teks pengacara majlis- seminar kkbi 27.10.10

7
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS SEMINAR KKBI ANJURAN JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING IPGM KAMPUS PERLIS 27 OKTOBER 2010 1 Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj. Othman bin Karim, Ketua Jabatan, Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, IPGM Kampus Perlis. 2 Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Yang Berbahagia Tn. Hj. Othman bin Karim Ketua Jabatan, Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling IPGM Kampus Perlis Yang Dihormati Para Pensyarah IPG Kampus Perlis seterusnya Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa Pelaksana Seminar KKBI, Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling 2010 Barisan para palajar KPLI Ambilan Januari 2010 Barisan para palajar KPLI Ambilan Jun 2010 hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Upload: zaleha-karia

Post on 30-Jun-2015

1.962 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PENGACARA MAJLIS- SEMINAR KKBI 27.10.10

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SEMINAR KKBI

ANJURAN JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

IPGM KAMPUS PERLIS

27 OKTOBER 2010

1

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj. Othman bin Karim,

Ketua Jabatan, Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, IPGM Kampus Perlis.

2

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim.

Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia

Tn. Hj. Othman bin Karim

Ketua Jabatan, Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling

IPGM Kampus Perlis

Yang Dihormati

Para Pensyarah IPG Kampus Perlis

seterusnya Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa Pelaksana Seminar KKBI,

Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling 2010

Barisan para palajar KPLI Ambilan Januari 2010

Barisan para palajar KPLI Ambilan Jun 2010

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

3

Page 2: TEKS PENGACARA MAJLIS- SEMINAR KKBI 27.10.10

Selamat datang ke :

Majlis Seminar KKBI

4

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara.

5

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,

marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang

akan dibacakan oleh___________________. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

____________________________ atas bacaan doa itu tadi.

6

Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa, hadirin dan

hadirat sekalian,

Seminar KKBI 2010 ini bukan sekadar sebuah nama. Ianya merupakan

program yang julung-julung kalinya diadakan yang menghimpunkan seluruh

pensyarah dan pelajar KPLI di Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling ini.

Page 3: TEKS PENGACARA MAJLIS- SEMINAR KKBI 27.10.10

Antara objektif program ini diadakan adalah

______________________________________________________________________________

____________________________________________

Indah mekar si bunga kiambang

Mekar mewangi di taman larangan

Seminar Budaya KKBI harapannya gemilang

Melahirkan guru cemerlang lagi berketrampilan.

7

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak berkat ilmu tanpa amalnya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, marilah kita sama-sama mendengar ucapan perasmian Seminar

KKBI 2010.Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj. Othman bin Karim,

Ketua Jabatan, Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling, IPG Kampus Perlis untuk

menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj.

Othman bin Karim atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

9

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Pada hari ini seramai 6 orang pembentang akan membentangkan Kerja

Kursus Berasaskan Ilmu.

Untuk itu, majlis menjemput pembentang pertama iaitu ___________________

untuk membentangkan KKBI yang bertajuk

_____________________________________________________________

10

Page 4: TEKS PENGACARA MAJLIS- SEMINAR KKBI 27.10.10

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas

pembentangan beliau sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput pembentang kedua iaitu ___________________

untuk membentangkan KKBI yang bertajuk

_____________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas

pembentangan beliau sebentar tadi.

Bagi meneruskan majlis, dijemput pembentang ketiga iaitu

___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk

_____________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas

pembentangan beliau sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput pembentang keempat iaitu ___________________

untuk membentangkan KKBI yang bertajuk

_____________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas

pembentangan beliau sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya pembentangan yang disampaikan oleh pembentang

keempat itu tadi, maka majlis berhenti seketika dan akan disambung pada

jam 11.00 pagi. Majlis memohon kerjasama para hadirin untuk berada di

dewan ini pada jam 10.50 pagi. Terima kasih.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tanpa melengahkan masa majlis menjemput pembentang kelima iaitu

___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk

_____________________________________________________________

Page 5: TEKS PENGACARA MAJLIS- SEMINAR KKBI 27.10.10

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas

pembentangan beliau sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput pembentang keenam iaitu ___________________

untuk membentangkan KKBI yang bertajuk

_____________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas

pembentangan beliau sebentar tadi.

Dengan berakhirnya pembentangan yang disampaikan oleh pembentang

keenam itu tadi, maka berakhirlah majlis Seminr KKBI 2010.

Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang

Berbahagia Tn. Hj. Othman bin Karim di atas kesudian hadir ke Majlis yang

penuh bermakna ini.

Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur

dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir

ke halaqah ilmu; Seminar KKBI 2010 yang penuh keberkatan ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Seminar KKBI

2010, terutamanya ahli jawatankuasa pelaksana, dan semua pihak yang

terlibat secara langsung mahupun tidak.

Tanam langguna tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuknya mati

Budi semua tak kami lupa

Sudah terpaku di dalam hati.

Page 6: TEKS PENGACARA MAJLIS- SEMINAR KKBI 27.10.10

11

Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

12

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah

dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu

`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

13

Dijemput kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Othman bin Karim diiringi dif-dif

jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dan

dijemput juga kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan menikmati

jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai.