template penulisan bab1

9
BAB 1 PENDAHULUAN

Upload: joe-zulkefli

Post on 25-Jun-2015

78 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Template penulisan bab1

BAB 1

PENDAHULUAN

Page 2: Template penulisan bab1

1.1 Pengenalan

Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-

kira 25 Kilometer dari bandar Taiping, Perak.Dari sudut sejarah, Batu Kurau ini telah

dibuka sejak tahu 1850-an lagi oleh Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Patani dan

beliau merupakan Penghulu pertama Mukim Batu Kurau pada tahun 1859-1867.Penduduk

Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu berketurunan Petani yang

mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thailand. Justeru

pertuturan mereka kebanyakan menggunakan dialek bahasa Patani.

Sejajar dengan perkembangan pesat dunia Teknologi Maklumat (IT) sejagat dan

pembinaan rancak Koridor Raya Multimedia (MSC), wujudlah pelbagai teknologi dan

istilah baru yang kebanyakan masih belum pernah didengar sebelum ini. Maka ramai

masyarakat kurang memahami maksud sesuatu istilah dan teknologi baru

tersebut.Pencarian makna sesuatu istilah secara manual menyukarkan masyarakat serta

melibatkan masa yang panjang. Oleh sebab itu, ramai masyarakat lebih cenderung untuk

memilih Internet sebagai sumber rujukan utama kerana ia menjadikan pembelajaran yang

lebih cekap dan mudah. Justeru, projek ini merupakan sebuah projek interaktif yang

merupakan satu dimensi baru yang memudahkan masyarakat mencari dan memahami

bahasa Melayu Patani Mukim Batu Kurau.

Pembangunan Kamus Digital Bahasa Patani Mukim Batu Kurau ini adalah

berasaskan Web yang menggunakan penggaturcaraan “python”. Projek ini hanya

melibatkan istilah, dialek dan penggunaan bahasa Patani Mukim Batu Kurau dan pengguna

boleh membuat carian melalui kata kunci bahasa Patani atau Bahasa Melayu. Penghasilan

projek ini diharap dapat membantu masyarakat dalam meningkatkan kefahaman dan

memudahkan mencari terjemahan bahasa Patani ke bahasa Melayu seterusnya dapat

menggembangkan lagi bahasa Patani ini kepada masyarakat di luar sana.

Page 3: Template penulisan bab1

1.2 Latar Belakang Projek

Kegunaan asas bagi sesebuah kamus ialah membolehkan pengguna untuk mendapatkan

maklumat tentang makna atau tariff bagi perkataan. Sehubungan dengan itu, adalah

menjadi fungsi utama bagi sesebuah kamus untuk merakamkan perbendaharaan kata dalam

sesuatu bahasa dan memberikan panduan tentang penggunaan bagi kata-kata tersebut

(Asmah, 1987). Kajian yang telah dilakukan oleh Lyman et. Al (19930 menunjukkan

bahawa seseorang yang mempelajari sesuatu perkataan atau istilah dengan merujuk

sumber berasaskan komputer adalah lebih baik daripada seseorang yang hanya

berlandaskan buku semata-mata.

Kerja pembangunan sesebuah kamus yang lengkap bagi sesuatu bahasa merupakan

kerja yang rumit dan memakan masa. Penyususunan kamus perlu dilakukan dengan penuh

tanggungjawab terutama di dalam menentukan makna yang lebih tepat. Proses

pembangunan melibatkan penyelidikan dan penggetahuan tertentu, terutamanya yang

mempunyai perkaitan langsung dengan bidang linguistik.

Kerja penyusunan kamus biasanya dimulai dengan usaha mengumpul perkataaan

dari pelbagai jenis bahan terbitan seperti buku, tesis, majalah, akhbar dan sebagainya.

Bahan-bahan ini akan menjadi sumber rujukan yang utama tentang perbendaharaan kata

bagi bahasa yang berkenaan dan sebagai rujukan di dalam menentukan makna perkataan,

iaitu untuk mentakrifkan perkataa-perkataan yang telah dikumpulkan.

1.3 Penyataan Masalah

Bahasa Patani merupakan bahasa yang berasal dari dearah Pattani, Selatan Thailand.

Bahasa ini adalah unik dan hanya beberapa buah daerah sahaja yang menggunakan bahasa

ini antaranya ialah Batu Kurau, Sik, Baling dan Lenggong

Projek ini dibangunkan adalah disebabkan kesukaran masyarakat yang ingin

mengetahui bahasa ini dari segi makna dan maksud sesuatu perkataan tersebut.

Kebanyakan masyarakat mencari makna perkataan ini dari orang-orang lama, laman

sesawang yang tidak pasti kesahihan maksudnya dan penduduk asal Batu Kurau. Selain

Page 4: Template penulisan bab1

itu, kekurangan makna dari laman sesawang khas yang memberikan maksud perkataan

dari bahasa ini menambahkan lagi kesukaran masyarakat untuk mencari makna perkataan

dengan lebih tepat dan jelas.

1.4 Soalan Projek

Apakah kamus ini dapat membantu masyarakat untuk mencari makna dan maksud

perkataan dari bahasa Patani Mukim Batu Kurau dengan cepat, mudah dan jelas?

Sejauh manakah kamus ini boleh mencari makna perkataan bahasa Patani Mukim

Batu Kurau?

Adakah dengan pembinaan projek ini dapat membantu pengkaji dan masyarakat

yang ingin mempelajari bahasa Patani Mukim Batu Kurau.

1.5 Objektif Projek

Mereka bentuk dan membina sebuah laman web bagi Kamus Digital Bahasa Pattani

Mukim Batu Kurau berasaskan web bagi kemudahan pencarian perkataan dan maksud

di dalam bahasa Patani.

Memudahkan pengguna khususnya penduduk Batu Kurau dan masyarakat yang ingin

mempelajari bahasa Patani Mukim Batu Kurau untuk pencarian maksud sesuatu

perkataan bahasa Patani.

1.6 Rumusan

"Taipkan Perenggan bagi RUMUSAN anda disini."

"Taipkan Perenggan SETERUSNYA disini."

Page 5: Template penulisan bab1
Page 6: Template penulisan bab1

1.7 Rujukan

"Letakkan Kursor anda dibawah dan Klik butang Insert Biblography dalam Tabs References."

Page 7: Template penulisan bab1

1.8 TEMPLATE RAJAH DAN JADUAL

Jadual 1.1 "Taipkan Tajuk Jadual."

"Dwi-klik untuk memasukkan gambar/rajah/imej disini!!!"

Rajah 1.1 "Taipkan Tajuk Rajah disini."

NOTE:

Padam semua maklumat bermula dari RUJUKAN hingga penamat dokumen ini sebelum anda menggabungkan setiap bab dalam template Penulisan Tesis.

Delete the information from REFERENCES to the end of this document before you combine each chapter into Thesis Writing template.

Template ini dicipta dengan tujuan membantu anda menangani masalah pemformatan dalam penulisan tesis. Penggunaan template ini adalah pada risiko dan tanggungjawab masing-masing. Pencipta template ini tidak akan menerima liabiliti bagi apa-apa kesilapan atau masalah berlaku semasa menggunakan template ini. Selamat mencuba.

This template was created for the purpose of assisting you in dealing with formatting of your thesis. The use of this template is at your own risk and responsibility. The creator of this template will not accept liability for any error or problems occur while using this template.

Page 8: Template penulisan bab1

Penamat Dokumen / End of Document.