teori Vygotsky

dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai kepelbagaian

etnik dan sosial budaya. Di samping itu, saya akan menggalakkan pelajar

belajar secara berkumpulan di mana pelajar yang lebih pandai akan

membimbing pelajar yang lemah. Bantuan atau ‘scalffolding’ serta kaedah

dalam Zon Perkembangan Proximal sangat efektif dan sesuai dipraktikkan.