firdaus binti ismail - fp.utm.my · 1.8 definisi istilah 1.8.1 persepsi 8 1.8.2 pelajar 9 ......

28
PERSEPSI PELAJAR TENTANG KEJADIAN JENAYAH TERHADAP WANITA FIRDAUS BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hoangkhanh

Post on 19-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

PERSEPSI PELAJAR TENTANG KEJADIAN JENAYAH

TERHADAP WANITA

FIRDAUS BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TENTANG KEJADIAN JENAYAH TERHADAP WANITA.

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : __________ FIRDAUS BINTI ISMAIL__________________

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) ALAMAT TETAP: PROF.MADYA AMINUDDIN RUSKAM 112, KG PONDOK CHEGAR, Nama Penyelia MKM PADANG PUSING 06700N PENDANG, KEDAH Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh: 2 MEI 2008 CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan ……………………………………… Nama Penyelia : P.M Aminuddin Ruskam Al-Dawamy Tarikh : 2 MEI 2008

Page 4: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

PERSEPSI PELAJAR TENTANG KEJADIAN JENAYAH TERHADAP

WANITA

FIRDAUS BINTI ISMAIL

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 5: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ________________________ Nama Penulis : FIRDAUS BINTI ISMAIL Tarikh : 2 MEI 2008

Page 6: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

DEDIKASI

Teristimewa Buat

Ayahda dan Bonda Tersayang Ismail bin Jusoh dan Hasnah binti Idris Jutaan terima kasih dariku di atas segala pengorbanan, dorongan, dan sokonganmu kepadaku, dalam mendidik dan membesarkanku tanpa mengenal erti jemu. Segala pengorbananmu akan ku semat dalam sanubari sehingga akhir hayatku. Doa dari anakmu Semoga Allah sentiasa merahmatimu di dunia dan akhirat. Buat Adik-Adik Yang Tersayang Mohammad Zubir, Mohammad Ashraf, Mohammad Mukhlis, Nur Rasyadah, Muhammad Rifaat dan Muhammad Ammar. Doa dari kakakmu semoga berjaya di dunia dan akhirat. Semoga ikatan ukhuwwah di antara kita kekal abadi selamanya. Jadilah insan yang berilmu dan berguna dalam meneruskan pejuangan di alam fana ini. Ternyata dengan segulung kejayaan kita akan terpancar cahaya kegembiraan di wajah ibu dab bapa kita Penyarah-Pensyarah Yang Dihormati Terima kasih di atas tunjuk ajar kalian di sepanjang pengajianku di UTM yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat yang berguna untuk ku. Engkau ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menyinari orang lain. Sahabat seperjuanganku Segala jasa dan petolonganmu didahului dengan ucapan terima kasih. Gelak tawa dan susah senang kita bersama akan ku kenang sehingga akhir hayatku dan semoga Allah melimpahkan rahmat buat kita semua. Semoga ukhuwwah yang terjalin antara kita kekal selamanya.

Terima kasih

Page 7: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas segala nikmat

yang dianugerahkan –Nya, maka saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda yang

diamanahkan. Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada P.M Aminuddin

Ruskam Al-Dawamy selaku Penyelia Projek Sarjana Muda ini Yyang banyak membantu

dan memberi tunjuk ajar sepanjang projek penyelidikan dilakukan. Berjuta kemaafan

dipinta, sekiranya sepanjang saya diselia telah menimbulkan banyak masalah baik berupa

yang disengajakan atau pun tidak. Semoga keikhlasan dan keluruhan yang diberikan oleh

ustaz dalam menyampaikan ilmu kepada saya diredhai dan dirahmati Allah S.W.T.

Dikesempatan ini juga saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung mahupun tidak dalam penyiapkan penyelidikan ini seperti tenaga

Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), kakitangan PSZ, warga Fakulti

Pendidikan dan juga warga Kolej 9 yang banyak membantu serta dengan memberi segala

bentuk maklumat yang berkaitan dengan projek ini.

Kerjasama kalian amat dihargai. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala

jasa yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan dirahmati dari-

Nya. Akhir kata , semoga kajian ini memberikan manfaat kepada semua pihak dalam

mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar pengabdian.

Page 8: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar di Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, tentang kejadian jenayah terhadap wanita. Fokus kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar serta kepekaan mereka mengikut bentuk-bentuk jenayah yang berlaku iaitu dari aspek jenayah kekerasan, jenayah emosi, jenayah seksual dan kesan-kesannya terhadap wanita. Populasi kajian ini adalah seramai 278 pelajar dari kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 83 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α= 0.763. Nilai min untuk mengetahui persepsi pelajar Kolej 9 tentang kejadian jenayah terhadap wanita ialah 4.18. Hasil dapatan yang menggambarkan tentang persepsi pelajar terhadap bentuk jenayah dari aspek jenayah kekerasan, menunjukkan purata min sebanyak 4.21. Nilai min bagi mengenalpasti persepsi pelajar dari aspek jenayah emosi pula ialah 3.80. Manakala untuk mengetahui persepsi pelajar dari aspek jenayah seksual, hasil kajian menunjukkan min ialah 4.40. Akhir sekali tahap pengetahuan pelajar tentang kesan terhadap jenayah yang berlaku dikalangan wanita pula ialah menunjukkan purata nilai min adalah 4.30. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa responden sememangnya peka terhadap jenayah yang berlaku mengikut bentuk-bentuk jenayah yang sering dihadapi oleh wanita. Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan bagi membanteras berlakunya jenayah kekerasan, jenayah tekanan emosi dan jenayah seksual yang berlaku terhadap wanita.

Page 9: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

ABSTRACT

The study was carried out to assess the perception of College 9 students, University Technology Malaysia, on the cases of criminal activities towards women. The focus of the study aims at understanding the students’ perception their awareness depending on the types of crimes in focus of the use of force, emotion, sexual and the impacts towards women. The population of the study counts of 278 students from different courses. The sampling was done at random and 83 students were chosen as respondents. The study follows the quantitative method using questionnaire which consists of 40 items as the instrument. The descriptive a statistical analysis were used to obtain the frequency counts, percantage and mean. The data were analyzed using Statistical Package of Social Sciences (SPSS). The validity of the questionnare was α= 0.763. The mean average to gain the College 9 students perception of criminal activities towards women, was 4.19. The findings show the student’ perception towards the types of crimes from the aspects ot the use of force, showing the average mean of 4.24. The mean for identifying students’ perception in term of emotional crimes was 3.83. In term of understanding of the students’ perception in sexual crimes, the finding show an average mean of 4.40. Finally, the level of students knowledge about the impact of crimes on women shows the average mean value of 4.30. The findings also suggest that respondents were cousious of the crimes according to the types of crimes usually encountered by women. Therefore several, are commendations were offered to reduce on the types of crimes in focus of the use of force, emotion, and sexual towards women.

Page 10: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

SENARAI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xvii

Page 11: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Persepsi 8

1.8.2 Pelajar 9

1.8.3 Jenayah 9

1.8.4 Wanita 9

1.9 Kesimpulan 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Pengertian Jenayah 11

2.3 Pembahagian Jenayah Dalam Perundangan Islam 13

2.4 Definisi Penganiayaan 15

2.5 Keganasan Rumah Tangga 16

2.6 Bentuk-Bentuk Penganiayaan Atau

Penderaan Terhadap Wanita.

2.6.1 Jenayah Membunuh 17

2.6.2 Penganiayaan Fizikal 17

Page 12: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

2.6.3 Penganiayaan Emosi 19

2.6.4 Penderaan Mental 20

2.6.5 Penganiayaan Seksual 21

2.7 Faktor Berlakunya Kejadian Jenayah

Terhadap Wanita

2.7.1 Kerendahan Iman 22

2.7.2 Tekanan Hidup 23

2.7.3 Sakit Jiwa 23

2.7.4 Faktor Persekitaran 24

2.7.5 Kurang Didikan Agama Dan Akhlak 25

2.7.6 Masalah Kewangan 25

2.7.7 Pemabuk dan Penagih Dadah 26

2.7.8 Cemburu 26

2.7.9 Pengaruh Media Elektronik 27

2.8 Kesan-Kesan Jenayah Terhadap Wanita

2.8.1 Kesan Fizikal 27

2.8.2 Kesan Psikologi 28

2.8.3 Kesan Mental 29

2.8.4 Kesan Terhadap Anak-Anak 30

2.9 Undang-Undang Dan Hukuman Jenayah

Terhadap Wanita 31

2.9.1 Kanun Keseksaan 32

2.9.2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 34

2.9.3 Akta Perlindungan Gadis

Dan Wanita 1973 36

2.9.4 Kod Amalam Bagi Pencegahan

Dan Pembasmiangangguan Seksual

Di Tempat Kerja 37

2.10 Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia

2.10.1 Tidak Memberikan Keadilan Yang

Sewajarnya Kepada Isteri 37

Page 13: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

2.11 Faktor-Faktor Kelemahan Undang-Undang

Jenayah Yang Dilaksanakan Menyebabkan

Kes-Kes Jenayah Semakin Meningkat

2.11.1 Undang-Undang Tidak Berkesan 39

2.11.2 Kes Tertunggak Di Mahkamah 40

2.11.3 Diskriminisi Dalam Undang-Undang

Keluarga Islam 41

2.11.4 Wanita Tidak Mengetahui Hak-Hak

Mereka Dari Segi 42

2.11 Kajian Lepas 43

2.12 Kesimpulan 44

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 45

3.2 Reka Bentuk Kajian 45

3.3 Tempat Kajian 46

3.4 Populasi Dan Sample Kajian 46

3.5 Instrumen Kajian 47

3.6 Tatacara Kajian 48

3.7 Kajian Rintis 49

3.8 Analisis Kajian 50

3.9 Jangka Masa Kajian 50

3.10 Kesimpulan 51

BAB IV ANALISIS DATA

Page 14: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

4.1 Pendahuluan 52

4.2 Analisis Data Bahagian A

4.2.1 Umur Responden 53

4.2.2 Agama 53

4.2.3 Bangsa 54

4.2.4 Kelayakan 54

4.2.5 Fakulti 55

4.3 Analisis Data Bahagian B.

4.3.1 Analisis Data Mengenai Persepsi

Pelajar Terhadap Jenayah Di kalangan

Wanita Khususnya Dari Aspek

Jenayah Kekerasan. 56

4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi

Pelajar Terhadap Jenayah Di kalangan

Wanita Khususnya Dari Aspek

Jenayah Terhadap Tekanan Emosi. 61

4.3.3 Analisis Data Mengenai Persepsi

Pelajar Terhadap Jenayah Di kalangan

Wanita Khususnya Dari Aspek Jenayah Seksual.

65

4.3.4 Analisis Data Mengenai Kesan-Kesan

Kejadian Jenayah Terhadap Wanita. 70

4.4 Analisis Pecahan Konstruk

4.4.1 Dapatan Keseluruhan Bagi Item

Bahagian Satu 74

4.4.2 Dapatan Keseluruhan Bagi Item

Bahagian Dua 77

4.4.3 Dapatan Keseluruhan Bagi Item

Bahagian Tiga 79

4.4.4 Dapatan Keseluruhan Bagi Item

Bahagian Empat 81

Page 15: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

4.5 Kesimpulan 83 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 84

5.2 Perbincangan 84

5.2.1 Latar Belakang Responden 85

5.2.2 Perbincangan berkaitan Objektif Kajian.

5.2.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap

Jenayah Di kalangan Wanita Dari

Aspek Jenayah Kekerasan. 87

5.2.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap

Jenayah Di kalangan Wanita Dari

Aspek Jenayah Terhadap

Tekanan Emosi. 88

5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang

Jenayah Di kalangan Wanita

Khususnya Dari Aspek

Jenayah Seksual 90

5.2.2.4 Kesan-Kesan Kejadian

Jenayah Yang Berlaku

Terhadap Wanita. 92

5.3 Rumusan 93

5.4 Cadangan

5.4.1 Membanteras Berlakunya Jenayah

Kekerasan Terhadap Wanita. 96

5.4.2 Mengatasi Masalah Tekanan Emosi

Di Kalangan Wanita. 97

5.4.3 Membanteras Perlakuan Jenayah

Seksual Terhadap Wanita. 98

Page 16: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

5.5 Kajian Lanjutan 99

5.6 Kesimpulan 99

BIBLIOGRAFI 101

LAMPIRAN

Page 17: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Indeks Jenayah 2005 – 2007 41

3.1 Skala Likert 47

3.2 Klasifikasi Item 48

3.3 Skala Nilai Min 50

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 52

4.2 Taburan Responden Mengikut Agama 52

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 53

4.4 Taburan Responden Mengikut Kelayakan 53

4.5 Taburan Responden Mengikut Fakulti 54

4.6 Taburan Skor Bagi Item 1 56

4.7 Taburan Skor Bagi Item 2 57

4.8 Taburan Skor Bagi Item 3 57

4.9 Taburan Skor Bagi Item 4 58

4.10 Taburan Skor Bagi Item5 58

4.11 Taburan Skor Bagi Item 6 59

4.12 Taburan Skor Bagi Item 7 59

4.13 Taburan Skor Bagi Item 8 59

4.14 Taburan Skor Bagi Item 9 60

4.15 Taburan Skor Bagi Item10 60

4.16 Taburan Skor Bagi Item11 61

4.17 Taburan Skor Bagi Item12 61

4.18 Taburan Skor Bagi Item13 62

4.19 Taburan Skor Bagi Item14 62

Page 18: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

4.20 Taburan Skor Bagi Item15 63

4.21 Taburan Skor Bagi Item16 63

4.22 Taburan Skor Bagi Item17 63

4.23 Taburan Skor Bagi Item18 64

4.24 Taburan Skor Bagi Item19 64

4.25 Taburan Skor Bagi Item20 65

4.26 Taburan Skor Bagi Item 21 65

4.27 Taburan Skor Bagi Item 22 66

4.28 Taburan Skor Bagi Item 23 66

4.29 Taburan Skor Bagi Item24 67

4.30 Taburan Skor Bagi Item25 67

4.31 Taburan Skor Bagi Item26 67

4.32 Taburan Skor Bagi Item27 68

4.33 Taburan Skor Bagi Item28 68

4.34 Taburan Skor Bagi Item29 69

4.35 Taburan Skor Bagi Item30 69

4.36 Taburan Skor Bagi Item31 70

4.37 Taburan Skor Bagi Item32 70

4.38 Taburan Skor Bagi Item 33 71

4.39 Taburan Skor Bagi Item34 71

4.40 Taburan Skor Bagi Item35 71

4.41 Taburan Skor Bagi Item 36 72

4.42 Taburan Skor Bagi Item 37 72

4.43 Taburan Skor Bagi Item 38 73

4.44 Taburan Skor Bagi Item 39 73

4.45 Taburan Skor Bagi Item 40 74

4.46 Dapatan Kajian Untuk Mengenal pasti Persepsi Pelajar

Terhadap Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya Dari

Aspek Jenayah Kekerasan. 76

Page 19: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

4.47 Dapatan Kajian Untuk Mengenal pasti Persepsi Pelajar

Terhadap Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya Dari

Aspek Jenayah Terhadap Tekanan Emosi 78

4.48 Dapatan Kajian Untuk Mengenalpasti Persepsi Pelajar

Terhadap Jenayah Dikalangan Wanita Khususnya Dari

Aspek Jenayah Seksual. 80

4.48 Dapatan Kajian Untuk Mengetahui Tentang Kesan-Kesan

Kejadian Jenayah Terhadap Wanita 82

Page 20: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

% - Peratus

n - Jumlah Responden (Sampel)

α - Alpha

CD - Compact Disc

DVD - Digital Video Disc

FAB - Fakulti Alam Bina

FKA - Fakulti Kejuruteraan Awam

FKE - Fakulti Kejuruteraan Elektrik

FKM - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

FKKSA - Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli

FKSG - Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi

FP - Fakulti Pendidikan

FPPSM - Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

FS - Fakulti Sains

FSKSM - Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

IPD - Ibu Pejabat Polis Daerah

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

MBM - Majlis Belia Malaysia

PDRM - Polis Diraja Malaysia

PPIPS - - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

SPSS - Statistical Packages for Social Science

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

Page 21: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UiTM - Universiti Teknologi Mara

UIA - Universiti Islam Antarabangsa

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 22: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

SENARAI LAMPIRAN

A Soal Selidik

B Surat Kebenaran Perpustakaan Sultan Zanariah Universiti Teknologi

Malaysia

C Surat Pengesahan Pakar Bahasa

D Artikel Majalah

Page 23: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Jenayah adalah satu masalah moral yang dipandang berat oleh Islam. Ianya

mempunyai kaitan yang rapat dengan ketenangan dan kerukunan hidup masyarakat

seluruhnya (Prof.Dato’ Harun Din et.al,2003). Kebanyakannya jenayah yang belaku

pada hari ini mangsanya adalah daripada golongan wanita. Wanita fitrahnya adalah

kaum yang lemah dan sering dianiayai oleh mereka yang tidak mempunyai sifat

berperikemanusiaan. Maka wanita yang teraniaya akan menjadi lebih sengsara dan

hidup dalam keadaan yang tidak tenteram akibat daripada perbuatan jenayah yang

dihadapi oleh mereka. Jenayah terhadap wanita juga lebih sinonim dengan istilah

keganasan terhadap wanita, kerana kedua-dua istilah tersebut adalah melibatkan

perbuatan yang akan memberi kemudaratan kepada wanita. Keganasan ialah suatu

pengabaian atau perbuatan seseorang terhadap seseorang yang akan mengakibatkan

kesan, kerosakan atau penderitaan fizikal, seksual atau mental termasuk ancaman

seperti tindakan, paksaan atau perlucutan kebebasan dengan sewenangnya-

wenangnya, sama ada berlaku di khalayak ramai atau pun kehidupan persendirian

seseorang. Keganasan boleh dibahagikan pula kepada keganasan domestik atau

keganasan rumah tangga dan keganasan lain seperti rogol, culik dan sebagainya

(Noor Aziah Mohd Awal, 2006).

Page 24: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

2

1.2 Latar Belakang Masalah.

Dunia moden pada hari ini sedang berhadapan dengan perbuatan-perbuatan

jenayah yang pada umumnya terus meningkat hari demi hari. Di akhbar-akhbar,

disiaran televisyen, di majalah dan di dalam filem-filem sering dipaparkan kisah-

kisah jenayah yang selalunya dilakonkan oleh penjenayah dengan cara yang amat

kejam. Sebaliknya mangsa terhadap kekejaman ini adalah terdiri daripada makhluk

yang lemah dari segi fizikal iaitu kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua. Kaum

wanita khususnya dieksploitasikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki

(Dakwah: April 2000).

Pada kebelakangan ini, kes-kes jenayah terhadap wanita mendapat liputan

luas dalam media massa. Perangkaan kes rogol yang dilaporkan dari statistik Polis

Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan peningkatan kes rogol dalam tempoh lima

tahun iaitu 1429 kes pada 1997 kepada 1539 (1998), 1457 (1999), 1210 (2000), 135

(2001), 1418 (2002) dan 1471 kes pada tahun lalu. Manakala sehingga Februari

tahun ini, sebanyak 307 kes sudah dilaporkan. Sebenarnya, jenayah terhadap wanita

bukan sahaja merujuk kepada kes rogol tetapi juga merangkumi skop yang lebih luas.

Bagi kes bunuh pula, walaupun jumlahnya jauh lebih rendah, ia tetap

membimbangkan. Dalam tempoh sama sebanyak 3997 kes dilaporkan dengan

pecahan 540 kes pada tahun 1997, diikuti 629 kes (1998), 588 (1999), 551 (2000),

608 (2002), 519 (2002),516 (2002), 565 (2003) dan sehingga Februari tahun ini

sudah ada 102 kes bunuh. Jika dimasukkan kes yang berlaku sepanjang Mac, April

dan Mei, pasti angkanya lebih menakutkan (Dewan Masyarakat : Jun 2007).

Kejadian jenayah pada hari ini semakin digeruni oleh semua masyarakat, ia

dilihat semakin berleluasa. Ini kerana setiap hari berlaku kes culik, rogol atau bunuh

dipaparkan oleh media. Semakin dipaparkan, semakin menjadi-jadi pula keghairahan

golongan ’orang sakit jiwa’ menjalankan aktiviti jenayah mereka seolah-olah

Page 25: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

3

menjadi kebanggaan jika jenayah mereka mendapat liputan secara besar-besaran.

Kebanyakannya yang menjadi mangsa kekejaman jenayah ialah golongan wanita.

Kes jenayah terhadap wanita bukan sahaja melibatkan kes rogol dan bunuh,

tetapi kes sumbang mahram juga adalah satu kes wanita teraniaya yang juga

dikatakan sebagai haruan makan anak, iaitu bapa yang merogol anak kandungnya

sendiri. Antara kes sumbang mahram yang telah berlaku iaitu pada 19 Mei 1997,

seorang penoreh getah Ahmad Osman diberikan hukuman 15 tahun penjara kerana

merogol anak perempuannya sejak 1989, yang pada masa itu baru berumur sembilan

tahun.

Pada 7 Oktober 2000, seorang jurutera komputer iaitu Noor Suzaily

Mukhtar,24 , telah dirogol dan dibunuh secara kejam di dalam sebuah bas ekspres

dan mayatnya dicampakkan di sebuah jalan di kawasan pembinaan perumahan

Taman Bukit Tinggi Klang. Belum reda kesedihan keluarga Noor Suzaily sekali lagi

masyarakat digemparkan dengan rentetan kes rogol dan bunuh yang membabitkan

mangsa wanita berbangsa melayu iaitu Noritta Samsudin,22 , seorang eksekutif

pemasaran yang ditemui mati di rumahnya ( http//:www.bharian.com.my).

Pada 13 Jun 2003, pembunuhan seorang pengalisis komputer iaitu Canny

Ong yang telah diculik di tingkat bawah sebuah pusat membeli belah yang terkenal

di Kuala Lumpur. Mayatnya dibakar kemudian dijumpai di sebuah culvert, di mana

ia telah ditindih dengan tayar-tayar. Polis percaya yang mangsa telah dirogol, ditikam

dan dicekik sebelum dibakar. Kes ini telah mendapat liputan meluas media, telah

menyentap setiap wanita, terutamanya yang tinggal di bandar. Ia menyedarkan

wanita bahawa mereka tidak selamat semasa melakukan kerja harian mereka di

tempat yang sehingga kini dianggap selamat dan kawasan yang dikunjungi ramai

(http//:www.malaysia.today.net).

Kejadian terbaru yang paling mengemparkan seluruh negara ialah kejadian

seorang model warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu,28 , disyaki ditembak mati

dan yang lebih menyayat hati lagi mayatnya telah diletupkan dengan tiga butir bom

Page 26: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

4

tangan di empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor. Cebisan

mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan

bahan letupan C4 iaitu ”probable blast related injuries” (kecederaan berkaitan

letupan). Demikian dapat dilihat betapa kejamnya jenayah yang berlaku dalam era

teknologi sekarang (Utusan Malaysia,2006).

Tindakan seorang lelaki bisu yang menumpangkan seorang pekerja kilang

rupanya mempunyai niat jahat apabila wanita yang juga bisu itu dirogol di dalam

kebun kelapa sawit. Kejadian malang telah menimpa wanita yang berusia 31 tahun,

sudah mempunyai seorang anak itu berlaku kira-kira jam 9 pagi, 27 Februari lalu di

Lorong Kurnia, Jalan Sawah Pekan Nanas, Pontian. Lelaki itu kini ditahan di lokap

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian dan akan didakwa mengikut Seksyen 376

Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan

hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan ( Harian Metro, 2007).

Isu keganasan terhadap wanita sering dibincangkan oleh semua lapisan

masyarakat baik di Malaysia mahupun di luar Malaysia. Ia adalah isu sejagat yang

tidak mengenali batasan agama, bangsa, budaya dan tempat (Noor Aziah Mohd

Awal, 2006). Malahan jenayah yang berlaku tidak mengenal siapa mangsanya,

rentetan ini kerana pada 10 Mei 2007, seorang ustazah graduan Universiti Islam

Antarabangsa (UIA) Anizah Othman, 26, yang mengajar di SJK(C) Hin Hua, Song,

Sarawak, mangsa ditemui mati dibunuh berhampiran kawasan Perindustrian Bleteh,

Kapit (Utusan Malaysia,2007).

Kejadian-kejadian yang disebut di atas adalah benar dan amat mengejutkan.

Mereka mewakili sebahagian kecil dari kes-kes keganasan terhadap wanita yang

dilaporkan oleh media Malaysia. Ramai lagi yang tidak diceritakan kisah mereka,

kebanyakannya kerana dalam kes-kes yang melibatkan keganasan domestik, rogol

atau sumbang mahram, mangsa-mangsa takut publisiti yang akan mengikuti mereka

jika mereka membuat laporan polis dan kes mereka akan disiasat

1.3 Penyataan Masalah.

Page 27: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

5

Keganasan terhadap wanita adalah perbuatan yang menganiayai wanita dan

kanak-kanak dengan pelbagai cara, adalah kerana wanita dianggap sebagai tidak

mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki. Wanita juga dianggap lemah dari

segi fizikal dan mental serta mereka sering menjadi mangsa keganasan. Keganasan

terhadap wanita me;iputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya.

Keadaan ini juga sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta

wanita menganggapnya sebagai satu cara hidup mereka iaitu sentiasa menjadi

mangsa jenayah.

Berdasarkan penyataan di atas, adalah penting kajian ini dijalankan untuk

mengetahui persepsi pelajar, khususnya siswi tentang tanggapan dan pengetahuan

serta dalam menghadapi keganasan yang berlaku terhadap wanita pada hari ini.

Kajian ini juga secara tidak langsung akan memfokuskan tentang aspek keganasan

yang berlaku iaitu yang melibatkan jenayah fizikal, seksual, dan mental. Sering

dilihat sememangnya wanita selalu terdedah kepada jenayah keganasan hanya kerana

mereka adalah wanita, dan sering dianggap sebagai golongan yang lemah fizikalnya.

Statistik kes jenayah yang berlaku di negeri Johor pada bulan Januari hingga

Jun 2007 adalah sebanyak 13,471, iaitu merupakan negeri ketiga tertinggi berlaku

kes jenayah di negara ini. Rentetan daripada statistik di atas, antara kes jenayah yang

berlaku di negeri Johor iaitu pada 5 Januari 2007, suatu kes rompak dan rogol yang

melibatkan dua orang mangsa dan empat orang perompak telah berlaku di Johor

Bahru. Perompak telah mengugut mangsa dengan menggunakan pisau dan

kemudiannya membawa kereta mangsa di sekitar Pasir Gudang selama kira-kira

sejam sebelum berhenti di suatu semak dan merogol mangsa wanita.

Kes yang seterusnya pula, iaitu pada 11 Mac 2007, berlaku tragedi keganasan

rumah tangga yang menyayat hati, seorang perniaga disyaki membunuh isteri dan

tiga orang anaknya dengan sebatang besi buaian. Kes ini berlaku di Taman Kota

Masai, Pasir Gudang, Johor ( Dewan Masyarakat, Julai 2007).

Page 28: FIRDAUS BINTI ISMAIL - fp.utm.my · 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Persepsi 8 1.8.2 Pelajar 9 ... Tekanan Emosi. 88 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Tentang Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya

6

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian adalah seperti :

i. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita

khususnya dari aspek jenayah kekerasan.

ii. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita

khususnya dari aspek jenayah terhadap tekanan emosi.

iii. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita

khususnya dari aspek jenayah seksual.

iv. Mengetahui tentang kesan-kesan kejadian jenayah terhadap wanita.

1.5 Persoalan Kajian

Skop kajian adalah berpandukan kepada beberapa aspek tertentu sahaja seperti

berikut :

i. Sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita dari

aspek jenayah kekerasan.

ii. Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita

dari aspek jenayah terhadap tekanan emosi.

iii. Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita

khususnya dari aspek jenayah seksual

iv. Apakah kesan-kesan kejadian jenayah yang berlaku terhadap wanita