tekanan guru

15
STRES DI KALANGAN GURU WANITA SEKOLAH RENDAH DI LEMBAH KELANG STRES DI KALANGAN GURU WANITA SEKOLAH RENDAH DI LEMBAH KELANG[1] Oleh: Zuraini Hj Jamil @ Osman Prof. Madya Dr. Hj. Bhasah Hj. Abu Bakar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. ABSTRAK Tanggungjawab sebagai seorang pekerja, ibu dan isteri secara serentak di kalangan kaum wanita boleh menimbulkan konflik intrapersonal mahupun interpersonal. Konflik-konflik ini kemudiannya akan menimbulkan respon fisiologis, psikologis dan tingkah laku sebagai bentuk adaptasi terhadap suatu kondisi yang mengancam dikenali sebagai stres. Kini, masalah stres merupakan satu sindrom yang agak merbahaya kepada wanita. Satu daripada faktor utama yang membawa kepada terjadinya stres adalah berkait dengan ketensionan kerja. Kajian ini cuba memfokuskan masalah stres yang dihadapi oleh guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang. Seramai 68 orang guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang merupakan partisipan untuk kajian ini. Satu set soal selidik stres telah ditadbirkan bagi mendapatkan maklumat stres dikalangan guru-guru wanita berkenaan. Kajian ini cuba mengaitkan hubungan stres dengan latar belakang partisipan dan persekitaran kerjaya sebagai guru, tahap stres yang dihadapi serta tindakan yang diambil untuk menangani masalah stres ini. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mengenal pasti masalah stres di kalangan guru wanita sekolah rendah dan mencari penyelesaian terbaik untuk menanganinya agar harapan masyarakat yang melihat peranan guru sebagai pendidik generasi bangsa akan tercapai dan diharapkan peranan guru tidak dicemari dengan stres yang boleh menjejaskan mutu perkhidmatan mereka. PENDAHULUAN Sistem pendidikan memainkan peranan penting pembangunan negara. Oleh itu,

Upload: fizree-aries

Post on 24-Apr-2017

226 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

STRES DI KALANGAN GURU WANITA SEKOLAH RENDAH DI LEMBAH KELANGSTRES DI KALANGAN GURU WANITA SEKOLAH RENDAH DI LEMBAH

KELANG[1]

Oleh:

Zuraini Hj Jamil @ Osman

Prof. Madya Dr. Hj. Bhasah Hj. Abu Bakar

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

ABSTRAK

Tanggungjawab sebagai seorang pekerja, ibu dan isteri secara serentak di kalangan

kaum wanita boleh menimbulkan konflik intrapersonal mahupun interpersonal. Konflik-

konflik ini kemudiannya akan menimbulkan respon fisiologis, psikologis dan tingkah

laku sebagai bentuk adaptasi terhadap suatu kondisi yang mengancam dikenali sebagai

stres. Kini, masalah stres merupakan satu sindrom yang agak merbahaya kepada

wanita. Satu daripada faktor utama yang membawa kepada terjadinya stres adalah

berkait dengan ketensionan kerja. Kajian ini cuba memfokuskan masalah stres yang

dihadapi oleh guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang. Seramai 68 orang guru

wanita sekolah rendah di Lembah Kelang merupakan partisipan untuk kajian ini. Satu

set soal selidik stres telah ditadbirkan bagi mendapatkan maklumat stres dikalangan

guru-guru wanita berkenaan. Kajian ini cuba mengaitkan hubungan stres dengan latar

belakang partisipan dan persekitaran kerjaya sebagai guru, tahap stres yang dihadapi

serta tindakan yang diambil untuk menangani masalah stres ini. Kajian ini diharapkan

dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mengenal pasti masalah stres di kalangan guru

wanita sekolah rendah dan mencari penyelesaian terbaik untuk menanganinya agar

harapan masyarakat yang melihat peranan guru sebagai pendidik generasi bangsa akan

tercapai dan diharapkan peranan guru tidak dicemari dengan stres yang boleh

menjejaskan mutu perkhidmatan mereka.

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan memainkan peranan penting pembangunan negara. Oleh itu,

pelbagai perubahan telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara sejajar dengan

perubahan yang berlaku dalam aspek ekonomi, budaya dan politik. Dengan ini, sistem

pendidikan negara memerlukan rancangan-rancangan dan strategi-strategi tertentu

dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap tertinggi

untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam abad ke-21. Justeru, pelbagai strategi

dirancang dan dilaksanakan khususnya untuk bidang pendidikan dalam usaha untuk

membentuk generasi yang serba berpengetahuan, berkebolehan dan mampu menempuh

alaf baru yang serba mencabar. Malah, pendidikan yang berkualiti dan cemerlang

adalah wahana untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan dalam

pelbagai bidang yang menjadi agenda utama pembangunan negara sejak dahulu lagi.

Namun, matlamat yang jelas beserta strategi dan perancangan yang tersusun tidak

mempunyai erti sekiranya sistem pendidikan gagal mencapai objketif untuk melahirkan

sumber tenaga yang amanah dan cekap dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Berdasarkan ini, sistem pendidikan negara mencapai kemajuan yang pesat dan

menghadapi gelombang perubahan alaf baru mengakibatkan jentera pendidikan

dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program-program pendidikan yang

melibatkan semua hirarki dan lapisan dalam organisasi. Ini menuntut komitmen yang

jitu dan kerjasama yang erat daripada seluruh jentera pendidikan bermula dari

Kementerian Pendidikan, para pemimpin sekolah dan guru. Ini secara tidak langsung

menjadikan fungsi sekolah bertambah penting kerana negara mengharapkan

sumbangan yang maksimum daripada guru untuk merealisasikannya.

Berlandaskan tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan, penyediaan sumber

manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan negara dan menurut

Mohammad (1998), YAB Datuk Seri Dr Mahathir Muhammad telah menggariskan

beberapa ciri yang perlu ada pada guru untuk menghasilkan sumber manusia iaitu :-

i. menguasai subjek (kandungan kurikulum)

ii. mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

iii. memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka.

iv. memahami psikolgi pembelajaran (cognitive psychology).

v. memiliki kemahiran kaunseling.

vi. menggunakan teknologi terkini.

vii. dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir.

Oleh yang demikian, dalam mencorak program pendidikan guru pada abad ke-21 ini,

peranan guru bukan hanya menyampaikan kurikulum tetapi juga mampu

memperkembang, mendefinsi dan menterjemahkannya selaras dengan perkembangan

dan tuntutan dominan kemajuan pada masa sekarang. Suffean (1993), menggariskan

beberapa peranan guru seperti berikut :

i. Agen pemangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar.

ii. Fasilitator dalam pembelajaran pelajar.

iii. Pembimbing dan model.

iv. Pengurus dan pengatur keadaan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.

v. Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang-peluang yang ada untuk pelajar.

Kassim (1998) bersetuju bahawa kerjaya guru lebih mencabar kini kerana memainkan

peranan penting dalam membangunkan generasi muda yang berilmu, berketrampilan

dan berakhlak. Justeru, pembentukan guru yang berkesan amatlah perlu. Jelaslah di

sini, kaum guru yang menjadi penggerak organisasi pendidikan diamanahkan dengan

tanggungjawab yang besar untuk memastikan segala usaha berkenaan menjadi

kenyataan. Tidak lagi disangkal bahawa kepelbagaian tanggungjawab itu melahirkan

reaksi dan tanggapan yang berbeza di kalangan guru-guru di Malaysia malah sedikit

sebanyak memberikan beban dan tekanan kepada guru-guru untuk memikul

tanggungjawab tersebut bagi memenuhi aspirasi negara.

Berdasarkan Laporan Murad (1973), iaitu Kajian Tentang Keciciran menjelaskan

bahawa guru mempunyai kedudukan istimewa dalam sosial kanak-kanak dan boleh

mempengaruhi mereka terhadap persekolahan. Oleh yang demikian jika guru

mengharapkan pelajar belajar dengan baik kemungkinan bahawa pelajar akan kekal di

sekolah adalah besar. Tetapi sekiranya pelajar merasakan bahawa guru tidak mepunyai

harapan terhadap pelajar itu sendiri maka besar kemungkinan bahawa pelajar itu akan

tercicir dari sekolah. Pastinya guru sekolah rendahlah yang memainkan peranan

penting untuk menarik perhatian kanak-kanak ke sekolah. Kawasan Lembah Kelang

pula dipilih memandangkan ia adalah sebuah wilayah yang begitu pesat membangun

dari segi politik, ekonomi dan sosial. Keadaan ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi

pengurusan tugas guru seterusnya menjadi punca kepada masalah stres. Di samping

itu, menurut Yasmin (1993) lazimnya pelajar-pelajar di bandar lebih terdedah kepada

unsur positif dan negatif dalam dunia pasca moden kini berbanding pelajar-pelajar di

luar bandar.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Boserup dan Liljencrants (1975), hampir separuh daripada sumber tenaga

manusia untuk pembangunan datangnya dari kaum wanita. Memang tidak dapat

dinafikan lagi bahawa kedudukan wanita masa kini telah banyak berubah dari pelbagai

aspek jika dibandingkan dari zaman dahulu kerana banyak peluang-peluang seperti

pekerjaan, pelajaran dan sebagainya terbuka luas untuk mereka terokai. Oleh kerana

adanya pertambahan peluang inilah kini wujudnya penglibatan lebih ramai kaum wanita

di dalam pekerjaan sama ada dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Menurut

Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) walaupun 9.4 % kaum wanita berkhidmat

dengan pekerjaan profesional dan teknikal namun kebanyakan mereka berkhidmat

sebagai guru dan jururawat.

Jelas di sini bahawa, walaupun kerajaaan telah melakukan pelbagai usaha bagi

meningkatkan martabat profesion perguruan termasuklah memperkenalkan Diploma

Perguruan Malaysia pada tahun 1996 namun golongan lelaki masih kurang menyertai

profesion ini. Keadaan ini menyebabkan profeisoan perguruan dikuasai oleh golongan

wanita berbanding lelaki.

Menurut Perangkaan Pendidikan (2000) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

terdapat seramai 55,427 orang guru lelaki berbanding 99,493 orang guru perempuan di

sekolah rendah. Ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa guru wanita

mempunyai peranan di dalam mewarnai hala tuju pendidikan bagi mendokong harapan

pelajar, ibu bapa dan seterusnya negara. Justeru, semenjak dahulu profesion perguruan

dikatakan menjadi kerjaya paling ideal bagi golongan wanita. Kajian ini difokuskan

kepada guru wanita sekolah rendah kerana sehingga kini hampir setiap sekolah majoriti

gurunya adalah wanita ramai pula yang telah menyedari bahawa wujud juga masalah

besar di sebalik tugas mulia seorang guru yang sering dipandang rendah oleh

kebanyakan masyarakat. Profesion perguruan sebenarnya berhadapan dengan pelbagai

masalah yang berkaitan dengan kerjaya sebagai guru. Pada dasarnya, masalah yang

dihadapi pada masa kini berkisar kepada gaji yang tidak setimpal, kepimpinan

pengetua, beban tugas, persekitaran kerja yang tidak menyeronokkan, beban kerja dan

sebagainya menyebabkan guru merasa tidak ada kepuasan kerja dan masalah ini secara

tidak langsung mungkin akan menyebabkan stres kepada guru. Menurut Schult (1994)

kepuasan kerja yang rendah akan mempengaruhi moral, motivasi dan akhirnya

membantutkan potensi guru sebagai pendidik. Oleh itu timbul persoalan mampukah

guru wanita menghadapi cabaran yang semakin sukar dengan beban tanggungjawab

yang banyak dalam profesion mereka ini dan dapatkan mereka menangani masalah

yang dihadapi agar stres tidak menggangu tugas mereka sebagai pendidik bangsa.

KEPENTINGAN KAJIAN

Pendidikan dianggap komponen penting dalam agenda negara merangka dasar

pembangunan. Oleh itu, pelbagai perubahan dilakukan terhadap sistem pendidikan

negara kerana diakui berperanan penting dalam usaha membangunkan sumber

manusia berpengetahuan dan berkemahiran yang menjadi penggerak utama

membangunkan negara. Justeru, harapan yang tinggi apabila berlaku kepesatan di

dalam pembangunan sistem pendidikan negara menyebabkan ada pihak yang tersepit

iaitu guru. Perubahan yang berlaku seperti berkaitan dengan beban kerja, faktor

persekitaran kerjaya, masalah pelajar dan lain-lain lagi pastinya menyebabkan masalah

stres ke atas guru kerana guru diharapkan supaya mempunyai sahsaiah yang baik dan

boleh melaksanakan pendidikan yang bersepadu berasaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dengan jayanya bagi merealisasikan harapan untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, optimis serta memberi sokongan terhadap keharmonian masyarakat

dan kemakmuran negara.

Menurut Kyriaco (1990), stres di kalangan guru merupakan satu masalah

memandangkan ia boleh mengakibatkan gangguan yang ketara terhadap kerjaya

seseorang malah boleh menyebabkan prestasi kerja seseorang. Ianya boleh

menyebabkan prestasi kerja guru tergugat berikutan timbulnya kesan-kesan negatif

terhadap kesihatan, daya tahan, timbul rasa tidak puas hati, masalah ketidakhadiran

dan sebagainya. Oleh itu, kajian stres di kalangan guru ini sering mendapat perhatian

ramai penyelidik kerana mempunyai kepentingan.

Kajian ini difokuskan hanya kepada guru wanita sekolah di Lembah Kelang atas

beberapa kepentingan seperti berikut :-

i. Kajian ini penting kerana difokuskan kepada guru wanita sekolah rendah kerana

sekolah rendah merupakan tahap awal pendedahan kepada kanak-kanak yang baru

memasuki alam persekolahan tentang semangat profesionalisme yang dinamis melalui

pendekatan kasih sayang dan mesra agar dapat menghasilkan insan yang mempunyai

daya ketahanan yang boleh memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan

negara. Oleh itu, amat penting untuk mengetahui keadaan guru-guru wanita di sekolah

rendah tentang tahap prestasi mereka lebih-lebih lagi di Lembah Kelang yang terkenal

dengan sebuah kota metropolitan di mana kanak-kanaknya lebih cepat terdedah dengan

pelbagai cabaran.

ii. Kajian ini juga mempunyai kepentingan untuk mengetahui apakah sebab-sebab yang

dihadapi oleh guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang sehingga mereka

menghadapi stres.

iii. Seterusnya, kajian ini juga penting bagi mengenal pasti langkah-langkah yang perlu

diambil untuk mengatasi stres supaya dapat dilaksanakan segera memandangkan

bidang perguruan amat penting. Jika sebab-sebab stres itu tidak dikekang maka guru

yang mengalami stres secara langsung turut memberi kesan kepada pelajar dan

masyarakat keseluruhannya.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umum, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan stres dengan latar belakang

dan perkitaran profesion perguuran di kalangan guru-guru wanita sekolah di Lembah

Kelang. Di samping itu juga, kajian ini ingin melihat tahap stres yang dihadapi serta

tindakan yang diambil oleh guru-guru ini dalam menangani masalah stres. Secara

khususnya persoalan kajian bolehlah di rumuskan seperti berikut:

i. Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang cenderung untuk

mengalami stres?

ii. Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang berpuas hati dengan

suasana persekitaran kerjaya mereka?

iii. Apakah perkaitan punca-punca yang membawa kepada berlakunya stres di kalangan

guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang?

iv. Apakah tindakan yang diambil oleh guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah

Kelang untuk menangani masaalah stres ?

Definisi Stres

Atlanta Reproductive Health Centre (1995) mendefinisikan stres sebagai ’wear and tear’

bagi pengalaman badan kita semasa kita menyesuaikan diri dengan persekitaran yang

terus berubah. Keadaan sebegini memberi kesan fizikal dan emosi yang dapat

mencetuskan rasa negatif dan positif. Stres guru menurut Kyriacou dan Sutcliffe (1978)

ialah tindak balas ke atas kesan negatif seperti marah atau tertekan yang biasanya

diikuti oleh kesan fisiologi dan perubahan biokimia seperti peningkatan kadar denyutan

jantung dan pelepasan hormon adrenocorticotrophic ke dalam saluran darah.. Kyriacou

(1987) juga mendefinisikan stres sebagai pengalaman guru yang mengalami emosi yang

tidak stabil seperti tension, kecewa, marah dan tertekan akibat aspek-aspek yang timbul

daripada kerjaya guru. Menurut Asmah Bee (2004), stres adalah suatu perasaan yang

muncul disebabkan daripada ketidakseimbangan fisiologikal yang memberikan kesan

emosi yang tidak menyenangkan dan gangguan kepada komponen kognitif.

SOROTAN LITERATUR

Para guru adalah agen perubahan dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu, guru perlu

melengkapi diri mereka dengan ciri-ciri berkualiti bagi membawa pendidikan negara ke

era lebih cemerlang dan seterusnya menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Namun begitu, terdapat juga guru yang bukan sahaja gagal menjadi pencetus dan

penggerak perubahan tetapi juga gagal menangani perubahan drastik yang berlaku

dalam dunia pendidikan malah yang lebih parah apabila ada sebahagian daripada

mereka menjadi mangsa kepada perubahan ini kerana disebabkan beberapa faktor dan

antaranya ialah masalah stres. Jika tidak ditangani masalah stres ini, maka matlamat

untuk mewujudkan ciri-ciri positif yang perlu dimiliki oleh guru berkualiti seperti

cergas, beriman, berilmu, berdaya kereatif, kritis dan inovatif serta mempunyai jati diri

yang mantap tidak akan tercapai sehingga menyebabkan mutu perkhidmatan mereka

merosot. Ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa hasil kajian sebelum ini yang

membuktikan bahawa masalah stres memang berlaku dalam dunia perguruan.

Gan (1998) telah membuat kajian tentang sebab-sebab berlakunya stres di kalangan

guru sekolah menengah dan mendapati punca utamanya ialah berkaitan dengan pelajar.

Kyriacou (1995) merumuskan 7 kategori punca stres guru yang utama ialah pelajar

yang tiada motivasi dan mempunyai sikap negatif terhadap pelajaran, pelajar yang

engkar dan masalah disiplin, perubahan mendadak akibat desakan kurikulum dan

organisasi, suasanan kerja yang tidak memberangsangkan termasuk prospek kerjaya,

kekurangan masa, konflik dengan rakan sejawat dan perasaan kurang dihargai oleh

masyarakat.

Kuehn (1993) dalam kajiannya mendapati faktor-faktor penyebab stres di kalangan guru

ialah kekurangan masa untuk merubah pelajar yang bermasalah dan tidak dapat

membuat keputusan yang berkaitan dengan mereka. Jarnagin (1997) dalam kajiannya

pula mendapati para guru sering menghadapi masalah dengan kertas kerja yang

banyak, red tape, kecewa dengan ibu bapa dan masyarakat, mereka merasakan diri

mereka tidak dihargai, faktor gaji yang rendah daan tertekan apabila dinilai ke atas

perkara-perkara yang tidak dapat dikawal. Gold dan Roth (1993) menggambarkan

status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif iaitu

keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan ( mungkin tidak

berlaku dalam kegawatan sekarang).

Menurut Muhammad (1995), kajian yang dibuat oleh Kongres Kesatuan Guru-Guru

Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan bahawa guru-guru

mengeluh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti menyedikan perancangan

tahunan, penggal, mingguan dan harian. Datuk Abang Johari Abang Haji Openg,

Menteri Pembangunan Industri di Sarawak juga selaku menteri yang bertanggungjawab

dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab 75 orang guru di Sarawak

telah meninggalkan profesion perguruan ( semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara

alasan mereka ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan

dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat

( Borneo Post, 1996).

Seterusnya, Junainah (1995) melalui kajiannya terhadap tekanan kerja guru beberapa

buah sekolah di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan

dengan pentadbiran adalah menjadi faktor utama wujudnya tekanan kerja di kalangan

guru sekolah. Miller ( 1976 ) menyatakan bahawa tekanan kerja guru wujud disebabkan

oleh kegagalan penyelarasan di antara profesion mengajar, hubungan keluarga, rasa

rendah diri, sikap, personaliti, masalah persekitaran, kesihatan fizikal, masalah

kakitangan dan pentadbiran sekolah. Selain itu tuntutan menjalankan tugas dengan

berkesan dan cemerlang juga merupakan suatu keadaan yang boleh mewujudkan stres

di kalangan guru. Oleh itu, dapatan kajian-kajian ini telah membuktikan sememangnya

masalah stres wujud dalam profesion perguruan dan masalah ini perlu diberi perhatian

yang sewajarnya kerana tanggungjawab dan peranan guru penting dalam pendidikan

kerana mereka menjadi tenaga penggerak utama dalam organisasi sekolah.

METODOLOGI KAJIAN

Sampel kajian terdiri dari guru wanita yang mengajar di sekolah-sekolah rendah di

kawasan Lembah Kelang. Seramai 68 orang partisipan dipilih secara rawak dari 50

buah sekolah di kawasan Lembah Klang.

Partisipan

Hampir 38.2% partisipan adalah berbangsa Melayu dan 61.8% bukan Melayu. Terdapat

8.8% partisipan adalah bujang dan 91.2% telah berkeluarga. Hampir 80% adalah dari

keluarga nuklear dan 20 % keluarga extended, 21% guru mempunyai pengalaman

mengajar kurang dari 10 tahun, 41.2% mempunyai pengalaman mengajar antara 11 ke

15 tahun dan 36.8% mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 16 tahun. Hampir 80%

partisipan adalah dari keluarga yang aman. Perhubungan dengan guru besar adalah

baik bagi 63.2% partisipan, 33.8% menganggap perhubungan mereka adalah sederhana

baik dan 2.9% mengaku perhubungan mereka dengan guru besar adalah kurang baik.

Keadaan ini agak berbeza dengan hubungan dengan pentadbir sekolah seperti guru

kanan sekolah, kakitangan pejabat. Mereka menyatakan perhubungan adalah baik bagi

79% dan dalam keadaaan sederhana baik bagi 21% partisipan lainnya. Seramai 45.6%

guru menyatakan mereka mengajar mata pelajaran opsyen mereka dan 54.6% yang

mengajar subjek yang bukan opsyen. Persampelan ini juga mengandungi guru yang

mengajar sesi pagi (79.4%) dan petang (20.8%). Hampir 51.5% diminta mengajar kelas

tambahan dan hampir 25% guru berkenaan diminta untuk membuat kerja-kerja luar.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan adalah dari Jamaludin (1996) yang berpandukan stres kerja

oleh Mohamad dan Ariffin (1989) yang mempunyai kebolehpercayan α = 0.9231. kajian

ini telah mencatatkan kebolehperacayaan = 0.84 sahaja. Soal selidik yang dibentuk ini

terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : Bahagian A – untuk mendapatkan maklumat

tentang demografi partisipan. Bahagian B – untuk mengetahui tahap stres guru dalam

professisonnya dan Bahagian C - untuk mengenal pasti cara-cara guru menangani

masalah stres.

ANALISIS DATA

Soal selidik yang telah dikembalikan disemak secara manual oleh pengkaji untuk

memastikan semua soalan telah dipenuhi dengan betul. Selepas itu, pengiraan skor

dibuat untuk tujuan pengkodan seperti yang dikehendaki di dalam tatacara penggunaan

komputer. Selepas pengkodan selesai dibuat, maklumat dianalisis dengan menggunakan

perisian komputer SPSS versi 11.0 for Windows (Statistical Package for Social Sceince).

DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1.

Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang cenderung untuk

mengalami stres?

Jadual 1 menunjukkan terdapat hampir 42 % guru wanita di Lembah Kelang

menghadapi masalah stres rendah, manakala hampir 55 % pula mengalami stres

sederhana dan 4 % sahaja yang mengalami stres yang dianggap tinggi.

[1] Telah diterbitkan dalam International Seminars on Muslim Women: Future and

Challanges in Shaping the Ummah. Women the Driving Force in Developing An

Excellent Ummah. 2 – April 2005 Sofitel Palm Resort. Johor.

Soalan Kajian 2.

Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang berpuas hati dengan

suasana persekitaran kerjaya mereka?

Jadual 2 menunjukkan tahap kepuasan Guru Wanita di lembah Kelang dan mendapati

hampir 68% guru wanita adalah dalam tahap kepuasan sederhana dan 32.4% adalah

mempunyai tahap kepuasan rendah atau tidak puas.

Soalan Kajian 3.

Apakah perkaitan punca-punca yang membawa kepada berlakunya stres di kalangan

guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang?

Kajian ini cuba melihat beberapa faktor yang dijangkakan boleh membawa kepada

stress di kalangan guru-guru wanita di sekolah rendah di Lembah Kelang. Beberapa

faktor telah disenaraikan sebagai mempunyai pertalian yang kuat dengan stres. Faktor-

faktor berkenaan termasuklah:

Terdapat 16 faktor yang dijangkakan boleh membawa kepada keadaan stres di kalangan

guru wanita di kawasan Lembah Klang. Sesudah ujian khi kuasa dua dijalankan kami

hanya mendapati terdapat lima faktor sahaja yang mempunyai pergantungan antara

stres dengan faktor yang kami andaikan itu. Faktor-faktor itu termasuklah jenis

keluarga guru berkenaan c2 (dk=2) = 12.312, p < 0.01), status guru berkenaan sama

ada ianya seorang ibu tunggal atau tidak c2 (dk=2) = 29.326, p < 0.001), hubungan

dengan guru besar c2 (dk=4) = 12.491, p < 0.05), waktu yang diberikan kepada guru

untuk mengajar c2 (dk=10) = 29.290, p < 0.01 dan subjek major guru berkenaan sama

dengan subjek yang diajar c2 (dk=2) = 7.329, p < 0.05 juga menjadi faktor penentu

tentang stres di kalangan guru berkenaan. Soalan Kajian 4. Apakah tindakan yang

diambil oleh guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang untuk menangani

masaalah stres ? Secara umumnya masalah telah dapat diambil tindakan dengan baik.

Ini berdasarkan kepada peratusan guru yang dapat menangani masalah stres dengan

cara mereka sendiri. Terdapat berbagai cara guru wanita menangani masalah stres.

Lebih 70% guru wanita mengambil tindakan seperti: (a) menerima hakikat bahawa

semua manusia menghadapi masalah, (b) mengharapkan agar masalah stress yang

dihadapi dapat diselesaikan dengan baik (c) membuat satau rancangan tindakan untuk

menyelesaikan masalah dan mengikutinya dan (d) memperingatkan diri bahawa dalam

mana-mana keburukan, ada juga kebaikan.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Secara umumnya bolehlah dikatakan guru-guru wanita di sekolah rendah di kawasan

Lembah Kelang tidaklah begitu teruk dalam menghadapi masalah stres. Hampir 42 %

guru hanya menghadapi tekanan stres tahap rendah, 54 % stres tahap sederhana dan

4% sahaja yang menghadapi stres tahap tinggi. Antara faktor-faktor yang menyumbang

kepada wujudnya stres di kalangan guru wanita ini termasuklah Keadaan guru

berkenaan sama ada beliau adalah beliau adalah seorang ibu tunggal atau berkeluarga,

bentuk keluarga mereka iaitu sama ada keluarga nuklear atau keluarga extended,

hubungan mereka dengan guru besar, waktu mengajar yang diberikan kepada mereka

dan mata pelajaran yang diajar di sekolah bertepatan atau tidak dengan major guru

berkenaan semasa di Maktab Perguruan dahulu. Ini adalah berdasarkan kepada

pergantungan antara faktor berkenaan dengan tahap stres di kalangan partsipan

berkenaan.

Jika dilihat dari aspek pengawalan stres guru-guru ini, mereka lebih menggunakan

kaedah psikologi dalam menangani masalah stress yang mereka hadapi. Lebih daripada

70% guru telah mengambil langkah berikut untuk mengatasi stress yang mereka

hadapi. Langkah berkenaan termasuklah menerima hakikat bahawa semua mempunyai

masalah, mengharapkan agar masalah stress yang dihadapi dapat diselesaikan dengan

baik, menyediakan satu rancangan tindakan untuk menyelesaikan masalah dan

mengikutinya dan memperingatkan diri bahawa dalam mana-mana keburukan, ada juga

kebaikan. 

PENUTUP

Stres adalah sebahagian dan sentiasa melingkari kehidupan seharian manusia. Justeru

setiap daripada kita menghadapi stres cuma yang membezakan adalah pada peringkat

manakah stres memberi kesan dalam kehidupan Dengan ini, guru juga turut

menghadapi stres dan adalah penting bagi guru yang menghadapi stres mengetahui

kemahiran pengurusan stres. Ini supaya stres yang dihadapi tidak mendatangkan kesan

buruk kepada guru sehingga menjejaskan imej mereka serta organisasi pendidikan itu

sendiri. Diharapkan dengan tugas guru yang semakin mencabar kini, beberapa kajian

lain tentang stres guru dapat dlakukan lagi dan kenal pasti tindakan yang boleh diambil

agar matlamat pendidikan untuk menghasilkan guru dan murid yang cemerlang

tercapai.