strategi menangani tekanan di kalangan guru-guru sekolah

24
STRATEGI MENANGANI TEKANAN DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH ZON A DI BAHAGIAN KUCHING/SAMARAHAN, SARAWAK : SATU TINJAUAN Oleh Abang Mat Ali bin Abang Masagus Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Julai 1998

Upload: vuliem

Post on 15-Jan-2017

237 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

STRATEGI MENANGANI TEKANAN DI KALANGANGURU-GURU SEKOLAH MENENGAH ZON A

DI BAHAGIAN KUCHING/SAMARAHAN,SARAWAK : SATU TINJAUAN

Oleh

Abang Mat Ali bin Abang Masagus

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagiandaripada syarat untuk mendapat

Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan ManusiaUNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Julai 1998

. . .
Page 2: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

Unit Kemasukan Siswazah Universiti Malaysia Sarawak

Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Zon A Di Bahagian Kuching/SamarahanV oleh Abang Mat Ali bin Abang Masagus, dan berpendapat bahawa tesis ini adalah memuaskan dari segi skop, kualiti dan persembahan sebagai syarat keperluan ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia).

(Penyelia) 1

Dr Rushaimi Zien (~emegksa Luar)

, \J Dr ~ G h a n bin Mustafa (Bemeriksa Dalam)

Page 3: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

PENGAKUAN

Diakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidik sendiri dan tiada bahagian tesis ini

telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan sesuatu

kelayakan ijazah di universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Page 4: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan tentang strategi menangani tekanan di kalangan guru- guru sekolah menengah Zon A di Bahagian Kuching ISamarahan. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan, pandangan dan cara-cara para guru memperolehi pengetahuan tentang strategi-strategi menangani tekanan semasa waktu persekolahan. Sampel kajian ini terdiri daripada 209 orang guru-guru terlatih yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Data dikumpul menggunakan soal selidik yang dialih bahasa dan diubahsuai daripada Cockburn (1996). Analisis data telah dilakukan secara deskriptif dan statistik lain iaitu Korelasi Spearman rho, Jadual Silang, Ujian Chi Kuasa Dua dan Ujian Cramer V menggunakan SPSS versi 6.0. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan 70.3% responden merasakan profesion guru adalah sekurang- kurangnya sederhana tertekan. Kebanyakan responden mengetahui 36 daripada 45 strategi-strategi yang dikemukakan. Strategi memastikan diri faham apa yang akan diajar merupakan strategi yang paling diketahui guru dan paling kerap dicuba serta berkesan. Strategi melepaskan kemarahan kepada rakan-rakan sejawat merupakan strategi yang paling tidak pernah terlikir dan tidak akan dicuba oleh responden. Strategi-strategi yang ingin dicuba pula ialah membincangkan urusan-urusan dengan staf kanan, membaca buku- buku tentang tekanan dan menghadiri seminar tentang tekanan. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan pandangan umum guru tentang strategi menangani tekanan antara kategori guru mengikut ciri-ciri demografi terpilih. Selain itu, kebanyakan responden berpandangan pernah menggunakan strategi yang berlandaskan agama. Mendengar daripada rakan sejawat merupakan cara mempelajari strategi menangani tekanan yang paling popular. Sejumlah besar responden berpandangan ada pihak yang bertanggungjawab ke atas tekanan guru dan 62.9% daripada mereka menamakan sekolah atau pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas tekanan guru. Semua pihak termasuk guru sendiri perlu melihat persoalan pengurusan tekanan guru dengan lebih serius bagi memastikan tekanan guru berada pada tahap optimum dan guru berkhidmat dengan cemerlang.

Page 5: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

ABSTRACT

This is a survey of stress coping strategies used by teachers in secondary schools in ZoneA of Kuching/Samarahan Division. In specific, the aims of this study is to ident&teachers ’ knowledge, their opinions and their ways to acquire knowledge of copingstrategies to reduce their stress during school hours. The sample in this study consists of209 trained teachers from different backgrounds. Data was collected usingquestionnaire translated and adopted from Cockburn (1996). Data was analysed usingdescriptive statistics, Spearman ‘s rho Correlation, Cross-tabulation, Chi Square Test andCramer ‘s V Test by using SPSS version 6.0. Generally, the result shows that 70.3% ofthe respondents felt that teaching profession is at least moderately stressed. On averagethe respondents were aware of 36 out of 45 stress coping strategies. Ensuring that oneunderstood what one was about to teach was the most well known and effective strategy.Expressing irritations to colleagues to let off steam was never thought of and would notbe tried by the respondents. The strategies that the respondents would like to try werediscussing one’s concern with senior staff reading books about stress and attending aseminar on stress. The finding also shows that there was no signtficant difference ingeneral opinions about coping strategies between categories of selected demographiccharacteristics. Besides that, most respondents used to try religious types of copingstrategies. Hearing about the techniques porn colleagues in school was the most popularway of learning the strategies. A significant proportion of teachers were in the opinionthat others should take more responsibility for reducing teachers’ stress and 62.9% ofthem named the school or school’s administrator, Education Department and theA4inistry of Education as the responsible parties for teachers ’ stress. All partiesincluding the teachers themselves should look seriously into managing teachers ’ stress inorder to maintain teachers ’ stress at optimum level and to ensure that teachers couldserve with excellence.

Page 6: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

BIOGRAFI

Abang Mat Ali bin Abang Masagus telah dilahirkan pada 14 November 1960 di Kampung

Masjid, Bintangor, Sarawak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Abang Amin,

Bintangor, Sekolah Tun Perak, Jasin, Melaka dan Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.

Selepas tamat tingkatan 5, beliau melanjutkan pelajaran ke Pusat Asasi Sains, Universiti

Malaya dan seterusnya mengikuti Kursus Sains Dengan Pendidikan di universiti yang

sama. Beliau dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)

pada tahun 1984.

Selepas tamat pengajian ijazah pertama, beliau mula bertugas sebagai guru pada bulan Mei

1984 di SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong. Beliau bertugas di sekolah tersebut hingga

tahun 1988 sebelum berpindah ke SMK Meradong, Bintangor selama sebulan. Seterusnya

beliau bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Rajang, Bintangor hingga tahun

1990. Beliau seterusnya berpindah ke Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching dan

bertugas di sana hingga tahun 1993. Pada 1 Disember 1993, beliau dipindahkan ke SMK

Simunjan No. 1 sebagai Pengetua sekolah tersebut hingga 14 April 1995. Beliau

seterusnya dipindahkan ke SMK Matang Hilir sebagai Pengetua dan bertugas di sana

hingga November 1996. Pada 1 Disember 1996, beliau berpeluang mengikuti Program

Kembar IABKJNIMAS Kohort 2.

Page 7: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

DEDIKASI

Untuk

Allahyarham Ayahanda Abang Masagus Haji Abang Abdul Latep Allahyarham Ayahanda Haji Abang Mon Abang Johari

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham.

Bonda Hajjah Dayang Marpati Haji Abang Bujang Bonda Hajjah Mimah Haji Johari

Yang sentiasa mendoakan anaknya ini.

Guru-Guru Jasamu dikenang .

Isteri tersayang, Siti Hajar Haji Abang Mon

dan anak-anak

Abang Mohamad Azizi Abang Mohamad Aiman

Dayang Siti Humaira Abang Mohamad Arnir Dayang Siti Hannani

yang banyak berkorban dan merestui perjuangan ini.

iii

Page 8: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t. yang memberi rahmat dan limpah kurniaNya kepada

saya dalam menyempurnakan kursus dan juga tesis ini. Segala usaha telah membuahkan

hasilnya berkat usaha dan doa serta kerjasama, sokongan dan dorongan pelbagai pihak.

Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang telah menyediakan biasiswa dan

memberi kelulusan cuti belajar bagi membolehkan saya mengikuti Program Kembar

IAB/UNIMAS ini. Sekalung penghargaan khususnya kepada Pengarah IAB, Dr. Ibrahim

Ahmad Bajunid dan Dekan Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, UNIMAS,

Profesor Dr. Razali Arof yang telah menyediakan tempat dan seterusnya menjadi

penggerak utama program ini.

Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah Program

Kembar IAB/UNIMAS Kohort 2 : Dr. Hj. Abang Ahmad Ridzuan Abang Awit, Profesor

Madya Dr. Napsiah Mahfoz, Profesor Madya Dr. Muhamed Awang, Profesor Madya Dr.

Zoraini Wati Abas, Profesor Madya Dr. Peter Songan, Dr. Spencer Empading Sagin, Dr.

Gabriel Tonga Noweg, Dr. Hadj Batatia, Dr. Farid Meziane, Dr. Bakhtiar Mansor, Dr.

Maheswari Kandasamy, Dr. Hazman Shah Abdullah, En. Mehander Singh, Pn. Jennifer

Songan dan En. Sharaf Sami Haroni yang telah banyak mencurahkan ilmu melalui kuliah-

kuliah mereka. Demikian juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang tumt menyumbang

dalam pencarian ilmu yang telah dilalui bersama.

Page 9: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

Dalam menyediakan dan menyempurnakan tesis ini saya telah mendapat bimbingan dan

nasihat daripada penyelia saya, En. Mohd Razali Othman. Setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih diucapkan kepada beliau yang telah meluangkan banyak masa, tenaga dan

buah fikiran dalam usaha membimbing saya menyiapkan tesis ini. Terima kasih juga

kepada Cikgu Abang Othman Abang Masagus dan Cikgu Dayang Rokiah Awang Saperi

atas bantuan penterjemahan soal selidik yang digunakan, Cikgu Dr. Adi Badiozaman Tuah

atas cetusan idea, dorongan serta teladan yang ditunjukkan.

Terima kasih juga kepada pihak Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan yang

memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini dan Jabatan Pendidikan Sarawak

atas sokongan dan bantuan profesional yang diberi. Setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih juga kepada semua pengetua, para guru dan semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan kajian ini.

Akhir sekali, semoga usaha bersama dalam pencarian ilmu ini diberkati Allah s.w.t.

Page 10: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

JADUAL KANDUNGAN

Muka suratTajuk

Abstrak (Abstract)

Biografi

Dedikasi

Penghargaan

Jadual Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Rajah

Senarai Singkatan

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengendan 11.1 Latar Belakang Kajian 11.2 Sernyataan Masalah 31.3 Tujuan Kajian 71.4 Hipotesis Kajian 81.5 Definisi Operasiond 101.6 Kepentingan Kajian 2 121.7 Batasan Kajian 141.8 Kesimpulan 14

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN

2.0 Pengenalan2.1 Konsep Tekanan Guru Dan Strategi Menangani

Tekanan

151 5

2.2 Kajian-Kajian Tekanan Guru Luar Negara 2 32.3 Kajian-Kajian Tekanan Guru Dalam Negara 2 72.4 Kesimpulan 3 2

i i

. . .1 1 1

iv

vi

i x

xii

. . .x111

Page 11: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

BAB 3 KAEDAH KAJIAN

3.0 Pengenalan 3.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Populasi Dan Sarnpel Kajian 3.3 Kaedah Pengumpulan Data 3.4 Instrumen Kajian 3.5 Penganalisisan Data 3.6 Kesimpulan

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan 4.1 DapatanKajian

4.1.1 Ciri-Ciri Demografi Responden 4.1.2 Dapatan-Dapatan Umum 4.1.3 Pengetahuan Tentang Strategi

Menangani Tekanan 4.1.4 Pandangan Tentang Strategi Menangani

Tekanan 4.1.5 Cara-Cara Memperolehi Pengetahuan

Tentang Strategi Menangani Tekanan 4.1.6 Pengujian Hipotesis

4.2 Perbincangan 4.2.1 Ciri-Ciri Demografi 4.2.2 Dapatan-Dapatan Umum 4.2.3 Pengetahuan Tentang Strategi

Menangani Tekanan 4.2.4 Pandangan Tentang Strategi Menangani

Tekanan 4.2.5 Cara-Cara Memperolehi Pengetahuan

Tentang Strategi Menangani Tekanan 4.2.6 Hipotesis Kajian

4.3 Kesimpulan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 5.1 Kesimpulan 5.2 Cadangan Untuk Tindakan 5.3 Cadangan Kajian Akan Datang 5.4 Penutup

BIBLIOGRAFI

Page 12: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

LAMPIRAN A : Senarai Sekolah-Sekolah Menengah Zon A Bahagian KuchingtSamarahan.

LAMPIRAN B : Taburan Respon (Kekerapan Dan Peratus) Bagi Setiap Strategi Menangani Tekanan

LAMPIRAN C : Tiga Puluh Enam Strategi Menangani Tekanan Yang Diketahui Oleh Kebanyakan Responden

LAMPIRAN D : Soal Selidik Tekanan Guru

Page 13: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

SENARAI JADUAL

Tajuk Muka surat

Petunjuk Bagi Penvakilan Pandangan Tentang Strategi 37 Menangani Tekanan

Nilai Kebolehpercayaan Instrumen 38

Data-Data Yang Dianalisis Menggunakan SPSS Versi 4 1 6.0

Kod Asal Dan Kod Baru Bagi PandanganJRespon 42 Selepas Pengkodan Semula

Taburan Responden Mengikut Jantina 45

Taburan Responden Mengikut Umur 46

Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan 47

Taburan Responden Mengikut Bangsa 48

Taburan Responden Mengikut Agama 48

Taburan Responden Mengikut Gred Gaji 49

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 5 0

Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu 5 0 Mengaj ar

Taburan Responden Mengikut Gred Sekolah 5 1

Taburan Responden Mengikut Lokasi Sekolah 5 1

Taburan Responden Mengikut Saiz Kelas 5 2

Tahap Keseronokan Responden Dengan Kerja Guru 5 3

Taburan Tahap Tekanan Guru 54

Pekali Korelasi Spearman Rho Antara Tekanan Guru 54 Dengan Keseronokan

Page 14: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

Jadua14.15 Kebolehan Menangani Tekanan 55

Tujuh Daripada Tiga Puluh Enam Strategi Menangani Tekanan Yang Diketahui Oleh Kebanyakan Responden

Tujuh Strategi Yang Paling Berkesan Dalam Menangani Tekanan Guru

Tujuh Strategi Menangani Tekanan Yang Tidak Akan Dicuba

Tujuh Strategi Menangani Tekanan Yang Ingin Dicuba

Tujuh Strategi Menangani Tekanan Yang Dianggap Tidak Berkaitan

Cara-cara Responden Mempelajari Strategi Menangani Tekanan

Pihak Yang Bertanggungjawab Atas Tekanan Guru

Strategi Menangani Tekanan Berlandaskan Agama

Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang Strategi Antara Jantina

Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang Strategi Antara Dua Kategori Umur

Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang Strategi Antara Dua Kategori Taraf Perkahwinan

Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang Strategi Antara Gred Gaji Guru

Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang Strategi Antara Dua Kategori Pengalaman

Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang Strategi Antara Dua Kategori Saiz Kelas

Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang Strategi Antara Gred Sekolah

Page 15: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

Jadua14.3 1 Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang 76 Strategi Antara Lokasi Sekolah

Jadua14.32 Taburan Keseluruhan Strategi-Strategi Yang Signifikan 77 Perbezaan Pandangan Umum Tentang Strategi Mengikut Ciri-Ciri Demografi Terpilih

Jadua14.3 3 Perbandingan Sampel Kajian Dengan Populasi Kajian 79 Mengikut Beberapa Ciri Demografi

Page 16: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

SENARAI RAJAH

Tajuk

Rajah 2.1 Model Tekanan Guru

Muka surat

16

Page 17: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

SENARAI SINGKATAN

Singkatan

DK

SPSS

SRJK(C)

TB

TF

TPF

N

Maksud

Darjah Kebebasan

The Statistical Package for Social Science

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)

Tidak Berkaitan

Terfikir

Tidak Pernah Terfikir

Jumlah Responden

Page 18: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan secara umum kajian dan persoalan yang berkaitan dengan kajian.

Bahagian 1.1 membincangkan latar belakang kajian. Bahagian 1.2 membincangkan

pernyataan masalah kajian. Bahagian 1.3 menjelaskan tujuan dan objektif kajian.

Bahagian 1.4 menjelaskan hipotesis kajian. Bahagian 1.5 menjelaskan definisi operasional

istilah-istilah yang digunakan dalam kajian. Bahagian 1.6 menghuraikan tentang

kepentingan kajian. Bahagian 1.7 menjelaskan batasan kajian dan bahagian 1.8 merumus

bab ini.

1.1 Latar Belakang Kajian

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap

manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh berpunca daripada peristiwa-

peristiwa dalam kehidupan, situasi-situasi tertentu dan persekitaran yang boleh berbentuk

fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak

bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu. Ini menggambarkan manusia perlu

memahami tentang tekanan dan dirinya sendiri bagi membolehkannya mencari

penyelesaian.

Page 19: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

Beberapa definisi telah cuba diberikan oleh beberapa orang bagi menghuraikan makna

tekanan. Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respons fisiologikal dan

psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang individu. Rowland dan Birkett (1 992)

mendefinisikan tekanan sebagai suatu keadaan yang wujud apabila cara seseorang

berusaha untuk menyelesaikan masalah melebihi sumber daya tindaknya. Schafer (1992)

mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam

bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi

tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan.

Fontana menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu,

maka tekanan adalah baik dan membawa kesan positif. Sebaliknya, jika keupayaan

seseorang itu tidak dapat menangani permintaan, maka tekanan itu akan mendatang kesan

yang negatif. Anthony Yeo (1985) pula mendefinisikan tekanan jiwa sebagai tekanan yang

mempengaruhi seseorang dalam kehidupan sehariannya. Kesannya mungkin baik ataupun

tidak baik bergantung kepada reaksi orang itu terhadap faktor-faktor tekanan itu.

Daripada definisi-definisi di atas, jelaslah tekanan itu merupakan gangguan fisiologi dan

psikologi akibat daripada permintaan bagi dipenuhi dengan keupayaan yang ada pada

seseorang itu. Sekiranya permintaan itu dapat dipenuhi maka tekanan akan menjadi

perangsang dan membawa kesan positif. Oleh kerana keupayaan seseorang itu terbatas,

maka kerap kali juga tekanan itu membawa kesan negatif. Kesan negatif dari segi fisiologi

termasuklah menjejaskan kesihatan. Kesan negatif dari segi psikologi pula termasuklah

gangguan emosi, fikiran dan tingkahlaku.

Page 20: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

Kesedaran tentang perlunya mengurus tekanan ini digambarkan dengan banyaknya kajian-

kajian yang telah dilakukan sama ada di luar negara mahupun di dalam negara dalam tahun

19907an. Antara kajian-kajian di luar negara adalah seperti yang telah dijalankan oleh

Nelson dan Sutton (1990), dan Jung (1995 ) di Amerika Syarikat; Cape1(1991), Cooper

dan Kelly (1993), Borg dan Riding (1993), Cooper (1995), Abouserie (1996) dan

Cockburn(l996) di United Kingdom; Morton, Vesco, Williams dan Awender (1 997) di

Canada; Pierce dan Molloy (1990), Sarros dan Sarros (1990), Hodge, Jupp dan Taylor

(1994), Pithers dan Fogarty (1995), Hart, Wearing dan Conn (1995) di Australia; Chan

dan Hui (1995) di Hong Kong; Borg dan Falzon (1990), Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni

(1995) di Malta; Gaziel (1993), Westman dan Shirom (1995) di Israel, dan Manthei,

Gilmore, Tuck dan Adair (1996) di New Zealand.

Di dalam negara pula, kajian-kajian berkaitan dengan tekanan telah dijalankan oleh Noor

Azzuddin (1 990), Siti Rohani (1 99 l), Chong (1 994), Junaidah (1 999, Noriah (1 999,

Sabitha (1995), Noriah (1995), Abdul Wahid (1996), Abu Omar (1996), Chei (1996),

Mohd Tarmizi (1 996), Tan (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Kebanyakan kajian

yang dimaksudkan di atas adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan di kalangan

guru-guru.

1.2 Pernyataan Masalah

Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap

mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan tekanan, moral guru yang rendah, dan

Page 21: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

perletakan jawatan. Beliau telah memetik daripada Men's Health (1991) bahawa guru

sekolah tinggi dalam bandar merupakan pekerjaan yang mempunyai tekanan yang paling

tinggi, mengatasi pekerjaan pengawal trafik udara, pelatih perubatan dan juruterbang

pesawat pejuang. Moral guru yang rendah, keperluan meningkatkan persekitaran tempat

mengajar dan guru sebagai profesion digambarkan oleh Farber (1991).

Di Malaysia, persoalan tekanan di kalangan guru-guru bukan lagi setakat bahan kajian

ilmiah, malah telah turut juga ditimbulkan oleh media massa. Perkara-perkara yang

menggambarkan wujudnya tekanan di kalangan guru-guru kerap disiarkan oleh media

massa. Basinun (1995) telah memetik kata-kata bekas Menteri Pendidikan, Datuk Amar

Dr Sulaiman Daud yang mengatakan antara masalah utama guru adalah masalah kenaikan

gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain daripada

tugas mendidik murid-murid, guru-guru perlu berdepan dengan kerenah disiplin murid

yang menambahkan lagi beban kerja guru.

Muhamad (1995) dalam kertas kerjanya "Mewujudkan Kerjaya Guru Yang Menarik" telah

menggambarkan tentang tugas dan beban tugas guru. Menurut beliau, kajian Kongres

Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) telah

menunjukkan guru-guru cemuh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti menyediakan

perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Menurut beliau lagi, tugas guru

bukan sahaja mengajar murid-murid di dalam bilik darjah tetapi banyak tugas dan

tanggungjawab tambahan yang dibebankan kepada guru-guru; bilangan murid yang ramai

menimbulkan kecemuhan kaum guru dan kurang minat untuk mendidik; Sasaran Kerja

Page 22: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

Tahunan dianggap sebagai kerja yang membazir kerana bentuknya yang sama dengan

Buku Rancangan Mengajar; dan kerja, beban serta tugas guru sekarang tidak mewujudkan

kerjaya guru yang menarik.

Bagi mengkaji kebajikan guru-guru di negara ini, kerajaan telah menubuhkan

Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Rahman At-shad (Utusan

Malaysia, 1995). Jawatankuasa Khas ini mempunyai empat perkara utama dalam senarai

tindakan iaitu, mengenali secara umum masalah yang dihadapi oleh guru-guru; memikirkan

skim gaji yang sesuai untuk mereka; mengkaji beban tugas yang ditanggung; dan peluang

masa depan dalam profesion itu.

Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari Tun

Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam ha1 ehwal pendidikan

telah menjelaskan sebab-sebab 75 orang guru yang terdiri daripada 58 orang guru bukan

siswazah dan 17 orang guru siswazah telah meninggalkan profesion perguruan sejak tahun

1993 sehingga Mei 1996. Antara sebab-sebab yang diberikan adalah sebab peribadi,

tawaran yang lebih baik daripada pekerjaan lain, tidak mahu berjauhan dengan keluarga,

melibatkan diri secara aktif dalam politik, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban

tugas yang berat (Borneo Post, 1996).

Daripada gambaran di atas, jelas profesion perguruan di negara ini juga mengalami suatu

keadaan yang memerlukan perhatian setiap pihak. Keadaan ini menggambarkan persoalan

tekanan di kalangan guru-guru tidak boleh dipandang ringan lagi. Malah satu ketika

Page 23: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

dahulu, menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Fong Chan Onn, pihak

Kementerian Pendidikan telah bercadang memperkenalkan kursus pengurusan tekanan

kepada guru-guru. Menurut beliau lagi, Kementerian mengakui bahawa guru-guru

menghadapi berbagai tekanan setiap hari berikutan dengan beban tugas yang mereka perlu

laksanakan (Berita Harian, 1995).

Perubahan-perubahan yang berlaku di dunia hari juga memaksa perubahan yang pesat

dalam pendidikan negara kita. Perubahan teknologi, khususnya teknologi maklumat telah

turut merangsang dan memaksa perubahan dalam beberapa perkara dalam sistem

pendidikan negara. Konsep Sekolah Bestari (Smart School) dalam sistem pendidikan

negara yang bertujuan mewujudkan sistem pendidikan yang selaras dengan perkembangan

teknologi maklumat tersebut akan mula dilaksanakan pada tahun 1999. Tuntutan budaya

Sekolah Bestari dari segi kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian, pengurusan,

dan penggunaan teknologi tinggi dalam sistem persekolahan akan mewujudkan tekanan di

kalangan guru, lebih-lebih lagi pada peringkat permulaannya.

Keadaan perubahan seperti ini pasti menyebabkan berlakunya tekanan ke atas guru-guru.

Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca tekanan bagi guru-guru

adalah perubahan. Justeru itu, guru-guru perlu dipersiapkan dengan bukan sahaja

ketrampilan menyesuaikan diri dengan perubahan, tetapi juga pengetahuan, kemahiran dan

sikap menangani tekanan akibat daripada perubahan itu. Keperluan kepada perkara ini

semalun mendesak dewasa ini sebab perubahan yang terpaksa dilalui pada zaman ini

berlaku begitu pantas sehingga memungkinkan lebih banyak tekanan.

Page 24: Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

Tinjauan tentang pengetahuan, pandangan, kesediaan, dan kemampuan sedia ada guru-

guru dalam menangani tekanan perlu dilakukan sebelum apa-apa tindakan lain dirancang

untuk membantu guru-guru. Dalam era maklumat hari ini, maklumat-maklumat yang

berkaitan dengan tekanan dan strategi menangani tekanan mudah sampai ke pengetahuan

guru dengan pelbagai cara. Kajian ini akan cuba memokus kepada persoalan sejauh

manakah pengetahuan guru-guru tentang strategi menangani tekanan semasa waktu

persekolahan dan juga pandangan mereka terhadap strategi-strategi tersebut.

1.3 Tujuan Kajian

Secara umum kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang pengetahuan serta pandangan

guru-guru sekolah menengah Zon A di Bahagian Kuching/Samarahan tentang pelbagai

strategi menangani tekanan yang mereka alami semasa waktu persekolahan. Pengetahuan

tentang sesuatu perkara yang menjadi lumrah kehidupan seperti perkara yang berkaitan

dengan tekanan boleh diperolehi dengan pelbagai cara, iaitu daripada pengalaman yang

dilalui, pembacaan dan pendengaran daripada pelbagai sumber.

Objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut :

(a) Mengenalpasti pengetahuan guru-guru tentang strategi menangani tekanan

semasa waktu persekolahan;

(b) Mengenalpasti pandangan guru-guru terhadap strategi menangani tekanan

semasa waktu persekolahan; dan