rawatan kudis tekanan

15

Upload: mohd-shahrin-idris

Post on 25-Jan-2016

846 views

Category:

Documents


89 download

DESCRIPTION

RAWATAN KUDIS TEKANAN

TRANSCRIPT

Page 1: RAWATAN KUDIS TEKANAN
Page 2: RAWATAN KUDIS TEKANAN

Apa itu kudis tekanan???Kudis tekanan ialah kulit atau tisu yang

tercedera disebabkan kurangnya pengaliran darah dikawasan kulit yang terlibat.

Kebiasaanya ia berlaku disebabkan baring yang terlalu lama.

Biasanya berlaku pada pesakit-pesakit lumpuh atau pesakit yang tidak mampu bergerak seperti pesakit koma.

Page 3: RAWATAN KUDIS TEKANAN
Page 4: RAWATAN KUDIS TEKANAN

Tanda-tanda kudis tekananTimbul warna kemerah-merahan pada

bahagian yang berisiko.Kawasan yang berisiko selalu berlakunya

kudis tekanan ialah telinga, siku, tumit, punggung, buku lali dan sebagainya.

Kudis tekanan boleh menjadi bahaya kerana komplikasi seperti jangkitan kuman boleh berlaku jika kudis tidak di bersihkan dan dijaga dengan rapi.

Page 5: RAWATAN KUDIS TEKANAN
Page 6: RAWATAN KUDIS TEKANAN

Komplikasi Fizikal

-Jangkitan Kuman-Kesakitan

Psikologi-Kemurungan dan keresahan

Sosial-Pengasingan-Tekanan pada penjaga-Masalah kewangan

Page 7: RAWATAN KUDIS TEKANAN

Cara Mencegah Kudis TekananKerap mengangkat dan mengalihkan

kedudukan pesakit setiap 30 minit untuk mengelak kawasan kulit yang berisiko tinggi daripada tertekan pada permukaan tulang. Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara seperti yang ditunjukkan di dalam gambar berikut:-

Page 8: RAWATAN KUDIS TEKANAN
Page 9: RAWATAN KUDIS TEKANAN

Mengalas tilam beralun seperti 'ripple mattress' di tempat baring pesakit. Tilam ini akan bergerak seperti alunan ombak di sepanjang permukaan kulit pesakit dan dengan itu ia dapat mengurangkan kesan tekanan berterusan pada kawasan kulit yang bertulang.

Satu lagi cara untuk mengelakkan daripada berlakunya kudis tekanan adalah dengan melakukan urutan pada bahagian yang mempunyai risiko tinggi berlakunya kudis. Rawatan ini boleh dilakukan dengan mengosok bahagian berisko.

Page 10: RAWATAN KUDIS TEKANAN
Page 11: RAWATAN KUDIS TEKANAN

DIINGGATKAN supaya tidak melakukan urutan di bahagian yang telah berkudis kerana boleh merosakkan salur darah dan saraf.Menyapu krim pelembab pada permukaan

kulit yang berisiko tinggi untuk menghindar bahagian tersebut daripada kering dan mengelupas.

Pengambilan makanan tambahan yang mengandungi Vitamin C, zinc dan diet tinggi protein kerana ianya diperlukan oleh kulit dalam proses penyembuhan luka. Bagi para pesakit kencing manis, mereka juga harus mengawal pengambilan gula dan sentiasa mengambil ubat supaya paras glukos dalam darah tidak tinggi.

Page 12: RAWATAN KUDIS TEKANAN

Cara baringan yang bagus bagi mengelakkan kudis tekanan

Rendahkan kepala katil untuk mengelakkan geseran antara bahagian tubuh pesakit dan tilam.

Elakkan baring di atas bahagian yang sakit. Gunakan bantal untuk megelakkan kudis tersebut daripada tekanan.

Jangan baring di atas tulang pinggul.Letakkan bantal di antara buku lali dan

lutut untuk mengelakkan daripada bergeser antara satu sama lain, dan juga di bawah betis untuk meninggikan tumit dari tilam.

Page 13: RAWATAN KUDIS TEKANAN

Jangan letakkan bantal di bawah lutut kerana ini boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki.

Jika kudis tekanan muncul, anda perlulah merawat kudis tersebut dengan segera. Pencucian pada bahagian kudis sangat penting. Anti-septic boleh digunakan untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan. Ubat-ubatan juga boleh digunakan seperti antibiotik jika jangkitan berlaku. Walaubagaimana pun, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.

Page 14: RAWATAN KUDIS TEKANAN

Rawatan Kudis TekananPenjagaan kudis melalui pencucian yang

sempurnaMerawat jangkitan kumanLangkah mengurangkan tekanan ke atas

kulit seperti:Kerap mengalihkan posisi pesakitPenggunaan peralatan untuk mengurangkan

tekananMemastikan kawalan kesakitan yang mencukupi

Memastikan pemakanan yang seimbang dan mencukupi (Protein, Vitamin C dan Zink)

Page 15: RAWATAN KUDIS TEKANAN

Sekian, Terima Kasih.