template weisi

67
1.0 PENDAHULUAN Kemahiran mendarab nombor merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Penguasaan kemahiran ini seharusnya bermula sejak murid berada di tahap satu lagi. Namun begitu, terdapat juga murid tahap dua yang masih belum menguasai kemahiran ini dengan sepenuhnya. Terdapat empat operasi asas dalam mata pelajaran Matematik yang perlu dikuasai oleh murid iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Dalam keempat-empat operasi asas ini, murid-murid dilihat menghadapi masalah dalam menguasai operasi asas pendaraban. Murid menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan operasi darab terutama operasi yang melibatkan pengumpulan semula. Situasi ini boleh menjejaskan prestasi murid dalam mata pelajaran Matematik. Oleh yang demikian, guru harus memastikan pelajar benar-benar menguasai fakta asas darab dan kemahiran mendarab yang melibatkan pengumpulan semula untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam kelas. Operasi mendarab nombor satu digit dan nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula adalah satu kemahiran yang tersendiri. Ia istimewa kerana kemahiran ini memerlukan seseorang murid menguasai fakta asas sifir darab dan tambah terlebih dahulu. Operasi darab menguji kepintaran murid berfikir dalam kemahiran menyelesaikannya mengikut prosedur. Tanpa penguasaan, ia akan menyebabkan murid tidak dapat melakukan operasi darab dan mengalami kesukaran untuk menguasai pelajaran Matematik. Ini adalah kerana kemahiran mendarab adalah 1

Upload: wyt9246

Post on 06-Nov-2015

247 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

345

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Kemahiran mendarab nombor merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Penguasaan kemahiran ini seharusnya bermula sejak murid berada di tahap satu lagi. Namun begitu, terdapat juga murid tahap dua yang masih belum menguasai kemahiran ini dengan sepenuhnya. Terdapat empat operasi asas dalam mata pelajaran Matematik yang perlu dikuasai oleh murid iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Dalam keempat-empat operasi asas ini, murid-murid dilihat menghadapi masalah dalam menguasai operasi asas pendaraban. Murid menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan operasi darab terutama operasi yang melibatkan pengumpulan semula. Situasi ini boleh menjejaskan prestasi murid dalam mata pelajaran Matematik. Oleh yang demikian, guru harus memastikan pelajar benar-benar menguasai fakta asas darab dan kemahiran mendarab yang melibatkan pengumpulan semula untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam kelas.

Operasi mendarab nombor satu digit dan nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula adalah satu kemahiran yang tersendiri. Ia istimewa kerana kemahiran ini memerlukan seseorang murid menguasai fakta asas sifir darab dan tambah terlebih dahulu. Operasi darab menguji kepintaran murid berfikir dalam kemahiran menyelesaikannya mengikut prosedur. Tanpa penguasaan, ia akan menyebabkan murid tidak dapat melakukan operasi darab dan mengalami kesukaran untuk menguasai pelajaran Matematik. Ini adalah kerana kemahiran mendarab adalah merupakan kunci penting bagi mata pelajaran Matematik. Laporan serta kajian tentang masalah penguasaan fakta asas Matematik di kalangan murid-murid sekolah rendah pernah dijalankan. Contohnya, Data kajian (PPK 2006) tentang penguasaan fakta asas Matematik dikalangan murid sekolah rendah pada 31 Januari 2006 menunjukkan 63 244 orang murid tahap dua kini sedang mengikuti kelas pemulihan dan permasalahan ini perlu diberikan perhatian yang serius. Ini menunjukkan masih ramai murid yang belum menguasai kemahiran asas melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kegagalan penguasaan kemahiran mendarab pula adalah berpunca daripada penguasaan sifir darab yang lemah (Jamin Nangtang 2006).

Kajian yang dibuat oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP) mengenai pengajaran dan penguasaan fakta asas matematik di kalangan 3,569 orang murid Tahun Tiga sekolah-sekolah kebangsaan di 128 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2000 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid menjawab secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70% ke atas daripada jumlah bilangan soalan yang diberikan (JINP, 2001).

Berdasarkan fakta-fakta ini, suatu kajian tindakan berkaitan dengan masalah penguasaan kemahiran operasi darab dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya murid di kawasan FELDA telah dijalankan. Tumpuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit ke atas murid-murid Tahun 5 yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran mendarab di samping membantu mereka menguasai kemahiran mendarab dengan lebih baik menggunakan kad Zz.1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5 Wira. Kelas 5 Wira merupakan kelas terbaik daripada dua buah kelas yang terdapat di sekolah saya. Murid-murid ini merupakan murid yang diharapkan pihak sekolah untuk mendapat gred A dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2015. Untuk tujuan itu, mereka perlu menguasai empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Pada bulan Mac yang lalu, saya telah melaksanakan proses p&p bersama murid-murid Tahun 5 Wira untuk tajuk darab. Sepanjang proses p&p itu berlangsung, saya dapati murid-murid saya menghadapi masalah pada tajuk ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan pemeriksaan buku latihan mereka di mana seramai 60% iaitu 18/30 orang murid tidak dapat menjawab 10 soalan latihan darab yang diberikan dengan betul selepas proses p&p di dalam kelas. Namun begitu, yang amat merunsingkan saya adalah seramai 5 orang yang dilihat sangat lemah dalam kemahiran ini. Kekecewaan jelas terpancar di wajah saya. Ketika proses p&p berlangsung, saya merasakan mereka dapat menguasai isi pelajaran yang disampaikan tetapi sangkaan saya itu meleset. Dengan ini, saya merasakan pengajaran saya pada hari tersebut adalah gagal dan tidak mencapai objektifnya.

Apabila saya membuat penyemakan dengan teliti saya dapati mereka masih belum dapat menguasai cara mendarab nombor dengan menggunakan kaedah bentuk lazim terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor empat digit dengan nombor dua digit yang melibatkan proses mengumpul semula. Berikut adalah contoh-contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid di dalam buku latihan mereka.

Rajah 1 Kesalahan meletakkan hasil darab mengikut nilai tempat

Rajah 1 menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa membuat latihan di dalam buku tulis. Kesalahan yang dilakukan oleh murid adalah kesalahan dalam meletakkan hasil darab nombor yang kedua pada nilai tempat yang betul. Walaupun proses penambahan yang dilakukannya betul, namun hasil jawapan yang diberikan adalah salah. Ini menunjukkan bahawa murid ini belum menguasai kemahiran mendarab.

Rajah 2 Kesalahan menambah hasil darab

Rajah 2 pula menunjukkan kesalahan murid dalam menambah hasil darab dengan nombor proses kumpul semula. Kesalahan ini sering dilakukan oleh murid kerana mereka dilihat cuai semasa menambah hasil darab dengan nombor proses kumpul semula. Nombor yang diperolehi semasa proses kumpul semula tidak ditambah dengan hasil darab. Oleh itu, jawapan yang diberikan akan memberi kesan kepada jawapan yang sebenar dan menjadikan jawapan yang diberikan adalah salah.

Rajah 3 Kesalahan menulis hasil darab

Rajah 3 pula menunjukkan kesalahan murid dalam menulis hasil darab nombor yang pertama pada pengiraan mendarab. Apabila jawapan hasil darab yang diperolehi salah, maka selepas proses penambahan murid akan menemukan jawapan yang salah. Oleh itu, jawapan yang diperolehi itu tidak memberikan sebarang nilai pada langkah pengiraan mendarab murid.

Apabila saya bertanyakan secara lisan kepada murid tentang sebab mereka tidak dapat menjawab soalan latihan dengan baik, mereka menyatakan bahawa mereka kurang berminat terhadap kaedah bentuk lazim yang digunakan dalam mendarab nombor dan membosankan. Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan hebat sebagai seorang guru Matematik. Saya rasakan penyampaian saya dalam sesi p&p kurang memberi kesan kepada mereka sehinggakan lebih daripada separuh orang murid dalam kelas saya tidak dapat menguasai pengajaran yang dilaksanakan.Semasa penyemakkan buku latihan murid-murid itu juga, saya dapati terdapat juga murid yang tidak menjawab langsung soalan latihan yang diberikan. Pada pandangan saya, apabila murid tidak menjawab soalan yang diberikan, ini mungkin menunjukkan murid ini tidak berminat terhadap penggunaan kaedah bentuk lazim dalam operasi darab. Ini merupakan masalah yang serius dan perlu saya tangani segera agar ianya tidak berlarutan dalam diri murid-murid.

Ketika proses p&p di dalam kelas, saya dapati murid yang tidak dapat menguasai kemahiran mendarab menggunakan bentuk lazim dilihat tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Hal ini berlaku mungkin disebabkan mereka tidak menguasai langkah pengiraan dalam kaedah bentuk lazim yang di ajar. Untuk itu, langkah penyelesaian perlu diambil oleh saya dalam menangani masalah yang timbul ini. Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan berserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasai kemahiran yang di ajar. Saya merasakan mungkin kaedah pengajaran yang digunakan oleh saya tidak menarik dan kurang pelbagai. Semasa p&p saya hanya membuat penerangan dan murid mendengar sepenuhnya.

Melalui temubual terhadap lima orang murid, yang diperhatikan lemah selepas proses p&p, kebanyakan mereka memberikan jawapan yang sama tentang sebab mereka tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran mendarab. Antara jawapan mereka ialah kesukaran dalam mendarab dan menambah hasil darab, kesukaran dalam mendarab nombor yang kedua dalam kemahiran mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit, kurang berminat terhadap kaedah bentuk lazim dan kesukaran mengingat susunan nombor untuk mendarab. Oleh itu, saya merasakan saya perlu memikirkan satu teknik atau kaedah lain untuk membantu mereka ini dalam kemahiran mendarab nombor.

Rentetan daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda. Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai kemahiran ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini.

Oleh yang demikian, saya memilih kemahiran mendarab nombor sebagai tajuk kajian tindakan dalam mengetengahkah teknik operasi mendarab nombor menggunakan kad Zz. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan cuba mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa Mathematics is fun and easy.

1.2 Refleksi Sorotan Literatur

Banyak kajian telah dilakukan tentang masalah menyelesaikan operasi darab dikalangan murid di sekolah rendah. Rumusan yang diberi menampakkan pelbagai andaian berdasarkan skop dan bidang kajian. Berdasarkan kajian-kajian lepas terdapat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam mencari alternatif bagi menyelesaikan operasi darab. Namun begitu, tidak semua murid dapat mengikuti cara atau langkah kerja yang ditemui dan masalah ini masih lagi dihadapi oleh guru pada masa kini.

Operasi darab merupakan operasi yang menyeronokkan kerana dalam proses penyelesaian masalah semasa membuat operasi darab pelbagai kaedah boleh digunakan. Ini dapat melatih guru dalam membuat penilaian tentang sesuatu kaedah yang bersesuaian dengan bentuk soalan. Oleh itu, sebagai seorang guru yang berkesan, pelbagai teknik mendarab perlu didedahkan kepada murid agar murid dapat membuat pilihan terhadap teknik mendarab mengikut minat mereka.

Operasi darab juga dapat melatih kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Penulis Agnes Voo Tun Chuan dalam ringkasan jurnal oleh Dragonizer (2005), menerusi kajiannya mendapati pencapaian rendah dalam kalangan murid dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari kegagalan murid untuk menguasai sifir darab. Mereka ini didapati tidak memahami konsep operasi darab, tidakbelajar melainkan di sekolah, tidak mahu belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Mazlan Babok (2003), dalam kajiannya ke atas 26 orang murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Rasah Jaya, berkaitan dengan kaedah-kaedah menyelesaikan operasi darab, telah menyatakan bahawa murid menunjukkan tingkah laku yang menggambarkan mereka sangat berminat dan aktif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kaedah Latice untuk mendarab nombor yang diberikan kepada murid telah berjaya mencari jalan keluar dari masalah yang mereka hadapi. Ini menjadikan saya merasa lebih bersemangat untuk mencari kaedah lain dalam membantu murid yang lemah dalam kemahiran mendarab nombor.

Pendekatan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran telah dapat meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya dapat menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan operasi darab. Kajian ini telah dibuktikan oleh Aida Ibrahim (2006), dalam tajuk kajiannya tentang meningkatkan kemahiran murid mencongak fakta asas darab melalui pendekatan permainan domino. Kajian telah dijalankan ke atas murid-murid Tahun 5 iaitu seramai enam orang di Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah, Johor. Kajian ini dilihat berkaitan dengan kajian yang saya laksanakan kerana murid perlu menguasai sifir terlebih dahulu sebelum mempelajari kemahiran mendarab nombor. Saya akan mengaplikasikannya di dalam kelas saya terlebih dahulu bagi memantapkan penguasaan sifir dalam kalangan murid-murid. Setelah murid berjaya menguasai sifir dengan baik, teknik mendarab nombor yang akan saya gunapakai dalam kajian ini mungkin akan menjadi lebih berkesan.

Zainal Abidin bin Jaafar (2007), menerusi kajian tentang meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit bagi murid Tahun Empat di salah sebuah sekolah di daerah Jelebu menyatakan bahawa subjek Matematik adalah bukan killer subject di kalangan murid-murid. Untuk itu, beliau telah mengaplikasikan Kaedah Blok dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, khususnya operasi darab nombor dua digit dengan nombor dua digit . Beliau telah melaksanakan kajian melalui kaedah Ujian Pra, Post-Mortem 1, Aplikasi Kaedah Blok, PostMortem 2 dan Ujian Pos. Dalam kajiannya beliau mencadangkan murid perlu diberi kuasa autonomi untuk memilih cara atau langkah pengiraan yang mereka boleh kuasai. Kaedah Blok adalah salah satu satu contoh kaedah yang amat berkesan bagi murid yang kurang menguasai jalan kerja dalam bentuk lazim. Namun begitu, saya merasakan bukan semua murid berminat untuk menggunakan kaedah Blok. Hal ini kerana tahap kecerdasan dan minat murid adalah berbeza-beza. Mereka berhak memilih kaedah yang mudah difahami dan diminati dalam proses mendarab nombor. Oleh itu, saya merasakan kad Zz yang dihasilkan ini mungkin akan dapat membantu murid memilih kaedah yang terbaik untuk mereka.

Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa sorotan yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik yang terdahulu. Sorotan-sorotan ini dilihat mempunyai kaitan dengan kajian saya laksanakan. Ia merangkumi masalah penguasaan fakta asas darab, operasi darab, penggunaan alatan dan kaedah pengajaran yang perlu diPraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ianya dilihat serba sedikit dapat membantu saya untuk menjadikannya rujukan dan panduan dalam melaksanakan kajian ini terutamanya dalam mengetengahkan teknik mendarab nombor menggunakan kad Zz.

Didapati juga melalui kajian-kajian yang lalu, pengkaji kurang memberi fokus kepada murid-murid yang berada di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan FELDA dan banyak tertumpu kepada murid-murid di kawasan bandar. Oleh itu dalam kajian saya ini, saya akan menjalankan satu kajian khusus untuk menyiasat masalah-masalah yang timbul dalam proses p&p di dalam kelas khususnya untuk kemahiran mendarab nombor dan mengaplikasikan kad Zz ke atas murid-murid di sekolah saya.

2.0 FOKUS KAJIAN

Operasi darab merupakan satu kemahiran yang harus dikuasai oleh semua murid . Penguasaan terhadap kemahiran mendarab nombor akan menjadikan murid lebih mudah untuk menguasai kemahiran lain yang terdapat dalam mata pelajaran matematik. Bagi merealisasikan tujuan ini, guru harus memainkan peranan yang penting untuk membolehkan murid-murid dapat menguasai kemahiran mendarab nombor dengan baik.

Pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dalam kemahiran mendarab nombor yang pelbagai harus dikuasai oleh guru agar murid-murid dapat mempelajarinya dengan mudah dan berkesan. Untuk itu, guru tidak seharusnya menggunakan satu kaedah sahaja dalam pengajaran kemahiran mendarab nombor kepada murid-murid. Murid-murid harus didedahkan dengan pelbagai kaedah mendarab nombor dan seterusnya diberikan pilihan untuk memilih langkah pengiraan yang diminati dan mudah untuk mereka fahami. Bagi murid-murid yang masih gagal untuk menguasai kemahiran mendarab nombor, aktiviti pemulihan harus dilaksanakan dengan segera agar mereka tidak terus tercicir dalam proses pembelajaran. Tumpuan kepada aspek pemulihan akan memberi manfaat kepada murid-murid dari segi psikologi dan menambahkan motivasi belajar mereka.

Kajian yang saya laksanakan ini bermula dengan membuat diagnosis terhadap kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5 Wira terhadap kemahiran operasi darab. Untuk itu satu ujian diagnostik (rujuk lampiran A) telah dilaksanakan ke atas mereka. Dengan mengenalpasti kelemahan murid-murid pada peringkat awal, secara tidak langsung akan membolehkan langkah-langkah pemulihan yang sewajarnya dilakukan bagi mengelakkan murid-murid terus menerus mengalami kegagalan dalam mata pelajaran Matematik.

Setelah menguasai kemahiran ini, mereka akan mempunyai keyakinan diri, menyukai Matematik, berminat dan bermotivasi tinggi untuk terus mempelajari subjek Matematik. Memahami dan boleh melaksanakan operasi darab memerlukan keupayaan dalam kemahiran fakta asas darab dan tambah. Oleh itu, kajian tentang keupayaan murid-murid untuk menyelesaikan operasi darab akan memberi sumbangan terhadap meningkatkan keupayaan murid-murid untuk menguasai kemahiran operasi darab yang lebih sukar terutamanya dalam kemahiran menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi darab.

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu khususnya dan sekolah amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada. Selain daripada itu, guru Matematik yang mengajar kelas tersebut dapat meneruskan proses p&p dengan menggunakan pelbagai pendekatan di dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Tahun Lima dalam mata pelajaran Matematik.

Dalam kajian ini, fokus saya ialah untuk membantu setiap subjek kajian menyelesaikan soalan pendaraban terutamanya dalam kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit dengan tepat dan betul. Untuk tujuan itu, saya menggunakan kad Zz sebagai alat dalam membantu subjek kajian semasa proses mendarab nombor. Bagi diri saya, kemahiran mendarab adalah satu kemahiran yang amat penting dalam subjek Matematik. Jika ianya tidak dapat dikuasai oleh murid dengan sepenuhnya, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menguasai tajuk-tajuk yang lain dalam subjek Matematik. Kita sedia maklum bahawa setiap tajuk dalam subjek Matematik mengandungi kemahiran mendarab. Oleh itu ianya sangat perlu untuk murid-murid ini menguasai kemahiran mendarab dengan baik. Untuk mencapai apa yang ingin dihajatkan, saya akan berusaha membantu murid-murid ini untuk menguasai konsep ini dan berharap murid akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini. Juga adalah harapkan mereka akan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah. Dengan kad Zz ini, saya berharap masalah yang dihadapi oleh mereka dapat diatasi dan menjadikan mereka lebih seronok untuk mengikuti pembelajaran Matematik yang seterusnya. Di samping itu, sasaran untuk mendapatkan gred cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2015 oleh subjek kajian saya ini diharap dapat direalisasikan.Semasa proses melaksanakan kajian, saya telah memastikan kajian ini berjalan lancar dan boleh ditadbir dengan sempurna. Oleh itu, saya telah memastikan suasana yang sesuai semasa menjalankan kajian ini. Antara aspek yang diberi penekanan adalah aspek tempat dan masa. Bagi memastikan saya tidak menggunakan waktu pengajaran Matematik terhadap keseluruhan murid kelas 5 Wira pada waktu persekolahan, saya telah melakukan kajian ini di waktu tamat persekolahan iaitu pada waktu petang. Hal ini kerana saya ingin memastikan subjek kajian yang dipilih merasa selesa dan tidak terganggu dengan faktor luaran. Kajian ini juga telah dilaksanakan di dalam bilik darjah sahaja memandangkan tempat ini dirasakan tempat yang paling sesuai untuk sesuatu proses intervensi kerana terdapat kemudahan fizikal yang baik iaitu dari segi susunan kerusi meja serta kelengkapan lampu dan kipas.

Sepanjang menjalankan kajian ini, saya telah memastikan kepentingan kajian terhadap permasalahan yang timbul. Kepentingan kajian tindakan ini adalah bagi mengatasi masalah mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit oleh murid-murid Tahun 5 Wira dengan menggunakan kad Zz. Selain itu, kajian tindakan ini juga bertujuan untuk menguji keberkesanan kad Zz yang saya gunakan dalam kemahiran mendarab nombor.

Dalam kajian ini, saya berusaha menentukan kebolehgunaan kad Zz bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5 Wira. Seandainya teknik yang saya gunakan ini tidak berjaya, saya terpaksa menerima bahawa teknik yang saya gunakan dalam kajian adalah tidak sesuai dan saya haruslah mencari kaedah lain yang lebih sesuai serta dapat diterima oleh murid-murid.

Disamping itu, saya juga telah mementingkan aspek kawalan dalam kajian tindakan ini. Dalam kajian ini, terdapat beberapa aspek yang perlu dikawal seperti masa, tempat, suasana bilik darjah, mood subjek kajian dan sebagainya. Sebagai contohnya, saya telah menetapkan masa yang secukupnya bagi subjek kajian mengikuti intervensi menggunakan kad Zz. Bagi kajian ini, saya telah berkolaborasi dengan rakan-rakan kelas terutama bagi proses pertukaran idea dan pandangan terhadap perancangan kajian. Proses pertukaran idea ini dilihat dapat memberikan idea baharu dan percambahan maklumat. Selain itu, saya juga telah mengadakan kolaborasi bersama rakan-rakan guru di sekolah dalam mengumpul maklumat berkaitan subjek kajian. Individu yang amat penting dalam kajian ini adalah pensyarah penyelia saya. Proses kolaborasi telah dilakukan bersama pensyarah penyelia dengan tujuan kajian tindakan yang dilakukan ini menepati skop yang ditetapkan serta mencapai matlamat yang diinginkan. Sekiranya tiada proses kolaborasi ini, besar kemungkinan kajian tindakan yang saya hasilkan tidak mencapai tahap yang baik.

Saya telah mengambil kira kerelevanan kajian tindakan ini kepada pihak sekolah. Sekiranya kajian ini menghasilkan sesuatu yang positif, murid-murid akan dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam tajuk-tajuk Matematik yang lain pula. Disamping itu, mereka juga boleh menggunakannya dalam menjawab soalan ujian dan peperiksaan dengan lebih baik segaligus dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu:a) Membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit dengan menggunakan kad Zz.b) Mengenalpasti sama ada penggunaan kad Zz dapat membantu murid menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor lima digit dengan nombor satu digit dan nombor empat digit dengan nombor dua digit.

3.2 Soalan kajian

Berdasarkan kajian di atas, kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan berikut:a) Adakah kad Zz dapat membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit?b) Bagaimanakah penggunaan kad Zz dapat membantu murid dalam menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor lima digit dengan nombor satu digit dan nombor empat digit dengan nombor dua digit?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada murid-murid Tahun 5 Wira di Sekolah Kebangsaan Palong 8 (F) yang berumur 11 tahun. Memandangkan saya merupakan guru yang mengajar subjek Matematik kelas ini, maka amat sesuai bagi saya untuk menjadikan mereka sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini. Terdapat seramai 20 orang murid lelaki dan 10 orang murid lelaki di dalam kelas ini. Kesemua murid adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Murid-murid daripada kelas ini secara keseluruhannya adalah daripada keluarga sederhana dan merupakan anak atau cucu kepada Peneroka Felda Palong 8.

Daripada pemerhatian saya sepanjang mengajar mereka di dalam kelas, saya mendapati bahawa prestasi pencapaian subjek Matematik bagi murid-murid kelas ini terdiri daripada tiga kategori iaitu baik, sederhana dan lemah. Walaupun kelas ini merupakan kelas terbaik daripada dua buah kelas yang ada di sekolah ini, tahap kecerdasan mereka adalah berbeza-beza. Oleh itu, bagi menilai tahap penguasaan kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit, saya telah menjalankan satu ujian diagnostik ke atas mereka. Semasa ujian diagnostik dijalankan seramai dua orang murid tidak hadir dan ini menjadikan seramai 28 orang murid sahaja yang menjalani ujian dignostik.

Berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik yang telah dilakukan, terdapat seramai lima orang murid yang diperhatikan mempunyai masalah dalam kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan nombor empat digit dengan nombor dua digit. Markah bagi Ujian Diagnostik boleh dirujuk pada bahagian Lampiran A. Oleh itu, dalam kajian ini saya menjadikan kelima-lima murid ini sebagai subjek kajian. Lima orang subjek kajian ini terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki. Bagi menilai tahap penguasan mereka terhadap kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit dengan lebih terperinci, saya telah menjalankan Ujian Pra pula kepada kelima-lima subjek kajian ini. Markah Ujian Pra boleh dirujuk pada bahagian Lampiran B.

Mengikut pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 pula, pencapaian kelima-lima subjek kajian ini adalah lemah di mana mereka mendapat markah kurang daripada 40% bagi mata pelajaran Matematik. Dari segi tahap kecerdasan murid, saya sebagai guru matematik kelas ini dapati 3 orang murid berada pada tahap sederhana dan 2 orang murid pada tahap lemah.

Dari segi keperibadian murid, apa yang dapat saya kenalpasti ialah terdapat dikalangan mereka ini mempunyai sifat pemalu dan tidak berani untuk mencuba sesuatu. Semasa di dalam kelas pula, saya dapat melihat murid-murid ini kelihatan pasif terutama ketika aktiviti kumpulan. Apabila melaksanakan aktiviti individu pula, saya dapati mereka ini akan cuba untuk berdikari sendiri dan tidak meminta bantuan daripada guru. Melalui tindakan mereka itu, saya dapati banyak kesalahan berulang yang dilakukan mereka disebabkan mereka tidak betul-betul memahami isi pelajaran yang baharu dipelajari.

Oleh yang demikian, saya merasakan mereka ini sangat perlu untuk dibantu agar mereka ini dapat memahami dengan jelas tentang kemahiran mendarab nombor seterusnya dapat membantu mereka menguasai kemahiran mendarab nombor menggunakan kad Zz. Untuk itu, mereka ini dipilih untuk menjadi kumpulan sasaran untuk kajian saya pada kali ini .

5.0 TINDAKAN

Tindakan yang telah saya jalankan merangkumi beberapa langkah iaitu perancangan tindakan, cara mengumpul data dan menganalisis data.

5.1 Perancangan Tindakan

Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan dan saya akan menggunakan model Kurt Lewin (1946) sebagai panduan dalam melaksanakan kajian. Model Kurt Lewin melibatkan lima langkah utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan, dan membuat refleksi ke atas segala tindakan. Kerangka konseptual kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 :

MENGENALPASTI ASPEK AMALANPernyataan MasalahPenyemakan buku latihanTemubual tidak rasmiPemerhatian Ujian DiagnostikAnalisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014MERANCANGIntervensi dengan menggunakan kad Zz.Pengumpulan data Ujian PraPemerhatianSemakan DokumenUjian PosTemubualTINDAKAN/IMPLEMENTASIMelaksanakan intervensi dengan menggunakan kad Zz.MELIHAT KESAN TINDAKANMenganalisis data :Ujian PraPemerhatian Semakan DokumenUjian PosTemubualMembincangkan dapatanREFLEKSIMembuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan dapatan yang dikumpulKITARAN SETERUSNYA

Rajah 4 : Kerangka konseptual (Diadaptasi dari Bahagian Pendidikan Guru, 2002)

Dalam mengenal pasti aspek amalan, saya telah mengenal pasti aspek amalan dengan menggunakan lima kaedah iaitu penyemakan buku latihan murid, temubual, menjalankan pemerhatian semasa proses p&p, mengadakan Ujian Diagnostik dan menganalisis markah prestasi Matematik Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014. Selepas masalah dikenal pasti, satu pelan tindakan bagi mengatasi masalah telah direkabentuk seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4. Tindakan seterusnya adalah memilih strategi untuk membuat intervensi dan mengenal pasti instrumen bagi pengumpulan data. Sebelum sesi intervensi dijalankan, saya telah menjalankan Ujian Pra ke atas subjek kajian.

Langkah seterusnya adalah memberi rawatan / membuat intervensi menggunakan teknik yang telah ditentukan. Dalam langkah ini, penggunaan kad Zz telah dipilh bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Intervensi yang djalankan hanya dilakukan sebanyak dua kali sahaja.

Langkah seterusnya bagi memenuhi reka bentuk kajian tindakan mengikut model Kurt Lewin ialah membuat penilaian terhadap teknik yang telah dipilih dan dijalankan ke atas subjek kajian. Tujuan penilaian tersebut adalah bagi menentukan kesan intervensi atau rawatan yang telah diberikan terhadap subjek kajian. Penilaian bagi kajian ini dibuat dengan menganalisis data mengikut instrumen yang telah ditetapkan.

Selepas membuat penilaian, langkah seterusnya dalam model Kurt Lewin adalah membuat refleksi terhadap rawatan yang telah diberikan terhadap subjek kajian. Selepas mengambil kira maklumat dan dapatan yang telah dikenal pasti, saya boleh meneruskan satu lagi kitaran bagi penambahbaikan bagi kitaran pertama. Namun begitu, dalam kajian tindakan ini, saya hanya menggunakan satu kitaran sahaja.

5.1.1 Cara menggunakan kad Zz

Aktiviti ini merupakan aktiviti individu yang akan melibatkan setiap subjek kajian dalam proses pembelajaran (Intervensi). Pada permulaan intervensi, setiap subjek kajian akan dibekalkan dengan 2 keping kad Zz yang berlainan warna iaitu kad A dan kad B. Kad A berwarna merah dan kad B bewarna hijau seperti berikut :

Kad A Kad B

Semasa proses mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit, kad A sahaja yang akan digunakan manakala proses mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit, kad A dan kad B akan digunakan. Contoh proses pendaraban adalah seperti berikut :

Contoh 1 (Mendarab nombor 5-digit dengan nombor 1-digit)15 786 x 6 = ?Langkah kerja :a) Murid dikehendaki mendarab nombor satu persatu dan menulis hasil darab setiap nombor pada ruangan kotak yang terdapat dalam kad A.b) Pendaraban dilakukan bermula dengan nombor yang berada di nilai tempat yang paling besar. c) Bagi contoh 1, ianya dimulakan dengan mendarab nombor 1 dengan 6. Hasil darabnya ialah 6. Pada ruangan kad A, ianya perlu di isikan pada 2 kotak yang teratas dan di isikan dengan nombor 0 pada kotak sebelah kiri nombor 6 pada kotak sebelah kanan. Hasil darab yang memberikan nilai 1-digit perlu dijadikan nombor 2-digit dengan menambah sifar pada hasil darab nombor tersebut.

1. 061 x 6 = 6 (06)

d) Kemudian, proses pendaraban dilaksanakan ke atas setiap nombor yang seterusnya dan hasil darabnya juga di isi ke dalam kad A mengikut urutan dengan betul.

06304248361. 1 x 6 = 6 (06)

2. 5 x 6 = 30

3. 7 x 6 = 42

4. 8 x 6 = 48

5. 6 x 6 = 36

e) Setelah proses mendarab dan menulisnya pada kad A selesai, murid perlu melaksanakan proses penambahan mengikut nilai tempat dan akan memperolehi jawapan terhadap soalan pendaraban.

0630424836

1

+

71694

f) Maka dengan itu, jawapan bagi contoh 1 ialah 94 716.

Contoh 2 (Mendarab nombor 4-digit dengan nombor 2-digit)3 580 x 48 =Langkah kerja :a) Langkah kerja ini memerlukan murid menggunakan kad A dan kad B.b) Pertama sekali, murid perlu membuat pendaraban satu persatu nombor 3 580 dengan nombor 4 dan menulis hasil darabnya di dalam kad A.

1. 122032043 x 4 = 12

2. 5 x 4 = 20

3. 8 x 4 = 32

4. 0 x 4 = 4(04)

c) Langkah seterusnya, murid perlu membuat pendaraban satu persatu nombor 3 580 dengan nombor 8 dan menulis hasil darabnya di dalam kad B pula.1. 244064083 x 8 = 24

2. 5 x 8 = 40

3. 8 x 8 = 64

4. 0 x 8 = 8(08)

d) Setelah proses kedua-dua pendaraban dan menulis hasil darab pada kedua-dua kad selesai, murid perlu melaksanakan proses penambahan mengikut nilai tempat dengan mencantumkan kedua-dua kad seperti berikut :

1

12203204

+

24406408

188718

e) Selepas proses penambahan mengikut nilai tempat, murid akan menemui jawapan kepada soalan 3 580 x 48 = 171 888.

Semasa latihan menggunakan kad Zz oleh subjek kajian, saya telah menggunakan bahasa Matematik yang mudah difahami dan bersesuaian dengan tahap subjek. Tujuannya ialah bagi memudahkan mereka mengingat langkah-langkah penting dalam menggunakan kad Zz ini semasa menjawab soalan pendaraban.

Disamping itu, saya juga sentiasa menggalakkan mereka untuk semasa menggunakan kad Zz. Hal ini penting agar terdapat komunikasi dua hala antara saya dan mereka semasa proses intervensi berlangsung. Secara tidak langsung, saya juga mendapat maklum balas dengan cepat tentang tahap kefahaman mereka menggunakan kad Zz.

5.2 Cara Pengumpulan Data

Menurut Young Ah Lee et. Al. (2012), kajian tindakan dirancang secara sistematik mengandungi bukti kepada jawapan-jawapan bagi soalan tertentu yang akan membawa kepada perubahan dalam amalan guru. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan beberapa jenis instrumen. Setiap instrumen memainkan peranan yang berbeza bagi menyokong kajian saya ini. Berikut adalah huraian bagi setiap instrumen yang telah saya jalankan.

5.2.1 Semakan Dokumen (Buku Tulis)

Selepas selesai proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terhadap murid-murid Tahun 5 Wira, saya telah membuat penyemakan buku latihan terhadap latihan yang diberikan. Semakan yang dibuat adalah dengan tujuan mengenalpasti tahap penguasaan murid dan mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid dalam kemahiran mendarab nombor. Semakan buku latihan lebih tertumpu kepada lima orang subjek kajian yang turut menjawab soalan latihan yang diberikan. Senarai semak (rujuk lampiran B) digunakan bagi mencatat kesalahan yang dilakukan oleh subjek kajian dalam latihan. Data yang diperolehi dianalisis dalam bentuk jadual.5.2.2 Temubual

Bagi sesi temubual, saya telah menjalankan dua kali sesi temubual terhadap kelima-lima subjek kajian sebelum dan selepas kad Zz diperkenalkan. Temubual yang dilakukan adalah temubual secara lisan dan santai bagi mendapatkan maklum balas yang jujur dan tidak membuatkan subjek kajian berasa malu atau tertekan. Soalan-soalan yang diajukan kepada subjek kajian adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1 Soalan temubual subjek kajian.PERKARAITEM SOALAN TEMUBUALSKALA

YATIDAK

Sebelum sesi kad Zz diperkenalkan.Adakah anda minat terhadap subjek Matematik?

Adakah tajuk Darab sukar bagi anda?

Adakah kaedah bentuk lazim membantu anda menyelesaikan soalan darab?

Adakah anda memerlukan kaedah mendarab yang lain untuk mendarab nombor?

Selepas kad Zz diperkenalkan.Adakah anda faham cara operasi darab menggunakan kad Zz?

Adakah kad Zz membantu anda menyelesaikan soalan darab?

Adakah kad Zz dapat membantu anda meningkatkan pencapaian dalam operasi darab?

Tanpa menggunakan kad Zz, adakah anda boleh menyelesaikan soalan operasi darab?

Jadual 1 menunjukkan soalan temubual yang digunapakai semasa proses temubual. Skala Ya atau Tidak digunakan bagi memudahkan saya memproses data. Data yang diperolehi dianalisis dalam bentuk jadual dengan merangkumkan semua jawapan subjek kajian dalam temubual yang dijalankan.

5.2.3 Ujian Diagnostik

Saya juga telah menjalankan ujian diagnostik (rujuk lampiran A) bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menyelesaikan soalah darab yang melibatkan kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit. Ujian Diagnostik ini telah dijalankan ke atas semua murid Tahun 5 Wira. Dalam ujian ini, terdapat sebanyak 5 soalan yang diuji di mana dua soalan adalah soalan yang menguji kemahiran murid mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan tiga soalan lagi adalah soalan yang menguji kemahiran mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit. Kriteria pemilihan lima orang subjek kajian adalah berdasarkan kepada keputusan Ujian Diagnostik ini di mana murid yang mendapat markah kurang dari 40% akan menjadi subjek kajian saya.

5.2.4 Ujian Pra

Bagi mengenalpasti tahap penguasaan dan kefahaman subjek kajian terhadap kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit dengan lebih terperinci, saya telah menjalankan Ujian Pra (rujuk lampiran C). Ujian Pra ini dijalankan sebelum sesi intervensi bermula. Soalan Ujian Pra mengandungi lima soalan berkenaan dengan kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan lima soalan tentang mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit. Ujian ini adalah ujian subjektif dan subjek kajian dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut.

Jadual 2 : Markah Ujian PraBILSUBJEK KAJIANJANTINAMARKAH

1.P01P30%

2.P02P10%

3.P03P30%

4.L01L30%

5.L02L0%

Jadual 2 menunjukkan markah Ujian Pra bagi subjek kajian yang dilabel sebagai P01, P02, P03, L01 dan L02. Nama samaran ini akan digunakan sepanjang menulis laporan kajian. Ujian Pra ini dilaksanakan mengikut tatacara ujian yang sebenar. Kedudukan meja dan kerusi setiap subjek kajian dijarakkan mengikut standard peperiksaan sebenar agar sebarang peniruan tidak berlaku. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini adalah 30 minit.

5.2.5 Pemerhatian

Dalam kajian ini, saya telah membuat pemerhatian semasa sesi intervensi dijalankan di dalam kelas. Sebanyak dua kali pemerhatian dilakukan iaitu pada intervensi 1 dan intervensi 2. Saya telah menggunakan senarai semak pemerhatian (rujuk lampiran D) terhadap setiap subjek kajian bagi mengenal pasti kebolehan subjek kajian menggunakan kad Zz. Perkara yang diperhatikan adalah seperti langkah prosedur dan kesilapan subjek kajian semasa menggunakan kad Zz dalam menjawab soalan mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit dengan lebih terperinci. Sekiranya terdapat subjek kajian yang diperhatikan membuat kesilapan, saya akan segera membantu dan membimbing mereka agar dapat menguasai langkah pengiraan dengan betul menggunakan kad Zz.

5.2.6 Semakan Dokumen (Lembaran Kerja)

Selain itu, dokumen dalam bentuk hasil kerja subjek kajian iaitu lembaran kerja juga merupakan sebahagian daripada data dalam kajian ini. Sebanyak tiga lembaran kerja yang telah diberikan kepada subjek kajian semasa proses intervensi berlangsung. Lembaran kerja ini dilabel sebagai Lembaran Kerja 1(LK1) (rujuk lampiran E) , Lembaran Kerja 2(LK2) (rujuk lampiran F) dan Lembaran Kerja 3(LK3) (rujuk lampiran G). LK1 dilaksanakan pada awal sesi intervensi 1 iaitu sebelum kad Zz diperkenalkan. LK2 pula diberikan pada murid setelah berakhirnya Intervensi 1 dan LK3 diberikan selepas intervensi 2. Hasil kerja subjek kajian ini telah disemak dan dianalisis bagi mengenalpasti pencapaian subjek kajian sepanjang proses intervensi menggunakan kad Zz dalam mempelajari kemahiran mendarab nombor.

5.2.7 Ujian Pos

Setelah berakhirnya dua sesi intervensi, saya telah mengadakan Ujian Pos (rujuk lampiran H) bagi lima orang subjek kajian tersebut. Semua subjek kajian dikehendaki menjawab 10 soalan yang sama seperti Ujian Pra. Namun begitu, kedudukkan nombor soalan telah diubah susunannya. Semasa menjawab, setiap subjek kajian dikehendaki menjawab menggunakan kad Zz yang dibekalkan serta menunjukkan langkah-langkah pengiraan dalam kertas soalan. Masa yang diperuntukan adalah selama 30 minit. Semasa ujian, kedudukan meja dan kerusi adalah seperti mentadbir Ujian Pra dan sistem pemarkahan juga adalah sama dengan Ujian Pra.

Ujian Pos yang dijalankan bertujuan menentukan pencapaian dalam kemahiran mendarab subjek kajian dalam penggunaan kad Zz. Markah Ujian Pos akan dibandingkan dengan Markah Ujian Pra untuk tujuan menganalisis peratus perubahan pencapaian subjek kajian. Jadual dan graf digunakan dalam menganalisis data.

6.0 ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

Menurut Mertler (2006), data yang dikumpul perlu dianalisis dan dibuat interpretasi bagi membolehkan penyelidik melapor dapatan kajian berdasarkan bukti-bukti yang telah diperoleh. Menurut Creswell (2009) pula, terdapat dua kaedah penganalisisan data iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Hasil pengumpulan data boleh direkodkan dalam bentuk nombor atau pun teks.

Dalam kajian ini, saya menganalisis data yang dikumpul secara kualitatif. Data kualitatif adalah data yang diperoleh dalam bentuk teks seperti transkrip temu bual, nota lapangan dan lain-lain bahan. Data ini diproses secara sistematik untuk dipersembahkan kepada orang lain (Bogdan dan Biklen, 1992). Selain itu, data kuantitatif pula adalah data yang diperoleh dalam bentuk numerikal (Creswell, 2009). Kaedah soal selidik tertutup dan ujian merupakan instrumen mengumpul data berbentuk numerikal yang selalu digunakan oleh penyelidik.

Data yang diperolehi daripada kaedah pemerhatian, kaedah analisis dokumen, kaedah temu bual dan Ujian Pra serta Ujian Pos daripada subjek kajian dianalisis dalam bentuk jadual dan graf. Analisis data kajian yang digunakan dalam kajian tindakan ini dijelaskan secara terperinci seperti yang dinyatakan di bawah:

6.1 Sebelum Kajian Dijalankan

Sebelum saya menjalankan kajian ini, saya telah menjalankan satu sesi temubual (rujuk lampiran I) terhadap kelima-lima subjek kajian. Tujuannya ialah untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap kaedah bentuk lazim dalam menyelesaikan soalan mendarab yang melibatkan nombor lima digit dengan nombor satu digit dan pendaraban nombor empat digit dengan nombor dua digit. Rumusan data temubual seperti di jadual 3.Jadual 3 Rumusan data temubualPERKARAITEM SOALAN TEMUBUALJAWAPAN

YATIDAK

Sebelum sesi kad Zz diperkenalkan.Adakah anda minat terhadap Matematik?50

Adakah tajuk Darab sukar bagi anda?41

Adakah kaedah bentuk lazim membantu anda menyelesaikan soalan darab?05

Adakah anda memerlukan kaedah mendarab yang lain untuk mendarab nombor?50

Jadual 3 menunjukkan rumusan data temubual terhadap subjek kajian sebelum intervensi dijalankan. Bagi item 1, kelima-lima subjek kajian menunjukkan minat terhadap subjek Matematik. Ini menunjukkan bahawa walaupun mereka dilihat lemah dalam kemahiran mendarab nombor, mungkin terdapat faktor lain yang mendorong mereka untuk terus meminati subjek Matematik.

Bagi item 2 pula, empat orang subjek kajian menyatakan bahawa tajuk darab adalah sukar dan seorang subjek kajian menyatakan tidak. Hal ini mungkin disebabkan kebanyakkan mereka tidak dapat menyelesaikan soalan darab dengan betul hingga membuatkan mereka menyatakan tajuk darab adalah sukar.

Bagi item 3, kelima-lima subjek kajian menyatakan kaedah bentuk lazim yang telah dipelajari tidak membantu mereka dalam menyelesaikan soalan darab. Hal ini mungkin berlaku disebabkan soalan latihan yang mereka laksanakan banyak yang salah. Selain itu, terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengatakan bahawa kaedah bentuk lazim tidak sesuai untuk mereka dalam menjawab soalan darab. Hal ini adalah kerana mereka tidak memahami dengan jelas prosedur mendarab terutama bagi soalan mendarab nombor yang melibatkan nombor empat digit dengan nombor dua digit.

Bagi item 4, kelima-lima subjek kajian menyatakan mereka berharap sangat dapat mempelajari kaedah lain dalam menjawab soalan darab. Ini menunjukkan bahawa subjek kajian masih bersemangat untuk mempelajari kemahiran mendarab nombor. Dengan semangat yang ada, ini secara tidak langsung akan memudahkan saya untuk melaksanakan intervensi bersama mereka.Melalui pemerhatian di dalam kelas, saya dapati apabila saya memberikan soalan yang melibatkan pendaraban, subjek kajian menunjukkan reaksi muka tidak berminat terhadap soalan tersebut. Apa yang dapat saya rumuskan bahawa mereka mungkin tidak dapat menguasai kemahiran ini menggunakan kaedah bentuk lazim. Oleh itu, kaedah lain sememangnya diperlukan untuk mereka mempelajari kemahiran ini.

Bagi mengenalpasti kelemahan dan penguasaaan mereka dalam kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan nombor empat digit dengan nombor dua digit, saya telah menjalankan Ujian Diagnostik ke atas semua murid Tahun 5 Wira. Berdasarkan Markah Ujian Diagnostik (rujuk lampiran J), saya dapati seramai lima orang murid telah dikenalpasti tidak dapat menguasai kemahiran mendarab nombor.Jadual 4 Markah Ujian Diagnostik Subjek Kajian.BILSUBJEK KAJIANMARKAH

1Murid 40%

2Murid 80%

3Murid 1210%

4Murid 1610%

5Murid 1810%

Jadual 4 menunjukkan seramai Lima orang murid yang telah gagal dalam Ujian Diagnostik. Markah yang diperolehi oleh mereka adalah kurang daripada 40%. Berpandukan keputusan itu, saya telah menjadikan mereka sebagai subjek kajian dalam kajian tindakan ini.

Selepas sesi pemilihan subjek kajian selesai, saya telah mengadakan Ujian Pra ke atas kelima-lima orang subjek kajian ini. Tujuan Ujian Pra ini dilakukan adalah untuk saya mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran mendarab mereka dengan menggunakan kaedah bentuk lazim seterusnya akan digunakan dalam membuat banding beza dengan Ujian Pos. Keputusan ujian Pra bagi lima orang subjek kajian adalah seperti dalam Rajah 5 berikut :

Rajah 5 : Peratus Markah Ujian Pra Rajah 5 menunjukkan tiga orang subjek kajian mendapat markah sebanyak 30 peratus, subjek kajian P02 mendapat markah 10 peratus dan subjek kajian L02 mendapat markah 0 peratus. Ini menunjukkan bahawa pencapaian subjek kajian adalah di tahap lemah kerana kelima-lima subjek kajian mendapat markah kurang daripada markah lulus iaitu 50 peratus. Hasil penyemakkan terhadap langkah pengiraan yang dilakukan oleh subjek kajian di dalam ujian, saya mendapati subjek kajian membuat kesalahan dalam menulis hasil darab, kecuaian menambah hasil darab dua nombor, kecuaian menambah hasil darab dengan nombor kumpul semula, kesalahan dalam kaedah mendarab nombor dua digit dan kesalahan meletakkan hasil darab nombor yang kedua mengikut nilai tempat.

Saya berpandangan bahawa kelima-lima subjek kajian ini sememangnya belum menguasai kaedah bentuk lazim dalam kemahiran mendarab nombor. Oleh yang demikian, saya merasakan mereka ini sangat perlu dibantu dalam menguasai kemahairan mendarab nombor ini.

6.2 Semasa Kajian Dijalankan

Semasa kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen (Lembaran kerja) bagi melihat kesan intervensi yang dilaksanakan. Sebanyak dua kali sesi intervensi dilakukan bersama subjek kajian dalam membimbing mereka menggunakan kad Zz yang diperkenalkan. Sesi intervensi dilaksanakan selepas tamat waktu persekolahan iaitu pada waktu petang agar tidak mengganggu murid yang tidak terlibat dalam kelas tersebut. Berikut adalah hasil analisis kedua-dua kaedah tersebut:

6.2.1 Pemerhatian

Dalam kajian ini, saya telah melaksanakan pemerhatian terhadap tingkah laku subjek kajian semasa menggunakan kad Zz yang saya sediakan. Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamad (2011) menyatakan pemerhatian bertujuan membantu guru menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap pengajarannya. Seseorang guru harus sentiasa memerhatikan reaksi muridnya untuk mengenal pasti tingkah laku dan perasaan agar dapat memastikan komunikasi berlaku antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid.

Instrumen senarai semak Skala Guttman (1944) telah digunakan iaitu analisis skor Ya atau Tidak untuk mencatat setiap perlakuan dan tindak balas subjek kajian. Skala Guttman (1944) ialah skala yang menginginkan jawapan tegas, seperti jawapan benar-salah, ya-tidak, pernah-tidak pernah, positif-negatif, tinggi-rendah, baik-buruk dan seterusnya. Pada skala Guttman, hanya ada dua interval, iaitu setuju dan tidak. Skala Guttman dapat dibuat dalam bentuk pilihan mahupun daftar senarai semak. Untuk jawapan positif seperti benar, ya, tinggi, baik dan sebagainya diberi skor 1 manakala jawapan negatif seperti salah, tidak, rendah, buruk dan sebagainya diberi skor 0.

Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap kelima-lima subjek kajian semasa proses intervensi. Dapatan analisis pemerhatian dicatat menggunakan Instrumen Senarai Semak Pemerhatian ( rujuk lampiran D) yang dirancang terlebih dahulu. Terdapat 8 item yang diperhatikan berdasarkan kefahaman subjek kajian menggunakan kad Zz. Saya menanda simbol () bagi setiap item yang dilaksanakan oleh subjek kajian dan () bagi jawapan sebaliknya. Setiap item yang dilaksanakan oleh subjek kajian diberi skor 1, manakala item yang tidak dapat dilaksanakan oleh subjek kajian diberi skor 0. Saya telah menjalankan dua kali sesi pemerhatian sewaktu pelaksanaan kajian dijalankan. Jadual 5 dibawah menunjukkan Hasil Catatan Pemerhatian tehadap subjek kajian.Jadual 5 Hasil Catatan PemerhatianAktiviti 1 : Mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit.BilItemSubjek Kajian dapatP01P02P03L01L02

SESISESISESISESISESI

1212121212

1Menulis hasil darab ke dalam kad Zz dengan betul mengikut nilai tempat.

2Menambah hasil darab mengikut nilai tempat dengan betul untuk mendapatkan jawapan.

3Menyelesaikan 2 soalan Mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dengan betul menggunakan kad Zz.

SKOR3303233313

Aktiviti 2 : Mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit.BilItemSubjek Kajian dapatP01P02P03L01L02

SESISESISESISESISESI

1212121212

1Menulis hasil darab pertama ke dalam kad A dengan betul mengikut nilai tempat.

2Menulis hasil darab kedua ke dalam kad A dengan betul mengikut nilai tempat.

3Mencantumkan Kad B dengan Kad A secara menyusun kad kedua mengikut nilai tempat dengan betul.

4Menambah hasil darab mengikut nilai tempat dengan betul untuk mendapatkan jawapan.

5Menyelesaikan 2 soalan Mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit dengan betul menggunakan kad Zz.

SKOR5525345514

JUMLAH SKOR8828578827

Jadual 5 menunjukkan Hasil Catatan Pemerhatian terhadap kelima-lima subjek kajian. Pada sesi 1, subjek kajian P01 telah dapat menjalankan ketiga-tiga item bagi aktiviti 1 dan kelima-lima item bagi aktiviti 2 dengan baik di mana subjek kajian P01 telah dapat melaksanakan langkah pengiraan menggunakan kad Zz dengan betul. Dua soalan tentang mendarab nombor lima digit dengan satu digit serta dua soalan mendarab nombor empat digit dengan dua digit juga berjaya dijawab dengan betul bagi sesi1.

Pada sesi 2 pula, subjek kajian P01 telah mengekalkan penguasaan menggunakan kad Zz dengan betul apabila telah berupaya menjalankan kesemua item aktiviti 1 dan aktiviti 2 seperti mana pada sesi 1. Ini menunjukkan bahawa subjek kajian P01 dilihat telah betul-betul menguasai menggunakan kad Zz untuk menyelesaikan soalan darab nombor lima (5) digit dengan satu (1) digit dan soalan darab nombor empat (4) digit dengan dua (2) digit dengan baik.

Pada sesi 1, subjek kajian P02 dilihat belum lagi menguasai kemahiran menggunakan kad Zz semasa aktiviti 1 dijalankan. Subjek kajian P02 telah melakukan kesalahan dengan menulis hasil darab pada kad Zz secara terbalik iaitu mendarab nombor pada nilai tempat sa terlebih dahulu sedangkan subjek kajian P02 sepatutnya mendarab nombor bermula dengan nombor di nilai tempat puluh ribu. Apabila subjek kajian telah membuat kesalahan pada item 1, langkah penambahan hasil darab menggunakan kad Zz pada item 2 akan memberikan jawapan yang salah. Dengan kefahaman yang salah ini menjadikan subjek kajian P02 tidak dapat menyelesaikan dua soalan mendarab nombor lima (5) digit dengan satu (1) digit menggunakan kad Zz pada item 3.

Semasa aktiviti 2 pula iaitu pada sesi 1, subjek kajian P02 dilihat masih melakukan kesalahan dalam menulis hasil darab pada kad A . Namun begitu, subjek kajian P02 akhirnya berjaya menulis hasil darab pada kad B. Semasa proses mencantumkan kedua-dua kad, subjek kajian P02 telah mencantumkannya dengan betul. Bagi proses penambahan hasil darab kedua-dua kad iaitu kad A dan kad B, subjek kajian berjaya menambah dengan baik dan mendapatkan jawapan. Namun begitu jawapan yang diperolehi adalah salah kerana hasil darab pada kad A yang diperolehi pada awalnya adalah salah. Hal ini menyebabkan subjek kajian P02 tidak berjaya menjawab dua soalan darab nombor empat (4) digit dengan dua (2) digit dengan baik pada item 5.Setelah teguran dan bimbingan diberikan pada subjek kajian P02 semasa intervensi, subjek kajian P02 telah menunjukkan peningkatan yang ketara pada sesi 2. Subjek kajian P02 diperhatikan telah berupaya mengikut langkah-langkah yang betul semasa menggunakan kad Zz. Kesemua item dalam aktiviti 1 dan aktiviti 2 berjaya dilaksanakan dengan baik. Dua soalan darab nombor lima (5) digit dengan satu (1) digit dan dua soalan darab nombor empat (4) digit dengan dua (2) digit juga telah berjaya dijawab dengan betul. Ini menunjukkan bahawa subjek kajian P02 telah bersedia untuk menggunakan kad Zz untuk soalan darab yang berikutnya.

Pada sesi 1, subjek kajian P03 dilihat telah menguasai kemahiran menggunakan kad Zz semasa aktiviti 1. Namun begitu pada item 3, subjek kajian P03 hanya berjaya berjaya menjawab satu soalan sahaja dengan betul. Kecuaian semasa menambah hasil darab telah dilakukan oleh subjek kajian P03 untuk soalan yang kedua.

Semasa aktiviti 2 pula iaitu pada sesi 1, subjek kajian P03 dilihat masih melakukan kesalahan yang sama iaitu kecuaian semasa menambah hasil darab pada kedua-dua kad. Walaupun subjek kajian P03 berjaya menulis hasil darab pada kad A dan kad B serta mencantumkannya, kecuaian menambah hasil darab menjadikan jawapan yang diberikan adalah salah. Kecuaian menambah juga dilakukan oleh subjek kajian P03 semasa menjawab dua soalan darab nombor empat (4) digit dengan dua (2) digit pada item 5.

Bagi menjadikan sesi 2 lebih bermakna kepada subjek kajian P03, saya telah menasihatinya untuk lebih berhati-hati semasa proses menambah hasil darab. Kesannya menunjukkan subjek kajian P03 telah berjaya memberikan jawapan hasil darab dengan betul menggunakan kad Zz semasa aktiviti 1 dan satu soalan betul semasa aktiviti 2. Satu soalan yang salah adalah disebabkan subjek kajian P03 terlupa menulis angka pada nilai tempat ratus ribu. Walaupun begitu, saya merasakan bahawa subjek kajian P03 telah berjaya menguasai menggunakan kad Zz dalam menyelesaikan soalan darab. Penekanan dan teguran perlu diberikan kepada subjek kajian P03 agar kecuaian menambah hasil darab tidak berulang lagi.

Pada sesi 1, subjek kajian L01 telah dapat menjalankan ketiga-tiga item bagi aktiviti 1 dan kelima-lima item bagi aktiviti 2 dengan baik di mana subjek kajian L01 telah dapat melaksanakan langkah pengiraan menggunakan kad Zz dengan betul. Dua soalan tentang mendarab nombor lima (5) digit dengan satu (1) digit serta dua soalan mendarab nombor empat (4) digit dengan dua (2) digit juga berjaya dijawab dengan betul bagi sesi1.

Pada sesi 2 pula, subjek kajian L01 telah mengekalkan penguasaan menggunakan kad Zz dengan betul apabila telah berupaya menjalankan kesemua item aktiviti 1 dan aktiviti 2 seperti mana pada sesi 1. Ini menunjukkan bahawa subjek kajian L01 dilihat telah betul-betul menguasai menggunakan kad Zz seperti subjek kajian P01 untuk menyelesaikan soalan darab nombor lima (5) digit dengan satu (1) digit dan soalan darab nombor empat (4) digit dengan dua (2) digit dengan baik.

Pada sesi 1, subjek kajian L02 dilihat berjaya menulis hasil darab pada kad dengan baik. Namun begitu subjek kajian L01 telah melakukan kesalahan semasa menambah hasil darab. Kesalahan yang sama juga telah dilakukan oleh subjek kajian L02 semasa menjawab dua soalan mendarab nombor lima (5) digit dengan nombor satu(1) digit.

Semasa aktiviti 2 pula iaitu pada sesi 1, subjek kajian L02 dilihat telah melakukan kesalahan dalam menulis hasil darab pada kad A tetapi berjaya menulis hasil darab kedua pada kad B. Apa yang dapat diperhatikan ialah subjek kajian L02 telah melakukan kesalahan yang seterusnya iaitu ketika mencantumkan kad A dan kad B. Kesalahan mencantumkan kad merupakan kesalahan serius dan perlu ditangani dengan segera. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang sangat penting dalam melaksanakan soalan darab dengan nombor dua (2) digit. Dengan kesalahan ini, subjek kajian L02 akhirnya tidak berjaya menjawab dua soalan pada item 5 bagi sesi 1.

Bagi membantu subjek kajian L02 ini dalam menggunakan kad Zz, saya mendekatinya dan menunjukkan cara yang betul untuk mencantumkan kad A dan kad B. Pada sesi 2, subjek kajian L02 telah menunjukkan peningkatan yang memberansangkan pada sesi 2. Subjek kajian L02 diperhatikan telah berupaya mengikut langkah-langkah yang betul semasa menggunakan kad Zz terutama semasa proses mencantum kad A dab kad B. Kesemua item dalam aktiviti 1 dan aktiviti 2 berjaya dilaksanakan dengan baik kecuali item 5. Dua soalan darab nombor lima ( 5) digit dengan satu (1) digit dan satu soalan darab nombor empat (4) digit dengan dua (2) digit juga telah berjaya dijawab dengan betul. Walaupun begitu, ini menunjukkan bahawa subjek kajian L02 telah dapat menguasai menggunakan kad Zz. Latihan demi latihan perlu diberikan kepada subjek kajian L02 agar terus mahir dalam menggunakan kad Zz.

Hasil Catatan Pemerhatian bagi kelima-lima responden dirangkumkan dan dijadikan dalam bentuk graf garis. Rajah 6 di bawah menunjukkan Graf Skor Pemerhatian selepas intervensi 1 dan 2 terhadap subjek kajian P01, P02, P03, L01 dan L02. Skor-skor subjek kajian dijumlahkan dari setiap aktiviti 1 dan 2 dan dijadikan rujukan peningkatan skor pemerhatian.

Rajah 6 : Skor Pemerhatian selepas Intervensi 1 dan 2 Selepas intervensi 1, subjek kajian P02 dan L02 menunjukkan jumlah skor yang amat lemah di mana mereka hanya dapat melaksanakan 2 item dengan betul. Peningkatan jumlah skor bagi sesi 2 iaitu dari 2 ke 8 oleh subjek kajian P02 dan 2 ke 7 oleh subjek kajian L02 menunjukkan bahawa mereka telah mula dapat memahami pelaksanaan penggunaan intervensi kad Zz. Bagi subjek kajian P03 pula, peningkatan dapat ditunjukkan iaitu dari 5 ke 7. Walaupun tidak berjaya mendapat skor penuh akibat kecuaian menambah hasil darab, subjek kajian P03 dilihat telah dapat menguasai kemahiran menggunakan kad Zz dengan betul.

Bagi subjek kajian P01 dan L01 pula, kedua-dua subjek kajian dilihat dapat melaksanakan kesemua item-item yang diperhatikan bagi sesi 1 dan sesi 2 di mana kedua-dua subjek kajian berjaya mengekalkan skor 8 pada kedua-dua sesi. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua subjek kajian telah memahami sepenuhnya penggunaan kad Zz dalam mempelajari kemahiran mendarab nombor lima (5) digit dengan nombor satu (1) digit dan mendarab nombor empat (4) digit dengan nombor dua (2) digit dengan baik.

Hasil dapatan analisis Catatan Pemerhatian dilihat dapat mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan penguasaan kemahiran operasi darab menggunakan kad Zz dan menjawab persoalan kajian iaitu mengenalpasti sama ada penggunaan kad Zz dapat membantu murid menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor lima (5) digit dengan nombor satu (1) digit dan nombor empat (4) digit dengan nombor dua (2) digit.

6.2.2 Analisis dokumen (Lembaran Kerja)

Analisis dokumen(rujuk lampiran E, F dan G) merupakan proses mengumpul data kajian melalui penyelidikan, penyiasatan, pemeriksaan, pencerakinan dan penganalisisan terperinci yang dibuat terhadap bahan bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji. Analisis dokumen digunakan untuk menilai prestasi subjek kajian dalam penguasaan kemahiran operasi darab selepas melaksanakan intervensi menggunakan kad Zz.

Sebelum melaksanakan intervensi pada kelima-lima subjek kajian, saya telah memberikan Lembaran Kerja 1 (LK 1) pada subjek kajian pada peringkat awal intervensi. Lembaran Kerja 1 (LK 1) yang diberikan mengandungi 2 soalan mendarab lima (5) digit nombor dengan satu (1) digit nombor dan 3 soalan mendarab empat (4) digit nombor dengan dua (2) digit nombor. Bagi Lembaran Kerja 1(LK1), subjek kajian masih menjawab soalan menggunakan kaedah bentuk lazim yang biasa mereka gunakan.

Setelah melaksanakan intervensi menggunakan kad Zz , saya telah mentadbir lembaran kerja yang seterusnya kepada subjek kajian sebanyak dua kali . Soalan dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) digubal adalah sama seperti soalan yang disediakan dalam Lembaran Kerja 1 (LK1). Subjek kajian menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) dengan menggunakan kad Zz.

Untuk menguji ketekalan subjek kajian dalam melaksanakan lembaran kerja, saya telah melaksanakan Lembaran Kerja 3 (LK 3) pada minggu berikutnya tanpa menggunakan kad Zz. Soalan Lembaran Kerja 3 (LK 3) adalah sama seperti soalan dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) tetapi saya telah menukar urutan nombor soalan. Mok Soon Sang (2003) menyatakan ciri-ciri kebolehpercayaan dapat ditentukan dengan memberikan ujian yang sama kepada sekumpulan murid dua kali atau lebih di antara jarak masa seminggu. Ini bermakna tempoh masa seminggu adalah tempoh masa yang sesuai untuk menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Selain itu, tujuan saya menjalankan lembaran kerja sebanyak tiga kali adalah untuk mengukuhkan lagi kefahaman subjek kajian dalam kemahiran operasi darab.

Untuk mendapatkan hasil analisis dokumen ini, saya telah membuat perbandingan bilangan soalan yang dijawab dengan betul oleh subjek kajian dalam kesemua lembaran kerja yang telah saya jalankan. Dapatan analisis dokumen ini dapat menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran dan intervensi yang saya jalankan kepada subjek kajian dapat membantu mereka meningkatkan penguasaaan kemahiran mendarab nombor. Jadual 6 menunjukkan markah yang diperolehi oleh setiap subjek kajian dalam LK1, LK2 dan LK3.

Jadual 6 Markah Lembaran kerjaBilSubjek KajianMarkah

LK 1LK 2LK 3

1P011/54/54/5

2P022/55/54/5

3P031/55/54/5

4L012/55/55/5

5L021/54/54/5

Rajah 7: Skor Lembaran Kerja (LK1, LK2 dan LK3)Rajah 7 di atas menunjukkan skor lembaran kerja bagi kelima-lima subjek kajian. Skor dilihat telah meningkat selepas subjek kajian menggunakan kad Zz. Sekurang-kurangnya 4 daripada 5 soalan operasi darab dijawab dengan betul oleh kelima-lima subjek kajian dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) dan Lembaran Kerja 3 (LK 3). Hal ini menunjukkan kemungkinan besar subjek kajian telah memahami konsep pendaraban setelah melaksanakan intervensi ini.

Walaupun tanpa penggunaan kad Zz, subjek kajian saya juga berupaya menyelesaikan soalan operasi darab dengan betul di mana setiap subjek kajian berjaya menjawab sekurang-kurangnya 4 soalan dengan betul dalam Lembaran Kerja 3 (LK 3). Perkara ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam kemahiran menyelesaikan soalan darab yang melibatkan kemahiran mendarab nombor walaupun tidak menggunakan bahan konkrit semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan analisis dokumen yang diperolehi ini dilihat dapat mencapai objektif kajian iaitu membantu murid menyelesaikan soalan mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit menggunakan kad Zz dan seterusnya dapat menjawab persoalan kajian.

6.3 Selepas Intervensi Dijalankan

Saya telah menjalankan Ujian Pos kepada lima orang subjek kajian selepas selesai melaksanakan dua kali intervensi menggunakan kad Zz. Sepanjang sesi intervensi bersama subjek kajian, pelbagai tunjuk ajar serta bimbingan cara menggunakan kad Zz dalam mempelajari kemahiran mendarab nombor telah diberikan dengan jelas. Pada akhirnya, para subjek kajian dinilai tahap penguasaan mereka terhadap kemahiran mendarab dengan menggunakan kad Zz melalui Ujian Pos yang diberikan.

Disamping itu, saya juga telah melaksanakan sesi temubual terhadap kelima-lima subjek kajian. Temubual yang dijalankan adalah setelah selesai mereka menduduki Ujian Pos. Berikut adalah hasil analisis Ujian Pra dan Pos dan Temubual yang telah dijalankan:

6.3.1 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pra dilaksanakan sebelum intervensi dilaksanakan. Manakala Ujian Pos pula dilaksanakan selepas kad Zz diperkenalkan dan digunakan bagi menentukan subjek kajian selepas intervensi.

Jadual 7 Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

BilSubjek kajianPeratus Ujian (%)

PraPos

1P0130100

2P021090

3P0330100

4L0130100

5L02080

Min skor bagi ujian Pra adalah 20.0 markah. Bagi ujian pos, min skor ujian bagi kelima-lima subjek kajian adalah 94.0 markah. Sisihan piawai bagi ujian Pra adalah 10.00 markah. Ujian Pos pula menunjukkan sisihan piawai 8.94 markah. Berikut adalah jadual bagi ringkasan dapatan min skor dan sisihan piawai bagi ujian Pra dan ujian pos subjek kajian.

Jadual 8 Min Skor, Varians dan Sisihan Piawai bagi Ujian Pra dan Ujian Pos

BilUjianPraPos

1Min Skor20.094.0

2Varians100.080.0

3Sisihan Piawai10.08.94

Daripada Jadual 5, didapati terdapat perubahan positif bagi min skor Ujian Pra dengan min skor Ujian Pos iaitu peningkatan sebanyak 74 markah. Sisihan piawai bagi Ujian Pra menunjukkan sebaran skor dalam taburan adalah besar kerana peratus markah terendah subjek kajian dalam Ujian Pra adalah 0% dan peratus markah tertinggi subjek kajian dalam ujian Pra adalah 30%.

Bagi Ujian Pos pula menunjukkan sisihan piawai markah adalah semakin kecil daripada sisihan piawai markah Ujian Pra iaitu 8.94. Ini menunjukkan sebaran skor bandingan dalam taburan Ujian Pos adalah lebih kecil. Ini adalah disebabkan oleh perbezaan markah dikalangan subjek kajian adalah kecil. Berikut adalah Markah Ujian Pra dan Ujian Pos (peratus) bagi setiap subjek kajian.

Rajah 8: Markah Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Setiap Subjek Kajian.

Berdasarkan Rajah 8, didapati subjek kajian P01, P03 dan L01 telah menunjukkan peningkatan yang sama iaitu sebanyak 70 markah pada ujian pos daripada ujian Pra. Ketiga-tiga subjek kajian telah berjaya menjawab semua soalan dengan betul pada ujian pos yang telah dilaksanakan. Subjek kajian P02 juga menunjukkan peningkatan yang memberansangkan iaitu sebanyak 90 markah pada ujian pos. Terdapat hanya satu kesalahan yang telah dilakukan oleh subjek kajian pada ujian pos yang tidak membolehkannya mendapat markah 100%.

Peratus markah ujian Pra bagi subjek kajian L02 adalah 0% iaitu markah terendah dikalangan subjek kajian. Namun begitu, setelah intervensi menggunakan kad Zz, maka peningkatan markah yang ketara telah berlaku pada ujian pos iaitu sebanyak 80 markah. Ini menunjukkan bahawa kad Zz yang diperkenalkan kepada subjek kajian L02 sangat membantu dalam menyelesaikan soalan darab berbanding rakan yang lain.

Berdasarkan carta dan jadual analisis Ujian Pra dan Ujian Pos yang ditunjukkan, saya telah berjaya mendapati bahawa penggunaan kad Zz dalam sesi intervensi di dalam bilik darjah dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran mendarab nombor. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan dalam peratusan ujian yang telah dijalankan di antara dua ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Daripada analisis ini, didapati bahawa penggunaan kad Zz di dalam sesi intervensi amat berkesan seterusnya dapat menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit dengan menggunakan kad Zz.

6.3.2 Temubual

Di dalam kajian tindakan ini, saya telah menggunakan kaedah temubual sebagai salah satu cara untuk mengumpul data sepanjang kajian ini dilaksanakan. Temubual yang dijalankan adalah sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas sesi intervensi. Soalan item 1 hingga item 4 adalah temubual yang dijalankan sebelum intervensi dan soalan item 5 hingga item 8 adalah selepas intervensi. Hasil daripada analisis dapatan temu bual ini dapat membantu saya memahami keberkesanan intervensi saya iaitu penggunaan kad Zz yang saya gunakan dalam kajian ini. Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti sama ada penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi darab dapat ditingkatkan atau pun sebaliknya. Penggunaan temu bual secara berstruktur direkod menggunakan Instrumen Senarai Semak Temu Bual yang telah disediakan terlebih dahulu item-itemnya. Instrumen Senarai Semak Temu Bual ini adalah berdasarkan Instrumen Senarai Semak Skala Guttman (1944) seperti yang telah digunakan dalam Instrumen Senarai Semak Pemerhatian. Bagi Instrumen Senarai Temu Bual ini juga, saya akan menanda simbol bagi setiap item yang berjaya dilaksanakan oleh subjek kajian dan bagi jawapan sebaliknya. Jadual 9 menunjukkan hasil dapatan temu bual yang dicatat dalam Instrumen Senarai Semak Temubual.

Jadual 9 Hasil Dapatan Senarai Semak TemubualPERKARAITEM SOALAN TEMUBUALSUBJEK KAJIAN

P01P02P03L01L02

Sebelum sesi kad Zz diperkenalkanAdakah anda minat terhadap?

Adakah tajuk Darab sukar bagi anda?

Adakah kaedah bentuk lazim membantu anda menyelesaikan soalan darab?

Adakah anda memerlukan kaedah mendarab yang lain untuk mendarab nombor?

Selepas kad Zz diperkenalkanAdakah anda faham cara operasi darab menggunakan kad Zz?

Adakah kad Zz membantu anda menyelesaikan soalan darab?

Adakah kad Zz dapat membantu anda meningkatkan pencapaian dalam operasi darab?

Tanpa menggunakan kad Zz, adakah anda boleh menyelesaikan soalan operasi darab?

Menerusi data yang ditunjukkan pada jadual 9, saya dapati sebelum kad Zz diperkenalkan kepada subjek kajian, kebanyakkan subjek kajian memberikan jawapan negatif terhadap persoalan yang diajukan. Namun begitu untuk soalan 1, kelima-lima subjek kajian memilih skala ya berbanding dengan tidak. Ini menunjukkan bahawa mereka amat berminat dengan mata pelajaran matematik. Kebanyakkan murid yang lemah di dapati tidak berminat terhadap pelajaran, namun sebaliknya berlaku pada kelima-lima subjek kajian. Ini merupakan petanda yang bagus kepada saya untuk membantu berdasarkan minat mereka.

Seterusnya untuk soalan 2, iaitu soalan tentang persepsi mereka terhadap tajuk darab , didapati seramai 4 orang subjek kajian memilih skala ya dan seorang memilih tidak. Ini bermaksud ramai subjek kajian yang menyatakan subjek Matematik adalah sukar bagi mereka. Persepsi ini timbul apabila mereka tidak dapat menjawab soalan darab dengan baik menggunakan kaedah bentuk lazim.

Bagi soalan 3 pula , kelima-lima subjek kajian yang menjawab skala ya iaitu menyatakan bahawa kaedah bentuk lazim yang telah dipelajari tidak berkesan kepada mereka. Untuk itu, soalan 4 pula diajukan bagi melihat adakah subjek kajian memerlukan kaedah lain untuk mendarab nombor. Kesemua subjek kajian memberikan jawapan ya dimana mereka sangat-sangat memerlukan kaedah lain agar dapat membantu mereka mempelajari mendarab nombor.

Dalam menilai dan melihat keberkesanan kad Zz dalam meningkatkan penguasaan mendarab nombor terhadap subjek kajian, soalan 5 hingga soalan 8 diajukan kepada setiap subjek kajian selepas intervensi. Untuk soalan 5, data menunjukkan semua subjek kajian memahami cara guru menerangkan penggunaan kad Zz semasa proses pengajaran. Ini menunjukkan bahawa mereka telah benar-benar boleh menggunakan kad Zz dalam kemahiran mendarab nombor.

Seterusnya bagi soalan 6 dan 7, semua subjek kajian menjawab skala ya iaitu mereka mengakui bahawa kad Zz telah membantu mereka dalam mempelajari kemahiran operasi darab dan telah meningkatkan kemahiran mendarab setiap subjek kajian. Hal ini dapat di sokong dengan mereka membuat perbandingan antara markah latihan lembaran kerja serta ujian Pra-pos yang telah mereka laksanakan.

Untuk soalan yang terakhir iaitu soalan 8, hanya 3 orang subjek kajian yang menjawab skala ya dan 2 orang subjek kajian lagi menjawab skala tidak. Ini menunjukkan bahawa terdapat dikalangan subjek kajian telah mahir menyusun hasil darab dengan baik tanpa menggunakan kad Zz dan selebihnya dirasakan belum dapat menguasai sepenuhnya. Oleh itu, Latihan demi latihan perlu diteruskan terhadap subjek kajian ini agar akhirnya kad Zz hanya menjadi alat bantu sahaja kepada mereka dalam mempelajari kemahiran mendarab nombor.

Secara keseluruhannya, kebanyakkan subjek kajian menunjukkan jawapan yang positif terhadap soalan temubual yang berkaitan dengan penggunaan kad Zz. Kad Zz yang diperkenalkan dilihat dapat membantu mereka dalam menyelesaikan soalan darab berbanding kaedah bentuk lazim. Ini jelas disokong dengan keputusan markah yang diperolehi dalam Ujian Pos. Oleh itu, persoalan kajian kedua iaitu mengenalpasti sama ada penggunaan kad Zz dapat membantu murid menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor lima digit dengan nombor satu digit dan nombor empat digit dengan nombor dua digit dapat dijawab.7.0 DAPATAN KAJIAN

Seterusnya, saya akan membincangkan mengenai hasil dapatan kajian tindakan saya dalam usaha mencapai objektif kajian iaitu membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit dengan menggunakan kad Zz dan mengenalpasti sama ada penggunaan kad Zz dapat membantu murid menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor lima digit dengan nombor satu digit dan nombor empat digit dengan nombor dua digit.

Sebelum kajian ini dijalankan, saya telah mengenalpasti beberapa faktor penyebab mengapa segelintir murid Tahun 5 Wira tidak dapat menyelesaikan soalan darab dengan baik. Contohnya, bagi soalan darab yang melibatkan kemahiran mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit. Semasa subjek kajian menyelesaikannya menggunakan bentuk lazim, subjek kajian didapati tidak dapat meletakkan hasil darab nombor yang kedua dengan betul mengikut nilai tempat. Hal ini menyebabkan subjek kajian menambah hasil darab yang salah dalam mendapatkan jawapan hasil darab tersebut.

Di samping itu, kebanyakkan subjek kajian juga membuat kecuaian semasa menambah hasil darab dengan nombor kumpul semula. Nombor kumpul semula tidak ditambah dengan nombor hasil darab. Kecuaian ini menyebabkan jawapan hasil darab yang diperolehi adalah salah. Saya merasakan kemungkinan subjek kajian keliru terhadap proses mendarab dan menambah yang terdapat dalam proses pengiraan dalam bentuk lazim.Kecuaian yang mudah seperti menambah hasil darab dua nombor juga dapat diperhatikan terhadap subjek kajian. Perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi kerana tajuk penambahan sememang telah dikuasai oleh mereka. Mungkin disebabkan tidak berhati-hati maka kecuaian melakukan proses penambahan ini berlaku.

Melalui kajian tindakan ini, terdapat perubahan yang positif telah berlaku terhadap subjek kajian. Hasil kajian saya menunjukkan subjek kajian telah berjaya menyelesaikan soalan pendaraban yang melibatkan kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit dengan menggunakan kad Zz dalam tempoh kajian ini dijalankan. Hasil kajian ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada pencapaian markah murid dalam Ujian Pos yang menunjukkan bahawa kesemua subjek kajian telah berjaya meningkatkan markah mereka dengan memberansangkan berbanding Ujian Pra.

Berdasarkan pada markah Ujian Pos, terdapat tiga orang subjek kajian yang telah mendapat markah 100 peratus. Ini menunjukkan bahawa penggunaan kad Zz ini telah berjaya membantu mereka memahami dan menguasai kemahiran mendarab nombor. Manakala subjek kajian yang lain pula telah mendapat markah 90 peratus dan 80 peratus. Dalam konteks subjek kajian ini, kalau dilihat perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos, sebenarnya kesemua subjek kajian telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara setelah menggunakan kad Zz semasa menjawab soalan darab.

Apabila saya membuat semakan kertas Ujian Pos kesemua subjek kajian, saya dapati kesalahan yang dilakukkan oleh subjek kajian adalah kesalahan menulis hasil darab sesuatu nombor dan kecuaian semasa menambah hasil darab dua nombor. Namun begitu, secara keseluruhannya, saya masih berpuas hati dengan pencapaian kesemua subjek kajian yang telah menunjukkan peningkatan selepas diperkenalkan dengan kad Zz untuk menjawab soalan darab.

Selain itu, pemerhatian yang dilakukan sepanjang sesi intervensi menunjukkan bahawa kad Zz yang diperkenalkan telah dapat membantu subjek kajian menyelesaikan soalan darab. Ini dapat dibuktikan dengan rekod senarai semak yang dilakukan saya semasa subjek kajian melaksanakan aktiviti. Pada sesi 1, terdapat 2 orang subjek kajian telah dapat menguasai sepenuhnya kemahiran menggunakan kad Zz. Manakala 3 orang subjek kajian masih belum menguasainya. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar diberikan semasa intervensi, kelima-lima subjek kajian berjaya menunjukkan peningkatan yang ketara pada intervensi 2 dan diperhatikan dapat menguasai kemahiran menggunakan kad Zz dengan baik. Secara tidak langsung objektif kajian kedua dapat dijawab. Melalui proses bimbingan dan tunjukcara cara menggunakan kad Zz, subjek kajian telah diperhatikan dapat menyelesaikan soalan darab dengan betul. Ianya dikukuhkan lagi dengan peningkatan markah yang mereka perolehi dalam lembaran kerja semasa intervensi dan markah Ujian Pos.

Menerusi lembaran kerja yang diberikan kepada subjek kajian pula, saya dapat melihat peningkatan yang ketara ditunjukkan terutama dari LK1 ke LK2. Semasa LK1 dilaksankan, murid masih menggunakan kaedah bentuk lazim dalam menjawab soalan darab. Markah yang diperolehi subjek kajian adalah dalam lingkungan 1 hingga 2 sahaja soalan yang betul daripada 5 soalan latihan. Bagi LK2 iaitu dengan menggunakan kad Zz, subjek kajian telah memperolehi markah dalam lingkungan 4 hingga 5 soalan yang betul. ini menunjukkan bahawa kad Zz yang diperkenalkan telah dapat membantu mereka meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab nombor. Bagi LK3 pula, hanya seorang sahaja subjek kajian yang berjaya menjawab 5 soalan latihan dengan betul dan selebihnya berjaya menjawab 4 soalan latihan dengan betul. Namun begitu, ianya masih boleh dibanggakan lagi kerana semasa LK3 dijalankan, subjek kajian di uji tanpa menggunakan kad Zz. Dengan kefahaman dan kemahiran yang telah dipelajari, subjek kajian dilihat dapat mengaplikasikannya tanpa bantuan kad Zz. Jika dibandingkan dengan markah LK1 mereka, ianya masih boleh dibanggakan lagi.

Dalam temubual berstruktur yang telah dijalankan, saya dapati subjek kajian memberikan respon yang positif dalam kajian saya ini. Penggunaan kad Zz dilihat sangat membantu mereka dalam mempelajari kemahiran mendarab nombor. Jika dibandingkan dengan kaedah bentuk lazim, rata-rata subjek kajian lebih meminati menggunakan kad Zz dalam mempelajari kemahiran mendarab nombor. Berdasarkan markah Ujian Diagnostik, Lembaran Kerja, Ujian Pra dan Ujian Pos yang diterima subjek kajian, mereka dapat membuat perbandingan tahap pencapaian mereka dalam kemahiran mendarab. Dengan menggunakan kad Zz, mereka dapati pencapaian mereka telah meningkat. Oleh itu, semasa proses temubual dijalankan kesemua subjek kajian sejara jujur mengatakan bahawa kad Zz sememangnya telah dapat membantu mereka mempelajari kemahiran mendarab nombor dengan lebih baik.Kesimpulannya, dua persoalan yang dikemukakan dalam kajian akhirnya terjawab dimana kad Zz yang diperkenalkan telah dapat membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab nombor lima digit dengan nombor satu digit dan mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit. Penggunaan kad Zz juga dilihat dapat membantu murid menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor lima digit dengan nombor satu digit dan nombor empat digit dengan nombor dua digit.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Melalui kajian tindakan saya ini, saya telah mendapat maklum balas dan respon yang positif daripada kesemua subjek kajian saya berdasarkan markah Ujian Pos mereka. Di samping itu, saya juga dapat melihat perubahan yang ketara pada diri setiap subjek kajian di mana mereka menunjukkan reaksi bersemangat sekiranya diberikan soalan darab kepada mereka. Mereka dilihat sangat teruja untuk menjawab soalan darab dengan menggunakan kad Zz.

Di sini saya ingin mencadangkan beberapa perkara bagi memperkukuhkan keberkesanan penggunaan kad Zz dalam kemahiran mendarab nombor. Cadangannya adalah seperti berikut :

i. Guru perlu melatih murid dengan memberikan latihan secukupnya agar murid dapat memahami dan menguasai cara penggunaan kad Zz dengan betul sekiranya ingin menggunakannya dalam proses pembelajaran.ii. Kad Zz ini juga sesuai digunakan untuk murid tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3 dalam mempelajari kemahiran mendarab nombor.iii. Kad Zz boleh dipermudahkan lagi dengan guru hanya memperkenalkan pola nombor seperti bentuk tangga menurun kepada murid-murid dalam mempelajari kemahiran mendarab nombor.iv. Bagi mengelakkan murid membuat kesilapan semasa mencantumkan kad A dan kad B untuk proses penambahan hasil darab, guru boleh menggunakan cara menambah jawapan kad A dengan kad B dengan syarat jawapan pada kad A di letakkan sifar di nilai tempat sa terlebih dahulu sebelum proses penambahan. v. Kajian menggunakan kad Zz ini boleh diteruskan lagi dengan membuat kajian tentang susunan pola nombor seperti kad Zz tanpa menggunakannya.

SENARAI RUJUKAN

Agnes Voo Tuan Chuan (2005). Penguasaan Sifir Darab Dalam Matematik Tahap 2.Ringkasan Jurnal Oleh Dragonizer

Aida Ibrahim (2006).Meningkatkan Kemahiran Mencongak Fakta Asas Darab Di Kalangan Murid-Murid Tahun 5 Melalui Pendekatan Permainan Domino.seminar Penyelidikan pendidikan. Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru. (2002). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan UntukMaktab/Institut Perguruan Malaysia. Putrajaya: KementerianPendidikan Malaysia.

Bogdan, R., & Biklen, S. (1992). Qualitative research for edueation: An introductionto theoryardniethods (2nd Ed.). Boston, MA: Allyn & Bacon

Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011). Kajian Tindakan Konsep danAmalan dalamPengajaran . Selangor : Penerbit Multimedia

Creswell, J.W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative and MixedMethods Approaches. Singapore: Sage Publications Asia-Pacific.

Guttman, L. (1944). A basis for scaling qualitative data. American SociologicalReview, 9, 139150.

Howard Gardner (1983). Frames of mind: The Theory of multiple intelligences : NewYork:Basic book

Jamin Nangtang, Janting ak Ringkai (2006) Daridapa Grid ke JSPG, JurnalPenyelidikan Tindakan Tahun 2006. Jilid 1

Lewin, K. (1946). Action Research and Minority Problems, Journal of Social Issues,2: 34- 46.

Mazlan Babok (2003). Keberkesanan Kaedah Menyelesaikan Masalah OperasiDarab Pengajaran Matematik Tahun 4, Tesis Sarjana Muda Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia

Mertler, C. A. (2006). Action research: Teachers as researchers in the classroom. Thousand Oaks, CA: Sage.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2006). Kertas Konsep Program Pemulihan 3M Pasca-UPSR (PROTIM). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Young Ah Lee et. Al. , (2012), Developing MA Action Research Project as a Toolfor Teaching. The Ohio State University, Lima, USA

Laman web:

Agnes Voo Tun Chuan. 2004. Penguasaan sifir darab dalam matematik tahap dua.(atas talian) http://www.arjpnj.com/ktindak.

Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta AsasDarab Melalui Pendekatan Permainan Domino. (atas talian) http://www.arjpnj.com.

Zainal Abidin bin Jaafar (2007), Meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab nombor duadigit dengan nombor dua digit bagi murid Tahun Empat.(atas talian)http://www.arjpnj.com.

56