bab 5. kaedah dan teknik mengajar kemahiran bertutur

18
Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar BAB 5: KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN MENDENGAR Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat: Menghuraikan prinsip-prinsip pengajaran kemahiran mendengar Bincangkan pendekatan pengajaran kemahiran mendengar tiga peringkat Jelaskan strategi yang boleh digunakan oleh murid untuk meningkatkan kemahiran mendengar 5.1 Mukadimah 5.2 Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar 5.3 Prinsip Pengajaran Kemahiran Bertutur 5.4 Mendengar Interaktif & Tak Interaktif 5.5 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Mendengar 5.6 Contoh Pendekatan Tiga Peringkat 5.7 Strategi Pendengar Meningkatkan Kemahiran Mendengar RINGKASAN RUJUKAN

Upload: mansor2012

Post on 19-Feb-2016

1.610 views

Category:

Documents


34 download

DESCRIPTION

Panduan kaedah dan teknik mengajar kemahiran bertutur khasnya sekolah rendah

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

BAB 5:

KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN MENDENGAR

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:

Menghuraikan prinsip-prinsip pengajaran kemahiran mendengar

Bincangkan pendekatan pengajaran kemahiran mendengar tiga peringkat

Jelaskan strategi yang boleh digunakan oleh murid untuk meningkatkan kemahiran mendengar

5.1 Mukadimah

5.2 Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar

5.3 Prinsip Pengajaran Kemahiran Bertutur

5.4 Mendengar Interaktif & Tak Interaktif

5.5 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Mendengar

5.6 Contoh – Pendekatan Tiga Peringkat

5.7 Strategi Pendengar Meningkatkan Kemahiran Mendengar

RINGKASAN

RUJUKAN

Page 2: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

2

Bab ini akan menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dalam bilik

darjah. Sehubungan dengan itu, diulang rasional pengajaran kemahiran mendengar dan

beberapa teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran

kemahiran mendengar dalam bilik darjah.

Bukan setakat kekerapan, tetapi aktiviti mendengar wujud dalam situsasi yang berbeza dan dengan penutur yang berbeza pula. Cuba mengingat kembali semua orang yang telah bertutur (termasuk daripada TV, radio, klip audio, klip vide) dalam jangka masa 24 jam dan anda telah mendengar mereka. Anda sebenarnya telah mendengar beberapa individu yang bertutur dengan cara yang berbeza. Berdasarkan kepelbagaian pengalaman dalam aktiviti mendengar murid-murid sebenarnya memerlukan latihan untuk menyediakan diri sebagai pendengar yang baik.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, waktu yang sedikit

diperuntukkan tidak dapat membantu secara maksimum penguasaan kemahiran

mendengar. Pelajar tidak berpeluang untuk menjadi pendengar yang baik. Ini disebabkan

guru lebih banyak memperuntukkan isi pengajarannya menyediakan pelajar dengan

keperluan penguasaan kemahiran yang berkaitan dengan peperiksaan. Penekanan ini juga

5.1 Mukadimah

5.2 Kemahiran Mendengar

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DIABAIKAN

Manusia menggunakan 80% daripada waktu sedarnya untuk berkomunikasai dan

daripad jumlah itu 45% digunakan untu mendengar, 30% untuk bertutur, 16% untuk

membaca dn 9% untuk menulis (Martel, 1984). Namun begitu pengajaran kemahiran

mendengar tidak begitu mendapat perhatian dalam pengajaran bahasa (sama ada

bahasa pertama atau bahasa kedua).

Kajian-kajian yang dijalankan oleh Burley-Allen (1982), Hunsaker (1990), Wolff

(1983) dan Nunan (1999) mendapati kemahiran mendengar merupakan kemahiran

yang kurang diberi perhatian berbanding dengan kemahiran membaca, kemahiran

menulis dan kemahiran bertutur. Mereka menyifatkan pengajaran kemahiran

mendengar sebagai anak yatim yang tidak dipedulikan oleh dunia pendidikan.

Sejauh manakah ini berlaku disekolah anda?

Page 3: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

menjadikan pelajar diabaikan aspek kemahiran mendengar. Peluang untuk menguasai

kemahiran mendengar secara efektif yang terbatas boleh mengakibatkan pelajar gagal

dalam mengaplikasikan kemahiran dalam kehidupan.

Kemahiran mendengar sebagai satu komunikasi lisan yang amat penting dan sebagai satu

punca penerimaan pengajaran dan pembelajaran yang utama di bilik darjah atau di dewan

kuliah perlu diberi keutamaan. Di sekolah, ini boleh dilakukan melalui pengajaran tentang

kemahiran tersebut, latihan dan bimbingan daripada para guru, dan menjalankan ujian-ujian

mengenainya untuk menilai keberkesanan usaha guru dan prestasi munid [Pentaksiran

kemahiran mendengar dibincang dalam kursus EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah

Rendah]. Proses mendengar dan memahami secara yang berkesan bukanlah satu tugas yang

senang kerana proses tersebut memerlukan tumpuan dan penglibatan mental yang aktif

daripada pendengar (Abdul Aziz Talib, 1996).

Sungguh pun setiap orang yang tidak cacat pendengarannya boleh mendengar bunyi-bunyi

bahasa yang datang daripada seorang penutur, cuma pendengar yang mahir sahaja yang boleh

memahami struktur bahasa dan idea yang terkandung di dalamnya. Para guru boleh mengajar

dan melatih murid bagi meningkatkan kemahirannya dalam bidang tersebut.

Berikut ini ialah beberapa prinsip guru perlu mengambil kira apabila mengajar kemahiran

mendengar.

Guru perlu mengetahui faktor-faktor persekitaran fizikal dan sosial murid, keadaan

fizikal serta psikologi murid dan pengalaman murid yang boleh mempengaruhi murid

dapat mendengar dengan berkesan.

Kemahiran mendengar tidak diajar secara terpisah atau bersendirian. Sebaliknya

kemahiran mendengar hendaklah diajar secara bergabungjalin dengan kemahiran

bahasa yang lain, iaitu bertutur, membaca dan menulis.

Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar mestilah

dipelbagaikan supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.

Guru perlu merancang pelbagai aktiviti kemahiran mendengar untuk mendorong

murid menguasai kemahiran ini.

Guru perlu memandu dan melatih murid mendengar dengan betul dan aktiviti ini

perlu dijalankan secara berterusan.

Memupuk keinginan mendengar dan mengajar tabiat mendengar yang baik.

Melatih mengesan dan menilai idea dan isi penting.

5.3 Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar

Page 4: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

4

Melatih membuat ringkasan atau nota mengenai apa yang didengar, sama ada secara

mental atau bertulis.

Selain menangkap fakta, idea, konsep dan maklumat (perkara yang ‘tersurat’) tentang

apa yang dikatakan oleh seorang penutur, murid perlu juga diajar memahami sikap

dan emosi seseorang penuntut dan maksud yang tersirat dalam sesuatu ucapan.

Mendengar adalah kemahiran bahasa yang

penting dan perlu dipelajari secara intensif

terutama semasa pelajar di sekolah rendah

dan menengah seperti yang terkandung di

dalam huraian sukatan pelajaran.

Aktiviti mendengar penting dikuasai disebabkan penggunaannya yang sangat meluas dalam

kehidupan. Sehubungan dengan itu, dianggarkan lebih kurang 60% daripada masa yang

digunakan adalah untuk mendengar. Disebabkan banyak masa digunakan untuk mendengar,

maka pendengar perlulah memiliki kemahiran mendengar yang berkesan agar mesej yang

diterima dapat dimanfaatkan dengan baik. Mendengar mesej yang diterima dalam pelbagai

bentuk dan bahasa yang pelbagai memerlukan mereka mentafsirkan dalam bentuk yang

difahami. Kesukaran memahami mesej yang didengar mungkin disebabkan oleh kelemahan

pendengar menerima dan menganalisis mesej tersebut. Oleh itu, perlu ditekankan

keupayaan mendengar yang berkesan agar pelajar dapat menggunakan kemahiran tersebut

dalam menguasai mata pelajaran yang lain.

Untuk tujuan tersebut, antara keutamaan dalam mempelajari bahasa ialah usaha untuk

menguasai kemahiran mendengar. Dari segi perkembangan pemerolehan bahasa, proses

mendengar dilalui secara semula jadi sejak zaman kanak-kanak lagi. Disebabkan penguasaan

bahasa belum dikuasai dengan baik pada peringkat awal perkembangan kanak-

kanak, penguasaan kemahiran mendengar sekadar mewujudkan respons melalui gerak

isyarat atau bunyi bahasa yang hanya difahami oleh ibu bapa mereka sahaja.

Kanak-kanak tidak banyak disogokkan dengan aktiviti mendengar yang khusus kerana

mereka belum mengerti maksud pertuturan ibu bapanya secara spesifik. Penguasaan

kemahiran mendengar dalam konteks memberikan respons melalui bahasa semakin

bertambah baik apabila kanak-kanak dapat menggunakan bahasa untuk tujuan mewujudkan

komunikasi dengan ibu bapa mereka.

Pada tahap yang lebih matang, pelajar mendengar pada jangka masa yang lama sebelum

mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan peluang kepada pelajar

untuk mendapatkan makna bagi setiap mesej yang didengar dengan menggunakan bahasa

tersebut. Ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan

bahasa dengan lebih baik lagi. Jika pelajar tidak berusaha mendengar secara efektif, ia tidak

akan dapat mengambil bahagian dalam pembelajaran dalam bahasa yang dipelajari.

Page 5: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

Murid yang mendengar sesuatu mungkin mendengar secara interaktif atau mendengar secara

tak interaktif (Lihat Rajah 5.1).

Rajah 5.1 Cara Murid Mendengar

Mendengar Secara Interaktif - Ini melibatkan kedua-dua

belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing akan

berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut. Semasa aktiviti mendengar secara interaktif, seseorang

boleh mencelah dengan mengemukakan soalan untuk mencari

penjelasan, pengulangan atau mengucapkan semula. Pelajar tidak

akan merasa tidak dilibatkan semasa sesi perbualan dalam

kelas. Mereka akan berpeluang untuk mempraktikkan

mendengar interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang

dapat membantu penguasaan kemahiran yang ini.

Mendengar Tak Interaktif - Seringkali juga wujud situasi mendengar tidak

interaktif. Pendengar tidak berpeluang untuk memberikan respons secara verbal

terhadap mesej yang didengar. Walau bagaimanapun untuk

mendapatkan suasana berkomunikasi yang baik, pendengar

perlu bersedia dengan situasi tersebut. Ini termasuklah

keadaan yang pendengar tidak boleh mencelah dengan

mengemukakan soalan atau untuk mendapatkan

penjelasan. Mendengar jenis ini dipanggil mendengar tidak

interaktif. Secara ringkasnya, pendengar tidak berupaya

mengambil bahagian dalam mewujudkan hubungan dua

hala seperti mendengar kuliah, radio, menonton televisyen,

filem atau siaran langsung.

5.4 Mendengar Interaktif dan Tak Interaktif

Murid

mendengar

secara …….

Interaktif

tak Interaktif

Page 6: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

6

Pendekatan yang paling terkenal dalam pengajaran kemahiran mendengar ialah ’Pendekatan

Pengajaran Tiga Peringkat’. Ramai guru telah menggunakan pendekatan ini untuk pengajaran

kemahiran mendengar dalam bahasa pertama mahu pun bahasa kedua. Pendekatan ini terdiri

daripada TIGA peringkat (Lihat Rajah 5.3).

Diulang

Rajah 5.2 Pendekatan Tiga Peringkat dalam Pengajaran Kemahiran Mendengar

Langkah 1: Sebelum Mendengar

Pada peringkat ini, guru menyediakan murid tentang apa yang mereka akan dengar, apakah

mereka dikehendaki melakukan serta strategi menghadapi tugas. Guru menentukan tujuan

mendengar dan maklumat yang diperlukan. Murid juga diberitahu bagaimana aktiviti atau

tugas pendengaran akan disampaikan. Mengapakah peringkat pra-mendengar ini penting?

Aktiviti pra-mendengar membantu murid membuat keputusan tentang apa yang mereka perlu

a) Mengapakah pengajaran kemahiran mendengar diabaikan?

b) Jelaskan prinsip-prinsip yang perlu diambil kira guru dalam pengajaran

kemahiran mendengar.

c) Nyatakan perbezaan bagi kemahiran mendengar secara interaktif dan tidak

interaktif.

5.5 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Mendengar Tiga Peringkat

Sebelum Mendengar

Semasa Mendengar

Selepas Mendengar

Page 7: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

memberi tumpuan semasa mendengar dan menggalakkan mereka menggunakan pengetahuan

sedia ada mereka apabila mendengar apa yang disampaikan. Berikut ini ialah beberapa

strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk menlatih murid untuk:

Mengenal pasti tujuan mendengar – murid menentukan matlamat, merancang dan

memberi tumpuan sejajar dengan matlamat.

Menggunakan pengetahuan sedia ada – membuat inferens dan ramalan

Fokus kepada kosa kata dan perkataan penting – menggunakan klu konteks

Memberi sinonim (sama maksud) atau antonim (maksud lawan) perkataan-

perkataan yang di dengar.

Gunakan imaginasi – membentuk grafik atau gambar dalam minda semasa

mendengar

Kaitkan dengan pengalaman perbadi yang telah dilalui

Langkah 2: Semasa-Mendengar

Pada peringkat ini, murid digalakkan memantau tahap tahap kefahaman apa yang didengar

serta strategi yang digunakan. Murid hendaklah sentiasa memantau tahap penguasaan untuk

menentukan sejauh manakah ramalan yang buat pada peringkat pra-mendengar adalah tepat.

Ini adalah tugas yang sungguh kompleks kerana guru tidak boleh membantu. Oleh demikiran

adalah penting guru mengaturkan latihan yang konsisten dan sistematik bagi melatih muird

menggunakan strategi mendengar yang sesuai dengan tujuan tugas mendengar. Guru

hendaklah mengajar strategi-strategi sesuai pada peringkat pra-mendengar dan kemudian

mendemonstrasi kegagalan murid menggunakan strategi-strategi tersebut pada peringkat

selepas mendengar. Contohnya, guru boleh membincang bersama murid sama ada mereka:

Menggunakan pengetahuan grammar dan klu linguistik

Memantau tumpuan mereka kepada apa yang didengar

Bertanya diri sendiri jika yang didengar itu tepat

Bertumpu kepada stres dan intonasi penutur

Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami apa yang didengar

Bertumpu kepada yang penting sahaja

Membuat nota dengan tujuan meringkaskan maklumat yang didengar

Menghuraikan apa yang didengar untuk memperkukuhkan kefahaman

Langkah 3: Selepas Mendengar Pada peringkat ini, murid berpeluang menilai tahap kefahaman tentang apa yang telah

didengar. Mereka juga berpeluang membanding dan membincang strategi yang digunakan

dan sama ada mereka sepatut menggunakan strategi berlainan. Guru boleh membahagikan

murid kepada kumpulan kecil untuk membincang keberkesanan mereka memahami apa yang

telah didengar. Selain mendapat ”jawapan yang betul”; lebih penting ialah ialah mengetahui

bagaimana jawapan betul itu diperolehi.

Page 8: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

8

Hubung kaitan di antara aktivit sebelum mendengar dan selepas mendengar hendaklah

dibandingkan supaya murid dapat lebih bersedia dalam aktiviti mendengar yang lain dengan

memperluaskan strategi yang boleh digunakan. Murid hendaklah mereflek tentang langkah-

langkah yang telah diambil (atau tidak diambil) pada peringkat-peringkat aktiviti mendengar

dan berkongsi dengan murid lain dalam kelas. Ini membolehkan mereka melihat strategi yang

kerap digunakan serta strategi yang telah diabaikan. Dengan perbincangan bersama murid

lain, mereka dapat menyesuaikan strategi serta memperluasakan koleksi kemahiran yang

digunakan untuk meningkatkan kefahaman apa yang didengar. Berikut ini ialah beberapa

strategi selepas mendengar yang murid digunakan oleh murid:

Memastikan sama ada apa yang diramalkan adalah betul.

Meringkaskan maklumat yang didengar

Menilai kejayaan

Mencatatkan apa yang diingat

Mengulang apa yang didengar

Menyusun kosa kata baharu

Menilai strategi mendengar yang digunakan

’Pendekatan Tiga Peringkat’ hendaklah diamalkan sebagai suatu putaran. Dengan perkataan

lain murid sentiasa mengulang-alik diantara peringkat sebelum, semasa dan selepas

mendengar. Secara ringkas murid membuat ramalan, mendengar dengan menggunakan

strategi-strategi tertentu dan kemudian menentukan apa yang diramalkan adalah tepat. Murid

tidak hanya menilai jumlah maklumat yang diingat tetapi juga keberkesanan strategi-strategi

yang digunakan.

Contoh #1: Mengikuti Arahan

Pengenalan: Aktivti ini mudah digunakan dan adalah sangat

berkesan dalam pengajaran kemahiran mendengar..

Objectif: Murid mendengar dan mengikuti arahan yang diberi

dengan terperinci.

Kata Kunci: mengikuti arahan, mendengar

Bahan: sehalai kertas untuk murid dan pensel.

Rancangan Pelajaran:

Aktivti ini boleh digunakan bila-bila sahaja. Berikan setiap murid sehelai kertas dan beritahu

mereka iaitu aktivti yang mereka akan buat akan membuktikan sama ada mereka dapat

mengikuti arahan yang disampaikan secara lisan. Beritahu mereka, iaitu guru akan membaca

5.6 Contoh: Penggunaan Pendekatan Tiga Peringkat

Mengikuti Arahan

Page 9: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

sesuatu arahan dan mengulangnya sekali sahaja. Oleh itu mereka hendaklah mendengar

dengan teliti.

Guru Membaca Arahan-Arahan Berikut:

1. Tulis nama anda pada hujung kertas disebalah kanan.

2. Pada garisan kedua tulis nombor 1 hingga 9, Pastikan anda mengadakan ruang di antara setiap

nombor.

3. Bulatkan nombor 6. Dan gariskan nombor 3.

4. Lukis satu bintang di hujung kertas disebelah kiri.

5. Gunakan pensel anda dan tebuk satu lubang ditengah-tengah kertas.

6. Lukis bentuk hati menglilingi lubang tersebut.

7. Pada garisan yang akhir tulis perkataan ini “Terima Kasih”

8. Lipat kertas anda ditengah-tengah kertas sekali.

9. Lukis satu bulatan ditengah-tengah lipatan tersebut.

Aktiviti adalah mudah dilaksanakan tetapi ia memerlukan murid memberi tumpuan

sepenuhnya. Walau pun demikian ramai akan dapati aktiviti ini sukar.

[sumber Gary Hopkins (2005). EducationWorld.com]

Contoh #2: Dialog

Bahan: Pita rakam

Objektif: Murid akan dapat:

Menunjuk kefahaman tentang beberapa perkataan

Mendengar dan membuat nota

Menulis satu perenggan tentang topik dialog

Langkah-Lankah Pelajaran

Aktiviti Sebelum Mendengar

Memperkenalkan topik dengan menunjukkan gambar disebelah.

Kosa Kata Utama: memelihara, rumah sebelah.

Page 10: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

10

Soalan: Cuba teka dialog ini berkenaan dengan apa.

Aktivti Semasa Mendengar:

Murid mendengar dilaog dan semak sama

ada tekaan mereka tepat.

Murid mendengar dialog buat kali kedua

dan jawab soalan: Siapakah mempunyai

banyak kucing?

Aktivit Selapas Mendengar

Murid membincang tentang pengalam

mereka sendiri dengan haiwan

perliharaan.

Adakah anda mempunyai haiwan

perliharan di rumah?

Terangkan sedikit tentang haiwan

perliharan anda (jika ada).

Apakah anda perlu buat untuk menjaga

haiwan anda?

Apakah jenis haiwan anda ingin memeliharan? Mengapa?

Adakah penting mempunyai haiwan perliharaan? Mengapa? Mengapakah tidak?

Murid menulis satu perenggan tentang haiwan perliharaan.

[Sumber: Julia Dobson (1994). Dialogs for everyday use. USIA. Washington.]

Contoh #3: Naratif

Objektif:

Diakhir pelajaran murid akan boleh:

Meringkaskan naratif yang didengar

Mengenal beberapa perkataan penting

Memilih jawapan yang betul

Menjawa secara lisan

Bahan:

Pita rakaman

Kertas edaran

Langkah-Langkah Pelajaran:

Aktiviti Sebelum Mendengar:

Persiapan sebelum aktivit pendengaran

Perkataan penting ditulis pada papan kapur

Soalan-soalan diedarkan kepada murid-murid.

Transkrip:

HAIWAN

Shalini: Kucing ini sangat comel. Siapakah

punya

kucing ini?.

Zalina: Ia kepunyaan Puan Rina. Dia tinggal di

rumah sebelah. Dia mempunyai lebih

kurang sepuluh ekor kucing.

Shalini: Amboi, begitu banyak kucing. Sudah

tentu dia penyayang haiwan.

Zalina: Agaknya. Tanya Puan Rina.

Shalini: Kamu tak suka kucingkah?

Page 11: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

Aktivti Semasa Mendengar:

Murid mendengar naratif berkenaan En. Chong.

Murid menjawab soalan-soalan berikut:

1. En. Chong ialah seorag ................................

a) pemandu teksi b) pemandu pelancong c) pemandu bas d) penjual kereta

2. En. Chong ingin membeli ................................

a) kereta b) kamera c) bas d) rumah

3. Manakah En. Chong membawa pelancong?

___________________________________________________

Aktiviti Selepas Mendengar::

Seorang murid berlakon sebagai memandu bas. Murid-murid lain tanya soalan-soalan

seperti berikut:

Apakah nama kamu?

Apakah pekerjaan kamu?

Apakah kamu buat pada hujung minggu?

Apakah kamu ingin membeli?

Siapakah yang menaikki bas kamu?

[Sumber: Dean Curry (1994). East Does It. USIA. Washington. P.3]

Contoh #4: Mengesan Perkataan yang Berbunyi Hampir Sama

Tujuan: Pelajar belajar mengenal perkataan yang mempunyai sebutan yang hampir sama.

Ayat Pemintal Lidah

pandang tandan depan padang

dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah

Transkrip:

En. Chong memandu bus pada hujung minggu dan cuti am. Dia bekerja sebagai

pemandu bus secara separuh masa untuk sebuah syarikat bus besar di Kuala

Lumpur. Pada hari biasa dia bekerja sebagai mekanik kereta. Dia bekerja

separuh masa sebagai pemandu bas untuk mendapatkan lebih banyak wang

kerana dia ingin untuk membeli sebuah rumah. Dia membawa pelancong

melawat ke tempat-tempat peraginan dan bersejarah.

Page 12: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

12

berat beras dua belas kilo

tulang temulang di atas belulang

.

Langkah-Langkah: Murid diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa perkataan yang

mempunyai sedikit perbezaan bunyi serta gambar-gambar.

Guru menyebut tiga perkataan berikut [DUKU, KUKU & BUKU] dan murid diminta

memadankannya dengan gambar berkenaan.

Bahan adalah penting dalam aktivit pendengaran. Oleh itu guru perlu memberi perhatian

yang teliti ketika memlilih bahan semasa merancang aktiviti pendengaran. Yahya Othman

(2005) mencadangkan beberapa perkara yang dianggap penting dalam pemilihan bahan untuk

menguasai kemahiran mendengar: (Lihat Rajah 5.2).

5.7 Pemilihan Bahan Untuk Aktivit Pendengaran

d) Bincangkan pendekatan Tiga Peringkat yang dicadangkan untuk mengajar

kemahiran mendengar.

e) Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendekatan ini?

f) Berikan contoh-contoh lain menggunakan pendekatan ini.

Page 13: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

Pilih Bahan yang Sesuai Penggunaan bahan pengajaran sangat penting dalam

mewujudkan pemahaman bahasa. Kesesuaian bahan banyak

mempengaruhi sama ada kepada penutur mahupun pendengar.

Bagi kebanyakan orang, cara termudah untuk memulakan

penguasaan mendengar ialah dalam keadaan situasi mendengar

interaktif bersemuka, sebab pendengar boleh secara

bersungguh-sungguh menguasai pertuturan penutur. Jika

pendengar tidak mempunyai peluang atau tidak selesa dengan

cara itu, carilah bahan yang khusus disediakan untuk mengajar mendengar untuk

tujuan pemahaman. Kini terdapat banyak bahan audio daripada internet. Juga alat

perakam digital sungguh mudah digunakan untuk merakam suara guru.

Pilih Bahan yang Boleh Menggembirakan (Didik Hibur)

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika bahan yang digunakan

boleh menggembirakan pelajar. Ini disebabkan manusia mendengar

untuk tujuan mendapatkan maklumat dan hiburan. Pilihlah bahan yang

difikirkan akan memberikan maklumat serta dapat menghiburkan

mereka. Oleh itu, perhatian pelajar akan lebih baik dan ia mungkin

akan lebih memahaminya dengan mudah. Secara ringkasnya, jika

pelajar meminati sukan, tontonlah rancangan sukan di televisyen atau

mendengar laporan di media yang lain.

Pemilihan Bahan

Bahan yang Sesuai Bahan yang Boleh

Menggembirakan

Tahap Kepayahan yang

Betul Bahan Autentik

Page 14: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

14

Mencari Tahap Kepayahan yang Betul Dalam pembelajaran bahasa melalui kemahiran mendengar, bahan yang

digunakan perlulah selaras dengan objektif pembelajaran serta tahap

pembelajaran pelajar. Jika penguasaan bahasa pelajar berada pada tahap

permulaan atau pertengahan, pelajar digalakkan menggunakan bahan

video terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan audio. Tujuannya

agar pelajar mendapat gambaran secara umum tajuk yang akan

dipelajari. Sementara bahan yang memasukkan bahan visual akan

memudahkan pelajar mengikuti perkara yang diucapkan.

Bahan Autentik

Di samping itu, pelajar juga boleh menggunakan bahan autentik

untuk tujuan memudahkan penguasaan kemahiran mendengar.

Walaupun selesa dengan bahan yang bersifat bersemuka, pelajar

boleh mencari bahan untuk tujuan mendengar yang bersifat

autentik. Bahan autentik untuk kemahiran mendengar banyak

terdapat di sekeliling kita. Ini termasuklah program radio dan

televisyen, syarahan, ucapan, filem, dan drama. Bahan tersebut

senang diperoleh dan penutur boleh mendapatkannya dalam

susunan yang senang kepada yang agak susah. Guru boleh

memulakan pengajaran dengan menggunakan segmen televisyen yang

pendek berdasarkan topik yang biasa didengar yang dibantu dengan

visual. Kaedah ini akan menjadikan pertuturan lebih jelas dan dapat di

sampaikan dengan berkesan. Contohnya penggunaan rakaman iklan,

pengumuman, laporan cuaca, temu bual atau berita ringkas. Selain itu,

pelajar juga boleh menonton rancangan yang lebih panjang masanya,

seperti tayangan filem dengan klu visual yang baik agar boleh

membantu memahami perkara yang diucapkan. Jika pelajar telah

mahir, mereka boleh mendengar bahan yang lebih kompleks seperti kuliah, ucapan, diskusi

profesional, filem, dan apa sahaja program radio atau televisyen.

a) Mengapakah bahan autentik penting dalam pengajaran kemahiran

mendengar?

b) Berikan contoh-contoh bahan anda akan menggunakan dalam pengajaran

kemahiran mendengar.

c) Mengapakah video digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar?

Page 15: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

Berikut ini ialah beberapa strategi yang boleh diamalakan oleh murid untuk meningkatkan

kemahiran mendengar (Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Kamarulzaman Abd Ghani , 2006).

Sentiasa melihat ke arah guru semasa beliau mengajar

Boleh memahami pengajaran guru walau pun tidak dapat melihatnya

Boleh memahami pengajaran guru walau tanpa bantun buku teks atau bahan lain

Memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru hingga akhirnya

Mengenal pasti isi-isi penting semasa pengajaran guru

Menegur murid yang membuat bising semasa guru mengajar

Cuba mengelak terganggu bunyi-bunyi lain (seperti bunyi kereta, murid bermain di luar kelas)

Elak daripada mendengar secara sambil lewa

Beri perhatian terhadap intonasi dan ton suara - Intonasi dan ton suara memberikan panduan terhadap maksud sesuatu pengucapan. Intonasi mungkin akan memberikan klu sama ada pengucapan yang anda dengar adalah kenyataan atau soalan. Dengan lain perkataan, ton suara boleh boleh menggambarkan sama ada penutur sabar, marah, atau gembira.

Fokuskan kepada kata tanya – Kata tanya yang digunakan semasa pertuturan dapat membantu pelajar memahami perkara yang didengar dengan lebih baik. Setiap bahasa mempunyai bilangan yang terhad bagi kata tanya seperti siapa, apa, bila, di mana, dan bagaimana. Sesetengah bahasa menggunakan perkataan yang menunjukkan pertanyaan bagi menunjukkan penegasan.

Menganggap perbualan sebagai relevan - Perbualan yang berkesan adalah berkaitan peristiwa yang relevan dengan dirinya sendiri. Apabila perbualan dapat difahami dan berkaitan dengan persamaan kepentingan kedua-dua belah pihak, akan wujud kemesraan dalam perbualan serta menambahkan kelancaran perbualan. Oleh itu, penutur perlu menganggap bahawa apa yang diucapkan oleh penutur itu berkait dengan pengalamannya. Kebanyakan perbualan berkaitan dengan keadaan ketika itu. Perbualan sering berkisar di sekitar cuaca, keadaan sosial, perasaan atau beberapa tingkah laku.

PERBULAN TERLALU CEPAT Mendengar perbualan yang terlalu cepat boleh menjadikan pendengar sukar untuk

memahami kandungan percakapan tersebut. Jika pelajar merasakan tidak dapat mengikuti

perbualan rakan, cubakan teknik berikut yang dijangka akan dapat membantu menghadapi

situasi tersebut.

5.7 Strategi Pendengar Meningkatkan Kemahiran Mendengar

Page 16: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

16

Bertanya dan nyatakan yang anda tidak memahami percakapannya: Pelajar tidak boleh membiarkan komunikasi melalui pendengaran terganggu akibat

tidak memahami pertuturan rakannya. Jika pelajar tidak memahami perkataan atau

frasa, tanyakan penutur tersebut akan maknanya. Belajar cara mengucapkan frasa

untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan seperti "Apakah yang ……

dimaksudkan?" ," Saya tidak tahu apa…… dimaksudkan," dan "Saya tidak tahu

perkataan untuk ….."

Minta diulang: Apabila tidak memahami perkara yang

dituturkan, pelajar boleh meminta penutur mengulang

percakapannya. Gunakan frasa "apakah yang anda

nyatakan?" atau " Tolong ulangi" dalam bahasa yang

dipelajari.

Minta bercakap dengan perlahan sedikit: Mungkin rakan pelajar bercakap dengan cepat dan

mengakibatkan pelajar tidak dapat mengikuti perbualan

dengan berkesan. Pelajar boleh menyatakan " Tolong

bercakap perlahan sedikit" dan " Bolehkah anda

bercakap perlahan sedikit?"

Dapatkan penjelasan: Semasa perbualan, pelajar mungkin memerlukan maklumat

tambahan bagi mengatasi masalah tidak memahami perkara yang dibincangkan. Jika

pelajar tidak mendapat sebahagian daripada mesej, pelajar boleh bertanyakan soalan

tambahan. contohnya, jika anda tidak dapat mengikuti arahan yang dinyatakan oleh

rakan berbual, pelajar boleh tanyakan perkara-perkara yang perlukan penjelasan

lanjut.

Menyebutkan semula frasa: Sering timbul masalah pelajar tidak memahami

percakapan rakan berbual. Oleh itu, jika pelajar tidak pasti yang ia memahami apa

yang diperkatakan oleh orang lain, nyatakan semula frasa yang dinyatakan oleh

penutur tersebut sebaik mungkin, sebagai contohnya, " maksud awak….. ?"

Mengulang ayat yang tidak difahami: Ulang bahagian ayat yang tidak fahami

dengan menggunakan intonasi penyoalan. Sebagai contohnya, jika tidak pernah

mendengar perkataan yang tidak mempunyai makna, pelajar boleh

mengulanginya. Penutur akan berpeluang untuk membetulkan perkataan yang tidak

difahami.

a) Jelaskan strategi-strategi yang boleh diambil oleh murid supaya mereka

dapat mendengar dengan lebih berkesan.

b) Apakah murid sepatut buat sekiranya perbualan adalah terlalu cepat?

Page 17: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

Aktiviti mendengar penting dikuasai disebabkan penggunaannya yang sangat meluas

dalam kehidupan.

Disebabkan banyak masa digunakan untuk mendengar, pendengar perlulah memiliki

kemahiran mendengar yang berkesan agar mesej yang diterima dapat dimanfaatkan

dengan baik.

Keutamaan dalam mempelajari bahasa ialah usaha untuk menguasai kemahiran

mendengar.

Dari segi perkembangan pemerolehan bahasa, proses mendengar dilalui secara semula

jadi sejak zaman kanak-kanak lagi.

Mendengar secara interaktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan

pendengar.

Mendengar tidak interaktif ialah pendengar tidak berpeluang untuk memberikan

respons secara verbal terhadap mesej yang didengar.

Dalam kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau

meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar.

Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan.

Pelajar mendengar guru menyebut perkataan.

Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi

perkataan yang disebut oleh guru.

Pelajar yang mempelajari bahasa kedua, kadang kala pelajar tidak memahami serta

tidak memperoleh apa-apa semasa menonton televisyen dan tayangan filem dalam

bahasa kedua.

Page 18: Bab 5. Kaedah Dan Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur

18

Abdullah Hassan. (1989). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti.

Nik Mohd Rahumi Nik Yusoff & Kamarulzaman Abd Ghani (2006). Teknik pembelajaran

kemahiran mendengar: Pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab. Islamiyyat, 28. 109-

124.

Raminah Sabran & Rahim Syam. 1985. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:

Fajar Bakti.

Gary Hopkins (2005). EducationWorld.com

Julia Dobson (1994). Dialogs for everyday use. USIA. Washington.]

Dean Curry (1994). East Does It. USIA. Washington. P.3