2007-tekanan kerja dikalangan guru pj

106
i MASALAH BURNOUT DI KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SEKOLAH MENENGAH DAERAH BATANG PADANG, PERAK. ROHAIZAT BINTI ABDUL SAMAT DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2007

Upload: are-fix

Post on 09-Sep-2015

91 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

2007-Tekanan Kerja Dikalangan Guru PJ

TRANSCRIPT

  • i

    MASALAH BURNOUT DI KALANGAN GURU PENDIDIKAN

    JASMANI DAN KESIHATAN SEKOLAH MENENGAH

    DAERAH BATANG PADANG, PERAK.

    ROHAIZAT BINTI ABDUL SAMAT

    DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI

    MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI

    IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

    FAKULTI SAINS SUKAN

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2007

  • ii

    MASALAH BURNOUT DI KALANGAN GURU

    PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

    SEKOLAH MENENGAH DAERAH

    BATANG PADANG PERAK.

    ROHAIZAT BINTI ABDUL SAMAT

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2007

  • iii

    PENGAKUAN

    Saya mengakui disertasi ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

    ............................................................

    (ROHAIZAT BINTI ABDUL SAMAT)

    D20032016974

    ...................................

    TARIKH

  • iv

    PENGESAHAN

    Penulisan ilmiah ini diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat Kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi

    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan,

    Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

    ...........................................................

    ( EN. JEFFREY LOW FOOK LEE )

    Penyelia

    Kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah

    ............................

    TARIKH

  • v

    PENGESAHAN

    Penulisan ilmiah ini diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat Kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi

    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan,

    Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

    ...........................................................

    (PUAN NUR HAZIYANTI BT. MOHAMAD KHALID)

    Penyelaras

    Kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah

    ............................................

    TARIKH

  • vi

    DEDIKASI

    Buatmu Abdul Samat b. Hj Apin dan E. Selmah bt Misiran... Anakmu yang jauh diperantauan menuntut ilmu mengapai impian sucimu...

    Terima kasih senantiasa tak jemu mendoakan kejayaan ku... Buat mu abah...

    Tiap jerih dan keringat mu telah kakak sempurnakan... Buat emak...

    Inilah hadiah terbaik buatmu insan yang telah melahirkan diriku...

    Buat adik-adik ku... Erwan Adeali, Nooradila, Amirudin, Haslina & Rafidah....

    Nur Sofia Al-Fiza, Nur Aisyah Akila dan Nur Ain As-Solehah... Percayalah walau di mana kakak berada kalian tak luput dalam ingatan...

    Kasihku tetap utuh dan tak akan padam...

    Buat sahabat NADI ku... Budi dan jasa kalian tak pernah dapat kubalas

    Walaupun hingga NADIku berhenti berdenyut....

    Buat seorang insan .... ISMAIL OTHMAN. Ketahuilah kau sentiasa berada di dalam hatiku...

    Kasih sayangmu ... memberi aku kekuatan, kesabaran dan kecekalan... Teratak Firdaus... akan ku pastikan bukan angan-angan.

  • vii

    Untukmu AYAHANDA ABU BAKAR SIDEK , BARISAN PENSYARAH &

    FASI FASI SAINS SUKAN UPSI

    DALAM KENANGAN... Bila terkenang masa lalu...rasa terharu Segalanya masih kekal dalam kenangan

    Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh Sekian lama dirantau bersendirian...

    Tiada lagi seruling senja mendayu Tiada lagi ketawa ria bersama

    Bila sepi mengusik hati... Semuanya kini dalam... kenangan

    Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda Budi dan jasamu tetap dalam kenangan Teman seiring jalan kini jauh dariku...

    Kemesraan kita kekal dalam kenangan...

    Tiada lagi suara ombak di pantai Tiada lagi bayu tebrau membelai

    Di saat sepi begini... Semuanya kini dalam... kenangan

    Bila masanya tiba nanti aku kembali Pasti ada yang berubah dan tiada lagi

    Dan bila kutinggalkan UPSI... Segalannya kekal abadi dalam kenangan...

  • viii

    PENGHARGAAN

    Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya dan keizinan-Nya dapat

    saya menyiapkan tugasan latihan ilmiah yang telah diamanahkan kepada saya.

    Sekalung penghargaan buat Penyelia Kursus Latihan Ilmiah (KSS 4103), Encik

    Jeffrey Low Fook Lee di atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh saya

    menyiapkan kajian ini.

    Ucapan penghargaan juga buat Penyelaras Kursus Latihan Ilmiah (KSS 4103),

    Puan Nur Haziyanti Bt. Mohamad Khalid serta barisan pensyarah-pensyarah Program

    Pendidikan Sains Sukan UPSI di atas sumbangan ilmu pengetahuan yang tidak dapat

    dinilai harganya. Semoga keihlasan dan jasa yang dicurahkan kalian diberkati dan

    dirahmati oleh Allah SWT.

    Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung atau

    tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kajian ini. Sokongan kalian amat

    saya hargai dan saya ucapkan dengan ribuan terima kasih... hanya Allah sahaja yang

    mampu membalas jasa baik kalian itu. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang

    buruk itu adalah dari kekhilafan diri saya sendiri...

    Sekian. Wassalam....

  • ix

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk mengetahui punca yang menyebabkan berlakunya burnout dan sejauh mana kesan burnout memberi kesan ke atas guru - guru PJK di 21 buah sekolah menengah dalam Daerah Batang Padang, Perak. Data bagi kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang telah diubahsuai dari Maslach Burnout Inventory (1981) diedarkan ke atas 115 orang responden yang terdiri daripada 51 orang guru lelaki dan 64 orang guru perempuan di daerah tersebut. Fenomena burnout diukur berdasarkan tiga deskripsi iaitu keletihan emosi, pencapaian individu dan dipersonalisasi. Kajian ini juga melihat sejauh mana tahap perbezaan burnout mengikut jantina, status perkahwinan, umur, pengalaman mengajar dan opsyen mengikut dalam kalangan responden terbabit. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru perempuan mengalami burnout yang sederhana (beberapa kali dalam sebulan) apabila dibandingkan dengan guru lelaki. Selain itu guru yang bukan opsyen PJK atau Sains Sukan (n = 38) juga mengalami masalah burnout pada tahap yang sederhana dibandingkan dengan guru opsyen (n = 77) bagi matapelajaran tersebut. Guru yang berkahwin (n = 93) pula mengalami tahap burnout yang tinggi (min = 2.81, S.D = .660) dari segi pencapaian individu apabila dibandingkan dengan guru bujang (n = 22). Guru bukan opsyen (n = 38) didapati mengalami masalah burnout yang tinggi (min = 2.95, S.D = .804) dari segi pencapaian individu apabila min item burnout dibandingkan dengan norma Maslach Burnout Inventory (MBI). Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa tahap burnout yang dialami oleh responden adalah pada tahap rendah. Namun begitu, kebanyakan responden merasa bahawa tidak mendapat penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam kerjaya mereka.

  • x

    KANDUNGAN

    Muka Surat

    PENGAKUAN ............................................................................................... i

    PENGESAHAN PENYELIA KURSUS .................................................. ii

    PENGESAHAN PENYELARAS KURSUS ............................................... iii

    DEDIKASI .................................................................................................... iv v

    PENGHARGAAN ....................................................................................... vi

    ABSTRAK ................................................................................................ vii

    ISI KANDUNGAN .................................................................................... viii x

    SENARAI JADUAL ................................................................................... xi xii

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 2 4

    1.2 Pernyataan Masalah 5 6

    1.3 Kepentingan Kajian 6 7

    1.4 Objektif Kajian 7

    1.5 Persoalan Kajian 8

    1.6 Batasan Kajian 9

    1.6.1 Delimitasi Kajian 9

    1.6.2 Limitasi Kajian 9

    1.7 Definisi Operasi 10 12

  • xi

    BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan 13

    2.2 Kajian Kajian Lepas 14 - 20

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 21

    3.2 Rekabentuk Kajian 22

    3.2.1 Kaedah Kajian 22

    3.2.2 Prosedur Kajian 23

    3.3 Kerangka Kajian 24

    3.3.1 Pembolehubah bebas 24

    3.3.2 Pembolehubah bersandar 24

    3.4 Populasi Persampelan 24

    3.5 Instrumen Kajian 25

    3.5.1 Kajian Rintis 26

    3.5.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan 27 28

    3.6 Pengumpulan Data 28

    3.7 Analisis Data 29

    3.8 Kerangka Konseptual 30

  • xii

    BAB IV PENGANALISISAN DATA KAJIAN

    4.1 Pengenalan 32

    4.2 Butiran Responden 33 - 42

    4.3 Analisis Data 43 64

    4.4 Kesimpulan 65

    BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

    5.1 Pengenalan 67

    5.2 Perbincangan 67 74

    5.3 Rumusan 74

    5.4 Cadangan 75 76

    RUJUKAN 77 79

    LAMPIRAN

    A Surat Kebenaran KPM

    B Surat Kebenaran JPN Perak

    C Surat Kebenaran PPD

    D Borang Soal Selidik MBI

    E Analisis Data Kebolehpercayaan Item Item MBI

  • xiii

    SENARAI JADUAL

    Jadual Muka surat

    3.1 Kategori Min bagi MBI 25

    3.2 Kerangka Konseptual 30

    4.1 Data Demografi Responden 33

    4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35

    4.3 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik 36

    4.4 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas 37

    4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Matapelajaran

    PJK yang Diajar Seminggu. 38

    4.6 Taburan Responden Mengikut Matapelajaran Lain Yang Diajar 39

    4.7 Taburan Responden Mengikut Purata bilangan pelajar bagi

    setiap kelas yang diajar. 40

    4.8 Taburan Responden Mengikut Jawatan Yang Disandang

    Di Sekolah. 41

    4.9 Taburan Responden Mengikut Tanggungjawab dan Jawatan

    Di Luar Sekolah. 42

    4.10 Min dan Sisihan Piawai Bagi Item-Item Burnout Berdasarkan

    Kekerapan. 43

    4.11 Min dan Sisihan Piawai bagi Item-Item Burnout berdasarkan

    Intensiti. 44

    4.12 Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap burnout mengikut jantina (Kekerapan). 45

  • xiv

    4.13 Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap burnout mengikut jantina (Intensiti). 47

    4.14 Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap burnout mengikut status perkahwinan (Kekerapan). 48

    4.15 Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap burnout mengikut status perkahwinan (Intensiti). 51

    4.16 Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap burnout mengikut umur (Kekerapan). 53

    4.17 Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap burnout mengikut umur (Intensiti). 55

    4.18 Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap burnout mengikut pengalaman mengajar (Kekerapan). 57

    4.19 Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap burnout mengikut pengalaman mengajar (Intensiti). 59

    4.20 Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap burnout mengikut opsyen (Kekerapan). 61

    4.21 Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap burnout mengikut opsyen (Kekerapan). 63

    4.22 Dapatan kajian bagi setiap pembolehubah 65

  • 1

    BAB I

    PENDAHULUAN

    Bab ini merangkumi latar belakang yang mendorong kepada kajian ini dijalankan oleh

    penyelidik. Pernyataan masalah, persoalan dan kepentingan kajian dijelaskan secara

    terperinci di bahagian ini. Batasan kajian yang dihadapi serta definisi istilah turut

    dimuatkan di dalam bab ini.

  • 2

    1.1 Pengenalan

    Pendidikan adalah merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah

    memperkembangkan bakat atau potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

    dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Segala usaha

    yang dilaksanakan ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan Negara, 1988).

    Di sekolah, guru memainkan peranan mereka sebagai seorang pendidik,

    pengasuh, penunjuk ajar, pembimbing, membina dan memandu golongan pelajar ke

    arah suatu matlamat yang telah ditetapkan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan

    Negara (FPN) dan Wawasan 2020 (Joohari,1994). Bilangan pelajar pada setiap tahun

    adalah berkadar terus dengan pertambahan guru merupakan fenomena yang lumrah di

    dalam kepesatan arus pendidikan. Menurut Naimen (1999), statistik terakhir yang

    diperolehi pada tahun 1997 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

    menunjukkan bilangan murid ialah 4,660,890 manakala bilangan guru adalah 193,054.

    Profesion perguruan tatkala ini amat mencabar seterusnya memberikan tekanan

    secara langsung atau tidak langsung kepada guru itu sendiri. Dewasa ini masyarakat di

    luar sering membuat pelbagai tanggapan tentang kerjaya seorang guru. Sesetengah

    warga masyarakat masih beranggapan bahawa profesion perguruan merupakan

  • 3

    profesion yang mudah dan menyenangkan. Hakikat sebenarnya mengajar bukan tugas

    yang mudah. Ia merupakan tugas yang mencabar yang boleh mengakibatkan tekanan.

    Guru merupakan nadi sekolah dan merupakan individu yang menjadi

    penggerak kepada semua aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan sekolah.

    Berdasarkan permintaan tinggi tersebut, para guru terpaksa membayar harga tinggi

    yang wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi

    permasalahan sampingannya. Ini bermaksud guru adalah individu yang memainkan

    peranan utama di sekolah. Setiap rancangan yang disusun oleh pihak sekolah, guru

    adalah pelaksanya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional

    pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi

    pendidikan tersebut. Justeru itu, pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan

    sudah pasti menjadikan tekanan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih

    mencabar (Lim dan Leong, 1999).

    Fenomena guru di Malaysia mengambil keputusan untuk bersara lebih awal

    sering dikaitkan dengan perubahan dalam kurikulum yang sering berlaku dalam sistem

    pendidikan kita. Amla menurut Lim dan Leong (1999), menyatakan bahawa

    perubahan ini dikatakan menyebabkan senarai tugas guru semakin panjang dan

    harapan terhadap guru semakin tinggi, walhal keadaan lain tidak banyak berlaku

    perubahan. Guru sendiri dan persekitaran proses pembelajaran itu tidak disediakan

    dengan sempurna bagi menghadapi arus perubahan. Dengan itu, guru berasa kecewa

    kerana tidak mampu untuk menangani beban tugas dan harapan yang sentiasa

    berubah.

  • 4

    Seseorang individu mungkin tidak dapat menjalankan fungsinya dengan

    berkesan jika beliau sentiasa berada dalam keadaan tertekan. Seseorang individu yang

    tertekan dalam menjalankan tugasnya sebagai pendidik sering berkeadaan tidak

    rasional, tegang, tidak dapat menumpukan seluruh perhatian kepada kerja dan

    ketidakupayaan menikmati rasa gembira atau kepuasan hati terhadap kerja yang

    dilakukan. Tekanan dalam profesion perguruan kini dikenal pasti sebagai satu

    fenomena penting, tekanan ini sekiranya berlanjutan dan tidak ditangani dengan baik

    akan menjurus seseorang guru itu ke arah burnout.

    Burnout adalah keadaan di mana seseorang individu itu mengalami keletihan

    yang melampau baik dari segi emosi dan fizikal. Maslach (1993), menyatakan

    berdasarkann penelitian beliau selama 20 tahun bahawa burnout mempunyai pelbagai

    ragam pengertian dan multidemensional. Burnout merupakan sindrom psikologi yang

    terdiri daripada tiga dimensi iaitu keletihan emosi, pencapaian individu dan

    dipersonalisasi. Keletihan emosi melibatkan perasaan putus asa, tidak berdaya, rasa

    tertekan dan rasa terbelenggu oleh tugas-tugas dalam pekerjaan yang akhirnya

    membawa kepada perasaan ketidakmampuan untuk berdepan dengan orang lain.

    Pencapaian individu adalah disebabkan rasa bersalah kerana melayan seseorang

    individu secara negatif. Dipersonalisasi pula adalah perkembangan kepada keletihan

    emosi di mana melibatkan proses ketidakseimbangan antara tuntutan dan kemampuan

    individu.

  • 5

    1.2 Pernyataan Masalah

    Pernyataan masalah adalah penyediaan tapak oleh penyelidik untuk kajian atau

    penyelidikan. Pernyataan masalah perlu mengandungi unsur penjelasan istilah atau

    gagasan yang digunakan. Di dalam pernyataan masalah ini ia menunjukkan apakah

    keadaan dan faktor yang perlu dicerapkan dan diukur oleh seseorang penyelidik

    (Mohd Majid, 1990).

    Jika dilihat kajian yang dijalankan dalam negara kita, di Malaysia tidak

    terdapat banyak kajian tentang burnout di kalangan guru khasnya di kalangan guru

    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) (Lim dan Leong, 1999). Begitu juga

    keadaannya di luar negara, walaupun telah banyak kajian telah dilakukan berkaitan

    dengan burnout di kalangan guru (menurut French dan Lavaj, Fejgin, Ephraty dan

    Ben-Sira dalam Lim dan Leong, 1999).

    Selain daripada tugas pengajaran dan pembelajaran, tugas-tugas seperti

    penyeliaan kokurikulum, makluman kepada ibu bapa mengenai kemajuan para pelajar,

    pentadbiran, pengurusan kewangan, pembangunan kakitangan atau latihan, hubungan

    dengan masyarakat dan sebagainya menuntut guru-guru melaksanakannya dalam

    tempoh masa yang sama (Berita Harian, 8 Julai 2005). Oleh itu, kajian ini dijalankan

    untuk melihat adakah guru PJK juga dibebani dengan tugas tersebut sehingga mereka

    mengalami burnout?

  • 6

    Secara nyata dapat dilihat bahawa perbincangan tentang burnout di kalangan

    guru PJK masih kurang dibincangkan secara khusus. Oleh itu, kajian ini dijalankan

    khusus untuk melihat tahap burnout di kalangan guru-guru PJK di Daerah Batang

    Padang agar dapat dijadikan rujukan kepada pihak tertentu supaya langkah-langkah

    awal dapat mengekang kemungkinan-kemungkinan burnout terjadi.

    1.3 Kepentingan Kajian

    Kajian ini adalah untuk melihat tahap burnout di kalangan guru-guru PJK di sekolah

    menengah dalam Daerah Batang Padang. Ini kerana burnout adalah keadaan yang

    kronik yang dialami oleh seseorang dan burnout tidak boleh diurus dengan

    menggunakan strategi-strategi pengurusan yang mudah (Smith, 1993).

    Sehubungan dengan itu adalah menjadi harapan agar kajian yang dijalankan ini

    dapat membekalkan maklumat tentang situasi guru PJK di sebuah daerah sekolah

    menengah kepada pihak pentadbir atau dan pengurusan sekolah, Pejabat Pelajaran

    Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia

    (KPM) amnya, bagi mengatur strategi-strategi atau langkah-langkah tertentu bagi

    berhadapan dengan masalah burnout di kalangan guru-guru, terutamanya guru-guru

    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

    Selain daripada itu, kajian ini diharap mampu memberi bantuan kepada

    institusi-institusi perguruan dan institusi-institusi pengajian tinggi yang memainkan

    peranan penting dalam melahirkan bakal-bakal guru yang berpengetahuan dan

  • 7

    berkemahiran. Ini kerana kajian ini berpotensi memberi maklumat yang berharga

    tentang tahap burnout, punca dan kesan yang berkaitan dengannya. Maklumat yang

    dibekalkan ini berkemungkinan dapat memudahkan institusi-institusi terbabit dalam

    merancang pelbagai bentuk program dan aktiviti latihan yang bersesuaian dan

    berkesan untuk dilaksanakan ke atas bakal-bakal guru di Malaysia.

    1.4 Objektif Kajian

    Objektif kajian merupakan kenyataan yang jelas mengenai tujuan utama sesuatu

    kajian itu dijalankan oleh seseorang penyelidik (Mohd Majid, 1990).

    Objektif penyelidikan merupakan tujuan khusus yang perlu dicapai bagi

    menyelesaikan sesuatu masalah.

    a) Mengenal pasti masalah burnout di kalangan guru PJK di sekolah menengah

    Daerah Batang Padang, Perak.

    b) Melihat sejauh mana perbezaan tahap burnout di kalangan guru-guru PJK di

    sekolah mengikut jantina, status perkahwinan, umur, pengalaman mengajar

    dan opsyen.

    c) Melihat punca masalah burnout di kalangan guru PJK di sekolah berdasarkan

    tiga deskripsi dalam soal selidik.

    d) Melihat kesan burnout di kalangan guru PJK.

  • 8

    1.5 Persoalan Kajian

    Persoalan kajian adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji

    atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah (Sulaiman Masri, 2003)

    Biasanya ia dibuat dalam bentuk soalan.

    Berdasarkan permasalahan kajian yang dikemukakan, diharap dapat menjawab

    akan persoalan yang dikemukakan berikut:

    a) Adakah wujud burnout di kalangan guru PJK di sekolah menengah di Daerah Batang Padang, Perak?

    b) Adakah wujud perbezaan yang signifikan tahap burnout di kalangan guru-guru

    PJK di sekolah mengikut jantina, status perkahwinan, umur, pengalaman

    mengajar dan opsyen di Daerah Batang Padang?

    c) Apakah punca terjadinya burnout di kalangan guru PJK berdasarkan tiga deskripsi?

    d) Apakah kesan burnout terhadap guru PJK?

  • 9

    1.6 Batasan Kajian

    Batasan kajian adalah had-had kajian yang ditetapkan oleh penyelidik atau di luar

    kawalan penyelidik

    1.6.1 Delimitasi kajian

    Delimitasi kajian adalah had yang ditetapkan oleh penyelidik dalam menjalankan

    kajian. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah bagi mengetahui tahap burnout

    ke atas guru. Tahap burnout adalah menjadi fokus utama kajian ini. Kajian ini terhad

    kepada 21 buah sekolah menengah dalam Daerah Batang Padang, Perak. Namun,

    responden dalam kajian adalah juga terbatas kepada guru-guru di kalangan guru-guru

    PJK yang bertugas di sekolah terbabit yang terdiri daripada jantina, jenis dan lokasi

    sekolah yang berbeza.

    1.6.2 Limitasi kajian

    Limitasi kajian adalah perkara yang merupakan di luar kawalan penyelidik. Kaedah

    yang digunakan adalah kaedah soal selidik. Kaedah seperti ini mungkin terdapat

    pelbagai masalah dan kekangan yang bakal dihadapi. Data kajian yang diperolehi

    adalah berdasarkan kepada tindak balas responden-responden terhadap soal selidik

    yang diedarkan. Berkemungkinan wujud keadaan di mana guru tidak dapat menjawab

    soal selidik dengan baik iaitu dengan penuh keikhlasan dan kejujuran dalam

    menjawab soalan yang dikemukakan.

  • 10

    1.7 Definisi Operasi

    Definisi operasi merujuk kepada sesuatu konstruk dengan cara mengkhususkannya

    dengan ukuran yang perlu dibuat oleh penyelidik untuk memanipulasikan konstruk

    tersebut dalam sesuatu kajian (Mohd Majid, 1990).

    1.7.1 Burnout : Burnout adalah keadaan tetap dan berterusan

    yang akan meningkatkan ketidakpuasan terhadap

    pekerjaan. Ia selalunya bermula dengan keadaan

    bosan yang ringan dan kehilangan minat

    terhadap sesuatu kerja dan akhirnya membawa

    kepada keadaan depresi yang teruk dan kesakitan

    fizikal.

    1.7.2 Keletihan emosi : Merujuk kepada rasa letih yang melampau secara

    fizikal dan emosi hasil daripada tekanan kerja dan

    kekangan masa (Maslach dan Jackson, 1981).

    1.7.3 Pencapaian Individu : Merujuk kepada kekurangan tindakbalas positif

    dan penghargaan yang boleh membawa kepada

    tekanan terhadap kemampuan peribadi iaitu

    kehilangan keyakinan diri dan kemampuan dalam

    melakukan kerja (Maslach dan Jackson, 1981).

  • 11

    1.7.4 Dipersonalisasi : Tekanan ini wujud hasil daripada interaksi

    individu dengan orang yang bekerja

    disekelilingnya seperti contoh pensyarah dengan

    pelajar. Jenis tekanan ini dikategorikan daripada

    kelakuan negatif dan tindakbalas kendiri terhadap

    orang yang bekerja secara langsung dengan

    individu yang hampir dengannya (Maslach dan

    Jackson, 1981).

    1.7.5 Guru PJK : Mereka adalah terdiri daripada pegawai-pegawai

    perkhidmatan pendidikan siswazah dan bukan

    siswazah terlatih yang sedang berkhidmat di

    sekolah menengah Daerah Batang Padang. Bagi

    tujuan kajian ini, guru-guru PJK adalah merujuk

    kepada guru-guru yang dipertanggungjawabkan

    untuk mengajar mata pelajaran PJK sekurang-

    kurangnya empat waktu seminggu di sekolah.

    1.7.6 Sekolah menengah : Ia merujuk kepada tempat yang disediakan oleh

    kerajaan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti

    dan program bersifat akademik biasa kepada

    remaja yang berumur lebih kurang di antara 13

    hingga 20 tahun. Sekolah-sekolah yang dipilih

    dalam kajian ini adalah sekolah-sekolah yang

  • 12

    telah dikenal pasti sebagai sekolah yang terletak

    sama ada di kawasan bandar ataupun luar bandar

    yang mana 12 daripada sekolah terbabit dalam

    kategori gred A dan 9 sekolah lagi adalah dalam

    kategori gred B.

    1.7.7 Daerah Batang Padang: Ia merujuk kepada daerah yang terdapat dalam

    negeri Perak yang meliputi kawasan Tanjong

    Malim, Tapah, Bidor dan Slim River. Pejabat

    pentadbiran terletak di bandar Tapah.

    Keluasannya adalah 2,712 (km2). Bilangan

    penduduk mengikut dapatan bancian pada tahun

    2000 ialah 159,083 orang.

  • 13

    BAB II

    TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan

    Sorotan kajian membekalkan pengetahuan asas kepada penyelidik mengenai kajian

    lepas yang telah dilakukan. Bab ini membincangkan tentang kajian kajian yang telah

    dijalankan oleh penyelidik yang sebelum ini yang berkaitan dengan burnout, kesan -

    kesan burnout terhadap psikologi dan fisiologi guru serta kepada tingkah laku guru.

  • 14

    2.2 Kajian-kajian lepas

    Menurut Maslach dan Jackson (1986), kesan akibat burnout terhadap psikologi guru

    merangkumi penghormatan diri yang rendah, perasaan bimbang yang melampau, rasa

    takut terhadap tugas dan kecurigaan tentang kebolehan diri, perasaan marah ke atas

    tugas atau kemahiran yang tidak menentu, perasaan dukacita yang menyebabkan

    perubahan terhadap selera makan dan tabiat tidur, kesukaran dalam menumpukan

    perhatian, pengingatan atau memahami tugas dan sikap negatif terhadap diri sendiri.

    Manakala akibat burnout terhadap fisiologi guru pula merangkumi perasaan gusar,

    resah, cepat marah, bosan, sering menangguhkan sesuatu tindakan atau keputusan,

    tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol yang meningkat. Dalam jangkamasa

    panjang, tanda-tanda fisiologi ini akan menghasilkan akibat yang buruk seperti

    penyakit jantung, kencing manis, penyakit sendi dan barah peptik

    Masalah burnout turut sama melibatkan perubahan dalam produktiviti,

    pusingan ganti pekerja, perubahan dalam selera makan, ketidakpuasan bekerja,

    prestasi kerja yang merosot, tiada motivasi, ketidakhadiran ke tempat kerja dan

    kecenderungan untuk berhenti kerja (Maslach dan Jackson, 1986).

    Kajian juga mendapati bahawa burnout terbukti mempunyai hubungan dengan

    gangguan kesihatan fizikal seperti gangguan masa tidur, pening kepala, tiada selera

    makan, rasa gemuruh, sakit belakang dan sakit perut (Pines dan Aronson, 1988).

  • 15

    Penelitian tentang burnout sebenarnya telah berlangsung selama 20 tahun

    (Maslach, 1993) sehingga menghasilkan pelbagai ragam pengertian. Maslach dan

    Jackson (1986) dalam penelitian mereka tentang burnout pada bidang pekerjaan yang

    berorientasikan perkhidmatan kepada orang lain seperti bidang kesihatan mental,

    perkhidmatan sosial, kehakiman mahupun perguruan, dalam perkembangannya telah

    memberikan sumbangan yang besar dalam memahami burnout.

    Goddard (1990) menyatakan bahawa simptom simptom burnout di kalangan

    guru berkemungkinan wujud dalam bentuk fizikal seperti sering merasa keletihan,

    pening kepala dan perubahan tingkah laku misalnya perubahan dari segi mood, mudah

    merasa marah, perasaan ketidakupayaan dan sering mengambil risiko dalam

    menjalankan tugas yang diberi. Perubahan perubahan ini sering mengakibatkan

    peningkatan kelewatan, ketidakhadiran dan penurunan secara umumnya dalam

    keberkesanan mengajar.

    Di tempat kerja, burnout berlaku kepada kakitangan yang suatu masa dahulu

    adalah pekerja contoh dan merupakan pekerja yang komited terhadap kerjayanya.

    Golongan ini mempunyai hasrat yang tinggi untuk mencapai matlamat. Mereka akan

    berusaha bersungguh-sungguh mencapai jalan untuk merealisasikan matlamat ini.

    Namun, matlamat yang dirancang itu kadang kala tidak realistik, menyebabkan

    mereka gagal mencapainya dan menganggap diri mereka sebagai orang yang gagal.

    Akibat dari kegagalan ini mereka akan berasa kecewa, pemarah, sinis, cemas dan

    besar kemungkinan akan terus mengabaikan tugas-tugas mereka (Farber, 1991).

  • 16

    Terdapat banyak faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca kepada burnout

    di kalangan pekerja dalam perkhidmatan awam termasuk guru. Menurut Smith, Bybee

    dan Retish (1988), pihak pentadbir boleh mengakibatkan burnout di kalangan pekerja

    di dalam sesebuah organisasi sama ada secara langsung atau tidak langsung, seperti

    seorang pengetua yang menghantar guru-guru menghadiri pelbagai kursus di luar,

    namun pengetua tersebut tidak melihat sama ada guru tersebut mampu atau tidak

    mampu untuk melaksanakan disamping tugasan lain di sekolah yang terpaksa dipikul

    selesai menghadiri kursus tersebut.

    Terdapat kajian yang dijalankan menyatakan bahawa guru yang burnout tidak

    mungkin akan berhenti kerja. Ini kerana kadar pusingan ganti pekerja bergantung

    kepada peluang-peluang pekerjaan yang ada di luar bidang perguruan. Dengan

    pengecualian terhadap guru-guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam

    bidang korporat, kebanyakan guru lain sama ada akan kekal atau terpaksa menerima

    pekerjaan yang membayar gaji yang lebih rendah jika mereka meninggalkan bidang

    perguruan (LeCompte dan Dworkin, 1991).

    Dalam satu kajian yang telah dijalankan oleh Huberman (1993) ke atas 160

    orang guru di tiga buah sekolah menengah di Switzerland dengan menggunakan

    kaedah temubual dan soal selidik, mendapati bahawa faktor yang sering

    mempengaruhi burnout di kalangan guru (dalam urutan) ialah masalah dengan pelajar

    seperti pelajar yang lemah, malas dan tidak berdisiplin (39%), perasaan kelesuan

    kerasa merasai terperangkap di dalam profesion perguruan akibat rutin dan jadual

    kerja yang sama setiap hari, bulan dan tahun (34%), permasalahan dalam kehidupan

    peribadi seperti sakit, bercerai, kematian dan lain-lain (34%), masalah institusi seperti

  • 17

    ketiadaan sokongan dari pihak pentadbir dan persekitaran kerja yang tidak

    memuaskan (34%), ketegangan yang bertambah disebabkan masalah kesihatan,

    bebanan kerja, jadual waktu mengajar yang ketat dan lain-lain (33%), perasaan lemah

    terhadap diri sendiri (15%) dan bebanan tugas yang berat (21%).

    Dalam kajian yang sama, Huberman (1993) turut menghuraikan tentang akibat

    burnout di kalangan guru terhadap persekitaran bilik darjah semasa mengajar seperti

    berikut: sering marah (24%), sering merasa keletihan (21%), kurang tumpuan atau

    tidak mengambil berat tentang pengajaran (21%) dan merasa sangat terasing (8%).

    Menurut Yusof, de Vries dan Sheikh Kamaruddin (dalam Lim dan Leong,

    1999), status mata pelajaran PJK di sekolah kini semakin merosot kredibiliti,

    ditambah pula dengan pelbagai pengharapan dan jangkaan terhadap peranan guru-

    guru PJK daripada pelbagai pihak seperti pengetua, guru penolang kanan, ibubapa

    serta perbezaan persekitaran dalam struktur kelas yang harus dikendalikan oleh guru-

    guru PJK berbanding guru-guru lain telah menimbulkan pelbagai tanggapan umum

    yang menjadi punca dan tahap burnout guru-guru PJK adalah berbeza dengan guru-

    guru lain.

    Kajian oleh Lim dan Leong (1999) mendapati bahawa masalah konflik

    dalaman berkaitan dengan birokrasi, hubungan sosial dan pengurusan kelas akan

    mempengaruhi perasaan negatif di kalangan guru-guru PJK. Di mana implikasinya

    bukan hanya tertumpu kepada guru-guru terbabit semata-mata, malah ia akan

    mendatangkan kesan yang bukan sedikit kepada martabat profesion perguruan itu

    sendiri. Kajian ini juga membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara

  • 18

    antara jantina guru dan lokasi sekolah. Walau bagaimanapun, guru yang mengajar di

    sekolah menengah didapati lebih tinggi tahap burnout berbanding dengan guru-guru

    PJK yang mengajar di sekolah rendah. Ini kerana peranan, jangkaan dan ekspektasi

    terhadap guru PJK di sekolah menengah oleh pihak sekolah (pentadbir) adalah lebih

    tinggi berbanding sekolah rendah.

    Maslach, Schaufeli dan Leiter (2001) telah membuat perbandingan antara

    tahap burnout ke atas lima sektor pekerjaan yang berlainan di Amerika Syarikat dan

    Belanda mendapati bahawa pendidik secara purata merupakan golongan yang

    tergolong dalam kelompok yang berada pada tahap kelesuan yang paling tinggi,

    bersikap sinis dan ketidakmampuan untuk menjalankan kerja dengan cekap.

    Kajian yang telah dijalankan di Australia dan di seberang laut telah

    menunjukkan bahawa guru yang mengajar di sekolah menengah tinggi mempamerkan

    tahap stres yang tinggi apabila dibandingkan dengan pekerja kolar putih (Bransgrove,

    dalam Dorman, 2003). Kajian lain juga menunjukkan bahawa satu pertiga daripada

    guru-guru di Australia dilaporkan sangat atau terlampau stres (Otto, dalam Dorman,

    2003).

    Kajian yang dijalankan di kalangan guru sekolah menengah Turki telah

    menunjukkan bahawa tahap burnout guru di negara itu adalah lebih rendah

    berbanding dengan guru-guru dari negara lain iaitu Amerika Syarikat, Itali, Perancis,

    Netherland, Kanada, Emiriyah Arab Bersatu dan Palestin. Tiada perbezaan yang

    signifikan dengan perbezaan jantina antara guru dalam keletihan emosi dan

    dipersonalisasi (Demirel, Guler, Toktamis dan Sezer, 2005).

  • 19

    Kajian di kalangan guru pendidikan jasmani sekolah rendah di Korea

    mendapati bahawa tahap burnout adalah rendah dalam item-item yang terdapat dalam

    keletihan emosi dan dipersonalisasi, namun bagi item yang terdapat dalam pencapaian

    individu adalah tinggi berbanding dengan norma untuk guru-guru di Amerika

    Syarikat. Data yang diperolehi berdasarkan hipotesis model burnout menunjukkan

    bahawa 16 langkah yang spesifik dalam hipotesis model, lapan daripadanya telah

    dikenalpasti adalah signifikan untuk guru sekolah rendah di Korea dalam pendidikan

    jasmani. Langkah-langkah tersebut memberi kesan (a) kekaburan peranan, beban kerja

    berlebihan dan konflik peranan dalam keletihan emosi, (b) keletihan emosi dan

    dipersonalisasi dalam pencapaian individu, (c) bantuan secara teliti dan dipersonalisasi

    dalam pencapaian individu, (d) pencapaian individu dalam komitmen kerja, dan (e)

    pencapaian individu dalam kepuasan bekerja. Adalah tidak diduga sama sekali

    bahawa stres terhadap tuntutan kerja dalam kekaburan peranan, beban kerja

    berlebihan dan konflik peranan mempunyai hubungan yang positif kepada dimensi

    burnout bagi keletihan emosi bila mana kawalan kerja dan sokongan moral adalah

    tinggi ( Lee, Martinek, Kim,Chung dan Kang, 2005).

    Mengikut Maslach dan Leiter (2005), terdapat enam perkara yang boleh

    menyebabkan job burnout iaitu: beban tugas yang bertambah kompleks terutama

    tugas-tugas yang berkehendakan multi-tasking dan memakan masa yang panjang,

    tiada kuasa untuk membuat keputusan, kurang pengiktirafan atau penghargaaan,

    persekitaran kerja yang tidak konduksif, tiada keadilan, kepercayaan, dan hormat-

    menghormati dan konflik nilai. Ini semua boleh membawa kesan kepada psikologi dan

    fisiologi serta tingkah laku seseorang pekerja, yang di dalam konteks ini merupakan

    seorang guru.

  • 20

    Kajian yang dijalankan ke atas 94 orang pensyarah di Institut Perguruan

    Bahasa Antarabangsa (IPBA) di Malaysia telah merujuk aras burnout responden

    menggunakan 22 item dalam Maslach Burnout Inventory (MBI), mendapati bahawa

    pensyarah yang lebih muda mudah mengalami burnout berbanding mereka yang telah

    lama mengajar kerana kurang berpengalaman dalam mengajar dan melaksanakan

    tugasan lain yang diperlukan oleh pensyarah. Akibat daripada kurangnya pengalaman,

    maka mereka kurang berkemahiran dalam melengkapi diri supaya berupaya

    menjalankan kerja dan hubungan sosial dengan orang lain. Kajian yang dijalankan

    menunjukkan tahap burnout di kalangan pensyarah IPBA adalah rendah dan terdapat

    beberapa pensyarah mengalami burnout sekurang kurangnya sekali bagi salah satu

    daripada keletihan emosi, pencapaian individu dan dipersonalisasi ( Koh, Ida Suhaini

    dan Kho, 2006).

    Secara keseimpulannya, MBI adalah instrumen yang biasa digunakan di

    kalangan penyelidik untuk mengukur tahap burnout. Kajian yang dijalankan ke atas

    guru mendapati bahawa guru mengalami burnout berdasarkan tiga deskripsi iaitu

    keletihan emosi, pencapaian individu dan dipersonalisasi yang mana ia memberi kesan

    kepada tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah.

  • 21

    BAB III

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana tahap burnout di kalangan guru

    PJK di sekolah menengah Daerah Batang Padang di Perak. Terdapat pelbagai kaedah

    yang dijalankan oleh pengkaji sebelum ini yang digunakan untuk mendapatkan

    maklumat. Salah satu daripada kaedah yang biasa digunakan untuk mengumpulkan

    maklumat berhubung dengan keadaan fenomena semasa ialah dengan menggunakan

    kaedah tinjauan.

  • 22

    3.2 Rekabentuk kajian

    Rekabentuk kajian ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan

    untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan

    (Sulaiman, 2003).

    Rekabentuk kajian ini adalah rekabentuk kajian tinjauan. Kajian tinjuan

    digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan

    sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. Ia bersifat

    deskriptif yang mana data maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan soal selidik

    yang diedarkan kepada guru-guru sekolah menengah yang mengajar Pendidikan

    Jasmani dan Kesihatan dalam Daerah Batang Padang bagi melihat tahap burnout di

    kalangan mereka.

    3.2.1 Kaedah kajian

    Kaedah kajian ini adalah rekabentuk kajian tinjauan yang bersifat deskriptif

    yang mana data maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan soal selidik

    yang diedarkan kepada guru-guru sekolah menengah yang mengajar

    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam Daerah Batang Padang.

    Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian seperti berikut:-

    Bahagian A : Butiran maklumat am.

    Bahagian B : Inventori burnout

  • 23

    3.2.2 Prosedur kajian

    Prosedur kajian ialah tatacara kerja yang digunakan oleh penyelidik untuk

    mendapatkan maklumat yang diperlukan semasa menjalankan kajian.

    3.2.2.1 Kenalpasti sekolah menengah yang bakal dijadikan sampel kajian.

    3.2.2.2 Kenalpasti jumlah guru yang bakal dijadikan sampel kajian.

    3.2.2.3 Dapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah menengah

    yang terbabit daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat

    Pendidikan Daerah Batang Padang.

    3.2.2.4 Berjumpa dengan pengetua sekolah yang terbabit bagi memberikan

    penerangan ringkas tentang kajian yang bakal dijalankan.

    3.2.2.5 Pengedaran borang soal selidik akan dilakukan melalui pengetua

    sekolah setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan

    Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang.

  • 24

    3.3 Kerangka kajian

    3.3.1 Pembolehubah bebas

    Pembolehubah bebas ialah pembolehubah yang diukur. Bagi kajian ini

    pembolehubah bebas adalah tahap burnout di kalangan guru-guru PJK.

    3.3.2 Pembolehubah bersandar

    Pembolehubah bersandar adalah kesan yang dapat dilihat akibat daripada

    pembolehubah bebas. Bagi kajian ini pembolehubah bersandar ialah guru-guru

    sekolah menengah dalam Daerah Batang Padang.

    3.4 Populasi dan persampelan

    Populasi kajian ini adalah kumpulan besar yang digeneralisasikan menerusi kumpulan

    kecil iaitu sampel kajian. Sampel kajian ialah kumpulan kecil yang bakal diperhatikan

    (Mohd Majid, 1990).

    Bagi kajian ini populasi kajian ialah guru-guru yang mengajar di sekolah

    menengah Daerah Batang Padang di negeri Perak. Sampel kajian adalah guru-guru

    PJK yang mengajar sekurang-kurangnya empat waktu seminggu bagi matapelajaran

    PJK di sekolah menengah terbabit sama ada guru opsyen atau bukan opsyen PJK.

  • 25

    3.5 Instrumen kajian

    Instrumen kajian ialah alat ujian yang digunakan bagi menjalankan kajian oleh

    penyelidik. Bagi kajian ini ialah Maslach Burnout Inventori (MBI) yang merangkumi

    tiga deskripsi iaitu keletihan emosi, pencapaian individu dan dipersonalisasi. MBI

    adalah terbahagi kepada 22 soalan yang mana soalan 1 hingga 9 adalah untuk

    keletihan emosi, soalan 10 hingga 17 adalah untuk melihat pencapaian individu dan

    soalan 18 hingga 22 adalah untuk dipersonalisasi. Statistik yang bakal digunakan ialah

    inferensi. Julat bagi pengalaman burnout telah dikategorikan mengikut skor MBI yang

    digunakan oleh Aeria.

    Jadual 3.1: Kategori min bagi MBI

    Julat bagi pengalaman burnout

    _____________________________________

    Subskala MBI Rendah Sederhana Tinggi

    Keletihan emosi 0 4.00 4.01- 4.32 4.33 & ke atas

    Pencapaian Individu 0 1.60 1.61 2.79 2.80 & ke atas

    Dipersonalisasi 0 2.25 2.26 - 2.37 2.38 & ke atas

  • 26

    3.5.1 Kajian rintis

    Kajian rintis adalah ujian yang dijalankan di sekolah untuk memastikan

    bahawa soalan soal selidik difahami. Kajian rintis telah dijalankan di sekolah

    menengah di negeri Johor melibatkan 20 orang guru, beberapa pengubahsuaian

    telah dibuat terhadap kandungan soal selidik. Soal selidik ini telah diperbaiki

    dan pindaan telah dilakukan terhadap item item soalan serta istilah istilah

    yang didapati kabur. Soal selidik telah disediakan dalam dwibahasa iaitu

    Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi memudahkan pemahaman

    responden. Instrumen Maslach Burnout Inventori (MBI) walaupun telah diuji

    kesahannya, namun kajian rintis perlu dijalankan kerana soalan yang

    dikemukakan adalah soalan yang telah dialih bahasa dari Bahasa Inggeris ke

    Bahasa Melayu. Isi kandungan soal selidik yang asal yang diterjemahkan juga

    telah disahkan oleh seorang pakar Psikologi Sukan, Universiti Pendidikan

    Sultan Idris (UPSI). Data mentah yang diperolehi diproses menggunakan

    program Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 11.5.

    Kebolehpercayaan MBI yang dianalisis menggunakan Cronbach Alpha perlu

    berada pada nilai r = >.06.

  • 27

    3.5.2 Kesahan dan kebolehpercayaan

    Instrumen sesuatu pengukuran dikatakan adalah sah sekiranya ia mampu

    mengukur apa yang sepatutnya diukur (Ahmad, 2004).

    Kesahan merujuk kepada sejauh mana butir soalan mengutip data atau

    maklumat yang sepatutnya kehendaki mengutip. Kesahan menekankan kepada

    sejauh mana kesesuaian soal selidik memperolehi maklumat yang dikehendaki.

    Berdasarkan kajian rintis yang telah dijalankan instrumen MBI yang

    digunakan boleh melihat tahap burnout di kalangan guru PJK, berdasarkan tiga

    deskriptif yang terkandung dalam MBI ia mampu menjawab punca terjadinya

    burnout dalam kalangan guru PJK dan berdasarkan intensiti kita mampu

    mengesan kesan burnout dalam kalangan guru PJK.

    Kebolehpercayaan ialah alat pengukuran yang mampu menghasilkan

    nilai yang sama apabila sesuatu fenomena atau variabel diukur berulang kali

    (Sulaiman, 2003).

    Ia merujuk kepada ketekalan butir-butir soalan atau pernyataan

    memperolehi satu set gerak balas atau jawapan dari satu ketika ke satu ketika.

    Kebolehpercayaan mempersoalkan sejauh mana butir memperolehi gerak balas

    yang serupa sekiranya butiran dijawab oleh subjek yang sama tetapi masa yang

    berlainan.

  • 28

    Soal selidik yang diedarkan mempunyai butiran yang jelas dan tepat

    iaitu ia melihat tahap burnout di kalangan guru-guru PJK di sekolah menengah

    Daerah Batang Padang. Soal selidik yang diedarkan kepada pengetua sekolah

    menengah terbabit telah diuji kesahannya.

    3.6 Pengumpulan data

    Pengumpulan data merupakan proses pengukuran secara variable yang mana

    pemilihan prosedur atau teknik serta alat pengumpulan data adalah bersesuaian

    dengan permasalahan kajian dan strategi penyelidikan, di samping jenis dan

    kewujudan sumber data (Sulaiman, 2003).

    Data adalah bahan mentah yang diperolehi yang mana mengandungi maklumat

    yang belum diproses. Pengumpulan data adalah untuk mendapatkan maklumat yang

    digunakan untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan.

  • 29

    3.7 Analisis data

    Analisis data ialah aktiviti yang dijalankan untuk memperolehi maklumat yang

    berguna daripada data mentah berdasarkan soal selidik yang diedarkan ke sekolah

    terbabit.

    Data-data yang dikumpulkan melalui soal selidik akan dianalisis menggunakan

    komputer dengan program Statistical Packages for the Social Science (SPSS).

    Program ini dapat memberikan min serta sisihan piawai sesuatu data. Maklumat yang

    telah dikumpulkan akan dianalisis mengikut kepentingan. Data-data tersebut akan

    dijadikan peratusan. Peratusan-peratusan ini digunakan dalam perbincangan sebagai

    kenyataaan kepentingan keputusan penyelidik dalam bentuk deskriptif.

  • 30

    3.8 Kerangka Konseptual

    Rajah 3.2: Kerangka konseptual

    Masalah Burnout

    Guru PJK

    Jantina Kategori Sekolah

    Sekolah Menengah Daerah Batang Padang

    alah Burnout

    Soal Selidik MBI

    Dapatan /data

    Lokasi Sekolah

    Perbincangan

    Opsyen Bukan opsyen

  • 31

    BAB IV

    PENGANALISISAN DATA KAJIAN

    Bab ini mentafsirkan data yang telah diperolehi melalui soal selidik yang telah

    diedarkan melalui pengetua, guru penolong kanan, guru panitia PJK dan pelajar

    praktikum. Ia menjelaskan mengenai latar belakang ringkas responden, punca-punca

    yang menyebabkan berlakunya burnout dan sejauh mana burnout memberi kesan ke

    atas responden. Bab ini juga melaporkan nilai kebolehpercayaan dan kesahan soal

    selidik yang telah diterjemahkan. Hasil kajian rintis yang telah dianalisis

    menggunakan Cronbach Alpha menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi bagi item

    keletihan emosi ( r = 0.9612), pencapaian individu ( r = 0.9231) dan dipersonalisasi ( r

    = 0.8835).

  • 32

    4.1 Pengenalan

    Dalam bab ini penyelidik menganalisis hasil dapatan kajian yang telah dikumpulkan

    daripada soalan-soalan yang terkandung dalam soal selidik responden kajian. Laporan

    dapatan kajian ini dianalisis secara berperingkat berdasarkan taburan kekerapan dan

    intensiti dengan mengambil kira data-data yang relevan dengan kaedah analisa yang

    dilakukan. Keputusan yang diperolehi diharap dapat memberi gambaran akan tahap

    burnout di kalangan guru PJK di sekolah menengah dalam Daerah Batang Padang.

    Sebanyak 120 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden kepada

    21 buah sekolah menengah yang telah ditetapkan dan sebanyak 115 set borang soal

    selidik telah dilengkapi dan telah dikembalikan kepada penyelidik.

    Kebolehpercayaan dan kesahan item soal selidik melalui kajian rintis

    menunjukkan bahawa MBI adalah tinggi dan digunakan sebagai instrumen untuk

    mengukur tahap burnout dalam kalangan guru guru PJK. Penterjemahan MBI telah

    dirujuk kepada seorang pakar Bahasa Melayu dan pakar Psikologi Sukan, Universiti

    Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kebolehpercayaan item untuk mengukur tahap

    keletihan emosi adalah r = 0.9612 berdasarkan soalan nombor satu hingga sembilan (

    k1 hingga k9 ), bagi item pencapaian individu adalah r = 0.9231 berdasarkan kepada

    soalan 10 hingga 17 ( k10 hingga k17) dan dipersonalisasi adalah r = 0.8835 bagi

    soalan 18 hingga 22 ( k18 hingga k22 ) dilihat adalah tinggi.

  • 33

    4.2 Butir-Butir Diri Responden

    Dalam kajian ini penyelidik telah menyediakan 14 item untuk mendapatkan maklumat

    tentang latar belakang diri responden. Analisis maklumat mengenai diri responden

    secara keseluruhannya adalah seperti di dalam jadual berikut.

    4.2.1 Demografi responden mengikut jantina, umur, status perkahwinan,

    pengalaman mengajar dan opsyen.

    Jadual 4.1: Data Demografi Responden

    Item Demografi Responden ____________________________________

    Bilangan Peratus (%) Jantina Lelaki 51 44.3 Perempuan 64 55.7 Umur < 40 tahun 43 37.4 > 40 tahun ke atas 72 62.6 _______________________________________________________________

    Status Perkahwinan Bujang 22 19.1 Berkahwin 93 80.9 _______________________________________________________________

    Pengalaman Mengajar < 10 tahun 46 40.0 > 10 tahun ke atas 69 60.0 _______________________________________________________________

    Opsyen Sains Sukan / PJ 77 67.0 Bukan opsyen 38 33.0

    Jumlah 115 100 _______________________________________________________________

  • 34

    Jadual 4.1 di atas menunjukkan responden kajian iaitu yang seramai 115 orang

    (100%) yang merupakan guru-guru PJK dalam Daerah Batang Padang, Perak.

    Berdasarkan jantina ia dibahagikan kepada lelaki iaitu seramai 51 orang (44.3

    %) dan wanita seramai 64 orang (55.7 %). Umur responden dibahagikan

    kepada dua kategori iaitu kurang daripada 40 tahun iaitu seramai 43 orang

    (37.4 %) dan lebih 40 tahun ke atas iaitu seramai 72 orang (62.6 %). Bagi

    status perkahwinan responden dibahagikan kepada bujang seramai 22 orang

    (19.1%) dan berkahwin 93 orang (80.9 %). Berdasarkan pengalaman mengajar

    responden, responden telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kurang dari

    10 tahun pengalaman mengajar iaitu 46 orang (40.0 %) dan lebih 10 tahun ke

    atas pengalaman mengajar iaitu 69 orang (60.0 %).

  • 35

    4.2.2 Butiran responden mengikut bangsa.

    Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Bangsa

    Bangsa Kekerapan Peratus (%)

    Melayu 96 83.5

    Cina 18 15.7

    India 1 0.9

    Lain-lain - -

    Jumlah 115 100.0

    Dalam kajian ini penyelidik telah membahagikan responden mengikut bangsa

    iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jadual 4.2 di atas menunjukkan taburan

    respondan yang terlibat dalan kajian mengikut bangsa iaitu Melayu seramai 96

    orang (44.3 %), Cina seramai 18 orang (15.7 %) dan India hanya seorang

    sahaja (0.9 %). Merujuk kepada jadual juga tidak terdapat lain-lain bangsa

    dalam responden tersebut.

  • 36

    4.2.3 Butiran responden mengikut kelayakan akademik.

    Penyelidik telah menetapkan beberapa kriteria bagi melihat tahap kelayakan guru

    PJK iaitu berdasarkan sama ada bagi peringkat SPM, STPM, Diploma, Ijazah

    Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.

    Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik

    Kelayakan Akademik Kekerapan Peratus (%)

    SPM - -

    STPM - -

    Diploma 13 11.4

    Ijazah Sarjana Muda 99 86.1

    Ijazah Sarjana 3 2.6

    Jumlah 115 100

    Jadual 4.3 di atas menunjukkan bilangan guru PJK mengikut kelayakan

    akademik yang mana kelayakan guru PJK yang utama adalah bagi Ijazah

    Sarjana Muda yang mewakili 86.1 peratus iaitu 99 orang, Diploma 13 orang

    (11.4 %) dan Ijazah Sarjana 3 orang (2.6 %).

  • 37

    4.2.4 Butiran responden mengikut kelayakan ikhtisas.

    Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas

    Kelayakan Ikhtisas Kekerapan Peratus (%)

    Sijil Perguruan 13 11.3

    Diploma Pendidikan 22 19.1

    Ijazah dengan Pendidikan 80 69.6

    Jumlah 115 100.0

    Jadual 4.4 di atas menunjukan taburan kelayakan ikhtisas bagi guru PJK bagi

    Sijil Perguruan iaitu 13 orang (11.3 %), Diploma pendidikan iaitu 22 orang

    (19.1 %) dan Ijazah dengan Pendidikan iaitu 80 orang yang mewakili jumlah

    terbesar dengan 69.6 peratus.

  • 38

    4.2.5 Butiran responden mengikut bilangan waktu pengajaran PJK dalam

    seminggu.

    Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Bilangan Matapelajaran PJK yang Diajar Seminggu.

    Bilangan matapelajaran Kekerapan Peratus (%) yang diajar seminggu 0 4 26 22.6

    5 8 25 21.7

    9 12 37 32.2

    12 15 8 7.0

    16 19 12 10.4

    20 ke atas 7 6.1

    Jumlah 115 100.0

    Jadual 4.5 di atas menunjukkan taburan bagi pengajaran matapelajarn PJ bagi

    seminggu bagi seorang guru PJK yang mana jumlah terbesar adalah 9 12

    waktu seminggu iaitu 37 orang (32.2 %), kurang dari 5 waktu seminggu 26

    orang (22.6 %), 5 hingga 8 waktu seminggu 25 orang (21.7 %), 12 hingga 15

    waktu seminggu 8 orang (7.0 %), 16 hingga 19 waktu seminggu 12 orang

    (10.4 %) dan 20 ke atas waktu seminggu 7 orang (6.1%).

  • 39

    4.2.6 Butiran responden mengikut matapelajaran lain yang diajar.

    Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Matapelajaran Lain Yang Diajar

    Matapelajaran lain yang diajar Kekerapan Peratus (%)

    1 2 99 86.1

    3 4 12 10.4

    5 6 4 3.5

    Jadual 4.6 di atas memperlihatkan matapelajaran lain yang diajar oleh

    responden selain daripada PJK. Kajian mendapati bahawa responden mengajar

    matapelajaran lain yang merupakan bukan opsyen responden melainkan

    responden tersebut adalah guru bukan opsyen bagi matapelajaran PJK yang

    mana terpaksa mengajar PJK kerana kekurangan guru di sekolah tersebut.

    Guru PJK mengajar kurang dari tiga matapelajaran lain 99 orang (86.1 %), 3

    hingga 4 matapelajaran lain 12 orang (10.4%) dan 5 hingga 6 matapelajaran

    lain 4 orang (3.5%).

  • 40

    4.2.7 Butiran responden mengikut purata bilangan pelajar bagi satu kelas yang

    diajar.

    Jadual 4.7: Taburan Responden Mengikut Purata bilangan pelajar bagi

    setiap kelas yang diajar

    Purata bilangan pelajar dalam kelas Kekerapan Peratus (%)

    < 40 orang pelajar 36 31.3

    > 40 orang pelajar ke atas 79 68.7

    Jumlah 115 100.0

    Dalam kajian ini penyelidik melihat purata bilangan pelajar bagi setiap kelas

    yang diajar oleh responden yang telah berdasarkan bilangan pelajar bagi setiap

    kelas termasuk bagi matapelajaran lain yang diajar oleh guru. Jadual 4.7 di atas

    menunjukkan purata bilangan pelajar bagi setiap kelas yang diajar oleh seorang

    guru PJK yang mana jika dilihat berdasarkan jadual seramai 36 orang guru

    berhadapan kurang daripada 40 orang pelajar ( 31.3 %). Sementara 79 orang

    berhadapan dengan lebih daripada 40 orang pelajar ke atas (68.7 %) dalam

    kelas yang diajarnya

  • 41

    4.2.8 Butiran responden mengikut jawatan yang disandang oleh guru di

    sekolah.

    Jadual 4.8: Taburan Responden Mengikut Jawatan Yang Disandang Di

    Sekolah

    Jumlah jawatan Kekerapan Peratus (%)

    0 hingga 3 51 44.3

    4 hingga 6 64 55.7

    Jumlah 115 100.0

    Penyelidik melihat taburan jawatan yang disandang oleh guru di sekolah

    berdasarkan soal selidik yang diedarkan. Jadual 4.8 di atas menunjukkan

    jawatan yang disandang oleh guru PJK di sekolah yang mana kajian mendapati

    bahawa guru-guru ini menjawat lebih daripada satu jawatan iaitu 64 orang

    (55.7 %) sementara 51 orang (44.3 %) hanya menjawat sekurang-kurangnya

    sebagai guru kelas.

  • 42

    4.2.9 Butiran responden berkenaan tanggungjawab dan jawatan di luar

    sekolah.

    Jadual 4.9: Taburan Responden Mengikut Tanggungjawab Dan Jawatan

    Di Luar Sekolah

    Jawatan Bilangan Peratus (%)

    Tiada 106 92.2

    Ada 9 7.8

    Jumlah 115 100.0

    Dalam kajian ini penyelidik telah membahagikan responden kepada dua

    kumpulan iaitu tiada dan ada tanggungjawab dan jawatan di luar sekolah.

    Selain itu ia memperlihatan akan keaktifan guru tersebut dengan aktiviti luar

    yang melibatkan persatuan atau kelab sukan atau bukan. Jadual 4.9

    menunjukkan bahawa adakah terdapatnya tanggungjawab dan jawatan lain

    yang disandang oleh guru PJK di luar sekolah yang mana dapat dilihat hanya

    sembilan orang sahaja yang mempunyai tanggungjawab dan jawatan lain di

    luar sekolah iaitu mewakili 7.8 peratus daripada 115 orang guru yang dikaji.

    Sementara selebihnya iaitu 106 orang (92.2 %) tidak menjawat sebarang

    jawatan di luar di sekolah.

  • 43

    4.3 Analisis Data

    4.3.1 Min dan Sisihan Piawai Bagi Item-Item Burnout Berdasarkan

    Kekerapan

    Jadual 4.10: Min dan Sisihan Piawai Bagi Item-Item Burnout Berdasarkan

    Kekerapan

    Jadual 4.10 menunjukkan min bagi item-item burnout berdasarkan min dan sisihan

    piawai (SD) kekerapan yang berdasarkan kepada soal selidik yang telah diedarkan

    kepada responden yang terdiri daripada 115 orang guru guru PJK dalam sekolah

    menengah di Daerah Batang Padang. Berdasarkan Jadual 4.10 ia menunjukkan

    min bagi Keletihan Emosi = 2.64, SD = 1.201. Manakala bagi min Pencapaian

    Individu = 2.74, SD = .702 dan Dipersonalisasi = 1.69, SD = .730. Ini

    menunjukkan responden mengalami keletihan emosi dan masalah pencapaian

    individu antara sebulan sekali dan beberapa kali dalam sebulan. Bagi

    dipersonalisasi pula, responden mengalami masalah ini antara beberapa kali dalam

    setahun dan setiap bulan.

    Item Min Sisihan piawai (SD)

    Keletihan Emosi 2.64 1.201

    Pencapaian Individu 2.74 .702

    Dipersonalisasi 1.69 .730

  • 44

    4.3.2 Min dan Sisihan Piawai Bagi Item-Item Burnout Berdasarkan

    Intensiti

    Jadual 4.11: Min dan Sisihan Piawai Bagi Item-Item Burnout Berdasarkan

    Intensiti

    Jadual 4.11 menunjukkan min bagi item-item burnout berdasarkan min dan sisihan

    piawai (SD) intensiti yang berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan kepada

    responden yang terdiri daripada guru guru PJK dalam sekolah menengah di

    Daerah Batang Padang. Berdasarkan Jadual 4.11 di atas ia menunjukkan min bagi

    Keletihan Emosi = 2.90, SD = 1.379. Manakala bagi min Pencapaian Individu =

    2.97, SD = .668 dan Dipersonalisasi = 1.79, SD = .937. Ini menunjukkan bahawa

    responden mengalami keletihan emosi dan masalah pencapaian individu antara

    sangat sedikit dan sederhana sahaja. Bagi dipersonalisasi pula ia masih di tahap

    yang menghampiri sangat sedikit.

    Item Min Sisihan piawai (SD)

    Keletihan Emosi 2.90 1.379

    Pencapaian Individu 2.97 .668

    Dipersonalisasi 1.79 .937

  • 45

    4.3.3 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Skor Ujian t Bagi Perbezaan Tahap

    Burnout Mengikut Jantina (Kekerapan).

    Jadual 4.12: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap Burnout mengikut Jantina (Kekerapan).

    * p

  • 46

    Bagi item Pencapaian Individu pula bagi guru lelaki, nilai min = 2.63, SD

    = .662. Manakala bagi guru perempuan nilai min = 2.83, SD .725. Nilai t = -1.532

    dengan p = .128 di mana p > 0.05. Ini menunjukkan tahap perbezaan yang tidak

    signifikan bagi tahap burnout item Pencapaian Individu mengikut jantina di

    sekolah menengah dalam Daerah Batang Padang.

    Dipersonalisasi bagi guru lelaki min = 1.51, SD = .644, manakala guru

    perempuan pula min = 1.83, SD = .767. Nilai t = -2.370 dengan p = 0.19 di mana p

    > 0.05. Ini menunjukkan terdapat perbezaan Dipersonalisasi bagi jantina adalah

    signifikan bagi guru PJK lelaki dan perempuan dalam daerah ini. Ini menunjukkan

    bahawa tahap dipersonalisasi guru perempuan lebih berbanding guru lelaki.

  • 47

    4.3.4 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Skor Ujian t Bagi Perbezaan Tahap

    Burnout Mengikut Jantina (Intensiti).

    Jadual 4.13: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap Burnout mengikut Jantina (Intensiti).

    * p < 0.05

    Jadual 4.13 menunjukkan perbezaan tahap burnout ketiga-tiga item bagi intensiti

    mengikut jantina iaitu Keletihan Emosi bagi guru lelaki min = 2.75, SD = 1.398,

    manakala bagi guru perempuan min = 3.02, SD = 1.363. Nilai t = -1.046 dengan p

    = .298 yang mana p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa tahap perbezaan yang tidak

    signifikan antara guru lelaki dan perempuan bagi Keletihan Emosi.

    Pencapaian Individu bagi guru lelaki min = 2.98, SD = .735, manakala

    guru perempuan min = 2.97, SD = .616. Nilai t = .092 dengan p = .927 di mana p

    > 0.05. Ini menunjukkan bahawa tahap perbezaan yang tidak signifikan antara

    guru lelaki dan perempuan bagi Pencapaian Individu.

    Item Jantina N Min SD t Sig. (2

    tailed)

    Intensiti : Keletihan Emosi

    Lelaki

    Perempuan

    51 64

    2.75 3.02

    1.398 1.363

    -1.046

    .298

    Pencapaian Individu Lelaki Perempuan

    51 64

    2.98 2.97

    .735

    .616 .092 .927

    Dipersonalisasi Lelaki

    Perempuan

    51 64

    1.53 1.83

    .674

    .767 -2.187 .031*

  • 48

    Dipersonalisasi bagi guru lelaki min = 1.53, SD = .674, manakala guru

    perempuan min = 1.83, SD = .767. Nilai t = -2.187 dengan p = .031 di mana p <

    0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara guru

    lelaki dan perempuan bagi Dipersonalisasi. Guru perempuan mengalami masalah

    dipersonalisasi lebih ketara daripada guru lelaki.

  • 49

    4.3.5 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Skor Ujian t Bagi Perbezaan Tahap

    Burnout Mengikut Status Perkahwinan (Kekerapan).

    Jadual 4.14: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap Burnout mengikut Status Perkahwinan (Kekerapan).

    * p< 0.05

    Jadual 4.14 menunjukkan perbezaan tahap burnout ketiga-tiga item bagi

    kekerapan mengikut status perkahwinan iaitu Keletihan Emosi bagi guru bujang

    min = 3.05, SD = 1.133, manakala bagi guru berkahwin, min = 2.55, SD = 1.202.

    Nilai t = 1.762 dengan p = .081 yang mana p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa

    tahap perbezaan yang tidak signifikan antara guru bujang dengan yang berkahwin

    bagi Keletihan Emosi.

    Pencapaian Individu bagi guru bujang min = 2.45, SD = .739, manakala

    guru berkahwin min = 2.81, SD = .680. Nilai t = -2.148 dengan p = .034 di mana p

    < 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara guru

    Item Jantina N Min SD t Sig. (2

    tailed)

    Kekerapan:

    Keletihan Emosi

    Bujang Berkahwin

    22

    93

    3.05 2.55

    1.133

    1.202

    1.762

    .081

    Pencapaian Individu Bujang Berkahwin

    22

    93 2.45 2.81

    .739

    .660 -2.148 .034 *

    Dipersonalisasi Bujang Berkahwin

    22

    93 2.00

    1.61 .756 .708

    2.278 .025 *

  • 50

    bujang dengan yang berkahwin bagi Pencapaian Individu. Guru yang berkahwin

    mengalami masalah perncapaian individu daripada guru yang masih bujang.

    Dipersonalisasi bagi guru bujang min = 2.00, SD = .756, manakala guru

    yang berkahwin min = 1.61, SD = .708. Nilai t = 2.278 dengan p = .025 di mana p

    < 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara guru

    yang masih bujang dengan yang berkahwin bagi Dipersonalisasi. Ini bermakna

    guru yang bujang mengalami masalah dipersonalisasi daripada guru yang

    berkahwin.

  • 51

    4.3.6 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Skor Ujian t Bagi Perbezaan Tahap

    Burnout Mengikut Status Perkahwinan (Intensiti).

    Jadual 4.15: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap Burnout mengikut Status Perkahwinan (Intensiti).

    * p < 0.05

    Jadual 4.15 menunjukkan perbezaan tahap burnout ketiga-tiga item bagi intensiti

    mengikut status perkahwinan iaitu Keletihan Emosi bagi guru bujang min = 3.50,

    SD = 1.371, manakala bagi guru berkahwin, min = 2.75, SD = 1.349. Nilai t =

    2.330 dengan p = .022 yang mana p < 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat

    perbezaan yang signifikan antara guru bujang dengan yang berkahwin bagi

    Keletihan Emosi. Guru yang bujang mengalami keletihan emosi daripada guru

    yang berkahwin.

    Pencapaian Individu bagi guru bujang min = 2.82, SD = .588, manakala

    guru berkahwin min = 3.01, SD = .684. Nilai t = -1.218 dengan p = .226 di mana p

    Item Jantina N Min SD t Sig. (2

    tailed)

    Kekerapan:

    Keletihan Emosi

    Bujang Berkahwin

    22

    93

    3.50 2.75

    1.371

    1.349

    2.330

    .022 *

    Pencapaian Individu Bujang Berkahwin

    22

    93 2.82

    3.01

    .588

    .684 -1.218 .226

    Dipersonalisasi Bujang Berkahwin

    22

    93 2.00

    1.62 .756 .721

    2.182 .031*

  • 52

    > 0.05. Ini menunjukkan bahawa tahap perbezaan yang tidak signifikan antara

    guru bujang dengan yang berkahwin bagi item Pencapaian Individu.

    Dipersonalisasi bagi guru bujang min = 2.00, SD = .756, manakala guru

    berkahwin min = 1.62, SD = .721. Nilai t = 2.182 dengan p = .031 di mana p <

    0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara guru

    yang masih bujang dengan yang berkahwin bagi item Dipersonalisasi. Guru yang

    bujang mengalami dipersonalisasi daripada guru yang berkahwin.

  • 53

    4.3.7 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Skor Ujian t Bagi Perbezaan Tahap

    Burnout Mengikut Umur (Kekerapan).

    Jadual 4.16: Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap Burnout mengikut Umur (Kekerapan).

    * p < 0.05

    Jadual 4.16 menunjukkan perbezaan tahap burnout ketiga-tiga item bagi

    kekerapan mengikut umur iaitu Keletihan Emosi bagi guru kurang daripada 40

    tahun min = 2.58, SD = 1.332, manakala bagi guru 40 tahun ke atas, min = 2.68,

    SD = 1.124. Nilai t = -.427 dengan p = .670 yang mana p > 0.05. Ini menunjukkan

    bahawa tahap perbezaan yang tidak signifikan antara guru kurang daripada 40

    tahun dengan guru 40 tahun ke atas bagi Keletihan Emosi.

    Pencapaian Individu bagi guru kurang daripada 40 tahun min = 2.88, SD =

    .625, manakala guru 40 tahun ke atas min = 2.65, SD = .735. Nilai t = 1.722

    dengan p = .088 di mana p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa tahap perbezaan yang

    Item Umur N Min SD t Sig. (2

    tailed)

    Kekerapan:

    Keletihan Emosi

    < 40 tahun

    40 tahun ke atas

    43

    72

    2.58 2.68

    1.332

    1.124

    -.427

    .670

    Pencapaian Individu < 40 tahun 40 tahun ke atas

    43

    72

    2.88

    2.56 .625 .735

    1.722 .088

    Dipersonalisasi < 40 tahun

    40 tahun ke atas

    43

    72

    1.49 1.81

    .506

    .816 -2.297 .023 *

  • 54

    tidak signifikan antara guru kurang daripada 40 tahun dengan guru 40 tahun ke

    atas bagi item Pencapaian Individu.

    Dipersonalisasi bagi guru kurang daripada 40 tahun min = 1.49, SD = .506,

    manakala guru 40 tahun ke atas min = 1.81, SD = .816. Nilai t = -2.297 dengan p =

    .023 di mana p < 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang

    signifikan antara guru yang masih kurang daripada 40 tahun dengan guru 40 tahun

    ke atas bagi item Dipersonalisasi. Guru yang berusia 40 tahun ke atas mengalami

    masalah dipersonalisasi berbanding dengan guru yang berusia kurang daripada 40

    tahun.

  • 55

    4.3.8 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Skor Ujian t Bagi Perbezaan Tahap

    Burnout Mengikut Umur (Intensiti).

    Jadual 4.17: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap Burnout mengikut Umur (Intensiti).

    * p < 0.05

    Jadual 4.17 menunjukkan perbezaan tahap burnout ketiga-tiga item bagi intensiti

    mengikut umur iaitu Keletihan Emosi bagi guru kurang daripada 40 tahun min =

    2.58, SD = 1.159, manakala bagi guru 40 tahun ke atas, min = 3.08, SD = 1.470.

    Nilai t = -1.911 dengan p = .059 yang mana p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa

    tahap perbezaan yang tidak signifikan antara guru kurang daripada 40 tahun

    dengan guru 40 tahun ke atas bagi Keletihan Emosi.

    Pencapaian Individu bagi guru kurang daripada 40 tahun min = 2.98, SD =

    .511, manakala guru 40 tahun ke atas min = 2.97, SD = .750. Nilai t = .035 dengan

    p = .972 di mana p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa tahap perbezaan yang tidak

    Item Umur N Min SD t Sig. (2

    tailed)

    Kekerapan:

    Keletihan Emosi

    < 40 tahun

    40 tahun ke atas

    43

    72

    2.58 3.08

    1.159 1.470

    -1.911

    .059

    Pencapaian Individu < 40 tahun 40 tahun ke atas

    43

    72

    2.98 2.97

    .511

    .750 .035 .972

    Dipersonalisasi < 40 tahun

    40 tahun ke atas

    43

    72

    1.49 1.82

    .506

    .828

    -2.369 .020*

  • 56

    signifikan antara guru kurang daripada 40 tahun dengan guru 40 tahun ke atas

    bagi item Pencapaian Individu.

    Dipersonalisasi bagi guru kurang daripada 40 tahun min = 1.49, SD = .506,

    manakala guru 40 tahun ke atas min = 1.82, SD = .828. Nilai t = -2.369 dengan p =

    .020 di mana p < 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang

    signifikan antara guru yang masih kurang daripada 40 tahun dengan guru 40 tahun

    ke atas bagi item Dipersonalisasi. Guru yang berusia 40 tahun ke atas mengalami

    masalah dipersonalisasi berbanding guru yang berusia kurang daripada 40 tahun.

  • 57

    4.3.9 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Skor Ujian t Bagi Perbezaan Tahap

    Burnout Mengikut Pengalaman Mengajar (Kekerapan).

    Jadual 4.18: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap Burnout mengikut Pengalaman Mengajar (Kekerapan).

    * p < 0.05

    Jadual 4.18 di atas menunjukkan perbezaan tahap burnout ketiga-tiga item bagi

    kekerapan mengikut pengalaman mengajar iaitu Keletihan Emosi bagi guru

    mengajar kurang 10 tahun min = 2.54, SD = 1.242, manakala bagi guru mengajar

    lebih 10 tahun, min = 2.71, SD = 1.177. Nilai t = -.728 dengan p = .468 yang mana

    p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa tahap perbezaan yang tidak signifikan antara

    guru mengajar kurang 10 tahun dengan guru mengajar lebih 10 tahun bagi

    Keletihan Emosi.

    Pencapaian Individu bagi guru mengajar kurang 10 tahun min = 2.85, SD =

    .631, manakala guru mengajar lebih 10 tahun min = 2.67, SD = .741. Nilai t =

    Item Pengalaman

    Mengajar

    N Min SD t Sig. (2

    tailed)

    Kekerapan:

    Keletihan Emosi

    < 10 tahun

    > 10 tahun

    46 69

    2.54 2.71

    1.242

    1.177

    -.728

    .468

    Pencapaian Individu < 10 tahun > 10 tahun

    46 69

    2.85 2.67

    .631

    .741

    1.361 .176

    Dipersonalisasi < 10 tahun

    > 10 tahun

    46 69

    1.52 1.80

    .505

    .833

    -2.008 .047*

  • 58

    1.361 dengan p = .176 di mana p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa tahap

    perbezaan yang tidak signifikan antara guru mengajar kurang 10 tahun dengan

    guru mengajar lebih 10 tahun bagi item Pencapaian Individu.

    Dipersonalisasi bagi guru mengajar kurang 10 tahun min = 1.52, SD =

    .505, manakala guru mengajar lebih 10 tahun min = 1.80, SD = .833. Nilai t = -

    2.008 dengan p = .047 di mana p < 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat

    perbezaan yang signifikan antara guru yang masih mengajar kurang 10 tahun

    dengan guru mengajar lebih 10 tahun bagi item Dipersonalisasi. Guru yang

    mengajar lebih daripada 10 tahun mengalami masalah dipersonalisasi daripada

    guru yang mengajar kurang daripada 10 tahun.

  • 59

    4.3.10 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Skor Ujian t Bagi Perbezaan Tahap

    Burnout Mengikut Pengalaman Mengajar (Intensiti).

    Jadual 4.19: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap Burnout mengikut Pengalaman Mengajar (Intensiti).

    * p < 0.05

    Jadual 4.19 menunjukkan perbezaan tahap burnout ketiga-tiga item bagi intensiti

    mengikut pengalaman mengajar iaitu Keletihan Emosi bagi guru mengajar kurang

    10 tahun min = 2.48, SD = 1.110, manakala bagi guru mengajar lebih 10 tahun,

    min = 3.71, SD = 1.475. Nilai t = -2.724 dengan p = .007 yang mana p < 0.05. Ini

    menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara guru mengajar

    kurang 10 tahun dengan guru yang berpengalaman mengajar lebih 10 tahun bagi

    Keletihan Emosi. Guru yang mengajar kurang daripada 10 tahun didapati

    mengalami keletihan emosi daripada guru yang telah mengajar lebih daripada 10

    tahun.

    Item Pengalaman

    Mengajar

    N Min SD t Sig. (2

    tailed)

    Kekerapan:

    Keletihan Emosi

    < 10 tahun

    > 10 tahun

    46 69

    2.48

    2.17

    1.110

    1.175

    -2.724

    .007*

    Pencapaian Individu < 10 tahun > 10 tahun

    46 69

    2.93 3.00

    .533

    .748

    -.511 .610

    Dipersonalisasi < 10 tahun

    > 10 tahun

    46 69

    1.52 1.81

    .505

    .845 -2.089 .039*

  • 60

    Pencapaian Individu bagi guru mengajar kurang 10 tahun min = 2.93, SD =

    .533, manakala guru mengajar lebih 10 tahun min = 3.00, SD = .748. Nilai t = -

    .511 dengan p = .610 di mana p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa tahap perbezaan

    yang tidak signifikan antara guru mengajar kurang 10 tahun dengan guru

    mengajar lebih 10 tahun bagi item Pencapaian Individu.

    Dipersonalisasi bagi guru mengajar kurang 10 tahun min = 1.52, SD =

    .505, manakala guru mengajar lebih 10 tahun min = 1.81, SD = .845. Nilai t = -

    2.089 dengan p = .039 di mana p < 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat

    perbezaan yang signifikan antara guru yang mengajar kurang 10 tahun dengan

    guru mengajar lebih 10 tahun bagi item Dipersonalisasi. Guru yang mengajar lebih

    10 mengalami dipersonalisasi daripada guru yang mengajar kurang 10 tahun.

  • 61

    4.3.11 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Skor Ujian t Bagi Perbezaan Tahap

    Burnout Mengikut Opsyen (Kekerapan).

    Jadual 4.20: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap Burnout mengikut Opsyen (Kekerapan).

    * p < 0.05

    Jadual 4.20 menunjukkan perbezaan tahap burnout ketiga-tiga item bagi

    kekerapan mengikut opsyen iaitu Keletihan Emosi bagi guru opsyen PJK/ Sains

    Sukan min = 2.47, SD = 1.1.176, manakala bagi guru bukan opsyen, min = 3.00,

    SD = 1.185. Nilai t = -2.277 dengan p = .025 yang mana p < 0.05. Ini

    menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara guru PJK/ Sains

    Sukan dengan guru bukan opsyen bagi Keletihan Emosi. Guru bukan opsyen

    mengalami masalah keletihan emosi daripada guru opsyen.

    Pencapaian Individu bagi guru opsyen PJK/ Sains Sukan, min = 2.64, SD =

    .626, manakala guru bukan opsyen min = 2.95, SD = .804. Nilai t = -2.275 dengan

    Item Opsyen N Min SD t Sig. (2

    tailed)

    Kekerapan:

    Keletihan Emosi

    Opsyen

    Bukan opsyen

    77

    38

    2.47

    3.00

    1.176 1.185

    -2.277

    .025*

    Pencapaian Individu Opsyen Bukan opsyen

    77

    38

    2.64 2.95

    .626

    .804

    -2.275 .025*

    Dipersonalisasi Opsyen

    Bukan opsyen

    77

    38

    1.60 1.87

    .730

    .704

    -1.894 .061

  • 62

    p = .025 di mana p < 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang

    signifikan antara guru opsyen PJK/ Sains Sukan dengan guru bukan opsyen bagi

    item Pencapaian Individu. Guru bukan opsyen mengalami masalah dalam

    pencapaian individu daripada guru opsyen.

    Dipersonalisasi bagi guru opsyen PJK/ Sains Sukan min = 1.60, SD = .730,

    manakala guru bukan opsyen min = 1.87, SD = .704. Nilai t = -1.894 dengan p =

    .061 di mana p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa tahap perbezaan yang tidak

    signifikan antara guru yang opsyen PJK/ Sains Sukan dengan guru bukan opsyen

    bagi item Dipersonalisasi.

  • 63

    4.3.12 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Skor Ujian t Bagi Perbezaan Tahap

    Burnout Mengikut Opsyen (Intensiti).

    Jadual 4.21: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Skor Ujian t bagi perbezaan

    tahap Burnout mengikut Opsyen (Intensiti).

    * p < 0.05

    Jadual 4.21 menunjukkan perbezaan tahap burnout ketiga-tiga item bagi intensiti

    mengikut opsyen iaitu Keletihan Emosi bagi guru opsyen PJK/ Sains Sukan min =

    2.82, SD = 1.467, manakala bagi guru bukan opsyen, min = 3.05, SD = 1.184.

    Nilai t = -.857 dengan p = .393 yang mana p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa

    tahap perbezaan yang tidak signifikan antara guru PJK/ Sains Sukan dengan guru

    bukan opsyen bagi Keletihan Emosi.

    Pencapaian Individu bagi guru opsyen PJK/ Sains Sukan, min = 2.92, SD =

    .684, manakala guru bukan opsyen min = 3.08, SD = .632. Nilai t = -1.186 dengan

    p = .238 di mana p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa tahap perbezaan yang tidak

    Item Opsyen N Min SD t Sig. (2

    tailed)

    Kekerapan:

    Keletihan Emosi

    Opsyen

    Bukan opsyen

    77

    38

    2.82

    3.05

    1.467 1.184

    -.857

    .393

    Pencapaian Individu Opsyen Bukan opsyen

    77

    38

    2.92 3.08

    .684

    .632 -1.186 .238

    Dipersonalisasi Opsyen

    Bukan opsyen

    77

    38

    1.60 1.89

    .730

    .727

    -2.057 .042*

  • 64

    signifikan antara guru opsyen PJK/ Sains Sukan dengan guru bukan opsyen bagi

    item Pencapaian Individu.

    Dipersonalisasi bagi guru opsyen PJK/ Sains Sukan min = 1.60, SD = .730,

    manakala guru bukan opsyen min = 1.89, SD = .727. Nilai t = -2.057 dengan p =

    .042 di mana p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang

    signifikan antara guru yang opsyen PJK/ Sains Sukan dengan guru bukan opsyen

    bagi item Dipersonalisasi. Guru bukan opsyen mengalami masalah dipersonalisasi

    daripada guru opsyen.

  • 65

    4.4 Kesimpulan

    Jadual 4.22: Dapatan kajian bagi setiap pembolehubah

    Pembolehubah Tahap Burnout Kategori MBI

    Jantina Guru perempuan dari segi keletihan emosi. Rendah

    ( x = 3.03 )

    Guru perempuan dari segi dipersonalisasi. Sederhana

    ( x = 1.83 )

    Status Berkahwin dari segi pencapaian individu Tinggi

    perkahwinan ( x = 2.81 )

    Bujang dari segi dipersonalisasi ( x = 2.00 ) Sederhana

    Umur Kurang 40 tahun dari segi dipersonalisasi. Rendah

    ( x = 1.81 )

    Pengalaman Lebih 10 tahun dari segi dipersonalisasi. Rendah

    mengajar ( x = 1.80 )

    Opsyen Bukan opsyen dari segi keletihan emosi. Rendah

    ( x = 3.00)

    Bukan opsyen dari segi pencapaian individu. Tinggi

    ( x = 2.95 )

  • 66

    BAB V

    PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    Bab ini merangkumi perbincangan dapatan kajian dan kesimpulan tentang kajian yang

    penyelidik telah jalankan mengenai masalah, melihat punca melalui kekerapan dan

    kesan berdasarkan intensiti yang menyebabkan berlakunya burnout dan sejauh mana

    perbezaan tahap burnout ke atas responden yang dikaji mengikut jantina, status

    perkahwinan, umur, pengalaman mengajar dan opsyen berdasarkan soal selidik yang

    diedarkan. Di dalam bab i