tekanan emosi dalam kalangan murid

5
TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID PERANAN GURU MENANGANI TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID Tekanan emosi yang dialami oleh murid-murid pada masa kini sering dilihat berpunca dari rumah dan keluarga yang kucar- kacir. Namun begitu, guru memainkan peranan penting bagi membantu murid-murid menangani masalah tersebut. Hal ini kerana murid-murid menghabiskan masa hampir 8 jam berada di sekolah setiap hari dan kadang-kala masa ini melebihi masa mereka bersama-sama ibu bapa mereka. Chan dan Rodziah (2012) menulis disebabkan murid menghabiskan banyak masa di sekolah, guru juga menjadi pemangkin kepada kecerdasan emosi murid. Tambahnya lagi Pusat Perkembangan Kurikulum turut menggariskan bahawa terdapat beberapa subjek seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang boleh memenuhi perkembangan emosi murid walaupun tiada satu subjek khas bagi pembelajaran emosi dan sosial dalam kurikulum. Justeru, di sinilah guru perlu mencari ruang bagi membangunkan perkembangan emosi murid secara tidak langsung dalam kurikulum yang dijalankan. Mohd Sahandri et.al. (2011) menggariskan beberapa elemen yang membolehkan guru membantu murid menangani tekanan emosi yang dihadapi. Antaranya ialah guru perlu mempamerkan sentuhan peribadi dan menunjukkan perasaan belas kasihan. Dalam aspek mempamerkan sentuhan peribadi(personal touch), guru-guru perlu berhubung dengan murid-muridnya secara profesional. Guru-guru akan mendorong murid-murid untuk

Upload: dhiya-ainanie

Post on 20-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

elm

TRANSCRIPT

Page 1: Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

PERANAN GURU MENANGANI TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Tekanan emosi yang dialami oleh murid-murid pada masa kini sering dilihat

berpunca dari rumah dan keluarga yang kucar-kacir. Namun begitu, guru

memainkan peranan penting bagi membantu murid-murid menangani masalah

tersebut. Hal ini kerana murid-murid menghabiskan masa hampir 8 jam berada di

sekolah setiap hari dan kadang-kala masa ini melebihi masa mereka bersama-sama

ibu bapa mereka. Chan dan Rodziah (2012) menulis disebabkan murid

menghabiskan banyak masa di sekolah, guru juga menjadi pemangkin kepada

kecerdasan emosi murid. Tambahnya lagi Pusat Perkembangan Kurikulum turut

menggariskan bahawa terdapat beberapa subjek seperti Pendidikan Islam dan

Pendidikan Moral yang boleh memenuhi perkembangan emosi murid walaupun tiada

satu subjek khas bagi pembelajaran emosi dan sosial dalam kurikulum. Justeru, di

sinilah guru perlu mencari ruang bagi membangunkan perkembangan emosi murid

secara tidak langsung dalam kurikulum yang dijalankan.

            Mohd Sahandri et.al. (2011) menggariskan beberapa elemen yang

membolehkan guru membantu murid menangani tekanan emosi yang dihadapi.

Antaranya ialah guru perlu mempamerkan sentuhan peribadi dan menunjukkan

perasaan belas kasihan. Dalam aspek mempamerkan sentuhan peribadi(personal

touch), guru-guru perlu berhubung dengan murid-muridnya secara profesional.

Guru-guru akan mendorong murid-murid untuk berkongsi pengalaman di dalam

kelas, mengambil berat dan memahami setiap muridnya secara personal serta cuba

memahami masalah yang dialami oleh murid-muridnya. Melalui cara ini guru

berpeluang untuk mengenali personaliti murid dengan lebih dekat di samping

mengetahui latar belakang keluarga dan persekitarannya. Pengetahuan yang

diperoleh oleh guru dapat digunakan bagi membantu murid menghadapi tekanan

emosi yang yang dilalui. Sebagai contoh dalam kes Ahmad, guru-guru pasti akan

memberi layanan yang berbeza sekiranya mereka mengetahui latar belakang dan

masalah keluarga yang dihadapi oleh Ahmad. Layanan yang seakan-akan tidak

Page 2: Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

memahami masalah yang dihadapi murid akan menyebabkan murid berasa lebih

tertekan dan mencari jalan alternatif bagi memuaskan dirinya.

            Dari segi menunjukkan belas kasihan pula, guru akan sentiasa mengambil

berat masalah peribadi yang dihadapi oleh murid. Sikap prihatin yang ditunjukkan

oleh guru memberi peluang kepada murid untuk berkongsi masalah. Murid

sememangnya tidak mengharapkan bantuan yang besar daripada guru seperti

bantuan kewangan, tetapi perkara yang lebih penting ada individu yang sentiasa

cuba memahami mereka. Hal ini kerana perasaan terbiar yang dialami di rumah

membuatkan mereka mencari peluang mendapatkan kasih sayang daripada para

guru pula terutamanya guru-guru wanita. Tambahan lagi guru sememangnya

diibaratkan sebagai ibu dan bapa kepada semua murid ketika berada di sekolah.

Maka, tidak salah bagi seorang guru untuk mempamerkan rasa belas kasihan dan

memberi sedikit kasih sayang kepada murid-murid.

            Abdul Ghani dan Abd. Rahman (2009) pula berpendapat bagi menguruskan

murid yang menghadapi gangguan emosi yang menunjukkan masalah tingkah laku,

guru perlu menguruskannya dari aspek kemanusiaan. Hal ini kerana mereka

mencatatkan bahawa memperkasa kecerdasan emosi bagi membentuk tingkah laku

murid dan mengurus tingkah laku murid melalui pemikiran kritis merupakan elemen

dalam aspek kemanusiaan. Nilai-nilai penting dalam aspek kemanusiaan ini ialah

keadilan, dorongan, kebebasan, keyakinan dan kepercayaan. Aspek kemanusiaan

ini akan membantu guru mengurus tingkah laku murid menjadi insan yang lebih

bertanggungjawab dan membentuk sahsiah murid. Oleh itu, dalam hal ini guru

merupakan model terbaik bagi murid dan hubungan baik antara guru dan murid

boleh membawa kepada kecerdasan emosi murid yang lebih baik.

            Roslee et.al. (2004) dalam kajiannya pula mencadangkan pendekatan

kaunseling kelompok boleh digunakan bagi menangani masalah emosi dalam

kalangan murid. Kajian yang dijalankan terhadap kelompok anak-anak yatim terpilih

mendapati kaunseling kelompok dapat membawa kepada perubahan sikap yang

positif, mewujudkan kemesraan dan sikap keterbukaan. Hal ini kerana dalam

kaunseling kelompok yang dijalankan, murid akan meluahkan perasaan yang negatif

Page 3: Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

dan akan mewujudkan kepercayaan dan kebebasan ahli kelompok. May dan

Housley (dlm. Roslee et.al, 2004) menyatakan pendekatan kaunseling kelompok

boleh ditawarkan kepada murid yang memerlukan bantuan emosi secara lebih

berkesan dan bertujuan dengan syarat ia dibuat perancangan secara terperinci.

Dalam kaunseling kelompok tersebut, guru akan menggunakan pelbagai kemahiran

seperti membina perhubungan, menstruktur, memberi maklum balas, berempati, dan

memberi dorongan minima yang dapat membantu melancarkan proses kaunseling

kelompok yang dijalankan.

Berdasarkan isu-isu yang dikemukakan, jelaslah dilihat bahawa isu tekanan emosi

dalam kalangan murid merupakan isu yang acap kali berlaku di sekolah. Tekanan

emosi yang ditunjukkan dalam pelbagai bentuk memerlukan kemahiran dan

pengetahuan guru untuk menanganinya dengan baik. Isu tekanan emosi dalam

kalangan murid turut mendorong Kementerian Kesihatan menjalankan kajian melalui

projek rintis Program Minda Sihat Menangani Stres dalam Kalangan Murid (Hakimi,

Utusan Malaysia 2011). Beberapa buah sekolah menengah di seluruh Malaysia

telah dipilih bagi menjalani projek rintis ini.  

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada waktu itu, projek rintis

tersebut akan diperluaskan di semua sekolah sebagai satu usaha meningkatkan

kesejahteraan dalam kalangan murid dan warga sekolah serta sebagai persediaan

mengelakkan perkara lebih serius berlaku. Keprihatinan pihak kementerian dalam

memandang serius isu tekanan yang dihadapi oleh murid amat wajar. Hal ini kerana

murid yang berada dalam keadaan tertekan pasti akan mengundang pelbagai

masalah lain di samping tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Oleh itu, seharusnya semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru dan ahli

masyarakat setempat saling membantu dalam menangani isu ini.