sintesis 5 jurnal

Click here to load reader

Post on 26-Dec-2015

118 views

Category:

Documents

15 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh sintesis jurnal

TRANSCRIPT

33

GGGB 6013KAEDAH PENYELIDIKAN 1

TUGASAN 1ANALISIS JURNAL-SINTESIS

DISEDIAKAN OLEH:ELYANIZA BT MOHD HALIDP73731

PENSYARAH:PROF.MADYA DR.RUHIZAN BT M.YASSINMASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): ABSTRAK

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 1: Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah TentangGangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

Penulis: Chong Siew HiongRusnani Abdul Kadir

Tahun: 2003Tujuan: Penyelidik ingin mengetahui tahap pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah terhadap murid yang mengalami gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD)

Reka bentuk Kajian: Kaedah Kuantitatif

Instrumen Kajian: Soal Selidik

Dapatan kajian: Penyelidik menjalankan soal selidik kepada 99 orang guru bimbingan dan dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan responden mengenai ADHD adalah sangat rendah

JURNAL 2:Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku Siswa Sekolah DasarDengan Gangguan ADHD

Penulis: Diana Rusmawati, Endah Kumala DewiTahun: 2011Tujuan: Penyelidik ingin melihat pengaruh terapi muzik dan gerak terhadap penurunan masalah tingkah laku terhadap murid sekolah dengan gangguan ADHD.

Reka bentuk Kajian: Kaedah Kuantitatif Penyelidikan Eksperimen

Cara Pengumpulan Data: Pemerhatian, Temu bual dan Rawatan

Dapatan kajian: Hasil penelitian menunjukkan bahawa penerapan terapi muzik dan gerak dapat menurunkan frekuensi masalah tingkah laku terhadap murid sekolah dengan gangguan ADHD.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): ABSTRAK

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 3: Preschool Children with Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) in Inclusive Settings: Challenging but Not Problematic

Penulis: Supiah Saad, Geoff Lindsay

Tahun: 2010

Tujuan: Penyelidik ingin melihat persepsi dan sikap guru-guru prasekolah arus perdana terhadap murid yang mempunyai ciri-ciri Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Reka bentuk Kajian: Kaedah Kuantitatif

Cara Pengumpulan Data: Pemerhatian dan Temu bual

Dapatan kajian: Penyelidik menjalankan temu bual kepada 10 orang murid prasekolah daripada 8 buah sekolah dan hasil kajian menunjukkan bahawa semua sepuluh kanak-kanak dipilih dipamerkan ciri teras gejala ADHD, sama ada kecuaian atau hiperaktif / gerak hati atau kedua-duanya

JURNAL 4:Teknik Cotaj Dapat Membantu Meningkatkan Daya Tumpuan Murid Berkeperluan Khas

Penulis: Norshahidah Abdul Rahim, Mangaleswaran A/L Annamalai

Tahun: 2013Tujuan: Penyelidik mengkaji cara meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak murid berkeperluan khas menggunakan teknik cotaj dan untuk meningkatkan masa daya tumpuan dari 5 minit sehingga 30 minit sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Reka bentuk Kajian: Kaedah Kuantitatif Cara Pengumpulan Data: Pemerhatian

Dapatan kajian: Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik cotaj dapat membantu meningkatkan masa daya tumpuan murid berkeperluan khas

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): ABSTRAK

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 5: Penerapan token ekonomi untuk meningkatkan atensi dalam mengerjakan tugas pada anak ADHD

Penulis: Rila Rahma Mulyani

Tahun: 2013

Tujuan: Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tumpuan anak ADHD dalam membuat tugasan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan teknik token ekonomi

Reka bentuk Kajian: Kaedah Kuantitatif- Penyelidikan Eksperimen

Cara Pengumpulan Data: Pemerhatian dan Temu bual

Dapatan kajian: Penyelidik menjalankan kajian terhadap 2 murid yang mengalami masalah ADHD dan diberi intervensi berupa token ekonomi sebanyak 16 kali dan hasil kajian mendapati bahawa penerapan teknik token ekonomi dapat meningkatkan tumpuan dalam melaksanakan tugas pada murid ADHD, iaitu murid dapat memberi perhatian pada tugas yang diberikan.

SINTESIS: ABTSRAK

BILSINTESIS JURNAL

1Kelima-lima jurnal memulakan abstrak dengan menyatakan tujuan kajian yang digunakan semasa kajian dijalankan oleh penyelidik. Selain itu, kesemua jurnal turut menyatakan reka bentuk kajian yang digunakan, sampel kajian dan hasil dapatan kajian.

2Kesemua jurnal ini menjalankan penyelidikan mengenai masalah murid yang mempunyai tingkah laku dan mempunyai masalah Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan (ADHD) di dalam kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran ( P dan P) berlangsung

3Semua jurnal menggunakan reka bentuk yang sama semasa penyelidikan dijalankan iaitu kaedah penyelidikan kuantitatif. Antaranya ialah penyelidikan eksperimen.

4Cara pengumpulan yang digunakan oleh kesemua jurnal ialah temu bual dan pemerhatian

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): PENGENALAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 1: Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah TentangGangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

Pengenalan: ADHD merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak (Barkley,1990). Mengikut Buku Panduan Diagnosis dan Statistik tentang Kecelaruan Mental edisi ke-IV (DSM-IV) keluaran Persatuan Psikiatri Amerika, kecelaruan ini dipamerkan dalam salah satu atau kesemua tiga aspek, iaitu kesukaran dalam memfokuskan tumpuan, kelakuan impulsif dan hiperaktiviti dan simptom berkenaan diperlihatkan dalam situasi akademik, pekerjaan, atau sosial. Rawatan untuk ADHD bertujuan memperbaiki fungsi individu da1am semua perkara, mengurangkan simptomnya, mencegah kesan negatif, dan meningkatkan pendidikan dan kemahiran Kementerian Pendidikan Malaysia mula melantik guru bimbingan sebagai persone1 utama untuk menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunse1ing di peringkat sekolah rendah sejak tahun 2002. Guru bimbingan inilah yang seharusnya menjadi persone1 terpenting untuk membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): PENGENALAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 2: Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku Siswa Sekolah DasarDengan Gangguan ADHDPengenalan: Gangguan kurang tumpuan dan hiperaktif (ADHD) adalah gangguan tingkah laku yang paling banyak dijumpai, baik di sekolah ataupun di rumah. Gangguan ini merupakan salah satu kelainan yang sering dijumpai pada gangguan tingkah laku anak. Cara mengatasi masalah ADHD harus merupakan cara penyelesaian yang multimodal. Cara penyelesaian ADHD harus dirancang dapat memenuhi harapan keluarga di rumah dan guru di sekolah, iaitu dengan penambahbaikan prestasi/ pencapaian akademik dan tingkah lakunya. Seorang ahli dari hasil kajiannya memberikan cadangan bahawa terapi muzik dan gerak dapat dikembangkan untuk formulasi strategi rawatan untuk anak-anak dengan ADHD (Jackson, 2003). Muzik dan gerakan berpengaruh langsung ke otak dan berlangsung terus ke gerak geri tubuh. Terapi muzik dan gerak juga mampu mempengaruhi kekuatan mental, sebab ia berkait antara muzik dengan emosi atau mental seseorang. Oleh itu, muzik dan gerak sebagai salah satu alternatif terapi untuk menurunkan masalah tingkah laku pada murid dengan gangguan ADHD.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): PENGENALAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 3:Preschool Children with Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) in Inclusive Settings: Challenging but Not ProblematicPengenalan: Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah gangguan yang dicirikan oleh masalah yang serius dan berterusan dalam kawasan-kawasan tertentu, iaitu tahap tumpuan, kawalan impuls, dan hiperaktif dalam beberapa kes. ADHD adalah salah satu kategori baru pendidikan kanak-kanak istimewa (SEN), yang dikumpulkan di bawah Pembelajaran Kurang Upaya (LD) dalam klasifikasi pendidikan Malaysia. Kanak-kanak dengan ADHD terbaik untuk bertindak balas motivasi dan pengukuhan positif dan menunjukkan prestasi yang lebih baik kepada tugas faedah tinggi (Carlson dan Tamm, 2000). Oleh itu, strategi pengajaran akan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak dalam mengawal tingkah laku ADHD yang berkaitan di dalam kelas. Guru-guru yang berkesan tahu pelajar-pelajar mereka. Oleh itu, membina hubungan yang positif dengan pelajar ADHD akan membantu guru memahami dengan lebih baik, dan ini juga akan menunjukkan kepada mereka bahawa guru mereka benar-benar mahu mereka berjaya.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): PENGENALAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 4:Teknik Cotaj Dapat Membantu Meningkatkan Daya Tumpuan Murid Berkeperluan KhasPengenalan: Masalah penumpuan bukan sahaja dialami oleh murid normal malah juga murid berkeperluan khas. Murid berkeperluan khas sering kali dikaitkan dengan masalah tumpuan sama ada disebabkan oleh masalah fizikal dan juga kognitif mereka. Kebiasaan kanak-kanak hiperaktif mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat. Istilah ini sebenarnya merangkumi dua masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini iaitu terlampau aktif dan kekurangan tumpuan. Ia juga merujuk kepada istilah yang lebih saintifik yang merujuk kepada istilah yang merujuk istilah hiperaktiviti, iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) dan Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD). Murid bermasalah pembelajaran ini sering kali dikaitkan dengan masalah tumpuan dan juga tingkah laku. Menarik dan meningkatkan tumpuan bukanlah tugas yang mudah malah merupakan cabaran tugas sebagai seorang guru. Ianya memerlukan guru yang sentiasa menggunakan pelbagai pendekatan. Walau bagaimanapun, murid istimewa ini boleh memberi masalah kepada murid-murid lain menyebabkan pencapaian dan konsep kendiri yang rendah.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): PENGENALAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 5:Penerapan token ekonomi untuk meningkatkan atensi dalam mengerjakan tugas pada anak ADHD

Pengenalan: Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) merupakan suatu gangguan tingkah laku yang dikatakan gangguan kurang tumpuan (inattentiveness), tingkah laku impulsif (impulsivity), dan dapat disertai aktiviti berlebihan (over activity/hyperactivity) yang tidak sesuai dengan umurnya yang terjadi pada masa kanak-kanak (APA, 2000). Teknik token ekonomi merupakan salah satu bentuk aplikasi dari pendekatan behaviour, yang mana pendekatan behaviour sangat erat hubungannya dengan modifikasi tingkah laku. Token ekonomi adalah penerapan operant conditioning dengan mengganti hadiah dengan sesuatu yang dapat ditukarkan kemudian Teknik token ekonomi adalah suatu cara untuk mengatasi tingkah laku yang ditujukan seorang murid yang sesuai dengan janji yang telah dipersetujui oleh guru dengan menggunakan hadiah untuk mengatasi masalah tingkah laku murid.

SINTESIS: PENGENALAN

BILSINTESIS JURNAL

1Kesemua jurnal memberikan definisi yang tepat dan jelas mengenai apakah itu Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan atau lebih dikenali dengan masalah ADHD.

2Dalam kesemua jurnal ini juga turut menerangkan cara dan teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah tingkah laku di kalangan murid yang mengalami masalah ADHD seperti teknik cotaj, token ekonomi dan juga menggunakan kaedah terapi muzik dalam mengurangkan masalah tingkah laku dan masalah kurang tumpuan atau perhatian di dalam kelas ketika proses P dan P berlangsung.

3Guru-guru juga perlu bijak dalam menggunakan pelbagai teknik yang sesuai ketika menjalankan aktiviti P dan P terutama bagi murid yang mengalami masalah ADHD. Selain guru, guru bimbingan di sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah tingkah laku murid ADHD ini.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): METODOLOGI KAJIAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 1: Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah TentangGangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

Metodologi Kajian: Populasi dan sampel kajian Populasi kajian ini ialah guru bimbingan sekolah rendah yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Petaling, Selangor. Sebanyak 128 set soal selidik telah dikirim kepada semua sekolah rendah yang terdapat dalam Daerah Petaling. Alat Kajian Data untuk kajian ini diperoleh melalui satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian dan alat kajian ini mengandungi 29 item. Bahagian pertama mengumpul maklumat demografi responden; maklumat tentang pendedahan responden berkaitan dengan ADHD semasa mengikuti latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling, dan setelah dilantik sebagai guru bimbingan; keyakinan responden untuk menangani kanak kanak ADHD secara berkesan, pengetahuan responden tentang tanda kanak-kanak yang mengalami ADHD Bahagian kedua pula adalah Skala Pengetahuan Kekurangan Perhatian versi R atau Knowledge of Attention Deficit Scale-Revised (KADDS-R) yang digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan guru bimbingan tentang ADHD (Sciutto, Terjesen, & Frank, 2000).

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): METODOLOGI KAJIAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 2: Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku Siswa Sekolah DasarDengan Gangguan ADHDMetodologi Kajian: Definisi Operasional Masalah tingkah laku: hambatan dalam melakukan pengendalian diri terhadap tingkah laku yang terjadi ketika subjek berada pada keadaan formal Terapi muzik dan gerak: pemberian rawatan berupa suara alunan muzik yang harmonis yang diikuti dengan gerakan-gerakan yang sesuai dengan irama muzik. Populasi dan sampel kajian Seorang murid sekolah dasar di Semarang berumur 6/7 tahun yang telah disahkan mempunyai masalah ADHD. Kaedah eksperimen Melakukan intervensi menggunakan Single Subject Experimental Design dengan A-B-A. Design A-B-A ini menunjukkan adanya hubungan sebab akibat antara variabel tidak bebas dan variabel bebas. Pemerhatian dijalankan selama 24 sesi Temu bual berstruktur Rawatan / latihan menggunakan muzik dan gerak selama 12 sesi latihan

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): METODOLOGI KAJIAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 3:Preschool Children with Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) in Inclusive Settings: Challenging but Not ProblematicMetodologi Kajian: Saringan ADHD Senarai semak dibangunkan khas untuk mengkaji pelajar prasekolah di Malaysia dengan ADHD, digunakan untuk menyaring kanak-kanak dengan tingkah laku ADHD seperti. Borang ADHDC telah diedarkan kepada dua puluh guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Kedah. Pemerhatian dan Temu bual Pemerhatian bilik darjah dijalankan dan temu bual juga diadakan dengan guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikenal pasti Setiap guru telah ditemu ramah dan tempoh perbincangan antara 25 hingga 55 minit. Guru-guru telah diminta untuk bertindak balas kepada soalan-soalan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka dalam pengajaran murid tertentu kerana mereka mempunyai interaksi yang menyeluruh dengan pelajar-pelajar untuk sekurang-kurangnya lapan bulan sebelum temu duga. Perbincangan adalah dirakamkan. Sampel kajian Para peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah guru-guru prasekolah dari program prasekolah dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar-pelajar mereka.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): METODOLOGI KAJIAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 4:Teknik Cotaj Dapat Membantu Meningkatkan Daya Tumpuan Murid Berkeperluan KhasMetodologi Kajian: .Populasi dan Sampel Kajian Responden pertama berumur dalam lingkungan 11 tahun manakala responden kedua adalah dari murid kumpulan Tulip iaitu berumur dalam lingkungan 10 tahun. Kedua-dua responden ini berketurunan Melayu, beragama Islam dan juga dilahirkan di Kuala Terengganu. Kaedah Penyelidikan Menggunakan model Kennis dan McTagged (1988) Mereflek : membuat pemerhatian di mana pengkaji mendapati bahawa murid-murid dalam kelas Tulip ini mengalami masalah daya tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di mana salah seorang responden sangat meminati seni sama ada menampal dan juga mengecap untuk menggelakkan kebosanan manakala salah seorang lagi mengalami masalah penumpuan yang amat serius Merancang: mengkaji satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah instrumen pemerhatian berstruktur, temu bual dan juga rakaman video

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): METODOLOGI KAJIAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 5:Penerapan token ekonomi untuk meningkatkan atensi dalam mengerjakan tugas pada anak ADHDMetodologi Kajian: Populasi dan Sampel Kajian adalah 2 orang murid lelaki yang berusia 8 tahun dan duduk di kelas 1 SD, yang telah disahkan mengalami gangguan ADHD Reka bentuk Penyelidikan Menggunakan penyelidikan eksperimen (single subject experimental design) yang memfokuskan pada data individu sebagai sampel penelitian iaitu untuk melihat hasil ada tidaknya pengaruh atau perubahan yang terjadi dari suatu perlakuan (intervensi) yang diberikan kepada sampel secara berulang-ulang dalam waktu tertentu Penelitian ini guru dilibatkan pada penerapan teknik token ekonomi yang akan dilakukan lebih kurang selama tiga minggu yang terdiri dari 16 sesi. Sesi intervensi dibagi menjadi dua iaitu 8 sesi untuk mengerjakan tugas matematik dan 8 sesi untuk mengerjakan tugas Bahasa Indonesia yang mempunyai 25 soalan berdasarkan di dalam buku

SINTESIS: METODOLOGI KAJIAN

BILSINTESIS JURNAL

1Metodologi kajian bagi kelima-lima jurnal adalah jelas. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, menentukan populasi dan pemilihan sampel serta instrumen yang digunakan sepanjang kajian dijalankan oleh penyelidik

2Terdapat 2 jurnal yang menggunakan penyelidikan eksperimen di mana kedua-dua jurnal melakukan pemerhatian terlebih dahulu selepas memilih sampel. kemudian mengadakan sesi temu bual dan mengadakan sesi rawatan setelah menjalankan intervensi terhadap sampel kajian.

3Hanya satu jurnal sahaja menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Manakala 4 jurnal yang lain menggunakan kaedah secara pemerhatian dan temu bual terhadap sampel kajian.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): HASIL KAJIAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 1: Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah TentangGangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

Hasil Kajian: Seramai 55 orang (55.6%) responden mengatakan mereka tidak pernah belajar tentang ADHD semasa mengikuti latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling, sementara 73 orang (73.7%) responden menyatakan mereka tidak pernah menghadiri apa-apa kursus / latihan berkaitan dengan ADHD setelah dilantik sebagai guru bimbingan. Berhubung dengan pengalaman responden berhadapan dengan kanak-kanak ADHD pula, terdapat hanya 22 orang responden pernah meminta penilaian ke atas seseorang pelajar yang disyaki mengalami ADHD dan seramai 30 orang responden pernah menerima rujukan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD sepanjang kerjaya mereka. Sebaliknya, seramai 77 orang responden tidak pernah meminta penilaian ADHD ke atas pelajar dan seramai 69 orang responden mengatakan mereka tidak pernah menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD sepanjang kerjaya mereka

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): HASIL KAJIAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 2: Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku Siswa Sekolah DasarDengan Gangguan ADHDHasil Kajian: Daripada penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik terhadap sampel kajian dengan menggunakan kaedah rawatan dan pemerhatian, tingkah laku murid ADHD tersebut telah mengalami penurunan. Murid tersebut telah kurang untuk mengganggu rakan sekelas, tidak berlari dan melompat-lompat di dalam kelas ketika sesi P dan P serta dapat melakukan tugasan yang diberikan oleh guru dengan mengikut gerak dan alunan muzik yang dipasang oleh guru.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): HASIL KAJIAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 3:Preschool Children with Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) in Inclusive Settings: Challenging but Not ProblematicHasil Kajian: Dalam menyatakan pemahaman mereka tentang ADHD, semua guru-guru yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar ADHD jangka dan kali pertama mereka temui apa-apa tempoh adalah dari instrumen penyelidik, senarai semak ADHD (ADHDC) yang diedarkan untuk kajian ini. Mereka menyatakan kejahilan mereka istilah ini. Menariknya, dua daripada mereka mendakwa bahawa mereka pada masa ini sedar mengenai lain-lain jenis masalah kanak-kanak yang mungkin memberi kesan kepada proses pembelajaran. Dua orang guru sebagai balasan meminta maklumat lanjut daripada penyelidik untuk menjawab soalan-soalan mengenai ADHD. Salah seorang daripada mereka ikhlas mengakui bahawa dia berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ADHD kerana ia adalah berkaitan dengan tingkah laku. Lima daripada guru mengandaikan bahawa kanak-kanak itu dianggap mempunyai ADHD jika mereka mempunyai kesemua 25 tingkah laku yang disenaraikan dalam senarai ADHDC, manakala tiga yang lain digunakan akal mereka untuk menarik logik dengan menganggap bahawa ADHD berlaku dalam kontinum daripada sederhana kepada teruk lain-lain jenis kesukaran kanak-kanak. Namun, dari sepuluh, hanya tiga murid ADHD dipilih untuk kajian kes dianggap sebagai mungkin mempunyai ADHD oleh guru masing-masing.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): HASIL KAJIAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 4:Teknik Cotaj Dapat Membantu Meningkatkan Daya Tumpuan Murid Berkeperluan KhasHasil Kajian: Analisis rakaman video dan foto semasa intervensi ini dilaksanakan bagi menilai adakah teknik cotaj ini menarik minat murid serta dapat meningkatkan masa daya tumpuan semasa melakukan aktiviti mengecap mengikut ruang. Aspek yang ditekankan dalam rakaman ini ialah kontak mata sepanjang melakukan aktiviti mengecap mengikut ruang. Di samping itu, dalam rakaman ini juga turut dilihat bagaimana responden memberi tindak balas terhadap aktiviti yang dijalankan

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 5:Penerapan token ekonomi untuk meningkatkan atensi dalam mengerjakan tugas pada anak ADHDHasil Kajian: Daripada kajian yang dilakukan, penyelidik menjalankan kajian terhadap 2 murid yang mengalami masalah ADHD dan diberi intervensi berupa token ekonomi sebanyak 16 kali dan hasil kajian mendapati bahawa penerapan teknik token ekonomi dapat meningkatkan tumpuan dalam melaksanakan tugas pada murid ADHD, iaitu murid dapat memberi perhatian pada tugas yang diberikan.

SINTESIS: HASIL KAJIAN

BILSINTESIS JURNAL

1Dalam kesemua jurnal, hasil kajian atau dapatan kajian yang dapat semuanya dapat membantu mengatasi masalah tingkah laku murid ADHD dan dapat mengurangkan gangguan hilang tumpuan murid ADHD di dalam kelas semasa proses P dan P berlangsung.

2Penggunaan teknik token ekonomi, teknik cotaj dan menggunakan terapi muzik dalam proses P dan P telah menunjukkan hasil kajian yang positif kerana ia dapat mengurangkan masalah tumpuan murid terhadap tugasan yang diberikan oleh guru dan dapat mengurangkan masalah tingkah laku murid di dalam kelas

3Guru bimbingan dan guru pra sekolah juga kurang diberi pendedahan dan kurang pengalaman berkaitan dengan murid yang mempunyai masalah tingkah laku dan ADHD di sekolah.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): PERBINCANGAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 1: Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah TentangGangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

Perbincangan: Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru bimbingan tentang ADHD amat rendah. Ini bermakna guru bimbingan tidak dapat memenuhi keperluan kanak-kanak ADHD. Guru bimbingan juga gagal berfungsi sebagai pakar rujuk kepada ibu bapa dan guru lain di sekolahnya. Kebanyakan responden tidak pernah meminta penilaian ADHD ke atas seseorang pelajar dan mengatakan mereka tidak pernah menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD sepanjang kerjaya mereka. Jika tahap pengetahuan umum tentang ADHD adalah rendah, maka kefahaman tentang ADHD juga rendah, dan walaupun kanak-kanak itu mempamerkan simptom ADHD, guru lebih cenderung memberi penjelasan lain. Ekoran daripada itu, besar kemungkinan kanak-kanak berkenaan tidak dirujuk untuk proses diagnosis.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): PERBINCANGAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 2: Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku Siswa Sekolah DasarDengan Gangguan ADHDPerbincangan: Kegiatan muzik yang meliputi komponen berirama kuat dapat memberi impak pada perencanaan adaptasi kemahiran manipulatif, sensori integrasi, proses kognitif dan gerakan fisiologi umum. Individu yang telah penginterpretasi irama lebih cenderung mengembangkan tingkah laku penuh perhatian, dengan gerakan tubuh lebih tersusun, tubuh bahagian atas dan bawah terkoordinasi, fokus visual dan pendengaran dan adaptasi perencanaan kemahiran motor kasar. Ketika tubuh berirama dilakukan secara teratur, ia akan nampak menjadi lebih mudah dikelola (Berger, 2002, h.114). Gerakan yang dilakukan oleh murid ADHD dapat memperkuat fungsi ingatan, yang membantu penguasaan dan perkembangan kesedaran akan dirinya sendiri. Eurythmicz, Dalcroze (Sheppard, 2002, h.62) mengatakan bahawa emosi boleh dirasakan melalui gerakan dan emosi juga bisa diungkapkan melalui gerakan, suara, sikap tubuh serta bentuk tubuh. Gerakan sesuai muzik juga dapat mengubah emosi yang negatif kepada emosi yang positif

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): PERBINCANGAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 3:Preschool Children with Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) in Inclusive Settings: Challenging but Not ProblematicPerbincangan: Dalam konteks ADHD dalam kes yang dikaji, murid-murid telah secara tradisinya dijangka berkelakuan baik dan taat kepada guru-guru mereka. Walau bagaimanapun, apabila murid menyimpang dari norma tingkah laku, mereka hanya menarik diri kerana mereka sedar mereka tidak dijangka melakukan perkara-perkara (contohnya mempersoalkan arahan / permintaan guru atau berkelakuan di luar norma), namun kesedaran itu tidak mapan. Kes-kes yang dikaji mendedahkan bahawa terdapat kekurangan elemen kasih sayang ke luar dalam semua kelas prasekolah di Malaysia. Outward affection, yang biasanya diamalkan dalam masyarakat barat, adalah penting dalam menangani ADHD. Penggunaan galakan lisan (memuji perkataan-perkataan seperti 'baik' 'cemerlang' atau 'pandai'), strok badan seperti ibu (sentuhan) semasa kanak-kanak masa kecewa atau dalam keadaan tidak selesa dan terma penyayang (seperti kasih sayang, darling dan sayang) hendaklah digunakan bukan sahaja untuk murid-murid dengan ADHD tetapi seluruh kelas. Elemen-elemen ini boleh dipupuk sebagai model berkembang untuk 'masyarakat penyayang' dengan menunjukkan / model kepada murid-murid muda untuk menghargai orang lain.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): PERBINCANGAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 4:Teknik Cotaj Dapat Membantu Meningkatkan Daya Tumpuan Murid Berkeperluan KhasPerbincangan: Adakah teknik cotaj dapat menarik minat murid berkeperluan khas terhadap pembelajaran di dalam kelas? Semasa menjalankan analisis, didapati bahawa responden kurang memberikan tumpuan dan tidak menarik minat untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Ini berpunca daripada kurang bahan-bahan yang berkaitan dengan buatan alam semula jadi dan buatan manusia. Jadi, murid tidak dapat melakukan aktiviti yang menarik ketika berada di dalam bilik darjah. Sejauh manakah teknik cotaj dapat meningkatkan daya tumpuan belajar murid? pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian menggunakan senarai semak untuk melihat berapa minit daya penumpuan responden. Manakala instrumen kedua ialah menggunakan temu bual tidak berstruktur iaitu temu bual bersama dengan responden selepas selesai melakukan sesi

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): PERBINCANGAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 5:Penerapan token ekonomi untuk meningkatkan atensi dalam mengerjakan tugas pada anak ADHDPerbincangan: Dari hasil analisis data di atas maka diperoleh data bahawa secara keseluruhan teknik token ekonomi dapat meningkatkan perhatian dalam mengerjakan tugas sekolah pada anak ADHD. Berdasarkan teori sebelumnya, anak ADHD memiliki berbagai ciri dan salah satunya adalah kesukaran memberikan perhatian terhadap tugasan sehingga akan mempengaruhi proses pembelajaran atau hasil belajarnya Teknik token ekonomi adalah suatu cara untuk penguatan tingkah laku yang ditujukan seorang anak yang sesuai dengan target yang telah disepakati dengan menggunakan hadiah untuk penguatan yang simbolik.

SINTESIS: PERBINCANGAN

BILSINTESIS JURNAL

1Hanya satu jurnal yang menyatakan kelemahan iaitu mengenai kelemahan guru dalam menarik minat murid memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas dan kurang elemen kasih sayang diterapkan di kalangan guru-guru di sekolah terutamanya pada murid yang mengalami masalah ADHD dan masalah tingkah laku.

2Kesemua jurnal menyatakan guru perlu menggunakan teknik yang bersesuaian dengan tahap murid seperti murid yang mengalami masalah tingkah laku dan ADHD ini ketika proses P dan P untuk meningkatkan mutu pencapaian murid dan menarik minat murid untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas.

3Guru juga perlu diberikan latihan yang khusus berkaitan masalah ADHD dan tingkah laku.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): KESIMPULAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 1: Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah TentangGangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

Kesimpulan: Guru bimbingan, yang merupakan persone1 utama untuk menjaga kesihatan mental kanak-kanak di sekolah, mesti diberi tumpuan oleh Kementerian tersebut dalam merancang strategi tertentu untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Guru bimbingan mesti diperlengkapkan dengan ilmu dalam bidang kesihatan fizikal dan mental. Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dan signifikan kepada kanak-kanak dan pembabitan ibu bapa berperanan mempengaruhi pencapaian kanak-kanak di sekolah (Carter, 2003). Tahap ilmu pengetahuan ibu bapa tentang ADHD akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada kualiti kehidupan seseorang kanak-kanak yang mengalami ADHD. Maklumat mengenai ADHD perlu disebarkan oleh berbagai institusi yang berkaitan supaya ibu bapa peka akan manifestasi kecelaruan itu. Jikalau ibu bapa diberi kesedaran akan ciri-ciri ADHD besar kemungkinan mereka akan mengambil tindakan awal untuk mendapatkan rawatan untuk anak mereka yang mempamerkan ciri-ciri tersebut.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): KESIMPULAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 2: Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku Siswa Sekolah DasarDengan Gangguan ADHDKesimpulan: Terapi terhadap masalah tingkah laku pada anak yang mengalami ADHD dimaksudkan untuk mengurangi frekuensi munculnya tingkah laku tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Perkara yang utama adalah memperbaiki fungsi yang mengalami kegagalan (perilaku, kognitif, sosio emosional). Seperti yang dinyatakan oleh Yudarwanto (2009) iaitu terapi yang diberikan kepada murid yang mengalami masalah ADHD haruslah bersifat holistic dan menyeluruh. Modifikasi tingkah laku merupakan pola penanganan yang paling efektif dengan pendekatan positif dan dapat menghindarkan anak dari perasaan kecewa, marah, dan berkecil hati menjadi suatu perasaan yang penuh percaya diri. Dari hasil penelitian dan pembahasan yang telah dilakukan maka dapat disimpulkan bahawa penerapan terapi muzik dan gerak dapat mengurangkan masalah tingkah laku pada siswa sekolah dasar yang menderita ADHD.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): KESIMPULAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 3:Preschool Children with Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) in Inclusive Settings: Challenging but Not ProblematicKesimpulan: Sampel ADHD dalam kajian ini tidak betul di diagnosis tetapi telah dikenal pasti melalui ADHDC yang telah digunakan sebagai alat pemeriksaan. Prosedur diagnostik untuk kanak-kanak tidak mudah tetapi boleh dilaksanakan. Pasukan pelbagai disiplin di Malaysia perlu menyediakan diagnosis untuk guru-guru dan / atau ibu bapa dengan kes-kes ADHD mungkin. Perkhidmatan ini mesti datang sebagai keutamaan kepada KPM dan agensi-agensi lain yang berkaitan bukan sahaja untuk ADHD tetapi kategori SEN lain. Murid dengan rakan syarat mengerikan harus di diagnosis dengan tepat supaya segala kesukaran dapat ditangani dengan sewajarnya. Kajian ini mendedahkan bahawa guru-guru arus perdana tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berurusan dengan kanak-kanak ADHD kerana mereka dipamerkan kecacatan dalam banyak aspek, dan keperluan untuk konkrit dan pengalaman yang konsisten dan pengawasan orang dewasa banyak. Oleh itu, untuk melaksanakan pendidikan inklusif untuk ADHD, kecekapan guru perlu diperbaiki. Aspek pedagogi untuk keperluan yang berkaitan ADHD pada aktiviti harian bilik darjah dapat dipenuhi dengan meningkatkan awal dan latihan dalam perkhidmatan.

MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD): KESIMPULAN

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 4:Teknik Cotaj Dapat Membantu Meningkatkan Daya Tumpuan Murid Berkeperluan KhasKesimpulan: Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa teknik cotaj ini membantu meningkatkan daya tumpuan murid berkeperluan khas. Walaupun daya tumpuan adalah terhad, tetapi responden masih dapat menumpukan pada sesi intervensi yang keempat. Hal ini bertepatan dengan definisi oleh William James (1890) iaitu penumpuan itu adalah terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada satu masa. Pandangan ini menguatkan lagi dengan kajian lepas yang telah dibuat bahawa daya tumpuan hanya boleh bertahan dalam masa beberapa minit semasa P dan P.

JURNALANALISIS JURNAL

JURNAL 5:Penerapan token ekonomi untuk meningkatkan atensi dalam mengerjakan tugas pada anak ADHDKesimpulan: Dari keseluruhan hasil penelitian mengenai Penerapan Token Ekonomi untuk Meningkatkan Atensi dalam Mengerjakan Tugas pada Anak ADHD maka dapat disimpulkan bahawa penerapan teknik token ekonomi dapat meningkatkan perhatian dalam mengerjakan tugas pada anak ADHD, yang bermaksud kemampuan anak dalam memperhatikan lebih lama dibandingkan sebelum mendapatkan intervensi melalui teknik token ekonomi.

SINTESIS: KESIMPULAN

BILSINTESIS JURNAL

1Kelima-lima jurnal ini membuat kesimpulan bahawa bagi mengatasi masalah murid yang mempunyai masalah tingkah laku dan masalah ADHD, guru perlu menggunakan kaedah serta teknik yang bersesuaian semasa melaksanakan proses P dan P. Ia bagi menarik minat murid untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran dan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sempurna dan baik

22 jurnal mengatakan guru perlu menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih dan mempelajari lebih mendalam mengenai murid yang mengalami masalah tingkah laku dan ADHD. Ini kerana dengan adanya ilmu pengetahuan mengenai masalah tersebut, guru lebih berkeyakinan dalam melaksanakan proses P dan P di dalam kelas. Selain itu, ibu bapa juga perlu membantu guru untuk mengatasi masalah tingkah laku dan ADHD ini agar ia berkesan