teknik mengajar

Upload: ikmalbong

Post on 30-May-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 teknik mengajar

    1/8

    DEFINISI

    Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasilseni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

    Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau

    strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yangmaksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

    Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunyaPengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai

    pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di manaia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

    Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikanbahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yangdipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan

    pendekatan yang dianuti.

    Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

    1. Teknik main peranan

    2. Teknik permainan bahasa

    3. Teknik latih tubi

    4. Teknik bercerita

    5. Teknik inkuiri

    6. Teknik perbahasan

    7. Teknik kuiz8. Teknik sumbangsaran

    9. Teknik soal jawab

    10. Teknik simulasi

    11. Teknik drama

    12. Teknik perbincangan

    13. Teknik forum

    14. Teknik dialog

    TUJUAN TEKNIK

    1. Menarik Minat murid

    2. Mengekalkan perhatian

    3. Membangkitkan ras ingin tahu

    TEKNIK LATIH - TUBI

    Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yangdipelajari.

    Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjaminkekekalannya.

  • 8/14/2019 teknik mengajar

    2/8

    Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu

    Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebutperkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

    Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkanmaksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan

    perkataan-perkataan itu.

    Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanyadigunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

    Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehanmenggunakan bahasa iaitu :

    I. Sebutan (accent)

    -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yangmembawa makna dalam sesuatu situasi.

    II. Tatabahasa (grammer)

    -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semuaaspek.

    III. Perbendaharaan kata (vocabulary)

    -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalamsituasi tertentu.

    IV. Kefasihan (fluency)

    -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakahmaksudnya.

    V. Kefahaman (comprehension)

    -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

    Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

    Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukandaya kreativiti murid.

    Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaranyang memerlukan ikutan dan ulangan.

    TEKNIK SIMULASI

    Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupaikeadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan

    peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atautugasan semula.

    Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar sepertimengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu danmencatat isi-isi penting.

    Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuatkeputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yangdipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasidan masalah.

  • 8/14/2019 teknik mengajar

    3/8

    Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkanterutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

    Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepadapelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

    TEKNIK MAIN PERANAN

    Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwayang dianggap penting.

    Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satusituasi yang disediakan.

    Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimanapelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yangdimainkan secara spontan.

    Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah inidikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannyamelalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

    TEKNIK SUMBANGSARAN

    Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yangmerupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulanmenyumbangkan pendapat dan idea.

    Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan

    berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks padaperingkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

    Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukanpembelajaran secara analitis.

    Tujuan Sumbangsaran

    Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid

    Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas

    Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan

    dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak

    Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan

    Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea

    Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.

    Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi

    Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )

    Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik

    Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

  • 8/14/2019 teknik mengajar

    4/8

    TEKNIK PERMAINAN BAHASA

    Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknikpermainan.

    Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehilatihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

    Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiranberbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

    Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalamsistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Halatuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebutiaitu :

    merangsang interaksi verbal pelajar

    menambah kefasihan dan keyakinan

    menyediakan konteks pembelajaran

    bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

    bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

    TEKNIK SOAL JAWAB

    Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidangpendidikan

    Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentukyang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

    Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yangberkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yangsewajarnya.

    Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat mengujidan menilai apa yang diajar.

    Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

    1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid

    2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

    Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajardi samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan

    berkesan.

    TEKNIK BERCERITA

    Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapanberbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatianpelajar.

  • 8/14/2019 teknik mengajar

    5/8

    Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapatdisampaikan.

    Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca danmenulis dikalangan pelajar.

    Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,suara, gerak laku dan kawalan mata.

    Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya janganmendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

    Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

    Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

    Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

    Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

    Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnyasekali sebelum menggunakan teknik ini.

    Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

    Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

    Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

    TEKNIK DRAMA

    Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekataninduktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

    Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsurparalinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, geraktangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau

    perbuatan.

    Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkanperasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

    Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsisesuatu.

    Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantupengajaran dan pembelajaran.

    Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar,disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

    TEKNIK INKUIRI

    Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.

    Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulanyang berorientasikan masalah.

    Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.

  • 8/14/2019 teknik mengajar

    6/8

    Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minatdan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalanbagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.

    Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenardalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

    Pengendalian teknik inkuiri ialah :

    1. Proses mengenali masalah

    2. Mengkaji ramalan

    3. Mengumpul maklumat

    4. Menganalisis

    5. Membuat rumusa

    TEKNIK PERBINCANGAN

    1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulaspendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikirandan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).

    2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentukperbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalanseorang guru.

    3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalammengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yangdiberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.

    4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk

    bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahajasekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk

    bercakap dan mengeluarkan pendapat.

    5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.

    6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :

    7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.

    8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilihseorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek

    perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.

    9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan caraberbincang dengan ahli-ahli kumpulan.

    10.Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yanglain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan

    perbincangan menghala kearah perkara yang betul.

    11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting.Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

    TEKNIK FORUM

  • 8/14/2019 teknik mengajar

    7/8

    1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untukmencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana iadijalankan secara formal.

    2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akanberkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan

    kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.

    3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik danmencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.

    4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

    TEKNIK PERBAHASAN

    1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendiriandengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.

    2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolahmenengah.

    3. Antara manfaat teknik ini ialah :

    4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan

    5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur

    6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul danlaras bahasa yang sesuai.

    7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.

    8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.

    9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas dikalangan pelajar.

    10.Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepadaperkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatanilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

    TEKNIK KUIZ

    Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British(B.B.C).

    Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaranBahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.

    Tujuannya ialah :

    Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajarmengenai topik-topik tertentu.

    Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.

    Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalansecara teka-teki.

    Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.

    Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk,makna dan penggunaan bahasa yang tepat.

    Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :

    Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup.Ini bermakna kuiz dapat dijadikan

  • 8/14/2019 teknik mengajar

    8/8