template sintesis literatur_saemah- peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum.docx

3
GB6013 – Kaedah Penyelidikan 1 Template Sintesis Literatur Maklumat Artikel : Pengarang : Mohd Anuar Abdul Rahman & Nor Azah Azman Tahun : Mac 2011 Tajuk : Peranan Pengetua Sebagai Pengurus kokurikulum di Sekolah Menengah Daerah Mersing Maklumat Jurnal : Journal Of Educational Management , Volume 1 March 2011 , Pages 14-30 / ISSN : 2231-7341 Pernyataan Masalah Persepsi penyelaras kokurikulum terhadap peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah-sekolah menengah Daerah Mersing. Tujuan/Objektif kajian i) Melihat peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum ii) Mengenalpasti tahap peranan yang sebenar dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum menurut persepsi penyelaras kokurikulum. iii) Mengenalpasti tahap peranan sebenar yang dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum berdasarkan bidang. iv) Melihat perbezaan amalan pengetua berdasarkan jawatan penyelaras kokurikulum sekolah. v) Melihat perbezaan amalan pengetua sebagai pengurus kokurikulum berdasarkan jantina.

Upload: tiongann2535

Post on 14-Jul-2016

257 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Template sintesis literatur_saemah- peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum.docx

GB6013 – Kaedah Penyelidikan 1

Template Sintesis Literatur

Maklumat Artikel :

Pengarang : Mohd Anuar Abdul Rahman & Nor Azah Azman

Tahun : Mac 2011

Tajuk : Peranan Pengetua Sebagai Pengurus kokurikulum di Sekolah Menengah Daerah Mersing

Maklumat Jurnal : Journal Of Educational Management , Volume 1 March 2011 , Pages 14-30 / ISSN : 2231-7341

Pernyataan Masalah Persepsi penyelaras kokurikulum terhadap peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah-sekolah menengah Daerah Mersing.

Tujuan/Objektif kajian i) Melihat peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum

ii) Mengenalpasti tahap peranan yang sebenar dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum menurut persepsi penyelaras kokurikulum.

iii) Mengenalpasti tahap peranan sebenar yang dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum berdasarkan bidang.

iv) Melihat perbezaan amalan pengetua berdasarkan jawatan penyelaras kokurikulum sekolah.

v) Melihat perbezaan amalan pengetua sebagai pengurus kokurikulum berdasarkan jantina.

Kajian Literatur & kerangka konseptual kajian

Metodologi- Termasuk

rekabentuk kajian, persampelan, instrumentasi dan kaedah analisis data

-Reka bentuk bersifat deskriptif dan dijalankan menggunakan pedekatan tinjauan. Instrument soal selidik (Kuantitatif ).-Kajian ini dijalankan di 9 buah sekolah menengah di Daerah Mersing. Responden terdiri daripada kalangan guru dan memegang jawatan sebagai penyelaras kelab dan persatuan atau

Page 2: Template sintesis literatur_saemah- peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum.docx

**terangkan detail instrument/alat kajian yang digunakan

penyelaras sukan dan permainan atau penyelaras unit beruniform. Mereka dikategori sebagai telah berkhidmat kurang 1 tahun, selama 2 hingga 10 tahun dan melebihi 10 tahun. Seramai 10 orang responden diambil dari setiap sekolah menjadikan sampel seramai 90 orang.-Instrumen kajian ialah soal selidik yang dibentuk berdasarkan kepada panduan pengurusan kokurikulum yang telah dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan dalam Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah ( 1993 ). Terdapat 2 bahagian iaitu Bahagian A – Maklumat demografi guru dan bahagian B – mengandungi 36 itam yang mengukur peranan pengetua yang sepatutnya dan yang sebenarnya sebagai pengurus kokurikulum di sekolah sebagai perancang , pengelola, pemimpin dan pengawal.Analisis data – Soal selidik perlu ditukar dalam bentuk angka dengan diberi Kod untuk analisi secara kuantitatif. Penggunaan perisian SPSS bagi tujuan menganalisi data. Terdapat 2 bahagian prosedur penganalisaan iaitu Analisis Deskriptif dan Analisis Statistik Inferensi .

Keputusan/ Dapatan kajian 1. Keputusan didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pengetua sebagai pengurus kokurikulum mengikut jantina diterima.

2. Keputusan didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pengetua sebagai pengurus kokurikulum mengikut jawatan penyelaras kokurikulum sekolah.

Perbincangan/Implikasi kajian

1. Peranan pengetua sebagai perancang sangat perlu dalam pengurusan kokurikulum.

2. Pengetua perlu memainkan peranan sebagai pemimpin dalam pengurusan kokurikulum sekolah.

3. Pengetua sebagai pengawal kokurikulum adalah diperlukan bagi memperolehi pengurusan yang cemerlang.

Cadangan kajian lanjutan Bagi peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah , majoriti persepsi penyelaras kokurikulum mengatakan berada pada tahap setuju sahaja. Bagi pengetua memainkan peranan yang yang efektif dalam pengurusan kokurikulum , segala langkah perlu diatur agar setiap individu dalam organisasi perlu mengetahui dengan jelas mengenai kedudukan dan bidang tugas. Oleh itu, pengetua perlu tegas dalam hal ini dan tidak menyerahkan tugas sepenuhnya kepada penolong kanan untuk melaksanakannya.

Komen/Analisis Peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum amatlah digalakkan bagi mencapai kecemerlangan kokurikulum di sekolah. Namun , pelbagai usaha , kursus perancangan , pengelolaan , perlaksanaan turut perlu didedahkan kepada semua guru-guru di

Page 3: Template sintesis literatur_saemah- peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum.docx

sekolah.