modul 57 kbk 56

28
 Kokurikulum dan Rekreasi | 76 UNIT PELAJARAN 5 PERMAINAN MURID BERKEPERLUAN KHAS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyenaraikan jenis- jenis permainan murid berkeperluan khas mengikut kategori kecacatan. 2. Mengenalpasti peraturan permainan murid berkeperluan khas mengikut kategori kecacatan. PENGENALAN Permainan merupakan aktiviti yang boleh di kategorikan sebagai sejenis riadah. Pada peringkat pendidikan di sekolah, ko-kurikulum merupakan satu subjek yang melibatkan semua murid. Setiap murid di sekolah wajib mengambil subjek ko-kurikulum yang melibatkan unit beruniform, kelab, sukan dan permainan. Secara tidak langsung penglibatan murid dalam permainan adalah secara meluas sama ada di sekolah, mahu pun di luar waktu pembelajaran. Penglibatan murid pelbagai upaya dalam permainan juga dapat dilihat di kawasan rekreasi dan sekolah. Permainan merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan semasa lapang secara berseorangan, di dalam kelompok atau berkumpulan. Permainan adalah aktviti yang boleh di lakukan bagi mendatangkan rasa gembira, seronok atau menghilangkan tekanan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, permainan adalah sesuatu digunakan untuk bermain, mainan, perihal bermain. Menurut istilah pula, permainan boleh dianggap aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal, atau minda yang boleh mengasyikkan atau mendatangkan keseronokan kepada pelakunya. Menurut Joan Freeman dan Utami Munandar dalam Andang Ismail, 2009: 27, beliau mendefinisikan permainan sebagai suatu aktiviti yang membantu kanak-kanak mencapai perkembangan yang baik dalam aspek fizikal, intelektual, sosial, moral, dan emosi. Proses perkembangan seorang kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh aktiviti atau permainan yang di mainkan semasa kecil. Hal ini berdasarkan Teori Konstruktivisme yang di ketengahkan oleh Sigmund Freud, di dalam teori perkembangan kanak-kanak. Permainan adalah sebahagian dari kehidupan kanak-kanak dan permainan merupakan bahagian integrasi dari proses pembentukan keperibadian anak. Menurut Andang Ismail (2009), permainan terbahagi kepada dua iaitu permainan sebagai satu aktiviti mendatangkan keseronokan dan kegembiraan tetapi tidak menilai pemenang atau yang kalah. Manakala satu lagi permainan boleh didefinisikan sebagai aktiviti permainan yang membuat penilaian mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi mendapat pemenang. Konsep bermain ini bergantung kepada jenis permaianan yang ingin dilakukan. Secara amnya, permainan untuk murid berkeperluan khas boleh di lakukan di dalam atau di luar bilik darjah bergantung kepada jenis permainan yang di mainkan. Guru berperanan merancang dan melaksanakan permainan yang bersesuaian sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah. Permainan perlu dirancang mengikut kategori, kemampuan dan keupayaan murid. Hal ini penting bagi memastikan semua murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam permainan yang dilaksanakan.

Upload: hasrolnizam-hassan

Post on 07-Oct-2015

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

oum kbk 564

TRANSCRIPT

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 76

    UNIT PELAJARAN 5

    PERMAINAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

    HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menyenaraikan jenis- jenis permainan murid berkeperluan khas mengikut kategori kecacatan.

    2. Mengenalpasti peraturan permainan murid berkeperluan khas mengikut kategori kecacatan.

    PENGENALAN Permainan merupakan aktiviti yang boleh di kategorikan sebagai sejenis riadah. Pada peringkat pendidikan di sekolah, ko-kurikulum merupakan satu subjek yang melibatkan semua murid. Setiap murid di sekolah wajib mengambil subjek ko-kurikulum yang melibatkan unit beruniform, kelab, sukan dan permainan. Secara tidak langsung penglibatan murid dalam permainan adalah secara meluas sama ada di sekolah, mahu pun di luar waktu pembelajaran. Penglibatan murid pelbagai upaya dalam permainan juga dapat dilihat di kawasan rekreasi dan sekolah. Permainan merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan semasa lapang secara berseorangan, di dalam kelompok atau berkumpulan. Permainan adalah aktviti yang boleh di lakukan bagi mendatangkan rasa gembira, seronok atau menghilangkan tekanan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, permainan adalah sesuatu digunakan untuk bermain, mainan, perihal bermain. Menurut istilah pula, permainan boleh dianggap aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal, atau minda yang boleh mengasyikkan atau mendatangkan keseronokan kepada pelakunya. Menurut Joan Freeman dan Utami Munandar dalam Andang Ismail, 2009: 27, beliau mendefinisikan permainan sebagai suatu aktiviti yang membantu kanak-kanak mencapai perkembangan yang baik dalam aspek fizikal, intelektual, sosial, moral, dan emosi.

    Proses perkembangan seorang kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh aktiviti atau permainan yang di mainkan semasa kecil. Hal ini berdasarkan Teori Konstruktivisme yang di ketengahkan oleh Sigmund Freud, di dalam teori perkembangan kanak-kanak. Permainan adalah sebahagian dari kehidupan kanak-kanak dan permainan merupakan bahagian integrasi dari proses pembentukan keperibadian anak. Menurut Andang Ismail (2009), permainan terbahagi kepada dua iaitu permainan sebagai satu aktiviti mendatangkan keseronokan dan kegembiraan tetapi tidak menilai pemenang atau yang kalah. Manakala satu lagi permainan boleh didefinisikan sebagai aktiviti permainan yang membuat penilaian mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi mendapat pemenang. Konsep bermain ini bergantung kepada jenis permaianan yang ingin dilakukan. Secara amnya, permainan untuk murid berkeperluan khas boleh di lakukan di dalam atau di luar bilik darjah bergantung kepada jenis permainan yang di mainkan. Guru berperanan merancang dan melaksanakan permainan yang bersesuaian sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah. Permainan perlu dirancang mengikut kategori, kemampuan dan keupayaan murid. Hal ini penting bagi memastikan semua murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam permainan yang dilaksanakan.

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 77

    Setiap aktiviti permainan yang dilakukan seharusnya mempunyai nilai murni yang dapat diterapkan kepada murid. Selain itu, melalui aktiviti permainan, pelbagai kemahiran dapat diterapkan kepada murid seperti kemahiran komunikasi, kemahiran psikomotor, dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kepelbagaian kemahiran dapat ditingkatkan melalui aktiviti permainan. Permainan melalui pembelajaran juga sesuai meningkatkan kemahiran mengingat dan menghafal murid.

    KATEGORI PERMAINAN Terdapat pelbagai jenis permainan yang dapat di lakukan di dalam dan luar bilik darjah. Permainan dapat dikategorikan kepada lima iaitu permainan indoor, permainan outdoor, permainan interaktif, permainan lasak atau ekstrem dan permainan bahasa dan mobil.

    a. Permainan indoor

    Permainan indoor melibatkan aktiviti yang di lakukan di dalam rumah, dewan, gimnasium atau bangunan yang bertutup. Pelbagai aktiviti permainan yang boleh di jalankan oleh guru bagi merangsang perkembangan psikomotor murid. Hal ini bergantung kepada fokus dan matlamat guru tersebut, permainan seperti ping pong, hoki dewan, renang, dan futsal dapat meningkatkan kemahiran motor kasar murid. Bagi meningkatkan kemahiran motor halus murid permainan seperti congkak, catur, dam, dan batu seremban dapat dimainkan. Permainan ini perlu di ubah suai atau di mainkan bersesuaian dengan kemampuan seseorang murid.

    b. Permainan outdoor

    Permainan outdoor pula, bertentangan dengan permainan indoor. Permainan outdoor di mainkan di kawasan lapang dan terbuka. Antara permainan outdoor yang boleh di mainkan termasuk bola sepak, acara olahraga, hoki padang, dan pelbagai lagi aktiviti seperti sukaneka yang membantu perkembangan murid. Kemahiran psikomotor murid dapat ditingkatkan dan dikembangkan denagn aktiviti permainan di luar billik darjah seperti ini. Penglibatan murid secara menyeluruh turut meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan sosial di antara murid dan guru.

    c. Permainan interaktif

    Permainan interaktif boleh didefinisikan sebagai permainan yang melibatkan interaksi media secara aktif. Murid dapat mengawal apa yang di lihat dan di dengar melalui permainan interaktif ini. Permainan interaktif ini termasuklah permainan video, permainan komputer, dan permainan yang melibatkan grafik atau animasi. Permainan seperti ini bukan sahaja menarik, malah memerlukan perhatian dan pengamatan murid untuk bermain. Permainan interaktif yang diolah mengikut keperluan pembelajaran akan merangsang minat murid khas untuk belajar sesuatu subjek.

    d. Permainan lasak atau ekstrem

    Permainan lasak atau ekstrem ini lebih tertumpu kepada aktiviti atau permainan di luar bilik darjah atau di kawasan tapak permainan yang telah dikhususkan seperti trek, laluan berhalangan, sungai atau gunung. Kawasan tapak permainan ini merangkumi tempat semulajadi dan kawasan yang di bina bagi aktiviti tersebut. Permainan lasak adalah permainan

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 78

    yang mencabar kemampuan fizikal dan ketahanan mental seseorang individu. Antara permainan ekstrem yang di pertandingkan di Malaysia termasuk X-Games, skateboard, basikal lasak, mendaki gunung dan perahu naga. Terdapat juga permainan ini di wakili oleh murid pendidikan khas. Permainan pada dasarnya tidak meletakkan halangan atau sempadan di antara murid normal dan murid khas.

    e. Permainan bahasa dan mobil.

    Mobil membawa maksud pergerakan atau sesuatu yang boleh bergerak. Manakala permainan bahasa boleh didefinisikan sebagai permainan yang melibatkan penggunaan bahasa, kosa kata dan perkaitan dengan bahasa. Permainan mobil dan bahasa ini sesuai di jalankan di dalam bilik darjah bagi menarik minat murid mempelajari bahasa. Melalui permainan ini, murid khas dapat meningkatkan kemahiran berbahasa seperti menyebut, bertutur, dan membaca. Permainan mobil dan bahasa ini termasuk permainan seperti teka silang kata, jigsaw puzzle, pertandingan pidato, scrabble, dan pelbagai lagi permainan yang meningkatkan kemahiran berbahasa seseorang.

    PERBEZAAN ANTARA SUKAN, PERMAINAN DAN OLAHRAGA

    1) Sukan Aktiviti riadah Menjadi sumber pendapatan Latihan kemahiran tertentu

    2) Permainan

    Satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam

    Tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan

    3) Olahraga Acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan

    JENIS-JENIS PERMAINAN DAN KATEGORI Berikut merupakan senarai permainan yang telah disuaikan untuk murid-murid berkeperluan khas secara am seperti murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, dan masalah penglihatan:

    Masalah murid Jenis permainan Bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan

    Olahraga Tenpin Bowling

    Bermasalah pembelajaran dan pendengaran Futsal Bola Jaring Pentanque

    Bermasalah pembelajaran Renang

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 79

    Bermasalah penglihatan Goalball Catur Tendem

    Bermasalah pendengaran Bolasepak

    JENIS MODIFIKASI PERMAINAN UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS Terdapat beberapa jenis modifikasi yang boleh dilakukan dalam permainan untuk murid berkeperluan khas. Antaranya:

    i. Jumlah pemain dalam kumpulan beregu ii. Peralatan yang digunakan seperti ukuran, berat, bahan, dan bentuk peralatan

    permainan iii. Tempoh masa permainan iv. Cara memperoleh skor atau nilai v. Peraturan dalam permainan vi. Keluasan kawasan atau tempat permainan vii. Keluasan jaring, tinggi jaring atau rintangan viii. Kedudukan pemain

    STRATEGI UNTUK MEMODIFIKASI PERMAINAN

    Strategi Huraian

    a) Memudahkan perolehan skor permainan

    Dalam sesuatu permainan skor yang

    diperolehi daripada permainan adalah sangat penting kerana skor ini menunjukkan tahap keupayaan mereka serta hasil daripada kerja keras mereka dalam sesuatu permaianan

    Skor ini dapat menilai tahap pencapaian mereka

    Dengan memudahkan perolehan skor dapat membantu murid berkeperluan khas dalam menggalakkan mereka mempraktikkan teknik permainan yang betul dan juga sebagai peneguhan yang positif untuk mereka

    Skor yang sukar diperolehi menyebabkan mereka mudah bosan

    b) Memperlahankan pergerakan bola atau

    objek lain yang bergerak digunakan dalam permainan

    Apaila bermain sesuatu permainan

    yang memerlukan murid menggerakkan bola untuk sampai kepada rakan lain, perlahankan

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 80

    pergerakan bola seterusnya skor diperolehi di samping memanjangkan tempoh masa permainan untuk murid membawa bola kepada rakan yang lain

    Dalam keadaan yang tergesa-gesa menyebabkan murid tidak dapat melakukan pergerakan bola kerana bimbang masa yang diperuntukkan tidak mencukupi

    Keadaan ini menyebabkan murid mudah putus asa dan tidak dapat merasa nikmat permainan tersebut

    c) Memberi peluang untuk mereka

    mempraktikkan teknik permainan yang telah diajar dengan betul

    Untuk memastikan murid dapat

    mempraktikkan teknik permainan yang betul, perkara pertama yang guru perlu lakukan adalah mengecilkan jumlah pemain dalam suatu kumpulan

    Dengan ini, setiap murid berpeluang melakukan teknik permainan yang telah diajar dan berpeluang menunjukkan kemahiran masing-masing

    CIRI-CIRI PEMILIHAN PERMAINAN Dalam pemilihan permainan untuk murid berkeperluan khas, terdapat beberapa ciri-ciri pemilihan permainan yang perlu dititikberatkan untuk memastikan kelancaran dalam proses permainan. Hal ini penting untuk memastikan murid berasa seronok seterusnya merangsang deria serta kognitif mereka. Oleh yang demikian, ciri-ciri pemilihan permainan adalah penting untuk mencapai objektif tersebut. Antara ciri-ciri pemilihan permainan yang perlu dipilih oleh guru untuk melaksanakan sesuatu permainan yang efektif adalah seperti berikut:

    a. Bincangkan bagaimanakah memodifikasi permainan bola sepak bagi kategori bermasalah penglihatan

    b. Sebagai guru pendidikan khas bagaimanakan anda merancang permainan futsal bagi kategori bermasalah pendengaran.

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 81

    Ciri-ciri pemilihan Huraian Aktiviti yang mudah Aktiviti permainan yang mudah membantu

    murid yang memahami serta mengikuti sesuatu permainan tanpa berasa rendah diri kerana tidak mampu melakukan arahan yang diberikan oleh guru.

    Tiada paksaan Dalam menghasilkan sesuatu permainan efektif untuk murid berkeperluan khas, permainan yang ingin dilakukan bukanlah atas dasar paksaan. Sekiranya murid tidak menunjukkan minat dalam sesuatu permainan guru tidak memaksa mereka melakukannya kerana dengan paksaan sesuatu permainan menjadi suatu beban kepada murid tersebut.

    Peralatan tidak mudah pecah dan merbahaya kepada murid

    Pemilihan alatan permainan juga adalah penting untuk menjamin keselamatan murid berkeperluan khas semasa bermain. Alatan yang mudah pecah dan merbahaya boleh mengakibatkan luka, kecacatan, dan yang paling berbahaya adalah boleh membawa maut. Sebagai contoh, murid diberi lidi yang tajam.

    Merangsang deria Pemilihan permainan perlulah sesuatu yang boleh merangsang deria murid berkeperluan khas. Kebiasaannya murid ini mengalami masalah deria contoh, murid autisme yang mengalami masalah eye-contact. Guru perlu memilih sesuatu permainan yang membolehkan murid autisme ini memberi respon terhadap arahan yang diberikan.

    Umur Permainan yang dipilih perlulah bersesuaian dengan umur murid tersebut serta umur kognitif mereka. Kebanyakan murid berkeperluan khas mempunyai umur kognitif yang berbeza dengan umur fizikal. Oleh yang demikian, guru perlu peka terhadap tahap kognitif murid berkeperluan khas ini dalam merancang permainan yang ingin dilakukan.

    Perkembangan otak Perkembangan otak murid berkeperluan khas boleh dijana melalui permainan. Oleh itu, guru perlu memilih permainan yang boleh mengembangkan pemikiran mereka seperti permainan yang menguji minda atau merangsang otak mereka untuk berfikir menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari bukti sesuatu kejadian yang berlaku.

    Minta pendapat Guru perlu meminta pendapat murid berkeperluan khas untuk melaksanakan sesuatu permainan seperti meminta murid

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 82

    tersebut sendiri memilih permainan yang ingin mereka main. Hal ini demikian kerana dapat memberi peluang kepada murid berkeperluan khas membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. Disamping itu juga, dapat membantu mereka untuk membuat keputusan yang baik dengan memilih permainan yang bersesuaian dengan tahap mereka dan berasa mereka juga berpeluang untuk menyuarakan sesuatu hasrat.

    Sesuai dengan masalah Pemilihan permainan mengikut masalah yang dihadapi oleh murid adalah sangat penting. Sebagai contoh, murid yang mengalami masalah ADHD memerlukan sesuatu permainan yang aktif kerana mereka mudah bosan dengan aktiviti yang lebih memerlukan mereka duduk di suatu tempat sahaja. Hal ini demikian kerana masalah yang mereka hadapi menjadikan mereka sukar untuk memulakan permainan yang bebas bersama rakan-rakan yang lain dan memahami peraturan-peraturan permainan.

    Oleh yang demikian, bagi memastikan permainan untuk murid berkeperluan khas ini menjadi efektif kerana dapat merangsang kognitif, sosial, dan emosi mereka, strategi yang baik boleh dilaksanakan dengan menggalakkan pembelajaran secara koperatif iaitu bekerja dengan rakan sebagai satu kumpulan, mengelakkan kanak-kanak ini dengan kanak-kanak lain yang kurang bermotivasi, membentuk persahabatan malalui sisitem buddy (berpasangan), dan menggunakan sokongan rakan sebaya berbanding orang dewasa.

    KEPENTINGAN PERMAINAN Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai sebarang kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak. Permainan murid-murid berkeperluan khas amat penting dan perlu ditekan dalam pendidikan Jasmani di sekolah rendah dan sekolah menengah. Walaupun objektif jangka pendek permainan murid-murid adalah untuk menghiburkan murid-murid, tetapi melalui permainan murid-murid ini dapat memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid berkeperluan khas dapat membina sifat yang positif dan meningkatkan pergaulan sosial. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh siat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenalpasti bakat dan kebolehan murid tersebut. Kepentingan permainan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek. Antaranya ialah:

    a.Aspek kemahiran motor Melalui bermain, murid-murid banyak menggunakan pergerakan anggotan badan seperti kaki, tangan dan kepala dan juga memerlukan tenaga untuk menggerakkannya. Secara tidak

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 83

    langsung, muri-murid dapat meningkatkan kemahiran motor mereka. Contohnya permainan yang melibatkan kemahiran berlari atau melompat. Selain itu, dapat membangunkan kemahiran pengawalan bola. Contohnya, mengawal bola daripada terjatuh. Melalui bermain juga dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan sentiasa aktif melakukan sesuatu aktiviti. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbang tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.

    b.Pembangunan kognitif Permainan membolehkan kanak-kanak meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah. Bermain juga boleh menyebabkan seseorang itu berdisiplin seperti mematuhi arahan ketua atau orang lain yang mengetuai sesuatu permainan. Apabila murid-murid bermain dalam satu kumpulan, secara tidak langsung mereka mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan tanpa membantah. Murid-murid juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka. Hal ini menyebabkan mereka berasa semangat untuk melakukan sesuatu aktiviti. Apabila bermain, wujudnya interaksi sesama mereka sama ada interaksi satu hala, dua hala atau lebih dalam kumpulan mereka. Kesannya, menggalakkan perkembangan bahasa mereka seperti menambah dan membaiki penggunaan perbendaharaan kata mereka. Mereka juga dapat berkomunikasi dengan baik. Banyak pengetahuan diperolehi oleh kanak-kanak semasa bermain. Belajar sambil bermain adalah amat berkesan dalam pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak cepat merasa bosan. Bermain boleh merangsang kanak-kanak untuk berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dengan cara ini kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif.

    c.Pembangunan afektif-sosial Seperti kita ketahui, semua orang berbeza dari segi jantina, agama, kepercayaan, latar belakang, pendidikan, kehidupan budaya dan cara pergaulan mereka. Apabila duduk dalam satu kumpulan, murid-murid dapat mempelajari cara hidup mereka dan cuba memahami budaya mereka. Secara tidak langsung, wujud satu perasaan atau sikap yang positif seperti penghargaan kendiri yang mana murid-murid menerima kehadiran seseorang dalam hidup mereka. Murid-murid juga dapat mewujudkan semangat kesukanan yang baik dalam diri masing-masing. Semangat kesukanan ini amat penting kerana dengan adanya semangat ini, kita tidak berasa keseorangan dan sentiasa mendapat sokongan dan bimbingan dari rakan yang lain secara berterusan di samping mereka bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Mereka juga saling mempercayai antara satu sama lain dan menghormati sesama mereka. Hal ini akan mewujudkan suasana yang aman dan damai tanpa ada perselisihan faham. Melalui bermain, kanak-kanak mempelajari peranan orang dewasa. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin.

    Penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak. Selain itu, mereka dapat memahami peranan jantina. Kanak-kanak dapat membezakan jenis permainan yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Dengan bermain kanak-kanak akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkan perasaan kecewa atau marah. Disamping itu bermain juga dapat memenuhi tujuan-tujuan tertentu. Melalui perhubungan dengan rakan sebaya, kanak-kanak akan belajar berdikari, bekerjasama, sifat jujur dan saling maaf memaafkan. Semasa bermain kanak-kanak belajar apa yang benar dan salah pada tanggapan rakan-rakan. Perkembangan moral terbentuk apabila mereka faham apa yang benar dan apa yang salah

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 84

    dalam tingkah laku mereka. Perkembangan komunikasi juga dapat ditingkatkan. Kanak-kanak dapat belajar cara berhubung dengan orang lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak ansur.

    KATEGORI MURID BEKEPERLUAN KHAS DAN PERMAINAN Murid yang berkerperluan khas merupakan murid dalam kelompok pelbagai upaya kerana mereka mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Menurut Salamanca Education Act, 1992, murid bekeperluan khas perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal.

    Murid berkeperluan khas ini terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Pelajar berkeperluan khas yang mendapat pendidikan di Malaysia adalah mereka yang bermasalah sindrom down, autisme ringan, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) terencat akal ringan dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia dan lain-lain.Secara amnya, terdapat beberapa kategori yang digariskan di dalam Akta Pendidikan 1996 bagi membolehkan seseorang mengikuti pelajaran di sekolah iaitu:Jika dia mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan. Akta Pendidikan 1996. Terdapat 13 kategori yang disenaraikan oleh Individual With Disabilities Education Act (IDEA), 1990. IDEA merupakan akta yang dikeluarkan bagi menyatakan keperluan pendidikan kepada semua murid khas di seluruh dunia iaitu Masalah pendengaran, ADHD, Serebral palsi, Pintar cerdas, Sindrom down, Disleksia, Autisme ,Masalah pembelajaran/ lembam dan Terencat Akal

    MASALAH PENDENGARAN

    Kehilangan deria pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Hal ini secara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca, perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan terjejas bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda iaitu sebelum 3 tahun. Walau bagaimanapun, sekiranya kanak-kanak ini berada di sekolah, murid ini seharusnya menerima pendidikan seiring dengan kemampuannya. Guru memainkan peranan penting bagi menggalakkan kemahiran berbahasa murid ini dapat ditingkatkan. Melalui permainan bahasa seperti pidato menggunakan kod tangan, murid dapat meningkatkan kemahiran berbahasa sedia ada pada murid tersebut. Selain itu, pidato juga meningkatkan kemahiran kosa kata, kemahiran berkomunikasi, ketrampilan dan keyakinan diri murid. Permainan bahasa lain juga boleh di mainkan oleh murid bermasalah pendengaran seperti teka silang kata dan puzzle. Guru harus menyesuaikan permainan dengan kemahiran dan kebolehan murid bagi menarik minat murid bermain permainan yang disediakan. Teka silang kata yang disediakan seharusnya sesuai dengan kemahiran sedia ada murid, mengandungi topik pembelajaran yang ingin di sampaikan oleh guru sekiranya permainan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran.Bahan yang diperlukan bagi melaksanakan permainan ini adalah soalan teka silang kata dan puzzle yang disediakan oleh guru. Selain itu, dari aspek perlaksanaan guru bertindak sebagai juri

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 85

    muktamad. Manakala murid perlu menyiapkan teka silang kata yang disediakan dalam masa yang ditetapkan. Murid bermasalah pendengaran juga sesuai bermain sukaneka yang kurang menggunakan komunikasi verbal dan arahan yang terlalu panjang. Hal ini perlu di disedari oleh guru kerana penggunaan komunikasi verbal dan arahan yang terlalu panjang tidak dapat di terima dan di faham oleh murid. Perkara seperti ini membawa kepada murid hilang minat dan tumpuan terhadap sukaneka yang dijalankan. Sukaneka yang sesuai di mainkan adalah seperti straw dan getah. Permainan ini melibatkan ramai murid dan di dalam kelompok yang besar. Alat permainan yang diperlukan adalah gelang getah dan straw yang mencukupi. Peraturan yang boleh dibuat adalah berdasarkan keperluan dan kesesuain. Permainan juga mampu menarik minat murid untuk belajar di samping merangsang perkembangan fizikal dan kognitif mereka.

    ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER (ADHD) Ibu bapa boleh membuat pendekatan seperti terapi tingkah laku-kognitif, dan komunikasi sosial bersama anak mereka bagi mengurangkan risiko gangguan ADHD yang dialami oleh anak mereka. Guru juga memainkan peranan dalam mendidik dan melatih mereka agar memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti yang dilakukan. Tidak dinafikan, pelbagai aktiviti sukan di sertai oleh mereka pada peringkat antarabangsa. Guru turut berperanan merangsang kebolehan yang dimiliki oleh murid. Pendekatan latihan kemahiran sosial dan komunikasi melalui permainan mampu membantu murid yang mengalami gangguan ADHD ini. Antara aktiviti permainan yang sesuai dimainkan oleh murid bermasalah ADHD adalah sukaneka yang menarik perhatian dan tumpuan mereka. Sukaneka yang di rancang seperti musical chair, adalah sesuai kerana permainan ini melibatkan murid yang ramai di dalam kelompok yang besar. Alat atau bahan yang di perlukan adalah radio atau pemain muzik dan kerusi yang mencukupi. Cara bermain pula adalah mengikut peraturan yang telah di tetapkan iaitu, muzik dipasang, murid akan berjalan mengelilingi kerusi. Apabila muzik dihentikan murid perlu duduk di atas kerusi. Bilangan kerusi akan dikurangkan dari masa ke masa. Murid yang keluar dan tidak mendapat kerusi perlu berada di kawasan sekitar dan menari mengikut rentak lagu yang di pasang. Hal ini bagi mengelakkan murid berlari atau merasa bosan. Pelajar yang terakhir dan masih duduk di atas kerusi selepas lagu di hentikan dianggap pemenang.

    Selain itu, permainan dancing stick juga sesuai dimainan oleh murid yang mengalami masalah ADHD kerana permainan ini memerlukan tumpuan yang tinggi. Permainan ini melibatkan ramai pelajar. Alat permainan yang diperlukan bagi permainan ini adalah stick kayu, tidak tajam dan mempunyai permukaan yang rata. Perkara ini penting kerana pemilihan kayu yang bersesuaian perlu untuk murid bekeperluan khas, tambahan kepada mereka yang bermasalah ADHD. Kecederaan mungkin berlaku sekiranya stick yang digunakan tajam. Selain itu, alat pemain muzik seperti kaset atau radio diperlukan. Peraturan bagi permainan dancing stick adalah fleksibel dan mengikut kreativiti guru memberi arahan kepada murid. Guru perlu membuat satu lukisan bulatan besar dan menandakan tempat bagi setiap murid dengan kapur tulis. Setiap murid di beri satu stick kayu, dan pesanan agar murid tidak mencederakan rakan. Muzik dimainkan, murid membuat gaya bebas tanpa mengganggu rakan lain menggunakan stick dan berada di kawasan sendiri. Apabila muzik dihentikan, murid perlu Freeze. Guru akan memberi arahan, gaya yang perlu ditunjukkan oleh murid. Sekiranya gagal, murid akan di denda tetapi mereka tidak di benarkan keluar meninggalkan bulatan. Ganjaran di berikan kepada murid yang menunjukkan gaya yang menarik dan kreatif. Permainan ini adalah merangsang kemahiran kreativiti murid dan memberi peluang mereka bermain dengan

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 86

    peraturan serta tidak mengganggu rakan lain. Guru seharusnya bijak dalam merangka permainan kepada murid terutama bagi murid bermasalah ADHD, kehilangna perhatian dan tumpuan yang sekejap akan menyebabkan gangguan kepada murid di bilik darjah.

    MASALAH PENGLIHATAN

    Murid-murid yang mempunyai masalah dalam penglihatan tidak bermakna mereka tidak dapat melakukan aktiviti sama seperti murid-murid normal. Dalam hal ini, peranan yang dimainkan oleh guru amatlah penting bagi menyesuaikan aktiviti terutamanya aktiviti permainan supaya bersesuaian dengan murid-murid ini. Antara permainan yang boleh dijalankan bersama murid-murid bermasalah penglihatan adalah seperti goalball, catur, dam, ping pong dan bola sepak.

    Jenis Permainan 1) Bola Sepak 2) Ping Pong

    peralatan -bola, plastik dan loceng -bola ping pong, net dan

    gelanggang ping pong Kemahiran -mengikut arahan yang

    diberikan oleh guru -mengawal koordinasi tubuh - melatih kemahiran motor kasar dan halus murid terutama tangan -melatih deria pendengaran

    mengikut arahan yang diberikan oleh guru -mengawal koordinasi tubuh dan tangan - melatih kemahiran motor kasar dan halus murid terutama tangan untuk melatih proses menulis

    Peraturan Cara Bermain

    -murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada lima hingga enam orang. -permainan dijalankan seperti permainan bola sepak yang biasa tetapi saiz padang dikecilkan supaya bersesuaian dengan tahap murid. -bola juga diubahsuai dengan memasukkan loceng kedalamnya untuk memudahkan murid mendengar arah pergerakkan bola

    Cara Bermain

    -kaedah bermain masih lagi mempunyai persamaan dengan kaedah bermain murid-murid normal

    -perbezaan hanya pada cara net digantung

    -net digantung atas sedikit dari lantai pentas ping pong iaitu supaya ada ruang diantara net dengan lantai pentas ping pong.

    -hal ini kerana bagi permainan ping pong murid-murid bermasalah penglihatan mempunyai sedikit kelainan

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 87

    -selain memasukkan loceng, bola tersebut juga boleh dibalut dengan plastik semuanya bergantung kepada keselesaan murid -permainan dijalankan seperti biasa

    -bola tidak akan melepasi net sebaliknya bola akan melepasi ruang di antara net dan lantai pentas ping pong iaitu ruang di tengahnya

    -bola ping pong dimasukan dengan loceng

    Permainan dijalankan seperti biasa

    SEREBRAL PALSI Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalami masalah serebral palsi mengakibatkan mereka bermasalah untuk melakukan pergerakan otot-otot seperti menegakkan badan. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai kerosakkan pada kawasan motor dalam otak. Kebolehan pergerakan yang terhad boleh dipertingkatkan melalui aktiviti permainan yang melibatkan gerakan.

    Jenis Permainan Kemahiran Lokomotor Balancing Sticks

    Peralatan

    Kad gambar kemahiran lokomotor Muzik

    o Stick imbangan o Pen penanda

    Kemahiran

    Hoping, Skipping, Jumping, Galloping, Walking, Running, Leaping, Sliding

    o Mengikut arahan yang diberikan oleh guru

    o Mengawal koordinasi mata-tangan

    Peraturan

    Cara bermain:

    i. Murid ditunjukkan kad gambar lokomotor

    ii. Guru melakukan demonstrasi untuk setiap kemahiran dan disuaikan dengan kad lokomotor

    iii. Permainan dimulakan dengan muzik yang membangkit semangat murid

    Cara bermain:

    i. Guru melukis petak kawasan untuk setiap murid

    ii. Murid diberikan stik plastik setiap satu

    iii. Guru membuat demonstrasi mengimbangkan stik di

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 88

    iv. Murid diminta melakukan pergerakan bebas bersama dengan muzik yang dipilih

    v. Guru menunjukkan kad lokomotor dan murid dikehendaki meniru aksi atau setiap kemahiran yang ditunjukkan dengan betul bersama muzik

    vi. Apabila muzik dihentikan, murid dikehendaki menghentikan setiap pergerakan mereka (freeze)

    vii. Apabila muzik dipasang semula, murid kembali melakukan pergerakan yang diarahkan oleh guru berpandukan kad gambar lokomotor

    Variasi:

    Memilih lagu panaskan badan

    Membebaskan pergerakan murid di sekeliling bulatan yang ditanda

    Pemilihan lagu yang pelbagai

    Menggunakan sebagai aktiviti kecergasan

    Adaptasi:

    Menggunakan guru atau pembantu untuk menggerakkan murid yang menggunakan kerusi roda

    Melaksanakan kemahiran dengan murid untuk memberi motivasi kepada mereka atau model kemahiran pilihan

    tapak tangan, bahagian belakang tapak tangan, atas kepala, kaki, dan lutut

    iv. Guru memberi peluang kepada murid untuk melakukan setiap kemahiran imbangan tanpa keluar daripada kawasan yang ditanda

    Variasi:

    Menunjukkan setiap kemahiran

    Bagi arahan tanpa menunjukkan kemahiran

    Adaptasi:

    Guru pembantu

    Bagi arahan secara personal

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 89

    PINTAR CERDAS Konsep pintar cerdas, berbakat, dan kreatif tidak terhad hanya pada kemampuan intelektual yang tinggi sahaja. Tetapi juga terdiri daripada kreativiti, kemampuan dalam bidang akademik tertentu, kemampuan dalam visual atau seni persembahan dan kemahiran sosial. Jenis permainan yang sesuai untuk kategori ini seperti jadual di bawah;

    1) Kemahiran Kognitif (Fungsi Eksekutif) Komponen (Fungsi Eksekutif)

    Rajah 1

    Huraian:

    Komponen yang terlibat dalam permainan ini adalah Fungsi Eksekutif iaitu salah satu kebolehan kognitif yang terdapat pada kanak-kanak pintar cerdas. Fungsi Eksekutif melibatkan tiga peringkat

    Cara bermain:

    i. Guru menunjukkan kepada murid Rajah 1

    ii. Guru memberi soalan mengenai rajah tersebut:

    Berapa jumlah Diamonds yang diperlukan untuk mengimbangi set bawah?

    iii. Murid diberi 1 minit untuk menyediakan jawapan setiap seorang berdasarkan pemerhatian mereka

    Jawapan: 4 Diamonds

    Cara Penyelesaian:

    - Pertama menambah bilangan clubs di dua-dua

    skala pertama (5).

    - Kemudian mengira berapa banyak clubs dalam skala bawah (5).

    - Melakukan perkara yang sama dengan spades yang membawa anda 5 dan 5.

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 90

    iaitu:

    i. Menyelesaikan masalah:

    Mentakrifkan masalah dengan cara yang betul untuk menghasilkan penyelesaian dan memilih salah satu cara yang betul.

    ii. Membuat keputusan:

    Keupayaan untuk membuat keputusan yang berdasarkan penyelesaian masalah, maklumat yang tidak lengkap, dan emosi.

    iii. Memori bekerja:

    Keupayaan untuk memegang dan memanipulasi maklumat secara "on-line" dalam masa sebenar.

    - Terdapat 4 diamonds di kedua-dua skala yang seimbang atas.

    - Oleh itu,ia perlu mengambil 4 diamonds untuk mengimbangi skala ketiga sejak semua ukuran yang lain adalah sama

    Puppets

    Komponen bahasa

    Cara bermain:

    i. Murid dikehendaki berada di dalam satu separa bulatan dengan menghadap kepada guru

    ii. Guru mengagihkan puppets kepada setiap murid

    iii. Guru memulakan cerita bersama puppets

    iv. Seterusnya, murid mengambil giliran bercerita menggunakan puppets yang diberikan menggunakan dialog dan jalan cerita tersendiri

    v. Murid seterusnya mengambil

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 91

    giliran yang berikutnya dengan menyambung cerita tersebut dengan dialog sendiri

    vi. Guru akan mengambil giliran untuk menghabiskan jalan cerita tersebut selepas semua murid mengambil giliran msing-masing.

    Peralatan:

    i. Puppets ii. Pen penanda

    Adaptasi:

    i. Kanak-kanak dapat menghayati perasaan dan pemikiran antara diri sendiri dan puppets

    ii. Mengembangkan dialog dan perbualan

    iii. Mencari alternatif bagi tingkahlaku mengambil giliran

    SINDROM DOWN Sindrom down merupakan kecelaruan genetik yang paling dikenali yang menyebabkan kerencatan akal pada kanak-kanak. Puncanya adalah jelas, iaitu individu down sydrome mempunyai lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke 21 dan dikenali juga sebagi Trisomi 21. Mempunyai ciri-ciri fizikal seperti mata sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang dan jari tangan yang pendek. Semasa bayi kanak-kanak ini mempunyai otot yang lemah (hypotomia) dan terkelepai (floopy/ kendur/lembik), dan tindak balas adalah lemah berbanding kanak-kanak yang lain. Permainan kanak-kanak syndrom down ini lebih berfokus terhadap pergerakan tubuh badan dan kepekaan telinga untuk mendengar arahan yang diberikan. Aktiviti ini melibatkan kesedaran tubuh badan seseorang kanak-kanak. Seperti peka dengan tindakan anggota badan apabila mendengar suara. Selain itu, permainan ini mementingkan kemahiran auditori di mana seseorang itu perlu peka dan mendengar teliti arahan yang diberi.

    Dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak pula, Piaget pernah menyatakan bahawa

    bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya. Contoh permainan yang sesuai untuk perkembangan kognitif kanak-kanak syndrom down ini ialah sentuhan. Cara bermain:

    Seorang dipilh menjadi ketua Pemain-pemain lain duduk bersila dalam bentuk bulatan. Ketua berdiri di luar bulatan pada masa memberi arahan.

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 92

    Pemain yang menjadi ketua akan menggunakan nama sendiri pada masa memberi arahan seperti:

    Ali kata, sentuh mata Pemain-pemain dalam bulatan mengikut arahan Ali, dengan menyentuh mata

    dengan dua belah tangan. Semua sentuhan mesti dilakukan dengan kedua-dua belah tangan. Pemain-pemain mengikut giliran untuk menjadi ketua dan memberi arahan.

    Contoh: senarai bahagian tubuh badan termasuk:

    Kepala, rambut, mata, telinga, hidung, mulut, bibir, dagu, dada, belakang, perut, leher, lengan, tangan. Jari, ibu jari, kaku, dan lutut. Apabila murid-murid telah mempelajari senarai tubuh badan pertama, senarai berikut boleh dikenali.

    Lidah, gigi, pinggang, paha, betis, pergelangan tangan, bulu mata, tapak tangan, tapak kaki dan tumit

    DISLEKSIA Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan. Terdapat beberapa permainan yang dianggap sesuai dijalankan kepada kanak-kanak atau murid-murid yang mengalami masalah disleksia. Antaranya adalah seperti permainan berasaskan tanah liat, lompat gelung rotan, birthday wish, permainan berasaskan nombor dan huruf, tennis, blok-blok kayu, puzzle dan seumpamanya. Permainan yang biasa dimainkan oleh murid-murid normal juga akan bersesuaian dengan murid-murid berkerluan khas ini sekiranya bentuk permainan tersebut diubah agar bersesuaian dengan keperluan mereka.

    Jenis Permainan

    1) Permainan Berasaskan Tanah Liat

    2) Permainan Huruf Dan Nombor

    3) Lompat Gelung Rotan

    Peralatan -Tanah liat - pensel atau pen

    -kad nombor/huruf

    -Gelung rotan

    Kemahiran -Mengikut arahan yang diberikan oleh guru -Mengawal koordinasi mata-tangan - melatih kemahiran motor kasar dan halus murid terutama tangan untuk melatih proses menulis

    - kemahiran mengingat nombor

    - mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan

    - melatih murid untuk mengingati bentuk huruf

    Menggalakkan daya ingatan murid

    -kemahiran kognitif

    -kemahiran membilang sambil melompat

    -melatih murid mengawal keseimbangan tubuh

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 93

    Peraturan Cara Bermain -guru mengedarkan tanah liat kepada murid-murid. Selepas itu, guru memberikan tema kepada murid seperti tema binatang - guru meminta murid menghasilkan objek dengan menggunakan tanah liat mengikut tema yang diberi Variasi -murid bebas untuk menghasilkan objek bedasarkan tema - Adaptasi: -guru membantu murid mengenal pasti bentuk sebenar objek yang akan dihasilkan -Melaksanakan kemahiran dengan murid untuk memberi motivasi kepada mereka atau model kemahiran pilihan

    AUTISME Individu autisme mempunyai kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam seni muzik, rote memory dan lain-lain. Ini merupakan definisi menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 94

    Pemilihan harus dilakukan bagi memastikan permainan yang sesuai dan bermakna kepada kanak-kanak yang mengalami Autisme.

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 95

    PERMAINAN OUTDOOR

    Mestilah mudah dan sesuai untuk kanak-kanak autisme mengikutnya Perlukan penyeliaan yang sepenuhnya untuk menjamin keselamatan kanak-kanak

    autisme. Contoh aktiviti: baseball, golf, skipping, melambung bola/belon air, membina istana pasir

    serta bermain di kolam renang.

    Contoh aktiviti Huraian

    Perkhemahan Pastikan kanak-kanak Autisme selesa dengan lokasi dan keadaan tapak perkhemahan tersebut

    Contoh lokasi yang ideal: pantai Lawatan Bawa kanak-kanak Autisme ini ke taman

    rekreasi, muzium atau parti di rumah rakan-rakannya

    Dapat meraih pengalaman pembelajaran yang baik

    Permainan yang sesuai

    1. Melalui Terowong

    Cara bermain:

    1. Dua garisan berjarak 5 meter dilukis di kawasan permainan 2. Pemain-pemain berdiri dalam bentuk barisan mengikut pasukan masing-masing di

    antara kedua-dua garisan itu 3. Pemain pertama yang berdiri di depan barisan memegang sebiji bola dengan kakinya

    dikangkangkan 4. Pemain-pemain di belakangnya dalam barisan juga berdiri dengan kaki dikangkangkan 5. Bola akan dihantar melalui kaki yang dikangkangkan ke tangan pemain belakang 6. Pemain yang menerima bola, akan menghantar bola melalui kakinya yang dikangkang

    ke tangan pemain di belakang 7. Apabila pemain di hujung barisan menerima bola, pemain itu berlari dengan bola ke

    depan barisan

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 96

    8. Bola dihantar dengan cara yang sama ke belakang barisan 9. Permainan tamat apabila pemain pertama berada di depan barisan

    2. Menangkap ekor naga

    Cara bermain

    1. Setiap pasukan mengandungi tiga pemain 2. Setiap pasukan berbaris berselerak dikawasan permainan 3. Pemain di depan (A) adalah kepala naga 4. Pemain di tengah (B) adalah badan naga 5. Pemain di hujung (C) menyingsing sehelai selendang/riben yang panjang di belakang

    pinggangnya. Pemain ini menjadi adalah ekor naga. 6. Setiap pasukan (naga) cuba menangkap ekor (selendang) naga yang lain 7. Naga yang kehilangan ekor masih boleh terus bermain 8. Tujuan permainan adalah untuk mendapatkan ekor terbanyak 9. Naga yang menang adalah pasukan yang mendapat ekor terbanyak

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 97

    LEMBAM (slow learner) Kanak-kanak lembam atau slow learner didefinisikan sebagai salah satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak yang mengaitkan pemahaman atau penggunaan bahasa (penulisan atau bacaan) yang boleh mengganggu kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Namun begitu, permasalahan ini bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental (Hallahan dan Kaufman, 2006). Pemilihan permainan bagi kanak-kanak lembam

    @ Permainan yang dipilih haruslah mudah dan tidak menggunakan arahan yang panjang dan sukar

    @ Dapat meningkatkan tumpuan kanak-kanak ini dalam sesuatu perkara khusus seperti mendengar atau melihat

    @ Dapat meningkatkan kemahiran kognitif sama ada dari segi bahasa dan juga matematik

    @ Permainan yang dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka dengan lebih efektif. Contoh: permainan yang dilakukan secara berkumpulan

    Permainan yang sesuai

    1. All-fours Cirlce Maths

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 98

    Cara bermain:

    1. Bentukkan 5-10 orang dalam satu kumpulan 2. Semua akan terbaring di lantai dalam bulatan (kepala menghadap ke dalam) 3. Mulakan permainan dengan memberikan nombor kepada setiap ahli kumpulan 4. Guru akan menyatakan satu masalah matematik

    a. (cth: 2+2= __ ) b. (cth:5-3= ___ )

    5. Pelajar yang memegang/ditetapkan nombor yang berkenaan (sama dengan jawapan kepada soalan) akan bangun kemudian melompat atau berlari mengelilingi rakan-rakannya yang lain dan kembali ke tempat asal.

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 99

    2. Motokar

    Cara bermain

    1. Pemain-pemain berdiri dalam bentuk bulatan 2. Pemain-pemain diberi satu nombor, misalnya 1 hingga 4, untuk bulatan yang

    mengandungi lapan pemain

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 100

    3. Ini bermakna setiap bulatan mengandungi dua pemain yang mempunyai nombor yang sama

    4. Setiap nombor doberi nama sejenis kereta: a. No. 1: Proton b. No. 2: Mazda c. No. 3: Ford d. No. 4: Honda

    5. Guru melaungkan satu nama kereta, misalnya Honda 6. Semua pemain yang dinamakan Honda berlari di dalam dan di luar di antara pemain

    bulatan hingga balik ke tempat asalnya. 7. Kereta yang balik dahulu ke tempatnya mendapat satu mata 8. Permainan diteruskan sehingga mendapat pemenang daripada setiap bulatan

    3. Warna

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 101

    Cara bermain

    1. Pemain-pemain duduk bersila dalam bentuk bulatan 2. Setiap pemain diberi sekeping kad warna atau kad berbentuk tertentu 3. Guru melaungkan satu jenis warna atausatu jenis bentuk 4. Pemain-pemain yang mempunyai jenis kad yang dinyatakan, berdiri dan bergerak

    (mengikut kemahiran lokomotor yang telah ditetapkan) satu pusingan keliling bulatan dan balik ke tempat asal.

    5. Permain yang cepat balik ke tempat asal dianggap menang

    TERENCAT AKAL Terencat akal adalah jenis kecacatan yang paling biasa terdapat di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Terencat akal ialah kanak-kanak yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial. Biasanya turut mengalami masalah pembelajaran disebabkan tahap mental yang rendah dan kurang ataupun tiada keupayaan dalam mengurus aktiviti seharian. Permainan Yang Sesuai Dengan Kanak-Kanak Terencat Akal Pergerakan Haiwan merupakan permainan yang senang dilakukan dan seronok melakukan. Kanak-kanak terencat akal sesuai dengan permainan seperti ini kerana permainan ini mementingkan kemahiran lokomotor, kesedaran tubuh badan, komponen kekuatan,

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 102

    ketangkasan, imbangan, kordinasi bahagian badan tertentu, integrasi penglihatan (visual), oditori dan psikomotor. (Helen Ten Hong Beng)

    Permainan ini hanya menggunakan beberapa keping kad gambar binatang sahaja. Tidak memerlukan bahan dan alat yang banyak. Permainan ini boleh melibatkan semua murid kelas.

    Cara bermain Pemain-pemain berselerak di kawasan permainan. Sekeping kad gambar binatang ditunjukkan kepada pemain, misalnya gambar

    katak. Pemain-pemain bergerak seperti katak di kawasan permainan. Kad gambar binatang kedua ditunjukkan, misalnya gambar kucing. Permainan diteruskan dengan pemain-pemain melakukan gerakan tertentu

    mengikut gambar itu. Variasi

    1. Beberapa keping kad gambar binatang diletakkanberjarak di atas lantai. 2. Pemain-pemain bebas bergerak. 3. Apabila bermain menjumpai kad gambar tersebut, mereka mesti melakukan gerakan

    binatang itu sehingga mereka menjumpai kad gambar lain. 4. Kemudian, mereka mesti menukar gerakan tadi dan melakukan gerakan binatang

    daripada kad gambar kedua. 5. Permainan diteruskan dengan pemain-pemain menukar gerakan setiap kali mereka

    menemui kad gambar binatang baru.

    RUMUSAN

    Aktiviti permainan dapat meningkatkan keupayaan kognitif,emosi dan social kanak-kanak berkeprluan khas.

    Permainan yang berbeza mengikut kategori memudahkan guru menyusun aktiviti dan strategi pengajaran.

    Permainan mampu mengubah tingkahlaku kanak-kanak berkepeluan khas.

    Langkah-langkah melaksanakan permainan harus memikirkan spek keselamatan dan kemudahan peralatan.

    Pengubahsuaian cara dan pertaturan permainan diperlukan dalam mengendalikan permainan murid berkeperluan khas.

    Memahami jenis permainan yang mampu dilaksanakan oleh kanak-kanak berkeperluan khas akan membolehkan meningkatkan keyakinan dan keupayaan murid.

    Bincangkan keperluan permainan dalam meningkatkan perkembangan

    kognitif,sosial dan emosi kanak-kanak berkeperluan khas.

  • K o k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 103

    RUJUKAN Georg Torkidsen (2007). Leisure and Management. Routledge London and new york Kathy pond, 2005. Water recreation and disease: plausibility of associated

    infections : Acute Effects, Sequelae and Mortality, Lisa Rappaport Morris & Linda Schulzs (1989). Creative Play Activities for Children with

    Disabilities: A resource book for teacher and parent. United State: Library of Congress Cataloging-in Publication Data

    Roger & Kimberley Woodson (1995). The Parents Guide to Campaign with Children.

    United State: Library of Congress Cataloging-in Publication Data. Bullock, C. C. & Mahon, M. J. (1997). Introduction to recreation services for people with disabilities: A person-centered approach. Champaign, IL : Sagamore Publishing. Daly, J. (2000). Recreation and Sport Planning and Design. United States: Human Kinetics. Kathleen A. Cordes & Hilmi M. Ibrahim (1999). Application In Recreation & Leisure For Today and The Future. United States: McGraw- Hill. Kraus, R. (1998). Recreation and leisure in modern society, 5th ed. Temple university: Jones

    and Bartlett Publishers. Schwarzenegger, A., Chrisman, M. & Coleman, R. (2005). The Health and Social Benefit of

    Recreation: An Element of The California Outdoor Recreation Planning Programe. California: California State Parks.

    Smissen, B. V. D. (2005). Recreation and Parks The Profession: A comprehensive resource for

    students and professionals. United States: Human Kinetics. Smith W. R. et al (2011). Inclusive And Special Recreation, Opportunities for Persons with Disabilities: Champaign, IL : Sagamore Publishing.